Friday, May 20

HARGA MINYAK:JIKA DINAIKKAN APAKAH NATIJAHNYA


Jika Kerajaan menaikan harga minyak pasti PRU 13 akan dilihat paling getir dalam sejarah politik malaysia.Apa yang menyokong pendirian saya ialah rakyat tahu harga minyak pasti akan naik setidaknya bukan ini masanya sebelum PRU 13.Sokongan rakyat akan berubah hanya kerana dimanipulasi oleh pihak pembangkang.Walaupun buat masa sekarang sokongan pengundi muda sudah menampakkan kearah BN akan tetapi kita usah leka dengan pencapaian yang tidak seberapa dan ditambah denga isu kenaikan minyak.Sudah pasti kos sara hidup akan bertambah.Pemuda membantah tindakan menaikan harga minyak BACA DISINI.

Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.
"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
MKP berharap pihak berkenaan pertimbangkan dahulu niat untuk menaikan harga minyak..






Pemuda Umno & Perkasa Berhimpun Pertahan Utusan



Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.
Suasana hujan renyai-renyai tidak memaksa penyokong kedua-dua pertubuhan berkenaan untuk berganjak daripada berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu itu yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dekat sini.
Ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum berkenaan Megat Firdouz berkata, Utusan sebagai akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranannya bukan sahaja bagi melaporkan berita malah dijadikan input pendidikan.
"Pemuda Umno akan mempertahankan Utusan, kami tak akan biarkan akhbar ini dipermain-mainkan oleh golongan muda yang buta sejarah.
"Utusan sebuah akhbar yang mempunyai input pendidikan...tidak seperti Suara Keadilan yang hanya tahu berpolitik dan membuat fitnah," katanya.

Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.
Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.
Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Megat Firdouz berkata pihaknya tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.
"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

GUAN ENG:SAMSENG PENGECUT.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menyifatkan Lim Guan Eng “samseng pengecut” apabila mengajak semua komponen Barisan Nasional (BN) bukan Umno menentang ketuanya Datuk Ibrahim Ali.
Tegas Syed Hassan, Perkasa tidak gentar untuk menyahut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seruan Guan Eng jelas sekali satu budaya seperti samseng pengecut yang mengajak kawan-kawan menentang hanya seorang dan samseng yang pengecut memang begitu, bila berlawan ajak kawan.
“Pengecut macam ini umpama komunis yang bersembunyi di hutan atau bersembunyi di sebalik masyarakat dan menyamar seperti orang biasa atau ahli NGO atau bersama parti-parti politik tertentu,” katanya.
Semalam, Lim mengajak semua parti komponen BN untuk menentang Ibrahim selepas kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang mengatakan kesediaan melancarkan “perang jihad” jika komuniti Kristian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.
Jelas Syed Hassan, kenyataan terbuka Lim itu akan menimbulkan kemarahan ahli Perkasa dan orang Melayu yang menyokong perjuangan mempertahankan kedudukan kaum itu.
“Dan, lebih bahanya si pengecut yang bertopeng dengan menganut agama tertentu padahal tiada satu agama pun dia percayai, lihatlah betapa bahayanya kenyataan berani oleh Guan Eng terhadap pemimpin Melayu yang sudah tentu mengundang kemarahan ahli-ahli yang bersama Ibrahim Ali serta orang Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa.
“Perlu diingatkan kenyataan Ibrahim Ali untuk berjihad adalah bila mana beliau melihat tanda-tanda penganut agama lain sudah berani mencabar Islam, kenyataan itu adalah satu amaran sekiranya penganut agama lain meneruskan agenda mereka.
“Kalau tidak diteruskan apa perlu Ibrahim Ali meneruskan niat untuk berjihad? Mengapa perlu menyerang lagi dengan kenyataan yang mengajak semua orang menentang Ibrahim Ali seorang?” katanya.
Tegas beliau, kenyataan Lim itu secara terang-terangan dilihat mahu menguji kesabaran pihaknya.
“Kenyataan Guan Eng itu nampaknya mahu memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan orang Melayu, DAP secara terang-terangan menguji kesabaran kami... kami tidak gentar dan jangan salahkan kami kalau kami sekali lagi mengatakan kami sanggup berjihad jika kedudukan Islam dicabar.
“Jangan menentang Ibrahim Ali dengan cara provokasi dengan mengusik kemuliaan Islam,” katanya.
Justeru beliau percaya, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang cuba untuk mencetuskan polemik baru dengan kenyataan itu.

Pok Nik nak bina stadium 40,000 orang, jambatan dah 10 tahun tak siap-siap..!!!





Kerajaan PAS Kelantan akan membina sebuah stadium yang mampu memuatkan 40,000 orang, di samping ruang solat. Baguslah. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana bakal mendapat stadium baru nanti.

Tapi bila stadium itu akan dibina? Apakah lagi 10 tahun? Lagi berapa tahun akan di bina? Selepas PRU13? Stadium tu bakal dibina sekiranya Kelantan berjaya dipertahankan oleh PAS lah, maksudnya? Kalau PAS Kelantan kalah, maka tak jadilah buat stadium?


"Batu asas" jambatan kedua Kelantan yang bakal jadi "batu nesan" Pok Nik...

Jangan pula pengumuman ini akan menjadi seperti pengumuman nak buat "jambatan kedua Kelantan" yang menghubungkan antara Kampung Cina dan Palekbang, di Tumpat. Projek tu diumumkan 10 tahun yang lalu, tapi sampai sekarang satu haram pun tak buat!

Yang ada kat situ hanyalah "batu asas" yang dirasmikan oleh Pok Nik 10, tahun dulu. Sewajarnya, "baru asas" itu disimpan baik-baik untuk dijadikan "batu nesan" untuk Pok Nik nanti. Masa majlis pecah tanah dulu, gebangnya riuh rendah canang satu Kelate, tapi 10 tahun berlalu, bayang jambatan pun tak nampak.

Atau saya tersilap dengar? Masa tu, betul ke Pok Nik pecah tanah nak bina jambatan? Jambatan ke "jamban"? "Jamban" kot? Kalau projek nak buat "jamban" tu mungkin la. Banyak dah jamban yang kotor dan tak terjaga di Kota Bharu tu, maklumlahhh.."bandaraya paling bersih dalam dunia"...!!!

Seperkara lagi, tak payah la nak pancing umat Islam dengan mengatakan bahawa stadium yang bakal dibina tu ada surau atau musolla untuk solat berjemaah. Stadium-stadium yang dibina oleh Kerajaan BN pun ada musolla dikelilingnya. BN dah lama dah buat, cuma korang je yang tak nak pergi solat kat situ sebelum game bola bermula...!!!

Cuba pergi tengok Stadium Darulaman. Musollanya luas dan boleh berjemaah, tapi puak-puak yang bawa bendera PAS yang kemudiannya ditukar menjadi "bendera hijau kuning" lebih gemar melepak makan kacang sambil berborak kosong kat dalam stadium. Tu la puak-puak Dewan Pemuda PAS yang kononnya "Islamik"! Padahal, tong kosong!

Justeru itu, kita tunggu bila Kerajaan PAS Kelantan nak bina stadium tu. Apakah lagi 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Apakah Nik Aziz sempat melihat stadium itu dibina? Atau Nik Aziz tak sempat menatap stadium itu sebelum menutup mata? Kita tunggu dan lihat..!!!

Thursday, May 19

Gambar Panas Syahrini Dengan Glen


Penyanyi Indonesia, Syahrini mengaku gambar-gambar panas yang tersebar di Internet bersama artis Glen Fredly Daniel Mananta adalah daripada koleksi simpanan peribadinya.
Bagaimanapun, katanya gambar tersebut merupakan gambar biasa yang diambil bersama teman-teman rapat seperti mana yang dimiliki oleh orang lain.
"Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing," katanya seperti dipetik dari Kapan Lagi.com.
Bagi Syahrini, tidak menjadi kesalahan kerana gambar tersebut bukan gambar lucah yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.


"Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi," katanya.
Tambah Syahrini, pihaknya telah melaporkan pekara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan terhadap telefon bimbit miliknya yang hilang di Malaysia beberapa tahun lalu.

VIDEO MAKLAMPIR ZURAIDAH MEROYAN


Memang pelik manusia-manusia yang menyokong pakatan haram di Malaysia ini. Kononnya mereka berakal untuk berfikir, kononnya mereka sudah “mumaiyiz” untuk membezakan antara yang benar dan palsu, namun mereka juak-juak pakatan haram ini tetap “buta” untuk melihat kebenaran, dan “pekak” untuk menerima hakikat sebenar.

Itulah yang terjadi baru-baru ini berkenaan dakwaan Zuraidah “Mak Limah Lampir”, yang mendakwa UMNO Hulu Selangor membawa masuk 2,000 warga asing untuk membantu kemenangan BN di kawasan itu. Hakikatnya, meskipun dakwaan itu sudah disiasat dan dinafikan oleh agensi kerajaan yang terbabit, Zuraidah tetap tak puas hati. Dia buat pula laporan polis!

Dia fikir dengan laporan polis tersebut, maka UMNO akan menggigil takut dan lari masuk kedutaan Turki? Silap banyak! UMNO Hulu Selangor bukan saja menafikan, malah mengeluarkan bukti kukuh menunjukkan betapa palsunya dakwaan Zuraidah. Surat yang ada pada Zuraidah hilang kreadibiliti apabila dibuktikan mempunyai kepala surat, tandatangan dan ejaan nama yang berbeza dengan surat UMNO yang asli.

Zuraidah dimalukan secara terang-terangan. Tertangkap menipu rakyat dan membuat laporan palsu kepada pihak polis. Bukan itu saja, Zuraidah jelas memfitnah UMNO Hulu Selangor dan seluruh UMNO secara umum. Bila Zuraidah nak “jilat kaki” seluruh ahli UMNO memohon maaf? Kami takkan maafkan selagi Zuraidah tak “jilat kaki” kami sebagaimana yang Nik Aziz syorkan baru-baru ini!

READ MORE


10 Cara Untuk Mempromosikan 1 Malaysia


KITA harus belajar dari nenek moyang kita tentang cara untuk hidup secara harmoni.
Gaya hidup bangsa kita pada masa lalu telah menunjukkan kepada kita bagaimana masyarakat zaman dahulu tinggal bersama dalam toleransi dan penghormatan tinggi terhadap bangsa-bangsa lain, budaya dan agama walaupun berhadapan dengan beberapa insiden dan kejadian kecil yang tidak diingini.
Pada pandangan penulis, adalah sesuatu yang memalukan jika kita gagal untuk terus merangkul keunikan Malaysia ini.
Sepuluh cara yang dapat membantu mempromosikan konsep 1Malaysia untuk menggalakkan perpaduan yang lebih besar di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia adalah seperti berikut:
1) Orang dewasa harus menunjukkan teladan yang baik dengan menghormati jiran tetangga, rakan sekerja, teman atau seseorang daripada bangsa lain.
2) Orang dewasa tidak harus berbicara secara negatif tentang bangsa lain atau agama lain secara sembarangan atau terbuka.
3) Jangan memanggil seseorang dengan panggilan yang kurang enak di dengar terhadap orang daripada bangsa yang berbeza.
4) Anak-anak harus didorong untuk bergaul dan bermain bersama kanak-kanak berlainan kaum tanpa melihat perbezaan di antara mereka agar semangat kekitaan dapat dipupuk dari peringkat awal lagi.
5) Guru-guru terutamanya pengetua sekolah atau para pendidik di institusi pengajian tinggi harus memainkan peranan yang lebih besar dengan memberi motivasi kepada para pelajar dan meraikan kepelbagaian budaya di antara rakyat negara kita.
6) Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu harus menganjurkan acara-acara yang lebih mantap dan menyeluruh untuk mempromosikan perpaduan yang lebih besar. Jangan tunggu musim perayaan atau pilihan raya baru hendak menganjurkan sesuatu.
7) Organisasi bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan, kelab dan pertubuhan perlu bekerja sama dengan syarikat multi nasional atau industri kecil untuk menganjurkan kegiatan sukan, seminar dan kem-kem yang merangkumi penyertaan semua bangsa.
8) Kementerian Pelajaran harus mempertimbangkan untuk melupuskan sistem kuota bagi membolehkan cabaran kesetaraan yang positif dalam sistem pendidikan.
9) Para pemimpin agama yang sepatutnya menjadi soleh dan takut akan Tuhan harus berlatih mengamalkan sikap toleransi yang tinggi dan selalu bekerja untuk menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama secara ramah dan kondusif.
10) Para ahli politik perlu bijaksana dalam membuat kenyataan atau ketika mengambil keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat berbilang kaum. Dengan sepuluh pendekatan ini, saya percaya kita boleh mencapai perpaduan yang lebih dinamik dan membantu merealisasikan hasrat 1Malaysia secara lebih sistematik.
Sekian untuk renungan dan iktibar kita semua.

VIDEO TErHANGIT:BOB LOKMAN KENAPA JADI PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK...............?



Sepatutnya sebagai hamba Allah yang beriman menggalakkan sesama manusia berbuat kebaikan,Nie dah jadi terbalik menyalahkan orang lain atau menghukum sesama kita,Sedarlah bob lokman anda dikenali didalam bidang atau kerjaya yang sama.hukum menghukum bukan anda yang menentukan.hukum mengumpat orang adalah lebih teruk dari melakukanya.dizaman muda adakah anda terlalu baik..........................?dah masuk pas dok lagi berlakon serta mencaci orang lain.Silap hari bulan Usop Wilcha tak boleh cari makan sebab lepas nie bob lokman akan jadi sole-sole atau pelawok....................sudah-sudahlah hina sesama artis.kalu ini caranya nak jadi calon PAS PRU 13.PASti akan bergelar YB lepas nie.



Orang seni yang baru 'berhijrah'...belum menemui ketenangan dan keredhaan...digunakan untuk berceramah politik.. Pengisian ceramah penuh dengan kemarahan dan hamburan tuduhan keatas pemerintah yang dipersalahkan diatas segala benda yang berlaku keatas kehidupan beliau sebelum penghijrahan. Sehinggakan masalah beliau dengan anak pun diletakkan kesalahan atas sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Apakah beliau belum diajar oleh 'Ustaz' atau 'Sheikh' beliau bahawa apa yang berlaku kepada kita adalah ketentuan Illahi??? Kita perlu redha dengan perjalanan yang Allah tentukan untuk kita disamping berusaha - dengan hidayah dan keredhaan Illahi - untuk memperbaiki keadaan kita. Bukan nya mengherdek dan mempersalahkan kerajaan dan orang sekeliling kita untuk apa saja yang kita 'rasa' tidak adil buat diri kita... Cari lah keredhaan yang sebenar dan baru naik pentas dan bercerita pengalaman kamu wahai Bob Lokman... naik meloya dengar ceramah kamu...berceramah lah secara ikhlas..

Bersyukurlah kerana telah diberi nikmat oleh Allah dalam menempuh perjalanan yang penuh dengan nikmat dunia dan kemudian diberi pula peluang oleh Allah untuk mendekatkan diri dengan Nya tanpa perlu menempuh alam barzakh dahulu... ingat lah Bob.

petikan dari: minaq jinggo fotopages

Wednesday, May 18

“Beruk Kena Belacan” Bila Rakyat Persoal Janji Pilihanraya


Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus menasihatkan pemimpin pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini agar berhenti berkelakuan seperti anjing takut bayang-bayang.
“Cuba luangkan sedikit masa melihat cermin tengok dan nilai kelemahan sendiri sebelum terus menyalak mencari salah orang lain. Sudah lebih tiga tahun memerintah Selangor, apa yang mereka buat?
“Sekarang bila mereka nampak rakyat sudah bangkit mereka tuduh kita buat taktik kotor untuk rampas Selangor.  Rakyat meluat sebab mereka cakap tak serupa bikin, rakyat tagih janji mereka dulu…kalau mereka tak mampu tunaikan takkan nak salahkan BN pula”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor kononnya BN menggunakan taktik kotor untuk rampas semula negeri ini termasuklah tuduhan pemberian 2,000 status kerakyatan haram buat PATI dan warga asing.
Tegasnya rakyat Selangor sebenarnya sudah dapat menilai sejauh mana kemampuan pakatan pembangkang memerintah negeri ini berbanding BN.
Malah tambah beliau banyak janji-janji yang ditaburkan pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu gagal ditunaikan sehingga kini yang membuatkan rakyat marah dan kecewa.
“Kita ambil contoh projek pasir saja bagaimana mereka janji akan dapatkan pendapatan RM150 juta tapi mereka hanya dapat kutip tak sampai RM6 juta…kawasan banyak berlubang tapi hasilnya hilang entah ke mana.  Ini belum lagi soal pembaziran hampir RM1 juta untuk papan iklan politik untuk mansuhkan ISA, pilihanraya pilih ketua kampung hampir RM90 juta…. banyak lagi.

Pemuda Seluruh Negara Diminta Kemuka Usul Bantah Naik Harga RON 95


Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rem-bau berkata, kenaikan RON95 akan memberi kesan terhadap barangan lain juga kerana ia melibatkan rantaian nilai.
“Pergerakan Pemuda UMNO berpendapat rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol akan menyebabkan mereka terus terhimpit.
“Oleh kerana itu, saya meminta semua Pemuda UMNO bahagian mengemukakan usul membantah kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik pada masa ini,” katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Zakaria Nordin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Shahrul Ekhsan Othman.
Khairy berkata, beliau akan menyampaikan usul tersebut kepada kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan terhadap bantahan itu.
“Kalau nak struktur semula subsidi saya setuju tetapi saya tidak setuju ia dibuat sekarang kerana kita tengok harga makanan seperti daging, ayam dan sayur telah pun meningkat dan rakyat rasa terhimpit,” katanya.

VIDEO PANAS:Anwar Ibrahim & Lef Kolonel Azmi Dalang Kes Altantuya

Tuesday, May 17

LIDAH BEWAK BERCABANG LAGI:JALAN RAKYAT SUNGAI NYIOR.



Yang paling jelas ialah jalan awam tersebut sangat berdekatan dengan barisan rumah teres. Selain daripada itu, jalan tersebut terletak di sebelah taman permainan kanak-kanak.


Malangnya, tiada pagar yang mengelilingi taman permainan tersebut dan keprihatinan Lim Guan Eng itu mungkin akan membahayakan kanak-kanak yang bermain di taman tersebut.

Kita tidak mahu sebarang kecelakaan yang menimpa mereka. Apakah Lim Guan Eng tidak mengendahkan keselamatan rakyat Malaysia?

Apakah terdapat perancangan untuk membina pagar keselamatan di sekeliling taman permainan tersebut?

Seperkara lagi, seperti yang kita ketahui, tuduhan Lim Guan Eng yang menuduh kerajaan BN sebelum ini tidak menyediakan jalan alternatif untuk jalan tol Sungai Nyior adalah tidak berasas sama sekali. 

Kerajaan BN sebelum ini bukan sahaja telah menyediakan satu jalan alternatif tetapi sedang merancang untuk menyediakan 3 lagi jalan alternatif untuk rakyat Pulau Pinang tetapi pertukaran kerajaan menyebabkan usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan.

MAK LAMPIR ZURAIDAH MENYANYI HENJIT-HENJIT SEMUT.


Jika inilah yang dipanggil pemimpin,hancuslah malaysia berfikiran dendam serta melebel pemimpin lain dengan cara yang amat memalukan.Umum tahu kisah sebenar puak nie hanya berjuang untuk membela ANUwar ibrahim atau sekarang lebih dikenali sebagai pandykutty.Black justice bahasa baru ke?

BLOGGER.COM AKAN DITUTUP.



Blogger.com telah membuat sesi membaik pulih laman web berkenaan sejak 11 mei 2011, namun sehingga kini proses tersebut masih belum lagi pulih sepenuhnya. Spekulasi pun mula beredar di internet dengan khabar angin bahawa ini lah proses pembaik pulih yang paling lama dalam sejarah blogger .com dan timbul rencana bahawa laman web berkenaan akan ditutup pada 25 Jun 2011.

Seperti yang dikatakan di laman web Softpedia, Memang benar akan dilakukan penutupan pada bulan June akan datang. Tapi tenang dulu, Layanan Blogger yang di tutup tersebut bukanlah secara keseluruhannya, melainkan akaun blogger lama yang mendaftar sebelum tahun 2007.

Sebelum Blogger.com  di ambil alih oleh Google, laman web tersebut menggunakan sistem akaun mereka sendiri sehingga tahun 2006.  Setelah proses pengambil alihan dilakukan. Pengguna diminta melakukan pemindahan pada 2007.

Selama empat tahun, Ternyata intergrasi tidak dilakukan secara automatik sehingga  pada akhirnya blogger.com memutuskan akan menghapuskan akaun bagi pengguna lama. Bukan hanya akaun lama yang di berhentikan, bahkan blog yang mempunyai hubung kait dengan pengguna lama juga akan dihapuskan jika pengguna tersebut tidak melakukan pemindahan ke sistem yang baru sebelum 25 Jun 2011 ini.

Sebelum ini, Google juga menghadapi masalah yang sama di YouTube dan telah mengeluarkan peringatan serupa baru-baru ini. Mereka meminta para penggunanya untuk memiliki akun Google terlebih dahulu.
Dari infomasi semasa, pihak google akan memberi keterangan lebih lanjut sebelum penutupan dilakukan sebelum 25 Jun 2011

Read more: sumber

VIDEO XXX TERBARU:ANWAR: IT WASN'T ME!!

REFOMASI SEMULA ATAU TRANFOMASI SEMULA.



Keputusan Anwar Ibrahim PASTI tidak akan diterima oleh pembangkang. Isu video Carcosa juga tidak diterima mereka. Mereka tidak percaya dan penyokong PKR semakin rapat dalam keadaan-keadaan seperti ini untuk terus melakukan gerakan reformasi sebagaimana tahun 1998. Mereka sekarang ini sudah menyusun strategi. Namun mereka sudah seakan tahu cara dan bagaimana untuk mengerakkan semula Reformasi 1998.

Tidak ragu lagi dengan keadaan yang ada ini – Gerakan Reformasi akan terbentuk semula dengan ikon baru untuk ditonjolkan sebagai pejuang reformasi. Siapa agaknya ikon tersebut?sudah nampak nama-nama yang akan dipetik menjadi ikon baru dalam gerakan baru reformasi – Ezam Baru akan muncul – Lokman Baru akan muncul – Tien Baru akan muncul dan mereka akan terus menerajui gerakan reformasi ini.

Mereka akan berkorban dan terkorban di akhir perjuangan sebagaimana pejuang-pejuang lain dalam Gerakan Reformasi sebelum ini. Namun alasan standard bagi mereka yang sudah dapat sesuatu hasil dari pengorbanan orang lain adalah – pejuang tidak mengharapkan balasan – balasan serah saja pada segelintir pejuang plastik yang mengambil nama politikus.

Selaku antara mereka yang pernah hadir dalam gerakan reformasi ini – perjuangan itu akhirnya menjadi perjuangan politik dan politik tidak kenal manusia – tidak kenal hati dan perasaan – tidak kenal kawan, politik hanya tahu kalah dan memang – dapat dan tidak dapat. Itulah sebabnya timbul barisan kata-kata yang mengatakan – dalam politik tidak ada kawan dan tidak ada lawan. Semua berkisar kepada apa yang mereka hendak dan apa yang mereka rebut.

Mungkin kematangan mengajar kita – masuk politik adalah bersedia untuk bertempur, bunuh membunuh politik dan rebut berebut untuk mendapatkan kuasa dan akhirnya rakyat juga yang dibawa belayar mengejar mimpi yang tidak menentu. Soal-soal kemanusiaan hanya alat untuk memukau, memujuk dan menipu. Kalau dahulu kita pernah berdiri di hadapan jentolak yang disiapkan dan diluluskan oleh Menteri Besar Selangor pada waktu itu Datuk Seri Khir Toyo hari ini kita berdiri juga melihat Menteri Besar Datuk Khalid Ibrahim bertindak serupa.

Ingat – akhirnya suara rakyat menentukan dan politikus yang tidak amanah ini akan dimamah oleh rakyat – yang sudah semakin matang – menolak politik memastikan hasrat rakyat terbela. Namun ini akan mengambil masa. Kita masih melihat apa yang ada adalah matlamat menghalalkan cara.

Ramai yang mengatakan bahawa isu Anwar Ibrahim adalah isu yang menggugat keharmonian negara ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong Anwar dalam melihat aspirasi dan kehendak rakus meningkatkan kedudukan politiknya TETAPI itu hakikat politik. Beliau berdiri atas senario yang ada – hakikatnya beliau ditentang sama dengan cara beliau mencabar dan beliau menentang sama dengan hakikat beliau dicabar. Cabar dan dicabar inilah politik namun kehilangan kematangan dalam politik itu menjadi racun kepada rakyat. Akhirnya agenda rakyat jatuh nombor 2 sementara agenda politik individu naik menjadi agenda utama ahli politikus.

Dalam pada itulah keputusan – apa sahaja yang dibuat oleh kedua pencabar politik tanah air ini sering di kritik – dikutuk dan di tolak biarpun ia adalah untuk kebaikan bersama. Mungkin sudah sampai masanya intelektual dan mereka yang menjadi pemerhati politik bertindak bukan ke atas politikus tetapi mula bertindak untuk mematangkan rakyat tanpa ada batasan wadah dan tanpa tersekat halkum untuk membicarakan isu secara selamat biarpun ada kepentingan mendadak untuk menongkah arus. Setakat hari ini – usaha mematangkan rakyat dan memulakan gerakan kesedaran kematangan berpolitik perlu ada. 

Bagi kami – politik baru yang berintegriti dan matang adalah hasrat kita. Namun- setakat ini, masih belum kelihatan.

Monday, May 16

Azwan Ali 'Amek Port' Kes Liwat Anwar Ibrahim


Walaupun Kak Pornah dah tak cover court case lagi, tapi Kak Pornah nak jugak sentuh isu mahkamah untuk entri kali ni. Rasanya dah ramai yang sedia maklum bahawa Mahkamah Jalan Duta pagi tadi kecoh dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang datang kira-kira tiga buah bas bagi mendengar keputusan kes liwat beliau dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan! (Hambek ko! Kalah rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel!)

Dan seperti yang korang sedia maklum jugak, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah hari ini memutuskan untuk DSAI membela diri bagi pertuduhan kes fitnah yang dihadapinya kerana berpendapat wujud kes prima facie.


Yang menarik perhatian Kak Pornah, bukanlah keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah. Sebaliknya ada sesuatu yang Kak Pornah berminat nak kongsikan dengan korang semua.


Jangan tak tahu u olls, penulis buku Selamat Jalan Dunia Pondan, Azwan Ali turut mengikuti kes liwat DSAI ni rupanya. Kak Pornah secara tak sengaja telah menskodeng twitter "No 1 diva laser the most berani mati" ni tadi. Tup tup terjumpalah beberapa keratan Twitter yang merujuk kepada kes liwat DSAI antara Azwan dan teman-temannya di laman sosial tersebut.


Sekali baca Kak Pornah pun tak faham apa yang si Azwan ni maksudkan. Tapi bila dibelek-belek dan dibaca berulang kali, maka jelaslah bahawa beliau ni penyokong Anwar Ibrahim rupanya!(cuma mungkin tak sefanatik abang kandungnya, Azmin Ali!)


Korang bacalah sendiri kat bawah ni:







Keratan ni masa mula-mula mahkamah putuskan bahawa DSAI perlu bela diri kerana wujud prima facie dalam kes beliau. Kak Pornah rasa, bukan Azwan je yang dapat agak dan jangka keputusan ni, sebaliknya orang luar pun sama kan?



Keratan yang ni plak mungkin atau sebetulnya merujuk kepada individu tertentu yang Kak Pornah rasa tak perlulah dijelaskan siapa. (Kalau korang follow politik Malaysia ni, korang mesti sedia maklum!)


Ha, yang ni plak keratan twitter yang dihantar oleh teman sosial Azwan. Betul juga cakap si polan ni. Bukan apa, berita terbaru yang Kak Pornah terima dari rakan yang sedang cover kes Anwar di mahkamah, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan untuk memanggil Perdana Menteri dan isteri ke mahkamah sebagai saksi! Huhuhu.....seremm sungguh dibuatnya!


Kak Pornah tak sokong atau menyebelahi sesiapa...diam tak semestinya setuju, bersuara tak semestinya membantah!

PANDIKUTtHY LUCAH ATAU TV LUCAH.



Betapa taksub penyokong Pandikuthy sanggup berkumpul seperti yang dijangkakan , Juak-juak penyokong anwar penuh memenuhi perkarangan kompleks Mahkamah di mana perbicaraan kes berlangsung. Sayang sungguh depa kat Anwar" Pandikutty" nie.Aksi mereka menjerit tv3 lucah serta zalim menunjukkan depa nie dah hilang akai serta mencabar keputusan mahkamah.Inilah budaya PKR yang dikata yang terbaik sebaik lubang kunyit serta china dollnya. 


sekalung tahniah kepada wartawan berita harian.

"Mahkamah mendapati Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan. 

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan. 

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Februari tahun lalu. 
Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu. 

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar. 

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan mengikut Sksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Ini adalah tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara
.;

WAJIB TENGOK Hina Islam - Fatwa Baru Nik Aziz

TENGOK DAN NILAI SENDIRI.

MAT SABU CUBA MENGORAT WAN AZIZAH!!



memang kalau dah kaki sekodeng memang tak lari dari tabiatnya,Bagi mendapatkan sokongan moral dari penganut2 PAS menjelang pemilihan timbalan presiden menentang ustaz nasha, mat sabun nampaknya cuba untuk membuktikan keunggulannya dengan mengorat presiden PKR wan azizah. apakah tindakan ini akan mencetuskan satu lagi kontroversi atau wan azizah bersedia menerima lamaran mat sabu memandangkan anuwar pandikutty berkemungkinan akan bercuti panjang di sungai buluh tak lama lagi. kita sama2 saksikan video di bawah....





Kredit harus diberikan kepada rakan blogger MKP http://1peluru.blogspot.com/ telah berjaya membongkar niat yang kurang elok kaki skodeng nie.Sedap lagu OH AZIZAH.

PEMUDA TURUN PADANG MENJELASKAN ISU SEMASA.





Kelmarin bertempat di Dataran Berpidato,Padang Kota Lama kehadiran ramai pengunjung untuk mendengar luahan rasa rakyat Pulau Pinang berkenaan isu semasa.Antara yang dibangkitkan ialah ketelusan kepimpinan kerajaan DAP yang selama ini memperdayakan rakyat dengan janji-janji piliharaya umum 2008 yang belum ditunaikan.


Antara penyokong tegar DAP yang berpuas hati dengan cara kepimpinan DAP.Kenyataan beliau agak meragukan kerana dakwaanya bil air rumahnya selama 2 bulan hanya 5ringgit.Mustahil dengan amaun tersebut adakah beliau tidak menggunakan air untuk mandi dan membasuh dirumahnya?




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Ir Shaik Hussein turun padang bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh rakyat Pulau Pinang.antaranya tol sungai nyiur yang sebelum ini dijanjikan oleh DAP akan dihapuskan selama 3 tahun tiada jalan penyelesaian.jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram yang dibuat hanya untuk menutup aib dan rasa bersalah yang menelan kos sebanyak 5.7juta wang rakyat Pulau Pinang.


gambar menjelaskan laluan yang digunakan.

MKP kata;berasap lagilah DAP lepas nie.nantikan esok akan ada lagi sambunganya.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive