Saturday, May 28

MATKILAU PENANG SAHUT CABARAN OTAI BLOGGER.



Blogger Papa Gomo dan rakan-rakan bloggers yang lain telah menawarkan satu hadiah istimewa kepada sesiapa sahaja yang sanggup tampil membawa seorang lelaki yang mirip dengan wajah di dalam Video Seks Yang tersebar.
Hadiahnya ialah once in the life time KLIK DISINI blog MiM menawarkan hadiah KLIK DISINI


MATKILAU PENANG akan turut serta dalam cabaran tersebut.Itu yang akan kami lakukan dalam menyatakan kepada rakyat Malaysia keberanian kami semua. Kami hanya mampu Berbogel memandangkan tidak cukup wang ringgit untuk membeli apa apa hadiah buat mereka yang berjaya.

So jika nak lihat KAMI SEMUA BLOGGER PRO KERAJAAN LARI BOGEL DI KLCC maka silakan lah menampilkan lelaki yang wajah nya sama seperti di dalam Video Seks.

Ini Cakap betul betul bukan main main punya, Kami berani buat. setakat BERBOGEL apa kami nak hairan? Anwar Ibrahim berbogel sambil Menutoh China Doll Relaks je sampai sekarang. Biasa lah tu.....

Paderi Puji Kerajaan Pusat Biayai Projek Baik Pulih Gereja St George's



Paderi Gereja St George berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana membiayai kos membaik pulih rumah ibadat yang dibina pada kurun ke-19 itu hingga kembali kepada kehebatan asalnya melalui projek baik pulih Jabatan Warisan Negara melibatkan kos RM1.8 juta yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Charles Samuel berkata anggota gereja juga amat menghargai usaha dan sumbangan kerajaan untuk membaik pulih gereja Anglican tertua di Asia Tenggara itu, yang siap sepenuhnya pada November tahun lepas.
Samuel berkata sepanjang tempoh sembilan bulan kerja membaik pulih itu dijalankan, anggota gereja berkenaan menjalankan upacara keagamaan mereka pada setiap Ahad di sebuah dewan di gereja itu.
Samuel, yang bertukar ke sini pada awal tahun ini, berkata pembukaan semula rumah ibadat berusia 195 tahun itu membuka lembaran baru dalam sejarah Gereja St. George.
"Gereja ini dibina pada 1816 dengan seni bina berasaskan neo-klasik dan reka bentuk George Palladian," katanya.
Beliau berkata selepas dibaik pulih, gereja itu menarik kehadiran semakin ramai pelawat, terutama dari luar negara dan upacara sembahyang beramai-ramai pertamanya Februari lepas disertai penganut Kristian dari lebih 38 negara.
"Kami bercadang membina sebuah gerai untuk pelancong, membina pagar yang sesuai dan sebuah dewan pameran di atas tanah seluas dua hektar ini. Tapi, masih kekurangan peruntukan, manakala kos operasi gereja ini ialah kira-kira RM5,000 sebulan. Oleh itu, kami harap kerajaan atau syarikat multinasional boleh menyumbang ke arah ini," katanya.
Gereja di persimpangan Lebuh Farquhar dan Jalan Masjid Kapitan Keling ini diisytiharkan warisan negara pada 2007.

Bukit Bendera Bakal Jadi Kasino.



Bukit Bendera akan menjadi destinasi pelancongan kasino melalui usaha kerajaan negeri Pulau Pinang melaksanakan pembaikan, pembangunan semula, dan pengurusan Hotel Crag di kawasan peranginan terkenal itu.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pembangunan semula Hotel Crag akan memberi manfaat kepada semua rakyat Pulau Pinang dari segi peluang pekerjaan, penglibatan kontraktor tempatan, pembekal dan juga pulangan kewangan kepada kerajaan negeri.



Sebelum itu, pada 15 November 2010 kerajaan negeri telah membuka tawaran terbuka dan selepas bermesyuarat pada 11 April 2011, Sri Nisuh Sdn Bhd (SNSB) telah ditawar untuk mengendalikan projek tersebut.


Sri Nisuh Sdn Bhd (SNSB) adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Ipoh Perak,Tidak adakah lagi syarikat yang didaftarkan di Pulau Pinang yang mampu.Atau ada agenda tersembunyi?Berbalik kepada kenyataan dimanakah penglibatan kontrator tempatan yang didaftarkan di Pulau Pinang.

Address:Contact:Category:
No. 16, Jln Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak
Tel: 05-241 7055Housing Developer-Projects


Pengurusan dan pemasaran hotel bakal diuruskan oleh Amanresorts International Pte Ltd yang didaftarkan di Singapura.




Friday, May 27

Balik Pulau,Rumah Kos Rendah 1juta.DAP Punya Keja.


Lot Bumi baru di buka untuk jualan. Ni di Balik Pulau. Borang untuk non-bumi kena bayar RM50. Untuk bumi, FOC. Tapi ko orang tahu tidak berapa harga rumah ni? Apa? 20 hinggit? Nak tanam ko dlm kubo pun x lepas. Ni-1M. Tahniah Pas ngan Pkr sbb gadai PP pd Dap. Last2 rumah kos rendah pun x dak. Harga sebuah perjuangan..


Hartanah dikawasan balik Pulau semakin lama melambung harganya ini kerana pihak Kerajaan Negeri yang mengutamakan Kroni dan bersikap hendak menghalau melayu.Ironinya penduduk balik pulau majoritinya adalah melayu.Kenapa Kerajaan Negeri meluluskan Projek berskala kecil dan harga sebuah rumah mencecah jutaan ringgit.Mampukah Melayu balik Pulau membelinya purata pendapatan orang melayu disana ialah 1,500 ringgit sebulan.

Sungguh licik permainan yang diatur,menaikkan hartanah dan tidak membina rumah kos rendah yang mampu dibeli oleh orang melayu.Tujuannya ialah supaya dapat mempertahankan kerusi Parlimen Balik Pulau.Dap sedar akan kebangkitan melayu balik pulau kebanyakkanya telah sedaq akan kekejaman Dap terhadap melayu disana.Kenapa Guan Eng  menjadi bacul dan takut kebangkitan Melayu Balik Pulau.

MAT SABU TERKENANG MASA LALU

Guan Eng kaut RM 2 juta buta dari surcaj bil air rakyat Pulau Pinang !




Board of Directors
1.YAB Tuan Lim Guan Eng
(Chairman)
6.YB Dato' Faiza Binti Zulkifli
(Non-Independent & Non Executive Director)
2.YB Tuan Mansor bin Othman
(Deputy Chairman)
7.YB Dato' Farizan bin Darus
(Non-Independent & Non Executive Director)
3.YB Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
(Non-Independent & Non Executive Director)
8.YB Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam
(Non-Independent & Non Executive Director)
4.YB Tuan Lim Hock Seng
(Non-Independent & Non Executive Director)
9.YB Tuan Tan Cheong Heng
(Non-Independent & Non Executive Director)
5.YB Dato' Zainal Rahim bin Seman
(Non-Independent & Non Executive Director)
10.YB Tuan Lau Keng Ee
(Non-Independent & Non Executive Director)



Isu surcaj bil air yang dikenakan oleh kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang  sebenarnya banyak MASYUK  giler .   Ramai rakyat   tidak ketahui bahawa sebanyak  lebih RM  2 juta telah berjaya dikaut oleh lanun DAP ini sejak pengenalan surcaj dibuat .

Itu tempoh baru dalam 3 bulan sahaja iaitu  dari Jan 2011 hingga Mac 2011 .  Bagaimana sehingga tempih 6 bulan atau 12 bulan ?

Dalam masa 3 bulan ini juga , sebanyak 30 % dari pengguna domestik dikenakan . Satu jumlah yang cukup tinggi dan bermakna Guan Eng sudah kaji bahawa rakyat surcaj ini sebenarnya boleh kaut duit buta cukup banyak .

Sudah tentu lah   selepas ini bonus staf  PBA Holdings serta elaun Board Of Director  akan berlambak disebabkan keuntungan syarikat milik kerajaan negeri ini   meningkat disebabkan surcaj buta saja dari rakyat dikaut !

