Sunday, December 18

Anwar Buat Ayahanda Tun Mengamuk.


Lain Padang Lain Belalang.Kalau dalam politik jika kita melawan Big Boss inilah akibatnya,kena londeh seluaq la jawabnya.Akibat dari pembohongan Anwar dicabar oleh Ayahanda Tun supaya menjunjung Al-Quran didalam Masjid.Apa tunggu lagi Anuwar sahutlah cabaran itu.Kalau jantan ada teloq klu tak jangan jadi macam ayam jantan berkokok garang tapi ekoq penuh tahi.............................

Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan beliau tidak pernah menulis surat memohon bantuan Bank Dunia untuk mengatasi kemelut ekonomi dan kewangan negara sepanjang pemerintahannya.

Malah, beliau mencabar bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil menunjukkan surat itu jika benar beliau ada berbuat demikian bagi mengelak sebarang kekeliruan.

"Saya cabar Anwar kemukakan surat itu kerana tidak mahu dituduh yang bukan-bukan. Saya bersedia bersumpah untuk membuktikan apa yang dicakapkannya itu merupakan pembohongan semata-mata. Sudahlah, hentikan sifat pembohongan itu kerana ia tidak baik dijadikan amalan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar dalam satu ceramah politik di Selangor beberapa hari lalu kononnya beliau memohon bantuan  Bank Dunia untuk mengatasi kemelut kewangan yang melanda negara ketika itu.

Tuduhan Anwar itu turut disiarkan dalam portal Malaysia.kini yang menggambarkan Dr Mahathir tidak cekap mentadbir negara hingga memaksanya untuk meminjam, khususnya ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

"Saya menafikan dakwaan itu. Langkah tidak memohon bantuan itu merupakan tindakan terbaik bagi mengelak Malaysia dari terus menjadi pak turut dan mengikut telunjuk bank itu. Apa gunanya erti kemerdekaan jika negara kita masih berada di bawah kawalan bank berkenaan hingga terpaksa mengikut semua kehendak mereka. Sekarang, terbukti tindakan saya itu betul berbanding dengan negara lain yang meminjam daripadanya," katanya.

Menurutnya, Anwar sebenarnya yang beria-ia ingin Malaysia meminjam dari Bank Dunia kerana mempunyai muslihat tertentu termasuk ingin menggadai negara ini. Penafian Dr Mahahir mengenai permohonan mendapatkan pinjaman itu disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang yang turut hadir dalam sidang media berkenaan.

"Ketika itu saya masih bekerja dengan Bank Negara apabila dua kakitangan Bank Dunia datang bertemu dengan Tun Mahathir untuk menawarkan pinjaman bagi mengatasi kemelut kewangan. Tun yang ketika itu lebih arif mengenai ekonomi Malaysia menghalau keluar dua kakitangan bank berkenaan dan mengatakan negara ini akan bangun semula selepas menggunakan pendekatan sendiri untuk menanganinya. Tidak perlu pinjaman atau bantuan luar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.