Thursday, December 29

Adam Adli Di Pergunakan Oleh Anwar!!!



Jika dulu Anwar membawa slogan Reformasi, kini dia membawa slogan Revolusi pula. Pelajar2 universiti akan digembling sekali lagi untuk membuat angkara pada tarikh yg dikenali sebagai 901 itu. Di zaman refomasi dulu. Satu KL kecoh dengan demonstrasi jalanan. Harta2 awam dimusnahkan. KL lumpuh. Kebetulan Naib Presiden Amerika, Al Gore yg berada di KL turut menuang minyak dengan menyokong kumpulan itu. Pelajar2 universiti, rata2nya dari UIA, UM, UKM berhimpun dan membuat kecoh. Ekoran gema laungan Hidup Reformasi semangat menjadi ganas. KL menjadi huru-hara dimata dunia.

Itu kejadian lebih 10 tahun lalu. Kini pelajar2 tersebut sudah menjawat pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan, mahupun swasta. Perasaan mereka kini tidak lagi memberontak seperti dulu. Mereka kini sudah boleh menilai baik dan buruk, hitam dan putih serta siapa sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Kini pelajar2 yg mentah, pasca-10 tahun reformasi, digunakan sekali lagi. Mereka menggunakan NGO pelajar universiti. Anwar sendiri mengadakan perjumpaan dan dialog dengan anak2 muda mahasiswa itu di kediamannya di Bukit Segambut pada 23 Disember lalu. Hadir lebih kurang 100 orang. Antara intipati perjumpaan, Anwar mahukan mahasiswa tegas dan lantang memperjuangkan hak rakyat. Persoalannya hak siapa? Hak rakyat atau hak Anwar sendiri? Timing beliau serta kempen2 901 itu cukup membuktikan dia cuba menarik para pelajar itu untuk membuat kacau bagi menyelamatkan dirinya pada 9 Januari ini.

Satu lagi persoalannya apakah beliau sudah mengetahui kes liwat itu tidak akan menyebelahinya? Majlis perjumpaan itu diadakan selepas Anwar selesai berjumpa dengan sekumpulan kononnya puak reformis dan ahli2 akademik. Siapa ahli2 akademik itu saya tidak boleh sebut. Sebelum majlis bermula Anwar telah membaca puisi bertajuk Takut 66, Takut 98 hasil karya Taufik Ismail. Taufik ialah seorang penyair Indonesia terkenal. Dia salah seorang daripada puluhan budayawan dan seniman Indonesia yg mencetuskan Manifest Kebudayaan pada tahun 1966. Golongan ini menerbitkan antologi puisi diberi nama Angkatan 66. Angkatan inilah yg mencetuskan revolusi menentang rejim Sukarno. Sukarno pada masa itu dikuasai oleh PKI - Parti Komunis Indonesia. 

Semangat 1966 di Indonesia dan reformasi 1998 di KL itulah yg mahu dibangkitkan semula oleh Anwar. Anwar mahu samakan Najib dengan Sukarnokah? Mood mahasiswa yg mendengar bacaan puisinya di perjumpaan itu cukup membara dan bersemangat. Anwar memang terkenal sebagai seorang yg pandai membakar semangat kemarahan orang. Difahamkan esok, jam 11 pagi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru satu kempen Bebaskan Anwar 901 bertemakan Tolak Fitnah 2, Lawan Konspirasi akan dilancarkan. Tetapi difahamkan juga, ia dibatalkan di saat2 akhir kerana ramai pemimpin bercuti dan tiada sambutan dari Pas dan DAP. 

Benarlah Anwar dan konco2nya sedang merancang satu lagi reformasi. Kali ini atas nama revolusi, setelah reformasi dulu gagal. Matlamatnya ialah untuk menyelamatkan tengkuk Anwar sendiri. Itulah Anwar yg kita kenali. Dia umpama anak nakal yg jika ibu bapa marah atas kesalahannya, dia akan memberontak bagi menegakkan kebenarannya yg salah itu. Secara logik tiada siapa yg akan memfitnah Anwar buat kali kedua. Kes liwat pertama dulu tidak dinafikan berlaku oleh mahkamah. Kini negara dan dunia sedang menanti kes liwatnya yg kedua pula dengan seorang pemuda bernama Saiful Bukhari Azlan. 

Saiful dalam facebooknya menulis: Saya reda apa jua keputusan. Akan terus doa, istiqamah dan sabar. Anwar sebaliknya gelabah. Anak2 muda digunakan untuk menjadi perisainya – buat kali kedua. Itulah uniknya Anwar Bin Ibrahim berbanding dengan tokoh2 yg lain.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.