Seperti diduga Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamarudin tetap pejam mata mempertahankan bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim 'amat suci' sekalipun berdepan dengan dakwaan kes liwat mahkamah dan isu video seks yang 99.9 peratus tulin.
Pendirian itu terpancar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Rabu sebagai reaksi pada cabaran Datuk Seri Shahrizat Jalil agar beliau mencabar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail letak jawatan kerana suaminya berdepan dengan pelbagai dakwaan.
Shahrizat membuat cabaran itu kerana Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesaknya letak jawatan kerana isu NFC yang digembar gembur pembangkang menyelubungi suaminya ,Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Zuraida sebaliknya mendakwa Sharizat membuat cabaran itu untuk alih pandangan dari isu NFC.
Tanpa mempedulikan samaada dakwaan keatas Anwar betul atau tidak,Zuraida mengajak Shahrizat bersimpati dengan nasib Wan Azizah yang katanya terpaksa menanggung derita apabila suaminya difitnah dan anak-anaknya membesar tanpa seorang bapa buat sekian lama.
Beliau juga meminta Shahrizat tidak terikut-ikut dengan permainan politikUMNO yang dakwanya bersenjatakan fitnah dan video lucah untuk menjatuhkan lawan.
Hakikatnya sebagai contoh dalam isu video seks semua orang tahu PKR tidak pernah mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat atau meminta siasatan terbuka dibuat keatas dakwaan itu kecuali menerima bulat-bulat penafian Anwar.
Ramai pemerhati menilai cabaran Shahrizat ada lojiknya.
Adilkah dipihak Shahrizat yang tidak akan kena mengena dengan NFC yang dikendalikan oleh syarikat suaminya diminta letak jawatan sedangkan Wan Azizah yang suaminya berdepan dengan pelbagai dakwaan moral ' boleh goyang kaki'.
Seorang libatkan isteri dan seorang lagi suami,Pasangan keduanya-duanya ahli politik.Juga kedua-duanya berdepan dengan dakwaan.Jadi kenapa pasangan seorang saja perlu letak jawatan dan seorang lagi tidak.
Undang-undang apa yang Zuraida pakai?
Nampaknya bagi puak pembangkang apa jua penjelasan pihak yang mereka tuduh tak boleh pakai langsung tetapi penjelasan dan penafian mereka wajib ditelan bulat-bulat.
Memang sedap dan senang hidup kalau itu aturan mainnya...tak gitu YB Zuraida.-
Salam tuan,
ReplyDeleteMohon izin utk linkkan blog IBM di sini. Blog tuan telah IBM linkkan di blog IBM. Insyallah, kita boleh bertukar2 maklumat. Terima kasih.
Link IBM :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com
salam tuan IBM,maaf kerana lambat membalas komen tuan.Blog tuan telah saya pautkan.terima kasih dan salam perjuangan.
ReplyDelete