Saturday, December 10
PRO-BN Ada Masanya Terlalu Bersifat Defensif.Salah Siapa?
Ranking yang dikeluarkan oleh www.alexa.com menunjukkan bahawa 65% adalah blog yang condong kepada BN manakala 35% pula kepada PR. Walau bagaimanapun, dalam kelompok lima teratas, ia berpihak kepada barisan pembangkang walaupun dengan tangga pertama dan keempat milik BN [ (papagomo (BN), milosuam (PR), tukartiub (PR), novandri (BN), amenoworld (PR)].
Jika dibandingkan dengan Alexa ranking untuk blog tahun 2010; Tukar Tiub dilihat konsisten dengan berada di tempat keempat manakala House PK@Parpukari di tempat ketiga; PapaGomo di tangga ke-15 dan Dr. Novandri di tangga ke-14. Milo Suam pula ditangga ke-19.
Jika dibandingkan dengan 2008, diakui army cybertroopers BN sudah jauh meningkat tetapi dilemanya adalah sama ada ia akan diterjemah kepada sokongan atau tidak kepada BN. Ini kerana kemunculan armycybertroopers sememangnya jauh bertambah tetapi isu yang dibawa masih bersaing hebat dengan media sosial pro-PR kerana pro-BN ada masanya terlalu bersifat defensif.
Malahan ada sebilangan yang menjadi 'musuh dalam selimut' yang boleh memain peranan merobohkan apa yang sudah terbina hampir 43 bulan sejak Mac 2008. Peruntukan menjadi isu. Blogger perlu dijaga kebajikan; apa berlaku jika mereka kecewa dan berpaling arah?
Berbanding dengan facebook dan blog, twitter dikatakan masih kecil kumpulan pengguna dan pelanggannya. Barangkali, anggaran penggunaan adalah sekitar 800,000 orang.
Tidak dinafikan media sosial mempunyai peranan yang bermakna dan diakui oleh kedua-dua pihak, parti pemerintah mahupun pembangkang. Ia telah mengubah kaedah komunikasi antara parti, calon dengan pengikut tetapi bersifat selektif kerana tidak semua mampu melayarinya secara menyeluruh.
Twitter adalah niche yang semakin hari penggunaannya meningkat. Walaupun begitu, pool Twitter masih sekitar 800,000 pengguna; jauh sedikit daripada 28 juta orang penduduk. Baik BN ataupun pakatan pembangkang, masing-masing sudah menerokai penggunaan facebook sebagai alat kempen dengan memasukkan perbualan melalui video, gambar dan isu dasar.
Blog pula penting dalam komunikasi politik terutama ketika PRU untuk memberikan ruang alternatif kepada penyiaran dalam media konvensional.
Kelemahan lain yang ketara adalah kekurangan blog yang menonjolkan berita dalam bahasa Inggeris untuk mendekati kelompok bukan Melayu dan pengundi bandar kelas atasan dan pertengahan menyebabkan kelompok ini lebih gemar mendekati portal berita seperti Malaysiakini (1), Malaysian Insider (5), Free Malaysia Today, Nutgraph (30), harakahdaily.net (6) dan tranungkite.net (9).
Perang di zon alam maya bukan lagi untuk mencari kebenaran ataupun kesalahan tetapi lebih bersifat untuk membina kepercayaan dalam kalangan pelayar dan pengguna.
Skil manipulasi dan hebahan berterusan digunakan apatah lagi sesiapa yang memiliki informasi dianggap mempunyai kelebihan. Kebanyakan isu dibawa oleh kepimpinan dan dasar BN sendiri sehingga blog-blog ini terpaksa mempertahankan tindakan yang kadang-kadang 'sukar' dipertahankan sehingga 'backfire' kepada mereka.
Jika pun sesuatu isu itu mungkin tidak benar dan bersifat spekulasi, pembohongan dan persepsi semata-mata tetapi ia tetap mempunyai 'nilai' kerana dalam konteks hari ini, ada yang bertanggapan sesiapa yang bijak berbohong akan muncul sebagai wira dan hero sebenar.
Berita atau isu seperti akan dibawa ke sana sini untuk memastikan mendapat hebahan dan publisiti meluas kerana percaya ia boleh mempengaruhi minda, hati dan emosi pengundi.
Yang di bandar akan membawa ke luar bandar; yang anak edar kepada keluarga; yang kawan kepada rakan yang lain. Ia merebak seperti skil cepat kaya piramid.
Apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak tahu sama ada ranking menggambarkan 'kepercayaan' sudah dibina dan akan menterjemah kepada sokongan ke atas parti? Barangkali, pengundi yang setia kepada parti akan kembali tetapi media sosial wajar mendekati 'pengundi atas pagar'.
Strategi merupakan pendekatan holistik untuk proses peremajaan BN dalam PRU Ke- 13. Maka, media sosialnya perlu mengenali tujuan blog dilancar; siapa pelayar; apakah isu yang dekat kepada pelayar; bagaimana membawa keyakinan hati, minda dan emosi; dan di manakah lokasi strategik untuk memastikan kemenangan.
oleh: Dr Sivamurugan Pandian
SUMBER DARI sejarahmelayu
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.