Laporan polis yang telah dibuat melibatkan suara mahasiswa daripada Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa yang bernaung di bawah Kumpulan Rakan Siswa Malaysia oleh Pengerusi SSKM, Muhamad Mukhlis Bin Maghribi.SSKM yang mempunyai rangkaian 18 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta.Mereka berhasrat untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka diatas tindakan biadap menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Malaysia oleh Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM).Sekreteriat Suara Keamanan Mahasiswa merasakan tidakan SMM dan beberapa pertubuhan berhimpun bersama pada hari tersebut adalah tidak wajar.
Oleh itu,rasional laporan dibuat adalah lebih fokus kepada isu tindakan penurunan bendera dan perhimpunan yang dilakukan oleh SMM yang disifatkan biadap dan tidak mewakili keseluruhan Suara Mahasiswa Malaysia dan merasakan tindakan mereka perluu diselar.Bendera wajah Perdana Menteri telah digantikan dengan bendera SMM juga telah mendorong rakyat Malaysia terutama mahasiswa-mahasiswi berasa marah dan kurang selesa.
Empat tuntutan telah dibuat kepada pihak Polis untuk kembali menganalisa isu perhimpunan dan penurunan bendera tersebut:
1. Menyiasat penubuhan SMM samada ia merupakan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) ataupun berdaftar dengan mana-mana Persatuan di dalam Universiti mengikut peruntukan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971
2. Menyiasat samada perhimpunan yang diadakan Di PWTC itu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan PWTC atau tidak?
3. Menyiasat samada perhimpunan yang dilakukan itu mendapat permit dari pihak Polis atau tidak?
4. Tindakan menurunkan bendera wajah Perdana Menteri dilihat sebagai satu tindakan vandalisme dan ia merupakan satu kesalahan merosakkan harta benda awam.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.