Wednesday, December 14

Breaking News:BR1M Pun Hampa Mau,Duit Itu Untuk Rakyat.

KUALA LUMPUR: Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta anggota parti pembangkang yang menerima wang RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata permintaan tersebut tidak sesuai kerana BR1M bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya.
Beliau berkata, walaupun perkara itu "terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti."

Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan oleh parti pembangkang, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana wang tersebut diberikan untuk meringankan beban rakyat.
"Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga. Ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, bagaimanapun menafikan PAS ada menghantar SMS itu dan berkata parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana yang mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

"Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.