gaza

Tuesday, March 15

Tepuk Dada,Tanya Selera.UMNO atau NGO.


PULAU PINANG, 15 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri itu sama sekali tidak menyokong tindakan beberapa NGO mahu menghantar keranda kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana itu bukanlah budaya dan cara masyarakat di negara ini.
Walaupun tindakan tersebut dianggap satu simbolik bagi rakyat di negeri ini memberi mesej kepada kerajaan negeri DAP agar tidak terus melakukan penindasan namun katanya semua pihak perlu menjaga sensetiviti masyarakat berbilang kaum.
“Kita berharap tindakan menghantar keranda ini tidak diteruskan kerana kita hidup berbilang bangsa dan harus menghormati agama lain. Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk meluahkan rasa tidak puas hati rakyat.
Bagi setengah pihak masa kini telah berubah dan kita kenalah berubah mengikut peredaran semasa bagi mat kilau penang rasanya UMNO PULAU PINANG telah hilang taring sebagai kumpulan pendesak dan telah diganti dengan wujudnya NGO-NGO yang lebih berani dan lantang bersuara membela nasib melayu .Adakah pemimpin diperingkat tertinggi sedar kebanyakan golongan muda UMNO kini beralih arah menjadi ahli NGO.Janganlah kita merasakan kita hebat apabila berbicara akan tetapi hanyalah mencari publisiti murahan yang mengambil hasil kerja keras dari pihak lain.
Rasanya selepas ini pasti akan ada yang bakal naik minyak,Bagi mat kilau penang jika teguran ini membina dan akan memperbaiki dan memperkasakan UMNO adakah itu salah?Jika kita sayang pasti ada marahnya dan ditegur jika tidak hang punya pasai.


Impian DAP di Sarawak

Mereka cenderung ke arah memesongkan pandangan rakyat terhadap kerajaan negeri. Mereka mahu rakyat menyokong pendirian politik ekstrem. Di sana sini semasa penulis berada di beberapa bandar pada penghujung Februari dan awal Mac baru-baru ini, kata-kata'change' atau perubahan menjadi sebutan lumrah. Malahan perkataan "Tok Uban' disebut tanpa segan silu dan kepada siapa ia dimaksudkan.

Kelemahan masyarakat umum digunakan pembangkang habis-habisan. Kedatangan tokoh-tokoh pembangkang melalui kempen berunsur hasutan kian ketara. Pembohongan fakta dibuat, kerana rakyat tidak tahu semua. Mereka masih menabur janji kosong. Itu sudah menjadi umpan besar pancingan yang hebat.

Kehangatan politik Sarawak sedang dirasakan. Cita-cita Parti Tindakan Rakyat (DAP) hanya satu. DAP mahu memerintah Sarawak melalui pakatan pembangkang dengan kuasa dominan di tangan mereka. Lalu digembar-gemburkan segala macam tohmahan, fitnah dan serba tidak kena terhadap kemajuan Sarawak.

Semua pihak, kerajaan dan rakyat Sarawak mesti diperingatkan. Berhati-hatilah dengan dakwaan dan fitnah DAP, apabila Barisan Nasional (BN) dikatakan zalim. BN tersohor dengan dasar diskriminasi. DAP mendakwa berjuang untuk setiap golongan rakyat semua kaum dan kumpulan etnik.

Kerajaan Persekutuan dikatakan tidak pernah berlaku adil untuk Sarawak dan Sabah. Kata mereka orang Sarawak hanya mendapat sekeping kecil daripada kek pembangunan negara.
DAP mengabui mata rakyat. Mereka tidak pernah bersyukur bahawa Sarawak sudah jauh lebih maju. Mereka lupa akan kehidupan kota yang senang lenang dinikmati orang Cina. Kemakmuran, kestabilan dan taraf hidup rakyat sudah jauh meningkat.

Sayangnya, orang ramai semakin terpukau, ada penerimaan melulu terhadap isu-isu melalui pidato yang berapi-api dan janji-janji yang memukau.


Suara politik sumbang pihak pembangkang terus menerus diledakkan. Mereka menafikan apa sahaja kebaikan dan kejayaan kerajaan BN selama memimpin negara. Macam-macam isu dibangkitkan.

