Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana cuba putarbelitkan fakta dan menuduh UMNO sebagai perancang sehingga beliau perlu beri keterangan polis mengenai dakwaan membuat laporan palsu kes video seks.
Katanya Anwar pastinya sedar apabila beliau buat laporan polis menafikan terlibat dalam kes video itu ...samada kenyataan itu benar atau tidak... ia menjadi persoalannya.
Katanya kalau ada rakyat yang tidak puashati dengan penafian itu mungkin mereka nak dapatkan kepastian.
Katanya kalau ada rakyat yang tidak puashati dengan penafian itu mungkin mereka nak dapatkan kepastian.
Maka biasalah apabila buat laporan polis siasatan akan dibuat dan keterangan diminta daripada orang berkenaan.
“Ini bukan soal UMNO...bila ada ( hal) berkaitan ( tuduh) UMNO saja...ini bukan satu perkara dilakukan oleh UMNO.
“Yang sebabkan hal hal itu disiasat polis bukan UMNO...juga isu berbangkit bukan kerana UMNO suruh...kita nak nafikan sekeras-kerasnya,”tegasnya ketika jawab soalan wartawan mengenai dakwaan Anwar ia rancangan UMNO untuk malukannya.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur petang Rabu.
Muhyiddin juga mempersoalkan tindak tanduk pembangkang yang galak mengaitkan apa saja libatkan mereka dengan UMNO.
“Ini mesti UMNO punya kerja....nanti pihak lain, (misalnya) Guan Eng kata ini UMNO punya kerja...Kit Siang (pun tuduh) UMNO...tak ada lain ke UMNO semua sekali ...ini sifat amat tak bertanggongjawab...nak cemarkan nama baik parti (UMNO)...nak kaitan apa saja (masalah) mereka disebabkan oleh parti,”katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.