Saturday, April 2

Kempen Cerca KPN Bermula...?





KPN semalam mengeluarkan kenyataan bahawa penyiasatan terhadap ketulenan video seks itu hampir selesai dan kertas siasatan akan dipanjangkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


Polis juga memaklumkan seramai tiga orang telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 292 (Memiliki dan mengedar bahan lucah); dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan polis terhadap video tersebut turut mendapat bantuan pakar.Adalah difahamkan pakar yang terbabit adalah dari Cyber Security.


KPN memaklumkan bahawa siasatan mereka mendapati video tersebut adalah TULEN. Ini bermakna video itu bukan satu hasil fabrikasi melalui ubahsuai dan sebagainya; ia adalah rakaman sebenar. Namun KPN tidak menjelaskan siapa yang telah dikenalpasti 'beraksi' dalam video tersebut. KPN tidak mengiyakan atau menafikan bahawa individu dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.


Semasa berita mengenai video tersebut mula tersebar, NikNazmi dalam twitternya, mendakwa video itu adalah video 'doctored'; sebagai usaha menafikan keTULENan video berkenaan. Jelas dakwaan awal beliau meleset.


RafiziRamli, Pengarah Strategi PKR pula cuba memberikan alibi untuk Anwar Ibrahim menggunakan timestamp posting di Twitter dan Facebook. Hasrat beliau untuk membuktikan bahawa AnwarIbrahim tidak mungkin orang yang dirakam dalam video tersebut dipatahkan oleh beberapa blogger pro Kerajaan yang membuktikan bahawa Anwar telah 'hilang'(tidak ber'tweet' dan ber'fb') selama dua jam.


Tempoh ke'hilang'an AnwarIbrahim adalah berpadanan dengan julat masa video tersebut dirakam berdasarkan timestamp di video. Rafizi akhirnya termalu dan tidak terus mempertahankan hujah alibinya setelah dirungkai oleh blog MIM.


Setelah kenyataan KPN semalam, yang menyatakan bahawa video tersebut adalah TULEN, mereka yang pro-Anwar menimbulkan persoalan kenapa KPN tidak menyatakan bahawa individu dalam video tersebut adalah Anwar atau bukan. Sekiranya KPN memaklumkan semalam bahawa individu tersebut adalah Anwar Ibrahim, adakah mereka akan menerima kenyataan tersebut?     Kenapa tiada persoalan berhubung jam tangan jenama Omega yang turut diserahkan oleh Dato' Eskay kepada polis?     


KPN tidak faham atau mereka yang mempersoalkan kenyataan KPN itu yang sebenarnya tidak faham?     


Artikel disiar Malaysiakini:
Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham   Wira Arjuna   Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.   


Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.   Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.   


Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?   


Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.   


Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.   Kunci segala-galanya   Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.   


Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.   Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.   


Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan.   Mereka yang dimaksudkan adalah: Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat. 


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.   


Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.   


Berjumpa Perdana Menteri   Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac.   Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.   


Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!   Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.   


Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu.

PM Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9 pagi Sabtu untuk lawatan kerja sehari di Pulau Pinang.
Kira-kira 1,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri dan rombongan di lapangan terbang, dalam keadaan hujan.
Antara pemimpin politik yang kelihatan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN)Negeri Tan Seri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Seri Dr Teng Hock Nan.
Sejurus tiba, tugas Perdana Menteri terus dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berhubung masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi Pulau Pinang, dan dalam tempoh yang singkat ekoran jadual kerja yang ketat itu, Pengerusi Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang Abdul Malik Darus sempat menyerahkan memorandum mengenai masalah mereka kepada Najib.
Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan kira-kira 500 pemandu teksi, dan sempat menampal pelekat '1Malaysia' di salah sebuah teksi di situ.


Beliau kemudiannya terus ke Pasar Awam Taman Tun Sardon di Gelugor, Pasar Awam Jelutong, Pasar Awam Kampung Melayu dan Pasar Padang Tembak, untuk tinjauan mesra.
Tengah hari ini Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di perkarangan Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau, yang dijangka dihadiri lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kemudiannya dijadual bertemu dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Kompleks Tabung Haji, sebelum bertemu rakan-rakan Facebook di Hotel Equatorial.
Beliau seterusnya akan menyaksikan persembahan Kebudayaan India di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dan menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berlepas kembali ke ibu negara pada pukul 11 malam. 

KM RM100 Potong Trip DS Najib.

aku baru dapat tau kata ketua menteri seratus ringgit telah dahulu melawat kekawasan yang yang bakal dilawati oleh Perdana Menteri DS Najib esok hari.Tujuan yang utama mendahului PM adalah untuk menabur janji dan bakal meroyan apabila sesuatu akan berlaku pada esok hari.Ku sangka berani padahal dah kecut teloq rupanya.


Padan muka kena marah dengan nyonya nie pasal hal lif.

Lim mengumumkan bahawa flat tersebut akan dicat semula,awat baru semua nie berlaku dalam sekelip mata tiba-tiba saja jadi prihatin kat penduduk padang tembak,mesti ada udang sebalik mee nie.pasal apa tidak hang musibat mai pada 3tahun dahulu mengetahui masaalah rakyat disini.Piiiiiirah mampus penduduk dah tau hang punya drama dan masak sangat dengan perangai penipu dok putaq alam.




Friday, April 1

Ketua Menteri RM100 Akan Meroyan Bila PM Mai.



GEORGETOWN: Lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum dijangka menghadiri majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Balik Pulau dekat sini sebagai meraikan lawatan sehari Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang esok. 

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata majlis jamuan secara terbuka kepada semua rakyat itu diadakan di perkarangan Masjid Permatang Pasir di Balik Pulau.



"Masakan lauk pauk lebih 1,000 ekor ayam dan 100 ekor lembu itu disediakan secara gotong-royong dan kita pelawa rakyat dari seluruh negeri untuk menghadiri majlis itu bagi bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, Najib juga dijangka menyampaikan amanat ringkas untuk rakyat Pulau Pinang sempena lawatannya pada majlis itu yang dijangka diadakan pada 12 tengah hari. 

Perdana Menteri dijangka, tiba pada jam 9.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan memulakan lawatan bertemu 500 pemandu teksi di negeri ini. 

Najib kemudiannya akan membuat tinjauan mesra di Pasar Awam Taman Tun Sardon di Gelugor, Pasar Awam Jelutong, Pasar Awam Kampung Melayu dan Pasar Padang Tembak sebelum menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Balik Pulau itu. 

Pada sebelah petang pula, Najib dijadual bertemu dengan pemimpin BN negeri di Hotel Equatorial sebelum bertemu rakan-rakan Facebook di hotel yang sama. 
Beliau juga dijangka menyaksikan persembahan Kebudayaan India di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dan menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berlepas ke ibu negara pada 11 malam

Penduduk Satok Gembira Wakil Rakyatnya Disebut-Sebut Bakal KM


Satok yang terkenal dengan Pasar Minggunya adalah sebuah kawasan yang sunyi meskipun terletak berhampiran bandar raya sibuk.
Namun, mutakhir ini, kawasan itu kecoh apabila cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merupakan salah seorang calon yang diuar-uarkan bakal mengambil alih kerusi Ketua Menteri.
Kalangan pengundi yang rata-ratanya dari golongan Melayu berpendapatan sederhana berasa teruja dengan khabar angin itu dan ingin melihat anak jati Satok menjadi pengganti Ketua Menteri.
Abang Johari merupakan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan sudah berkhidmat sebagai ADUN Satok selama lima penggal.
Di kedai kopi dan warung, pengundi lebih gemar berbicara mengenai kemungkinan Abang Johari menjadi Ketua Menteri baru berbanding pilihan raya akan datang.
Walaupun pilihan raya negeri amat ditunggu-tunggu semua, orang ramai ternyata lebih minat berbincang mengenai 'isu' Abang Johari.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan seorang peguam Ahmad Nazib Johari, 35, menentang Abang Johari.
Pada pilihan raya negeri 2006, Abang Johari menewaskan calon PKR, Mohamad Jolhi dengan majoriti 2, 798 undi.
Khabar angin yang mengatakan Abang Johari antara calon yang dikaitkan untuk mengganti Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut disambut baik penduduk lama Kampung Bintangor di Satok, Jamel Mustapha.
"Siapa yang tidak gembira apabila wakil rakyat menjadi Ketua Menteri? Saya gembira. Jika beliau menjadi Ketua Menteri, ia saat membanggakan orang Melayu di Sarawak," kata bekas pesara Polis Marin itu.
Jamel yang sudah menetap di Satok lebih 40 tahun berkata, dia amat menyenangi usaha Barisan Nasional (BN) dan Abang Johari untuk membangunkan kawasan tersebut.
"Bila waktu pilihan raya, baru pembangkang nampak. Sidaknya nyuruh kamek nukar 'baju baru'. Tapi belum tentu 'baju baru' nyaman.(Kelibat pembangkang hanya akan kelihatan menjelang pilihan raya. Mereka menyuruh kami bertukar parti. Namun, belum pasti parti baru itu menyenangkan.)
"Oleh itu, kami tetap mengundi BN. Kami yakin dengan mereka dan Abang Jo berkhidmat kepada kami dengan baik," katanya.
Sementara itu, Salim Zaini berkata walaupun ada segelintir pengundi di Sarawak menyokong pembangkang, situasi akan berubah apabila menjelang hari pengundian.
"Mulut jak cakap lain tapi tangan pangkah lain. (Di mulut mereka menyokong pembangkang tetapi tangan akan memangkah calon BN.)
"Kami ada mendengar cakap-cakap mengenai kemungkinan Abang Jo untuk menjadi Ketua Menteri baru.
"Walaupun ia betul pasti lagi, kami gembira jika ia menjadi kenyataan. Kami yakin dia boleh memimpin dengan baik memandangkan dia ahli politik lama. Kami turut menghormati bapanya (bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Openg Abang Sapiee)," jelasnya

Thursday, March 31

Boleh bagi pinjam 2.5 juta ke kat budak ini???



Sikit punya kutuk kerajaan Melayu dan Islam , ada hati nak pinjam duit kerajaan , nak kan gran 2.5 juta. banyak itu, kalau kerajaan beri duit sebanyak itu kepada namewee bab* ni pasti negara kita akan tergadai dan huru hara dibuatnya,

Elok lah tuh, Namewee bab* , buat saja kat Youtube. Situ layaknya  kamu....

Petikan: 
"Kerajaan menolak permohonan penyanyi rap kontroversi yang juga pembikin filem, Namewee untuk mendapatkan geran RM2.5 juta dari Dana Industri Kreatif, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

kata Rais, permohonan itu tidak boleh dipertimbangkan kerana pengarah filem, penulis lakon layar dan pelakon, Namewee, terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat Malaysia."

Tarian poco-poco haram?


Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib.

Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Sinar Harian cuba mendapatkan komen atau pendapat daripada tokoh agama berkenaan pengharaman tarian poco-poco ini.
Mat Kilau Penang kata lepas nie klu tak boleh nak menari poco-poco,ingat mufti dah keluaq fatwa kata haram. 

Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.

Hakim Zakaria menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 manakala RM75,000 adalah bagi bayaran ganti rugi teruk dan teladan, dengan faedah empat peratus mulai Mei 2005 hingga hari ini.

"Kos mahkamah sebanyak RM7,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh defendan," katanya dalam prosiding di sini, hari ini.

Teh didakwa pada 20 Mei 2005 kerana memfitnah Tan yang ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Jawi berkenaan tabung 'Jawi Charity Trust Fund' yang dikelolakan oleh Tan.
Kenyataan fitnahnya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina. Dia juga telah mengeluarkan kata-kata fitnah menggunakan risalah, surat layang, panji-panji dan poster.

Pada 1 Julai 2005, Tan mendapat perintah ex-parte untuk menghalang Teh daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Tan, yang ditemui di luar mahkamah, menyatakan rasa gembira kerana dapat membersihkan namanya sebagai seorang wakil rakyat.

"Selama tempoh itu saya mengalami tekanan perasaan yang teruk, bukan sahaja diri saya tetapi ia juga melibatkan maruah keluarga saya," katanya.

Tan berkata, fitnah itu juga telah menjejaskan kerjayanya dalam politik serta kepercayaan orang ramai terhadapnya

Wednesday, March 30

NGO Cina Pula Bantah Interlok

Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.
Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.
"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).
Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.
"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.
"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.
"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.
Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.
Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.
Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.
"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.
Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".
"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

Rayat Enggai “Antu Jembalang” Bejegau Ba Menua Tok

Diatu semua bekalih ngagai Sarawak ti deka bepilih kena 16 April tok ila. Aku ari siko rayat Sarawak nemu nama utai ti nyadi ba menua aku enggau penatai bansa bukai ti datai kitu ya ke semina ngejai ke perintah.
Aku amat setuju enggau jako pemerintah tertinggi BN ti madah ka nembiak Sarawak patut nolak “antu jembalang” ti mayuh datai ari menua Semenanjung. Sida deka nyual ubat ti nadai mai penguntung agai rayat.
Antu jembalang enggau penjual ubat tok semina deka ngerusak ka penyerakup bansa ti udah bisi ba menua tok laban penyerakup semua bansa tok meh penting dalam neguh ke politik serta pengelikun menua enggau rayat.
Aku enggau rayat Sarawak ke bukai ba seluruh menua deka ke pengelikun awak ke terus mansang dalam timpuh ti ka datai. Kami terus ka nyadi ke menua kami menua ti mansang serimbai enggau menua mansang ti bukai.
Rayat Sarawak enda mudah dikemelik ka tajapan antu nya deka ngaga mayuh macam utai ti ngasuh rayat nyukung parti penyakal. Kepala Menteri udah meri bukti ari Gagasan 1 Malaysia , Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
- SEPATING BUNGAI -
Terjemahan
Rakyat Tak Mahu Hantu Jembalang Berkeliaran
Saudara Pengarang
Sekarang ini semua tumpuan beralih ke Sarawak yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 16 April nanti. Sebagai rakyat Sarawak, saya tahu apa yang berlaku di negeri saya dan juga kelibat orang asing yang datang ke sini untuk memburuk-burukkan Kerajaan.
Saya sangat setuju kata-kata pemimpin tertinggi BN bahawa penduduk Sarawak perlu menolak ”hantu dan jembalang” yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini. Mereka hanya mahu jual ubat apatah lagi ubatnya langsung tidak mujarab.
Hantu jembalang dan penjual ubat ini hanya mahu menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, sedangkan inilah asas terpenting kepada kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.
Saya dan rakyat Sarawak lain malah di seluruh negara mahukan keamanan berterusan agar kami terus maju dan berkembang. Kita mahu terus berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia.
Rakyat Sarawak tidak mudah diperbodohkan biarpun hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. Perdana Menteri telah buktikan melalaui Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
- SEKUNTUM BUNGA -
layari www.1Sarawak.com.my

Tuesday, March 29

Video Papa Jahat:Kartun Papa Jahat Tersebar,Nurul Bikin Report


Sebentar tadi Nurul Izzah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.Laporan dibuat kerana berasakan komik kartun bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" seakan akan terkena ke batang hidung papa 'anugerah tuhan'.

Apa entah isi komik tersebut hingga beliau membuat laporan polis.Beliau bersama gerembolan pencacai Anwar sanggup pula membuat laporan Polis,sedangkan polis yang mereka paling tidak percaya.

Kata Nurul,kartun didalam komik itu serupa macam papa beliau,tapi bukan papanya,gelagat seperti papa beliau,tapi bukan papanya.Entah apa yang Nurul mahukan,Adakah ini satu lagi cara untuk menarik perhatian orang ramai.


Siapa tahu komik tersebut adalah karya aparat gerembolan pencacai pakatan sendiri yang sengaja membuat pre-amp untuk menyerang Barisan Nasional .Adakah ini satu lagi cubaan Anwar untuk memperolehi markah kesian daripada rakyat?


Nurul mendesak agar pemimpin politik supaya menolak politik lucah.Katanya rakyat mahu pertahan etika moral dan pemimpin berwibawa sahaja.Ini amat bertepatan agar papanya harus disingkirkan daripada arena politik negara.


Desakan Nurul seolah olah pukul anak sindir menantu.Sebenarnya Nurul sendiri pernah menyaksikan bagaimana papa menungang Azizan didalam bilik bacaan di rumah beliau hingga Nurul sendiri trauma dan meracau beberapa hari.Puas dipujuk oleh mamanya.

Barangkali pergaduhan Nurul,Kak Wan dan Anwar membuatkan beliau berasa muak dengan politik lucah. Desakan Nurul keatas papanya agar bersumpah didalam rumah dihadapan anak anak tidak pernah dilakukan membuatkan Nurul berasa papanya jahat!.

Solat Hajat Pakatan Rakyat Menjadi Kenyataan.Arman Azha Kena Tempias.





Pasti Puak Pas dan sekutunya akan membuat cerita begini apabila dapat peluang untuk menfitnah.La nie tak payah dok kona baring tembakan puak nie tak akan menjadi kenyataan.Berikut kenyataan yang dibuat oleh  Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.


Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.
Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa.
"Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini, petang Selasa.
Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
"Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik (political will).
"Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun.
Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada Umno tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya.
"Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan.
"Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya.
Sementara itu, Arman turut menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
"Tidak. Saya melayan Ibrahim Ali seperti bapa saya. Dia sentiasa menjadi mentor dalam perjuangan saya dan saya amat menghormatinya. Dia sering menasihati dan menjaga saya seperti seorang anak. Namun akhirnya keputusan harus dibuat kerana perjuangan di hadapan lebih besar," ujarnya.
Arman juga menolak keputusan beliau meletak jawatan kerana dipengaruhi tindakan mengejut Ketua Wiranita Perkasa, Raihan Sulaiman Palestin, bulan lalu.
"Saya sudah memikirkan mengenai perkara itu sejak dua atau tiga bulan lalu. Setelah mendapat nasihat daripada pemimpin lama dan petunjuk daripada Allah akhirnya keputusan untuk meletak jawatan dibuat malam tadi (Isnin)," katanya.
Jelas beliau, surat peletakan jawatan itu sudah difaks ke ibu pejabat Perkasa awal pagi Selasa dan khidmat pesanan ringkas sudah dihantar kepada Ibrahim Ali berhubung perkara tersebut.
"Walaupun saya sudah meletak jawatan, saya masih ahli Perkasa seumur hidup," tegasnya.

Limau Purut 3 serangkai PAS,DAP,PKR Buta Perut Akai Dok Kat Juboq.





Solat hajat semalam di stadium melawati,Sekali lagi Anwar berpeluang bersumpah laknat dihadapan ribuan khawarij,tetapi beliau sekali lagi melepaskan peluang tersebut.MENGAPA?!

Apakah maksud sumpah Mubahalah?

 
Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut: 

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ. 

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61]

Timbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).
Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.
“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?
“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.
Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.
“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.
Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.
“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan.
“Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.
Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal.
“Saya bukan 'yes man','' katanya.
Sumber mStar Online.

Monday, March 28

Penang council takes down 70 banners of Najib

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council (MPPP) has taken down 70 banners featuring the image of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
The removed banners were at Anson Road, Jalan Masjid Kapitan Keling, Penang Road, Bukit Gambir, Bukit Jambul, Datuk Keramat Road and at the Komtar area.
Sixty-nine of the banners, put up to promote a fundraising event on April 2 where Najib is scheduled to be present, were removed on Friday.
The other, of a cultural carnival on April 2 for which Najib was indicated as the guest of honour, was among six banners removed at Jalan Masjid Kapitan Keling yesterday.
The other five banners promoted courses, seminars and various programmes.
MPPP Public Health Standing Committee alternate chairman Ong Ah Teong said the council’s enforcement team removed the banners after receiving public complaints.
“The council is merely carrying out its duty of removing banners without MPPP permits.
“We removed them regardless of their content and who put them up. We advise the public to apply for a permit to avoid any losses. The enforcement action against illegal banners is ongoing,” Ong said yesterday.
He said the permit for each banner costs RM22 and another RM30 as deposit per month.
After an MPPP full council meeting, Ong had announced on Friday that the council would hire a private company to remove illegal banners and streamers in the municipality.
MKP rasanya depa puak-puak DAP nie takut kat PM kot.Kata-kata PM kat Hulu Selangor 1Malaysia lebih popular dari maggie mee...................

Depa Kata Umno Zalim Tapi Nie apadia?

MALAYSIA berjaya mencapai kemajuan memberangsangkan dalam usaha menangani kemiskinan sejak 40 tahun lalu, namun jumlah berkenaan masih belum dapat dibasmi sepenuhnya kerana terdapat kira-kira empat peratus warga Malaysia masih di bawah kelompok miskin.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertanggungjawab meneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah (LIH) berjaya mencapai sasaran ditetapkan pada tahun lalu.

Pencapaian ketara yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah lebih daripada 44,000 isi rumah berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar. Namun, jumlah mereka yang berpendapatan rendah dan miskin masih ramai dan perlu dikurangkan.




Komitmen KPWKM adalah untuk memastikan pelbagai usaha terus dilakukan dengan cara yang mantap walaupun pihak kementerian tidak berdaya membasmi kemiskinan sama sekali di negara ini.

Tahun lalu, kira-kira 44,643 isi rumah miskin tegar berjaya dikeluarkan daripada kategori ini dan 15,868 isi rumah miskin berjaya dikeluarkan daripada kelompok berkenaan.


Daripada jumlah berkenaan, kira-kira 2,000 usahawan wanita berjaya dibantu serta 80 peratus unit rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) ditawarkan untuk dijual kepada penyewa sedia ada.




Malah, dalam bajet 2010, kementerian menawarkan 35,095 unit rumah kos rendah milik DBKL pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit iaitu pengurangan sehingga 75 peratus daripada nilai pasaran.

Untuk semua usaha yang dilakukan, RM1.163 bilion diperuntukkan dan sehingga Disember 2010, RM415.23 juta sudah disalurkan dan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan serta RM747.84 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan operasi.




Dalam menangani isu kemiskinan, kementerian mengenal pasti tiga bidang utama iaitu menetapkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah, melaksanakan inisiatif berimpak tinggi dan meletakkan penggerak bagi membasmi kemiskinan dengan cekap serta berkesan.

Semua kementerian dan agensi perlu menetapkan takrifan bagi pengertian isi rumah berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada kumpulan yang layak.


Miskin tegar dikategorikan bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM440 dan ke bawah, miskin RM750 ke bawah dan berpendapatan rendah RM2,000 ke bawah.


Untuk membantu golongan berkenaan kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi antaranya menjalankan program bantuan kebajikan, bantuan perumahan dan program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).


Selain itu, kementerian turut mewujudkan pangkalan data eKasih yang diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan proses pengenalpastian, penentusahan dan pengesanan isi rumah berpendapatan rendah.

Sunday, March 27

200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti



GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini. 

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.


READ MORE

Saturday, March 26

Anuar Mengamuk diTaman Melawati.Kona Pasal Video Sexx





 Tertekan dengan pendedahan rakaman video seks dan perjalanan kes liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membawa isu tersebut ke jalanan dengan menjadikan orang ramai sebagai taruhan.

Akibatnya, tercetus kekecohan antara penyokong Anwar dengan pihak berkuasa apabila polis cuba menghentikan ceramah haram ketua pembangkang itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, malam semalam.

Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit.

Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis.

Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.

"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.

"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.

"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The StarUtusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya.

Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

Nie Pasai Dok Ikut Amal Makruh Nahi Hota Hang Ketua Menteri RM100



Taktik sebuah premis urut golongan gay menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar setelah diserbu polis. 

Sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menyerbu premis terletak di Kompleks Midland Pulau Tikus awal pagi kelmarin selepas menerima aduan orang awam. 

Difahamkan, premis itu beroperasi tanpa lesen itu didapati tersenarai sebagai destinasi gay antarabangsa berdasarkan namanya terdapat dalam majalah yang ditemui ketika serbuan itu. 

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Fauzi Mohd Yusof yang mengetuai serbuan itu, mendapati nama pusat urut di Kompleks Midland itu turut mencatat dalam majalah Gay ‘Pluto’ 

“Majalah itu merupakan terbitan Singapura mengandungi pelbagai gambar aksi lucah dan peta lokasi gay di rantau Asia turut dirampas. 

“Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 yang bekerja sebagai tukang urut dan dua lelaki berusia 30-an dipercayai pelanggan,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja di situ menawarkan khidmat urutan dan khidmat seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang sudah digunakan. 

Polis turut merampas beberapa barang termasuk dua keping kondom, losen minyak, krim putih, tuala dan dua majalah ‘Pluto’. 

Kesemuanya dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. 


Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive