Kereta milik ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaikh Ismail hilang dipercayai dicuri semalam.
Benda yang remeh hendak dipolitikkan oleh PKR nie,klu seluar dalam yang hilang tentu salahkan UMNO jugak lepas nie.Tuduhan tidak berasas serta melu;u.
Menurut Harakahdaily, kereta jenis Proton Waja berwarna perak itu disedari hilang pada jam 7 pagi semalam setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.
Siti Aishah Shaik Ismail, ketua srikandi pkr"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi.
"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," katanya kepada Harakahdaily.
Berikutan kehilangan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.
"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.
"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kereta tersebut," katanya sambil menegaskan beliau tidak mahu menuduh sesiapa.
Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, mengapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan kejadian berlaku berhampiran dengan balai polis.
Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting berkenaan.
"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Siti Aisyah.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.