Sunday, February 27

Kempen Bersama Calon BN N27 Merlimau - Hari Kedua.





HARI ini merupakan hari kedua calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad ke sana ke mari untuk berkempen menjelang hari pemilihan bagiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Seluruh ceruk Merlimau perlu dilawati bagi menemui pengundi-pengundi tanpa mengira kaum dan agama.












Calon wakil rakyat BN itu mengharungi terik mentari sepanjang hari ini bagi bertemu rakyat di kawasan ini."Setakat ini alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan bersyukurlah dengan meklum balas yang diberikan orang ramai setakat hari ini "










Jangan Pandang Rendah Calon Bukan 'Heavyweight" PAS.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) bersalam dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad selepas majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di Bandar Jengka, Pahang sebentar tadi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru jentera parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau agar tidak memandang rendah kekuatan parti lawan.
Perdana Menteri berkata, BN tidak boleh memandang ringan keupayaan PAS walaupun parti itu menurunkan calon yang disifatkan sebagai bukan 'heavyweight' bertanding di kawasan berkenaan.
"Saya fikir mereka ada perkiraan, kalau mereka letak calon seperti (Naib Presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man), beliau sudah kalah dua kali dan kalau kalah tiga kali... ia berat bagi beliau.
"Selain itu mereka nak letakan Tuan Ibrahim dalam hierarki akan datang dalam kepimpinan PAS.
"Jadi mereka letakkan calon yang bukan 'heavyweight' tapi kita tak boleh memandang ringan. Walaupun mereka akan arahkan penyokong mereka untuk sokong," katanya di sini, Ahad.
Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.
BN diwakili Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS mempertaruhkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembangkang hanya mempunyai dua pertimbangan apabila menyertai pilihan raya kecil ini.
"Bila mereka masuk dalam pilihan raya kecil, mereka nak menang, bila mereka meletakkan calon, tentu sekali mereka fikir bahawa calon mereka itu ada harapan.
"Ataupun mereka meletakkan calon untuk menunjukkan bahawa sebenarnya BN tak kuat dalam kawasan ini.
"Jadi kita mesti anggap ini sebagai tentangan yang biasa dan kita akan lawan ikut kemampuan kita untuk meraih sebanyak mungkin sokongan kepada BN," katanya.

Pelawak Digunakan "ushar mau kuat"

Pelakon mak limah balik rumah  Pak jabir digunakan untuk menolong Pas berkempen di Kerdau.
Pak Jabir atau nama sebenarnya Ab Kadir Abd Manaf adalah Setiausahakerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asli Parti Kelentong Rakyat.Beliau juga digelar "Man Kadir" bertugas sebagaiKetua Sekretariat untuk 3 rancangan Felda DUN Kerdau,Jengka 22,23 dan 25.

PAS Sudah Terdesak.

Parti Pas dengan sesuka hati melakukan provokasi dengan dialog mengatakan harga barang naik menggunakan kerektor watak Upin dan Ipin bersama Atuk di salah satu banner milik Parti PAS yang dipasang di sempang tiga Pekan Ayer Merbau di sini hari ini.

Harga barangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang yang terbabit dengan pilihan raya kecil, masih terkawal. 

Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe,
berkata kementeriannya akan sentiasa memantau keadaan harga barangan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkannya sesuka hati.

Ada beberapa aduan yang diterima mengenai perkara ini di Merlimau, namun ia 
bukan disebabkan pilihan raya tetapi kerana fenomena biasa yang berlaku di 
seluruh dunia," katanya selepas sesi ceramah isu harga barangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Merlimau di sini, hari ini. 

Beliau turut mengingatkan parti pembangkang supaya tidak menggunakan isu 
kenaikan harga barangan sebagai salah satu taktik memancing undi pada musim 
pilihan raya. 
Katanya, pembangkang sepatutnya memberi penjelasan sebenar di sebalik 
kenaikan harga makanan dan komoditi. 

Jelas Tan, kenaikan harga barangan pada masa ini adalah fenomena dunia 
serta masalah pergolakan politik di beberapa buah negara seperti Libya yang 
merupakan antara negara pembekal minyak utama dunia. 

"Bila fakta-fakta ini diseleweng, kita bimbang akan berlaku pergolakan 
politik di negara ini dan rakyat yang akan menanggung bebannya (kenaikan harga 
barangan)," katanya. 

Justeru, katanya, rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan 
kestabilan politik negara ini terjamin dan memelihara perpaduan sedia ada. 

"Yang penting, pengguna perlu bijak berbelanja supaya satu hari nanti 
mereka yang akan tentukan harga dalam pasaran dan bukannya peniaga. Kita mahu 
kuasa ada di tangan pengguna," katanya sambil menambah bahawa Kementerian 
Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha mengadakan stok-stok penimbal 
barangan makanan sebagai bekalan jika berlaku krisis makanan. 

Namun, katanya, KPDNKK yang bertanggungjawab ke atas harga barangan akan 
sama-sama memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi

97 Anggota PKR Bayan Baru Dan Tanjong Keluar Parti Sertai Kimma

GEORGE TOWN: Seramai 97 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.
Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.
"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini, Sabtu.
Beliau berkata kumpulan mereka terdiri daripada pemimpin sayap Pemuda dan Wanita PKR kawasan berkenaan yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 72 tahun.
"Semua janji untuk membela nasib kaum India Muslim gagal ditunaikan parti berkenaan," katanya.
Kimma mempunyai 12,500 anggota di sekitar Pulau Pinang.-BERNAMA

Saturday, February 26

Feringghi atau Feringgi?



Orang ramai khususnya pelancong asing dan tempatan yang mengunjungi bandar raya ini keliru dan ‘pening kepala’ untuk ke destinasi setiap kali melihat papan tanda arah yang mempunyai ejaan berbeza.
Ini berikutan, walaupun destinasi yang bakal dituju itu adalah betul, papan tanda arah yang terpampang mempunyai ejaan berbeza menyebabkan mereka sering tersesat dan hilang arah.



Sebagai contoh, pelawat sudah pasti terkeliru sama ada mahu mengikut nama Batu Feringghi atau Batu Feringgi, manakala Tanjong Bungah atau Tanjung Bunga.


Mereka sudah pasti tertanya-tanya sama ada ia adalah lokasi sama atau sebaliknya berdasarkan perbezaan ejaan.

Pemasangan papan tanda yang tidak selaras itu menyebabkan ramai di kalangan pengunjung termasuk penduduk tempatan sering merungut dan mahu tindakan segera menanganinya diambil.


Difahamkan, sebelum ini, penyelarasan ejaan pada papan tanda itu sudah dilakukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), namun masih terdapat perbezaan pada beberapa papan tanda arah di persimpangan laluan.




Lokasi yang menempatkan papan tanda arah berbeza itu dikesan berhampiran jejambat Gelugor, Jalan Udini serta Jalan Air Hitam.

Selain itu, nama Air Itam atau Air Hitam juga didapati berbeza walaupun lokasinya adalah sama.




Peniaga, Shaik Ibrahim Ishak, 51, berkata perbezaan ejaan juga terdapat pada banyak papan tanda di premis perniagaan persendirian.

“Papan tanda yang mengelirukan ini termasuk ada yang hilang pasti akan menyukarkan pemandu mencari sesuatu destinasi khususnya yang baru tiba untuk melawat negeri ini,” katanya.


Menurutnya, keadaan itu memberi gambaran buruk kepada pelancong mengenai kurangnya keprihatinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak dalam menyediakan keperluan lengkap seperti penyediaan papan tanda arah.


Katanya, lokasi dan ejaan pada papan tanda adalah penting kerana ia menunjukkan arah destinasi pelancongan serta tempat tumpuan lain.

BN Masuk Perangkap PAS.Fakta atau Auta.


 Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu memasuki 'perangkap politik' PAS apabila mengandaikannya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.
Tuan Ibrahim berkata, ura-ura yang mengatakan beliau akan bertanding di kawasan berkenaan sebelum ini telah berjaya memerangkap BN apabila parti itu dilihat menyerang peribadinya termasuk membangkitkan isu bukan anak tempatan.
"Ini strategi politik. Daripada awal, sebagai pengerusi mesyuarat saya memang mencalonkan Hassanuddin Salim dan kebetulan (PAS) negeri dan Pusat juga terima.
"Jadi kita anggap bahawa ini satu strategi, dan kita boleh tengok bahawa pihak media dan BN menyerang peribadi saya macam-macam termasuk bangkitkan isu saya bukan orang tempatan," katanya ketika ditemui media di pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini, Sabtu.
Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan saingan satu lawan satu antara PAS dan BN.
PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43, manakala BN mempertaruhkan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44.
Mengulas lanjut, apabila PAS menamakan Hassanudin sebagai wakil parti itu, ia sekali gus telah menutup isu calon anak tempatan yang dibangkitkan Umno sebelum ini.
"Saya fikir di peringkat awal mereka termasuk perangkap apabila mereka timbulkan isu calon mesti anak tempatan.
"Dan akhirnya sekarang apabila kita benar-benar letak calon anak tempatan, saya fikir kita telah berjaya menutup mulut mereka mengenai isu berkenaan,' katanya.
Mengulas mengenai peluang parti itu untuk menang di DUN Kerdau, Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan berkenaan itu berkata, sehingga kini beliau meletakkan peluang 50-50 bagi kedua-dua pihak sama PAS mahupun BN.
Ditanya mengenai pola sokongan pengundi mengikut pecahan kaum, Tuan Ibrahim berkata, berdasarkan situasi semasa, beliau yakin pengundi di kalangan bukan Melayu akan memberi sokongan kepada PAS selain mengharapkan sokongan lebih 80 peratus pengundi Melayu dalam kawasan berkenaan.
"Kita yakin dengan mood yang ada, pengundi-pengundi Cina akan beri sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Walaupun segmen Melayu lebih besar, kita harapkan jentera PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mampu untuk buat kejutan," katanya.
sumber klik disini
Mat Kilau Kata kita pakat ramai-ramai tunggu sapa yang kena atau Pas akan tungging tebalik selepas 6hb.

Friday, February 25

Pas buang masa bertanding PRK Kerdau, Merlimau


Keyakinan Pas untuk menawan kedua-dua kawasan terbabit ibarat 'katak puru yang yakin kulitnya akan licin apabila bunyi guruh' tetapi keyakinan itu tidak pernah menjadi realiti sejak turun temurun.


Di Kerdau, daripada 8,451 pengundi berdaftar, sebanyak 89.04% adalah Melayu, 5.62% Cina, 3.59% India dan 1.75 % lain-lain bangsa manakala di Merlimau daripada 10,471 pengundi berdaftar, sebanyak 64.69% adalah Melayu, 21.11% Cina, 14.16% India dan 0.04% adalah bangsa-bangsa lain. Maknanya di kedua-kedua kawasan itu, majoritinya adalah penduduk Melayu.


Seandainya Pas meletakkan calon di kedua-dua kawasan dan diatur pula dengan siri kempen oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, penulis yakin jumlah majoriti UMNO/BN akan meningkat dengan banyaknya kerana orang Melayu pasti tidak akan lupa dengan pengakuan Nik Aziz yang tidak bangga menjadi Melayu dan dilahirkan sebagai Melayu.


Orang Melayu juga pasti tidak mahu bersekongkol dengan parti yang dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam yang menganggap sesiapa tidak menyokongnya tidak layak masuk ke syurga. Kenyataan itu jelas ditujukan kepada mereka yang mengundi calon UMNO/BN tetapi pada masa yang sama, boleh pula bekerjasama, malah boleh 'tunduk' kepada parti yang pemimpinnya anti-Islam secara terang.


Harus diketahui oleh para pemain politik dan parti politik, pengundi sekarang bukan cetek ilmu pengetahuan dan maklumat macam dulu, malah di Kerdau mahupun di Merlimau, yang lebih berilmu dan lebih beriman serta bertakwa daripada Nik Aziz ada berlambak-lambak, cuma mereka tidak tonjol diri, apatah lagi menggazetkan diri mereka sebagai 'tok guru', 'ulamak', 'mua'lim', 'maulana' dan sebagainya kerana mereka tidak ada kepentingan politik.


Ertinya, ekoran keceluparan Nik Aziz yang bersifat strategi politik kepartian bagi menarik pengundi bukan Melayu dan pengundi bukan beragama Islam sehingga sanggup menyatakan beliau tidak bangga dilahir dan menjadi Melayu, ia menjadi suatu wabak, virus dan sindrom yang boleh menyebabkan Pas kehilangan sokongan Melayu, malah parti itu bukan sahaja akan tumpas pada pilihan raya-pilihan raya kecil tetapi juga pasti akan tumpas pada pilihan raya umum nanti.


Kalau pihak pembangkang letak calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP, calon-calon dari parti-parti berkenaan juga akan kecundang kerana pendekatan politik mereka tidak ada beza, yakni sama-sama sekularisme.


Ertinya pihak pembangkang sama ada mempertaruhkan calon Pas atau PKR atau DAP, mereka hanya akan membuang masa, wang dan tenaga untuk bertanding di Kerdau dan Merlimau. Lebih baik wang itu digunakan oleh Pas untuk membantu fakir miskin termasuk memberi subsidi harga barangan keperluan harian kepada rakyat di negeri-negeri yang diperintah.


Dengan majoriti yang dipungut oleh Allahyarham Zaharudin Abu Kassim di Kerdau sebanyak 1,615 selepas memungut 4,132 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), manakala lawannya dari Pas hanya memungut 2,520 undi, adalah amat sukar bagi Pas untuk menumbangkan UMNO/BN.
Penulis yakin jumlah majoriti penyokong UMNO/BN akan meningkat lebih tinggi memandangkan UMNO/BN sedang berdepan dengan revolusi dan reformasi pemulihan sokongan yang amat ketara, terutama di kalangan orang Melayu. Harus diingat faktor yang menyebabkan UMNO/BN gagal mendapat majoriti 2/3 pada PRU-12 bukan kerana sokongan terhadap UMNO merosot, sebaliknya yang tumpas adalah parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN atas beberapa faktor yang kini sudah dikenal pasti dan diatasi oleh pimpinan BN.


Keinginan Pas atau mana-mana parti pembangkang untuk menawan Merlimau juga ibarat sang pungguk yang mahu ke bulan. Ini kerana kalau difikirkan secara waras, bukan mudah untuk Pas atau mana-mana parti pembangkang menambah pungutan undi lebih daripada 5,087 undi berbanding dengan undi yang diperoleh pada PRU-12, yakni jumlah majoriti yang dipungut oleh Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan.


Apa pun jentera UMNO/BN tidak boleh leka dan ambil mudah dalam menghadapi lawan, sebaliknya kena bekerja kuat bukan untuk menang kerana insya-Allah kemenangan sudah dalam genggaman. UMNO/BN perlu bekerja kuat untuk meningkatkan jumlah majoriti yang dipungut.


Jangan ikut rentak lawan yang menabur fitnah, provokasi dan fakta yang diadakan-adakan ketika berkempen, sebaliknya berpolitiklah secara sihat dan yang dihalalkan oleh Islam supaya UMNO/BN tidak akan dikifarah sebagaimana Pas sedang berdepan dengan siri kifarah kerana pendekatan politik pimpinan parti berkenaan tidak sama antara yang diucap pada mulut dan yang terselit di hati.

Thursday, February 24

Pakatan Rakyat Terdesak Mula Tabur Fitnah

Ahli Perkasa menunjukkan risalah yang terdapat logo Perkasa Melaka
 dan latar belakang pertubuhan itu yang disebarkan
 secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka membuat laporan polis berikutan penyebaraan risalah berbaur hasutan yang menggunakan logo pertubuhan itu.
Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Melaka, Abd. Rahim Osman bersama Pengerusi Perkasa Jasin, Jalani Amit di Balai Polis Merlimau, di sini pada pukul 1 petang Khamis.
Menurut Abd Rahim, pihaknya dimaklumkan pada pukul 11.15 malam Rabu bahawa ribuan risalah terbabit disebarkan di beberapa taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi menimbulkan kemarahan pengundi di sini khususnya kaum Cina.
Katanya, terdapat logo Perkasa Melaka dan latar belakang pertubuhan itu pada risalah yang disebarkan secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina.
"Perkasa Melaka menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan kegiatan tidak bertanggungjawab itu. Laporan polis yang dibuat hari ini adalah bagi membersihkan nama kami.
"Kami mahu polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di sini.
Pada risalah itu tercatat Artikel 153 Perlembagaan berkaitan Yang di-Pertuan Agong, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.
Paling ketara ialah ayat "Cina khianat negara" yang seolah-olah bertujuan menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina terhadap Perkasa.
Abdul Rahim memberitahu, risalah-risalah berkenaan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan perumahan seperti Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri Merlimau dan Taman Deretan.
Beliau menambah, pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) kali ini yang melakukannya dengan bermotifkan politik dan berniat jahat.
Katanya lagi, ia juga bertujuan membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu untuk mebenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) sekali gus meraih undi mereka pada PRK DUN Merlimau.
Dalam pada itu, beliau berkata, pertubuhan itu tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik.
Objektif mereka, katanya, jelas mempertahankan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan negara.
"Sikap kita ialah berbaik-baik dengan semua pihak demi perpaduan dan keharmonian kaum-kaum di Malaysia," jelasnya.

Wednesday, February 23

Krisis FAP,Ada Ulaq Dalam Seluaq.Sampai Hati Hampa Memalukan UMNO.


Malangnya ada orang Umno sanggup belot kerana dijanjikan gelaran Datuk serta akan dikurniakan pingat kebesaran TYT atas sokongan Yb Malik yang sekarang ini dilihat mahu merampas kuasa FAP.Yb Malik mengunakan pengaruhnya sebagai bekas Ketua Pemua Umno dan AJK Bahagian Tanjong telah berjaya mempengaruhi beberapa ahli Umno Bahagian Tanjong untuk menyokong beliau.


Malang sekali ada ahli Umno sanggup belot dan sanggup menjadi anjing kepada regim DAP, Gulam Rasol dan Rahmatullah Jaja Mydin bersekongkol bersama Yb Malik sebagai balaci Guan Eng untuk hancurkan pimpinan FAP.


Yb Malik dan berjanji untuk memberikan anugerah Datuk kepada Gulam,dengan gelaran Datuk yang dijanjikan Gulam telah bersama Yb Malik sanggup untuk sabotaj FAP


Ameer Usop menjadi balaci membuat surat kononnya nak buat usul tak percaya kepada kepimpinan yang sedia ada.


Gulam dan Rahmatullah bukan saja pengkhianat kepada FAP dan orang bola Pulau Pinang,2 ekor anjing ini sanggup menjual bangsa sendiri semata mata mahukan pangkat dan wang ringgit.Yb Malik turut menyogok beberapa ribu ringgit sebagai habuan atas konspirasi ini.


Si kitol dari Umno bersekongkol bersama Yb Malik dan Guan Eng sanggup menjadi pengkhianat dan menjadi balaci regim DAP semata mata untuk menggagalkan kerajaan pusat untuk membantu FAP


Mereka sanggup bersekongkol bersama Guan Eng untuk menggagalkan usaha Ds Zahrain mendapatkan bantuan yang boleh membantu masaalah kewangan FAP.

Sumber klik disini.

Tuesday, February 22

Datuk Dr.Mansor Othman Jual Minyak Murah.



Publisiti murahan telah dimainkan oleh Mansor menyatakan kerajaan Pulau Pinang tersangat prihatin kepada pelajar yang belajar di Mesir supaya dapat kembali belajar disana.Umpama meludah kelangit jatuh kemuka sendiri.


kenyataan beliau umpama supaya tidak berterima kasih kepada kerajaan pusat yang telah mengembalikan pelajar tersebut kembali ketanah air apabila dilanda krisis.inikah yang diajar mahaguru Lim kaki kencing.Yang pasti tiket sehala ke mesir menjangkau RM1,800.akan tetapi dok buat ramai macam bagi 10ribu seorang.



SEBERANG JAYA, 21 Feb: Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab serta prihatin terhadap nasib para pelajar yang akan meneruskan pengajian di Mesir, maka kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghulurkan bantuan kepada 318 pelajar negeri ini sebanyak RM2000 setiap orang.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman ketika ditemui selepas majlis ceramah 'ubah sekarang' di Seberang Jaya kelmarin.
Menurut beliau lagi, sumbangan yang diberikan ini adalah bagi memudahkan para pelajar yang terlibat untuk kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka di sana.
"Bagi memudahkan mereka, sebanyak RM1000 telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri, manakala RM1000 lagi dikeluarkan oleh Pusat Urus Zakat (PUZ).
"Kita adalah sebuah kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat. Apabila mereka dibawa pulang, sudah pasti perlu kembali untuk meneruskan pengajian. Ramai dikalangan mereka adalah terdiri dari mereka yang memerlukan sokongan untuk meneruskan pengajian.
"Oleh kerana itu, sebagai pemerintah, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membantu melalui dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan juga PUZ, " ujarnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, turut menyeru rakyat supaya menilai kembali sikap yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat.
Katanya lagi, sepatutnya para pelajar tidak dibebankan dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka sendiri untuk pulang ke Mesir.
Mansor juga menyeru masyarakat supaya menilai kembali sikap yang dipamerkan oleh Kerajaan Pusat jika dibezakan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memberi pembelaan kepada mereka.

Siapa Yang dibayar 5k sebulan?Saya hanyalah blogger nyamuk.


Tujuan mereka cipta isu itu dan minta ianya disebarkan tidak lain tidak bukan ialah supaya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Umno sendiri sehingga mereka berpecah. Apabila ahli-ahli Umno berpecah ianya akan terbawa-bawa sehingga dalam pru akan datang dan seterusnya membuatkan anda semua marah, tidak bekerja bersungguh-sungguh dan akhirnya BN yang terima kesannya.

Kita bagi tempoh selama 48 jam kepada Hata Wahari untuk menamakan blogger yang dia maksudkan. Jika Hata gagal memberitahunya dalam tempoh 48 jam kita semua telah bersetuju untuk mencari beliau dan membaling air kencing kami yang akan dicampurkan dalam satu plastik ke muka Hata.

Kepada Hata Wahari, jika tidak mahu air kencing kami hinggap di muka kamu, sila nyatakan blogger mana yang menerima bayaran RM 5000 sebulan.

Kepada rakan-rakan pembaca, suka saya ingin menyatakan di sini. Cerita-cerita tentang blogger-blogger pro Umno dan kerajaan adalah blogger upahan bukan perkara baru. Cerita ini telah lama disebarkan. Juak-juak sebelah sana sekarang ini sukar menerima hakikat yang blogger-blogger pro kerajaan telah menguasai dunia siber yang selama ini dikuasai oleh mereka.

Mereka cuba potretkan blogger-blogger pro kerajaan berblog bukan kerana datang dari kemahuan sendiri sebaliknya hanya kerana duit yang diupah.

Sekarang saya pulangkan balik kepada pembaca untuk menilai. Sekiranya saya atau rakan-rakan adalah blogger upahan Umno tiadanya kami menghentam Umno sampai nak rak dalam blog masing-masing.

Anda semua yang membaca blog ini atau blog rakan-rakan saya setiap hari, anda boleh lihat bagaimana kami menghentam Umno atau kerajaan sekiranya ada perkara yang tak betul. Orang gila manakah dalam dunia ini yang sanggup bayar upah untuk orang hentam dia ? Orang gila seperti Hata Wahari mungkinlah.

Selanjutnya tekan kat sini.

Monday, February 21

Ahli Parlimen Paling Mangkok Dalam Sejarah.


Tengok sendiri dan lihatlah apa yang Ahli Parlimen nie dok putaq belit pasai My Balik Pulau.menang pun 709 undi saja ...  tolong apa kejadahnya !  bangsa Melayu di Balik Pulau dihina pun hang tak bela.Yang best bukan pertikai apa yang dicetak dalam tue menghina melayu tetapi dok kata UMNO nie UUUUTT (bahasa daerah balik pulau utt tue mai dari hulu).






'you must take your work seriously but don't take yourself seriously'

NAJIB bergambar bersama rakan internetnya di Facebook dan Twitter sempena Jamuan Petang 1Malaysia Perdana Menteri Bersama Rakan Internet di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.


Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau harus memastikan setiap keputusannya selaku Perdana Menteri adalah tepat tanpa sebarang ruang untuk berlaku kesilapan kerana kesannya bukan saja menjejaskan dirinya, sebaliknya boleh memudaratkan rakyat dan negara.
Beliau berkata, apabila mencapai tahap tertentu, terutama kedudukan tertinggi dalam negara, seseorang yang perlu membuat 10 keputusan mesti pastikan kesemuanya tepat kerana sekiranya berlaku satu kesalahan sekali pun, ia mungkin kesilapan yang amat merugikan pelbagai pihak.


“Justeru, untuk mengelakkan keputusan yang salah, kita perlu berfikiran rasional. Saya sudah lama dalam politik, dah 35 tahun, saya melalui macam-macam keadaan dan krisis politik. Saya sudah lihat semuanya. Jadi sebagai Perdana Menteri, saya sedia hadapi apa saja cabaran supaya semua keputusan saya adalah amat tepat, insya-Allah. 

“Saya selalu ingatkan diri untuk memastikan semua keputusan 100 peratus tepat setiap kali. Saya juga tak boleh nampak menggelabah atau cemas kerana dalam apa juga keadaan, kita sebagai kuasa muktamad membuat keputusan negara perlu sentiasa tenang.

“Kalau kita bertenang, kita boleh berfikir. Kalau kita panik, cemas atau menggelabah, kita tidak boleh berfikir secara rasional,” katanya ketika sesi dialog sempena Jamuan Petang 1Malaysia Perdana Menteri Bersama Rakan Internet di Seri Perdana, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Naserudin Abd Fatah dari Perak iaitu seorang daripada lima jemputan yang terpilih bagi mengajukan soalan kepada Perdana Menteri pada majlis minum petang itu. 
Kira-kira 600 rakan internet Perdana Menteri berusia antara 16 hingga 72 tahun dari seluruh negara, termasuk yang mengikuti laman blognya, www.1malaysia.com.my atau menerusi laman sembang Facebook dan Twitter menghadiri majlis jamuan petang itu.

Jamuan seumpamanya yang julung kali diadakan pada 13 Mac 2010 dihadiri kira-kira 300 rakan internet beliau. Majlis semalam yang sepatutnya diadakan 5 November tahun lalu itu terpaksa ditangguhkan kerana Perdana Menteri terkena jangkitan cacar air.

Najib berkata, beliau juga menjadikan petikan dalam buku karya Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell iaitu 'you must take your work seriously but don't take yourself seriously' (anda mesti mengambil serius mengenai kerja tapi jangan mengambil serius mengenai diri sendiri).

“Maknanya anda mesti ada masa untuk berehat, ada masanya orang ramai perlu memahami yang saya perlu bersenam, perlu menggunakan treadmil dan sekali sekala bermain golf tetapi saya memberi jaminan kepada anda semua bahawa saya mengambil serius mengenai kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Menjawab soalan Ainul Aizat Ishak dari Kuala Lumpur mengenai minatnya terhadap muzik pula, Najib berkata beliau sukakan muzik era 70-an dan 80-an selain beberapa lagu Melayu terkini tetapi tidak begitu menggemarinya sehingga boleh menamakan tajuk lagu.

Menjawab soalan John Britto Victor Arokiasamy dari Kedah mengenai cabaran dan halangan mencapai gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri berkata, masyarakat pelbagai kaum perlu melakukan perubahan minda untuk melepasi tiga tahap sebelum menzahirkan perpaduan sebenar, bermula dengan kesediaan bertolak ansur antara kaum lain. 

Kepada soalan Mohammad Ayzuddin Bujang dari Negeri Sembilan mengenai negara maju berpendapatan tinggi, Najib berkata, apa yang dimaksudkan itu sudah jelas cuma perlu diterjemahkan bagaimana mencapai status itu menjelang 2020.

Menjawab soalan Mohd Sulaiman Gerrard Abdullah dari Selangor pula, Perdana Menteri berkata, konsep yang sama dapat memajukan sukan negara, khususnya bola sepak yang menjadi sukan nombor satu negara.

Menjadikan Piala AFF Suzuki yang dijuarai Malaysia tempoh hari, Najib berkata kejayaan itu tidak datang sekelip mata, sebaliknya adalah perancangan jangka panjang yang teliti.

"Kalau kita lihat skuad Harimau Malaya yang memenangi pertandingan itu, 17 daripada 25 pemainnya bersama sejak Tingkatan Tiga lagi di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang saya tubuhkan sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

"Inilah yang saya minta daripada rakyat Malaysia, selaku Perdana Menteri saya sudah lakarkan hala tuju masa depan negara dan segenap lapisan rakyat perlu bekerjasama mengukuhkan asas dan melakukan pengisian yang perlu bagi menjamin kejayaan jangka panjang," katanya. 

PAS Perlu Minta Maaf Kafirkan UMNO Sebelum Dakwa Perjuangankan Orang Melayu

PAS perlu meminta maaf kepada Umno terlebih dahulu sebelum mendakwa parti itu sebenarnya turut memperjuangkan nasib orang Melayu, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Mohd Fatmi berkata kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu turut memperjuangkan orang Melayu sudah agak terlambat setelah begitu lama isu mengkafirkan penyokong Umno yang sebahagian besarnya adalah bangsa Melayu masih tidak ditangani oleh parti itu.
"Sudah lama bangsa Melayu yang berada dalam Umno terguris hati dan perkara itu masih berlarutan sehingga ada yang masih melakukan sembahyang dua imam.
"Kenyataan Nik Aziz mengenai Melayu sudah tidak membawa apa-apa makna. Minta maaf dulu kepada Umno mengenai isu kafir mengkafir ini dan biar bangsa Melayu menentukan sikapnya selepas itu," katanya kepada pemberita selepas selepas menyampaikan bantuan yuran murid pra-sekolah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Kementerian Pelajaran di sini, Isnin.
Seramai 641 pelajar daripada 55 tadika swasta dari Parlimen Kota Baharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa menerima bantuan sebanyak RM450 setiap seorang. Turut hadir Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.
Menteri Besar Kelantan ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu lepas, berkata perjuangan terhadap masyarakat orang Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai peribumi di negara ini.
Kenyataan Nik Aziz itu dibidas beberapa pemimpin Umno semalam yang menyifatkan ia hanya untuk memancing undi selepas sokongan bangsa Melayu terhadap PAS semakin berkurangan.
Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata Nik Aziz sebenarnya tidak mempunyai pendirian jelas dalam sesuatu perkara, dan suka berdolak dalik selepas membuat kenyataan dan kemudian menyalahkan pihak lain.
Sementara itu, Mohd Fatmi berkata kerajaan Pusat tahun ini memperuntukkan RM1 juta sebagai galakan lebih banyak individu di negeri ini membuka tadika swasta.
"Kita sasarkan sebanyak 100 tadika baru dibuka pada tahun ini di Kelantan, dan sehingga kini Jabatan Pelajaran baru menerima 25 permohonan dengan setiap mereka boleh menerima geran bantuan sebanyak RM10,000," katanya. 

Hindraf Dah Melampau.


Didepan Ibu Pejabat Polis Daerah Jawi, Nibong Tebal sejak jam 8 malam tadi ramai kaum india yang dianggarkan sekitar 300 orang berkumpul di pintu masuk IPD. Mereka mendesak pembebasan pemimpin mereka yang telah ditahan dan sekarang berada di IPD Jawi. Nyalaan lilin beramai-ramai turut dilakukan oleh puak tak faham bahasa ini!


Semua ini berpunca dari kempen hasutan jahat Hindraf di sebelah utara berkenaan bantahan novel interlok yang sehingga sekarang masih belum lagi selesai. Puak-puak ni masih belum dapat menerima fakta yang sebenar walaupun telah berbuih mulut diberi penjelasan. Puak-puak ni diberitakan kelihatan tidak hormat langsung pada pasukan polis. Terpekik terlolong depan IPD sehingga saat tadi.


Diberitakan sehingga sekarang keadaan semakin reda dimana hampir 100 orang masih membanjiri depan pintu masuk IPD yang menuntut pembebasan. Pasukan FRU turut bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan nampaknya keadaan terkawal. Apa lagi yang puak-puak ni mahu? Diharap pihak berkenaan ambillah tindakan yang sepatutnya dalam menangani isu ini.


Polis menahan lapan lelaki kerana terlibat dalam perhimpunan tanpa permit bagi menuntut kerajaan mengharamkan novel interlok di Simpang Ampat dekat sini,

Dari sumber polis, mereka ditahan setelah enggan bersurai daripada perhimpunan haram.kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun tanpa permit.

Dalam pada itu seramai lebih kurang 100 pengikut Hindraf berhimpun di luar Ibu Pejabat Polis Daerah SPS untuk menuntut lapan yang ditahan dibebaskan.

Awal penahanan lapan yang terlibat pengikut terbabit melakukan kekocohan dengan membuat bisin sebelum dikawal pihak polis.

Pengikut itu juga menyalakan lilin menandakan protes terhadap penahanan rakan mereka sebelum mereka bersurai jam 2 pagi selepas lapan yang ditahan dibebaskan pihak polis.


Saturday, February 19

Wira Perkasa Pulau Pinang.

Ketua Wira Perkasa Negeri Pulau Pinang
Wira Muda Perkasa Penang harus mensasarkan seramai mungkin golongan muda menyertai Pertubuhan ini. Demi merealisasikanya seluruh wira muda disetiap daerah perlu secara bersungguh mendekati golongan ini secara total..tidak memilih profesion dan fahaman politik.

Tidak lagi terlalu berpolitik serta mempertahankan pendapat masing2 yang boleh menjarakkan lagi perpaduan Melayu.Jika dilihat dari awal,tujuan penubuhan PERKASA pada dasarnya ialah menyatupadukan melayu,berjuang mempertahankan hak Melayu berdasarkan perlembagaan.

Sebarang perlantikan AJK di peringkat daerah juga disaran agar tidak terlalu memilih satu golongan Parti Politik sahaja.Ada baiknya turut diberi ruang kepada pihak lain juga terutama dari Pertubuhan atau Persatuan seperti Belia 4B dan Persatuan Penduduk.

Ini adalah penting bagi menjadikan segala usaha WIRA MUDA PERKASA sampai ke pengetahuan akar umbi dengan cepat,tepat dan berkesan. Selain dari golongan Mat Rempit juga harus di beri kepercayaan dengan menubuhkan satu portfolio khas dan di ketuai oleh golongan itu sendiri.

Selain itu tidak juga terkecuali kepada peniaga2 jalanan yang kebanyakanya di monopoli golongan muda.Peniaga burger umpamanya..perlu difikirkan sesuatu agar dimasa akan datang mereka akan terus mengusahakan perniagaan mereka dengan lebih maju malah tidak mustahil hingga mereka berpeluang berniaga di peringkat francais.

Adalah menjadi harapan,agar segala usaha kearah penyatuan bangsa ini tidak dianggap sebagai satu saingan kepada mana-mana parti politik. Matlamat kewujudan Wira Muda Perkasa amatlah jelas iaitu mendekati golongan muda,berbangsa Melayu,serta memimpin golongan ini agar tidak hanyut dibuai anasir jahat, terpengaruh dengan dadah serta mendengar segala bentuk hasutan yang boleh mengakibatkan kedudukan Agama,Bangsa dan Negara menjadi rapuh.

Mengajak golongan muda bersatu hati, menanam rasa cinta pada diri sendiri, Agama serta semangat kebangsaan yg tinggi. Melahirkan golongan akan datang yang berkualiti dan bermutu serta berdayasaing dan berpengetahuan kearah membina. Menjadikan golongan yang menghargai semangat ukhwah sesama sebangsa.

Moga segala matlamat ini di redhai ALLAH serta di permudahkan apa saja idea dan ilham kearah menjadikan Wira Muda Perkasa sebagai perintis baru kearah memperkukuhkan kedudukan Agama Bangsa dan Negara di bumi Malaysia ini.

Pautan facebook KELAB SAHABAT WIRA PERKASA PENANG disini

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive