Wednesday, December 7


Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan “Perak Darul Kartun”, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat
Bagi dua wakil rakyat DAP (Ngeh dan Nga) mereka sering terbabit dalam provokasi serta ucapan yang menaikan kemarahan dalam beberapa siri sidang. Tidak terkecuali, dalam sidang DUN Perak ke12 ini sepatutnya mereka fokus kepada bajet tetapi mereka lebih tertarik memperkatakan tentang UMNO per se.
Sebagai contoh,Ngeh dihari pertama membangkitkan tentang kawalan keselamatan yang didakwa memeriksa pas masuk ADUN ke dalam Dewan Undangan Negeri—ini satu penghinaan, katanya. Manakala Nga pula selain memanggil Timbalan Speaker, Dato Hee sebagai pelacur politik dan katak dan enggan memohon maaf bila diminta berbuat demikian juga didakwa memanggil atau mengelar Menteri Besar sebagai “black metalik.”
Bajet kali ini dilihat oleh pembangkang sebagai bajet biasa, bajet gula-gula serta bajet pilihanraya  namun bagi rakyat kebanyakan, mereka diberi keutamaan dalam soal meneruskan kehidupan di tengah-tengah kemelut ekonomi dunia.
Setidak-tidaknya kakitangan awam di Perak tidak dianaktirikan seperti di Selangor. Bajet negeri itu memberi bonus 10 bulan kepada kakitangan GLC negeri (seperti PKNS) manakala kakitangan kerajaan tidak layak menerima gaji minima rm1,500.
Pembangkang mempermodalkan langkah kerajaan negeri Perak menstruktur semula hutang dengan kerajaan pusat melalui program migrasi asset. Kaedah ini dilihat win-win bagi kedua pihak dan melalui proses ini, Lembaga Air Perak (LAP) akan memetrai perjanjian dengan syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Hutang kerajaan negeri sebanyak rm 970.59 juta berkurangan kepada hampir 7% menjadi jumlah terkini rm78.66 juta kerana hutang itu  kini bakal dibebani PAAB. Pembangkang mendakwa kerajaan negeri menjual asset kepada keajaan pusat tapi mengapa langkah itu dibolehkan bagi Pulau Pinang, tapi Perak tak boleh. Sikap double standard pembangkang bukan saja mengenai hutang kerajaan negeri tapi juga  berhubung belanjawan defisit.
Kita tidak menafikan bajet defisit suatu yang tidak baik untuk ekonomi namun dari sudut apa sekalipun bajet defisit negeri yang mencecah RM50 juta ada justifikasi. Ekonomi dunia bukan saja belum pulih dan tanda-tanda memperlihatkan dunia bakal digelapkan dengan kegawatan ekonomi sekali lagi. Bagi negeri Perak, kerajaan memperuntukan hampir 50 peratus daripada keseluruhan bajet untuk perbelanjaan pembangunan.Ia mungkin defisit dari satu aspek namun peluang pekerajaan, kemasukan pelabur asing (FDI) serta lain-lain peluang yang rakyat nikmati secara “direct” Matlamatnya tentulah untuk mensejahterakan rakyat melalui pelbagai dasar dan dasar yang lama dilanjutkan serta dasar baru diperkenalkan.
Dalam pada itu, ada juga pihak tertentu yang menganggap keputusan membentangkan bajet desifit kali ini adalah berbangkit daripada pengurusan kewangan ala Santa Claus yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak.  Menurut anggapan ini, kesannya berantai sehingga ke hari ini.  Mungkin hal ini benar.  Tapi kita tak perlu membincangkan perkara ini lagi.  Tak perlu jadi macam DAP yang bertindak macam musang dalam dongeng Aesop yang menyalahkan ketinggian pohon anggur kerana tak berjaya melompat untuk mencapainya.
Rakyat Perak lebih bernasib baik dari penduduk di Greece yang berdepan krisis ekonomi yang paling teruk sejak puluhan tahun. Kadar pengganguran di Eropah merupakan isu politik yang mampu menaik atau menurunkan parti memerintah atau pemimpinnya berbanding  Perak yang mana isu ini dilihat sebagai “non issue.” Dalam bajet ini selain peluang pekerjaan dilipatganda, kilang-kilang tumbuh macam cendawan. Setakat Ogos lalu rm1.7 billion pelaburan disektor pembuatan diluluskan dengan mewujudkan kira-kira 3,672 peluang pekerajaan.
Selain daripada itu kerajaan negeri meluluskan projek pembuatan tayar dari Jepun dengan nilai rm810 juta. Ini tentu tidak termasuk syarikat Vale dari Brazil melabur dalam syarikat pembuatan pellet besi (di Lumut), fasa pertama saja membabitkan pelaboran rmj4.41 billion. Manakala semua ini menjana ekonomi, Perak bakal mencatat beberapa siri kejayaan jika 33 bakal pelabur dalam proses perundingan bersetuju untuk jadikan negeri ini tapak perniagaan. Justeru bagi Menteri Besar, Perak tidak berdepan masalah pengangguran kerana kerajaan ada formula. Usaha Perak Amanjaya Job and Career Fair 2011 melalui PeKA  menempatkan 2,000 orang dibeberapa syarikat dalam sekelip mata adalah testimony janji ditunai.
Kita boleh faham senyuman diakhir siding DUN yang terkuntum diwajah Dr.Zambry ada isyaratnya. Hampir tiga tahun menjadi nakhoda, ia melalui pelbagai rintangan sehingga suatu ketika kapalnya hampir karam.Dulu rakyat melihatnya sebagai MB yang bersifat sementara atau MB satu penggal, kini mereka mahu ia dikekalkan. Manakala dulunya Perak agak sunyi sehingga pengail ikan termasuk sebahagian statistik “pelancung”, imej itu kian berubah. Sasaran kerajaan menarik 5 juta pelancung tahun depan dengan anggaran memperolehnilai tambah disektor ini sejumlah rm5 billion.
Justeru jangan terkejut jika limau tambun yang sangat terkenal di negeri ini harganya boleh naik mendadak  sebiji atau sekilo kepada rm 20. Aktiviti  mengail ikan bagi kaki pancing bukan setakat di lombong-lombong terbiar, kolam-kolam ikan juga tumbuh bercambah di merata tempat.  Royal Belum kira-kira 2 jam dari Ipoh bukan tempat memancing walaupun ikan-ikan eksotik seperti Kelah memang banyak. Pergilah untuk merawat jiwa anda yang memerlukan terapi setelah terperap dalam hutan batu begitu lama. Mulai awal tahun depan program Tahun Melawat Perak menjanji suatu yang menarik bukan saja bagi pelancung malah bagi sesiapa yang mengemari natural beauty.
Nampaknya pembangkang bukan sahaja mati akal tetapi terpaksa akur hakikat bahawa sementara pakej ekonomi ketika mereka berkuasa lebih untuk mengkayakan pihak tertentu, maklumlah tikus tiba-tiba jatuh ke dalam beras, pakej kerajaan BN pula, seperti biasa adalah untuk rakyat keseluruhan.   Mungkin inilah agaknya ada wakil DAP yang masih berkicau tentang kehilangan kuasa ini.  Kita faham, tikus belum kenyang makan beras tuan punya beras sudah halau tikus. Bukan sebarang tikus. Bukan juga tikus gerit yang diberi penghormatan menamakan sebuah pekan di Perak sebagai Grik.  

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.