Wednesday, December 28

Koyak Melayu Gara-Gara Mat Sabun!!!



Suatu petang aku bicara dengan pekerja ku warga Indonesia, Herman “Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yg mengangkat itu agamawan lagi katanya”

Aku menjawab “Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina”

Herman > “di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya. Namun tidak pernah ada yg kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung”.

“Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza” kataku lagi.

Herman: “Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Bung Karno yg agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yg picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yg tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia”.

Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia (“PKI”) dan Parti Komunis Malaya (“PKM”) ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yg dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yg sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis Melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang Melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang Melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam.

Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yg akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam. Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia .. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yg majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yg didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia? Jawapannya mudah. Kerana jalan komunis yg dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yg dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yg dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah2 penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yg menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yg paling menolak itu adalah para kiai dan murid2 sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai2 di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yg dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.

Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yg dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran. Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”.

Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yg menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yg dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan2 komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yg berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.

Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yg didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu2 komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis.Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yg diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota2 PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI. Kelompok2 pemuda dari organisasi2 muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat2 anggota PKI sampai di tempat2 tertentu sungai itu “terbendung mayat”. Di pulau Bali, yg sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.

Jika kita lihat apa yg berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yg sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.

Jadi kenapa masih ada di Malaysia yg tidak bersyukur dengan nasib kita yg sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yg berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yg menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli2 parti PAS sendiri? Di Indonesia, anggota PKI yg sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yg membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.

Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya… Terus terang pekerja Indonesia saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong2nya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membe
nteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP. Jadi tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang2 Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi ‘Mat Indera’ mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua2 yg membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.