Wednesday, December 28

Sebarkan :Lim Guan Eng Bagi Amanat Kepada SMM.


Solitadari Mahasiswa Malaysia,Depa nie tak habis-habis nak buat kacau,terbaru depa nak mai Penang pulak dah untuk menghuru-harakan Pulau Pinang dengan menghasut mahasiswa supaya bersama mereka bagi lancarkan protes dihadapan UPSI.Al maklum dah dapat kebenaran dari Khalifah paling Dajai di Penang deh bagi amanat supaya memecahkan pelajar terutama kaum melayu.Jangan belajaq tapi dok buat kacau menentang kerajaan supaya senang esok DAP menguasai pelajar melayu yang akai letak dekat lutut nie.
KUALA LUMPUR 28 Dis: Walaupun mendapat pelbagai ugutan dan kecaman khasnya dari pemimpin Umno, mahasiswa masih tidak gentar bagi memperjuangkan hak mereka dan menuntut kebebasan akademik dilaksanakan di negara ini.
Terbaru, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) akan mengadakan jelajah ke semenanjung Malaysia untuk menyampaikan mesej serta tuntutan mereka.
“SMM & BEBAS akan memulakan jelajah ini dengan mengadakan serahan memorandum & sudut pidato Kebebasan Akademik di dua negeri di Utara Tanah Air,” kata
kumpulan mahasiswa berkenaan dalam satu kiriman email kepada keadilandaily.
Turut serta dalam siri jelalah itu, ialah pemimpin mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris, Adam Adli Abdul Halim yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, ia turut disertai Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab, Safwan Anang (BEBAS), Adam Adli Abdul Halim (LMP UPSI), Haziq Abdullah (KAMI) dan Ekhsan Bukharee (AKSI).
Satu memorandum Kebebasan Akademik akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada 29 Disember, jam 10 bertempat di di Wisma Aman, dan disusuli pidato Kebebasan Akademik di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Jam 1 tengahari.
Semalam, SMM dan BEBAS dilapor akan mengadakan perhimpunan menuntut UPSI menggugurkan tuduhan terhadap Adam Adli dan menuntut supaya Akta Universiti
dan Kolej di Mansuhkan.
Menurut Ahmad Syukri, mereka akan berkampung selama 16 jam di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.