Tuesday, December 6

Orang UMNO Atau Ahli UMNO.




Insaflah...insaflah saudara-saudari, andainya UMNO tidak kita tatang, andainya UMNO tidak kita bela, andainya UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang-orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?

Sebab itulah, pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh memandang remeh segala yang sudah tercatat dan berlangsung di perhimpunan agung parti.Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu.Tunggulah kehancuran akan terbangsatlah Melayu merempat di di tanah sendiri.Mereka akan menganggap Perhimpunan Agung UMNO sekadar agenda tahunan bagi memenuhi peraturan sebuah perjalanan pertubuhan.

Sikap tidak mahu berubah dan masih lagi mahu berpolitik sesama sendiri demi perjuangan peribadi hanya akan mengakibatkan UMNO akan menempah bahaya dalam pilihan raya akan datang.Ia kerana jika dalam pilihan raya umum akan datang UMNO dan BN tidak mampu mencatatkan kejayaan cemerlang akibat politik dalaman percayalah orang luar tidak akan lagi menghormati perhimpunan agung.Janganlah pula nanti ada yang berhujah tidak salah melanggar ikrar berkenaan kerana ia tidak dilakukan atas nama Allah tetapi mereka harus ingat, ikrar berkenaan adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.




Dan ia hanya dapat dilakukan jika UMNO dan BN terus memerintah, justeru ikrar berkenaan ibarat janji yang wajib ditunaikan kerana di dalam Islam hanya manusia munafik sahaja yang sanggup memungkiri janji. Lebih daripada itu, jika UMNO kehilangan tampuk kekuasaan, bangsa Melayu 'terbangsat' di tanah air sendiri dan Islam tidak lagi dihormati maka seluruh ahli UMNO yang mengkhianati ikrar yang dibuat perlu bertanggungjawab.

Jihad untuk memenangkan parti kita, jihad untuk memastikan survival bangsa dan agama kita adalah satu pengorbanan yang amat besar sekali yang harus dipertanggungjawab dan dilaksanakan oleh kita secara sebaik-baiknya.Justeru pemimpin, ahli, penyokong dan pejuang UMNO mesti istoqamah dalam perjuangan mereka. Hindarilah sikap bermuka-muka, di depan pucuk pimpinan bersedia berikrar dan bersumpah serta berbaiah tetapi di belakang, perangai lama yang membawa kehancuran parti diulangi.

''Kalau mereka tak sokong siapa juga yang dicalonkan dan jentera tidak digerakkan kerana tidak setuju dengan calon, maka UMNO dan perjuangannya akan menjadi mangsa terbesar''Amalkan sikap 'bikin serupa cakap', jangan anggap perhimpunan hal lainBersediakah pemimpin dan ahli UMNO dituduh hipokrit dan bersikap retorik, apabila pilihan raya umum nanti menyaksikan parti itu tidak mencapai sasaran kemenangan yang ditetapkan seperti mana mereka ikrarkan.

Berdasarkan hakikat itu, janganlah memandang remeh apa yang telah dihasilkan melalui perhimpunan agung tersebut.


Dengan cara itu sahaja UMNO mampu mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang dan seterusnya memastikan Perhimpunan Agung UMNO selepas ini tidak dilihat hanya gah dari segi kehadiran sahaja sedangkan tiada apa-apa pun yang menguntungkan parti, agama, bangsa dan negara.Taat dan patuhlah terhadap apa juga keputusan pucuk pimpinan parti seperti mana janji, ikrar atau baiah mereka lafazkan.



No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.