Thursday, December 29

901 Jelajah 10 Negeri.



Siri Jelajah kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata, tujuan kempen diadakan bagi menunjukkan sokongan dan menuntut keadilan kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.
“Kempen bermula 18 Disember lalu bertujuan mengajak rakyat hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu.
"Kempen secara besar-besaran di Twitter, Facebook, dan blog turut berperanan penting sebagai saluran media alternatif untuk membina gelombang kebangkitan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini..
Katanya, AMK peringkat negeri juga diberi arahan untuk bersiap sedia dan mengadakan kempen kesedaran rakyat untuk menuntut keadilan kepada Anwar 9 Januari ini.
  Mohd Saifullah berkata, antar aktiviti yang dijalankan adalah ceramah perdana, ceramah kelompok dan secara edaran risalah.
Dalam pada itu, ketika ditanya anggaran sambutan yang bakal mereka terima pada 9 Januari nanti, Mohd Saifullah berkata, berdasar sambutan hangat rakyat, mereka yakin orang ramai akan hadir beramai-ramai menuntut keadilan kepada Anwar.
Semalam, laman portal berita Free Malaysian Today memberitahu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata kempen yang bermula di alam maya itu dan telah mencetak 500,000 risalah  yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.
Katanya, pada acara kemuncak nanti, program bersama pemuda Pakatan Rakyat juga sudah disusun mengikut negeri, malah pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat juga selesai.
Namun ujar Shamsul, perkara itu akan dijelaskan dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.