Sunday, May 1

Tujuh NGO buat laporan polis berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As


Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. 

Tujuh NGO itu ialah Kelab Belia Generasi Prihatin, Sahabat Laut Malaysia (Selam), Gerakan Belia 4B Terengganu, Kelab Permotoran Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Pendekar Marang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Alumni 4B Terengganu.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Selam, Ismail Awang yang mewakili kesemua NGO di ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 2 petang tadi.
Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata, dalam laporan itu, semua NGO berkenaan menentang sekeras-kerasnya tindakan biadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta PAS yang didakwa membawa masuk orang bukan Islam dan mencemarkan kesucian masjid. 

Beliau berkata, tindakan itu dilihat sebagai langkah terdesak pihak tidak bertanggungjawab dengan menjadikan masjid sebagai tempat baru berdemontrasi selain menunjukkan sikap tidak profesional kerana menggunakan rumah Allah untuk berpolitik. 

"Tujuan kami membuat laporan ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi bertindak demi menjaga kesucian agama Islam serta maruah umat Islam yang telah diaibkan dengan kejadian itu," katanya. 

Ismail berkata, polis diminta menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang terlibat demi menjaga kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara. 
Jumaat lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As bagi membuktikan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari China. 

Sambil memegang kitab suci al-Quran, Shazryl Eskay menyempurnakan lafaz laknat kira-kira jam 4.25 petang walaupun sebelum itu ada usaha menghalang acara itu diadakan. 

Turut sama dua lagi trio Datuk T, iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

DAP Parti Ultra Kiasu.





PARTI ultra kiasu menjadi semakin bongkak selepas memenangi beberapa kerusi tambahan di Sarawak. Kemenangan mereka turut diraikan oleh akhbar-akhbar perkauman yang pro-ultra kiasu. Cara pemberitaannya tidak banyak bezanya dengan kenyataan ultra kiasu



Kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kidurong yang mengandungi 27,225 pengundi, mewakili 46.2% Iban, 38.1% Cina, 15.2% Melayu dan lain-lain 1%, dijaja ke sana ke mari sebagai contoh. Majoriti 6,930 yang diperolehi didakwa hasil undian semua kaum. Sedangkan kita tahu, ia adalah undi solid orang Cina dan undi protes Iban dan Melanau terhadap 'Pek Mo' (dalam bahasa Hokkien disebut sebagai rambut/bulu putih) dan Barisan Nasional.


Sama juga seperti sebuah artikel terbitan Utusan Malaysia yang terus menerus dimanipulasikan oleh media dan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO.


Pemimpin ultra kiasu Selangor bertaraf ini mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk bertindak tegas terhadap akhbar tersebut dan penulisannya dengan kadar segera, bukannya setakat mengatakan itu adalah pandangan peribadi penulis. Sikit-sikit apa juga yang bertentangan dengan mereka, maka gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai hujah. Fahamkah ultra kiasu ini apakah gagasan 1Malaysia sebenarnya?


Perkara pertama yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Bandar Cina yang mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Alasannya amat dangkal, untuk menarik pelabur-pelabur Cina. Seolah-olah dalam dunia ini hanya ada orang Cina, bangsa lain tidak wujud. Terang-terang kenyataan bercanggah dengan perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Tidak ada sesiapapun termasuk akhbar Utusan Malaysia mengutuk kenyataan tersebut dan meminta beliau meminta maaf. Saya hanya terbaca dalam akhbar Harakah. Saya minta akhbar Utusan Malaysia korek balik kenyataan ini. Kita lihat reaksi parti ultra kiasu dan akhbar perkauman ini.



Bermaharajalela


Nasib baik mereka tidak memerintah Malaysia, hanya berjaya di Pulau Pinang dan 'Selangor' sahaja. Kebetulan negeri tersebut adalah Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu, kuasa kerajaan pusat masih ada. Jika tidak, lagi bermaharajalah ultra kiasu ini dan sudah pasti 1Cina menjadi realiti. Sebenarnya, ia telah pun wujud, kita sahaja yang masih buta atau sengaja membutakan. Misalnya, Universiti Merdeka (IPTS) yang diperjuangkan oleh ultra kiasu selama ini telah wujud sekian lama, berselindung di bawah nama yang berbeza. Bahasa Melayu tidak langsung digunakan, kenapa masih boleh beroperasi? Jangan pergi jauh, singgahlah ke Kajang untuk melihatnya.


Kenapa tiba-tiba tulisan itu sengaja diperbesar-besarkan? Walhal, belum ada lagi modus operandinya. Ia hanya pendapat seorang penulis sahaja, bukan melambangkan pendapat keseluruhan akhbar tersebut mahupun UMNO. Sudah dua minggu berlalu, isu ini terus hangat dan diperbesarkan. Mereka terus menuding jari menyalahkan Perdana Menteri dan UMNO, mungkin selepas ini saya.


Orang kuat MCA pula mengajak rakyat Malaysia memboikot akhbar Utusan Malaysia. Saya hanya tersenyum sendirian. Akhbar Utusan pun tidak perlu bimbang. Saya yakin selama ini pun mereka tidak pernah membaca Utusan. Kalau mereka baca pun, hanya untuk mensensasikan isu. Pilihan mereka hanya berminat membaca berita-berita akhbar pro-ultra kiasu sahaja.


Saya ingin bertanya, tidak cukupkah lagi dengan China Town, sekolah perkauman, universiti perkauman, kegiatan perkauman dan banyak lagi yang bersifat perkauman yang telah diluluskan oleh kerajaan selama ini? Soalan khas kepada ultra kiasu ini dan juga ultra kiasu yang lain, adakah mendesak kerajaan mengiktiraf sekolah vernakular dan membantu sepenuhnya, setanding dan setaraf dengan sekolah kebangsaan tidak menggambarkan tindakan 1Cina? Kerajaan telah pun memenuhi tuntutan tersebut. Yang peliknya, pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut tidak dibenarkan kerajaan campur tangan langsung? Ini termasuk kurikulum, tanah, bangunan dan sebagainya. Adakah tindakan ini tidak melambang atau tidak sama dengan 1Melayu 1Bumi?


Saya tidak nampak akhbar dan kumpulan ultra kiasu ini membincangkan dengan serius masalah kajian terbaharu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) tahun lalu, membabitkan pelajar-pelajar Cina di 159 sekolah-sekolah Cina seluruh negara. Kajian mendapati ramai pelajar dari sekolah terbabit tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kebangsaan dan menjadi dewasa.
Kajian tersebut membuktikan, sejumlah 98 peratus bergaul dengan kawan-kawan Cina dan hanya bercakap dalam bahasa Cina setiap hari. Kehidupan mereka hanya melihat satu bangsa. Bermakna, sosialisasi kita hampir 100 peratus perkauman. Penggunaan bahasa Melayu hampir sifar.


Semua sedia maklum bahawa bahasa ibunda adalah bahasa rasmi sekolah vernakular dan diajar dan bertutur hampir 24 jam, jika tidak tidur. Manakala bahasa kebangsaan hanya diajar lebih kurang 3 kali seminggu dalam jangka masa 40 minit setiap waktu. Dengan makna, bahasa kebangsaan ini hanya 'digunakan' 2 jam untuk 5 hari persekolahan daripada 120 jam yang ada. Jika dicampur hari cuti Sabtu dan Ahad, bermakna bahasa kebangsaan hanya digunakan tidak sampai satu peratus seminggu dari 168 jam. Adakah ini wajar bahasa Melayu 'dilayan' sedemikian rupa dalam sebuah negara yang mendaulatkannya (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan)?

OMEGAKONA:Pas Berpaling Tadah.

VIDEO SEKS ANWAR yang sebelum ini hanya ditayangkan oleh wartawan dan golongan2 tertentu sahaja di Carcosa Seri Negara kini bukan sahaja dipaparkan dalam blog2 politik, kini orang ramai dikatakan telah mendapatkannya dalam bentuk VCD. Ianya telah mula dijual dan d iedar sekitar Lembah Klang dan Selangor. Apa yang lebih mengejutkan, orang ramai dikatakan berpusu2 untuk mendapat Video terbabit.

Masing2 yang tidak sempat melayari blog2 pollitik menggunakan peluang yang ada untuk membeli VCD itu. Sehinggakan ada yang sanggup membayar ratusan ringgit semata2 ingin melihat sendiri lelaki sebenar yang dikatakan Ketua Pembangkang Malaysia. Namun, apa yang lebih memeranjatkan beberapa wartawan sebuah Akhbar Politik Pembangkang memberi maklumat bahawa terdapat beberapa Pemimpin kanan PAS peringkat Kawasan turut terlibat dalam mengedar VCD tersebut.

Mereka dikatakan telah mendapat arahan dari seorang Pemimpin PAS Pusat agar mengedarkan ke beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ini merupakan salah 1 strategi sulit yang dilakukan sebarang permulaan protes terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dan puak2 beliau di dalam PAS.

Kelmarin, Datuk Eskay yang merupakan individu yang mengeluarkan Video Seks Anwar telah mengotakan janji beliau bersumpah mengatakan bahawa Individu yang melakukan zina di dalam Video itu bernama Anwar Ibrahim. Namun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menyahut seruan Datuk Eskay untuk turut serta mengangkat Sumpah Laknat pada hari yang sama. Anwar mendakwa hanya mereka yang bebas dari perbuatan zina dan arak sahaja layak melakukan pengakuan sedemikian.

Anwar sendiri mengaku hanya mereka yang bebas dari perbuatan 'zina' dan arak sahaja layak melakukan sumpah laknat.

Agak agak nak sumpah tak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

OMEGAKANTOI:Trio Datuk T tidak gentar

Rahim Tamby Chik menunjukkan kertas yang disebarkan kepada orang ramai pada sidang akhbar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.


Meskipun dicemuh, dihina dan diugut oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dan selepas Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat semalam, namun trio Datuk T menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan segala bentuk tekanan tersebut.
Sebaliknya, bagi trio berkenaan iaitu Shazryl Eskay sendiri, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, apa yang berlaku membuatkan mereka bersemangat untuk terus menegakkan kebenaran.
Mengecam tindakan provokasi dan huru-hara yang dicetuskan segelintir penyokong PKR sewaktu sumpah laknat Shazryl Eskay di ruang solat Masjid Amru Al-As di sini semalam, trio itu melontarkan persoalan kepada pihak terlibat mengapa perlu takut dengan tindakan mereka.
Menurut Shazryl Eskay, apa yang dilakukan penyokong parti berkenaan di masjid itu cukup memalukan.
"Saya sedih kerana kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku. Kami pergi dengan niat baik dan telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa masjid untuk melakukan sumpah laknat.
"Kami bukan cabar dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami ajak dia bersumpah laknat bersama. Selepas Anwar tidak hadir, orang lain janganlah kacau. Kami ke masjid bukan untuk bergaduh.
"Tak patutlah berlaku. Selain Islam, kita sebagai orang Melayu, ada adat dan budaya hormat-menghormati. Amalan gangster janganlah ditunjukkan dalam masjid," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Anwar yang juga Penasihat PKR merupakan pelaku dalam rakaman video aksi seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.
Shazryl Eskay berkata, sebelum melangkah masuk ke ruang solat masjid berkenaan untuk melakukan sumpah laknat, Allah memberi sumber kekuatan biarpun tahu beliau dan dua lagi rakannya akan 'dihimpit' dengan segala cemuhan dan tentangan.
"Sebelum pergi, kami ada terima panggilan supaya membatalkan hasrat (bersumpah) kerana berlaku kekecohan. Tetapi kami nekad dan tetap pergi. Kami tidak gentar dengan Anwar dan sesiapa sahaja yang cuba menghalang," tegas beliau.
Mengenai ugutan yang diterima, Shazryl Eskay berkata: "Ia tidak perlu dilayan. Saya tidak mahu sebut apa bentuk ugutan tersebut. Apa pun yang berlaku, ini adalah perjuangan kami dalam menegakkan kebenaran."
Sementara itu, Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Bangi turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan provokasi yang dilakukan penyokong Anwar di masjid tersebut.
Tindakan sedemikian katanya, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan parti berkenaan terlalu menumpu kepada melahirkan penyokong yang fanatik, taksub dan tidak boleh menerima hakikat.
"Kenapa usaha menegakkan kebenaran ditakuti? Sepatutnya usaha itu dipermudah dan tidak ditentang. Saya malu kerana masjid dijadikan 'sarkas politik' oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tindakan terbabit perlu dikecam.
"Kepada Pas, saya mengalu-alukan tindakan mereka untuk membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai," katanya.
Abdul Rahim berkata, laporan polis telah dibuat selepas menerima ugutan pihak tidak dikenali yang mengancam untuk mencederakannya dan ahli keluarganya beberapa minggu lalu.

Pas Patut Minta Cerai Kat DAP

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
“Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.
Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
“Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.
Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
“Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.

Saturday, April 30

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.
“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.
Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.
“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.
“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.
Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.
“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.
Matkilau Kata;kalau PKR berani sahutlah cabaran.

Friday, April 29

Nurul Izzah Kata Bukan Papa… Kak Wan Kata Papa Kot…


Nurul Izzah Anwar – Naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks, sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini bukan bapanya.
Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri  teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu.

Tapi walau apa pun kata Nurul Izzah, hanya Dr Wan Azizah tahu siapa lelaki dalam video seks itu, siapa lelaki dalam video itu sama ada suami beliau atau tidak.

Akhirnya Eskay Lafaz Sumpah Laknat.

Trio Dato T yang menggemparkan dunia politik Malaysia dengan pendedahan video seks yang dikatakan melibatkan aksi ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul pada jam 4.15 petang tadi.
Walaupun pada awalnya tindakan Trio Dato T ini dihalang keras oleh sekumpulan pemuda yang terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Trio Dato T bertegas tetap ingin melakukan sumpah laknat di masjid tersebut atas nama kebenaran. Upacara sumpah laknat dimulakan Eskay dengan lafaz dua kalimah syahadah dengan memegang senaskah Al-Quran.
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
“Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.
“Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku”
Eskay yang ditemani oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik serta bekas Bendahari Perkasa Dato Shuib Lazim memasuki masjid dengan lengkap berpakaian jaket kalis peluru serta diiringi beberapa individu yang dipercayai pengawal peribadi mereka.

OMEGAPORNO:PANAS VIDEO PENUH AKSI ANUAR.

Video ANUgerah Porno boleh ditonton diseluruh dunia.sesiapa yang teringin nak tengok boleh tonton.untuk makluman ini adalah aksi 18sx




HABISLAH HANG ANUAR MUNGKIN SELEPAS INI BOLEHLAH BERSARA DARI POLITIK DAN MELARIKAN DIRI KEMANA SAJA,TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG BAKAL MENGEMPARKAN DUNIA MAYA.

Thursday, April 28

OMEGAPORNO:ANUar Salahkan Polis,PM,Media,UMNO.



Apabila hanya bertanya siapa didalam video tersebut?Kenapa nak melenting dan menyalahkan semua seteru dalam politik dan membuat penafian.salahkah wartawan hanya melaporkan apa jua kebenaran kepada umum berdasarkan fakta dan bukti.Rakyat kenal siapa pelakon video terbabit dan biarlah rakyat menentukan.Berikut kenyataam ANUar:


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis terlibat 'memberi perlindungan' kepada penyebar video lucah yang mengaitkan dirinya.


"Mana ada dlm negara ini orang boleh terang-terangan sebar video tanpa sebarang tindakan kalau polis tak lindungi," katanya.



Selain polis, beliau juga mendakwa Umno turut terlibat di sebalik penyebaran video tersebut.
"Peras ugut saya dan Azizah meletak jawatan. Motif politik Umno itu jelas ada.
"Ternyata pemimpin Umno terdesak. Datuk Seri Najib harus menjawab kenapa jenayah dan pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini.
"Dan menggunakan beberapa orang termasuk Agendadaily, Utusan untuk menjadi perkakas murahan untuk menyebarkan jenayah yang begitu kotor dan jijik dan menghina orang dan maruah keluarga," ujarnya.
Pada masa sama beliau turut menyelar Utusan dan TV3 dan AgendaDaily yang dakwanya menjadi perkakas Umno BN menyuburkan fitnah.
Terdahulu, Anwar Ibrahim hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

PORNO ANUAR:Penafian Dan Laporan Polis.


Anuar Ibrahim telah membuat penafian serta talah membuat laporan polis sebentar tadi di ibu Pejabat polis Dang Wangi.Bersiap sedialah sesiapa yang membuat penyebaran di Internet pasti akan disiasat oleh polis dan SKMM


Pak Sheik apa lagi nak buat penafian dah terbukti dan nyata,sudah-sudahlah dok tembak kat orang,Rakyat Malaysia Kenal siapa dalam video tersebut.takut aku nak buat kenyataan banyak-banyak nanti kena rampas pulak lap-top nie.


semasa sidang akhbar Dang Wangi


KUALA LUMPUR 28 April – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau merupakan pelaku dalam rakaman video seks dan membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, sebentar tadi.


Satu laporan yang dibuat beliau berhubung penyebaran video seks di Internet manakala satu 
lagi berkaitan ugutan Datuk Syazryl Eskay Abdullah supaya beliau meletak jawatan. – Utusan


padijantan on livestream.com. Broadcast Live Free

OMEGA MAKALIHAMPUT:ANUAR SILA BUAT PENAFIAN.VIDEO ADA KAT SINI....


PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di Internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com
Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Youtube 'wakparjosudorno'.



padijantan on livestream.com. Broadcast Live Free
Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks. 
Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang tadi, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog www.papagomo.com.
Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.
Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera yang dipercayai tersembunyi.
Sebelum itu, sekitar pukul 11.30 pagi Selasa, poster yang memaparkan aksi dalam klip video yang sama ditampal di sebuah perhentian bas di Jalan Genting Klang di sini.
Poster tersebut dipaparkan dengan dibuat pembandingan antara pelaku dalam video seks dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di bahagian atas poster itu terdapat keterangan gambar bertulis “Tak perlu jadi pakar jika ingin buktikan sesuatu!”.
Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.
Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.
Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.
Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'.

PANAS:VIDEO ANUAR PART ll,Tengok Kat Sini.

walaupun telah telah dikeluarkan oleh You Tube akan tetapi kita masih lagi boleh tengok disini kepada sesiapa yang belum tengok atau belum puas mari kita bongkarkan  DISINI,Lepas nie pakat ramai-ramai tengok sapa yang nak buat penafian atau pembohongan yang paling aku kesian kat jijah serta kaum kluarganya.Woiii malu la itupun masih lagi nak buat penafian.

Wednesday, April 27

PANAS:VIDEO ANUAR PART 2.

PANAS video anuar part 2 dah keluaq apa nak kata lagi layan jeee

PANAS:Guan Eng Kena Pukul.


Guan Eng semakin besaq kepala dengan mempermainkan halal dan haram yang sepatutnya diterajui oleh pemimpin yang beragama islam ini sudah jadi satu isu yang patut dipandang berat oleh umat islam Pulau Pinang.Jika kita memberikan kuasa sebagai penasihat kepada orang bukan islam sudah pasti apa yang diputuskan menjadi was-was dan menimbulkan pertanyaan adakah mereka benar-benar faham tentang agama islam atau hanya untuk menjadi diktator.


Malik itik hanya diberi kuasa sebagai pengerusi akan tetapi semua keputusan dimuktamadkan oleh Ketua Menteri sendiri ini sudah pasti kerana semua telah menjadi pengajaran kepada apa yang berlaku dimasa yang lalu.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (Penang Development Corporation-PDC) dengan Aromacom Sdn. Bhd., Swiss Confiserie Sdn. Bhd., Attractive Ventures Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai D’nonce Biofoods Sdn. Bhd., Jeenhuat Foodstuffs Industries Sdn. Bhd. dan Everbest Soya Bean Products Sdn. Bhd. dengan jumlah pelaburan sebanyak RM345 juta yang merangkumi 31.09 ekar bagi Fasa I PIHP.

Semua yang tersenarai diatas adalah milik siapa?

Dalam ucapan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyatakan walaupun Pulau Pinang mempunyai logistik yang terhad tetapi hasil urustadbir CAT membolehkan Pulau Pinang mengendalikannya dengan sistematik dan berkesan. Malah Pulau Pinang turut mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 36.0% daripada keseluruhan jumlah pelaburan di Malaysia.

Dok tembak lagi,kuat pembohong dan kaki kencing Musibat nie.kenyataan  Datuk Mukhriz Mahathir KLIK DISINI

Tambah beliau lagi, seorang warga Pulau Pinang telah melakukan kerja enam warga Malaysia, dan semua ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang yakin bahawa urustadbir CAT dan keberkesanan kepimpinan telah melahirkan tenaga kerja yang mahir dan profesional.

Ketua Menteri mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak semua warga Pulau Pinang untuk berganding bahu menjayakan bukan sahaja pertumbuhan pesat ekonomi Pulau Pinang malah melibatkan semua aspek dalam melestarikan kehidupan harian warga Pulau Pinang.

Hadir sama di upacara tersebut, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi PIHH Development Sdn. Bhd. (Halal Penang), Abdul Malik Kassim ; Ahli Lembaga Pengarah Halal Penang, Koay Teng Hai dan Salleh Man ; Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar ; Penasihat Korporat kepada Pengerusi Halal Penang, Murali Ram selaku, wakil-wakil pelabur serta wakil-wakil dari PDC

Matkilau Penang kata eloklah tue dia pakat dok kencing depa nie pakat dok nganga bawah minum ayaq kencing dia.


  


Tuesday, April 26

DAP:Jangan Kita Ikut Rentak Mereka.


Sebuah akhbar sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.

PAS juga adalah didasarkan kepada orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu perkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.
Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa.

 Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada akhbar terbabit.

OMEGAPORNO:Kak Wan Kena Maki


Tindakan membela Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicerca dan dikeji menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tweeter daripada kenalan serta orang ramai. 

Presiden PKR itu mengakui menerima pelbagai bentuk cacian selepas dia bertindak mempertahankan suaminya dalam isu kontroversi rakaman video seks. 

Malah, katanya, ada di antara mereka turut melemparkan perkataan tidak sepatutnya, kononnya beliau mahu menegakkan benang basah. 

"Saya dapat SMS, kata saya muka tak malu. Mereka kata saya tak cakap benar, nak tutup aib Anwar. Saya memang tahu itu bukan Anwar. Saya bercakap perkara yang benar," katanya. 





Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mereka yang menghantar kata-kata kesat itu sengaja mahu melemahkan semangatnya agar mempercayai lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar. 

“Kenapa mereka perlu psikologi saya dengan mengatakan bermacam-macam agar saya percaya lelaki dalam video itu Anwar. Saya tidak mudah melatah,” katanya semasa berceramah di Taman Setia Bukti, Paroi, di sini malam kelmarin. 

Wan Azizah berkata, pada mulanya dia hampir percaya apabila kali pertama melihat lelaki dalam video seks tersebut mirip suaminya tetapi mengubah pendirian kerana terdapat banyak perbezaan. 

“Bila saya tengok video itu, saya terkejut lelaki dalam video itu wajahnya mirip Anwar. Tapi bila melihat perutnya, saya lagi terkejut dan yakin itu bukan Anwar,” katanya. 

Beliau percaya, isu liwat, video seks, dan pelbagai fitnah dilemparkan kepada Anwar hanya bertujuan untuk menjatuhkan dan menenggelamkan suaminya itu dari dunia politik.


MatKilau Penang Kata:eloklah kak wan semua orang dah tau pasal apa yang dok bela sangat,kalau nak jadi isteri mithali pun bukan ini caranya.

DAP:Cauvinis Bakal Disebarkan Pada PRU13.





"TIDAK salah MKP katakan terdapat kempen-kempen berunsur perkauman di seluruh bandar besar di Sarawak khususnya yang dimainkan oleh DAP.


Reaksi itu dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan ia cara kempen baru DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 tempoh hari. Dan tidak mustahil 'Sarawak, Jom Ubah' ini akan diperhebatkan oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.



Masalah yang membelenggu SPR ketika ini ialah hampir sebahagian besar sepanduk dan poster yang berunsur perkauman itu - sama ada berupa sindiran, fitnah dan dakyah - bertulisan Cina.


"Sepanduk-sepanduk sebegitu lebih condong kepada pelanggaran Seksyen 4 Akta Pilihan Raya. Tapi ia terlalu banyak di Miri menyebabkan pegawai SPR dan polis tidak boleh berbuat apa-apa... hendak diturunkan terlalu banyak pula. Sama ada soal nak turun atau tidak, mesej yang dibawa oleh sepanduk itu memang boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian sesiapa pun,"  


menarik perhatian daripada laporan akhbar memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai ungkapan api perkauman 
daripada mulut calon DAP Pending, Violet Yong Wui Wui


"Kalau DAP meniru daripada apa yang mereka lakukan di Sarawak pada pilihan raya umum nanti, tidak mustahil api perkauman akan merebak,"


 jika 'dibaca' dua kali lebih terarah kepada gesaan supaya disingkirkan etnik tertentu daripada memegang tampuk kerusi Ketua Menteri.



"MCA berkata jika mereka kalah pada pilihan raya nanti, parti itu akan keluar BN, adakah ini satu kenyataan yang jujur.
"Kalau ketiga-tiga parti ini benar-benar mahu membantu BN, mereka kenalah bersungguh-sungguh memancing sokongan masyarakat Cina, ia harus dilakukan dengan ikhlas," 



MCA, Gerakan dan SUPP bersatu hati membantu pucuk kepimpinan BN menjelaskan betapa pentingnya trend dan pola pengundian berteraskan 1Malaysia diterjemahkan pada pilihan raya umum, tidak mustahil kerusi-kerusi Cina yang dianggap kini 'terlalu berisiko' boleh diselamatkan.


Yang pasti, DAP akan terus menggunakan apa sahaja taktik dan 'kaedah' dalam misi 'matlamat menghalalkan cara'.


Pada kempen pilihan raya Sarawak tempoh hari, bukan sahaja Abdul Taib diterbalikkan imejnya, malah SUPP turut menjadi 'lebai malang' apabila dilabelkan sebagai orang utan dalam ceramah kempen parti itu. Ini bukan kali pertama DAP menyamakan orang lain dengan binatang.



Pada 9 November tahun lalu, R.S.N. Rayer (DUN DAP Seri Delima) mengeluarkan ungkapan: "Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut,".


Demonstrasi diadakan oleh penduduk Balik Pulau pada 2 November berikutan tindakan DAP Pulau Pinang mahu merampas tanah rakyat seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting untuk mendirikan sebuah universiti swasta. Di Sarawak, SUPP lah mangsa DAP.


Pilihan Raya Negeri Sarawak menyerlahkan kebiadapan DAP.

DAP:Jangan Bangunkan Harimau Yang Tidoq.


Semalam rakan-rakan seperjuangan Telah Menyerahkan Akhbar Utusan Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Soladarity Pd Akhbar Utusan Malaysia Ke Pejabat DAP Di Hotel Wenworth Jalan Pasar.

Ini Adalah Kali Pertama Pejabat DAP Telah DiDesak Oleh Anak-anak  Melayu Demi Mendesak DAP Untuk Menghormati Perasaan Orang-orang  Melayu Dalam Apa Jua kenyataan Yang Keluarkan Oleh Pihak DAP.


Rakan-rakan  Menyatakan Kepada Pihak DAP, Jangan Ingat Orang Melayu Diam Tidak Akan Bangkit Jika Kerap Dicabar. Ingatan Kepada DAP Oleh Kami " Jangan Di Gerakkan Harimau Yang Sedang Tidur, Buruk Kesannya Nanti, Juga Untuk Membuka Mata Bahawa Orang Melayu Tidak Gentar Dgn Mainan Politik DAP. Kami Juga Ingin Mengajar Pemimpin2 DAP Dan Penyokong2 DAP Yg Kurang Bijak ( Bodoh ) Dalam Penilaian Terhadap Akhbar Utusan Malaysia Utk Baca Dan Pahami Penulisan Dlm Akhbar Tersebut. Jgn Terus Main Persepsi Perkauman Sahaja Oleh Pihak DAP


Matkilau Penang:Menyarankan Pemuda UMNO dan NGO Melayu Pulau Pinang pakat sama-sama menyerahkan Akhbar Utusan Malaysia Kepada Guan Eng tengok apa dia nak kata.

Monday, April 25

PANAS DAP PATUT BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI.





DAPig patut berbangga dengan apa yang dicapai menjadikan Pulau Pinang sebagai sarang perjudian dan maksiat terkenal rantau ini.Dok sembang kata depa nie sebagai khalifah dan mentadbir berdasarkan khalifah Umar abd. Aziz pirah mabuk jangan dok banyak tembak macam meriam padang kota.Pasti selepas ini menjadikan pihak berkuasa sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri.


YB Malik itik patut jawap pasal ini jangan dok diam dan membisu apa dah jadi baru 3tahun memerintah kalau 30 tahun hancur Pulau-Pinang.Jangan jadi barua dok ikut cakap Guan Eng hangguk-geleng sama. 


Aktiviti judi didapati semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang apabila kian banyak tangkapan dilakukan, terbaru polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola haram membabitkan taruhan sehingga jutaan ringgit.


Sindiket yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jelutong itu tumpas setelah polis berjaya menahan tujuh lelaki dan dua wanita ketika mereka leka mengambil pertaruhan dalam talian.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan awal pagi semalam, polis merampas tiga buah komputer riba, kerusi serta meja ala kasino.


Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.



Bermodalkan komputer riba dan talian Internet di sebuah pangsapuri sebagai pusat operasi judi bola haram, satu sindiket di Jelutong di sini mampu memperoleh nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit sehari.



Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive