Wednesday, June 8

UDA Pinggirkan Melayu ?



INDEKS prestasi utama (KPI) yang ditetapkan ialah pemilikan hartanah bumiputra di kawasan bandar, sasarannya 30 peratus, jangka masa pencapaian 20 tahun. Pelan tindakan merangkumi penubuhan agensi pelaksana berserta dengan penggubalan polisi dan akta parlimen. Setelah perdebatan di Parlimen, Akta 46, Pembangunan Bandar 1971 diluluskan. Lahirlah Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pada 12 November, 1971 dengan harapan yang tinggi, mengalas amanah mengisi kemerdekaan. 

Fungsi UDA jelas termaktub dalam akta tersebut. UDA bertanggungjawab untuk "mempromosi dan menjalankan projek dalam kawasan pembangunan bandar dengan fokus untuk mencapai keseimbangan peluang antara kaum dalam bidang perdagangan dan industri , perumahan dan aktiviti-aktiviti lain" UDA juga adalah agensi yang bertanggungjawab untuk "menterjemahkan polisi kerajaan mengstruktur masyarakat melalui pembangunan perbandaran kepada program-program tindakan"

Senang cerita, UDA ditubuhkan mejadi pemaju kawasan bandar untuk bantu orang Melayu. Kalau diserah kepada faktor pasaran dan pmaju yang berorientasikan keuntungan semata-mata, maknanya Melayu memang takde tempat dikawasan bandar.Tak mampu. Tapi kenyataan pengerusi UDA amat berlawanan dengan tujuan penubuhannya -

"Realiti ekonomi kini memaksa untuk berpisah daripada amalan biasa menetapkan kuota pemilikan bumiputra dalam projek-projek kami. Model perniagaan sekarang akan mempunyai campuran optimal pembeli yang mempunyai kelebihan kuasa pembelian untuk memastikan peningkatan nilai hartanah di masa hadapan UDA tidak boleh lagi mensubsidikan agenda bumiputera tanpa mengambil kira pulangan atas pelaburan".

Artikel merujuk kepada projek pembangunan UDA dikawasan bekas penjara Pudu yang merupakan kawasan paling strategik diKL. UDA merancang membangunkannya berdasarkan permintaan pasaran. Hasilnya, tiada kuota bumiputra ditentukan dalam projek tersebut walaupun UDA membayar harga premium yang rendah untuk tanah tersebut. Hasilnya, keseimbangan ekonomi antara kaum dan agenda sosial bukan lagi menjadi matlamat utama UDA.

UDA merasakan ia mempunyai kekangan untuk melaksanakan dan seterusnya mencapai matlamat asalnya iaitu untuk membantu dan mempastikan penyertaan bumiputera baik dari segi pegangan hakmilik rumah mahupun premis perniagaan di kawasan bandar. Jadi dikatakan tindakan UDA in adalah untuk menjana dana supaya dapat mengalas agenda bumiputra di masa depan. Jika pada masa kini, agenda bumiputra tidak diperdulikan, apakah jaminan, ianya akan dibuat dimasa hadapan? 

Data juga menunjukkan bahawa 79 peratus daripada mereka yang berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,000 adalah golongan bumiputera. Adakah agenda bumiputra akan tercapai jika pembangunan baru UDA adalah untuk bumiputera yang kaya. Apakah perbezaan UDA dengan syarikat-syarikat hartanah yang lain? Bagaimana dengan usaha untuk mengupayakan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang hanya tercapai apabila ada komitmen untuk menyediakan ruang berniaga kepada usahawan bumiputera dan juga perumahan mampu milik di kawasan bandar? Adakah UDA telah lari daripada agenda bumiputra? Apakah sasaran memperkasa dan melahirkan MPPB akan timbul dengan cara ini?

UDA akan membangunkan projek perumahan yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu ini telah lari dari matlamat asal penubuhanya.sudah-sudahlah menipu melayu cakap tak serupa bikin UDA keparat nie macam TONTO jugak tipu olang tolong olang.

MULUT KENA LASER!!!!!!!HATI KENA BERANI BARU DEPA SEDAQ KITA UJUD.


Ahli politik bila bab bercakap memang pandai dan ini terbukti bahawa depa nie memang hebat kalau cakap dalam dewan pasti reban syiling.pasal cakap berapi macam naga umpama macam pokok nyior boleh tumbang sampai yang mendengar pun bimbang ,Janji tok sah nak cakap lidah lembut dari gigi.bermacam-macam janji ditabur tapi perlaksaan yang nak buat macam musibat atau lebih popular macam toya mak amin.sehingga hari ini apa yang dijanji belum terlaksana berbuih mulut cakap dok angguk paham depan kita la belakang tak tau kutuk kita macam mana.


Pendedahan ini akan bakal menggoncang jambatan Pulau Pinang,Orang Penang kata buat ramai baru depa tau kita sapa,Kalau dok cakap elok -elok tak maki hamput depa anggap kita nie tak ujud itu adalah hiraki dalam berpolitik ada yang mengambil kesempatan dari usaha yang dibuat oleh orang lain,,,,,,,,,,,,sedaq atau tidak depa nie pandai janji nak bagi tue nak bagi nie.tunggu punya tunggu sampai berjanggut atas dan bawah satu surat pun tak ada?



Dana yang diperuntukkan untuk menambah aset yang berjumlah $4juta ringgit bukan sikit bukan 4duit atau 40 ringgit dengaq elok-elok RM 4juta tau.ianya bertujuan murni untuk menambah aset bagi pembangunan serta digunakan membantu orang melayu digunakan oleh pihak tertentu dengan dengan alasan yang agak lucu mengurus tabdir pentadbiran padahal digunakan untuk masyuk poket sendiri.bab kami berjuang tanpa mengira waktu ada depa kisah sampai sapa pun tak kenal. yang terbaik puak harami nie dimonopoli oleh pihak tertentu yang pasti telah disumbat mulut dengan duit yang belambak  untuk menyekat orang lain seperti  blogger jalanan atau anjing kurap seperti MKP.alasan senang depa bagi dia ni orang baru gertak skit pasti terkencing dalam seluaq.Dengaq kata duit tue habis dah digunakan.Depa nie pandai putaq belit mamak keling kata gengam tak tirih.


Semua dah ada segala dokumen serta video telah disimpan rapi bagi mengukuhkan apa yang didakwa.rasanya pihak atasan tahu pasal nie atas dasar sayangkan parti keramat ini depa saja tutup mulut tak mau buat ramai.


MKP sayangkan Parti Keramat ini dan menyanjung tinggi pimimpin yang berkhimat untuk Agama,Bangsa Dan Negara akan tetapi pemimpin yang baik akan digunakan oleh pihak harami untuk membolot apa yang ada untuk membawa ahli dari bahagian tertentu makan angin.apa kata lepas nie apa nak jadi terserah kepada yang maha kuasa,Puak harami nie tidoq katil mahal peluk bantai yang mewah kami dok tidoq atas tikaq.sakit badan habis sapa peduli.tak kisah la depa panggil harimau ka pemimpin tue apa MKP peduli nie boya jalanan nak buat ramai.Jika begini sikap yang ada pasti PRU13 pi mai pi mai dok tang tu jugak.Cakap berapi pelaksanaan macam harami.


Akhir kalam MKP mengalukan sesiapa saja untuk memberi pendapat serta berjumpa.Tapi kalu dok mai cakap  kosong tak payah.Pi mai jauh-jauh atau buat drama dengan orang lain.

Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya.


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan langkah PAS ubah slogan perjuangannya kepada ‘Negara Kebajikan’ sebagai tanda kejayaan perjuangan Karpal Singh menentang hajat parti itu untuk mendirikan Negara Islam di Malaysia.
“Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.
“Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan,’kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan terbaru du laman blognya di Chedet Selasa.

Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir:
SIAPA MENANG SIAPA KALAH

1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan "Menang Menang", dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas - terdapat yang menang dan yang kalah.
2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.
3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan. 

4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS - iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.
5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.
6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya. -7/6/2011

APA DAH JADI?IKON PENANG DIPERSENDAKAN.



Kereta api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan selepas disambung semula perkhidmatannya pada 25 April dengan kos penambahbaikan RM73 juta. 

Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lalu pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal.

Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit Bendera.


Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu dibawa turun dengan jip dan bas. 

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, berkata siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik. 

Lee berkata, beliau berharap perkhidmatan kereta api itu akan dapat disambung semula untuk pelancong sebaik saja masalah elektrik pulih sepenuhnya dan keadaannya selamat kegunaan untuk orang ramai. 


Rosli Ismail, 50, dari Johor berkata dia membawa keluarganya ke kaki bukit peranginan itu pada kira-kira 3 petang, tetapi kecewa kerana kereta api berkenaan mengalami kerosakan. 

