Tuesday, December 13

DAULAT TUANKU


Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong  ke 14 yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim (Sultan kedah akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.
Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.
Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Kedah lambang;

1. Istana Bukit Meriam 1256 ialah Kerajaan Beraja Melayu Islam pertama dari Kedah Tua.

2. YDP Kor Rejimen Askar Melayu Di Raja.

3. Negeri Jelapang Padi, pemakmur kepada kesantunan makanan Negara.

4. Lahirnya YAB Perdana Menteri Pertama dan Ke-Empat.

5. Pakaian Istana Negara Bermuscat ialah hasil ilmu istana Kerajaan Beraja Kedah.

Daulat Tuanku

MKP berasal dari KEDAH Darul Aman.Berbangga Dengan Sejarah yang bakal di Cipta ini.


No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.