Mereka mulai menghasut tentang isu tanah adat anak negeri (NCR), kebajikan rakyat Sarawak di Semenanjung yang kononnya diabaikan, isu agama, pendidikan dan isu-isu lain berkaitan dengan status istimewa Melayu dan bumiputera. Bara api perkauman sedang ditiupkan, suatu hal yang tidak terlalu lazim.

DAP pandai menggunakan kesempatan, ruang dan peluang. Lalu timbul dakwaan bahawa hanya DAP sahaja yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak.

Fokus DAP adalah terhadap orang-orang Cina dan usaha menawan bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan di mana penempatan kawasan ramai pengundi Cina. Kawasan luar bandar mungkin sukar buat mereka. Sokongan orang Cina di bandar kian meningkat.

Mahu tidak mahu anggota BN Sarawak mesti bertindak pantas, menjawab segala tuduhan dan gerakkan perpaduan kaum bumiputera. BN Sarawak hendaklah lebih bersatu.
BN kena mencari pendekatan baru. Rakyat mesti disedarkan bahawa segala dakwaan DAP itu tidak lebih daripada suara kekecewaan kerana kerakusan kuasa dan bertujuan merosakkan kedamaian negara.

Isu-isu yang dibangkitkan itu sudah menjadi program kerajaan secara berterusan. Lihat sahaja pembangunan infrastruktur, keutamaan kepada pendidikan, kemajuan ekonomi dan kebajikan sosial.

Ada sogokan idea supaya timbul anggapan bahawa bumiputera Sarawak hanya 'kelas kedua' berbanding dengan Melayu di Semenanjung. Mereka gagal melihat kerjasama pentadbiran antara kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Pembangunan hebat di Sarawak diperlekehkan begitu sahaja.

Puak PAS Pandai Kona,Saman Kona(pusing)


kecoh mengenai penangkapan Khalwat Md Din Jusoh Pegawai Khas Adun PAS Bukit Payong Terengganu di dalam sebuah kenderaan dengan seorang wanita bernama Udek Kurniasa Ujak berumur 34 tahun dari Bogor Indonesia. Lokasi Khalwat pulak amatlah memalukan bila di lakukan di hadapan sebuah Surau Kg Alur Tuman Marang.


DAKWAAN PAS
 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.
Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.
“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.
“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.
Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan ‘Pegawai Adun mengaku khalwat’ serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.
Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.
“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

Monday, March 14

Azan Dipersendakan.Patut Direjam ke ISA.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bangkitkan isu yang sangat serius untuk kita semua berikan perhatian. Iaitu isu hina azan di laman youtube.

Sekarang ini banyak betul pihak yang permain dan persendakan ajaran Islam. Dulu pernah ada satu youtube yang hina orang Islam solat. Sekarang semakin menjadi-jadi orang Islam dihina dan dipersenda. KDN patut siasat dan ISA kan sahaja golongan ini.

"KUALA LUMPUR, 14 Mac — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘‘YouTube’’. Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam. “Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

“Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. — Bernama"

Harap KDN menjalankan siasatan diatas dakwaan yang dibangkitkan oleh PPIM ini.

Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan di Kejohanan Yonex All England 2011 menewaskan Lin Dan dari China 21-17 dan 21-17. Chong Wei menerima hadiah wang tunai US26,250.
Kegagalan Lin Dan juga menyaksikan kehampaan beliau untuk meraih 5 kejuaraan du Kejohanan yan berprestij ini.
Sementara itu Kejohanan yang berlangsung di The National Indoor Arena, Birmingham turut menyaksikan bergu negara Koo Kien Keat & Tan Boon Heong tewas kepada bergu Denmark Mathias Boe & Carsten Mogensen 21-15, 18-21, 18-21

Pak Sheik Awat Takut Bagi DNA



Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi, satu demostrasi aman telah dianjurkan oleh badan NGO Selangor iaitu GAPS, PERKASA, MIC Subang dan beberapa NGO lain bagi mendesak Anwar Al-Juburit supaya memberi DNA beliau kepada Polis. Demonstrasi ini diadakan serentak mengikut negeri iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.

Dalam demonstrasi aman ini, Pengerusi GAPS, Sdr. Hamidzun Telah mendesak supaya tiada layanan istimewa diberikan kepada Anwar dan beliau mendesak agar Anwar tidak berdolak-dalih dalam memberikan DNA beliau kepada Polis.

Saya nak tau kata DSAI Perjuangkan dasar keterbukaan, kenapa kini bila isu kes beliau sendiri buat perbicaraan tertutup, RAKYAT Perlu tahu kebenaran.

Kenapa Takut Sangat Nak Kasi DNA Jika Tak Bersalah, Kasi DNA Pada Pihak Berkuasa Jika Tidak Bersalah, Tak Perlu Berdolak Dalih Dan Tunda2 Isu Ini.Duk Asyik lengahkan perbicaraan dengan sebab-musabab yang sangat banyak, membuktikan bahawa Anwar semakin kecut dengan pertuduhan terhadap beliau. 

Selanjutnya BACA DISINI

Thursday, March 10

Saifuddin-Bila sampah masuk mata-


MEMANG patut dan tepat sekali bila  Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri  Pengajian Tinggi diserang habisan-habisan oleh penulis-penulis blog  yang menyokong kerajaan kerana beberapa tindakan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat condong serta memihak kepada gerakan pembangkang dan mahasiswa ketika ini malah kedudukan Timbalan Menteri ini dilihat menjadi liabaliti kepada kepimpinan PM Najib dan tidak salah dikatakan beliau adalah duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika.

Suara Saifuddin makin sumbang.Langkah politiknya semakin tidak seiring dengan langkah politik PM Najib.Malah kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar beliau yang begitu bersungguh-sungguh mahu pelajar diberikan kebebasan untuk bersuara dan berpolitik?Mahu mansuhkan AUKU?Kita tidak tahu mengapa beliau begitu berani dan lantang mengangkat Anwar Ibrahim itu sebagai pemimpin yang hebat di dalam satu majlis di Universiti  Malaya dan kita juga menjadi hairan apabila dalam semua kepimpinan UMNO dan kerajaan menolak Buku Jingga tetapi Saifuddin mempertahankan Buku Jingga itu sebagai satu buku yang baik sedangkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya senada dengan keputusan jemaah menteri yang lain.

Tindakan Saifuddin mempertikaikan AUKU dan mahu kekebasan secara multak diberikan kepada mahasiswa boleh juga disifatkan sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada keputusan atau dasar yang telah dipersetujui oleh kabinet dan diluluskan oleh Parlimen.Secara tidak langsung Saifuddin tidak menghormati PM Najib supaya AUKU tidak lagi dibahaskan dan keputusan kerajaan tegas dalam soal itu.

Tindakan ini juga dilihat bercanggah dengan tindakan Menteri yang mempertahankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan juga parlimen tetapi Timbalan Menteri ini pula beriya-iya sepanjang masa mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui itu.Malah Saifudin hadir merasmikan dan menyokong segala gerakan songsang pelajar-pelajar hingga beliau seperti mengugut kerajaan sekiranya hak-hak pelajar dihalang,dibimbangi Malaysia senasib Mesir dan Negara lain yang sedang berdepan dengan protes terhadap kepimpinan kerajaan.

Buku JingGay.


Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata, ini kerana buku itu lebih bersifat manifesto politik dan populis yang boleh membahayakan negara.
“Saya amat kecewa bila melihat dan membaca buku jingga ini kerana berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang terdapat di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua tahun sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya,”katanya.
Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Abdul Rahman berkata, penghasilan buku jingga itu bukan berdasarkan kehendak rakyat kerana ia langsung tidak menggambarkan kehendak akar umbi.
Pakatan pembangkang memperkenalkan Agenda Pakatan atau dikenali sebagai Buku Jingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas. Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran pakatan pembangkang sekiranya diberi peluang menerajui negara.
Antara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
Pakatan pembangkang juga bercadang menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diurus swasta kepada kerajaan selain menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
“Jika dilihat pada cadangan ini pastinya menggunakan banyak perbelanjaan misalnya untuk menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma sahaja sekurang-kurangnya memerlukan RM1.2 bilion, jadi kalau dikaji cadangan dan perbelanjaan yang akan dibuat boleh menyebabkan negara bankrap pada tahun kedua pembangkang menerajui negara.
“Walaupun mereka mendakwa buku ini digubal oleh pakar-pakar ekonomi, itu tidak bermakna ia menggambarkan kehendak rakyat secara keseluruhan dan ini amat berbeza dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya yang merujuk kepada program-program transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi (MEB) yang merangkumi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Malah, katanya sebelum MEB dilaksanakan kerajaan telah mengambil kira segala pandangan rakyat melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon, bengkel serta hari terbuka.
Selain itu katanya, buku jingga juga hanya menonjolkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja dan bukannya kepentingan pakatan pembangkang secara keseluruhan.
Sumber  klik disini

Tuesday, March 8

DAP Jaguh Pelaburan Malaysia,Dok Dalam Bakul Angkat Sendiri.


Ada agenda tersembunyi untuk memperdaya orang melayu pulau pinang dengan mengadakan konsert kononya majlis kejayaan pulau pinang sebagai JAGUH pelaburan malaysia.Menjemput Ning  bersuara lunar dan berbibir tebal nasib baik muka tak tebal macam ketua menteri paling musibat dalam sejarah pulau pinang.

Lihatlah sendiri semua dijemput hadir dan masuk adalah percuma akan tetapi kenapa kena bawa MyKad?tujuanya adalah untuk mendaftarkan pengunjung sebagai ahli/pemilih agar memilih Pakatan Haram.Strategi yang agak proaktif akan tetapi dapat dihidu oleh Mat Kilau Penang.

Berikut kenyataan Datuk Mukhriz Mahadir

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha Kerajaan Pusat, khususnya oleh kementerian itu. 

Justeru, katanya, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS itu tidak harus cepat mengambil nama di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.



"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya, pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," 

Nik Ajis Terimalah Kekalahan,Bukan Menghukum,Kita Manusia.





Dah kalah buatlah seperti yang sepatutnya janganlah menjadi orang yang munafik lain dimulut lain dihati,terima kekalahan dengan hati yang terbuka dan ingatlah Qadha" dan Qadar jika tuan guru yang beriman seperti yang selalu diucapkan. 


Janganlah bertindak seperti layang-layang putus talinya meroyan tak tentu pasal menyalahkan Umno mengunakan jentera negeri dan Persekutuan,Padahal semasa saya sendiri berkempen dikelantan (manek urai)adakah PAS tidak mengunakan apa yang berlaku di merlimau dan kerdau.Mulutmu berbau bangkai la nik ajis bagi pendapat saya kebelakangan ini setiap apa isu yang ditimbulkan oleh nik ajis umpama selipar lembik menampar kembali kemukanya dan meninggalkan kesan yang agak mendalam,Orang penang kata "Terasa Sampai ketulang Hitam,Sendiri Mau Ingat La"






Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.






Dosa,Pahala,Syurga dan Neraka bukanlah Nik Najis yang tentukan akan tetapi yang menentukan adalah ALLAH yang esa bukannya Nik Ajis kalau kita bersembanyang tungging tebalik pun belum tentu masuk syurga.sokongan orang muda beralih kepada BN atas apa kesedaran pemuda sendiri melihat Pas diperkotak-katikkan oleh DAP dan ANUar Aljuburi.


BN kehilangan kuasa di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang manakala di Kelantan, Pas terus bertakhta. Keputusan pada masa itu menyaksikan 4,082,411 atau 50.6 peratus pengundi memihak kepada BN manakala 3,796,464 pengundi atau 49.4 peratus menyebelahi pihak pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Wahai nik najis adakah itu demokrasi tidak adil?


Sudah jelas ketika itu, selain kelemahan kepimpinan BN, rakyat bertindak menyebelahi pembangkang kerana termakan dengan janji-janji yang dibuat oleh ketiga-tiga parti berkenaan terutamanya di negeri-negeri yang mereka berjaya tawan.



Tetapi kini selepas tiga tahun berlalu, rakyat mula melihat kedudukan dan situasi sebenar. Pembangkang yang seolah-olah terlalu teruja mendapat sedikit kelebihan melalui keputusan pilihan raya berkenaan mulai kelam-kabut. Walaupun pada awalnya, pihak pembangkang dikatakan mampu mengekalkan momentum kemenangan berikutan kejayaan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan, namun ia hanyalah bersifat sementara.


Melalui perubahan kepimpinan dan pendekatan strategi berlandaskan gagasan 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mula mengaut kembali sokongan rakyat.


Ia bermula di PRK Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan BN berjaya merampas kerusi berkenaan daripada PKR.


Momentum kejayaan berterusan menyaksikan BN mengekalkan kerusi di Parlimen Batu Sapi, merampas kerusi Pas di DUN Galas dan terus bertahan di Tenang, Merlimau dan Kerdau.



Tetapi kelebihan ini tidak akan bermakna, jika pemimpin-pemimpin BN terutamanya dari UMNO masih selesa dalam zon sendiri seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Sama ada di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, kesemua negeri berkenaan perlu mempunyai strategi yang mantap untuk meraih sokongan rakyat.


Ketika ini ramai berpendapat, BN agak 'menggegarkan' di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tetapi di Kedah parti itu dilihat masih lesu. Keadaan seumpama itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana dalam keadaan pembangkang yang kini dikatakan semakin terhakis sokongan rakyat, maka BN perlu mengambil kesempatan sebaik-baiknya untuk memastikan rakyat menyebelahi mereka.

Memoir Dr Mahathir dilancar hari ini.



KUALA LUMPUR: Buku memoir oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" akan dilancarkan esok oleh MPH Group of Companies. 

Pengurus Besar MPH, Ivy Tan berkata buku yang ditunggu-tunggu setebal 800 muka surat berharga RM100 senaskhah itu akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup Tun yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya.

"Daripada zaman kanak-kanak, termasuk perjuangan Malaya sehingga berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British, perang dunia kedua dan kemerdekaan serta kehidupannya sebagai seorang doktor," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.


Beliau berkata, buku yang akan mula dijual 10 pagi esok, memaparkan sejarah Malaysia "yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara". 

"Buku itu memuatkan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka," katanya. 

Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis pelancaran buku itu.



Sumber Berta Harian On Line.

Monday, March 7

IBRAHIM ALI B'SYUKUR AURA MELAYU KEMBALI B'SAMA UMNO!!


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali telah mengupas mengenai keadaan Politik semasa yang memberi kemenangan berganda BNdalam pilihan raya2 kecil termasuklah yang terbaru di DUN Merlimau and Kerdau semalam. Beliau mengulas, ianya bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Mendung telah berlalu, begitulah katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, dengan merujuk kepada rangkaian kemenangan BN dalam pilihan raya kecil sehingga kini. Beliau percaya, satu sebabnya ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehilangan penampilannya di kalangan pengundi.

"Ia bukan lagi persoalan sama ada Anwar akan (menawan) Putrajaya atau tidak. Persoalannya ialah sama ada BN akan memperolehi semula majoriti dua pertiganya dan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan, malahan mungkin merampas semula negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang" katanya. Ibrahim berkata keadaan semakin bagus bagi BN, terutama jika ia boleh mengelak isu-isu yang boleh membakar hati rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barangan keperluan “walaupun ia satu fenomena global”.

DAP: Pulau Pinang penuh masalah


PULAU PINANG 6 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008.

Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.

Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.

''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.

''Perkara ini tidak pernah terjadi dalam pemerintahan terdahulu kerana wujudnya budaya tolak ansur. Undang-undang boleh dipraktikkan tetapi biarlah berpatutan dan adil pada semua pihak, namun, yang terjadi sekarang adalah sebaliknya," katanya.


GAPS minta tunggu siasatan SPRM


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong jika mengatakan wang kerajaan negeri berjumlah RM80,500 telah dibelanjakan untuk penginapan rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin sebaliknya mempertahankan dakwaan dan pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini bahawa wang tersebut telah disalahgunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada November tahun lalu.

Beliau berkata, jika wang itu digunakan untuk membiayai penginapan kumpulan NGO, mengapa tarikh yang dipilih untuk menginap di situ sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung dan lokasinya juga berhampiran dengan tempat kongres itu diadakan.

"Saya minta Menteri Besar berhenti membohongi rakyat. Mungkin ada rombongan dari Sabah dan Sarawak termasuk kaum Penan yang merupakan perwakilan parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa wang RM80,500 yang dikatakan dibelanjakan untuk penginapan para perwakilan Kongres PKR sebenarnya diperuntukkan kepada rombongan NGO dari Sabah dan Sarawak termasuk suku Penan yang datang melihat kemajuan Selangor.

Abdul Khalid mendakwa demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Hamidzun meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan wang rakyat RM80,500 itu.
"Kita telah buat laporan kepada SPRM agar dakwaan itu disiasat. Jadi kita sama-sama tunggu hasil siasatan SPRM dan Menteri Besar tidak perlu memutarbelitkan semuanya," kata beliau.

Pada 19 Februari lalu, Hamidzun mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya mempunyai bukti mengenai penyelewengan tersebut dan bukti-bukti berkenaan telah diserahkan kepada SPRM pada 24 Februari lalu.

Dalam pada itu kata Hamidzun, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini tidak lagi tertipu dengan 'janji manis' pemimpin PKR yang kononnya mahu membela nasib rakyat.
"Mereka hanya jaga kepentingan parti, bukan rakyat," tegasnya.

Sumber Utusan Online.

Sunday, March 6

PAS Buat Kacau di Kerdau,Depa Tau Nak kalah.



Sumber Berita harian online.

PRK Merlimau: Roslan Menang Dengan Majoriti Lebih Besar


Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.
Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643 undi.
Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319 undi.
Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.
Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135.
BN Menang Bergaya Di DUN Kerdau
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi.
BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336undi.
Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turutbertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya umum ke-12.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau,Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) di sini, Ahad.
Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk ZaharuddinAbu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi.

PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong PAS Cetus Provokasi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar.

Suasana di Peti Undi Lipat kajang #kerdau
"Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi
"Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi,"
Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Pas mempergunakan kanak² tadika utk merayu undi
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan.
Bagaimanapun insiden berkenaan berjaya dileraiakan oleh anggota keselamatan yang bertugas.

Saturday, March 5

PAS akan Guna Taktik ayam DiMerlimau.

 


Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diharapkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik pihak pembangkang yang berkemungkinan berusaha meraih undi saat akhir melalui cara yang tidak sihat. 

Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taktik sedemikian sudah lama dipraktikkan pihak lawan bagi mengelirukan pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) supaya beralih sokongan kepada mereka pada saat akhir.




"Waspadalah kerana mana tahu ada kumpulan dari pembangkang yang ingin timbulkan ketegangan. Kadang-kadang dia sendiri yang rosakkan kereta atau banner dia, kemudian dia tuduh orang lain yang buat...ini taktik lama yang mungkin digunakan.




"Kita juga harap pengundi tidak terperangkap dengan cerita fitnah dan pembohongan mengenai kerajaan yang disebarkan melalui media baru seperti Facebook dan blog. Ada yang menyamar seolah-olah ia datang dari kerajaan. Jadi, pengundi janganlah keliru," katanya. 

Gempur Media Baru,Buah Last Kopek.

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan kemahiran memasak sewaktu Program Jalinan Mesra Rakyat dan Mesra Pengguna bersama Timbalan Perdana Menteri di Ayer Merbau, Merlimau di Melaka pada Sabtu. Beliau diperhatikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga pengarah pilihan raya BN DUN itu berkata media baru internet seperti blog, twitter dan laman sosial seperti facebook merupakan tempat terbaik menarik pengundi muda keluar mengundi calon BN pada Ahad."Saya juga mahu fitnah dan pembohongan di media baru itu dibetulkan dan diperjelaskan.



Mohd Ali mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab di media baru itu menyamar sebagai penyokong BN dan menyebarkan berita serta isu yang memberi kesan yang negatif kepada BN.
Katanya jentera BN juga terus mengadakan perjumpaan bersama pengundi termasuk lawatan rumah ke rumah bersama calon dan berkempen pada 'gear penuh'.
Mohd Ali berpuas hati dengan kempen yang berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
"Esok saya berharap semua pengundi keluar mengundi awal kerana dikhabarkan petang esok hujan, kita juga akan sediakan pengangkutan untuk membawa pengundi, saya nasihatkan pengundi memilih calon yang terbaik yang mampu memberi kemajuan di DUN itu," katanya.
Sementara itu, calon BN, Roslan Ahmad, 44, berkata beliau bersyukur dapat berjumpa dengan lebih 80 peratus daripada 10,679 pengundi sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas.
"Daripada sambutan yang diperolehi, saya yakin BN dapat kekalkan kerusi di kubu kuat di sini, malah pada pendapat saya dapat melebihi majoriti undi diperolehi BN pada pilihan raya umum 2008," katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh berkempen, penduduk di kawasan DUN itu hanya mengutarakan masalah kecil seperti mahukan lebih banyak kemudahan infrasruktur, yang sedang diatasi kerajaan.
Katanya sekiranya dipilih oleh pengundi pada pilihan raya itu Ahad, sebagai langkah pertama beliau akan memastikan semua masalah yang diutarakan kepadanya diselesaikan secepat mungkin.
Roslan dicabar calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung




Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive