Sunday, March 27

200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti



GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini. 

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.


READ MORE

Saturday, March 26

Anuar Mengamuk diTaman Melawati.Kona Pasal Video Sexx





 Tertekan dengan pendedahan rakaman video seks dan perjalanan kes liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membawa isu tersebut ke jalanan dengan menjadikan orang ramai sebagai taruhan.

Akibatnya, tercetus kekecohan antara penyokong Anwar dengan pihak berkuasa apabila polis cuba menghentikan ceramah haram ketua pembangkang itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, malam semalam.

Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit.

Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.

"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.

"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.

"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The StarUtusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya.

Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Nie Pasai Dok Ikut Amal Makruh Nahi Hota Hang Ketua Menteri RM100



Taktik sebuah premis urut golongan gay menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar setelah diserbu polis. 

Sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menyerbu premis terletak di Kompleks Midland Pulau Tikus awal pagi kelmarin selepas menerima aduan orang awam. 

Difahamkan, premis itu beroperasi tanpa lesen itu didapati tersenarai sebagai destinasi gay antarabangsa berdasarkan namanya terdapat dalam majalah yang ditemui ketika serbuan itu. 

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Fauzi Mohd Yusof yang mengetuai serbuan itu, mendapati nama pusat urut di Kompleks Midland itu turut mencatat dalam majalah Gay ‘Pluto’ 

“Majalah itu merupakan terbitan Singapura mengandungi pelbagai gambar aksi lucah dan peta lokasi gay di rantau Asia turut dirampas. 

“Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 yang bekerja sebagai tukang urut dan dua lelaki berusia 30-an dipercayai pelanggan,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja di situ menawarkan khidmat urutan dan khidmat seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang sudah digunakan. 

Polis turut merampas beberapa barang termasuk dua keping kondom, losen minyak, krim putih, tuala dan dua majalah ‘Pluto’. 

Kesemuanya dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. 


Friday, March 25

Barua Cina Tak Sedaq Diri.


\

Cilaka punya Tiger Chong melebelkan melayu sebagai pendatang adakah musibat nie sedaq diri sebenarnya depa puak DAP nie berasal dari tanah besar cina pefahaman komunis.Melayu telah lama lagi disini sejak kegemilangan kerajaan Melaka itu baru sikit.Barua hang kena ingat chong bukan semua pengundi Bukit Mertajam tue semua cina.

Patut pihak yang merasakan depa yang dok perjuangan bangsa melayu mesti dan kena bangkit dan mengambil tindakan terhadap musibat nie.

Melayu banyak bersabar akan tetapi jika sudah menghina apa tunggu lagi..........................  

PRU Sarawak.Pembangkang Tidoq Sebantai Mimpi Tak Sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya Sarawak ke-10 pada 16 April dan hari penamaan calon pada 6 April ini.


Bukan saja usaha parti pembangkang untuk menjalin kerjasama hampir mustahil menjadi kenyataan tidak menjadi akibat tiada persefahaman dan tolak ansur sesama mereka, malah perkembangan terkini menyaksikan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagaikan melakukan provokasi terhadap rakan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Semalam, Presiden SNAP, Edwin Dundang, yang mengumumkan 11 lagi calonnya, menjadikan jumlah calon SNAP yang sudah diumum setakat ini berjumlah 27 orang, hanya membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak dengan syarat menggunakan lambang SNAP.


Lebih mengejutkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, yang akan bertanding di kerusi DUN Ba'kelalan turut diminta oleh SNAP bertanding atas tiket parti itu kerana kawasan berkenaan juga majoriti pengundinya Dayak. 

Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR terutama kepada presidennya kerana ia sama sekali tidak masuk akal, aneh dan provokasi buat PKR yang ingin menjadi ‘ketua’ di kalangan pembangkang di Sarawak. 

“Di mana maruah PKR jika Pengerusi PKR pun terpaksa bertanding atas tiket SNAP. Saya melihat ia sebagai satu provokasi dan SNAP kini ibarat duri dalam daging dalam pakatan pembangkang. Saya yakin PKR tidak akan menerima syarat aneh SNAP ini,” kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir. 

Lebih daripada itu, SNAP - parti berusia 50 tahun di Sarawak, turut menuntut supaya PKR mengiktiraf SNAP sebagai parti tempatan paling dominan dan mahu mengetuai kerajaan jika mereka menang. Ini kerana sebelum ini PKR telah mengisytiharkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, bakal menjadi Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas kerajaan negeri pada pilihan raya negeri kali ini. 
Belum pun apa-apa, kedua-dua parti pembangkang itu sudah berebut jawatan Ketua Menteri. Ini kerana semalam, Edwin berkata, SNAP lebih dominan berbanding PKR dan lebih layak menerajui kerajaan negeri. 

Ahad lalu, SNAP yang dikatakan masih mempunyai pengaruh terutama di kawasan luar bandar ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan PKR yang dianggap terlalu bongkak dan tamak apabila mahu membolot 52 kerusi dalam perundingan pengagihan kerusi sesama pembangkang sehingga mengumumkan tidak akan lagi berunding dengan PKR dalam soal pengagihan kerusi. 

Pada sidang media semalam, Edwin berkata, berdasarkan pertemuan dan perbincangan pihaknya dengan pemimpin tertinggi PKR kelmarin, SNAP berharap dapat mengetuai kerajaan Sarawak seperti PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. 

“Adalah jelas kami masih bersama pakatan pembangkang serta tiada isu bagi kami meninggalkan pembangkang, namun apa yang diharapkan adalah PKR mengiktiraf kami sebagai parti pembangkang yang dominan berdasarkan pengalaman kami. 

“Sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas ini apa yang akan terjadi? Disebabkan itu kita mahu majoriti kerusi diberikan kepada SNAP serta mahu mengetuai kerajaan,” katanya. 

Bagi Dr Jeniri, tidak mungkin akan wujud kerjasama dan persefahaman tulen antara pembangkang, apa lagi SNAP bertegas untuk mengemukakan ramai calon dengan menamakan 27 nama setakat ini, ketika pembangkang belum memuktamadkan lagi rundingan pengagihan kerusi. 

“Saya tidak fikir pakatan pembangkang bersedia bertolak ansur dan berkompromi dengan tuntutan SNAP ini, apa lagi SNAP meminta supaya ia diisytiharkan sebagai parti dominan. Ini akan memberi implikasi besar jika pembangkang menang dengan berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri. 

“Malah, saya sudah meneliti senarai calon yang diumumkan SNAP setakat ini, dengan kebanyakan calon adalah muka yang sudah lesu dan tidak meyakinkan pengundi. 

“Perkembangan terbaru ini akan memberi kesan negatif kepada hasrat dan impian pembangkang untuk memberi impak besar pada pilihan raya kelak,” katanya. 

Wednesday, March 23

ANUar Lobang Hang Dah Pecah!!!!



Tan Sri Rahim Tamby Chik mengakui bahawa beliau bersama Datuk Shazryl Eskay ( Orang Kepercayaan Anwar ) dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk T atau Trio dalam kekecohan mengenai Video Porno yang tersebar.

Rahim Tamby Chik mengaku tayangan Video di Caracosa Negara baru baru ini di atur oleh beliau dan dua rakannya.

Video Porno ini sebelum nya telah di pertontonkan kepada MP Sg Petani Datuk Johari Abdul dan Akibat kerana permintaan Melampau sehingga mencecah RM 20 juta maka Trio ini tidak melayan kehendak Johari Abdul.

Datuk Shazryl Eskay orang kanan Anwar satu ketika dulu. Bertegas dan mengakui Klip Video tersebut TULEN dan wajah beliau sendiri terdapat pada rakaman Video tersebut.

Ketiga tiga Datuk Trio mintan agar Suruhanjaya Di Raja yang di anggotai pemimpin Parti Pembangkang, NGO. Bagi menyelesaikan isu Video porno tersebut dan mengesahkan siapakah pelaku Porno yang ada dalam Klip Video berkenaan.

Datuk Shazrly Eskay mengesahkan hanya mereka bertiga yang terlibat dalam pendedahan Video Porno Tersebut tampa melibatkan mana mana pihak lain termasuk Parti Dan kerajaan.

Dato Johari mintak Wang Pelincir RM 100 ribu bagi membawa ahli PKR lain keluar dari pakatan dan 1 Juta 1 kepala bagi komisyen! Dan apabila ini berlaku maka ianya telah di tolak oleh ketiga tiga dari mereka! Wang bukan matlamat mereka dalam menegakkan kebenaran.

Menurut Datuk Eskay Wan Azizah mengirim sms kepada beliau untuk meminta salinan rakaman Video Porno Anwar Ibrahim. Wow apa Kak Wan nak buat?

Datuk T itu adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah?



Wakil rakyat Sungai Petani Kedah-Datuk Johari Abdul daripada PKR mendakwa bahawa Datuk T itu adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah (gambar).

Menurut Johari, dia bersama pamannya ke Hotel Flamingo Ampang, sejurus tayangan Video lucah yang memaparkan "Anwar" sebagai pelakon utama, melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan dipercayai berbangsa cina di sebuah hotel.

Tayangan Video lucah itu yang berlangsung di sebuah bilik di Carsosa negara pada pagi Isnin, mengundang berbagai reaksi, baik Anwar sendiri, yang dikatakan bahawa pelakon lelaki berperut buncit itu mirip wajahnya.

Anwar telah membuat laporan polis mengenai video lucah itu. Pihak polis akan menyiasat laporan Anwar itu melalui seksyen 292 CPC.

Dalam perkembangan yang sama, Johari Abdul mendakwa, bahawa tayangan video lucah itu didalangi oleh Pengerusi RISDA Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Menurut Johari, di Hotel Flamingo, dia bertemu dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

YB Malik Itik Kantoi,tolong Jawab apa dah jadi.



 Apa dah jadi nie awat dok sembunyi pasai apa tak mau buat sidang media yang pasti benda nie nak habaq kat ketua menteri 100ringgit dulu kot.Dengaq kata depa semua pi anjuran PDC.akan membongkaq apa berlaku rasanya pihak PDC tak bayaq duit atau malik itik cilok duit kot.


 Kini YB Malik Kassim sedang gundah gulana di Medan... dimaklumkan oleh rakan2 niaga termasuk orang2 kuat Dewan Perniagaan Melayu P.Pinang, para peniaga dan orang yang turut serta dlm rombongan kerajaan negeri, Rumah Kerajaan Negeri P.Pinang yang sepatutnya meriah dgn pelbagai jualan di Medan Fair kini lengang dan kosong...

MKT dimakluamkan barangan yg dibawa dari Pulau Pinang tidak dibenarkan masuk ke Medan atas sebab2 tertentu.. Dari sumber tidak rasmi, MKT dimaklumkan kegagalan menjelaskan bayaran/hutang ke atas pihak penganjur dan kelemahan pengurusan oleh YB Malik adalah punca segalanya...

YB Malik & kerajaan DAP telah mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya deligasi dan para peniaga dari Pulau Pinang diperlakuakan sebegini oleh pihak Medan Fair. Inilah yg dikatakan pentadbiran yang CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS...


Sekumpulan usahawan Pulau Pinang memboikot Pekan Raya Sumatera Utara (Medan Fair) di Medan, Indonesia akibat tidak berpuas hati dengan karenah birokrasi yang berlaku di sana. 


Salah seorang usahawan terbabit memaklumkan kepada Sinar Harian akibat masalah itu, barangan mereka tersadai di Lapangan Terbang Polonia dan tidak dapat dikeluarkan dengan alasan masalah cukai.

Dalam aduannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar dari Medan, 30 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sepatutnya menyertai Pekan Raya Sumatera Utara ke 40 menarik diri dan pulang ke tanah air tengah hari semalam.

“Kami terpaksa menarik diri dan pulang ke tanah air apabila kargo dari Pulau Pinang dihalang dikeluarkan dari Lapangan Terbang Polonia, Medan.

“Delegasi yang terdiri daripada pegawai agensi kerajaan dan 30 usahawan berangkat pulang dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada jam 12.45 tengah hari setelah kecewa dengan bahagian cukai di lapangan terbang itu,” katanya.

Sinar Harian yang menunggu kepulangan mereka sejak jam 12.15 tengah hari itu bagaimanapun gagal untuk menemui usahawan sampai di LTABL setelah ‘disambut dan dinasihati’ oleh lima pegawai dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang ‘mengawasi’ setiap usahawan yang tiba di balai ketibaan. 



Usahawan yang tiba kelihatan seolah-olah ‘takut’ setelah disapa Sinar Harian dan ada yang cuba ‘menutup mulut’ dengan berkata mereka ke Medan untuk melancong.

Persoalannya, adakah wajar seorang pelancong yang mengunjungi Medan perlu berjumpa dan berbual panjang dengan pegawai PDC apabila tiba di tanah air?





.



Tuesday, March 22

Khairy Umum Rombakan Kecil Pemuda Negeri Pulau Pinang.


KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa beliau telah membuat satu rombakan kecil kepimpinan Pergerakaan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.
Perlantikan ini adalah bertujuan memantapkan struktur organisasi dan kepimpinan di peringkat Pemuda negeri terbabit bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Khairy, beliau amat yakin perlantikan ini mampu untuk menguatkan lagi jentera PRU di seluruh Bahagian negeri Pulau Pinang di dalam objektif merampas semua kerusi-kerusi yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
“Saya amat berharap agar pergerakan Pemuda di semua bahagian negeri Pulau Pinang dapat memberi kerjasama yang baik disamping memperbanyakkan lagi program-program di peringkat Pemuda bagi mendekati mengundi muda pada setiap masa,” ujarnya menerusi kenyataan media yang diedarkan hari ini. – MediaUMNO.

Video Seks: Jangan Amal Undang-Undang Rimba, Serah Rakaman Kepada Polis


SATU kejutan yang tidak disangka-sangka berlaku pada Isnin lalu selepas sekumpulan wakil media diminta ke Seri Carcosa Negara tiak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.
Tujuannya bagi dipertontonkan dengan klip rakaman video yang berdurasi hampir 30 minit. Kesemua wartawan terbabit mengurut dada masing-masing selepas melihat dengan mata kepala sendiri video yang memaparkan individu yang didakwa sebagai pemimpin tertinggi parti pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.
Rakamannya jelas, menampakkan wajah si lelaki beraksi bersama wanita yang tidak dikenali itu.
Individu yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media klip berkenaan pula hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' yang mendakwa menemui secara tidak sengaja perakam selepas diminta mengambil jam tangan jenama Omega dari bilik yang dikatakan sebagai lokasi perbuatan maksiat itu dilakukan.
Rentetan pendedahan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah dirinya dengan mengemukakan alibi bahawa pada 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam - tarikh dan masa yang tertera pada klip berkenaan itu - beliau mendakwa berada di rumah bersama kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu.
Dan sambil tersenyum sinis semasa sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin, beliau berkata: "Individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit. Lihat, saya lebih kurus."
Dan kemudiannya beliau, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meminta siasatan sepenuhnya dilakukan atas dakwaan yang dikatakan fitnah yang mahu menjatuhkan nama dan karier politiknya.
Pemimpin pembangkang lain dengan pantas menafikan pembabitan Anwar dan mengecam kononnya ini perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi.
Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kiriman e-mel kepada media yang dikatakan daripada 'Datuk T' yang seolah-olah mahu membelakangkan undang-undang kerana berkeras enggan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa.
Sebaliknya beliau menegaskan hanya mahu menyerahkan video tersebut untuk dianalisa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
'Datuk T' berkata, keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi Selasa bagi menafikan sebarang pembabitannya.
Tindakan itu ternyata mengundang 1,001 persoalan, adakah Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang? Di manakah kedaulatan undang-undang? Jika 'Datuk T' mahukan keadilan berasaskan proses perundangan, dia sepatutnya menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa untuk disiasat. Kenapa memilih 'suruhanjaya awam' dan atas kapasiti apakah suruhanjaya itu boleh ditubuhkan?
Jika itu caranya, perundangan rimbakah yang mahu diaplikasikan?
Serahkan kepada polis dengan kepakaran mereka untuk menyelesaikan kes ini. Jangan memandang rendah kepada pihak berkuasa.
Tindakan degil enggan menyerahkan pita rakaman itu seolah-olah mahu mengheret rakyat melanggari Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.
Anwar yang terkenal sebagai pembangkang tegar yang pernah mempertikaikan kredibiliti polis pun, melangkahkan kaki ke IPD Dang Wangi menuntut siasatan yang adil dilakukan.
Kita perlu ingat bahawa negara memiliki undang-undang sama ada konvensional dan syariah melibatkan kesalahan ini. Gunakan segala saluran yang betul jika mahukan keadilan.
Jika Anwar bersalah, beliau akan dibuktikan dengan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa. Rakyat akan menilai siapakan sebenarnya pemimpin pembangkang tersebut.
Dan jika sebaliknya, rakyat akan berpuas hati dan ini sekaligus mengangkat kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa yang telus dan meletakkan keadilan itu mengatasi segala-galanya.
Biarkan polis menjalankan tugas mereka merungkai persoalan di benak kira-kira 25 juta rakyat Malaysia ketika ini.
Pegang pada janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa polis akan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Dan jika sabit kesalahan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana mengedarkan bahan-bahan lucah

Guan Eng (RM100) diminta jangan jadi ‘ahli politik mentah’


Barisan Nasional (BN) negeri hari ini mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya telah mengakibatkan kerugian dalam projek pembangunan Pulau Jerejak dan bukannya menyebarkan risalah mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat.

"Lim sepatutnya menunjukkan sifat sebagai seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab dan bukannya seperti ahli politik mentah. Kalau dia rasa BN silap, saya cabar dia bawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bawa ke mahkamah dan saman,” kata 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri Datuk Dr. Teng Hock Nan kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Guan Eng kononnya berlaku skandal dalam pemberian tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada UDA Holdings ketika pentadbiran BN yang menyebabkan kerugian wang rakyat sebanyak RM30 juta. - Bernama

Sunday, March 20

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN MULA DIBUKA

PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI JEPUN kini telah mula beroperasi 24 jam bertempat di No. 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. 

Pusat pengumpulan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang mensasarkan membawa barangan sumbangan rakyat Malaysia ke Jepun pada 24 dan 27 Mac 2011 nanti.

Pelbagai lapisan masyarakat mula tampil menghulurkan sumbangan berbentuk barangan seperti lilin, selimut tebal, mi segera dalam cawan (cup) dan barangan keperluan kanak-kanak dan wanita. Turut juga yang tampil menghulurkan wang dalam bentuk tunai dan cek.

Apa yang menarik perhatian ialah terdapat beberapa warga emas yang datang dari jauh hanya semata-mata menghulurkan 1 kotak lilin yang berisi sebanyak 10 batang lilin. Situasi itu memberi kesan emosi yang mendalam terhadap petugas di pusat pengumpulan ini. Apa yang penting ialah keikhlasan kita sebagai rakyat Malaysia dibumi bertuah ini untuk berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun yang kini dirundung kesedihan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk barangan, keperluan utama rakyat Jepun kini ialah:

1. Mi segera (cawan/cup)
2. Selimut tebal
3. Lilin
4. Topeng mulut/hidung
5. Air mineral


TEMPAT REMAJA ISLAM KEDAH TONGGANG ARAK D KEDAH..tuiHHH !!

[ne_05_1.jpg]

TEMPAT ANAK MUDA ISLAM MELEPASKAN HAJAT UTK MABUK YANG D BUKA SEAWAL JAM 9 MALAM HINGGA 3 PAGI. TINJAUAN RAKAN MEDIA MENDAPATI 75 % PELANGGAN KENCING SETAN ITU ADALAH REMAJA ISLAM.

SETIAP HARI RABU DAN JUMAAT ADA SPECIAL OFFER !!
RM 30.00 SUDAH BOLEH MABUK...pergHHHH !!

MENURUT PENGUNJUNG..MEREKA RASA TERAMAT SELAMAT KERANA "KEBAL" DARI D SERBU OLEH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH DAN POLIS ??
wahHH TOKEY KEDAI NI SAPA ??

DENGAN IRAMA R&B REMAJA ISLAM HANYUT BERSAMA PASANGAN MASING-MASING..MENGALAHKAN GRO REMAJA ISLAM MELAYU PEMPUAN..fuhHH !!


Saturday, March 19

Akhirnya DUN Sarawak Dibubarkan...


Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.
Taib berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.
Pengumuman Taib itu menamatkan segala teka-teki mengenai tarikh pilihan raya negeri tersebut. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat tempohnya pada 23 Julai ini.
Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei, 2006

Blogger Pakatan Rakyat Diburu.Blogger Nyamuk Dipersalahkan.

SharpShooter


Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tgh malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg porpular dgn pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu. Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yg tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dgn perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru. Dalam mood pilihan raya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat ini perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.
che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri di sebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibu pejabat PKR menggunakan kes tersebut. Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.

SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini. 

Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.


Sumber sinar harian

Friday, March 18

Polis Tak Buat Kerja. AMK Pulau Pinang.



Bila Kena ambil keterangan tuduh polis tidak adil.aoalah punya haprak punya bangkai puka AMK nie.Kami pun kena jugak tapi tak lah heboh satu pulau pinang kata polis tak adil.apalah politik murahan seperti jalang yang dimainkan oleh puka AMK nie.berikut apa yang haprak kata dalam sinar harian.  


Polis diminta berlaku adil dan bersikap profesional menjalankan tugas khususnya ketika menahan individu yang terlibat dengan perhimpunan secara aman. 

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Ahmad Azrizal Tahir berkata, polis perlu sentiasa menjalankan tugas dengan betul kerana rakyat sedang memerhati setiap tindakan dan gerak geri mereka. 

“Jangan jadikan alasan mengikut arahan dan menurut undang-undang sebagai lesen untuk bersikap berat sebelah. Seandainya kawalan keselamatan dapat disediakan untuk himpunan ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN), kami mendesak agar tiada tindakan ‘pilih kasih’ oleh polis. 

“Kawalan yang sama harus diberikan untuk memastikan himpunan aman rakyat Malaysia dapat diadakan tanpa sebarang gangguan. Kenapa jika Pakatan Rakyat (PR) buat himpunan, langsung tiada kompromi sedangkan jika UMNO buat, boleh beri masa setengah jam hingga sejam,” katanya pada sidang media di Komtar semalam. 

Ahmad Azrizal juga menyatakan kekecewaan terhadap penahanan dua individu oleh polis untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan berhampiran Plaza Tol Jawi kelmarin. 

“Kita kesal dengan penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amir Ghazali dan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar kononnya bertujuan mendapatkan kenyataan berkaitan perhimpunan itu. 

“Mereka ditahan selepas perhimpunan selesai. Mereka diarahkan bersurai selepas ucapan ringkas namun masih diminta ke balai polis untuk diambil keterangan lebih empat jam,” katanya.

Thursday, March 17

PAS Kedah,Tengok Dan Nilai Sendiri.





Terima kasih Padi Jantan.

Nizar ajak Aznil masuk PAS


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyuruh Bob Lokman memujuk pengacara popular, Haji Aznil Nawawi menyertai PAS. Beliau juga berpesan kepada Aznil supaya tidak lagi mangajar anak-anak kecil berhibur hingga melalaikan mereka.

'Saya nak suruh Bob Lokman ajak Aznil masuk PAS. Udah-udah le ngajo budak-budak melompat-lompat', katanya ketika Ceramah Sensasi bersama Bob Lokman dan Ustaz Radzi Melissa di Kg Bahagia, Teluk Intan Semalam.

Ceramah itu dihadiri lebih 1000 orang. Rakyat yang hadir dihiburkan oleh bekas Vokalis Kumpulan Melissa, Ustaz Radzi. Beliau menyanyikan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Ceramah yang disampaikan oleh Pelawak terkenal dan penulis lirik isabela, Bob Lokman menggamit rakyat yang hadir. Auranya sangat kuat dan ceramahnya sangat menarik. Beliau menceritakan bagaimana beliau berubah serta meninggalkan dunia hiburan dan menyertai PAS.

Mat Kilau Penang kata awat hangpa nie dah kering modal kot dok ajak artis pulak masuk PAS-PIS-PUS.lebih baik lompat dari tersasar dok ikut hampa menjual agama untuk mencapai matlamat politik Hampas hampa,Diperkudakan oleh DAPig.

Wednesday, March 16

ADUN PKR Melayu menghancurkan Melayu Pulau Pinang



Sungguh bangsat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ni. Kepalanya siapa lagi kalau bukan 'malaun' pendatang Si Lim Guan Eng RM 100. Dan seperti biasa, mangsanya, tak lain dan tak bukan adalah kaum Melayu beragama Islam di Pulau Pinang.


"Mereka ini betul-betul haprak, tidak patut jadi wakil rakyat. Nasib rakyat yang dulu memilih mereka dipermain-mainkan sebegini."


Gelaran itu ditujukan oleh Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang , Aminah Abdullah  kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang gagal memainkan peranan membantu nasib 18 peniaga Melayu di kawasan Pantai Queensbay


Kejadian kali ini adalah melibatkan para peniaga yang rata-ratanya dari bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dengan menjaja di sepanjang pantai SeaGate, Pulau Pinang. Para peniaga ini telah dihalau secara kasar tanpa diberi notis dan tidak dibenarkan berniaga di sepanjang persisiran Pantai Seagate. Malah ada beberapa peniaga di mana peralatan berniaga telah disita dan dirampas.


Hari ini, peniaga van bergerak terlibat yang diarahkan menutup peniagaan mereka oleh MPPP semalam, hampa apabila hasrat mereka untuk memohon lesen berniaga di kawasan itu tidak dilayan.

Walaupun menunggu hampir dua jam, tiada seorang pun wakil MPPP menemui mereka.
Semalam kira-kira 50 penguat kuasa dari MPPP dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) datang ke situ dan cuba merampas barang-barang milik 18 peniaga itu.

Namun nasib mereka agak baik, apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berjaya berunding dan mereka dibenarkan terus berniaga.

Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke Bahagian Perlesenan MPPP di Padang Kota Lama, hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil dengan alasan untuk memudahkan urusan tersebut.



Mungkin langkah pengusiran peniaga Melayu sudah termasuk dalam agenda DAP untuk melenyapkan bangsa Melayu dari muka bumi Pulau Pinang. Langkah dimulakan dengan penjaja Melayu kecil-kecilan. Para kontraktor bumiputera kini ketandusan projek dari kerajaan negeri dan ini juga antara langkah pengusiran oleh DAP. Nilai hartanah dan rumah yang kian meningkat juga termasuk dalam agenda. Pembangunan kawasan setinggan, perkampungan tradisi yang majoriti Melayu, kediaman atas tanah kerajaan negeri yang turut melibatkan Melayu sudah pun digegar DAP dalam usaha merealisasikan agenda mereka mengusir Melayu.

Apa Dah Jadi?Ketua Menteri RM100.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar menyalahkan rakyat ataupun NGO yang bangkit mengadakan tunjuk perasaan kerana pada hakikatnya mereka sedang tertekan dengan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan janji. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri sepatutnya perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO melakukan pelbagai bantahan sehingga ada yang sanggup menghantar keranda kepadanya. 

“Kita tak boleh salahkan rakyat mahupun NGO kerana mereka sudah mula tertekan. Dulu sewaktu pilihan raya, mereka (Kerajaan Negeri) berjanji bermacam-macam kepada rakyat tapi sekarang sukar menunaikannya dan disebabkan itu rakyat memberontak. 

“Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini,” katanya pada sidang media di pejabat BN di sini semalam. 

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berbangga dengan tindakan rakyat dan NGO kerana apa yang dilakukannya dahulu kini menjadi ikutan orang lain termasuk rakyat Pulau Pinang. 

Namun, Musa menegaskan tindakan seorang peniaga menghantar keranda kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini bukanlah budaya yang diamalkan di negara ini.


Mat Kilau Penang kata Ketua Menteri asyik dok bagi selalu RM 100,Lepas nie nak panggil di KM100.lebih sekupang pun dak kurang lima duit pun tidak.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive