Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan tetapi ia mencakupi minda rakyat Malaysia ke arah membina sebuah negara yang maju pada 2020.
Beliau berkata, jika rakyat Malaysia memahami dengan mendalam apa yang diperlukan untuk membina negara ini, mereka menyedari betapa pentingnya mempunyai sebuah negara yang kukuh dan akan terus menyokong kerajaan yang mempunyai pengalaman lama dan terbukti.
"Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,” katanya.
Bangunan itu yang berharga RM55 juta dijangka siap dalam masa dua tahun, dilengkapi dengan sebuah muzium, perpustakaan, bilik bacaan, bilik maklumat dan penyelidikan, bilik mesyuarat, dewan persidangan dan dewan serbaguna.
Pada majlis itu Perdana Menteri juga mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan bangunan itu, yang akan dibayar dalam dua peringkat, yang pertama RM2.5 juta pada tahun depan dan bakinya pada 2013.
Perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan permintaan Hua Zong untuk memberikan pengecualian cukai kepada mereka yang memberi sumbangan untuk membiayai pembinaan bangunan itu.
Najib berkata Malaysia menghadapi perjalanan yang masih jauh dan untuk mencapai hasratnya, “Kita perlu mempunyai dasar-dasar jangka panjang yang boleh memberikan manfaat kepada semua peringkat masyarakat.
Tetapi kita boleh ada dasar-dasar yang berdasarkan jangka pendek, kita tidak boleh menjanjikan matahari dan bulan.
"Sebagai kerajaan bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata dasar-dasar jangka panjang kerajaan telah membuktikan dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 dan 2009.
“Perjalanan itu penuh dengan cabaran dan pelbagai halangan, tetapi setiap kali berdepan sesuatu krisis besar kita berjaya menempa cabaran itu kerana kita memberi keyakinan kepada cara kerajaan menyelesaikannya.
“Kejayaan itu juga disebabkan rakyat mendokong dasar-dasar jangka panjang yang membawa kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.
UTUSAN MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.