Tuesday, February 8

PANAS : HINANYA ORANG MELAYU DIIKTIRAF SEBAGAI PELARIAN DI BALIK PULAU


Penulis/Penerbit My Balik Pulau cuba menceritakan kembali sejarah asal usul penduduk di Balik Pulau. Mengikut artikel Di Balik Sana Pulau, orang Melayu yang datang ke Balik Pulau terdiri daripada pelarian politik dari Thailand, negeri-negeri Melayu di bahagian utara dan Indonesia. Kumpulan pelarian ini dikatakan telah datang ke Balik Pulau untuk memulakan kehidupan baru.


Manakala peniaga-peniaga cina yang kaya raya dan berpengalaman dalam aktiviti perladangan yang menetap di Sumatera telah dijemput oleh pihak British untuk membuka estet-estet pokok getah dan rempah ratus.

Dahsyat sungguh penghinaan terhadap orang Melayu yang di iktiraf sebagai pelarian. Orang cina pula dah la kaya raya, dijemput pula tu oleh pihak British. Apakah mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis artikel ini??Adakah penulis artikel ini merujuk kepada fakta sejarah??


Apa yang cuba dibuat oleh penerbit risalah My Balik Pulau ialah untuk mengelirukan generasi muda terutamaya pelajar sekolah dan juga pelajar di institusi pengajian tinggi tentang fakta sejarah yang sebenar kerana risalah My Balik Pulau ini diedarkan di sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi dan di kawasan orang ramai secara percuma.

Adakah ini merupakan salah satu propaganda DAP untuk mengangkat martabat kaum cina di Balik Pulau dan menjatuhkan maruah orang Melayu dengan gelaran pelarian.?? EP menyarankan supaya Kementerian atau pihak yang bertanggungjawab harus memandang serius dan mengambil tindakkan yang keras terhadap penerbitan risalah ini. 

Risalah-risalah seperti ini tidak sepatutnya diterbitkan dan tidak sepatutnya dibenarkan diedar di sekolah dan pusat pengajian tinggi kenara ini boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Monday, February 7

Terima Kasih PAS & Pakatan Rakyat Pelajar Malaysia Pulang Hasil Tomahanmu.



Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini akan menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama dijadual jam 6.30 petang ini waktu tempatan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata seramai 320 orang akan menaiki penerbangan AirAsia itu, diikuti 442 lagi yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijadual berlepas jam 8 malam (waktu tempatan).



Kedua-dua penerbangan ini dijangka tiba serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 9.30 pagi, katanya kepada kumpulan pertama pelajar yang akan berlepas pulang, di sini pada Ahad.
Jamil Khir juga memberitahu kumpulan pelajar itu bahawa ketibaan mereka akan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, bagi pelajar yang tinggal di luar Kuala Lumpur, mereka boleh bermalam di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi dan Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman. 

Mengulas penggunaan dua pesawat Boeing 747 yang disediakan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud, beliau berkata, waktu penerbangan kedua-dua pesawat itu akan diselaraskan oleh MAS. 

Jamil Khir juga berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberikan visa sewaktu ketibaan untuk tempoh tujuh hari kepada semua pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir. - BERNAMA 



Sumber berita harian


Mat kilau kata depa asyik dok demo akhirnya pulang jua plajar malaysia ketanahair sapa punya kerja?????????

Sunday, February 6

sharpshooterblogger Hilang Teloq Dok Teriak Dah.

sharpshooter dok menangis pi mengadu kat AMKPP kata awat dia saja yang kena saman padahal orang lain yang mulakan dulu.Niae yang dikatakan teloq hang hilang dah satu pas tue terbaru dia posting kata blog dia kena godam apa punya lahanat dok pembohong.Pengenalan Blog beliau menulis kalau takut dipukul badai usah berumah ditepi pandai.Bai awat hang takut kena saman kalau apa yang hang posting tue betul dan bukan fitnah.Hang pun cakap macam toya.




 SharpShooter

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), semalam, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyaman blogger, Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap beliau menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. 

Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, mengapa Amizudin yang perlu disaman dan bukannya Datuk Ahirudin Attan atau Rocky's Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu berkenaan melalui tulisannya di blog. 

Menurutnya, ia disusuli pula dengan artikel yang menyokong tindakan Ahirudin oleh beberapa blog lain seperti BigDogDotCom selang beberapa hari selepas artikel berkenaan disiarkan. 

“Jadi, mengapa Amizudin yang dikenakan tindakan mahkamah dan bukannya Ahiruddin sedangkan yang memulakan isu ini adalah Ahiruddin. Adakah ia sebagai petanda untuk menakut-nakutkan blogger PR dari membangkitkan artikel berhubung isu melibatkan pemimpin UMNO?,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, di sini. 

Hadir sama, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid. 

Amir berkata, tindakan Rais kali ini jauh berbeza dengan tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman Ahiruddin selepas beliau menyiarkan satu artikel berkaitan pemberian tender bernilai RM1 bilion kepada anaknya yang kemudiannya dinafikan dan dilabel sebagai fitnah. 

Katanya, mengapa tidak tindakan sama sekali lagi diambil ke atas Ahirudin selepas tersiarnya artikel di Rocky's Bru, sebaliknya Sharpshooter yang mencedok artikel itu dari Harakahdaily dikenakan tindakan. 

Terdahulu, pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia. 

Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. 

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes berkenaan didengar pada 22 Februari ini.

Thursday, February 3

Lu Memang musibat La!Guan Eng DAPig.



Menyirap darah aku bila tengok kenyataan Barua dap sekor nie bila dia kata UMNO rasis.dok kata tuduh orang pandai padahal diri sendiri yang buat.pantun khas buat lu musibat "Cakap macam kepala b#t#h pungkoq bagi bro A tutuh"Jangan lupa kes setpol hang pun tak sattle lagi nie dok putaq belit kot lain pulak nak kalih isulah nie.Nie dok wat isu risalah My Balik Pulau pulak,barua nie kata benda nie bukan dari kerajaan negeri  awat hang ingat orang pulau pinang nie bengap sangat kot,hang tue merah buih.Lu sekarang Ketua Menteri la bukan macam dulu.  




sumbangan untuk program miskin tegar "duit haram"


Meskipun Wei Aik melanggar peraturan, tetapi Guan Eng hanya membisu dan tiada tindakan diambil ke atas wakil rakyat kesayangannya itu. Adakah Wei Aik terlalu kebal sehingga tiada tindakan diambil walaupun terbukti mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan. 

Walaupun kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa mereka prihatin terhadap nasib rakyat dan tidak meminggirkan orang Melayu, kenapa tindakan kerajaan negeri dilihat dilakukan secara berpilih. Lihat saja tindakan penguatkuasaan dan perobohan gerai peniaga dan penjaja Melayu, cadangan pengambilan tanah di Balik Pulau yang majoritinya dimiliki oleh orang Melayu untuk dijadikan tapak hab pendidikan. 

Pengedaran risalah My Balik Pulau yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.


Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.

Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.

"Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu.

"Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah,"

Beliau mengulas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengedar risalah yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendedahkan perkara berkenaan berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Wakil rakyat tersebut kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.
Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina
orang Melayu.

Abdul Said memberitahu, ketika melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1997 dan 2002, beliau ada membuat kajian mengenai sejarah daerah barat daya di mana Balik Pulau terletak di dalamnya.

Jelas beliau, berdasarkan rekod pejabat pentadbiran British pada 1880, tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain.

Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.

Kemelut Wang Ihsan.


SUDAH lebih dua bulan banjir besar yang melanda Kedah berlalu. Namun, kesan bencana yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 40 tahun itu masih dirasai apabila dilapor melumpuhkan lima daerah meliputi Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Nerang, Kuala Kedah dan Pendang. 

Apa pun, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kedah pada 9 Disember lalu membawa khabar gembira apabila beliau mengumumkan bantuan wang ihsan RM500 kepada 32,000 keluarga yang dikenal pasti sebagai mangsa banjir di Kedah dan Perlis



Wang ihsan itu yang disalurkan melalui peruntukan berjumlah RM30.6 juta disifatkan rahmat oleh semua mangsa banjir, terutama dalam membantu meringankan beban ditanggung untuk memulakan kehidupan baru selepas dilanda bencana.
Namun, sejak lebih seminggu lalu berita kurang enak mula kedengaran. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dikatakan lewat menyerahkan agihan wang ihsan kepada kira-kira 16,000 mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara, sehingga menimbulkan persoalan banyak pihak. 

Malah, tidak kurang menuduh pihak berwajib sengaja melarikan peruntukan berkenaan untuk dinikmati sendiri, tanpa mengambil kira keadaan mangsa yang begitu memerlukan. 

Justeru, tidak hairan lebih 50 penduduk dilapor menyerbu Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah, Ahad lalu untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. 

Namun, di sebalik kekalutan itu, MKN kemudian tampil mendedahkan punca sebenar kelewatan pengagihan disebabkan wujud unsur penipuan dalam permohonan bantuan wang ihsan disumbangkan Kerajaan Pusat di Kedah yang dihidu sejak Disember lalu. 
Penolong Setiausaha MKN negeri, Mejar Haris Mohamed Padzilah, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya mengesan sebahagian nama yang mencurigakan dalam senarai penerima bantuan wang ihsan, sehingga memaksa semakan terperinci. 

Katanya, MKN sudah menjelaskan, sumbangan wang ihsan akan disalurkan hanya kepada setiap ketua keluarga. 

Bagaimanapun data diterima menunjukkan ada keluarga yang mendaftar lebih daripada satu permohonan dengan nama ahli keluarga berbeza. 

“Misalnya, selain suami, ada nama isteri dan anak tinggal serumah turut mendaftar untuk mendapatkan bantuan. Keadaan itu memaksa MKN menyemak semua senarai yang mencurigakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi mengesahkan identiti keluarga berkenaan yang secara tidak langsung menyebabkan kelewatan,” katanya. 

Persoalan sekarang, kenapa perkara sebegini boleh timbul sedangkan syarat pengagihan wang ihsan sudah terlebih dulu dinyatakan kepada semua termasuk JKKKP yang diberi kuasa melakukan bancian mangsa banjir. 

Mungkinkah ia betul-betul membabitkan kesilapan atau mungkinkah ia sebenarnya kesilapan yang disengajakan? Apa yang pasti, pendedahan dilakukan MKN mampu menjawab segalanya. 

MKN sendiri percaya ia bukan kesilapan yang tidak disengajakan, sebaliknya dilakukan sesetengah pihak dengan niat mengambil kesempatan daripada bantuan Kerajaan Pusat itu. 

Persoalannya, di mana naluri kejujuran mangsa banjir terbabit? Adakah nilai murni dan kejujuran tidak lagi penting sehingga ada yang membenarkan tamak menguasai diri sekali gus mengenepikan etika dan akhlak? 

Walaupun kes ini bukan dalam kategori jenayah yang boleh dikenakan hukuman namun perbuatan itu hakikatnya tidak wajar dilakukan. Ia sebenarnya menyusahkan banyak pihak dan mencerminkan pemikiran cetek individu terbabit. 

Bayangkan jika perbuatan itu tidak dikesan. Apa nasib mangsa banjir, terutama yang diklasifikasikan sebagai golongan terdesak dan amat memerlukan, jika peruntukan yang sepatutnya mereka terima diambil individu yang tidak sepatutnya menerimanya. 

Juga, bayangkan kesukaran MKN mengesan 10,000 kes pendaftaran berulang menerusi sistem pangkalan data yang dikemas kini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKKP dan MKN sendiri. 

Banjir buruk melanda Kedah baru-baru ini menyebabkan lebih 100,000 mangsa di lima daerah terjejas. Tanaman padi juga dilapor mengalami kerosakan sehingga pesawah menanggung kerugian keseluruhan mencecah RM50 juta. 

Monday, January 31

Normalam Sudirman,Terimalah Hakikat Bulan Tak Mengambang Di Tenang.


Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.
Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.
Proses pengundian tetap dijalankan dalam suasana banjir teruk melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama dari kampung terputus hubungan.
Namun, calon BN dari Umno, Mohd Azhar Ibrahim berjaya menewaskan pencabarnya Normala Sudirman dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandanganya, Datuk Sulaiman Taha 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.
Majoriti yang diperoleh Mohd Azhar adalah 3,707 undi, berbanding 2,492 yang diperoleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.
Hujan lebat yang turun sejak awal pagi sehingga mengakibatkan banjir menyebabkan para pengundi terpaksa dibawa ke tempat-tempat mengundi dengan menaiki trak tentera dan bot.
Keadaan cuaca buruk bagaimanapun tidak menghalang lebih kurang 72 peratus pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kali ini.
BN memperolehi majoriti di tiga daripada empat pusat mengundi kawasan Cina iaitu di Bandar Labis Timur, Labis dan Tenang malah pengaruh PAS di kubu kuatnya di Bandar Labis Tengah turut terhakis.
Keseluruhannya BN berjaya meraih 40 peratus undi Cina.
Sokongan kepada BN di kawasan-kawasan Felda dan kampung-kampung Melayu turut meningkat. Tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Felda Chemplak Barat dan Felda Chemplak menunjukkan majoriti meningkat BN daripada 1,966 undi pada 2008 kepada 2,241.
Sementara itu, undi kaum India turut beralih kepada BN di mana majoriti undi di dua kawasan penduduk India meningkat daripada 260 pada 2008 kepada 365.
Turut hadir meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin BN yang lain.

Sunday, January 30

Live!Keputusan Terkini PRK N05 Tenang

Sila Klik Refresh untuk keputusan rasmi



Liputan live keputusan Tak Rasmi Pilihanraya Kecil


N05 Dun Tenang


BN :6698 (69.1%)

PAS: 2963 (30.6%)



Majoriti :3735


Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang
Peti Undi 1 : Kampung Redong :

BN 462
PAS 105



Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas:

BN 220
PAS 48

Dewan Masyarakat North Labis
Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara :
BN 152

PAS 40

Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah
Peti Undi 4: Bandar Labis Timur:

BN 671
PAS 144


Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarula Ariffin
Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah:

BN 365
PAS 801

Dewan Bola Keranjang JKKK Labis
Peti Undi 6: Labis :

BN 400
PAS 306

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang
Peti Undi 7 : Felda Tenang:

BN 950
PAS 160


Sekolah Kebangsaan Sawah Bharu
Peti Undi 8: Sawah Bahru:

BN 212
PAS 55


Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station
Peti Undi 9 : Tenang Station:

BN 746
PAS 352


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Voules
Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato:
BN 352

PAS 99

Sekolah Agama Felda Chemplak Barat
Peti Undi 11: Chemplak Barat:
BN 838

PAS 142

Sekolah Kebangsaan LKTP Chemplak
Peti Undi 12 : Chemplak:

BN 985
PAS 135


Undi Pos
BN 115
PAS 3



Perginya Rakan Seperjuangan.Al-fatihah.


Arwah Semasa Diziarahi Datok Zainal semasa di hospital


Mat Kilau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Radzi Bin Ramli diatas pemergian beliau. Difahamkan beliau meninggal dunia akibat penyakit leukimia.


Arwah merupakan Ketua UMNO Cawangan Sri Keledang (DUN Jawi), mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan juga pernah menjadi Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.


Selepas tahlil kami menjamah selera singgang daging di Kelantan,
kalu kat utara depa panggil gear-box.beliau memakai baju belang hitam selera sungguh waktu tue nasi tambah 2 pinggan.

Kali pertama kami bertemu semasa PRK Manek Urai 2009.Beliau lebih dikenali dengan nama Mat Komando.sikap yang bersahaja dan mesra amat disenangi oleh rakan-rakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang menjadi Petugas Pilihan Raya Kecil Manek Urai.Walaupun kami berkongsi rumah yang agak sempit akan tetapi semangat setiakawan dan sayang kepada PARTI KERAMAT UMNO yang diterap menghilangkan rasa kesusahan yang dialami. 
   
ketika berkempen di Hulu Selangor

Bagi Mat Kilau kehilanganya amat terasa kerana beliau banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna.Kali terakhir bertemu dan berkempen bagi PRK dengan beliau pada PRK Hulu Selangor.Pada malam sebelum hari penamaan calon beliau tiba dengan motor kriss modenas.Mat Kilau terkejut dan kagum dengan semangat yang ada pada beliau naik motor dari Nibong Nebal hingga ke Hulu Selangor.Dan pada ketika memerlukan bantuan beliau tidak pernah menyatakan tidak selalunya boleh saja.Sesunguhnya kenangan bersama beliau akan dikenang dan dijadikan Kenangan Terindah. 


Bersembang sambil pekena kopi-o. 


Diakhir kata kepada pembaca blog ini bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Friday, January 28

Semangat 1Malaysia BN Tanjong Prihatin Terhadap Mangsa Kebakaran.

Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi menjelang perayaan Tahun Baru Cina,Parti Komponen Barisan Nasional hadir melawat lima pemilik rumah kedai yang terbakar di Lebuh Pantai serta menghulurkan sumbangan.




Hadir sama,Ketua UMNO Bahagian Tanjong  Datuk Ahmad Ibnihajar,Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Tanjong  Mohd Nizam Nazri Mohd Hashim,Pegawai Penyelaras DUN Padang Kota,loke Poh Chye dan Penyelaras DUN Komtar,Loh Chye Teik


Ketua Umno Bahagian Tanjong berkata,setiap pemilik bangunan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM 500.Menurutnya ia adalah bantuan melalui Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MAYANG)."Kita memang akan turun padang dan membantu mangsa bencana ini dengan segera dan bukan setakat ini sahaja bantuan ini kepada mereka,mungkin selepas ini ada bantuan lain,kami akan bergerak dan membantu semua kaum selaras dengan konsep 1malaysia.



Seorang pemilik kedai Chia Su Eng berkata kedainya hangus terbakar pada minggu lalu dan semua barang tidak dapat diselamatkan olehnya serta keluarganya.menurutnya lagi akibat terlalu sedih dan terkejut,seluruh keluarganya tidak mempunyai persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina.


Sementara itu bagi Lim Ann Hock,dia berazam untuk memulihkan perniagaan kasutnya yang hangus terbakar selepas musim perayaan ini.kedai milik keluarganya itu telah brmula sejak 70 tahun lalu dan bangunan tersebut pernah dibom ketika perang dunia dahulu.jadi kedai ini sudah lama tetapi sudah terbakar saya sangat sedih dan kecewa.


Kejadian itu berlaku pada 22 januari,lima deretan runah kedai hangus terbakar kira-kira jam 1pagi dan api marak dengan cepat berikutan struktur bangunan yang dibina dngan kayu serta cuaca yang berangin.Berikutan itu bangunan yabg terlalu rapat dan banyak unit terkunci api hanya dapat dipadam kira-kira jam 5pagi.









Guan Eng DAPig ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.’



TEMBERANG atau kebenaran. Itu persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran penduduk Tenang, Johor, apabila mendengar ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini.


Bagi penduduk di Tenang, apa yang keluar dari mulut Setiausaha Agung DAP itu mungkin benar dan mungkin tidak. Tetapi, sudah tentu ada yang mempercayainya.


Dengan gaya bersahaja tetapi penuh sindiran dan ‘tembakan’ ke atas Barisan Nasional (BN), tidak pelik jika ada yang termakan dengan kata-kata Guan Eng. Tambahan lagi, jika beliau memaklumkan betapa prihatinnya kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap usaha membela sekolah agama rakyat di Pulau Pinang, membantu warga emas dan waris masing-masing. 


Tetapi, persoalannya adakah Kerajaan Pusat selama ini tidak melakukan usaha bagi memartabatkan sekolah agama rakyat serta membantu warga emas dan golongan kurang bernasib di Pulau Pinang? Kalau nak dihitung bantuan Kerajaan Pusat, tidak terkira banyaknya kerana melakukannya sepanjang masa demi rakyat. Malah, tidak keterlaluan kalau nak dikatakan apa dilakukan kerajaan Pulau Pinang seperti ‘antah dalam segantang beras.’ 

Mengenali Guan Eng yang hampir tiga tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau sememangnya akan ‘menjaja’ perkara yang boleh menggembirakan rakyat apabila berhadapan dengan orang ramai untuk mengejar publisiti walaupun apa yang dilakukan tidaklah seberapa. Malah, kerajaan pimpinannya dilihat mempunyai agenda tersembunyi supaya dilihat baik dan hebat di mata rakyat. Mahu dilihat sebagai ‘hero’ kepada rakyat Pulau Pinang. 



Dengan mengkritik dan mencari kesalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu pimpinan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, kerajaan DAP Pulau Pinang lebih mudah mendapat kepercayaan rakyat walaupun belum terbukti kebenarannya.

Itu adalah antara perkara yang sering dilakukan oleh kerajaan negeri, tetapi bagaimana pula dengan kegagalan mereka untuk mengambil tindakan atau melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan. Barisan kepemimpinan kerajaan negeri sebenarnya lupa bahawa mereka bukan lagi pembangkang, tetapi pemerintah yang perlu menunaikan amanah rakyat. 

Di sebalik keghairahan ‘mengangkat bakul sendiri’, sebenarnya kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melaksanakan pembangunan untuk rakyat sepanjang hampir tiga tahun memerintah. Kebanyakan usaha pembangunan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat melalui agensinya. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Kerajaan Persekutuan membelanjakan kira-kira RM7.2 bilion untuk projek pembangunan dan fizikal di Pulau Mutiara. 

Kerajaan Pusat membina Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan kos kira-kira RM5 bilion, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) (RM250 juta), pembesaran Jambatan Pulau Pinang (RM545 juta), penubuhan Rapid Penang Sdn Bhd (Rapid Penang) yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti bagi memodenkan pengangkutan awam, pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang dan pelbagai lagi usaha untuk manfaat rakyat, khususnya warga Pulau Pinang. Adakah ini dianggap jasa kerajaan DAP Pulau Pinang? 

Mungkin ramai yang tidak menyedari kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya ‘bertuah’ apabila berjaya menawan Pulau Pinang kerana barisan kepemimpinan kerajaan negeri tidak perlu bersusah payah untuk memajukan negeri kerana segala-galanya sudah terbentang di depan mata. Semuanya hasil usaha BN. 

Bermula dengan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang melakukan transformasi dan era perindustrian dengan membawa masuk syarikat gergasi dari seluruh dunia pada 1970-an, membina infrastruktur dan ikon hebat – Jambatan Pulau Pinang dan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) selama 21 tahun dan disambung oleh Tsu Koon selama 18 tahun lagi, Pulau Mutiara, kalau diibaratkan sebagai sebuah rumah, ia sudah hampir siap. 

Penat lelah kedua-dua tokoh itu selama 39 tahun yang mendapat sokongan Kerajaan Pusat, berjaya menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri maju. Apabila pakatan pembangkang mengambil alih, mereka tidak perlu bekerja kuat seperti kerajaan terdahulu kerana segala-galanya sudah ada. Cuma, perlu diperbaiki di mana yang kurang dan dimantapkan lagi. 

Lantaran itu, kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan peluang itu untuk mengeksploitasi sepenuhnya peluang yang ada bagi menunjukkan kepada rakyat, kononnya merekalah yang mengusahakannya segala-galanya. Lihat saja pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, pelaburan berjumlah RM10.2 bilion pada 2008 dan RM12.23 bilion pada 2010, Pulau Pinang sifar miskin tegar pada 2009, adakah itu jasa kerajaan DAP Pulau Pinang? Hanya orang buta sejarah yang mengakuinya. 

Bukankah BN sudah berusaha berpuluh tahun untuk mencapai semuanya itu? Mana mungkin kerajaan pimpinan Guan Eng yang baru berusia 34 bulan mampu melaksanakannya. Siapa yang mengambil kredit daripada pencapaian cemerlang itu? Janganlah jadi ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.’ 

Sudah menjadi kelaziman barisan kepemimpinan negeri untuk menjaja perihal cerita kehebatan mereka. Mereka tidak pernah bosan untuk mengulangi kejayaan yang boleh dianggap sebagai ‘kisah dongeng.’ Ungkapan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang didakwa menjadi prinsip pentadbiran kerajaan, tidak pernah lekang dari tutur kata mereka. 

Mengimbas kembali kepada peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang sejak tiga tahun lalu, menunjukkan banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang boleh menjadi renungan rakyat untuk jangka masa panjang. 

Guan Eng sendiri sering mendakwa bahawa kerajaannya mengamalkan ketelusan, tetapi apa sebenarnya dilakukan tidaklah membuktikan amalan itu. Contohnya, sebelum memegang tampuk kuasa, mereka berjanji untuk mewajibkan Exco kerajaan negeri mengisytiharkan harta kepada umum. Tetapi, sehingga kini belum dilaksanakan. Apabila ditanya bila hendak dilaksanakan, pelbagai jawapan ‘putar belit’ diberikan termasuk meminta Kerajaan Pusat melaksanakannya terlebih dulu. 

Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kecekapan dalam banyak perkara termasuk soal pelantikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Kerajaan negeri dilihat tidak cekap dalam hal ini kerana mengejar kepentingan politik, bukannya akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam di Pulau Pinang untuk melantik bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria. 

Sekiranya kerajaan negeri cekap, kontroversi pelantikan Ellias tidak berlaku dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidaklah memberi janji palsu kepada pengundi di DUN Permatang Pasir ketika pilihan raya kecil pada Ogos 2009. Anwar dalam satu majlis yang dihadiri Guan Eng, berjanji untuk melantik calon PAS pada pilihan raya kecil itu, Mohd Salleh Man menerajui MAIPP sekiranya menang. 

Tetapi, akhirnya Ellias dilantik kerana sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dulu walaupun Mohd Salleh menang pilihan raya kecil itu. Sebagai ‘sagu hati’ kepada penyokong PAS dan menutup ‘malu’, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu dilantik sebagai Timbalan YDP MAIPP. Kalau kerajaan negeri cekap, masalah itu tidak berlaku kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan Ellias. 

Kepincangan terbaru kerajaan negeri ialah salah guna kuasa sesetengah pemimpin pakatan pembangkang yang dilihat melampau serta bertindak memilih bulu. Misalnya, Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar daripada DAP, bertindak campur tangan dalam tugasan penguatkuasaan MPPP ke atas restoran nasi kandar. 

Meskipun Wei Aik melanggar peraturan, tetapi Guan Eng hanya membisu dan tiada tindakan diambil ke atas wakil rakyat kesayangannya itu. Adakah Wei Aik terlalu kebal sehingga tiada tindakan diambil walaupun terbukti mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan. 

Walaupun kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa mereka prihatin terhadap nasib rakyat dan tidak meminggirkan orang Melayu, kenapa tindakan kerajaan negeri dilihat dilakukan secara berpilih. Lihat saja tindakan penguatkuasaan dan perobohan gerai peniaga dan penjaja Melayu, cadangan pengambilan tanah di Balik Pulau yang majoritinya dimiliki oleh orang Melayu untuk dijadikan tapak hab pendidikan. Sebahagian penduduk Kampung Buah Pala yang tidak mendapat sebarang pampasan walaupun tempat tinggal mereka sudah ‘berkubur.’ 

Kalau benar kerajaan negeri berjiwa rakyat, cadangan pengambilan tanah di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau perlu dibatalkan. Jika diteruskan, ia umpama ‘merampas’ tanah rakyat yang rata-rata miskin yang mendiami kawasan itu. Kenapa kerajaan negeri tidak mengambil tanah lain yang tidak berpenghuni atau menambak kawasan paya. Di manakah keikhlasan kerajaan negeri? 

Bagaimanapun pula dengan isu tanah Lot 21 dan Lot 22 yang dicadangkan sebagai tapak kubur bagi mengatasi kesesakan Tanah Perkuburan Islam Jelutong ketika era pentadbiran BN, yang kini diluluskan untuk dimajukan sebagai tapak kediaman mewah. Kenapa harapan ribuan umat Islam Jelutong untuk mendapat tanah perkuburan yang lebih selesa, kini digantung tanpa bertali. Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu, sedangkan Lot 21 dan Lot 22 akan dimajukan pada bila-bila masa saja. 

Kerajaan negeri juga sentiasa bercakap kononnya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi pada masa tidak menunjukkan ke arah itu. Lihat saja dari segi kelulusan lesen rumah urut dan pusat hiburan awam yang diluluskan sepanjang 2008 dan 2009 yang masing-masing berjumlah 96 dan 1,376. Sepatutnya, perkara yang membawa kepada keruntuhan moral ditangani, bukannya terus mendapat galakan. 

Sebenarnya, omongan kepemimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa pentadbiran mereka menjadi model kepada pemerintahan kerajaan pakatan, bukanlah gambaran tepat dan lebih bersifat untuk mencari publisiti bagi memenangi hati rakyat. Sandiwara mereka dan dasar tersurat mereka sekadar untuk mengaburi mata rakyat bagi melindungi agenda yang tersirat. 

Serangan Peribadi Helah Terakhir PAS_PIS_PUS.

TEMPOH berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berbaki hanya dua hari lagi menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Cap Bulan semakin ligat berkempen bagi memenangi hati pengundi. Dalam pada sibuk bertemu masyarakat, ada cerita yang tidak enak didengar apabila mula timbul strategi kotor, termasuk mereka cipta serta menabur fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Niat mereka tidak sukar ditelah, iaitu bagi menimbulkan rasa benci serta menghilangkan keyakinan pengundi terhadap lawan. 

Bagi pembangkang, khususnya PAS, sasaran mereka sekadar mahu mengurangkan majoriti undi BN, manakala BN pula berazam meraih undi lebih tinggi berbanding pilihan raya umum 2008. 

Keazaman itu yang menjadi azimat untuk calon dan jentera BN terus bersemangat melalui tempoh lapan hari berkempen dengan menjawab pelbagai isu dilemparkan pihak lawan. 


Jika diamati sepanjang tempoh empat hari pertama kempen, situasi di Tenang tidak banyak berbeza dengan 13 pilihan raya kecil sebelum ini. Pastinya serangan demi serangan berbentuk peribadi menjadi antara taktik memainkan emosi pengundi. 

Semakin hampir hari pengundian, semakin rancak juga kempen kedua-dua parti bertanding. Pembangkang memainkan pelbagai isu dan paling ketara serangan peribadi terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, manakala BN siap sedia dengan jawapan bagi menangkis tuduhan. 

Mungkin sikap tenang dan agak pendiam Mohd Azahar menjadikannya sasaran mudah untuk pembangkang melakukan serangan demi serangan terhadapnya, tetapi apa yang penting setiap serangan itu dengan penuh yakin ditepis calon itu bersama sokongan barisan kepemimpinan BN. 

Walaupun dikatakan calon terbaik dan menjadi pilihan kerana mempunyai latar belakang bersih dan anak tempatan, ia bukan satu bonus buat Mohd Azahar atau Tok Ai berasa selesa atau telus daripada serangan. 

Antara taktik pembangkang adalah mengaitkan calon BN itu dengan isu tanah milik seorang penduduk yang dilelong ketika Mohd Azahar menjadi Penolong Pentadbir Tanah Segamat pada 2000-2006 serta beberapa isu peribadi lain. 

Agaknya memang isu itu ‘klimaks’ untuk pembangkang dalam taktik mereka pada pilihan raya kecil ini. Apa tidaknya, sebelum ini begitu berapi-api mereka melaungkan pelbagai isu nasional termasuk berkaitan FELDA, isu tanah dan harga barangan, mengapa kini berubah kepada serangan peribadi. 

Jika diimbau, hampir sebulan sebelum penamaan calon lagi, pembangkang mengisi siri ceramah mereka dengan fokus kepada isu nasional di atas, namun mungkin menyedari taktik itu gagal menarik perhatian pengundi, lalu beralih pula kepada serangan peribadi. 

Mungkin juga menyedari Johor kubu kuat BN, menjadikan parti lawan semakin rakus menggunakan pelbagai helah untuk menggugat pertahanan BN dan mungkin juga serangan peribadi menjadi helah terakhir mereka. 

Ia bermula dengan cerita kononnya pemilihan Tok Ai tidak mendapat restu UMNO Bahagian Labis, namun mudah disangkal, tambahan pula Timbalan Ketua UMNO Labis, Rusdin Mahamud yang dikatakan antara calon favourite pada mulanya, tidak pernah lekang dengan Tok Ai dalam siri kempen yang dijalankan. 

Berlainan pula dengan BN, walaupun ada ruang untuk mengikut langkah lawan menyerang peribadi calon PAS, ia langsung tidak digunakan, sebaliknya tumpuan kempen adalah kepada apa yang boleh dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat. 
Penyebaran fitnah dan serangan peribadi juga membuktikan pembangkang masih tetap dengan cara lama. 

Apa yang diharapkan ialah kebijaksanaan pengundi di DUN Tenang menilai apa yang betul dan salah serta mengambil kira jawapan yang sudah diberikan bagi membalas setiap tuduhan sebelum membuat pilihan pada hari penentuan.
 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive