gaza

Tuesday, May 10

Konflik antara agama: DAP menangguk di air yang keruh

1. Kenyataan beberapa jurublog bahawa wujud konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh Kristian untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian merupakan satu yang berat dan serius.

2. Dakwaan tersebut boleh mencetuskan kebencian terbuka antara agama dan kaum. Sebagai orang Islam, saya tidak dapat menerima sebarang usaha menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Saya percaya 99% orang Islam lain juga tidak akan bersetuju.

3. Dalam pada itu, saya juga merasakan amat mustahil sekumpulan Paderi Kristian yang berwibawa di negara ini sanggup berbuat tindakan sedemikian dan mencemarkan keharmonian negara ini dan juga membelakangkan Perlembagaan Negara.

4. Kebanyakan rakan-rakan saya yang beragama Kristian juga tidak mengambil peduli apa agama rasmi negara ini kerana mereka beranggapan agama sebagai cara hidup peribadi. Mereka juga menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Apa yang mereka mahukan ialah kerajaan tidak cuba memaksa mereka menjalani gaya hidup muslim.

Mengapa CFM Mengadakan Sidang Akhbar Bersama DAP?

5. Namun apabila sesuatu itu membabitkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) maka tidak ada apa pun yang mustahil. Ini kerana DAP sentiasa mengaut keuntungan politik dengan mencetuskan konflik antara kaum atau antara agama seperti mana mereka lakukan pada 1969. Saya percaya dalam isu Hindraf yang hampir menyembabkan konflik agama Islam- Hindu (kaum Melayu - kaum India) menjelang pilihan raya 2008 juga mempunyai tangan-tangan DAP di belakangnya.

6. Jika diingat konflik Kristian - Islam ini juga cuba dicetuskan oleh sebuah parti politik pada tahun 2000 apabila mereka mendakwa seorang wakil rakyat BN beragama Kristian bertanggungjawab mengkristiankan ramai gadis Islam di selatan Kedah. Namun siasatan kemudiannya mendapati terbukti tidak benar.

7. Hari ini parti lain dari Pakatan yang sama cuba mencetuskan konflik Islam - Kristian dengan mengapi-apikan kononnya UMNO cuba mencetuskan kemarahan orang Islam terhadap penganut Kristian melalui Utusan Malaysia.

8. Sungguhpun saya percaya kemungkinan besar apa yang didakwa oleh jurublog-jurublog terbabit terbabit tidak benar namun tindakan Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia - CFM) mengadakan sidang akhbar bersama DAP sangat mencurigakan orang Melayu dan Islam.

9. Orang Melayu tertanya-tanya CFM boleh sahaja memanggil mereka yang terbabit dalam persidangan yang didakwa dan menafikannya. Saya percaya Utusan Malaysia bersedia menyiarkan di muka hadapan akhbar mereka juga.

10. Alangkah baik dan manisnya jika CFM mengadakan sidang akhbar bersendirian dan menafikan dakwaan jurublog-jurublog terbabit. Bukankah CFM sepatutnya kekal menjadi penaung kepada penganut Kristian tanpa kecenderungan politik kepartian?

Mengapa Utusan Dikambinghitamkan?

11. Saya juga tertanya-tanya mengapa Utusan Malaysia dijadikan bahan hentaman sedangkan akhbar tersebut hanya melaporkan sesuatu yang dianggap nilai berita. Utusan tentulah berani menyiarkan dakwaan yang serius ini kerana ia datang dari blog yang dikenali identiti pemiliknya. Utusan hanyalah penyampai berita. Malahan tindakan Utusan menyiarkan penafian YB Jeff Ooi menunjukkan mereka mengamalkan pemberitaan yang seimbang.

12. Jika dilihat terjemahan akhbar-akhbar bukan berbahasa Melayu, lebih banyak kenyataan menghasut, berbohong dan memfitnah terhadap pemimpin bukan dari kaum mereka dibuat. Malahan dalam sesetengah akhbar, terdapat hasutan membenci pemimpin Melayu, menuduh rasis dan sebagainya tersiar dengan sewenang-wenangnya tanpa disiarkan kenyataan balas pun.

13. Pemimpin politik dan Menteri yang mengkritik Utusan harus menyatakan apakah kerana Utusan Malaysia akhbar Melayu maka ia harus menjalani ukuran kewartawanan yang lain berbanding akhbar bukan berbahasa Melayu dan portal-portal berita anti-UMNO?


MAK LAMPIR MEROYAN TERDESAK SALAHKAN KDN DAN UMNO


Mak Lampir PKR Selangor meroyan dan hilang akai dah dek penahan asmara video anugerah tuhan, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Apakah bukti yang menyatakan dakwaan tuduhan tersebut tidak dinyatakan kat mana,di mana,gambaq ka apa ka tak ada semua nak cover lubang kunyit anwar je dengan mengeluarkan isu ini.
Jelas, katanya taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak.
Takkan mamat dan minah bangla,vietnam dan lain-lain ornag tak boleh perasan bukak mulut pun orang kenal ni pulak cara meraka berpakaian haaaaaaa lawak bodo piang. 
“Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang,”
Malah, beliau juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan Najib.
Katanya, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi.
Terbukti Barisan Nasional menang ari tu masa PRK Hulu Selangor dengan undi pendatang asing.Puak nie memang buta perut dan buta hati.
Tambahnya, taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.
Gagal sampai anwuar dah hampir gila dan lari balik awal dah tau kalah PRN sarawak tempoh hari.adakah mak lampir akan menyanyi lagu nyenjit-nyijet semut lepas nie 
nyeit-nyiet semut sapa sakit naik atas,last sekali cerita baru dapat tau yang mak limah nie meroyan kusangakan hantu.heeeeeee


ANWAR VS AMOI:SUDAH HILANG AKAI.


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata kesat dalam ceramahnya di Klang baru-baru menunjukkan ketua pembangkang itu semakin hilang pedoman akibat tekanan yang dihadapinya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan mencerca Perdana Menteri dengan perkataan yang tidak elok adalah perbuatan terkutuk dan amat melampau.

Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya berbuat demikian walaupun itu adalah taktik terbarunya untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu video seks yang sedang dihadapinya sekarang.

“Anwar cuba menutup kedayusan diri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Orang seumpama ini sanggup melakukan apa sahaja kerana padanya tiada apa yang rugi, nak cakap apa, nak kata apa, nak maki siapa, Anwar tidak akan rasa bersalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa Anwar mencerca Najib dalam bahasa Tamil.




Menurut Ibrahim, jika benar dakwaan dalam laman blog itu, ternyata Anwar telah hilang martabat, maruah diri dan lebih rendah daripada penjual ubat kaki lima.

“Nilai Islam dan budaya bangsa Melayu telah dipijak Anwar apabila menggelar Najib dengan kata-kata kesat di hadapan masyarakat bukan Islam,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendesak Anwar menarik balik kenyataan kerana disifatkan sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

“Ini menunjukkan kerendahan kedudukan Anwar yang kini tertekan dengan masalah peribadi dan perbalahan kalangan pembangkang,” katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, pihaknya mengesyaki Anwar mengalami penyakit ‘sindrom post menstrual (PMS)’ yang didakwa akibat simptom daripada kes liwat, jam Omega, sumpah laknat dan video seks sebelum ini.

“Adalah menyedihkan jika pembangkang masih berpaut kepada orang yang diserang penyakit PMS ini. Pas dan DAP wajar berfikir secara serius tanggungjawab mereka dan bukannya PKR yang terlondeh dengan isu-isu moral dan merugikan demokrasi negara ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menghina Najib dalam bahasa Tamil ketika berceramah di Klang kelmarin. 

Menurut Anwar, beliau hanya sebut beberapa perkataan yang mengaitkan politik lucah, rasuah dan zalim. 

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan menerusi twitter selepas timbul dakwaan beliau melabel Perdana Menteri dengan kata-kata yang sangat menghina dalam bahasa Tamil.

“Tidak, saya sebut siapa yang anjur politik lucah, rasuah, zalim..,” katanya ketika dipetik dari laman twitternya semalam.

AMOI ANWAR:SEMAKIN TERDESAK





UMNO tidak akan menuntut permohonan maaf dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan  tindakannya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “anak babi”,



Tindakan menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu adalah sesuatu yang sia-sia.
Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” Tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.
Sambil menggambarkan sikap politik tidak matang Ketua Pembangkang itu, Anwar yang suka menggunakan gelaran tertentu kepada musuh politiknya bagi menyembunyikan kelemahan sendiri.
Anwar suka cakap bukan-bukan, tolong jadi orang yang lebih matang.kecewa dengan kenyataan sedemikian, jangan bagi gelaran yang bukan-bukan kepada orang,
Sebelum kita panggil orang dengan gelaran tertentu, kita kena tengok diri kita dulu baik atau tidak baik. Masalahnya dengan Anwar, beliau tak tengok dirinya dalam cermin, sebab itu tak sedar diri.

Monday, May 9

VIDEO PANAS:KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG


LIDAH BEWAK GUAN ENG PASTI AKAN MENGINGATI HARI PALING PAHIT DALAM HIDUPNYA,MANKAN TIDAK DAHLAH KENA HAMPUT LEPAS TUA LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG.INI LAH YANG DINANTIKAN OLEH PEMUDA KEBANGKITAN TELAH BERMULA AYUH HANGATKAN LAGI SUASANA INI PASTI LIDAH BEWAK TIDAK AKAN LENA TIDOQNYA.MAT KILAU PENANG BERBANGGA DENGAN KEBERANIAN YANG YANG DITUNJUKKAN OLEH KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG SAUDARA SHAIK HUSSAIN,PASTINYA TUJUAN DAN MATLAMAT UNTUK MENAWAN PULAU PINANG PASTI AKAN MENJADI KENYATAAN JIKA SEMUA KETUA PEMUDA BAHAGIAN MEMPUNYAI SEMANGAT JUANG SEPERTI SAUDARA SHAIK HUSSIAN.TAHINIAH MATKILAU PENANG TABIK SPRING LAAH.

Tolak Pemimpin Yang Diragui



Pada zaman sekarang, jika tidak mustahil, amatlah sukar untuk menemui seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian seperti Rasulullah SAW sebagaimana Umar Abdul Aziz. Dan barangkali kita juga tidak akan menjumpai lagi orang yang menolak jawatan tinggi. Yang sanggup melobi, menipu dan merasuah supaya diberikan jawatan adalah lebih ramai.

Maka kita tidak boleh terlalu idealistik dalam urusan memilih pemimpin. Memadai kita meneliti dan menilai secara realistik dan pragmatik sahaja.Di Malaysia, oleh kerana majoriti rakyat beragama Islam dan inilah juga agama rasmi, maka pemimpin tertinggi negara wajib seorang Muslim yang sahih menunaikan rukun Islam. Dia juga mestilah bertakwa, yakni mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Sekurang-kurangnya, itulah tanda zahir seseorang yang beriman. Menunaikan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji apabila mampu. Dia juga tidak melakukan dosa besar seperti zina, menggelapkan wang rakyat, rasuah, minum arak dan sebagainya.

Sangat buruk akibatnya jika rakyat tersalah pilih pemimpin. Jika sekadar tidak sebijak pemimpin sebelumnya, tidaklah begitu memudaratkan jika si pemimpin masih mempunyai integriti dan baik akhlaknya. Yang ditakuti ialah kita memilih pemimpin yang diragui akhlak dan ketakwaannya.

Jika ini berlaku, sama-samalah kita dan generasi akan datang menanggung musibahnya. Jangan salahkan takdir. Yang bersalah atau menzalimi sendiri adalah kita sendiri. Allah SWT sama sekali tidak menzalimi diri kita.Sebab itulah kita perlu amat berhati-hati dalam memilih pemimpin. Jika ada sebarang tompok keraguan di hati kita mengenai seseorang, putuskanlah dengan muktamad bahawa dia tidak layak memimpin.

Tidak memberikan peluang kepada seseorang untuk menjadi pemimpin bukanlah satu penganiayaan. Ia bukan satu hukuman kejam atau perkara yang mengaibkannya. Memimpin bukanlah satu hak, tetapi hanyalah amanah.Tiada siapa yang berhak membuat tuntutan untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya hak menentukan siapa yang layak jadi pemimpin terletak di tangan rakyat. Hak ini juga bersifat amanah kerana jika tersalah pilih, kesannya terlalu buruk kepada rakyat dan negara. Oleh itu pilihlah pemimpin yang benar-benar diyakini memenuhi tuntutan Allah dan panduan Rasulullah.

Kenapa mahu menjudikan nasib diri, masyarakat dan negara dengan memilih seorang pemimpin yang dipenuhi dengan unsur keraguan? Sedangkan Rasulullah melarang kita melakukan perkara yang diselubungi was-was atau keraguan, sama ada dalam ibadat atau kehidupan.

Jika anda seorang beriman, jangan mudah tertipu atau terpengaruh dengan cakap orang lain. Siasat dan pertimbangkan dengan adil segala fakta yang terbentang. Kemudian berserahlah kepada Allah supaya diberikan segala petunjuk untuk kita membuat keputusan dengan betul.

Sesudah itu, marilah kita berdoa.

''Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Engkaulah yang memberikan kuasa kepada siapa jua yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang kami sedang alami.

''Angkatlah orang yang beriman untuk memimpin kami dan negara kami, dan jauhkanlah kami daripada dipimpin oleh orang munafik dan fasik. Sesungguhnya tiada daya upaya kami, ya Allah, melainkan dengan ketentuanMu. Tentukanlah yang terbaik bagi kami. Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sunday, May 8

PEMUDA UMNO TANJONG BUAT LAPORAN POLIS.



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong memandang serius dakwaan Utusan Malaysia dan beberapa laman web tentang peristiwa sekumpulan manusia yang berhimpun di Pulau Pinang, termasuk MP DAP Jelutong Jeff Ooi yang telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.



Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Saudara Nizam Hashim perkara ini perlu disiasat segera kesahihannya oleh Pihak Polis walaupun ia dinafikan oleh Jeff Ooi.
“Jika dakwaan ini benar, kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan DAP dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengancam Keselamatan dan Kestabilan negara dengan mempelopori usaha untuk memusnahkan asas perlembagaan negara.
Walaupun kita hidup dalam negara yang berbilang agama, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti Penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Ini tidak boleh disangkal dan semua rakyat Malaysia mesti menerima hakikat bahawa Malaysia masih sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Melayu yang beragama Islam,”



Tambahnya, Islam adalah agama Persekutuan, ini tidak boleh disangkal dan dipersoal oleh sesiapapun. Apa-apa cubaan untuk menukar agama rasmi persekutuan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
“Kumpulan yang masih mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan harus sedar bahawa tindakan mereka mengakibatkan rakyat terdedah dengan suasana yang tidak selamat dan menganggu-gugat keselamatan Negara. Dan ini tidak boleh diterima sama sekali.
Sehubungan dengan itu, kita minta pihak PDRM menahan sesiapa juga yang cuba membakar api perkauman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa mengira sama ada mereka Islam, Kristian, Budha atau Hindu,” ujarnya lagi.

HANGIT! TERKEDU LIM GUAN ENG KENA HAMPUT DENGAN Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang !


Kalau Anwar Ibrahim selalu dikenakan soalan panas oleh wartawan di sidang medianya , tetapi hari ini Ketua Menteri Kuat Penipu , Lim Guan Eng pulak kena hamput di sidang medianya di perasmian jalan alternatif baru di Taman Bagan .

Yang terjahnya bukanlah wartawan , tetapi seorang Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang iaitu Sdr Shaik Hussien Mydin yang juga kebetulan berada di sidang media berkenaan .  Dalam sidang medianya , seperti kebiasaan la Guan Eng menjadikan UMNO dan Utusan sebagai mangsa untuk dihantamnya .

Apabila ditanya ada soalan kepada wartawan , Sdr Shaik Hussein terus bertanya soalan sehingga berlaku pertikaman lidah di antara mereka . Ramai wartawan mula tertarik dengan soalan oleh Sdr Shaik sehinggkan Guan Eng tidak boleh menjawab dan muka beliau terus merah padam !!

Di antara soalan yang  dibawa oleh Shaik Hussein ialah usaha Lim Guan Eng merasmikan jalan alternatif dari jalan Mak Mandin ke Jalan Tiram di Sungai Nyior tetapi dalam masa yang sama, DAP telah gagal menunaikan janji PRU 12 mereka iaitu untuk memansuhkan tol di Tol Sungai Nyior. Soalan yang mudah itu tidak dapat di jawap oleh Setiausaha Agung DAP tersebut.

Shaik Hussein mencabar Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi jika beliau didapati terlibat di dalam perhimpunan paderi-paderi yang dikatakan turut mengandungi ikrar bahawa 'Agama Kristian akan di jadikan agama rasmi negara ini dan Perdana Menteri adalah orang kristian.'

Lim Guan Eng yang cuba mengelak daripada menjawab  tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan desakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi.

Siapa kata Pemuda UMNO Pulau Pinang lena dan takut   ....kali ini Guan Eng selaku MP Bagan telah dimalukan di kawasannya sendiri selepas bertemu buku dengan   ruas iaitu Ketua Pemuda UMNO Bagan dan Pulau Pinang  ! 

Dikhabarkan juga selepas Guan Eng beredar menaiki keretanya pulang , ramai penduduk di sekitar Taman Bagan yang hadir ke perasmian majoritinya kaum Cina   bertepuk tangan kepada Sdr Shaik Hussein yang dianggap  berani berdepan dengan  seorang Ketua Menteri Pulau Pinang bagi pihak rakyat di Bagan .


Mat kilau Penang kata:inilah ketua pemuda yang bakal mengoncang DAP lahanat nie.

Pas Sokong DAP Membuta Tuli,Pasal Dah Terlampau Pandai.

DAP mungkin boleh menang jika bertanding di kawasan Pas tetapi Pas belum tentu boleh menang sekiranya bertanding di kawasan DAP.

Mungkin ini gambaran yang cuba diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berhubung kerjasama pakatan pembangkang.

Menurutnya jika dinilai kerjasama yang dijalinkan Pas dan DAP memperlihatkan DAP hanya mempergunakan Pas untuk menarik sokongan orang Melayu sedangkan DAP tidak pernah menghormati Pas sebagai rakan kongsi.

“Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP hingga sanggup memberi sokongan membuta tuli dan sekiranya terus bersama parti itu dalam pakatan pembangkang.”, katanya.

Dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, kata beliau penyokong Pas menyokong calon DAP yang bertanding di kawasan pekan sebaliknya calon Pas sendiri kalah di kawasan yang ditandingi.

“DAP mempergunakan Pas di merata-rata tempat yang mereka tandingi, Pas seharusnya sedar apa yang berlaku memandangkan Pas hanya diperkuda dan dipergunakan untuk kepentingan DAP supaya mereka menang di kawasan berkenaan.

“DAP tidak akan menang dengan mengharap undi pengundi Cina sebaliknya kemenangan mereka disebabkan calon DAP mendapat sokongan penyokong Pas, sebaliknya tiada sokongan daripada penyokong DAP terhadap calon Pas yang bertanding menyebabkan tiada satu kerusi pun dimenangi Pas”, katanya.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata ada baiknya untuk Pas bermuhasabah dan menilai secara waras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

“Pas tidak sepatutnya meneruskan perjuangan bersama DAP jika agenda perjuangan mereka adalah untuk Islam kerana suatu ketika dahulu DAP pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayat mereka dahulu baru boleh tubuhkan kerajaan Islam’, namun Pas tetap berkawan baik dan cukup rapat dengan DAP.

“Kalau kita lihat kabinet bayangan di Sarawak baru-baru ini memperjelaskan lagi bahawa Pas hanyalah sekadar melukut di tepi gantang”, ujarnya.

Rentetan Peristiwa Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.

1) Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.

2) Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969.

3) Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .

4) Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 

5) PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

6) Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang . 

Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .

7) Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.

9) Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.

10) Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail . 

11) Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.

12) Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.

Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.

13) Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.

Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". 

14) Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan . 

15) Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.

16) Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis. 

Saturday, May 7

PERKASA buat laporan polis berhubung pertemuan paderi


GEORGETOWN: Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu. 

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari. 


Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.



"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan. Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini. - BERNAMA


SUMBER

"Kedah di bawah PAS" bakal jadi sejarah

E-mail matkilau Penang terima dari rakan cina dari alor setar kedah.Luahan rasa hati beliau.


"Air yang mengapungkan perahu itu, bisa mengaramkan perahu."
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah yang didominasi PAS, nampaknya belum memahami maksud pepatah Cina ini.  Walaupun pilihan raya umum 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana Kedah ditawan oleh pembangkang, dengan bantuan undi bukan Melayu, namun kerajaan PR tidak akur kepada suara rakyat setelah berkuasa.

Dasar berbau "perkauman" yang terpesong dari pendirian PR, malah memperlekehkan masyarakat Cina digubal, mencetuskan kekecewaan dan kemarahan komuniti Cina tempatan."Sebelum 8 Mac 2008, saya berusaha untuk memastikan ahli keluarga saya, kawan saya, jiran saya mengundi untuk PAS.  Pada pilihan raya umum yang akan datang, saya akan memastikan ahli keluarga saya, kawan saya dan jiran saya tidak mengundi PAS!"

Demikianlah yang diperkatakan oleh seorang pemaju Cina di Kedah .Suara masyarakat Cina dengan lantang berbunyi, "seandainya kerajaan Kedah tidak akur kepada suara rakyat, memperbetulkan apa yang salah dengan segera, maka orang Cina di Kedah sanggup mengembalikan 'kerajaan lama untuk 50 tahun', daripada mengekalkan 'kerajaan baru yang makin ubah makin teruk'. "

Kualiti barisan EXCO rendah

Tiada orang menjangkakan bahawa pembangkang berupaya menawan kubu Barisan Nasional di Kedah.  Sebelum PRU ke-12, penduduk tempatan memujuk agar ahli profesional bertanding menyarungkan jersi PKR.  Namun demikian, kerusi yang dibahagikan kepada PKR tidak mendapat sambutan, lantaran itu diisi dengan calon yang kualitinya lebih rendah.

Bagaimanapun, tsunami politik telah menghancurkan kerajaan BN di Kedah kemudiannya.  Kuasa tidak berbau.  PAS, PKR dan DAP merampas kuasa dengan menawan 22 dari 36 kerusi DUN.

Menurut seorang penyokong PR tempatan, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum ini hanya menjangkakan bahawa PAS akan bertahan di Kelantan, sementara merampas kuasa di Terengganu.  Setelah penyokong PR memaklumkan kepada Ustaz Nasharuddin bahawa keadaan di Kedah menampakkan peluang untuk pembangkang, barulah diumumkan secara terbuka bahawa PAS berupaya memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ini menunjukkan bahawa "kerajaan negeri Kedah" tidak terjelma dalam minda pemimpin pembangkang sebelum PRU ke-12, ketika merangka strategi untuk merampas tampuk kuasa.  Maka ia berakhir dengan barisan Exco yang berkualiti rendah.  Malah, antara parti komponen PR, ADUN dari PKR memperlihatkan keupayaan yang paling rendah, langsung tidak berdaya untuk mengimbangi PAS dalam mesyuarat Exco negeri.

FUKATAN RAKYAT:KAMI PENYAMUN MESTI TENGOK.




Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh ku bawak lari 

Kami penyamun

Penyamun
Kamilah penyamun di dalam negeri
Kami penyamun cukup berilmu kebal
Pasal mencuri terkenal paling handal
Ayam dan itik semua kami bedal
Siapa melawan ku tunjal-tunjal 
Kami penyamun
Penyamun

"Ustazah" Hannah Rupanya Mubaligh Kristian!





ADUN Subang Jaya, Yb Hannah Yeoh telah "memenuhi undangan" Nazir dan Imam Masjid Al Falah di USJ Taipan, menghadiri dan memberikan "Tazkirah" serta menyampaikan angpow dalam satu majlis Iftar Ramadhan minggu lalu. Siapa sebenarnya Hannah Yeoh ini ? 

Dia merupakan seorang Tokoh Muda kristian yang komited. Buktinya pada 4 Sep 10 @ jam 1830 - 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan. 

Ia bertajuk "Change Your World - You make the Difference" anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church bralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya. 

Hadir lebih kurang 1,400 org remaja brumur 16 - 25 tahun. Yang memberikan pengisian ceramah adalah "ustazah" Hannah Yeoh dan Edward Lee - Adun DAP Bkt Gasing. 

Ternyata dalam menjalankan dakwah Kristianisasi, Hannah Yeoh lebih bijak dari Hassan Ali, Iman dan Nasir Masjid USJ Taipan. Tazkirahnya telah berjaya memecah belahkan umat Islam. Sampai bilalah, EXCO Pas, Iman Pas dan Nazir Pas ini terus ditipu dengan licik oleh Mubaligh Kristian ini ! 

Rakyat menunggu dengan penuh prihatin samada Hannah berjaya di Islamkan oleh Nik Aziz dan Hassan Ali atau Hannah akan mengkristiankan remaja Islam USJ Taipan ! Tahniah atas kedangkalan akal Nik Aziz, Hassan Ali dan kuncu-kuncunya.




Sumber : Warisan 2057

Friday, May 6

AZIZAH ADALAH LELAKI IDAMAN 1MALAYA vs CHINA DOLL



Seronok tau kalau dapat bini macam Wan Azizah ni, aku percaya ramai lelaki di luar sana yang bermati-matian mahukan isteri yang sporting nak 'mampos' macam si Jijah ni! Bayangkanlah laki buat apa saja, isteri meredhai siap pegang tangan dan bermanja lagi! 


Perghhh! Bertuah betul si Anwar Omega ni, dia nak meliwat ke, nak main 'china doll' ke, nak main ngan bini orang ke hatta dia nak buat apa saja semuanya direstui oleh Kak Wan ni! BUkan setakat merelai malah mempertahankan suami kalau kantoi beb!

Mana nak dapat bini macam ni beb? Bini kita ni kalau balik lewat sikit pun dah tanya macam polis pencen tapi bag Wan Azizah dia tahu kalau suami dia tak bersama dia pasti dia bersama JANTAN atau BETINA lain. Dia tak kisah asal bukan binatang la kot..he he he

So, kepada sesiapa yang belum kahwin lagi atau yang nak pasang lagi satu kena cari SPESIS WAN AZIZAH tau. Baru best sebab buat apa pun dia akan defend dan bermanja-manja dengan kita di KHALAYAK ramai!

Thumbs Up Jijah! Kau memang wanita luarbiasa!

Sahut Cabaran Perdana Menteri DiSemua Negeri Pembangkang



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya jika jentera UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bersatu dan bekerja dengan kuat bukan saja Selangor mampu ditawan malah negeri-negeri lain yang dikuasai pari pembangkang seperti, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang juga mampu dirampas semula.

Justeru tegas beliau cabaran yang dilemparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada UMNO Selangor pada majlis ‘Malam Pemimpin Bersama Rakyat – Rakyat Didahulukan’ di Shah Alam, malam semalam perlu disahut semua jentera UMNO dan BN setiap negeri.


“Kita minta ahli-ahli UMNO di semua peringkat untuk bangkit memastikan negeri-negeri yang bukan di bawah pentadbiran kerajaan BN dirampas semula dan kita juga sedar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang ini, rakyat sudah mulai bosan dengan karenah pakatan pembangkang.

“Kita berkeyakinan jika kita mendekati diri dengan rakyat, untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat di negeri-negeri yang bukan di bawah BN, jika mereka bekerja kuat pasti kita dapat merampas semula Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) di sini, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN seterusnya berkeyakinan bahawa rakyat sudah bosan terhadap janji-janji yang dimainkan dan tidak ditunaikan oleh pembangkang.

“Mereka hanya berjanji kepada rakyat bila nak kuasa. Bila dah dapat kuasa, janji pun mereka lupa, mereka lupa janji-janji yang pernah mereka sebut. Rakyat sudah sedar bahawa kerajaan BN sahajalah yang akan melaksanakan apa yang dikata, akan dikota. Kalau ada janji yang lewat sikit dilaksanakan, namun ia akan tetap menjadi keutamaan dan dilaksana.

“Jika semuanya bekerja kuat, saya yakin kita akan berjaya bukan sahaja di Selangor malah di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Mereka harus menumpukan kepada kawasan-kawasan tumpuan yang telah kita berikan kepada mereka agar mereka lebih bekerja kuat dan dalam masa yang sama merapatkan diri dengan rakyat supaya kawasan-kawasan yang kita kalah dalam pilihanraya umum lalu dapat kembali bersama BN,” ujarnya

DAP:Salah Guna Kuasa Projek sPICE


GERAKAN Pulau Pinang mendakwa berlaku salah guna kuasa oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam pelaksanaan projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (sPICE) yang bernilai RM300 juta.Guan Eng lahanat nie memang baling batu sembunyi tangan lepas nie pasti akan ada kambing hitam.  

Ini berikutan projek yang bakal dibina berhampiran Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Relau hanya menguntungkan pemaju,
Eco Meridian Sdn Bhd, anak syarikat SP Setia termasuk mengaut keuntungan berjumlah RM530 juta.Barua DAP nie mesti masyuk dalam poket punya.


Ketua Biro Kerajaan Tempatan GERAKAN Pulau Pinang, Teh Leong Meng, berkata satu daripada syarat ditetapkan pemaju adalah membenarkan mereka membina sebanyak 1,500 unit rumah di projek lain yang bakal menyebabkan kepadatan penduduk tinggi.
Jika bersetuju dengan syarat pemaju itu, DAPIG melanggar beberapa undang-undang seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976, serta Dasar dan Garis Panduan (Jabatan Perancangan Pembangunan). 

Leong Meng berkata, GERAKAN juga mempertikaikan kos projek itu yang mencecah RM300 juta, sedangkan pembinaan PISA yang merangkumi sebuah stadium, pusat akuatik, bangunan meletak kenderaan lima tingkat hanya RM105 juta. 
Beliau juga mendakwa, pemaju berkenaan mampu mengaut perolehan berjumlah RM530 juta yang sepatutnya menjadi hak rakyat.Depa dok cakap CAT kerajaan yang telus lagi adil ini baru 3tahun memerintah jika 30 habis pulau-pinang pakat-pakat kronie lahanat DAP buat duit.

"Sebelum projek bermula, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sudah diminta membayar RM50 juta iaitu merangkumi kos bagi penyelenggaraan bangunan sedia ada serta pajakan tanah. 

"Syarikat berkenaan juga bakal memperoleh RM30 juta sepanjang 30 tahun mengendalikan sPICE di mana setiap tahun mereka mengaut perolehan berjumlah RM1 juta. 

"Mereka juga mampu mengaut keuntungan berjumlah RM450 juta yang diperoleh menerusi pembinaan 1,500 rumah tambahan di projek lain yang mana setiap rumah dianggarkan berharga RM300,000," katanya. 

GERAKAN Pulau Pinang turut mempersoalkan sama ada sistem tender terbuka dilaksanakan kerana difahamkan hanya tiga syarikat membida projek terbabit dan syarikat yang dipilih bukannya pemaju tempatan. 

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive