Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil permatang pauh. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskini.Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa india kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.
Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana suaminya berada di dalam penjara. Wan Azizah mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari UMNO, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743 undi.
Bagi DUN ini daerah pengundian adalah seperti berikut:-Sama Gagah,Permatang Ara,Permatang Pauh,Bukit Indra Muda,Kampong Pelet,Kubang Semang,Tanah Liat Mukim 8,Kampong Cross Street 2.
PKR BN
Tanah Liat Mk 8 | 623 | 534 |
BUKIT MERTAJAM, 21 Dis – Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai UMNO setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR.
Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman, ,70, berkata mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.
“Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas 11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.
“Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah haluan dan kembali kepada perjuangan UMNO,” katanya di sini.
Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.
Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai UMNO.
Zainal Abidin yang ditemui selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam UMNO.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.