"Kami tak sangka kejadian itu berlaku lagi kerana kami datang dari jauh dan ingin menikmati pemandangan indah di atas bukit, tapi notis yang dipasang pada pintu masuk menyatakan perkhidmatan kereta api ini dihentikan untuk sementara," katanya. 

Pada 22 Februari, operasi perkhidmatan kereta api berusia 87 tahun itu dihentikan bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan oleh Kementerian Pelancongan. 

Koc baru berhawa dingin buatan Switzerland yang setiap satu mampu membawa 50 penumpang, digunakan untuk perkhidmatan itu untuk membuat perjalanan tanpa henti dari bawah hingga ke puncak Bukit Bendera, berbeza dengan sistem lama yang memerlukan penumpang menukar kereta api di stesen pertengahan
.


MKP kata :Banyak sangat masaalah jadi mungkin pasal badi Guan Eng kot,mungkin duit tak cukup kot.nak maintain pun susah atau ada sapa=sapa kona bagi benda cheap sale.

Tuesday, June 7

MPPP YANG IKUT TELUNJUK DAP,SALAH SIAPA?

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda yang ditunggang seorang lelaki di pantai Batu Feringghi di sini, Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi, Arina Kirana Azrin turut cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di belakang sebuah hotel.
Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bapa mangsa, Azrin Abdul Razak, 37, berkata anaknya terpelanting setelah dirempuh kuda yang ditunggang dengan laju.
"Ketika saya menghampiri dan memegang Arina, dia berada dalam keadaan separuh sedar," 
Arina dihantar ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Azrin yang tiba dari Putrajaya untuk bercuti bersama keluarganya sejak semalam berkata beliau kesal dan marah dengan kejadian yang menimpa anaknya itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terdapat pihak yang bertanggungjawab.
"Saya kesal dan tidak dapat maafkan mereka. Saya akan ambil tindakan terutamanya terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana ketika kejadian terdapat dua anggota mereka berada di tempat kejadian namun tidak berbuat apa-apa," katanya.
MPPP nie buat kerja hanya ikut arahan Ketua menteri lidah bewak saja klu bab nak roboh kedai melayu depa nie deras buat kerja,tapi klu kerja yang patut depa buat pakai buat keja ala-balai apa punya celaka.MKP menyokong bapa kepada kanak-kanak malang ini buat laporan terhadap MPPP serta kerajaan negeri sekali yang pandai cakap tapi tak serupa bikin.apa punya celaka.
tadi petang ramai pulak penguatkuasa yang ada kat sana pasal kes nie pasti akan menjadi besaq.nak tengok jugak apa riaksi yang bakal dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri, Chow Kon Yeow dengaq kata gelabah pasal kes nie.

Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam

Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.
"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.
"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.
Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.
Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.
Jelas Ahmad, beliau mahu PAS menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang tiada kaitan dengan peristiwa itu.
"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.
Mengulas mengenai PAS yang mahu terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
"Semua orang tahu usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu selamanya," katanya.
Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.
Tegasnya, walaupun pucuk kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan berkubur.
"Saya tak melihat perkara seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya.

DAP DOK BUAT MELAYU/ISLAM PENANG JADI DALCA-MARBA





Kerajaan negeri pimpinan DAP telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri,Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini,hari ini.

Katanya,kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP.Beliau berkata,satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari ini. - Bernama



Apa dah jadi sampai jawankuasa Masjid pun kena buat cara demokrasi ka?apa punya 
bangang malik kasim babi nie.


Jadi, tindakan kerajaan DAP dan Pakatan di Pulau Pinang untuk buat sistem baru pilihanraya masjid, patut dirujuk terlebih dulu kepada baginda terlebih dulu sebelum keputusan dibuat.

MKP nampak sekarang ni Lim Guan Eng dan Malik Kassim sudah DERHAKA dan seolah-olah nak cabar kuasa yang ada pada YDP Agong didalam urusan agama..

Lim Guan Eng dan Malik Kassim babi mempergunakan MAIPP untuk melaksanakan agenda jahat depa bagi memecah belahkan umat islam melalui masjid. MAIPP juga depa guna bagi menutup perlakuan keji dorang..

MKP nak jelaskan disini, MAIPP ditubuhkan mengikut seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama Islam pada tahun 1959 BAGI MENASIHATI Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di Penang.

MAIPP bukanlah pembuat keputusan seperti mana yang Malik Kassim babi dakwa sebelum ni. So, kalaupun persetujuan berkenaan pilihanraya masjid dah dibuat melalui mesyuarat diantara MAIPP dan JHEAI.., depa masih lagi perlukan perkenan dari YDP Agong..

Kat sinilah yang celakanya Malik Kassim babi dan juga Lim Guan Eng.. Dorang ni sengaja ketepikan peranan YDP Agong di Penang. Dan dorang juga rasa tak sapa boleh kacau dorang walaupun YDP Agong sendiri.

Isu ni sendiri dah buktikan DAP dan Pakatan memang nak hapuskan kuasa Raja-Raja Melayu didalam negara Malaysia. Ini depa baru pegang satu negeri..., cuba bayangkan macam mana kalau depa pegang Malaysia....

DAP dan Pakatan cuba nak wujudkan keretakan dan perpecahan sesama orang melayu melalui masjid-masjid di Penang.

Monday, June 6

MALIK KASIM/MALIK ITIK TERBARU MALIK BABI.



Malik kasim atau lebih dikenali sebagai Malik Itik dan kini terbaru patut dipanggil Malik BABI,Apa punya bangang atau saja nak cari publisiti murahan sanggup mengadaikan martabatnya menyeru orang Pulau Pinang makan BABI.eloklah tue yang dok ikut semua bodoh tak boleh ajar konon pandai lebih dari orang lain.Apa lepas nie PAS dibawah pimpinan Dari Penang MAT SAPU apa cita lepas menang takkan nak buat kenduri makan BABI kot.Nie semua pasal dok ikut ANUwar depan belakang sama rasa BABI atau tidak sama rasa.




Pesta Coklat yang dianjurkan oleh sebuah syarikat terkenal dari Singapura yang produk utama mereka adalah DAGING BABI SALAI berlangsung dari 3 hingga 5 Jun di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).


Menariknya daripada 50 gerai yang disediakan hanya 5 buah sahaja yang menjual coklat. Manakala bakinya adalah menjual daging babi dan makanan tidak halal.

Penipuan yang dibuat telah memperdayakan para pengunjung yang terdiri daripada umat Islam. Malah ramai dari kalangan bukan Islam yang turut merungut dengan tipu daya tersebut.

Dalam hal ini, Malik BABI adalah orang yang paling durjana. Jawatannya selaku Exco Agama telah dipergunakan untuk membuatkan orang Islam makan daging babi dari Pesta Coklat. Mungkin dia akan bersilat mengatakan, dia merasmikan program berkenaan atas kapasitinya selaku Exco Perdagangan Dalam Negeri, tetapi sebagai seorang Exco Agama juga, seharusnya Malik BABI lebih berhati-hati kerana sebarang tindakannya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada umat Islam terutama dengan titlenya, Exco Agama.

Amat mustahil seorang Exco yang bijaksana sepertinya tidak tahu bahawa program tersebut ditaja oleh syarikat dari Singapura yang merupakan pengeluar daging babi salai terkemuka?

Apa yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng benar-benar menjijikkan. Tidak ada sebarang cara untuk menghalalkan daging babi, sekalipun daging babi tersebut telah melalui proses yang dapat menghilangkan kemudaratan seperti cacing pita dan sebagainya.

Kepada orang Pulau Pinang yang telah memilih DAP sebagai tempat bergantung hidup, diucapkan tahniah! Anda merupakan pemakan daging babi yang tidak lagi berselindung! Bukan senang nak jadi seberani itu!!!

TERIMA KASIH RAKAN SEPERJUANGAN YANG MENDEDAHKAN ISU INI

JIKA GUAN ENG BUBAR DUN SEBELUM PRU13.



Jika Guan Eng membubarkan DUN Pulau Pinang pasti akan menjadi gempak gila,ura-ura menyatakan mungkin terjadi dan disusuli dengan kelantan,selangor dan kedah.


Persoalan-persoalan ini timbul apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat perancangan di kalangan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menjurus kepada arahan bersiap sedia ke arah pilihanraya mengejut dinegeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Perkembangan terbaru ini sudah tentunya akan memberi kejutan besar kepada jentera BN negeri dan pusat jika perancangan tersebut menjadi kenyataan.

Persepsi dan sangkaan awal kita ialah Pakatan Rakyat tidak akan mengubah tarikh pilihanraya dan akan mengadakan bersama-sama dengan Pilihanraya Umum ke13. Jika tidak pun, pembubaran DUN akan hanya di adakan selepas PRU13.

Terdapat cerita-cerita yang mengatakan bahawa parti pembangang sedang cuba mengeksploitasikan isu kaum Melayu di Pulau Pinang dan Kedah sebagai umpan untuk mendapat undi daripada kaum Melayu yang rata-ratanya menyokong UMNO Dan BN.



Dengar kata Guan Eng bercuti ke china serta membuat perancanganya disana,jika ini benar-benar terjadi pasti terkejut dibuatnya. 

 
Jika satu negeri yang membubarkan DUN, ini bermaksud jentera Pakatan Rakyat boleh memfokuskan tenaga mereka kepada satu negeri sahaja seperti yang berlalu Di Sarawak.

Dan dek kerana itu, pemfokusan menjadi lebih terancang manakala pihak lawan iaitu BN terperangkap tidak bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya DUN sebelum PRU13.

Apakah UMNO dan BN sudah bersedia jika DUN dibubarkan sebelum PRU13?

Haron Din Tampil Pertahan Utusan



Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

“Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan ‘Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din’. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

“Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

“Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

“Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini,” jelasnya.

Sunday, June 5

Mat Sabu dakwa UMNO ke arah Suratul Maut.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kembali dengan kata-kata bisa beliau terhadap UMNO melalui Ucapan Penggulungan beliau.
Sambil menyifatkan UMNO kini ke arah siratul maut, beliau mengatakan parti tersebut tidak akan henti untuk terus menyerang PAS yang disifatkan beliau sebagai bukti PAS masih dilihat releven sebagai pesaing utama musuh parti.
Melalui akhbar-akhbari percetakan, tindakan UMNO ini dilihat bakal memakan diri kerana parti tersebut tidak pernah senang duduk dengan kehadiran PAS sejak mula tertubuhnya parti ini.
Mat Sabu juga senada dengan kesemua ucapan Naib Presiden yang mengajak PAS bergabung tenaga memperkuatkan jentera Parti ke arah meruntuhkan dinasti UMNO.
Beliau juga berikrar akan memberi kerjasama yang baik dan kukuh bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

APA YANG #32 TOP GLOBAL THINKER FIKIRKAN SEKARANG??

karya RIO

 " saifudin kantoi menipu untuk diversi isu kes liwat & video china doll"

Mat Sabu: Berterima kasih kepada Chin Peng


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".

Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).  Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang.  Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".

Mat Sabu  yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat.  Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum.  Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.

"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu.  Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."

"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu.  Itu persetujuan yang saya kata.  Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!"  

Inilah pemimpin yang telah dipilih oleh ahli PAS mahukah kita menerima orang sebegini sebagai pemimpin..............fikirkanlah apabila pakatan rakyat memimpin Malaysia apa akan jadi seterusnya.

Penyamun Dalam Kegeri Selangor

Saturday, June 4

ADUN DAP MEMPERKUDAKAN MPPP.

ADUN DAP telah menyalahgunakan poster tanpa kelulusan oleh MPPP.Dimanakah kebenaran memasang poster sepatutnya dilekatkan diatas poster tersebut.Dengan jelas Sim Tze Tzin mmperkudakan MPPP dengan hanya beliau adalah ADUN kawasan tersebut.Atau takut dengan kebangkitan yang dilakukan oleh Barisan Nasional Bayan Baru.Logo Parti jelas digunakan kerana mengikut undang-undang tidak boleh berkempen sebelum masa pilihanraya.



PAS tidak lagi memainkan isu mengenai pembentukan negara Islam semasa ia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum-13, dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata masanya belum tiba untuk untuk melaksanakan sebuah negara Islam.
Beliau melangkah lebih jauh lagi dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran, tidak ada disebut mengenai Islam negara, tetapi apa yang disentuh ialah negara kebajikan, dan ramai penganalisis politik kini percaya parti itu nampak bimbang dengan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Tapi di peringkat akar umbi, ramai penyokong tradisional mereka sudah gelisah kerana mereka percaya PAS telah terlalu banyak berkorban berbanding lain-lain anggota dalam Pakatan.
Ramai para penyokong tradisional juga tidak mahu parti terlalu bergantung kepada sokongan kumpulan bukan-Melayu.
Namun beberapa pemerhati politik berhujah PAS tidak mengenepikan terus konsep negara islam semasa Hadi memberi tumpuan kepada negara kebajikan, malah secara prinsipnya ia serupa dengan negara Islam.
Mereka menjelaskan bahawa negara Islam hanyalah satu label, tapi apa itu lebih penting adalah pelaksanaannya.
“Ini bukan hanya mengenai branding, kerana jika tidak ada pelaksanaan maka tidak ada gunanya. Kita harus bermula dengan pelaksanaan,” kata seorang pemerhati.
Pemerhati sama berkata selepas ucapan perasmian di Muktamar PAS ke-57 Abdul Hadi menjelaskan bahawa perbezaan antara negara Islam dan negara kebajikan hanya semantik, memandangkan kedua-dua konsep memperjuangkan kebajikan rakyat.
PAS sebelum ini menerima kritikan hebat daripada beberapa pihak berhubung pandangannya mengenai Islam, termasuk berhubung pembentukan negara Islam dan pelaksanaan undang-undangn hudud.
Namun, parti itu didakwa mulai lebih fleksible terhadap pendiriannya itu
selepas menyertai Pakatan Rakyat, satu langkah yang membawa respons yang pelbagai dari penyokongnya sejak pilihan raya umum terakhir pada Mac 2008.
Sementara itu bagi MCA, dengan mendakwa hasrat sebenar PAS masih kepada usaha menubuhkan sebuah negara Islam adalah tidak benar.
“Komen Harun Taib yang menggesa kepimpinannya tidak tunduk pada permintaan yang dibuat oleh anggota Pakatan Rakyat pihak dibuat berdasarkan kepada kepentingan sendiri. Apa yang jelas ialah bahawa mereka tidak bekerja sama dengan objektif bersama. Apa yang PR mahukan semata-mata undi yang besar biar apa terjadi sekalupun
 pakatan pembangkang langsung tidak mempunyai objektif bersama, dengan PAS mahukan sebuah negara Islam, DAP mahukan sebuah negara sekular, Parti Keadilan Rakyat hanya berada di tengah dengan harapan menjadikan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Dengan demikian, jelas bahawa PR hanya sebuah kolaborasi oportunis yang ikatan mereka boleh terburai pada bila-bila masa,




IMBASAN KEMBALI MAT SABUN,INI KERJA BANGANG.




Walaupun mencipta sejarah dengan memecah dominasi kepimpinan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menegaskan tidak akan menjejaskan dasar PAS yang telah ditetapkan Majlis Syura.
Sebaliknya, beliau berjanji melaksanakan perubahan menerusi slogan negara berkebajikan dengan mendekati golongan bukan Islam dalam usaha meraih undi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Perubahan dalam kepimpinan pada hari ini tidak akan membawa apa-apa kesan kepada dasar dan hala tuju parti. Cuma gerak kerja yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di sini Sabtu. Pada pemilihan kali ini beliau menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan memperoleh 420 undi.

Nasharuddin Diseru Masuk UMNO.


Kekalahan Nasharuddin sebagai wakil kumpulan ulama juga mencatat sejarah tersendiri selepas 20 tahun apabila jawatan berkenaan kini bertukar tangan kepada pemimpin dikalangan bukan berlatarbelakangkan agama.
Ia juga jelas menggambarkan kumpulan Erdogan yang dilihat menyokong hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan dengan Umno yang dikaitkan dengan Nasharudin.
Keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan gelombang kebangkitan kumpulan Erdogan menguasai sebahagian besar kepimpinan baru parti itu selepas era kepimpinan ulama sekitar 80an.
Daripada 23 senarai kepimpinan baru PAS bagi sesi 2011/2013, hanya lapan daripadanya adalah dikalangan golongan ulama.
Ia sekaligus mencatat sejarah apabila kepimpinan ulama ditolak oleh perwakilan PAS yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses pengundian yang berlangsung pada Jumaat.
Penguasaan kumpulan Erdogan dilihat begitu ketara pada peringkat kepimpinan tertinggi apabila jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga pemenang jawatan naib presiden dimenangi oleh kumpulan berkenaan.
Mohamad Sabu, seorang aktivis PAS yang dilihat mendapat sokongan daripada penyokong kumpulan Erdogan berjaya dalam percubaan kali keduanya bagi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 420 undi menewaskan penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa yang hanya mendapat 224 undi.
PAS telah lari dari erti perjuangan sebenar penubuhannya setelah berkerjasama dengan PKR dan DAP rela menjadi kuda tunggangan DAP 
Ayuh Nasharuddin apa tunggu lagi pintu untuk menjadi ahli UMNO pasti terbuka luas.Pemimpin muda yang bakal mengegarkan apabila bersama UMNO.

Video Seks: Hishammuddin Dakwa Anwar Bermotifkan Dendam


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Jumaat, mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan dendam semasa mengucapkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung video seks yang dikatakan mirip aksi seorang pemimpin pembangkang bersama seorang wanita.
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan dan pembelaan Hishammuddin yang memohon agar Mahkamah Tinggi Sivil Baharu di sini untuk menolak pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu terhadap saman fitnah beliau.
Selain itu, Hishammuddin selaku plaintif juga mendakwa, motif utama Anwar juga adalah untuk meluahkan kebencian peribadinya dan kata-kata itu diterbitkan dengan hasrat untuk merosakkan reputasinya sebagai menteri dan Naib Presiden UMNO.
Hishammuddin seterusnya mendakwa, kenyataannya bahawa orang yang merasakan diri mereka menjadi mangsa atau dibabitkan dalam video itu perlu membuat laporan polis diucapkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dalam kapasitinya sebagai menteri.
Hishammuddin turut menafikan sebarang penyalahgunaan kedudukan atau jawatannya atau sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawabnya.
Sehubungan itu, plaintif memohon agar tuntutan balas Anwar selaku defendan pada 25 Mei lalu ditolak dengan kos.
Sementara itu, pada sebutan pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera pada Jumaat, kes itu ditetapkan sebagai sebutan semula pada 25 Julai depan di hadapan Hakim Datuk V. T. Singham untuk Anwar menjawab pembelaan tersebut.
Pertukaran hakim disebabkan Vazeer Alam pernah mewakili isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa beliau menjadi seorang pengamal undang-undang.
Hishammuddin diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Peguam Datuk S. Ambiga hadir bagi pihak Anwar.
Hishammuddin memfailkan saman pada 26 April lepas melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
Beliau mendakwa, kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.
Selain itu, beliau juga mendakwa kata-kata fitnah itu kemudiannya diterbitkan secara meluas di media dan internet serta menyebabkan kerosakan teruk dari segi reputasi peribadi dan profesional.
Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.
Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menahan Anwar sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya, menerbitkan atau terus menerbitkan kata-kata itu yang menfitnahnya

Friday, June 3




Gambar tersebut diambil dihadapan Pejabat Khimat ADUN Air Putih,guan eng memberi muka kepada pengundi dikawasan tersebut hanya kerana beliau adalah ketua menteri,kenapa tiada tindakan diambil oleh pihak MPPP?adakah pihak berkuasa takut dengan tindakan yang bakal dikenakan terhadap petugas MPPP.dimanakah kreditbiliti yang selama ini dilaungkan oleh kerajaan DAP yang menyatakan cekap telus serta adil dalam pentadbiranya CAT.Ruang pejalan kaki disempitkan untuk menjadikan tempat letak kereta sementara menunggu.

UNDI PAKATAN RAKYAT SAMALAH ANDA MENGHANCURKAN MELAYU.

ITU BUKAN ANUwar!!!!!!!! PAS YANG TELAH DIBUTAKAN MATA DAN HATI.



Sedih tengok puak-puak dalam PAS kata video itu bukan ANUar,depa nie telah dibutakan hati dan mata pasal mengagungkan ANUgerah tuhan.Buat pulak tuduhan kata kami blogger suka dok buat fitnah apa kejadah fitnah semua ini berdasarkan bukti yang nyata.Kalau benda nie salah dan tak betul saman  lah kami semua.hari tue blogger cabar sesiapa saja yang dapat membuktikan pelanduk dua serupa menyamai pelaku dalam video tue. blogger otai nak telanjang pusing satu klcc termasuk MKP sampai la nie sapa pun tak tampil kehadapan,apa kejadah perjuangan Puak PAS nie,nama parti Islam Semelaysia tapi yang dok ada macam haram jadah.


Sudah-sudahlah dok salah orang lain dalam hal nie,mai kita pakat tengok sekali lagi sapa dalam video nie siap dengan 4sudut lagi.Anuwar sedap dok menutuh amoi puak PAS pakat ramai-ramai bela ANUwar. 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive