Akhirnya Nurul Izzah menjawap dakwaan Malaysia Today menyiarkan satu laporan kontroversi yang pasti memeningkan kepimpinan tertinggi Keadilan.
Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan.
Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan.
Surat layang beracun ini disebarkan oleh individu tertentu bertujuan untuk memberitahu pada ahli-ahli dan juga memberi amaran pada Nurul Izzah supaya hentikan niatnya untuk membawa masuk kembali Zaid Ibrahim kedalam PKR. Kemungkinan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan ini tidak dapat digunakan kerana kuasa veto yang dipunyai oleh keluarga Anwar Ibrahim untuk menentukan halatuju PKR.
Agak pelik bila Nurul Izzah hanya buat kenyataan yang sangat ringkas untuk menafikan perkara ini tanpa menyatakan sebarang penyelesaian atau menjalankan sebarang siasatan untuk mencari siapa yang menjadi dalang di sebalik penyebaran surat layang beracun tersebut.. sebaliknya Nurul Izzah cuba mengalih perhatin rakyat ke agenda lain..Adakah Nurul Izzah takut untuk mengambil tindakan ke atas Raja Petra yang menyebarkan surat layang beracun tersebut kepada umum di portal miliknya.
Adakah Azmin Ali akan berdiam diri dan merelakan perkara ini berlaku didepan matanya...Apakah tindakan Azmin ali seterusnya bagi memastikan rancangan jahat Nurul Izzah gagal?? Tunggu apa kesudahannya...
Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula. Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu. Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).“Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka,” kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu. "Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.