Friday, April 15

PRN SARAWAK:Bezakan Yang Tulen Dan Penipu Dapig.



                                              KANTOI LA LU MUSIBAT gUAN ENG
                                                                                

PRN SARAWAK:Jangan Perjudikan Masa Depan Mereka.


Inilah bakal generasi yang akan mewarisi apa yang ditinggal oleh generasi terdahulu.Harus menjadi peringatan kepada pengundi yang bakal mengundi pada hari pembuangan undi.Kemungkinan pakatan rakyat mengambil kerajaan pusat amat tipis.Momentum piliharaya kecil membri kemenangan kepada Barisan Nasional menunjukkkan rakyat sudah pandai memilih antara kaca dan permata.




Oleh demikian rakyat Sarawak sememangnya sedar bahawa mereka boleh mengadaikan masa depan politik mreka dengan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.Apa yang berlaku sekarang adalah janji manis Pakatan rakyat bahawa mereka akan merampas Putrajaya  selepas PRU 13 






Pakatan Rakyat tidak mempunyai persamaan langsung dari segi semangat perjuangan dan idealogi.Apa yang mengikat mereka ialah ketabsuban mereka untuk merebut kuasa dari kerajaan yang sedia ada dengan pelbagai janji-janji palsu yang amat sukar dilaksanakan.Kerjasama mereka pasti tidak akan bertahan lama jika mereka memerintah apa yang akan terjadi sedangkan diantara mereka senantiasa ada perbalahan dan jalan yang senang ialah keluar Parti apa yang akan terjadi selepas itu  mari kita renungkan. 



Berikut adalah manifesto Barisan Nasional Sarawak menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 2011

Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN

1) Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2) Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum

3) Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

4) Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua

5) Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

6) Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

7) Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik

8) Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9) Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia

9 intipati manifesto ini diharap akan dapat meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang sah!



PRN SARAWAK! ANAK TOKEY ALONG JADI CALON D SIBU !!





Dato Seri Wong Soon Koh has been the four-term assemblyman for Bawang Assan in Sibu and had built the constituency from scratch to transform to it's present development.

The assemblymen from SUPP was the State Environment and Public Health Minister

Wong believed there were really no issues affecting the people in this constituency. He said, “All issues affecting the people of Bawang Assan or rather the issues played up by the opposition, we will try to resolve them.”

However, such will not be the case come election. Wong is challenged by DAP Alice Lau Kiong Yieng in a straight fight. DAP have been aggressive in raising issues against BN incumbents.


Free Malaysia Today here reported that Alice Lau's challenge poses a problem for SUPP. Alice is the daughter of a prominent and influential businessman and a Barisan Nasional (BN) ally.

Alice’s father is Sibu United Chinese Associations (UCA) adviser Lau Cheng Kiong, who incidentally is Wong’s buddy. Lau is also Sarawak Progressive Democratic Party’s (SPDP) Pelawan division chairman. SPDP is a component party within the Sarawak BN coalition.

Lau has remained silent over his daughter’s move to the opposition and has shown no signs of betraying his friend. On the other hand, Alice said, “Since my father has not objected, I treat this as support.” 



READ MORE


PRN SARAWAK! Will Sarawak choose ANWAR IBRAHIM



PRN SARAWAK! Adakah Ini Taktik OMEGAFOBIA Untuk Mengalih Perhatian.



Datuk Seri Najib menegaskan, pendedahan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu seharusnya memadamkan kesangsian sesetengah pihak terhadap penafiannya sebelum ini. 

Perdana Menteri yang bersyukur dengan pengakuan Raja Petra berkata, ia membuktikan tuduhan itu didalangi pihak tertentu yang cuba menghalang beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, tiga tahun lalu.



Datuk Seri Najib berkata, beliau sememangnya yakin kebenaran akan muncul dan temu bual TV3 dengan Raja Petra menjadikannya realiti, sekali gus harus memadamkan keraguan sesetengah pihak yang tidak yakin dengan penafiannya, termasuk bersumpah dalam masjid sebelum ini.
“Saya selalu kata kebenaran akan timbul. Lambat laun kebenaran diketahui. Saya bersyukur dengan temu bual itu. Sebenarnya perkara ini sudah disampaikan kepada dia (Raja Petra) sebagai satu perkara yang bertujuan merosakkan saya dan menjadi halangan untuk saya naik sebagai Perdana Menteri. 

“Bagaimanapun, percubaan itu gagal kerana tidak ada kebenaran dan fakta. Ia fitnah sama sekali. Saya bersyukur perkara ini sudah jadi pengetahuan umum dan jika ada sesiapa was-was, temu bual itu akan menghilangkan segala-galanya,”

PRN SARAWAK! Lim Guan Eng Kencing Mai Kita Ushar.



Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang mai sarawak dok kencing pulak kaum bumiputera kata nak bagi 600 ringgit setahun padahal di Pulau Pinang rakyat telah memulangkan wang tersebut kerana pendapatan dari hasil judi.Apa "Lim and the family" nak tawan Sarawak dan menjadikan sarawak sebagai tapak kedua selepas Pulau Pinang yang akan kembali ditawan oleh Barisan Nasional.


Pasai dah tak boleh dok kencing rakyat Pulau Pinang sebab majoriti telah tahu yang beliau adalah sorang yang berlidah biawak dan bercabang,cakap pandai tapi habuk pun tarak Piiiiiiiirah.LGE tembelang mu telah pecah dan busuknya menucuk hidung hingga ke Sarawak.


Berikut adalah janji yang hanya manis dibibir mulut akan tetapi kelat sampai bila-bila:




PRK SARAWAK:Calon Lari Basah Dari Dalam.



Tembelang calon PKR untuk Dun Belaga sudah pecah..penduduk sudah mengamuk..Pembangkang memperbodohkan ketua masyarakat kawasan tadahan projek hidro bakun demi kepentingan sendiri..




Ketua masyarakat dipungut menggunakan helikopter dan dipaksa menandatangani rayuan sivil pemindahan ke sungai asap dihadapan calon pembangkang sekarang ini..

Tidakkah penduduk sungai asap rasa bersalah menyokong penipu-penipu ini..Dua calon pembangkang inilah punca penderitaan penduduk belaga sekarang ini..Perjuangan apa lagi yang diperjuangkan oleh pembangkang..BUKTI CUKUP!!!











SELANJUTNYA KLIK DISINI.

PRN SARAWAK! Hantu Mak Limah Dah Datang


Sebentar tadi apabila melalui jalan dihadapan Dataran Merdeka ternampak banner yang berniat jahat telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab siapakah dalang itu tidak dapat dipastikan akan tetapi dari sumber yang telah diberitahu bahawa Pihak Pembangkang telah terdesak dan terpaksa menggunakan taktik memburukkan Pemimpin Barisan Nasional.Apakah ini budaya berpolitik rakyat Sarawak atau telah dibawa masuk oleh anasir luar atau lebih tepat lagi hantu atau jembalang.


MatkilauPenang kata;dari sumber yang boleh dipercayai pihak Pemuda PBB dah buat laporan Polis. 

Wednesday, April 13

PRN SARAWAK! Pimakang NO&3 (Video ANUgerah Tuhan)


Kenapa parti pembangkang dihalang masuk ke kawasan rumah panjang Iban di Sarawak? Boleh dikatakan hampir keseluruhan rumah panjang yang berbangsa Iban di Sarawak menghalang parti pembangkang untuk masuk ke kawasan mereka.

Apabila ditanya kenapa mereka dihalang daripada masuk. Hanya satu jawapan mereka....Parti pembangkang mengajar mereka perpecahan diantara keluarga dan penghuni rumah panjang....

Cuba lihat bagaimana Guan Eng mengumpan kaum Dayak dengan janji RM1 Billion untuk menyokong DAP...Apabila kaum Iban lihat, pastinya mereka akan marah pada kaum Dayak dan ini akan menyebabkan perpecahan diantara kaum.

Sebab itulah mereka awal-awal lagi menolak parti pembangkang di kawasan mereka...bagi mereka perpaduan diantara keluarga dan kaum yang dibawa oleh BN di Sarawak lebih baik untuk mereka.

Adakah rakyat Sarawak inginkan perpecahan dan pergaduhan di Sarawak? 

PRN SARAWAK! Tan Sri Abdul Taib Mahmud Sedia Berundur.


Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau telahpun mengenal pasti calon pengganti dirinya sebagai ketua menteri Sarawak.


Bagaimanapun beliau tidak menyebut nama bakal penggantinya itu tetapi sekadar berkata, telah membuat perancangan terperinci bagi memastikan peralihan kuasa berjalan secara teratur supaya penggantinya bukan sahaja diterima oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak tetapi juga rakyat. Taib berkata, calon tersebut perlu mendapat sokongan daripada pemimpin lama yang dapat memberi nasihat bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.


Malah, kata beliau pasukan yang akan mengambil alih pucuk pimpinan pada masa ini perlu disusun sebagai satu pasukan yang boleh bekerjasama, serta mampu memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar



Malah, kata beliau pasukan yang akan mengambil alih pucuk pimpinan pada masa ini perlu disusun sebagai satu pasukan yang boleh bekerjasama, serta mampu memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Ini semua kita ambil kira. Jika peralihan tidak (berjalan dengan) baik maka rakyat tentu marah," katanya dan menambah pemimpin negara sebelum ini turut melakukan peralihan kuasa secara teratur sebelum meletakkan jawatan seperti (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) dan begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri keempat).
"Kita sudah ada rancangan dengan pemimpin PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), saya pergi dulu dan kemudian diikuti oleh pemimpin yang kemudian daripada saya, manakala orang yang kita (telah) bimbing sudah dapat menjalankan tugas yang baik," katanya.
Taib, yang menjadi ketua menteri sejak Mac 1981 ketika berusia 45 tahun berkata, dalam memastikan barisan pemimpin muda mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dengan baik dan lancar, beliau telahpun mewakilkan "sebahagian kuasa kepada banyak menteri."
"Saya sudahpun merupakan seorang kapten sahaja dalam masa 10 tahun yang lepas," katanya dan menambah pemimpin baru yang bakal menggantikannya juga telah dibimbingnya sejak 20 tahun lepas.
Taib, yang akan menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-75 bulan depan berkata, hasil pendedahan dan bimbingan, pemimpin pelapis yang bakal menggantikan beliau akan mempunyai kefahaman yang baik daripada segi perancangan dan pembentukan dasar-dasar kerajaan.
Daripada segi politik pula, penggantinya juga dapat diterima dan boleh bekerjasama dengan pemimpin dan anggota parti baik PBB dan juga BN.
MatKilauPenang kata Pahin Sri dah nak berundur tapi Pihak Peambangkang masih memegang kuasa.

PRN SARAWAK! Sapa Lagi Lama???????



Datuk Ahmad Maslan berkata meminta rakyat di negara ini khususnya pengundi di Sarawak membandingkan antara jasa kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud selama 30 tahun dan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang termasuk Anwar Ibrahim.
Tegasnya selama 30 tahun banyak jasa yang telah dilakukan Tan Sri Taib yang bukan sahaja membangunkan kemajuan Sarawak malah pembelaan terhadap rakyat tanpa mengira kaum.
“Apa jasa Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang termasuk Anwar Ibrahim terutama kepada rakyat Sarawak?  Mereka mempertikaikan kepimpinan Tan Sri Taib yang dikatakan terlalu lama.
“Mereka lupa Lim Kit Siang yang berumur 70 tahun sudah menjadi wakil rakyat di Kota Tinggi pada 1969, sudah 42 tahun, Karpal, 71 sudah bertanding di Alor Star pada tahun 1974, sudah 37 tahun, Hadi Awang, 64 bertanding di Marang tahun 1982, sudah 29 tahun, Nik Aziz, 80 terlibat dalam politik dan bertanding pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun dan Anwar Ibrahim, bertanding di Permatang Pauh sejak 1981, sudah 30 tahun.  
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata pemimpin-pemimpin pembangkang ini ghairah dan lantang mengajak rakyat membuat perubahan tetapi mereka lupa mencermin diri sendiri untuk melihat kepimpinan mereka yang masih tidak berubah.
“Sekurang-kurang Tan Sri Taib sungguhpun sudah 30 tahun menerajui Sarawak banyak jasa yang boleh dilihat untuk rakyat dan negara tetapi pemimpin pembangkang ini sudah lama tapi hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja”, ujarnya.
Malah kata beliau lagi Tan Sri Taib sendiri sudah mengakui mempunyai rancangan peralihan kepimpinan bagi memastikan kesinambungan kemajuan di Sarawak ini berterusan.
“Malangnya kita tak dengar lagi proses peralihan kepimpinan dalam DAP, Lim Kit Siang serta anak-anaknya masih di situ sama juga dengan Karpal dan anak-anaknya.
“Begitu juga Hadi Awang, Nik Aziz serta beberapa pemimpin lain yang sudah hampir 30 tahun memegang jawatan. Mana pelan peralihan kuasa mereka”, soalnya.
Justeru beliau berpendapat pemimpin pembangkang hanya pandai menuding jari sedangkan mereka sendiri masih lagi ghairah mahu memegang jawatan walaupun sudah berpuluh tahun.
“Mereka tuntut orang lain meletak jawatan sedangkan mereka sendiri tak letak pun. Ini cakap tak serupa bikin”,

PRN SARAWAK! Pasal Apa Anugerah Tuhan Berang

  
Adalah sesuatu yang aneh, Anwar yang dianugerahkan Tuhan begitu pandai bermain kata-kata tiba-tiba hilang kawalan diri hanya kerana wartawan bertanya soal jam tersebut.

Ia menunjukkan seolah-olah isu jam tangan berkenaan yang dikatakan menjadi petunjuk penting dalam isu video seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang benar-benar menghantui Anwar.

Soalnya, kenapakah Anwar begitu marah atau berang apabila ditanya soalan berhubung isu tersebut?. 

Anwar seharusnya tidak berasa takut apatah lagi berdolak-dalik jika benar jam itu ada dalam simpanannya dan kalau pun beliau tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan, kawallah diri kerana bukankah Anwar ingin menjadi Perdana Menteri?

Tindakan Anwar yang berang tidak tentu fasal hanya akan menyebabkan rakyat membuat pelbagai tafsiran terhadap tindak tanduknya.

Anwar sepatutnya faham bahawa rakyat kini sudah bijak menilai. Mereka tidak mudah disogokkan dengan mainan kata-kata, apatah lagi sikap berdolak-dalik.
Isu rakaman video itu dikaitkan dengan beliau. Oleh itu Anwar perlu menanganinya sendiri secara berhemah dan bukannya cuba mengalih pandangan dengan mengaitkan individu-individu lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tentu fasal.

Mungkin Anwar semakin merasai tindakannya menyatakan bahawa jam Omega tersebut berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kini mula memakan diri.

Anwar dan Wan Azizah ternyata tidak boleh menjawab secara jujur, apatah lagi menunjukkan bukti bahawa jam yang menjadi kontroversi berkenaan ada dalam simpanan mereka.

Apa yang kedua-dua mereka boleh buat sekadar memutar-belitkan kata-kata dan mengalih isu, sedangkan jika menunjukkan jam berkenaan sudah pasti nama Anwar dapat dibersihkan.

Tetapi malangnya, beliau tidak mengambil kesempatan itu, begitu juga Wan Azizah. Malahan mereka juga menolak semua usaha yang bertujuan bagi menunjukkan kebenaran.

Semua ini sudah tentulah menimbulkan persoalan mengenai kaitan Anwar dengan isu video tersebut. Walaupun kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi memandangkan kes itu dalam siasatan polis tetapi tindak-tanduk Anwar menyebabkan orang tertanya-tanya.

Justeru adalah lebih baik Anwar menghentikan tindakannya yang dilihat kebudak-budakkan dalam melayan soalan wartawan. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi, Anwar haruslah bersikap matang dan sabar.

Kalau Anwar berada di pihak yang benar tiada apa yang perlu beliau takutkan, tanyalah apa pun soalan sudah pasti segalanya mampu dijawab dengan tenang tetapi Anwar tidak bersikap begitu.

Sebut sahaja jam Omega terus terpancar kemarahan di wajahnya dan mulutnya mula menghamburkan kata-kata yang 'tidak enak didengar'. Apa pun Anwar boleh berbuat apa sahaja yang beliau inginkan tetapi kebenaran akan muncul akhirnya.

Lagi pula Anwar sudah menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan dan kita berharap selepas ini beliau akan menerima hasil siasatan tersebut dengan hati terbuka biarpun jika ia tidak menyebelahi beliau.

Monday, April 11

PRN SARAWAK!Pengundi Sarawak Harus Bijak Menilai.


Sejak tiba ke Sarawak yang aman dan damai.sedamai corak pemimpin yang memimpin selama ini.Akan tetapi kedamaian itu bakal digugat oleh pemimpin yang tiba dengan corak kepimpinan yang agar terdesak yang mereka lakukan di Semenanjung Malaysia.Kempen memburukkan calon lawan yang agak keras juga dilakukan DAP seperti membaling cat,merosakkan bendera,potong tali dll ke Poster Barisan Nasional.




Akan tetapi BN tetap sabar dengan sikap Pembangkang.Ini  yang patut dinilai oleh Pengundi Sarawak.Jika memilih pembangkang pasti tungging terbaliklah corak pemerintahan mereka.


BN perlu berpegang kepada prinsip ‘belum bertarung, belum tahu siapa menang – siapa kalah’. Ini bermaksud BN harus bekerja bermati-matian dan menggempur kawasan itu hingga ke saat akhir untuk memastikan andaian BN kalah di kawasan majoriti kaum Cina, adalah salah dan bermimpi di siang hari. Sebagai negara yang berpegang kepada gagasan 1Malaysia, tidak kira di mana saja sama ada di kawasan Bukit Bintang, Batu dan Kepong di Kuala Lumpur atau Pasir Pinji, Ipoh, batu Gajah Timur dan Barat di Perak, sebahagian besar kawasan di Pulau Pinang serta Kuching atau Sibu di Sarawak, sebenarnya BN boleh menang dengan bergaya.
 
Cuma, pemikiran rakyat perlu ditransformasikan, manakala parti politik BN perlu meyakinkan rakyat bahawa selama ini pembangkang hanya goyang kaki, tetapi kerajaan BN lah yang membawa kemajuan dan kemakmuran hidup rakyat. 

Di Sarawak, ada pihak yang meramalkan bahawa dalam senario paling buruk sekali pun, BN akan kehilangan antara 15 hingga 20 kerusi, terutama di kawasan majoriti pengundi Cina. Ini semua taktik yang digembar-gemburkan oleh pembangkang supaya BN tidak memberi tumpuan di kawasan terbabit. 

Bayangkanlah jika BN langsung tidak bergerak di kawasan kononnya hitam itu, mudahlah kerja mereka. Jentera pilihan raya mereka pula boleh membantu calon di kawasan lain. Inilah yang pembangkang harapkan. BN tidak seharusnya memberi laluan mudah dan perlu mempunyai semangat juang yang kental dan pantang mengaku kalah sebelum berjuang. 

Kebelakangan ini, minat terhadap pilihan raya Sarawak ini bukan saja mendapat perhatian rakyat di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung. Pilihan raya Sarawak ini menarik minat wartawan asing kerana ia dianggap sebagai pusingan pertama pilihan raya umum yang dijangkakan diadakan bila-bila masa dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Sejak pilihan raya lalu, kerajaan BN sudah mengurus pembangunan negara dengan efektif dan banyak wang dibelanjakan. Rakyat pula tidak meragui kejujuran kerajaan untuk membangunkan negara. Ramai pihak mengandaikan jika BN menang besar, Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan secepat mungkin dengan anggapan ia akan meneruskan momentum untuk kemenangan yang lebih besar. 

Jika pengundi mengambil kira kekukuhan BN pada peringkat nasional mereka akan menyokong calon BN di Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perkiraan mudah ialah jika BN kukuh pada peringkat nasional, BN peringkat negeri diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) juga adalah kukuh. 

Sokongan rakyat akan meningkat jika mereka berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Taib. Berasaskan kepada isu yang dibangkitkan oleh rakyat, sebenarnya tidak banyak isu besar yang membimbangkan kecuali isu ketua menteri yang terlalu lama mentadbir Sarawak, selain isu tanah. Isu domestik lain adalah perkara biasa yang timbul setiap kali pilihan raya dan diselesaikan secara serta-merta. 

Isu Taib tidak sepatutnya timbul jika pembangkang melihat cermin mengenai status dan latar belakang barisan kepemimpinan mereka sendiri. Mengapa tempoh perkhidmatan Taib selama 30 tahun dipertikaikan sedangkan ia tidak berbeza dengan beberapa pemimpin pembangkang. 

Jika Taib berusia dalam lingkungan 70 tahun, Lim Kit Siang juga hampir sama usianya dengan Taib, juga sudah lama menerajui DAP. Sejak 1969, Kit Siang sudah dipilih sebagai calon pilihan raya kerusi Kota Melaka. Beliau berada dalam politik selama 42 tahun. 

Karpal Singh, juga berusia 70-an dipilih pada 1974 bagi kerusi Alor Setar sudah pun 37 tahun dalam politik. Nik Aziz yang sudah masuk ke usia 80 dipilih sebagai calon Pengkalan Chepa pada 1967 dan sudah 44 tahun dalam politik. 

Oleh itu, tidak perlulah melihat semut di seberang lautan sedangkan gajah di depan mata, buat-buat tak nampak. Taib sudah pun memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memberi laluan kepada pimpinan baru. Dalam parti pembangkang, belum tahu lagi. Pimpinan yang ada akan bertanding kerana mereka adalah yang yang ‘cakap tak serupa bikin.’ 

Bagi isu tanah di Sarawak yang dibangkitkan oleh banyak pihak sudah pun dijelaskan dari semasa ke semasa. Ini adalah antara isu tempatan yang dibangkitkan setiap kali pilihan raya kerana tidak ada isu lain yang mereka anggap boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Tetapi, apa juga yang dilakukan pembangkang, rakyat masih memilih BN. 

Sebenarnya, suasana politik di Sarawak adalah aman. Keamanan di Sarawak diganggu gugat oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan isu yang tidak ada kaitan dengan rakyat Sarawak jika tidak ada parti luar mengambil kesempatan. Sarawak akan menjadi negeri yang aman. 

PKR, walaupun sedar, mereka tidak dapat diterima di Sabah, tetapi masih menyangkakan rakyat mahukan kepemimpinan mereka. Penduduk Sarawak tidak nampak PKR boleh melakukan kebaikan di Sarawak. Janji parti itu kepada rakyat Semenanjung khasnya di negeri kerajaan pembangkang, tidak boleh dijadikan contoh yang baik. 

Janji mereka tidak pernah ditunaikan. Rakyat Sarawak sedar, jika pembangkang memerintah Sarawak, mereka juga tidak akan menunaikan janji. Apatah lagi, PKR dan SNA akan menikam sesama sendiri. Jika dalam pilihan raya kali ini mereka tidak dapat membuat kata putus mengenai pemilihan kawasan dan calon yang bertanding, apatah lagi jika mere-ka diberi mandat untuk memerintah. 

Pastinya politik Sarawak akan menjadi huru-hara. PAS bukanlah parti yang dekat dengan hati rakyat kerana parti itu tidak mempunyai kepemimpinan yang mampu mentadbir negara. 

Mereka hanya melihat pemimpin PAS hanya berminat untuk berpolitik, bertikam lidah dengan BN dan terlalu taksub dengan pegangan agama sedangkan dunia sudah pun berubah, tetapi mereka masih bertikam lidah soal-soal kecil

PRN SARAWAK:Siapa Bakal Tubuh Kerajaan Negeri?.


SOALAN paling dominan dalam apa juga perbincangan politik berkaitan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 sekarang ialah 'siapakah akan menang'? 'Siapa' bermaksud parti bukan individu. Dengan spontan juga jawatan yang sering dinyatakan tanpa was-was ialah Barisan Nasional (BN) akan menang.


Setakat ini, sama ada perbincangan rakyat di Sarawak, Sabah atau di Semenanjung Malaysia sekali pun, belum ada sesiapa yang mengatakan parti pembangkang akan menang. Walaupun pembangkang meletakkan calon di semua 71 kawasan, ia sekadar memenuhi tuntutan demokrasi dan mencuba nasib. Keyakinan rakyat terhadap BN menunjukkan bahawa mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada gabungan parti 13 parti komponen yang memerintah negara hari Dari segi moralnya, majoriti rakyat tidak yakin dengan kemampuan pembangkang untuk mengemudi sebuah lagi kerajaan negeri. Keadaan ini jauh berbeza dengan senario sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pentadbiran kerajaan dan menerajui BN.


Ketika itu tahap keyakinan rakyat berada pada tahap yang begitu rendah hinggakan ada yang bertindak ibarat perumpamaan ‘kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar’ sekali. Keadaan hari sudah jauh berubah. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pulih selepas kerajaan pimpinan Najib melakukan transformasi dan meletakkan asas kerja dengan mendahulukan kepentingan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia. 

Ini disusuli dengan program transformasi pelbagai sektor pengurusan dan pentadbiran kerajaan, di samping memberi nafas baru dan pendekatan progresif kerajaan. Rakyat juga kian sedar bahawa selepas tiga tahun kerajaan pembangkang mentadbir Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, mereka lihat tidak ada perubahan dilakukan melainkan menimbulkan perbalahan demi perbalahan. 

Ada kalanya mereka melakukan kerja ibarat lebih kuah daripada nasi. Sumbangan mereka kecil saja, tetapi riuhnya sekampung. Kerajaan BN sudah membuktikan kemampuan untuk membina sebuah negara dan negara-bangsa yang progresif, malah negeri yang dikuasai pembangkang hari ini dimajukan oleh kerajaan BN. 
Ini adalah fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Kerajaan pembangkang, di beberapa negeri yang wujud kesan tindakan rakyat menguji kerajaan BN, diberi peluang menunjukkan kemampuan mengurus negeri. 

Pembangkang mengambil alih kerajaan negeri berkenaan yang sudah tersedia segalanya. Mereka kononnya mahu menegakkan keadilan, tetapi sebetulnya mewujudkan jurang diskriminasi yang lebih besar. Di Pulau Pinang, pelbagai peristiwa berlaku dan rakyat yang tidak berpuas hati kian meningkat.
 


PEMUDA UMNO PERLU TRANFOMASI.


Adakah Pemuda perlu lakukan tranfomasi yang menyeluruh bagi memperkasakan PEMUDA UMNO.jika teguran membina serta memantapkan lagi PEMUDA UMNO patut dipertimbangkan oleh Pucuk Pimpinan PEMUDA UMNO tidaklah salah jika ibu yang sayangkan anaknya menegur demi kebaikan
Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia Datuk Hamidah Osman berkata Umno perlu meningkatkan peranan dan tanggungjawab Pergerakan Pemuda Umno dalam usaha memastikan kesinambungan parti.
Katanya, pendedahan dan peluang anggota pergerakan itu perlu ketengahkan dan wakil mereka diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan serta kemampuan mereka dalam menjalankan pelbagai aktiviti parti.
"Mereka adalah pemangkin kepada kejayaan parti pada masa hadapan. Ini kerana melalui pengalaman yang ditimba ia mampu menjadikan mereka pemimpin yang berwibawa dan disegani. Banyak program yang dijalankan mereka sebelum ini berjaya," katanya kepada pemberita selepas menerima borang kemasukan 268 anggota baru Pemuda Umno Bahagian Gopeng di sini, Ahad.
Hamidah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, berkata banyak program yang dijalankan parti kini didominasi golongan senior menyebabkan anggota muda berasa terpinggir.
"Keadaan ini boleh menyebabkan Umno kekurangan pemimpin berwibawa di masa depan...negara memerlukan pelapis baru untuk memimpin masa hadapan, justeru itu usaha mendidik harus bermula dari sekarang," katanya.
Beliau berkata peranan Pemuda perlu dipertingkatkan dari sekarang sebagai barisan hadapan parti terutama dalam suasana menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya minta semua pemimpin Umno supaya libatkan sayap-sayap parti bukan sahaja Pemuda malahan Puteri dalam apa jua program bagi memberikan mereka pendedahan dan jati diri untuk mengepalai parti di masa depan,"

Sunday, April 10

PANAS!!!!! ANUgerah Tuhan Mengamuk.............



"Bila polis minta? Bila polis minta? Bila polis minta? Saya tanya anda bila polis minta?" 


ANUar mengamuk apabila ditanya pasal Jam Omega yang belum diserahkan kepada polis,pandai pulak kona wartawan dan tanya tugas media dan yang patut didedahkan.Ayat yang digunakan "U DARI MANA".Awat Pak Sheik takutkah rakyat tahu pasal skandal you dengan Amoi China tue.


Nie mamu nak habaq satu malaya dah tau cita tok sah nak kelentong sana sini kata bukan atau tidak.Penafianan dok jadi macam ANUar je yang pandai!adakah kami nie bengap sangat.Mamu orang penang la nak habaq toksah dok GEMPAQ KELING kat kami atau nak menakutkan pada kisah kona yang nampak macam lawak bodoh tue."ADA AKU KESAH" 


Nie hampa tengok la sendiri dan nilai la,seganlah aku nak komen lagi dengan orang yang bodoh sombong dan pandai kona.

18SX WAN AZIZAH PENAFIAN "iTU BUKAN ANUGERAH TUHAN".


Jijah oh jijah kenapa tak datang lama pak sheik dok tunggu.Apalah dok mai Sarawak kempen yang mempertahankan ANUgerah tuhan yang memang sah itu anuar ibrahim,Karpal Sing pernah berkata "anuar ibrahim perlu bertaubat".Matkilau Penang malas nak ulas lagi Hampa tengok la sendiri.
  

Feekah Hussein!!!!Sole-Sole Sarawak.


Almaklum siAntartu dah dah memang kertu dok buat sempoi macam pentadbiran Kerajaan Selangor tue hebat sangat,,,,,,,,nie mamu penang nak cita toksah dok mai pembohong kat mamu orang penang tau,mamu lebih tau dari hang apa jadi kat penang Ketua Menteri rm100 dok putaq kami melayu sampai nak berniaga pun susah "ada hang kisah"lepas tue dok kata Musibat tue banguih pasal apa.Awat hang teringin nak jadi bini no2 dia kot,suruh dia potong dulu jangan tak potong ANUgerah dia.Nie nak mamu nak habaq jangan dok dalam bakul angkat sendiri huduh bebenor kata usup sole-soleeee.Mai sini hang kita tengok apa yang Andartu nie dok buat sempoi rolll viteeee 1,2, 3 

Hang pandai pasal edah Nak tanya dah kahwin belum atau jeles kat Taib Mahmud.

Saturday, April 9

PANAS MB KELANTAN NIK AZIZ MASUK UMNO.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) menurunkan tandatangan berelektronik sebagai simbolik merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kanan), Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John


PEKAN, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan simbol 1Malaysia kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (tiga, kiri) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) semasa mencuba keselesaan motosikal modenas terbaru yang dipamerkan selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan di sini hari ini.

18SX PANAS VIDEO SEX KJ TELAH TERSEBAR.

Biar betul nie punggah lepas dedahan ANUgerah tuhan KJ pulak dah kena habislah kerjaya Ketua Pemuda Umno nie lepas nie bolehlah mendiamkan diri. 

Dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Khairy ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan dirinya. 

"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang.



"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah One Malaysia ''JOM KEDAH'' di sini hari ini.


 Beliau mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam sebuah harian berbahasa Melayu hari ini, berhubung dakwaan kononnya wujud video seks melibatkan beliau (Khairy)


SETERUSNYA BACA DISINI

PANAS MEMBARA..!!! Milik siapakah "baby dan mama baby" ini...???



Gambar yang penulis pamerkan di atas tentunya akan meresahkan "seseorang". Comel sungguh "baby" itu ya? Milik siapakah "baby" tersebut? Mirip siapa "baby" itu? Dan "mama baby" itu pun comel juga. Jika tidak comel, manakan mampu membuatkan "lelaki N" tergila-gilakannya...

Benarkah "mama baby" dan "baby" tersebut merupakan sebuah amanah dan tanggungjawab bagi seorang individu yang mengaku dirinya seorang "ustaz yang warak", "suami yang setia", "bapa yang penyayang" dan "sangat tinggi moralnya"?

Menurut khabar, suami dan bapa kepada "baby comel" dan "mama comel" tersebut kini berjawatan besar di dalam AMK Sarawak. Malah "daddy" kepada "baby" ini telah dicalonkan pula sebagai calon PKR pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini. Benarkah? Ada sesiapa boleh sahkan perkara ini? Penulis hanya bertanya saja....

Penulis kurang arif tentang siapakah gerangan "lovely husband" dan "daddy" kepada "mama" dan "baby" ini. Mungkin "Kak Mah" boleh beritahu penulis siapakah gerangan "lelaki N" itu? Siapa pula "Kak Mah" ini?

Janji Roket Naik Kebulan Hingga Mata JIN Terbeliak.



'Jom ubah Sarawak' yang diuar-uarkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa perubahan itu mampu menjanjikan kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, pembangkang boleh menjanjikan 'bulan dan matahari' tetapi rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai, malah dipenuhi pembohongan.

Sedangkan, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat.

Sebaliknya, perkataan terkini yang digunakan kerajaan adalah transformasi yang membuktikan banyak pencapaian dari segi kemakmuran dan kestabilan dikecapi rakyat masa ini.

"Kita jangan terpedaya dan mesti berhati-hati bila mana kita menghadapi pilihan raya, kita mesti tahu akan hak kita. Yang mustahaknya, kita mesti tahu siapa mereka (pembangkang).

(Lim) Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana... nak berniaga pun susah. Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, 
Bidayuh dan semuanya," kata beliau.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, banyak contoh yang dijanjikan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 tidak pernah pun ditunaikan mereka.

Antaranya, janji untuk memberi wang sebanyak RM1,000 kepada anak yang masuk universiti, cuti 90 hari bersalin bergaji, manakala suami yang juga kakitangan kerajaan negeri akan diberi cuti selama 14 hari serta bantuan RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Tapi semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong!. Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah.

"Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

DAP Musibat!!!Gambar Calon BN diBaling Cat Merah.(up-date)


Kempen pilihan raya sepatutnya digunakan untuk mengetengahkan kelebihan atau kekuatan calon dan parti masing-masing. "Inilah masa mereka untuk tunjuk kelebihan mereka berbanding lawan. Bukannya untuk menghina atau merendah-rendahkan lawan. "Kempen sepatutnya dijalankan secara bersih,"akan tetapi DAP mengunakan cara yang agak berbeza seperti kelaziman adakah dengan cara begini akan menambah pengundi atau menunjukkan kekuatan.Umpama anjing yang tersepit dan apabila sudah menang pasti tidak memenuhi janji   
yang dibuat ketika berkempen seperti apa yang mereka lakukan kepada rakyat Pulau Pinang. 

Kenapa banner DAP tidak dirosakkan?Adakah ini taktik murahan akan menyatakan ini adalah kerja jahat Barisan Nasional supaya akan ada undi simpati terhadap DAP.MKP pasti cat ini dibaling pada petang tadi sebelum ceramah pada sebelah malam selalunya itu adalah laluan utama kami pergi dan balik kerana tengahari tadi banner tersebut masih elok. 




SPR tolong tengok betul betul banner tersebut atau ambil tindakkan terhadap calon yang mengutuk Ketua Menteri serta isteri,Jangan asyik dok buat sidang media yang berat sebelah.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive