Tuesday, May 31

DAP MELAYU DAH SEDAQ,YANG LAIN BILA LAGI.



 “Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat `melukut di tepi gantang’ bila bersama-sama DAP walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas, kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,” ujar bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58.



Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan petang tadi.
“Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami.
Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP.  UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,” ujarnya selepas menyerahkan 64 borang permohonan kepada Datuk Ahmad Maslan, petang tadi.
PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana beliau tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada di kawasan tersebut.
”Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis.
Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya.

FAKTA MENGENAI TARIF BARU ELEKTRIK.






Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan satu senarai soalan-soalan lazim ditanya mengenai tarif baru elektrik:

1. Bilakah tarif baru ini akan berkuat kuasa?
Tarif baru elektrik akan berkuat kuasa pada 2 Jun 2011.

2.Berapakah jumlah peningkatan tarif elektrik yang disemak semula?

a)Purata tarif elektrik akan bertambah sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj.

Peningkatan 7.12 peratus ini terdiri daripada: 

*5.12 peratus atau 1.60sen/kWj akibat peningkatan harga gas asli bagi sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU sejajar dengan peningkatan harga-harga tenaga global; serta 
*2.0 peratus atau 0.63sen/kWj bagi TNB memperolehi semula sebahagian daripada peningkatan kos bekalan elektrik sejak semakan semula tarif asas pada Jun 2006.

b)1.0 peratus yang dikenakan ke atas bil bulanan pengguna sebagai "Feed-in-Tariff (FiT)" untuk mempromosikan Tenaga Boleh Baharu RE). Pengguna-pengguna domestik dengan penggunaan kurang daripada 300kWj/bulan akan dikecualikan.

3.Apakah kadar-kadar khas atau diskaun yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna? 

Pakej semakan semula tarif juga memberikan kadar-kadar khas dan diskaun seperti berikut:

*Diskaun 10 peratus ke atas bil-bil elektrik yang kini dinikmati oleh sekolah-sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi kerajaan, tempat-tempat ibadat serta rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan telah dikekalkan. Diskaun 10 peratus tersebut akan merangkumi juga institusi-institusi pendidikan yang dibiayai separuh oleh kerajaan;

*Pengguna-pengguna Pengstoran Tenaga Termal(TES) akan menikmati diskaun yang lebih tinggi bagi penggunaan elektrik bukan waktu kemuncak;

*Pengurangan caj "standby" bagi penjana bersama untuk menggalakan inisiatif-inisiatif Teknologi Hijau, Keberkesanan Tenaga serta Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM); dan

*Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air serta pembentungan dikategorikan di bawah Tarif Industri.

4.Berapakah purata peningkatan bil elektrik bagi setiap segmen pengguna?

Pengguna-pengguna industri akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus hingga 10.3 peratus). Sementara pengguna-pengguna komersil akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus kepada 10.3 peratus).

Bagaimanapun, semua pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sehingga 200kWj (jaluran penggunaan asas) dan 100kWj berikutnya tidak akan terjejas dengan peningkatan tarif. Pengguna domestik dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj dan 33.4 sen/kWj masing-masing.
Pengguna domestik dalam jaluran 301 hingga 400 kWj sebulan akan mengalami kenaikan minima bil elektrik (iaitu 0.1 -6.0 peratus atau RM0.07 – RM6.60).

5.Apakah kesan terhadap pengguna Jaluran Penggunaan Asas?

Jaluran Penggunaan Asas dikekalkan pada 200kWj/bulan. Pengguna Domestik dalam jaluran penggunaan asas tidak pernah mengalami sebarang peningkatan tarif elektrik sepanjang pengubahsuaian tarif yang lalu sejak 1997. Kira-kira 3.3 juta isi rumah akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj. Bilangan isi rumah ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah golongan miskin (iaitu pendapatan kurang daripada RM750 sebulan).

6.Apakah tujuan utama semakan semula tarif elektrik?

Kenaikan tarif elektrik adalah sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan harga gas asli terhadap sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU (28 peratus) berkuat kuasa daripada 1 Jun 1 2011.

Peningkatan harga gas asli tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga-harga tenaga global sejak 2009 dan ianya berdasarkan mekanisme harga gas asli oleh kerajaan di mana harga tersebut disemak semula secara bertempoh sejajar dengan tren harga pasaran Minyak Bahanapi Medium (MFO). 

Oleh kerana kos gas asli menyumbang kira-kira 54.2 peratus daripada jumlah kos campuran bahanapi (tahun kewangan 2010), kos tambahan bahanapi yang disebabkan oleh semakan semula harga gas diterjemahkan dalam bentuk peningkatan tarif elektrik pengguna.

7.Bagaimanakah harga gas ditentukan?

Harga-harga gas ditentukan berasaskan harga bahanapi alternatif. Sebagai contoh, jika minyak bahanapi digunakan dalam penjanaan tenaga dan jika gas digunakan untuk menggantikan minyak bahanapi sebagai sumber tenaga maka harga gas akan menjadi sama seperti minyak bahanapi. Kebiasaan penggunaan harga gas secara relatif kepada bahanapi alternatif (contoh harga-harga minyak bahanapi) ini telah digunapakai di semua negara-negara di rantau ini.

Mengikut sejarah, sektor tenaga di Malaysia telah menggunakan minyak bahanapi untuk menjana elektrik. Bagi menawarkan insentif-insentif kepada sektor tenaga supaya menukarkan daripada minyak bahanapi kepada gas, sejajar dengan yang dipraktikkan secara antarabangsa, harga-harga gas ditambatkan kepada harga-harga minyak bahanapi, yang didagangkan dan disiarkan secara meluas.

Oleh itu, harga-harga minyak bahanapi telah digunakan sebagai rujukan untuk menentukan harga gas di Malaysia untuk menjana tenaga.

Formula harga gas yang telah dipersetujui antara pembeli dan penjual telah disebutkan di dalam perjanjian-perjanjian penjualan gas (GSA).

Ia memberikan ketelusan antara kedua-dua pihak. Harga-harga gas yang ditentukan berasaskan formula harga gas yang dipersetujui akan bergerak mengikut harga-harga pasaran minyak bahanapi.

8.Bagaimanakah subsidi gas ditentukan?

Subsidi dirumuskan sebagai perbezaan antara harga pasaran (iaitu harga yang ditentukan daripada formula harga yang dipersetujui) dan Harga Tetap Kerajaan (harga subsidi).

Buat masa ini harga pasaran untuk gas bagi sektor tenaga adalah kira-kira RM 47.42 setiap MMBTU sementara harga subsidi ialah RM 10.70 per MMBTU. Oleh itu, perbezaan antara harga pasaran dan harga subsidi, adalah RM36.72 setiap MMBTU.

9.Apakah kesan kos subsidi gas terhadap negara?

Sehingga akhir 2010, PETRONAS telah membelanjakan kira-kira RM131.3 bilion untuk subsidi gas kepada kedua-dua sektor tenaga dan bukan-tenaga.

Sekiranya harga-harga gas kekal tidak berubah (iaitu RM 10.70 setiap MMBTU untuk sektor tenaga; RM 15.35 setiap MMBTU untuk sektor bukan tenaga), ini akan melibatkan kira-kira RM27 bilion subsidi pada 2011. Oleh kerana keadaan tersebut tidak tertanggung lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menstruktur semula subsidi gas. (Nota: Anggaran subsidi gas adalah berasaskan harga minyak bahanapi sebanyak USD 93.98 se tong dan kadar pertukaran sebanyak RM3.0467/AS$).

Memikul beban subsidi akan menghadkan keupayaan PETRONAS untuk menyumbang dalam bentuk dividen dan cukai-cukai korporat. Ia juga menghadkan keupayaan PETRONAS untuk melabur semula bagi mengekalkan aliran pulangan pendapatan di masa hadapan

Monday, May 30

BELIA DAN POLITIK.


Tahniah MKP ucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana berjaya menganjurkan Himpunan Sejuta Belia.Walaupun ada tomahan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang itu pekara biasa kerana kerja mereka hanya membangkang apa saja yang dibuat oleh kerajaan BN.Datuk Seri Najib mengumumkan perlunya Parlimen Belia adalah Idea yang bernas dan tepat.  

UNJURAN Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 bagi jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang atau 43 peratus daripada populasi rakyat di Malaysia. 

Sehingga Disember 2010, seramai 11,811,452 yang berusia 21 tahun ke atas sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala pengundi yang berusia 21 hingga 39 tahun mencecah 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.
Ini menjadikan golongan belia menjadi kelompok yang penting untuk diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara.


mam al-Ghazali pernah menyatakan: “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang.” Secara tidak langsung kelompok ini bukan saja boleh menjadi rakan pembangunan negara tetapi juga sebaliknya. 

Golongan belia tentunya membawa pola dan tingkah laku politik berbeza. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu, saluran orang muda dikatakan penyebab tsunami politik di lima negeri yang terlepas ke pakatan pembangkang. 

Walaupun trend itu dikatakan berubah dalam siri pilihan raya kecil kebelakangan ini, namun dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, tingkah laku politik orang muda berbeza mengikut geopolitik kawasan. 

Ada dua aspek utama yang membentuk pola politik pengundi muda. Pertama, tahap pendidikan dan yang kedua pengaruh media sosial. Boleh dikatakan majoriti pengundi muda mendapat pendidikan minimum pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini bermakna mereka berada dalam ruang lingkup pengaruh pendidikan formal sehingga 11 tahun dalam kehidupan sebelum mereka mengundi. Ia semakin melebar sekiranya mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


Pendidikan mengasah ketajaman daya fikir. Kebanjiran maklumat menerusi internet dan televisyen satelit menyebabkan sesuatu isu yang menyentuh kepentingan dan peranan anak muda akan dibuat perbandingan senario dalam negara dan antarabangsa. Keterbukaan dan pendedahan maklumat ini sudah tentu menuntut pendekatan yang berbeza dalam mengurus isu yang berkaitan dengan anak muda. 

Pengaruh media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter mempengaruhi persepsi anak muda. Media sosial biar pun tidak bersemuka, namun atas sifatnya yang segera, kos murah, tanpa tapisan dan kesukaran pendakwaan undang-undang menyebabkan maklumat masuk ke gajet elektronik bertali arus dan akhirnya membina pengaruh. Siapa yang lebih kerap menghantar maklumat akan lebih berpeluang untuk mempengaruhi. Sesuatu perkara jika diasak berkali-kali, akan diyakini benar. 

Apakah keperluan kehidupan anak muda? Isu anak muda berkaitan dengan 4P – Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Perumahan. Bagaimana mereka mendapat peluang dan inisiatif untuk mereka melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum, dengan pendidikan yang sempurna bolehkah mereka mendapat peluang pekerjaan dan dengan pekerjaan mereka akan mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupan dan peluang memiliki rumah sebagai tempat berlindung dan status sosial. Model Baru Ekonomi (MBE) bertujuan meningkatkan pendapatan tahunan perkapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000. Tentunya hasrat murni ini perlu mengambil kira peluang anak-anak muda untuk turut sama meningkatkan pendapatan. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI.



Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan
persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.


Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai


Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. 

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.  

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.  


Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.  

Selamatkah Kepimpinan Ulama PAS?


Empat hari menjelang pemilihan kepimpinan baru PAS, cakap-cakap mengenai persaingan golongan ulama dan profesional terus hangat diperkatakan.
Jika dilihat dari arah corong kecil, isu sama ada PAS akan terus diterajui pemimpin yang berlatar belakangkan pendidikan agama ataupun profesional mungkin tidak timbul kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telahpun diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden.
Namun bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Andai kata pandangan mengenai masa depan dan hala tuju PAS dilihat dari ruang lingkup yang lebih besar khususnya bagi persaingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, parti itu kini sebenarnya berada dalam fasa peralihan paradigma.
Saingan campuran tiga penjuru bagi jawatan nombor dua selepas Abdul Hadi sebenarnya akan menentukan corak dan hala tuju PAS dalam tempoh tiga atau enam tahun akan datang.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan kedudukannya yang dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga dari golongan ulama dan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dari kumpulan profesional.
Mutakhir ini kedudukan Nasharudin dilihat sedikit goyah terutamanya selepas isu kerajaan perpaduan dengan Umno timbul hingga mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin dan penyokong PAS sendiri terutama yang ‘berkiblatkan’ kerjasama dalam Pakatan Rakyat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Kehadiran Tuan Ibrahin yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sekadar mahu menyelamatkan kedudukan ‘kem ulama’ dari terlepas ke tangan Mat Sabu yang dilihat lebih terbuka khususnya bagi mewujudkan kerjasama antara PAS dengan pihak luar.
Jatuhkan Abdul Hadi
Kedudukan Abdul Hadi sebenarnya diibaratkan seperti telur di hujung tanduk sekiranya gerakan menolak kumpulan ulama berlaku di posisi jawatan nombor dua khususnya jika ramalan bakal berlaku pecahan undi antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim benar-benar berlaku.
Tidak keterlaluan jika Mat Sabu dikategorikan sebagai proksi dalam misi menjatuhkan Abdul Hadi dan legasi kepimpinan ulama dalam PAS.
Sekiranya keputusan berpihak kepada Mat Sabu, Abdul Hadi pastinya tidak dapat lagi menahan kebangkitan golongan profesional yang mahu menukar wajah atau imej berserban dan jubah dalam PAS.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, kebangkitan golongan profesional semakin meluap-luap dalam PAS khususnya yang mahu melihat parti itu bergerak dengan lebih agresif dalam arus politik semasa.
“Kita lihat begitu ramai golongan profesional menyertai PAS. Mereka tidak mempunyai latar belakang agama tetapi komited dengan perjuangan PAS dan Islam.
“Kebangkitan kumpulan ini semakin ketara kerana mereka mahu melihat PAS sebagai sebuah parti Islam keluar dari kepompong lama,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Ahmad Atory lagi, golongan profesional dalam PAS juga mahu membawa parti itu ke kancah politik yang lebih dinamik dan agresif dan seterusnya meninggalkan imej moderat atau bersederhana yang diamalkan mereka sebelum ini.
Pada kedudukan ini, Mat Sabu perlu bekerja keras khususnya bagi meyakinkan ahli dan perwakilan PAS mengenai misi melakukan modenisasi dalam kepimpinan parti itu.
Andai kata ‘misi sulit’ berkenaan berjaya, tiada apa yang mampu dilakukan Abdul Hadi bagi menyelamatkan kedudukan dan legasi ‘tok guru’ dalam PAS.
Paling ketara, tidak mudah bagi Abdul Hadi untuk mengemudi bahtera PAS sekiranya beliau hanya berseorangan di tampuk teratas tanpa mendapat sokongan dari kumpulan seangkatan dengannya seperti gandingan beliau dan Nasharudin sejak 2005.
Dengan kata lain, tidak mustahil selepas tiga tahun akan datang, Abdul Hadi dengan sendirinya akan berundur atau lebih buruk akan disingkirkan sekiranya masih mahu mempertahankan kedudukannya.

Kadar tarif elektrik Semenanjung naik 2.23 sen/kwj mulai 1 Julai



Kerajaan memgumumkan kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 33.54sen/kwj daripada 31.31sen/kwj iaitu sebanyak 2.23sen/kwj, berkuatkuasa 1 Jun depan.

Kenaikan itu kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.
Selain itu, semakan tarif asas TNB dengan kenaikan 0.63sen/kwj (2%) turut memberi kesan ke atas kenaikan itu.

Subsidi Kerajaan Malaysia,Rakyat didahulukan.

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Video : 807 Ahli DAP keluar parti,masuk MIC!!

GEMPAR!!! Seramai 807 ahli DAP dari kawasan Perai,Batu Kawan dan Bagan Dalam keluar parti beramai-ramai menyertai MIC.

En.Jambunathan ,Ketua JKK serta Pengerusi DAP Bahagian Teluk Indah untuk 30tahun  yang mengetuai kumpulan seramai 807 orang  menyertai MIC selepas timbulnya ketidakpuasan dengan pimpinan DAP yang menyingirkan kaum India terutamanya di Perai dan Bagan Dalam. 

Upacara yang di hadiri oleh kira kira 2000 orang dari seluruh Perai dan Bagan Dalam jelas menunjukkan bukti bahawa sokongan kaum India kepada BN kembali dan MIC semakin pulih di Pulau Pinang.


Majlis digemparkan dengan ucapan seorang bekas penyokong setia DAP yang mengaku bahawa hanya MIC sahaja mampu memperjuangkan hak orang India di Malaysia. Mesti Tonton.. Di bawah :


MKP pasti dengan semua bukti yang diserta sudah cukup membuktikan bahawa kaum india Pulau Pinang telah bangun dan sedaq akan pembohongan yang dilakukan oleh DAP.Kaum india telah memberikan sokongan terhadap BN.Tamparan yang hebat kepada TKM  Prof Ramasamy bahawa beliau hanya digunakan sebagai boneka untuk meraih sokongan kaum india.   

Sunday, May 29

APAKAH MODENISASI MEMBUNUH NILAI KEAGAMAAN?

BOLEH dikatakan setiap pelusuk dunia masa kini mengalami perubahan. Perubahan ke arah modenisasi. Secara amnya, modenisasi boleh diertikan sebagai transformasi dari keadaan yang tradisional ke arah yang lebih mudah, pantas serta berteknologi. Ini yang dikatakan sebagai pemodenan.
Situasi begini tidak kurang juga dengan apa yang dialami oleh rakyat Australia. Transformasi yang berlaku di sini begitu pantas sekali. Sehinggakan teknologi yang dibangunkan setahun yang lalu sudah dianggap sebagai kuno ataupun ketinggalan zaman.
Ironinya, pembaharuan pesat yang berlaku bukan sahaja bermain di sekitar bidang teknologi, bahkan nilai keagamaan juga mendapat tempias dari arus modenisasi yang sedang melanda dengan begitu hebat sekali di sini.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, dalam agama kristian katolik, confession(pengakuan terhadap dosa), merupakan satu kaedah pembersihan jiwa. Secara tradisionalnya, seseorang perlu hadir ke gereja, berhubung dengan paderi di dalam konsul yang tertutup.
Kemudian pesalah bolehlah membuat pengakuan terhadap segala dosa-dosanya, terutama sekali terhadap 7 dosa besar, yang dilakukannya secara tertutup untuk menjaga kehormatan dan privasi pelaku.
Akan tetapi modenisasi telah memudahkan elemen tradisi keagamaan ini. Kini terdapatnya sistem pandu dan masuk pengakuan dosa. Bagaimana?
Kaedahnya sama seperti memesan makanan ringan dari tingkap pandu masuk. Pendosa boleh memandu kereta sendiri, berhenti seketika untuk mengaku kesalahan yang telah mereka lakukan.
Yang menariknya, para pengaku tidak perlu menyebut secara terperinci akan dosa mereka, cukup sekadar memberi kod kesalahan, yang sedia tertera, untuk memudah dan mempercepatkan proses pengakuan dosa.
Pada akhir upaca, paderi akan menyembur (spray) air mawar tanda simbolik bersih dari segala dosa. Cukup mudah, cepat dan moden.
Modenisasi juga tidak hanya berlaku dalam agama kristian di sini, malah agama Islam juga tidak terlepas dari menongkah arus kemodenan. Seringkali jika anda berada di masjid-masjid sekitar sini, janganlah merasa hairan, apabila ada yang sembahyang disebelah anda memakai seluar pendek.
Tidak pelik juga apabila bertemu dengan mereka yang bertatoo mahupun yang bertindik solat bersama-sama anda. Kadang-kadang terfikir juga adakah ini dinamakan “tajdid” dalam agama, ataupun sekadar “islah”. Tapi bagi saya ini adalah kejahilan dalam agama.
Bukannya saya menentang sebarang pembaharuan, tapi janganlah kelonggaran yang diberikan disalah gunakan sehingga melampaui batas-batas nilai.
Kadang-kadang Islam sering dipandang sepi oleh pengikutnya sendiri. Ada ketikanya saya berjumpa dengan beberapa orang rakan ketika hendak menunaikan solat Jumaat.
Akan tetapi mereka tidak masuk ke masjid, hanya menunggu di luar. Bila ditanya kenapa tidak masuk? Jawapan yang agak mengeliru telah diberikan. Kehadiran kami sekadar untuk memberi hormat kepada jenazah yang ada pada hari ini, bukannya datang untuk bersolat.
Tambah menariknya, di sesetengah masjid lebih menitik beratkan pemakaian stokin berbanding dengan penutupan aurat yang sebenar. Sehinggakan terdapat masjid mengenakan peraturan “no sock no solat”, ironinya mereka yang memakai singlet dan seluar atas lutut dibenarkan pula untuk masuk bersembahyang.
Cuba bayangkan perasaan anda jika anda bersolat bersebelahan dengan mereka ini. Tidakkah anda terasa pelik dan terhina?Kebanyakan penganut agama Islam di sini malu untuk mengaku secara berterus terang tentang keimanan mereka. Sehinggakan bila ditanya jawapan yang cukup dangkal diberikan, “muslim but not practicing”.
Kadang-kadang jawapan yang diberikan dengan intonasi yang cukup bangga. Seolah-olah agama hanya dicari apabila hampir mati sahaja, malah perkahwinan pun sudah seperti tidak perlu kepada restu keagamaan.
Fenomena ini saya lihat dari sudut yang berbeza, hakikatnya ramai mengetahui ajaran Islam itu menepati keperluan sepanjang zaman, namun berapa ramai yang tahu atau mendalami Islam itu sendiri?
Kebanyakan dari mereka sekadar ikut mengikuti satu sama lain. Kesalahan ini saya lontarkan kepada orang pandai agama, kerana gagal meyakini orang awam akan kehebatan dan kebenaran Islam yang sebenar.
Bagi saya, “if you have a good product but you dont know how to sell or market it, it is a waste.”

ISU PENIAGA BATU FERINGGHI.


isu peniaga yang bakal dirobohkan oleh MPPP tempoh hari di batu feringghi mendapat sambutan dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringgi, Jamaluddin Hashim.JKKKN Jamaluddin membuat kenyataan bahawa tanah tersebut adalah milik pensendirian.Betulkah?untuk makluman JKKKN yang kurang cerdik serta buta fakta tanah tersebut dibawah seliaan Jabatan Peparitan dan Saliran (JPS) yang JKKKN maksudkan tanah persendirian ialah Lot 62.Saya sendiri berada ditempat kejadian masa dan ketika semua ini berlaku kenapa tidak kelihatan kelibat JKKKN yang mendakwa prihatin serta ambil berat tentang nasib peniaga tersebut. 


Timbalan Ketua Menteri (1) Datuk Dr Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu perobohan gerai itu.Kenapa tidak patut dipersalahkan?Rahayu Abdul Malik(peniaga serta wakil NGO)bersemuka sendiri dengan TKM Mansor berkata beliau terpaksa akur dengan arahan yang diberikan oleh KM lidah Bewak LGE.Apakah perasaan kakak Rahayu apabila mendengar Seorang yang berbangsa melayu memegang jawatan tertinggi kerajaan Negeri berucap dengan sedemekian rupa,luluh hatinya.


Untuk makluman kakak rahayu serta wakil NGO telah berjumpa pihak Pejabat Tanah tanpa penglibatan JKKKN batu feringghi telah mendapat nasihat serta maklumat tentang apa yang perlu dilakukan selepas gerai itu dirobohkan.


Pihak JKKKN janganlah dok perasaan setelah semua ini tersiar diakhbar serta blog baru lah nampak hampa semua nak buat kerja sebelum ini batang hidung pun tak pernah jumpa.kata astaka akan dibina dibayu senja bila nak siap tapak projek pun tak nampak.buat kenyataan memalukan sesama melayu lain kali jilat pungguq Guan eng sekali.


Kita tengok sekali lagi video yang mendedahkan segala-galanya.


TAN SRI P.RAMLEE.





TARIKH 29 Mei hari ini merupakan genap 38 tahun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan kita. Namun hakikatnya bak kata pepatah beliau pergi meninggalkan nama.



Dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, anak kepada seorang ahli pelayaran ini memang begitu mencintai bidang seni sejak dari kecil. Menurut cerita, P. Ramlee kurang berminat dalam pelajaran tetapi lebih aktif dalam bidang seni suara sama ada di sekolah atau di luar sekolah.


Memandangkan minat yang mendalam P. Ramlee telah menyertai pasukan pancaragam Terona Sekampong, Mutiara dan Rindu Malam di luar sekolah namun terhenti akibat meletus Perang Dunia Kedua.


P. Ramlee mula dikesan bakatnya bermula melalui lagu Azizah yang dimainkan pada satu acara pesta di Bukit Mertajam oleh seorang pengarah filem terkenal dari Singapura, B. S Rajhans.


Maka bermulalah karier beliau sebagai penyanyi latar dan pemain biola dalam filem pertamanya bertajuk Cinta keluaran Malay Filem Production (MFP). Selain itu beliau juga bertanggungjawab menyusun lagu-lagu latar selain melakonkan watak pembantu utama dalam filem berkenaan.


Suara emas P. Ramlee telah digunakan sepenuhnya oleh Rajhans untuk mendendangkan lagu-lagu yang dibawa oleh hero yang dikagumi ketika itu seperti S. Roomai Noor, M. Amin dan Osman Gumanti.


Setelah membuktikan beliau boleh melakukan apa saja yang diminta dalam bidang seni, P. Ramlee akhirnya terpilih menjadi tonggak utama dalam filem Takdir Ilahi bersama aktres Neng Yatimah arahan L. Krishnan.


Kemampuannya sebagai anak seni semakin terserlah apabila filem pertama arahannya Penarik Beca keluaran tahun 1955 mendapat sambutan hebat dan terpilih sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu.


Walaupun telah menempa nama sebagai anak seni, namun keadaan ketika itu sangat berlainan berbanding kemewahan yang melimpah ruah sekarang.




Beliau bersama pelakon-pelakon lain seperti A.R Tompel, Kasma Booty, D. Harris dan lain-lain tinggal bersama keluarga masing-masing di sebuah banglo usang di Jalan Ampas.


Keadaan ketika itu dimana mereka tinggal dan bekerja di bawah satu bumbung boleh dikatakan makan, tidur malah bernafas hanya untuk seni. Pastinya keadaan sebegini tidak menjadi masalah bagi P. Ramlee yang sudah biasa berbual, berbincang malah bertengkar kerana filem.


Suasana sebeginilah yang mematangkan pemikiran seni beliau apatah lagi dengan hubungan baiknya dengan pengarah filem dan penggubah lagu.


Selain itu P. Ramlee sangat dikenali sebagai seorang yang cepat mesra dan suka bersembang dengan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan. Ini sekaligus membolehkan beliau memahami denyut nadi masyarakat serta ragam dan telatah hidup manusia yang kemudian diserap dalam filem-filemnya.


Maka hasilnya segala gelagat dan tingkah laku manusia serta pelbagai asam garam kehidupan manusia menjadi antara bahan utama beliau dalam berkarya selain sebagai satu usahanya dalam memperbetulkan masyarakatnya.
Ini menjadikan karya P. Ramlee sangat dekat di hati masyarakat sehingga melahirkan ciptaan yang sehingga kini tidak lapuk dek zaman.





P. Ramlee sepanjang hidupnya dikenali sebagai seorang yang tidak terpengaruh dengan dunia materialisme. Ketika kemuncaknya sebagai anak seni, kemewahan hidup yang mengulit beliau nyata tidak melupakan asal usul dirinya.
Menurut seorang rakan baik beliau yang juga Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, P. Ramlee tidak langsung memikirkan tentang soal masa depannya.


Beliau begitu mudah terperangkap dengan pujuk rayu serta mudah kasihan dengan orang yang bercerita tentang kesusahannya. Satu sifat P. Ramlee yang paling menyerlah adalah terlalu baik hati sehingga mengakibatkan beliau selalu ditipu.


Sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya bertujuan meminta sedekah dan bantuan pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.


P. Ramlee sememangnya sangat suka bersedekah dan menolong orang lain terutama golongan anak yatim yang mana semua ini dikeluarkan hasil dari duit poketnya sendiri.




Malangnya terdapat manusia yang sering mengambil kesempatan dengan menipu beliau malah ada yang sanggup menipu dengan meminta bantuan untuk mendirikan masjid. Setelah begitu banyak duitnya keluar namun sampai ke sudah bayang masjid pun tak ada.


Ujar Abdullah lagi, sifat terlalu bermurah hati ini serta percaya kepada semua orang bahawa mereka juga bersifat jujur sepertinya menjadi antara punca kejatuhan beliau sebelum pengakhir riwayatnya.


“Mereka datang dengan niat mahu mengikis duit P. Ramlee dengan cara meminta derma dan bantuan tetapi sebenarnya mereka berbohong kerana semua itu tidak benar.


“Ada antara mereka yang berkata ditimpa malapetaka , terkandas dan sebagainya tetapi itu tidak benar kerana mereka tahu P. Ramlee adalah seorang yang baik hati dan tidak bakhil seperti orang lain di Jalan Ampas,” katanya.


Selain itu ketika hayatnya, beliau sering saja ditipu oleh pihak-pihak promoter yang enggan membuat bayaran setelah beliau dan rakan-rakan selesai membuat pertunjukan.


“Bila selesai show ada pihak penganjur yang menghilangkan diri tidak mahu membayar maka terpaksalah P. Ramlee mengeluarkan wangnya sendiri sebagai ganti-rugi kepada rakan-rakan yang bersama membuat pertunjukan.
“Malah ada pihak yang menggunakan nama anak yatim untuk mencari derma atas nama pertunjukan amal. Sedangkan duit itu akhirnya masuk ke dalam poketnya sendiri,” kata Abdullah.






Hakikat P. Ramlee menjadi bintang filem terkenal membuatkan ramai mereka yang terlibat dalam bidang seni menjadi iri hati dan menyimpan dendam serta mempunyai ramai musuh.


Malangnya ramai di antara mereka terdiri dari rakan-rakannya sendiri. Malah setelah ketiadaan P. Ramlee pun ramai di kalangan musuhnya mempertikai keperibadiannya serta mencemuh beliau sebagai seniman yang tidak apa boleh dibanggakan.


Dikatakan pernah wujud satu keadaan dimana terdapat pakatan mahu merosakkan wajah P. Ramlee untuk melenyapkan popularitinya.


Namun Tuhan masih bersama beliau kerana gerakan tersebut terbongkar dan seorang penyanyi yang dihormati ketika itu dikenali sebagai Jasni memberi amaran kepada golongan yang berlagak samseng ini supaya tidak diapa-apakan P. Ramlee.


Selain itu terdapat usaha untuk menyingkirkan P. Ramlee dari Studio Jalan Ampas melalui penyingkiran jawatannya sebagai Presiden Persatuan Artis Malaysia (PERSAMA). Gerakan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Filem ketika itu turut sama mengheret P. Ramlee dalam masalah mengenai tuntutan gaji yang kecil.


Ini menyebabkan P. Ramlee membawa diri ke Kuala Lumpur mengakibatkan suasana di Studio Jalan Ampas semakin muram yang akhirnya ditutup.


Mereka ini akhirnya sedar bahawa kerana manusia bernama P. Ramlee inilah yang telah membawa sinar kejayaan kepada semua mereka.


Bersandarkan hasil karya dan bakat besar P. Ramlee maka adalah tidak salah untuk diberi gelaran Seniman Agung kepadanya. Bagaimanapun semua kejayaan itu tidak akan sempurna tanpa sokongan rakan sekerja termasuk mereka di belakang tabir.


Semestinya peminat tegar beliau dari segenap usia di serata dunia turut sama memainkan peranan agar karya-karyanya terus dihayati ramai dan selayaknya P. Ramlee diangkat sebagai sebutir bintang yang tiada galang gantinya.



AL-FATIHAH

Barcelona julang trofi Liga Juara-Juara Eropah


DS Najib gembira bersama penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak antara  Manchester United dan Barcelona di Himpunan Sejuta Belia pagi tadi.Semangat ini yang dinantikan oleh belia yang menyertai himpunan tersebut.tahniah Barcelona memang layak menang MKP adalah penyokong setia Barcelona.Kepada rakan yang menyokong MU tunggu pulak tahun depan........ 


Barcelona menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Manchester United 3-1 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.
Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.


Messi turut dinobatkan Pemain Terbaik pada perlawanan final itu.



Saturday, May 28

MATKILAU PENANG SAHUT CABARAN OTAI BLOGGER.



Blogger Papa Gomo dan rakan-rakan bloggers yang lain telah menawarkan satu hadiah istimewa kepada sesiapa sahaja yang sanggup tampil membawa seorang lelaki yang mirip dengan wajah di dalam Video Seks Yang tersebar.
Hadiahnya ialah once in the life time KLIK DISINI blog MiM menawarkan hadiah KLIK DISINI


MATKILAU PENANG akan turut serta dalam cabaran tersebut.Itu yang akan kami lakukan dalam menyatakan kepada rakyat Malaysia keberanian kami semua. Kami hanya mampu Berbogel memandangkan tidak cukup wang ringgit untuk membeli apa apa hadiah buat mereka yang berjaya.

So jika nak lihat KAMI SEMUA BLOGGER PRO KERAJAAN LARI BOGEL DI KLCC maka silakan lah menampilkan lelaki yang wajah nya sama seperti di dalam Video Seks.

Ini Cakap betul betul bukan main main punya, Kami berani buat. setakat BERBOGEL apa kami nak hairan? Anwar Ibrahim berbogel sambil Menutoh China Doll Relaks je sampai sekarang. Biasa lah tu.....

Paderi Puji Kerajaan Pusat Biayai Projek Baik Pulih Gereja St George's



Paderi Gereja St George berterima kasih kepada kerajaan Pusat kerana membiayai kos membaik pulih rumah ibadat yang dibina pada kurun ke-19 itu hingga kembali kepada kehebatan asalnya melalui projek baik pulih Jabatan Warisan Negara melibatkan kos RM1.8 juta yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Charles Samuel berkata anggota gereja juga amat menghargai usaha dan sumbangan kerajaan untuk membaik pulih gereja Anglican tertua di Asia Tenggara itu, yang siap sepenuhnya pada November tahun lepas.
Samuel berkata sepanjang tempoh sembilan bulan kerja membaik pulih itu dijalankan, anggota gereja berkenaan menjalankan upacara keagamaan mereka pada setiap Ahad di sebuah dewan di gereja itu.
Samuel, yang bertukar ke sini pada awal tahun ini, berkata pembukaan semula rumah ibadat berusia 195 tahun itu membuka lembaran baru dalam sejarah Gereja St. George.
"Gereja ini dibina pada 1816 dengan seni bina berasaskan neo-klasik dan reka bentuk George Palladian," katanya.
Beliau berkata selepas dibaik pulih, gereja itu menarik kehadiran semakin ramai pelawat, terutama dari luar negara dan upacara sembahyang beramai-ramai pertamanya Februari lepas disertai penganut Kristian dari lebih 38 negara.
"Kami bercadang membina sebuah gerai untuk pelancong, membina pagar yang sesuai dan sebuah dewan pameran di atas tanah seluas dua hektar ini. Tapi, masih kekurangan peruntukan, manakala kos operasi gereja ini ialah kira-kira RM5,000 sebulan. Oleh itu, kami harap kerajaan atau syarikat multinasional boleh menyumbang ke arah ini," katanya.
Gereja di persimpangan Lebuh Farquhar dan Jalan Masjid Kapitan Keling ini diisytiharkan warisan negara pada 2007.

Bukit Bendera Bakal Jadi Kasino.



Bukit Bendera akan menjadi destinasi pelancongan kasino melalui usaha kerajaan negeri Pulau Pinang melaksanakan pembaikan, pembangunan semula, dan pengurusan Hotel Crag di kawasan peranginan terkenal itu.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pembangunan semula Hotel Crag akan memberi manfaat kepada semua rakyat Pulau Pinang dari segi peluang pekerjaan, penglibatan kontraktor tempatan, pembekal dan juga pulangan kewangan kepada kerajaan negeri.



Sebelum itu, pada 15 November 2010 kerajaan negeri telah membuka tawaran terbuka dan selepas bermesyuarat pada 11 April 2011, Sri Nisuh Sdn Bhd (SNSB) telah ditawar untuk mengendalikan projek tersebut.


Sri Nisuh Sdn Bhd (SNSB) adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Ipoh Perak,Tidak adakah lagi syarikat yang didaftarkan di Pulau Pinang yang mampu.Atau ada agenda tersembunyi?Berbalik kepada kenyataan dimanakah penglibatan kontrator tempatan yang didaftarkan di Pulau Pinang.

Address:Contact:Category:
No. 16, Jln Raja Dihilir,
30350 Ipoh,
Perak
Tel: 05-241 7055Housing Developer-Projects


Pengurusan dan pemasaran hotel bakal diuruskan oleh Amanresorts International Pte Ltd yang didaftarkan di Singapura.




Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive