Saturday, March 5

PAS akan Guna Taktik ayam DiMerlimau.

 


Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diharapkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik pihak pembangkang yang berkemungkinan berusaha meraih undi saat akhir melalui cara yang tidak sihat. 

Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taktik sedemikian sudah lama dipraktikkan pihak lawan bagi mengelirukan pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beralih sokongan kepada mereka pada saat akhir.




"Waspadalah kerana mana tahu ada kumpulan dari pembangkang yang ingin timbulkan ketegangan. Kadang-kadang dia sendiri yang rosakkan kereta atau banner dia, kemudian dia tuduh orang lain yang buat...ini taktik lama yang mungkin digunakan.




"Kita juga harap pengundi tidak terperangkap dengan cerita fitnah dan pembohongan mengenai kerajaan yang disebarkan melalui media baru seperti Facebook dan blog. Ada yang menyamar seolah-olah ia datang dari kerajaan. Jadi, pengundi janganlah keliru," katanya. 

Gempur Media Baru,Buah Last Kopek.

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan kemahiran memasak sewaktu Program Jalinan Mesra Rakyat dan Mesra Pengguna bersama Timbalan Perdana Menteri di Ayer Merbau, Merlimau di Melaka pada Sabtu. Beliau diperhatikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengarah pilihan raya BN DUN itu berkata media baru internet seperti blog, twitter dan laman sosial seperti facebook merupakan tempat terbaik menarik pengundi muda keluar mengundi calon BN pada Ahad."Saya juga mahu fitnah dan pembohongan di media baru itu dibetulkan dan diperjelaskan.



Mohd Ali mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab di media baru itu menyamar sebagai penyokong BN dan menyebarkan berita serta isu yang memberi kesan yang negatif kepada BN.
Katanya jentera BN juga terus mengadakan perjumpaan bersama pengundi termasuk lawatan rumah ke rumah bersama calon dan berkempen pada 'gear penuh'.
Mohd Ali berpuas hati dengan kempen yang berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
"Esok saya berharap semua pengundi keluar mengundi awal kerana dikhabarkan petang esok hujan, kita juga akan sediakan pengangkutan untuk membawa pengundi, saya nasihatkan pengundi memilih calon yang terbaik yang mampu memberi kemajuan di DUN itu," katanya.
Sementara itu, calon BN, Roslan Ahmad, 44, berkata beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.
"Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008," katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen, penduduk di kawasan DUN itu hanya mengutarakan masalah kecil seperti mahukan lebih banyak kemudahan infrasruktur, yang sedang diatasi kerajaan.
Katanya sekiranya dipilih oleh pengundi pada pilihan raya itu Ahad, sebagai langkah pertama beliau akan memastikan semua masalah yang diutarakan kepadanya diselesaikan secepat mungkin.
Roslan dicabar calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung




PAS Kata 750 Hantu Nak Mai,DAP Mimpi dan Mamai.


PAS mendakwa kira-kira 750 individu di luar daerah Merlimau ditawarkan pihak tertentu menjadi pengundi hantu di hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad ini. 

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya mendapat maklumat itu kelmarin yang menawarkan habuan yang lumayan kepada mereka yang bersetuju dan akan menggunakan kad pengenalan pengundi tempatan.
"Saya harap pihak berwajib termasuk polis yang berjumlah kira-kira 5,000 orang di sini akan memastikan perkara ini tidak berlaku," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Friday, March 4

Merlimau.PAS Dok Main Ekoq Pulak.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab

Pas makin terdesak alih-alih nak main isu saman ekoq la pulak,awat la hampa nie tak ada isu lain nak main dah ka?yang sampai ekoq pun nak main.lebih baik ikut Bro Anuar Bin Ibrahim main pungkoq lagi baguih.

Yusof Abdul Wahab, menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini.
Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat.
Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi.
“Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor,” katanya.
Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum.
“Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini,” katanya.
Sumber haprakdaily.
Mat Kilau Penang kata "Mana pi Slogan Undi PAS masuk syurga"Depa dah mati akai atau dah hilang akai.


Thursday, March 3

DAP Buat Hal Lagi.



Operasi memindahkan gerai peniaga oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan PDC Setia Urus di konkos aras tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kecoh selepas seorang peniaga mengamuk apabila gerainya ‘diusik’ oleh penguat kuasa. 

Peniaga barangan kulit, Mohamed Ghani Abdul Jiman, tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa yang cuba mengalihkan gerainya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. 

Beliau yang berang melihat gerainya cuba dialihkan penguat kuasa, mencabar beberapa pegawai Kerajaan Negeri untuk bertarung dan berdebat dengannya sebelum meneruskan operasi berkenaan. 

Ghani yang juga Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar berkata, selama ini beliau tidak pernah dijemput oleh mana-mana pihak untuk berbincang mengenai perkara itu sebaliknya hanya mengetahui tindakan berkenaan selepas dimaklumkan pekerjanya awal pagi semalam. 

“Saya tak dipanggil untuk bermesyuarat dan notis mengenai perpindahan ini juga saya tak terima. Ini bermakna gerai saya tidak terlibat dengan perpindahan ini. Jadi kenapa mereka perlu ganggu gerai saya. 

“Saya bayar sewa dan semua barang di sini adalah milik saya. Jadi mereka tidak ada hak untuk mengalihkan barang saya sesuka hati tanpa memberi sebarang notis,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam. 

Mohamed Ghani berkata, pada 28 Februari lalu, Kerajaan Negeri menjemput peniaga untuk berbincang mengenai perkara itu namun hanya menjemput 16 peniaga sedangkan 17 peniaga yang terlibat. 

Dalam mesyuarat itu, Kerajaan Negeri pada mulanya mengarahkan semua peniaga berpindah ke aras empat namun mengubah fikiran sebaliknya meminta peniaga berpindah ke kawasan lain di aras tiga. 



READ MORE.

Wednesday, March 2

PAS Hina Kaum India Merlimau.




Seorang pengundi di peti undi Merlimau Pasir mengadu, seorang petugas PAS telah memaki hamun ibunya dengan kata-kata hasutan perkauman dan cuba bertindak ganas. Pihak pembangkang telah ketandusan isu di Merlimau dan cuba membangkitkan isu perkauman. Waspada semua pengundi di Merlimau!!



Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mendakwa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah dikesan menjual tanah rakyat di negeri Melaka untuk kepentingan dirinya sendiri.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan ke atas tanah yang terletak di kawasan Pekan Melaka beberapa tahun lalu, sehingga menyebabkan mereka yang berharap untuk mendapat tanah menjadi kempunan kerana semakin ketiadaan tanah untuk dimiliki.
Ghani ni kalau nak berkempen pon buat la cara orang berakal… kalau setakat nak menabur fitnah tanpa mengemukakan bukti…semua orang jahat dalam dunia ni memang buat cara Ghani ni… itu yang Tan Sri Isa Samad sifatkan kerja ‘langgar lari’
Buat fitnah, mengelirukan orang ramai, berbohong lepas tu tak dapat nak tunjuk bukti…terkebil kebil biji mata kuda belang PAS mendengarnya lepas tu balik rumah tidur.. Kalau betul ada bukti dah lama puak haram jaddah PAS ni berkompang keliling rumah Ali tiap tiap hari…
Buktikan lah…dah memang jenis penabur fitnah macam PAS ni mana ada akal dan hati nurani untuk berkata benar!!! nur keimanan jelas tiada walaupun dahi berlumur kesan hitam dengan serban sebesar reban ayam dan berjanggut panjang hingga ke pusat…
Jangan membodohkan orang Merlimau dengan kata kata begini, apakah dengan hujah dangkal lagi membodohkan ni boleh menyebabkan pengundi tiba tiba mengundi PAS? Melaka tak de hutan macam Kelantan atau Kedah yang terus menerus menggondol khazanah alam tu..
Dek kerana kebijaksanaan Ali dan pasukan pentadbirannya maka Melaka terus bersinar sebagai pusat pelancongan terkenal dunia!!! reti ke tidak! jenis macam ghani dan kuda belang PAS ni kalau zaman nabi dulu brilah apa jua bukti tetap mereka nafi…kerana taufik hidayah tak de beb

Video Panas!!!Kempen Muka Sekupang DAPig.



Fitnah DAP terhadap PERKASA di Merlimau agak melampau,Depa nie patut dihumban kedalam laut,menggunakan isu perkauman untuk berceramah di merlimau berikut penjelasan Ketua Wira Perkasa


Di Sini Saya Selaku Ketua Wira Perkasa Mewakili Perkasa Ingin Nyatakan Pihak PERKASA Tidak Terlibat Langsung Dlm Sebaran Risalah Dan Banner2 Yg Berunsur Provokasi Di Kedua2 Tempat di PKR. Pihak Perkasa Negeri Melaka dan Pahang Telah Membuat Satu laporan Polis Terhadap Fitnah Yang Di Lihat Kurang Matang Dan Kebudak-budakan Sehingga Terdesak Mencemarkan Nama Baik Pihak PERKASA.




Disini Sekali lagi Saya Ingin Menegaskan Sekali Lagi Pihak PERKASA Tidak Pernah Mengeluarkan Apa2 Risalah Atau Banner2 Seperti Yang Di Laporkan.


BACA SETERUSNYA.




BANGUN PAGI NI AGAK TERASA BANGGA MELIHAT SEKEPING GAMBAR...
CALUN PRK MERLIMAU... SATU BARISAN NASIONAL DAN SATU LAGI PAS.. SAMA-SAMA MENGUSUNG JENAZAH...INI ADALAH SATU TITIK PERMULAAN, SEANDAINYA SIKAP BEGINI ADA DI KALANGAN SEMUA PEMIMPIN KITA, ALANGKAH BAHAGIANYA MENJADI RAKYAT MALAYSIA. INGATLAH SAUDARA2KU, BAIK KAMU DARI PIMPINAN BARISAN NASIONAL DAN LEBIH-LEBIH LAGI PAS, APATAH LAGI PKR... KITA SEMUA ORANG MELAYU... RATA2NYA MELAYU ITU ISLAM... AKAN MATI JUA NANTI... JANGAN MENGHUKUM ORANG LAIN, BIARLAH HUKUMAN ITU TUHAN YANG TENTUKAN. LAYAKKAH KITA INSAN INI MENGHUKUM???? BERDIRILAH KEMBALI DALAM SATU SAF....... ATAS NAMA MELAYU


Mat Kilau terpaksa angkat bungkus balik kepulau pinang ada urusan keluarga disana,Jutaan terima kasih kepada Abg Abu Bakar UMNO Bhgn Masjid Tanah diatas kerjasama dan segala bantuan yang diberikan sepanjang berada di Merlimau jasamu akan dikenang.Perjuangan MKP dimerlimau tidak berakhir disini,Kalu tidak  kerna Abg Abu Bakar tentu MKP tidak merasa berada disini.Nak harap bantuan dari pulau-pinang haram,merayu sudah,pujuk sudah,cakap sudah akan tetapi hampa belaka MKP cuma lalu saja dihadapan rumah pulau pinang tak singgah merajuk!!!!.Al-maklum kami BloggerNyamuk sapa nak layan.Percaya kepada kata-kata azimat "berbuat baik orang akan sayang kat kita" akan tetapi jangan jadi MUNAFIK.Yang dok ada semua pilih bulu K#te.

PERSIAPAN KP1M KE CHRISTCHURCH.



Selamat berangkat Mat Kilau Penang ucapkan kepada Dato Azeez dan rakan-rakan seangkatan,misi mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah bencana gempa bumi di New Zealand. Marilah kita mendoakan semoga mereka selamat pergi dan kembali.






Persiapan rapi telah diatur oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam memastikan Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Christchurg berjalan dengan lancar. Sukarelawan bagi misi kali ini seramai 39 orang termasuk sekumpulan pakar perubatan pelbagai bidang. Kumpulan sukarelawan ini juga turut dianggotai oleh pakar motivasi yang akan berperanan memberi rawatan emosi dan trauma yang dialami oleh rakyat dan pelajar malaysia di sana.



Sebanyak 5 tan makanan akan dibawa oleh KP1M untuk diagih-agihkan kepada rakyat dan pelajar Malaysia. Difahamkan, seramai 650 orang rakyat Malaysia kini berada di kawasan berkenaan dan amat memerlukan barangan keperluan harian seperti makanan dan minuman, selimut dan pakaian. KP1M juga akan menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang saku kepada semua rakyat dan pelajar Malaysia bagi tujuan meringankan bebanan yang ditanggung ekoran gempa bumi yang telah mengorbankan 113 orang. Setakat ini, lebih 200 orang masih dikatakan hilang dan usaha mencari dan menyelamat sedang berjalan seperti biasa.






Selanjutnya klik disini

Yuhaizad Sedia Keluar Dari Kuaters,Patut Dah Lama Dah.







Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa kuaters guru yang dihuni bersama keluarga di Kemendor sekarang dibina dengan wang Umno.
Yuhaizad berkata, jika BN berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga kini tinggal di bangunan milik Umno, maka beliau sedia keluar dari unit kuaters berkenaan.
"Jika BN dapat buktikan yang kuaters itu dibina menggunakan duit Umno, saya akan keluar dari rumah itu malam ini juga," tegasnya kepada pemberita semasa ditemui berkempen di Pasar Tani Merlimau di sini, Selasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menganggap calon PAS dan isterinya, Shakila Mohamad yang merupakan guru di sebuah sekolah daerah ini kurang berterima kasih walaupun tinggal selesa di kuaters guru.
Banyak pihak mempertikaikan tindakan calon PAS terbabit yang tinggal di rumah yang disediakan kerajaan tetapi menjadi menyokong parti pembangkang.
Sementara itu, pada sidang akhbar lain, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad memberitahu bahawa parti itu mahu bertanding di Merlimau dalam keadaan baik dan sihat tanpa sebarang kacau-bilau.
Katanya, pihaknya menolak amalan politik ala samseng yang ternyata tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak sekali pun.
"Kita amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menaikkan kain rentang berunsur fitnah bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat," dakwanya.
Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Monday, February 28

Bob Lokman Ada Agenda Tersembunyi sertai PAS.


Lokman Ahmad, bapa penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, memasang hasrat supaya Bob menjadi wakil rakyat kepada parti yang disertainya suatu hari nanti.

Lokman berkata, tindakan anak sulungnya itu, yang membuat kejutan apabila menyertai Pas pada 19 Februari lalu di Kedah itu sebagai tindakan baik. 

“Bob ada menelefon selepas menyertai Pas dan saya meminta Bob jadi wakil rakyat seperti arwah bapa saudaranya (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lundang, Allahyarham Wardi Ahmad), tetapi dia sertai parti itu kerana mahu menjadi wakil rakyat.

Menceritakan penglibatan Bob dalam dunia seni, beliau berkata, nama anaknya disebut-sebut setelah beliau menulis lirik lagu ‘Isabella’ yang dinyanyikan kumpulan Search suatu masa dahulu.

“Saya akui memang saya pernah tidak mengaku Bob anak saya dengan sering memberikan alasan saya tidak mempunyai anak yang bernama Bob, tetapi ada anak nama Mohd Hakim kerana ketika itu saya cukup benci melihat penampilannya dalam industri seni.

“Pada masa itu, saya marah kepadanya, tetapi dia tetap balik menemui saya setelah memberitahu bapa saudaranya untuk berjumpa saya dan saya mengenakan syarat dia perlu mencukur rambutnya (ketika itu rambut Bob panjang) dan Bob akur,” katanya.

Menurutnya, antara syarat lain yang dikenakan kepada Bob, beliau perlu memakai kopiah ketika balik ke rumah dan sekarang Lokman bersyukur kerana penampilan Bob sudah berlainan dan menjurus kepada kebaikan.

“Bob sering meminta saya mendoakan dia berjaya dalam perniagaan, sebelum ini dia jual Kopi Bob, saya pun turut jual sebab saya tidak mahu dia jadi pelakon. Sekarang dia menceburi perniagaan kad prabayar dan berjaya.

Lokman berkata, anaknya pernah menerima pendidikan di Maahad Hamidiah, Kajang, pernah menang pertandingan syarahan dan bahas dan belajar di sekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


video

Pas makan pasir dimerlimau kata pengundi india disini.apa yang depa boleh bagi pasir boleh la.

Masyarakat india merlimau sudah lemau dengan janji manis mu dari pas-pis pus.ini adalah petanda baik dari pengundi kaum india serta tidak termakan dengan apa yang disuarakan oleh HINDRAF anak haram yang membuat demo kelmarin.


Kempen Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau yang memasuki hari ketiga hari ini, mendapat sambutan yang amat baik daripada semua kaum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan tersebut nampak jelas daripada gerak-geri badan dan kenyataan secara terbuka oleh mereka.
"Maksudnya sentimen positif dapat kita rasakan,” katanya.

Beliau menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini, hari ini.

Raja Lawak VS Maharaja Lawak,Macam-Macam Ada................


kalo BOB LOKMAN jadi calon PAS masa PRU13,
BN letak USOP (hantu kak limah) pun dah cukup...
tak payah cari calon al-azhar setakat nak lawan si bob tu!

"abang bob oiiiii... dah tak tengok
akademi fantasia keeeeee???
takkan tanak tengok ac mizal kottt!"
tegur usin dgan penuh sopan-santun)
sumber:reformasin

Awat Hampa Hina Tuan Guru Letak Celah Kangkang,Basah Tembakau Sat Gie....


Satu risalah yang meletakkan kepala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".'Barang bagus baru barang naik'

Memaparkan gambar mursyidul am itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik". Itulah 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan kempen pilihan raya kecil di Merlimau. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.
Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun', Ummi Hafilda. Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.
Selanjutnya baca disini.

Ali Rustam mengaku Melaka kalah dengan Kelantan


Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.
Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.
Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.
“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.
Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.
“Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya.
Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan
Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan.
“Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau.
Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi.
“Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.
Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus.
Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.
Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009.
Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.
Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. 

Sunday, February 27

Kempen Bersama Calon BN N27 Merlimau - Hari Kedua.





HARI ini merupakan hari kedua calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad ke sana ke mari untuk berkempen menjelang hari pemilihan bagiPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Seluruh ceruk Merlimau perlu dilawati bagi menemui pengundi-pengundi tanpa mengira kaum dan agama.












Calon wakil rakyat BN itu mengharungi terik mentari sepanjang hari ini bagi bertemu rakyat di kawasan ini."Setakat ini alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan bersyukurlah dengan meklum balas yang diberikan orang ramai setakat hari ini "










Jangan Pandang Rendah Calon Bukan 'Heavyweight" PAS.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) bersalam dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad selepas majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di Bandar Jengka, Pahang sebentar tadi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru jentera parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau agar tidak memandang rendah kekuatan parti lawan.
Perdana Menteri berkata, BN tidak boleh memandang ringan keupayaan PAS walaupun parti itu menurunkan calon yang disifatkan sebagai bukan 'heavyweight' bertanding di kawasan berkenaan.
"Saya fikir mereka ada perkiraan, kalau mereka letak calon seperti (Naib Presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man), beliau sudah kalah dua kali dan kalau kalah tiga kali... ia berat bagi beliau.
"Selain itu mereka nak letakan Tuan Ibrahim dalam hierarki akan datang dalam kepimpinan PAS.
"Jadi mereka letakkan calon yang bukan 'heavyweight' tapi kita tak boleh memandang ringan. Walaupun mereka akan arahkan penyokong mereka untuk sokong," katanya di sini, Ahad.
Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.
BN diwakili Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS mempertaruhkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembangkang hanya mempunyai dua pertimbangan apabila menyertai pilihan raya kecil ini.
"Bila mereka masuk dalam pilihan raya kecil, mereka nak menang, bila mereka meletakkan calon, tentu sekali mereka fikir bahawa calon mereka itu ada harapan.
"Ataupun mereka meletakkan calon untuk menunjukkan bahawa sebenarnya BN tak kuat dalam kawasan ini.
"Jadi kita mesti anggap ini sebagai tentangan yang biasa dan kita akan lawan ikut kemampuan kita untuk meraih sebanyak mungkin sokongan kepada BN," katanya.

Pelawak Digunakan "ushar mau kuat"

Pelakon mak limah balik rumah  Pak jabir digunakan untuk menolong Pas berkempen di Kerdau.
Pak Jabir atau nama sebenarnya Ab Kadir Abd Manaf adalah Setiausahakerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asli Parti Kelentong Rakyat.Beliau juga digelar "Man Kadir" bertugas sebagaiKetua Sekretariat untuk 3 rancangan Felda DUN Kerdau,Jengka 22,23 dan 25.

PAS Sudah Terdesak.

Parti Pas dengan sesuka hati melakukan provokasi dengan dialog mengatakan harga barang naik menggunakan kerektor watak Upin dan Ipin bersama Atuk di salah satu banner milik Parti PAS yang dipasang di sempang tiga Pekan Ayer Merbau di sini hari ini.

Harga barangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang yang terbabit dengan pilihan raya kecil, masih terkawal. 

Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe,
berkata kementeriannya akan sentiasa memantau keadaan harga barangan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkannya sesuka hati.

Ada beberapa aduan yang diterima mengenai perkara ini di Merlimau, namun ia 
bukan disebabkan pilihan raya tetapi kerana fenomena biasa yang berlaku di 
seluruh dunia," katanya selepas sesi ceramah isu harga barangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Merlimau di sini, hari ini. 

Beliau turut mengingatkan parti pembangkang supaya tidak menggunakan isu 
kenaikan harga barangan sebagai salah satu taktik memancing undi pada musim 
pilihan raya. 
Katanya, pembangkang sepatutnya memberi penjelasan sebenar di sebalik 
kenaikan harga makanan dan komoditi. 

Jelas Tan, kenaikan harga barangan pada masa ini adalah fenomena dunia 
serta masalah pergolakan politik di beberapa buah negara seperti Libya yang 
merupakan antara negara pembekal minyak utama dunia. 

"Bila fakta-fakta ini diseleweng, kita bimbang akan berlaku pergolakan 
politik di negara ini dan rakyat yang akan menanggung bebannya (kenaikan harga 
barangan)," katanya. 

Justeru, katanya, rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam memastikan 
kestabilan politik negara ini terjamin dan memelihara perpaduan sedia ada. 

"Yang penting, pengguna perlu bijak berbelanja supaya satu hari nanti 
mereka yang akan tentukan harga dalam pasaran dan bukannya peniaga. Kita mahu 
kuasa ada di tangan pengguna," katanya sambil menambah bahawa Kementerian 
Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha mengadakan stok-stok penimbal 
barangan makanan sebagai bekalan jika berlaku krisis makanan. 

Namun, katanya, KPDNKK yang bertanggungjawab ke atas harga barangan akan 
sama-sama memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive