Monday, May 23

MAK LAMPIR ZURAIDA VS SPR.



MAK LAMPIR MENGILAI MENGENAI PENGUNDI WARGA ASING.

KENYATAAN SPR.

PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Beliau berkata, ketika proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan "Agency Link-Up System" (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini, beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi. 

Abdul Aziz berkata, tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan saja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu. 

Katanya, jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan. 
"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.

AHLI PARLIMEN DAP:"MAD MAN" BAYAR RM 150 RIBU.


GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai ahli lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.



READ MORE

MKP:Lan kali JEFF OII Buat lagi,,,,,,,padan muka.

Dua Pemimpin PKR Berbeza Nasib



GEMA 'reformasi' berkumandang sekali lagi di Mahkamah, sekaligus mengimbau sejarah kali pertama perkataan tersebut dilaungkan pada 13 tahun lalu.
Perkara yang membawa kepada laungan tersebut sama - bermula dengan satu kes liwat yang berprofil tinggi - kerana si pelaku yang didakwa adalah seorang insan yang amat dikenali, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tahun 1998, Anwar dikenali sebagai Bekas Timbalan Perdana Menteri dituduh meliwat Azizan Abu Bakar yang merupakan bekas pemandu kepada isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Dan untuk liwat versi kedua, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan telah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tabii itu dengan seorang anak muda, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantunya.
Kesalahan itu didakwa berlaku di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Sejak dituduh di mahkamah pada 7 Ogos 2008, beberapa percubaan untuk mengenepikan pertuduhan tersebut dilakukan oleh barisan peguam Anwar, yang dengan tegas mengatakan pertuduhan tersebut dilakukan dengan niat jahat.
Bagi penyokong Anwar, mereka percaya pertuduhan itu dilakukan dengan niat mahu mematikan karier politik Anwar, dan secara berseloroh mengatakan itu adalah drama kedua yang menggunakan skrip sama.
Setelah hampir setahun tergendala, perbicaraan kes akhirnya bermula pada 3 Februari lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dengan Mohd Saiful menjadi saksi pertama sebelum diikuti oleh 25 lagi saksi pendakwaan.
Walaupun masa yang diambil kelihatan 'panjang', perbicaraan tersebut sebenarnya hanya berjalan selama 59 hari dan akhirnya pada 16 Mei lalu, Mohamad Zabidin memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas pertuduhan tersebut.
Pada tarikh yang sinonim dengan insan bergelar pendidik itu, penyokong Anwar - termasuk dari kawasan Parlimennya, Permatang Pauh - telah memenuhi setiap ceruk perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kehadiran penyokong seramai kira-kira 700 orang itu walaupun tidak dapat menandingi jumlah kehadiran pada tahun 1998, masih mampu membawa impak kesesakan, selain berlaku kerosakan pada bahagian tangga mahkamah. Anwar yang tidak terkejut dengan keputusan hakim, akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.
Pembelaan pada 6 sehingga 30 Jun depan merupakan medan terbaik Anwar untuk membersihkan nama, apatah lagi beliau kemudiannya telah dikaitkan dengan dakwaan 'beraksi' dalam video seks - yang juga dinafikannya.
Malah, pembelaan itu juga dijangkakan hebat apabila peguam Anwar telah memberikan bayangan bahawa ada kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil selaku saksi.
Jika benar, bukan calang-calang saksi yang akan turut sama mengangkat sumpah, termasuk dua pakar daripada Australia dan India.
Pada minggu lalu juga menyaksikan seorang anak buah Anwar, iaitu Mohd Yahya Mat Sahri yang merupakan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang dilepaskan daripada pertuduhan menipu.
Dakwaan menipu itu didakwa dilakukan oleh Mohd Yahya terhadap Presiden Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar sehingga mendorong beliau untuk menyerahkan RM50,000 yang dikatakan sebagai sumbangan kepada Majlis Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tahun 2008, iaitu semasa Selangor dirampas oleh PR yang melakukan tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 12.
Bukan sahaja Anwar, Mohd Yahya juga mempunyai pengikut sendiri apabila mereka ini - yang terdiri daripada pelbagai bangsa - sanggup menghadiri prosiding mahkamah yang diadakan pada waktu petang.
Dengan keputusan itu, Mohd Yahya sedang berkira-kira untuk membersihkan namanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikatakan telah mencemarkan namanya menerusi satu sidang media dan aduan yang membawa kepada pertuduhan di mahkamah.
Mohd Yahya dibebaskan selepas mahkamah mendengar pembelaannya yang akhirnya didapati telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah bagi mematahkan pertuduhan yang dihadapi.
Mahkamah adalah satu instutusi tempat orang mencari keadilan. Usaha Mohd Yahya untuk membersihkan diri, dilengkapi dengan bukti-bukti kukuh akhirnya membawa kemenangan.
Selepas ini, pengikut-pengikut PKR sekali lagi akan berkampung di mahkamah untuk mendengar pembelaan Anwar, dan jika beliau boleh membuktikan pertuduhan itu adalah direka-reka, sudah pasti beliau juga boleh mengukir senyuman seperti Mohd Yahya di akhir prosiding.

Sunday, May 22

DOSA POLITIK JIKA TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih. 

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.



Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti.


"Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini. 

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih. 

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih. 

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya

TERKINI:Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 12 Terkorban; 4 Tertimbus


Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah:
1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11, * umur tidak diketahui



Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan sejumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia di Hulu Langat dekat sini.
Bantuan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan tinjauan di tempat kejadian malamSabtu.
"Selain itu segala keperluan dari segi pengkebumian akan ditanggung oleh kerajaan Pusat...kita akan biayai keperluan yang berkaitan.
"Kita juga akan menangani mengenai masalah keperluan rawatan kesihatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika ditemui media.
Tambah beliau, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang dilaporkan hilang ditemui.
"Kerja-kerja ini tidak akan terhenti sehinggalah selesai semua bilangan mangsa ditemui sama ada mereka hidup ataupun meninggal dunia," katanya.


Sehingga berita ini ditulis, seramai 21 mangsa berjaya dikeluarkan dengan 12 daripadanya meninggal dunia.
Usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari empat lagi mangsa termasuk seorang dewasa.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, maklumat lengkap mengenai tragedi berkenaan akan diperolehi daripada pihak berwajib bagi mengetahui mengenai punca kejadian.

LIVE Tanah runtuh: Lelaki tertimbus ditemui selamat



HULU LANGAT 21 Mei – Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, dikeluarkan dengan selamat.
Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam.terbaru 12.15am Dah sah: 3 dewasa, 6 kanak 2 selamat, 1 dewasa dan 9 meninggal, nasib yg lain belum diketahui

Saturday, May 21

TPM:TURUN PADANG DI-LOKASI TANAH RUNTUH








HULU LANGAT 21 Mei - Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.
Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian. 
Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Seorang lagi meninggal dunia di Hospital Ampang,menjadikan enam orang mati,10 masih lagi tertimbus,8 cedera..........



.SUMBER KLPOS

Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 5 Terkorban


Lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 10 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak 10 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Umno Pulau Pinang Harap Kejutan PRU 13.


Barisan Nasional (BN) kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.


Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan ‘kejutan’ daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.
“Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah…kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa,” katanya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.
Zainal Abidin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun berkata, beliau mengharapkan kejutan daripada rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dilihat mengamalkan politik tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata Pakatan Rakyat mengharapkan keburukan pada negara dan kesusahan rakyat demi untuk berkuasa.
“Mereka mahu ekonomi negara merudum dan harap harga barang serta minyak naik supaya rakyat akan marah kerajaan (BN),” katanya.
Beliau berkata Umno di negeri itu kini sedang berusaha keras bagi mengembalikan sokongan rakyat termasuk mengadakan program tinjauan mesra setiap minggu.
“Malah parti-parti komponen BN juga telah bangkit dan mula mengorak langkah dan saya yakin sedikit masa lagi rakyat akan kembali kepada BN,” katanya.
Sementara itu, Zainal Abidin memohon kerajaan persekutuan agar mengkaji mekanisme terbaik bagi mengatasi kenaikan harga barangan dan minyak yang kini menjadi kegusaran rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Pembangkang Dibidas Hanya Pandai Eksploitasi Harga Minyak


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas pembangkang yang hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Beliau berkata pembangkang tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut.
Kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan harga sesuatu barangan mahupun minyak bagi memastikan apa jua langkah yang diambil tidak membebankan rakyat, katanya.
“Dari masa ke semasa apabila ada perkara perubahan dari segi kos, kita (kerajaan) kena buat penyesuaian, tetapi kita tak buat keputusan secara tergesa-gesa.
“Bukan hari ini cakap esok kita buat, kita kaji dengan teliti kesannya walaupun sebesar mana kenaikan yang berlaku di pasaran. Kalau naik harga barang ini, apa kesannya kepada rakyat, itu antara perkara yang kita ambil kira,” 
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas sikap pembangkang yang mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak RON95 walaupun kerajaan belum lagi memutuskan perkara tersebut.
Katanya, sebelum kenaikan dilakukan kerajaan akan meneliti terlebih dahulu laporan daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh beliau.
“Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat.
“Di negara jiran baik di Singapura, Thailand, dan Indonesia isunya sama, cuma tahap yang berbeza. Di Malaysia memang ada isu itu (kenaikan) tetapi kadar inflasi kita antara yang terendah…memang ada peningkatan (inflasi) tetapi berbanding dengan apa yang berlaku di dunia, peningkatan itu tidak ketara,” katanya.
Katanya, di negara ini rakyat mudah terasa apabila berlaku kenaikan harga kerana selama ini mereka banyak dibantu oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan.
Bagaimanapun, jelasnya apabila sampai ke satu peringkat harga yang sedia ada perlu dikaji semula, kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi yang diberikan supaya pembangunan lain tidak terjejas.
“Ini bukan satu keputusan popular, tetapi kalau tak buat perkara itu, kita akan kekurangan sumber untuk menguruskan negara.
“Jika kerajaan tidak menguruskan dengan baik masalah itu, kerajaan terpaksa menanggung nilai subsidi yang meningkat mendadak daripada RM10 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.
Hakikatnya beliau berkata, kerajaan bukan tidak mampu menanggung kos itu namun ia ada had dan batasannya.
Muhyiddin berkata rakyat juga perlu menanggung sebahagian daripada nilai tersebut bagi membolehkan peruntukan turut digunakan dalam pembangunan sektor lain.

VIDEO TERBARU JIJAH NYANYI MIOW-MIOW.18SX

MUSIBAT GUAN ENG MUKA KULIT BABI.

musibat guan eng kena maki semasa lawatan ke Padang Tembak.Hai marah nampak.

Musibat Guan eng sekali lagi cakap tak serupa bikin.Apa punya bangsat ketua menteri nie orang lain buat kerja siap mengaku kata dia yang buat.orang jenis nie patut digelarkan muka kulit babi setelah dok wat cempera kat  Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), musibat Guan Eng nampaknya telah gagal sekali lagi di dalam membantu kehidupan rakyat Pulau Pinang.

Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) ternyata tidak efektif dan perlu digubal semula dengan pelbagai alasan seperti kekurangan tenaga mahir. Dan seperti biasa, Lim Guan Eng DAP menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan BN sebelum ini iaitu PSDC.Inilah yang dikatakan lembu punya susu sapi dapat nama.

Musibat Guan Eng DAP berkata bahawa Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang berfungsi sebagai membantu para penganggur yang diberhentikan kerja oleh majikan akan digubal semula peranannya sesuai dengan moto barunya 'My Penang, My Workplace'.

Persoalannya, apakah pencapaian CAT sejak di bawah pentadbiran L:im Guan Eng?

Di dalam sidang akhbar itu,Musibat Haprakdaily tidak melaporkan sebarang statistik pencapaian CAT itu. Tetapi apa yang kita perlu ingat tentang Musibat Guan Eng DAPig itu ialah beliau suka membohong dan memutarbelitkan isu.Slogan baru buat musibat nie 'kencing mau Power". 

Malah, beliau adalah kategori manusia yang kulit muka ditempek dengan kulit babi dan tidak malu merampas usaha pihak lain contohnya FDI RM12.2 bilion yang sebenarnya diusahakan oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional.

Satu perkara yang menarik tentang PSDC ialah pada 25 Aprol 2011, TS Nor Yaacop, Menteri Di Dalam Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan satu program 'FasTrack' bertujuan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang berkelulusan E&E Engineering.

Dan program ini ditaja oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dan pihak swasta.

Yang kita mahu lihat ialah apakah Musibat Guan Eng DAPig dengan tanpa malunya akan mengaku bahawa program ini adalah usaha beliau dan DAPig Pulau Pinang?

Friday, May 20

HARGA MINYAK:JIKA DINAIKKAN APAKAH NATIJAHNYA


Jika Kerajaan menaikan harga minyak pasti PRU 13 akan dilihat paling getir dalam sejarah politik malaysia.Apa yang menyokong pendirian saya ialah rakyat tahu harga minyak pasti akan naik setidaknya bukan ini masanya sebelum PRU 13.Sokongan rakyat akan berubah hanya kerana dimanipulasi oleh pihak pembangkang.Walaupun buat masa sekarang sokongan pengundi muda sudah menampakkan kearah BN akan tetapi kita usah leka dengan pencapaian yang tidak seberapa dan ditambah denga isu kenaikan minyak.Sudah pasti kos sara hidup akan bertambah.Pemuda membantah tindakan menaikan harga minyak BACA DISINI.

Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.
"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
MKP berharap pihak berkenaan pertimbangkan dahulu niat untuk menaikan harga minyak..






Pemuda Umno & Perkasa Berhimpun Pertahan Utusan



Kira-kira 200 penyokong Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) meneruskan perarakan menyokong akhbar Utusan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat akhbar tersebut walaupun tanpa kehadiran kumpulan ingin memprotes iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Perkasa yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid kira-kira pukul 2.30 petang Jumaat.
Sementara Pemuda Umno yang diketuai Penolong Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid menyerahkan memorandum sokongan merekakepada individu yang sama 10 minit kemudian.
Suasana hujan renyai-renyai tidak memaksa penyokong kedua-dua pertubuhan berkenaan untuk berganjak daripada berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu itu yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dekat sini.
Ketika ditemui media selepas menyerahkan memorandum berkenaan Megat Firdouz berkata, Utusan sebagai akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranannya bukan sahaja bagi melaporkan berita malah dijadikan input pendidikan.
"Pemuda Umno akan mempertahankan Utusan, kami tak akan biarkan akhbar ini dipermain-mainkan oleh golongan muda yang buta sejarah.
"Utusan sebuah akhbar yang mempunyai input pendidikan...tidak seperti Suara Keadilan yang hanya tahu berpolitik dan membuat fitnah," katanya.

Sebelum ini, AMK yang diketuai ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dijadual mengadakan demonstrasi di tempat sama untuk memprotes laporan dan propaganda Utusan Malaysia ke atas beberapa isu berkaitan pembangkang sejak akhir-akhir ini.
Tindakan AMK itu telah mengundang reaksi daripada Perkasa dan Pemuda Umno untuk turut hadir bagi mempertahankan pendirian akhbar Kumpulan Utusan itu.
Bagaimanapun AMK telah membatalkan hasrat mereka awal pagi tadi.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Megat Firdouz berkata pihaknya tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.
"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

GUAN ENG:SAMSENG PENGECUT.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menyifatkan Lim Guan Eng “samseng pengecut” apabila mengajak semua komponen Barisan Nasional (BN) bukan Umno menentang ketuanya Datuk Ibrahim Ali.
Tegas Syed Hassan, Perkasa tidak gentar untuk menyahut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seruan Guan Eng jelas sekali satu budaya seperti samseng pengecut yang mengajak kawan-kawan menentang hanya seorang dan samseng yang pengecut memang begitu, bila berlawan ajak kawan.
“Pengecut macam ini umpama komunis yang bersembunyi di hutan atau bersembunyi di sebalik masyarakat dan menyamar seperti orang biasa atau ahli NGO atau bersama parti-parti politik tertentu,” katanya.
Semalam, Lim mengajak semua parti komponen BN untuk menentang Ibrahim selepas kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang mengatakan kesediaan melancarkan “perang jihad” jika komuniti Kristian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.
Jelas Syed Hassan, kenyataan terbuka Lim itu akan menimbulkan kemarahan ahli Perkasa dan orang Melayu yang menyokong perjuangan mempertahankan kedudukan kaum itu.
“Dan, lebih bahanya si pengecut yang bertopeng dengan menganut agama tertentu padahal tiada satu agama pun dia percayai, lihatlah betapa bahayanya kenyataan berani oleh Guan Eng terhadap pemimpin Melayu yang sudah tentu mengundang kemarahan ahli-ahli yang bersama Ibrahim Ali serta orang Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa.
“Perlu diingatkan kenyataan Ibrahim Ali untuk berjihad adalah bila mana beliau melihat tanda-tanda penganut agama lain sudah berani mencabar Islam, kenyataan itu adalah satu amaran sekiranya penganut agama lain meneruskan agenda mereka.
“Kalau tidak diteruskan apa perlu Ibrahim Ali meneruskan niat untuk berjihad? Mengapa perlu menyerang lagi dengan kenyataan yang mengajak semua orang menentang Ibrahim Ali seorang?” katanya.
Tegas beliau, kenyataan Lim itu secara terang-terangan dilihat mahu menguji kesabaran pihaknya.
“Kenyataan Guan Eng itu nampaknya mahu memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan orang Melayu, DAP secara terang-terangan menguji kesabaran kami... kami tidak gentar dan jangan salahkan kami kalau kami sekali lagi mengatakan kami sanggup berjihad jika kedudukan Islam dicabar.
“Jangan menentang Ibrahim Ali dengan cara provokasi dengan mengusik kemuliaan Islam,” katanya.
Justeru beliau percaya, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang cuba untuk mencetuskan polemik baru dengan kenyataan itu.

Pok Nik nak bina stadium 40,000 orang, jambatan dah 10 tahun tak siap-siap..!!!





Kerajaan PAS Kelantan akan membina sebuah stadium yang mampu memuatkan 40,000 orang, di samping ruang solat. Baguslah. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana bakal mendapat stadium baru nanti.

Tapi bila stadium itu akan dibina? Apakah lagi 10 tahun? Lagi berapa tahun akan di bina? Selepas PRU13? Stadium tu bakal dibina sekiranya Kelantan berjaya dipertahankan oleh PAS lah, maksudnya? Kalau PAS Kelantan kalah, maka tak jadilah buat stadium?


"Batu asas" jambatan kedua Kelantan yang bakal jadi "batu nesan" Pok Nik...

Jangan pula pengumuman ini akan menjadi seperti pengumuman nak buat "jambatan kedua Kelantan" yang menghubungkan antara Kampung Cina dan Palekbang, di Tumpat. Projek tu diumumkan 10 tahun yang lalu, tapi sampai sekarang satu haram pun tak buat!

Yang ada kat situ hanyalah "batu asas" yang dirasmikan oleh Pok Nik 10, tahun dulu. Sewajarnya, "baru asas" itu disimpan baik-baik untuk dijadikan "batu nesan" untuk Pok Nik nanti. Masa majlis pecah tanah dulu, gebangnya riuh rendah canang satu Kelate, tapi 10 tahun berlalu, bayang jambatan pun tak nampak.

Atau saya tersilap dengar? Masa tu, betul ke Pok Nik pecah tanah nak bina jambatan? Jambatan ke "jamban"? "Jamban" kot? Kalau projek nak buat "jamban" tu mungkin la. Banyak dah jamban yang kotor dan tak terjaga di Kota Bharu tu, maklumlahhh.."bandaraya paling bersih dalam dunia"...!!!

Seperkara lagi, tak payah la nak pancing umat Islam dengan mengatakan bahawa stadium yang bakal dibina tu ada surau atau musolla untuk solat berjemaah. Stadium-stadium yang dibina oleh Kerajaan BN pun ada musolla dikelilingnya. BN dah lama dah buat, cuma korang je yang tak nak pergi solat kat situ sebelum game bola bermula...!!!

Cuba pergi tengok Stadium Darulaman. Musollanya luas dan boleh berjemaah, tapi puak-puak yang bawa bendera PAS yang kemudiannya ditukar menjadi "bendera hijau kuning" lebih gemar melepak makan kacang sambil berborak kosong kat dalam stadium. Tu la puak-puak Dewan Pemuda PAS yang kononnya "Islamik"! Padahal, tong kosong!

Justeru itu, kita tunggu bila Kerajaan PAS Kelantan nak bina stadium tu. Apakah lagi 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Apakah Nik Aziz sempat melihat stadium itu dibina? Atau Nik Aziz tak sempat menatap stadium itu sebelum menutup mata? Kita tunggu dan lihat..!!!

Thursday, May 19

Gambar Panas Syahrini Dengan Glen


Penyanyi Indonesia, Syahrini mengaku gambar-gambar panas yang tersebar di Internet bersama artis Glen Fredly Daniel Mananta adalah daripada koleksi simpanan peribadinya.
Bagaimanapun, katanya gambar tersebut merupakan gambar biasa yang diambil bersama teman-teman rapat seperti mana yang dimiliki oleh orang lain.
"Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing," katanya seperti dipetik dari Kapan Lagi.com.
Bagi Syahrini, tidak menjadi kesalahan kerana gambar tersebut bukan gambar lucah yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.


"Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi," katanya.
Tambah Syahrini, pihaknya telah melaporkan pekara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan terhadap telefon bimbit miliknya yang hilang di Malaysia beberapa tahun lalu.

VIDEO MAKLAMPIR ZURAIDAH MEROYAN


Memang pelik manusia-manusia yang menyokong pakatan haram di Malaysia ini. Kononnya mereka berakal untuk berfikir, kononnya mereka sudah “mumaiyiz” untuk membezakan antara yang benar dan palsu, namun mereka juak-juak pakatan haram ini tetap “buta” untuk melihat kebenaran, dan “pekak” untuk menerima hakikat sebenar.

Itulah yang terjadi baru-baru ini berkenaan dakwaan Zuraidah “Mak Limah Lampir”, yang mendakwa UMNO Hulu Selangor membawa masuk 2,000 warga asing untuk membantu kemenangan BN di kawasan itu. Hakikatnya, meskipun dakwaan itu sudah disiasat dan dinafikan oleh agensi kerajaan yang terbabit, Zuraidah tetap tak puas hati. Dia buat pula laporan polis!

Dia fikir dengan laporan polis tersebut, maka UMNO akan menggigil takut dan lari masuk kedutaan Turki? Silap banyak! UMNO Hulu Selangor bukan saja menafikan, malah mengeluarkan bukti kukuh menunjukkan betapa palsunya dakwaan Zuraidah. Surat yang ada pada Zuraidah hilang kreadibiliti apabila dibuktikan mempunyai kepala surat, tandatangan dan ejaan nama yang berbeza dengan surat UMNO yang asli.

Zuraidah dimalukan secara terang-terangan. Tertangkap menipu rakyat dan membuat laporan palsu kepada pihak polis. Bukan itu saja, Zuraidah jelas memfitnah UMNO Hulu Selangor dan seluruh UMNO secara umum. Bila Zuraidah nak “jilat kaki” seluruh ahli UMNO memohon maaf? Kami takkan maafkan selagi Zuraidah tak “jilat kaki” kami sebagaimana yang Nik Aziz syorkan baru-baru ini!

READ MORE


rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive