Tuesday, December 13

Malaysian Best Porn Star!!!




Ketiga-tiga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, anaknya, Ram dan Sankara Nair, nampaknya tak habis-habis dengan taktik mereka untuk menjejaskan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Di Mahkamah Tinggi pada Isnin, sebaik memulakan hujahnya pada 12 tengahari, Karpal Singh mendakwa kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap Anwar pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2011 baru-baru ini boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Dia lantas meminta mahkamah mengeluarkan notis surat tunjuk sebab kepada Perdana Menteri mengapa tindakan menghina mahkamah tidak boleh dikenakan terhadapnya.

Selepas itu Karpal mempertikaikan pula kredibiliti saksi pembelaan ke-2, Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang menjalankan pemeriksaan terhadap Saiful.

Karpal ketika membentangkan hujah berkenaan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, turut mendakwa saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berbohong beberapa kali ketika memberikan keterangan di mahkamah.

Karpal berkata, tindakan Saiful membuat laporan hanya selepas dua hari didakwa diliwat secara langsung telah menghakiskan kredibilitinya.

Karpal juga membidas kredibiliti saksi pendakwaan ke-4, Dr Seah Lay Hong dan saksi pendakwaan ke-5, Nor Aidora Saedon dengan mendakwa ujian DNA dan sperma yang mereka lakukan mungkin telah tercemar.

Dalam mempersoalkan kredebitili pakar-pakar tempatan itu, Karpal mendakwa keterangan pakar luar negara, Dr David Wells telah menidakkan keputusan Seah dan Aidora sementara keterangan pakar ortopedik, Dr  Thomas Hoogland pula telah menghakis kebenaran keterangan yang diberikan oleh Saiful.

Karpal sebelum mengakhiri hujahnya memohon mahkamah menangguhkan kes liwat itu bagi membolehkan Saiful dan bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil semula ke kandang saksi bagi menafikan khabar angin yang mereka kononnya mempunyai hubungan.

Karpal berkata, permintaan itu dibuat berdasarkan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah. Dia memberi alasan bahawa sehingga kini Saiful dan Farah belum menafikan hubungan mereka.

Apabila perbicaraan disambung pada 2 petang, Sankara pula menuduh Najib mempunyai peranan ke atas tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

“Sudah jelas bahawa “cap jari” Datuk Seri Najib Razak berada di mana-mana walaupun ada pelbagai usaha oleh sesetengah pihak untuk memadamkannya,” kata Sankara. Katanya tindakan Najib mengetepikan sapina menguatkan kecurigaannya.

“Mereka tak patut ketepikan sapina jika mereka tidak ada benda yang nak diselindung,” katanya.

Apabila tiba giliran Ram Karpal Singh berhujah, dia pula mempersoalkan DNA milik Lelaki Y tidak mungkin diambil daripada sel sperma Anwar.  Menurutnya DNA itu mungkin telah diambil sama ada daripada botol mineral atau berus gigi atau tuala “Good Morning” yang digunakan oleh Anwar ketika dia ditahan di ibupejabat polis Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.
AGENDA DAILY.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.