Kalau ada ura-ura harga minyak nak naik dan subsidi hendai dipotong , puak-puak Pakatan bangsat  ini punya lah hantam kerajaan  kerana ia akan membebankan rakyat .

Tetapi ini celaka punya Ketua Menteri DAP kaut lebih RM 2 juta dari duit rakyat tak ada sapa pun marah dan bising  ?  






READ MORE

CINTA SAYANGKU HILANG,OSTAZ AZIZAN IKUT BEWAK LGE.


Kenangan semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau yang mencipta sejarah sebanyak 15 calon bertanding bagi merebut kerusi tersebut.Inilah tempat MKP makan dan segala aktiviti perjumpaan bermula Kedai Nasi Lemak Cinta Sayang.Dan cinta gelapku yang dicipta bersama seseorang juga bermula jugak disini dan ianya kekal hingga kehari ini,Apa daya semua kenangan terindah itu akan menjadi sejarah suka-duka kehidupan.Berikutan kerakusan kerajaan PAS kedah merobohkan kedai tersebut.Sedih dan terharu akan nasib peniaga......


Sebanyak 13 peniaga di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang di sini kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan gerai mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan hari Khamis.

Seorang daripada peniaga berkenaan, Anita Suriati Aziz, 34, mendakwa tindakan itu telah menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000.




"MPSPK meroboh kesemua gerai di sini termasuk gerai saya pada hari ini. Ia berlaku dengan sekelip mata tanpa sebarang persediaan kerana pihak MPSPK tidak beri apa-apa notis kepada kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat MPSPK.

Anita yang berniaga roti canai selama 12 tahun di situ, berkata MPSPK tidak menyatakan sebarang alasan yang kukuh berkenaan tindakan merobohkan semua gerai yang sudah sekian lama bertapak di situ.




"Bayangkan pada waktu itu pelanggan sedang ramai dan kami tidak diberi peluang langsung untuk berunding. Jawapan yang pihak MPSPK bagi adalah kerja-kerja meroboh ini adalah arahan daripada pejabat Menteri Besar," katanya.

Peniaga surat khabar Ramlan Abdul Rahman,41, berkata tindakan MPSPK itu telah menyebabkannya hilang punca pendapatan kerana selama ini gerai yang dirobohkan itu tempatnya berniaga bagi mencari sesuap nasi.



"Pendapatan saya sekarang ialah cuma berniaga sahaja untuk membela lima orang anak dengan duit yang saya perolehi sebanyak RM20 hingga RM30 sehari ini.. dan sekarang saya buntu macam mana saya hendak menyara keluarga selepas ini," katanya.

READ MORE

CANDU SUBSIDI.



Perkataan subsidi seolah-olah menjadi kata keramat dan kadangkala ditakuti apabila adanya kenyataan dari pihak pemerentah kemungkinan subsidi bakal diselaraskan.

Subsidi juga dalam kebanyakkan hal seolah olah dijadikan tongkat keramat oleh bangsa melayu, lalu timbul satu tanggapan songsang yang menyatakan tanpa subsidi melayu akan gagal bersaing, isunya benarkah begitu?

Bukankah ramai petani, peniaga, pekilang, usahawan dan pelajar melayu yang berjaya kerana inisiatif kendiri dengan peranan subsidi hanya mengambil tempat pada tahap yang minima? Sepatutnya kejayaan sebegini dihebahkan bagi membuang kepercayaan umum bahawa tanpa subsidi rakyat akan susah dan negara akan hancur.


Kepercayaan karut ini samalah seperti tanggapan masyarakat bahawa PAS itu Islam dan PKR itu perjuangkan keadilan. Tanggapan salah ini telah menjadi barah yang kian merebak dan dalam jangka panjang mampu melemahkan saraf survival masyarakat.

Lebih malang golongan yang paling banyak menerima faedah subsidi menjadi golongan yang cukup kuat menentang kerajaan dan konsisten pula membangkang apa saja dasar kerajaan, ini telah memberikan mereka faedah besar, barangkali satu kajian mendalam perlu dibuat perihal ini.



Barangkali juga kewujudan kelompok angkuh, sombong dan ego ini sikap mereka yang mahu mentertawakan kelompok lain yang menerima subsidi, lantas mereka menjadi manusia yang tidak mengenal erti dan konsep bersyukur, berterima kasih dan kurang pula muhasabah diri, memikirkan bertapa beruntungnya mereka selama ini.

Dengan tanggungan subsidi kerajaan pada tahun ini bakal mencecah rm23 bilion dan dijangka meningkat keangka rm40 bilion, bayangkan apakah subsidi ini membawa lebih banyak kebaikan ataupun keruntuhan dan hanya dengan penilaian yang adil barulah pendapat kita menjadi lebih tertib, praktikal dan ada hujahan ilmu.

Bukannya seperti kenyataan ambil kesempatan dan wacana retorik yang sering dilontarkan pas, pkr dan dap. Mereka hanya bijak membangkang sehinggakan selalunya mereka sendiri keliru dan tidak faham apa yang mereka sedang bangkangkan.



Mungkin juga golongan ini dilanda sinrom 'CANDU SUBSIDI' jika sehari tidak menyebutnya, mengulas tentangnya mereka akan ketagihan dan menjadi tidak bermaya sama seperti penagih dadah yang ketagihan atau morfin

GEGARKAN PUTRAJAYA.AYUH BELIA.



Hari ini akan begegarlah Putrajaya dengan kehadiran belia dari seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah.Dijangkakan seramai sejuta belia akan berhimpun disana untuk pelbagai program yang diajurkan oleh kementerian belia dan sukan. 


Inilah masa yang dinantikan !!!Berkumpul dan bersatu,persahabatan,setiakawan dan semangat
semuanya disatukan dalam memartabatkan BELIA MALAYSIA.

Khabarkan kepada seluruh malaysia bahawa himpunan ini bukan himpunan 'suka-suka' tetapi himpunan menjadi langkah awal dalam kita mendabik dada sedikit masa lagi untuk menjadi NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020.



Ayuh sahabat semua,sebarkan dan hebahkan himpunan ini tak kira PRO KERAJAAN atau PEMBANGKANG.ini semua adalah masa kita bersatu untuk menunjukkan kita bangsa yang berbilang kaum yang bersatu tanpa membenci antara satu sama lain.lupakan politik untuk 3 hari.sama-sama kita ke putrajaya berkongsi segalanya dengan sahabat belia anda dari seluruh negara.


MATKILAU PENANG;hanya meninjau dari Pulau Pinang semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

Thursday, May 26

Ibu Pejabat PKR Dilelong?


PKR bakal diusir dari ibu pejabat parti itu kerana pemilik bangunan yang disewanya gagal membuat bayaran pinjaman bank sehingga mengakibatkan bangunan berkenaan terpaksa dilelong.
Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000″.
Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini.
Pada 2008, ibu pejabat parti itu berpindah dari sebuah pejabat kecil di Brickfields, Kuala Lumpur ke bangunan sekarang di Merchant Square Tropicana.
Bendahari PKR dan ahli parlimen Selayang William Leong berkata lelongan dijadualkan pada 9 Jun ini. Tambah Leong berkata PKR sedang mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk berpindah.
Apabila ditanya mengapa PKR tidak berbuat demikian daripada mula, Leong berkata tindakan tersebut adalah untuk menjimatkan dana parti bagi ‘operasinya’.
“Kami belum buat keputusan lagi. Semuanya bergantung kepada perbincangan oleh pemimpin parti,” katanya,
Apabila diasak mengenai siapa pemilik bangunan itu, Leong yang memegang jawatan bendahari sejak 2008 tidak mahu mendedahkannya.
“Saya tak boleh ingatlah. Saya kena semak dulu dan bagi tahu awak,” katanya.
Apabila ditanya sama ada bangunan berkenaan milik ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen, beliau menafikannya.
Menurut sumber lain pula pemilik bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square,Tropicana, Petaling Jaya iaitu Datuk Soh Chee Wen yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim telah meminta PKR mengosongkan bangunan tersebut.
Datuk Soh bukan sahaja meminta PKR keluar dari bangunannya malah kami difahamkan beliau juga menuntut PKR membayar RM 800 ribu kepadanya kerana semenjak bangunan itu digunakan oleh PKR dari tahun 2008 hingga kini, parti itu tidak pernah membayar sesen pun kepadanya.
Lebih pedih dan memilukan lagi, difahamkan bangunan itu akan bertukar menjadi pejabat parti KITA sebaik sahaja PKR keluar.

GAJI MUFTI DUIT BABI.INILAH PERJUANGAN PAS YG DIAGUNGKAN.


Inilah perjuangan PAS,mengutuk dan memperlekehkan sesama islam.Budaya inikah yang sepatutnya bagi mereka yang bergelar iman serta ustaz,sama-sama kita renungkan.Atau inilah tujuan PAS sebenarnya ialah memecah-belahkan sesama Melayu yang sinonim dengan Islamnya.

Wednesday, May 25

TPM: DAP paling cauvinis


Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik,” katanya.
Muhyiddin mengulas kenyataan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang mengatakan DAP berhasrat untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan oleh DAP itu hanya merupakan satu taktik untuk menarik sokongan orang Melayu walaupun parti itu tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini.

DAP Jangan Cuba Perbodohkan Orang Melayu


Bangsa Melayu bukan alat permainan dalam politik sehinggakan boleh diperkotak-katikkan sesuka hati termasuklah untuk memancing undi dan mendapatkan kuasa dari tangan rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, tindakan DAP yang merancang untuk meletakkan calon-calon Melayu mewakili parti mereka pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan kedangkalan mereka dalam menilai kedudukan masyarakat hari ini.
“Siapa DAP yang mahu memperbodohkan orang Melayu sewenang-wenangnya sedangkan secara realitinya rakyat tahu dan sedar bahawa DAP hanyalah topeng yang melakonkan sandiwara untuk mendapatkan kuasa secara total,” katanya kepada UMNO-Online.
Terang beliau, apa yang direncanakan oleh DAP menjadi bukti bagaimana penilaian mereka kepada orang-orang Melayu yang dianggap sebagai batu loncatan mereka untuk meraih kedudukan dan mendapatkan kuasa semata-mata.
“Inilah DAP yang tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malahan sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang-orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi.

ARTIS ZAMAN SEKARANG.


KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.
Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut.
"Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.

Tuesday, May 24

VIDEO:KEKEJAMAN DAP TERHADAP PENIAGA MELAYU PULAU PINANG.

Pengakuan mangsa penindasan DAP.

KEKEJAMAN DAP TERHADAP PENIAGA MELAYU BATU FERINGGHI.

Rahayu binti Abd Murad menangis.

Kakak Rahayu Abd Murad menangis kerana akan hilang punca pencarian akibat kekejaman DAP mengarahkan pihak MPPP merobohkan kedai yang diusahakan turun temurun dari emaknya hinggalah beliau mengambil alih perniagaan tersebut.Selama berniaga dari kecil hingga kini hampir lebih 40 tahun.tiada siapa menggangu perniagaan beliau.Untuk makluman Rahayu mempunyai seorang anak kurang upaya.




Bermula dari kehadiran ketua menteri Lim Guan Eng musibat dalam upacara memecah tanah bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Chai di lot tanah 62 batu Feringghi.Bangunan baru yang dibina setinggi 4tingkat.Lim Guan Eng musibat mengarahkan gerai yang berada dihadapan sekolah patut dirobohkan walaupun kawasan tersebut berada di luar Lot 62 kerana ia akan mengcacat pemandangan apabila Lidah Bewak ini akan kembali merasmikan bangunan tersebut apabila siap kelak.MPPP mengambil tindakan menyaman Rahayu pada 6april 2011. notis 24jam bagi mengosongkan kedai pada 20april 2011.tindakan merobohkan kedai sepatutnya pada hari ini 24may 2011 tiada kelihatan lori atau penguatkuasa datang pada hari ini.

MKP:Video akan kenyataan kakak rahayu akan menyusul kemudian. 

Monday, May 23

MAK LAMPIR ZURAIDA VS SPR.



MAK LAMPIR MENGILAI MENGENAI PENGUNDI WARGA ASING.

KENYATAAN SPR.

PUTRAJAYA: Tidak ada pendatang asing yang didaftar sebagai pemilih kerana pengesan utama yang digunakan dalam menentukan kelayakan permohonan sebagai pemilih ialah kad pengenalannya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Beliau berkata, ketika proses pendaftaran pemilih melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang diguna pakai oleh SPR, pengenalan pemohon akan dihubung kait dengan "Agency Link-Up System" (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, ALIS yang mempunyai 33 jenis tapisan atau semakan wajib bagi setiap permohonan, akan menolak permohonan mereka yang bukan warganegara untuk didaftar sebagai pemilih.
Bercakap dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini, beliau berkata, jika ada sebarang cubaan untuk mendaftar permohonan yang tidak sah, sistem yang ada akan menolak transaksi atau kemasukan data itu secara automatik. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pihak-pihak tertentu yang menurutnya mempertikai kononnya berlaku pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi, di samping mempertikai proses pendaftaran anggota polis sebagai pengundi. 

Abdul Aziz berkata, tapisan dan semakan yang dilaksanakan oleh sistem ALIS bukan saja menolak mereka yang bukan warganegara, malah ia juga menolak permohonan daripada mereka yang belum layak dari segi umur dan yang mengemukakan kad pengenalan palsu. 

Katanya, jika ada pihak tertentu yang mempunyai sebarang bukti berhubung perkara itu, beliau meminta supaya ia dikemuka kepada pihak SPR bagi membolehkan siasatan dilakukan. 
"Saya ingin dapatkan senarai itu (pendaftaran pendatang asing sebagai pengundi) yang lengkap dengan nama mereka, nombor pasport dan butirannya sebagai pengundi. Saya nak dapat bukti kerana adalah suatu perkara yang tidak mungkin bagi pendatang asing boleh didaftar sebagai pemilih," katanya.

AHLI PARLIMEN DAP:"MAD MAN" BAYAR RM 150 RIBU.


GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai ahli lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.



READ MORE

MKP:Lan kali JEFF OII Buat lagi,,,,,,,padan muka.

Dua Pemimpin PKR Berbeza Nasib



GEMA 'reformasi' berkumandang sekali lagi di Mahkamah, sekaligus mengimbau sejarah kali pertama perkataan tersebut dilaungkan pada 13 tahun lalu.
Perkara yang membawa kepada laungan tersebut sama - bermula dengan satu kes liwat yang berprofil tinggi - kerana si pelaku yang didakwa adalah seorang insan yang amat dikenali, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tahun 1998, Anwar dikenali sebagai Bekas Timbalan Perdana Menteri dituduh meliwat Azizan Abu Bakar yang merupakan bekas pemandu kepada isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Dan untuk liwat versi kedua, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan telah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tabii itu dengan seorang anak muda, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantunya.
Kesalahan itu didakwa berlaku di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Sejak dituduh di mahkamah pada 7 Ogos 2008, beberapa percubaan untuk mengenepikan pertuduhan tersebut dilakukan oleh barisan peguam Anwar, yang dengan tegas mengatakan pertuduhan tersebut dilakukan dengan niat jahat.
Bagi penyokong Anwar, mereka percaya pertuduhan itu dilakukan dengan niat mahu mematikan karier politik Anwar, dan secara berseloroh mengatakan itu adalah drama kedua yang menggunakan skrip sama.
Setelah hampir setahun tergendala, perbicaraan kes akhirnya bermula pada 3 Februari lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dengan Mohd Saiful menjadi saksi pertama sebelum diikuti oleh 25 lagi saksi pendakwaan.
Walaupun masa yang diambil kelihatan 'panjang', perbicaraan tersebut sebenarnya hanya berjalan selama 59 hari dan akhirnya pada 16 Mei lalu, Mohamad Zabidin memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas pertuduhan tersebut.
Pada tarikh yang sinonim dengan insan bergelar pendidik itu, penyokong Anwar - termasuk dari kawasan Parlimennya, Permatang Pauh - telah memenuhi setiap ceruk perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kehadiran penyokong seramai kira-kira 700 orang itu walaupun tidak dapat menandingi jumlah kehadiran pada tahun 1998, masih mampu membawa impak kesesakan, selain berlaku kerosakan pada bahagian tangga mahkamah. Anwar yang tidak terkejut dengan keputusan hakim, akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.
Pembelaan pada 6 sehingga 30 Jun depan merupakan medan terbaik Anwar untuk membersihkan nama, apatah lagi beliau kemudiannya telah dikaitkan dengan dakwaan 'beraksi' dalam video seks - yang juga dinafikannya.
Malah, pembelaan itu juga dijangkakan hebat apabila peguam Anwar telah memberikan bayangan bahawa ada kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil selaku saksi.
Jika benar, bukan calang-calang saksi yang akan turut sama mengangkat sumpah, termasuk dua pakar daripada Australia dan India.
Pada minggu lalu juga menyaksikan seorang anak buah Anwar, iaitu Mohd Yahya Mat Sahri yang merupakan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang dilepaskan daripada pertuduhan menipu.
Dakwaan menipu itu didakwa dilakukan oleh Mohd Yahya terhadap Presiden Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar sehingga mendorong beliau untuk menyerahkan RM50,000 yang dikatakan sebagai sumbangan kepada Majlis Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada tahun 2008, iaitu semasa Selangor dirampas oleh PR yang melakukan tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 12.
Bukan sahaja Anwar, Mohd Yahya juga mempunyai pengikut sendiri apabila mereka ini - yang terdiri daripada pelbagai bangsa - sanggup menghadiri prosiding mahkamah yang diadakan pada waktu petang.
Dengan keputusan itu, Mohd Yahya sedang berkira-kira untuk membersihkan namanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikatakan telah mencemarkan namanya menerusi satu sidang media dan aduan yang membawa kepada pertuduhan di mahkamah.
Mohd Yahya dibebaskan selepas mahkamah mendengar pembelaannya yang akhirnya didapati telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah bagi mematahkan pertuduhan yang dihadapi.
Mahkamah adalah satu instutusi tempat orang mencari keadilan. Usaha Mohd Yahya untuk membersihkan diri, dilengkapi dengan bukti-bukti kukuh akhirnya membawa kemenangan.
Selepas ini, pengikut-pengikut PKR sekali lagi akan berkampung di mahkamah untuk mendengar pembelaan Anwar, dan jika beliau boleh membuktikan pertuduhan itu adalah direka-reka, sudah pasti beliau juga boleh mengukir senyuman seperti Mohd Yahya di akhir prosiding.

Sunday, May 22

DOSA POLITIK JIKA TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih. 

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.



Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti.


"Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini. 

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih. 

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih. 

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya

TERKINI:Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 12 Terkorban; 4 Tertimbus


Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah:
1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11, * umur tidak diketahui



Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan sejumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia di Hulu Langat dekat sini.
Bantuan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan tinjauan di tempat kejadian malamSabtu.
"Selain itu segala keperluan dari segi pengkebumian akan ditanggung oleh kerajaan Pusat...kita akan biayai keperluan yang berkaitan.
"Kita juga akan menangani mengenai masalah keperluan rawatan kesihatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika ditemui media.
Tambah beliau, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang dilaporkan hilang ditemui.
"Kerja-kerja ini tidak akan terhenti sehinggalah selesai semua bilangan mangsa ditemui sama ada mereka hidup ataupun meninggal dunia," katanya.


Sehingga berita ini ditulis, seramai 21 mangsa berjaya dikeluarkan dengan 12 daripadanya meninggal dunia.
Usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari empat lagi mangsa termasuk seorang dewasa.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, maklumat lengkap mengenai tragedi berkenaan akan diperolehi daripada pihak berwajib bagi mengetahui mengenai punca kejadian.

LIVE Tanah runtuh: Lelaki tertimbus ditemui selamat



HULU LANGAT 21 Mei – Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, dikeluarkan dengan selamat.
Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam.terbaru 12.15am Dah sah: 3 dewasa, 6 kanak 2 selamat, 1 dewasa dan 9 meninggal, nasib yg lain belum diketahui

Saturday, May 21

TPM:TURUN PADANG DI-LOKASI TANAH RUNTUH








HULU LANGAT 21 Mei - Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.
Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian. 
Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Seorang lagi meninggal dunia di Hospital Ampang,menjadikan enam orang mati,10 masih lagi tertimbus,8 cedera..........



.SUMBER KLPOS

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive