Friday, June 24

Sapa Punya Angkara?Gambaq Lucah.



Gambaq lucah ada dalam surah yassin didalam sebuah masjid dekat kampung baru,air itam.sapa punya keja yang buat keja lahanat cam tue patut dikenakan hukuman setimpalnya.Surah Yassin tidak patut dipermainkan dan sesungguhnya ALLAH tahu siapa yang melakukan.patut lepas depa buat keja jahat tue keluar dari masjid kena langgaq dengan lori taik.


Sebanyak 11 surah yassin yang diletakkan gambaq berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui.Iaman masjid tersebut,Yussuf ahmad berkata surah yassin yang diletakkan diruang solat utama ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang membaca surah tersebut sementara menunggu solat asar.Beliau memaklumkan kepada siak masjid dan beberapa AJK masjid dan berjaya menemui 10 yang lain.Laporan Polis dibuat untuk memastikan pekara ini tidak berulang.

APA PULA HELAH ANWAR, NIK AZIZ & SEKUTUNYA SELEPAS INI.



Best betul episode kes ini kerana pemimpin Islam di Malaysia akan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermati-matian.

Memang sah sudah rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan.

Seorang pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Anwar.

Nak cakap apa lagi? Nak nafi lagi?

Pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire mengesahkan Anwarlah pelakon lelaki dalam video seks berkenaan.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby pula mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan kedua-duanya melakukan perkara yang sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan denda RM3,000 terhadap Shazryl, RM1,500 kepada Shuib dan RM1,000 kepada Rahim.

Ternyata hari ini, tukang wayang disabitkan kesalahan dan pelakon filem lucah bebas.

Kalau nak buat satu lagi pun tidak apa. Apa nak risau, sesiapa juga bebas melakukan seks asal kedua-duanya bersetuju.

Tapi janganlah dengan bini orang, tunng orang, anak dara orang atau dengan kata lain ‘orang punya’. Dengan orang yang tidak dipunyai seperti pelacur atau tidak ada apa-apa hubungan dengan orang lain kita bebas melakukannya. Polis tidak boleh tangkap dan seret ke mahkamah kerana melakukan seks.

Namun, jika pakar sudah mengesahkan di mahkamah, tidakkah boleh Anwar diseret kerana berbohong atau menafikan dirinya bukan pelaku video seks berkenaan?

Tidak tahulah sama ada polis boleh charge Anwar kerana pembohongannya itu.
Kita tunggu nanti apakah Anwar akan diseret ke mahkamah.

Dan kalaupun polis enggan seret Anwar, daripada bukti atau laporan pakar Amerika Itu, Anwar sah melakukannya.

Kita tunggu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kes ini. Mereka berdua ini ‘lebih bijak’ daripada pakar berkenaan.

Pastinya selepas ini,pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire pula yang akan dituduh sebagai berbohong dan sebahagian konspirasi Trio Datuk T berkenaan.

GUAN ENG KUAI LOW?

Inilah yang dibanggakan oleh penjilat tegar DAP.

Thursday, June 23

DAP MEMERINTAH PULAU MUTIARA JADI PUSAT JUDI.



Hampir sebahagian penduduk di Taman Puteri Gunung kesal dan kecewa apabila rata-rata pemilik perniagaan di kawasan itu menyalahgunakan premis mereka. 

Difahamkan, pemilik premis mendaftar perniagaan mereka sebagai kedai telekomunikasi yang sepatutnya menjual kad prabayar, kad tambah nilai dan telefon bimbit namun apabila penduduk ingin mendapatkan perkhidmatan berkenaan semuanya tiada. 

Apabila perkara berkenaan diselidik penduduk, mereka mendapati bahawa hampir keseluruhan premis kedai yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi terbabit menawarkan perkhidmatan judi iaitu nombor ekor. 



Penduduk yang mahu dikenali sebagai Khairul, 21, berkata, setiap hari dia melihat orang ramai berkunjung ke kedai itu.

“Di luar kedai jelas tertera sebuah premis menjalankan perniagaan telekomunikasi namun dalamnya menawarkan perkhidmatan nombor ekor.

“Saya yakin perkhidmatan telekomunikasi berkenaan adalah sebagai pelindung terhadap kegiatan mereka,” katanya.

Menurutnya, kegiatan berkenaan berlarutan sejak tiga tahun lalu dan ia semakin berleluasa apabila tiada pihak berkuasa yang tampil untuk membuat sebarang tindakan.

“Lebih mengecewakan, kegiatan berkenaan melibatkan orang Islam yang rata-rata terdiri daripada golongan warga emas.

“Sebagai generasi muda, saya berharap agar pihak berkuasa dapat menangani masalah ini dengan segera kerana perbuatan ini amat memalukan terutamanya golongan Islam dan ia seharusnya dibendung,” katanya. 



Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yati berkata, tindakan pemilik premis berkenaan yang menyalahgunakan pendaftaran perniagaan mereka seharusnya dikenakan tindakan tegas.

“Saya malu apabila pekerja kedai berkenaan dengan bangganya memberitahu bahawa meskipun kedai mereka didaftarkan atas perniagaan telekomunikasi, namun ia beroperasi sebagai kedai nombor ekor.

“Saya tidak tahu mana perginya pihak berkuasa kerana bukan kedai ini sahaja yang menjalankan kegiatan nombor ekor malah kedai kek serta beberapa premis di kawasan berhampiran juga turut menawarkan perkhidmatan nombor ekor, “katanya. 



Ternyata, dakwaan penduduk terhadap beberapa kedai telekomunikasi yang menyalahgunakan pendaftaran perniagaan mereka benar apabila beberapa penduduk termasuk warga emas menulis nombor ekor. 


MKP KATA:lama-lama Pulau Mutiara tukaq jadi Pulau Judi.Takkan Pihak Berkuasa dok tengok saja.Apa kejadah semua nie.

Rasis - Wira Perkasa Balas Kenyataan KJ.


Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan. 
Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahu pun Hakim yang mahu mengajar pihak polis."

Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu. Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah.
Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan.
Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan.

UTUSAN HARUS DIPERTAHANKAN!ESOK PEMUDA PAS AKAN BERDEMO.





Pemuda Pas akan mengadakan demontrasi haram jalanan bagi bantahan karikatur yang didakwa menghina Islam.Itu yang depa dakwa padahal depa dok wat onar serta mempertahankan DAP buat macam-macam depa buat bodoh saja.Ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa bagi membenteras himpunan haram jalanan.Bagi MKP ini adalah permulaaan bagi pihak polis menjalankan latihan bagi menghadapi bershit pada bulan depan.


Kita tidak hairan dengan sikap sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang terlalu hipokrit hanya nampak tindakan pihak lawan sahaja tetapi mereka buta dengan tindakan yang mereka sendiri lakukan.

Isu karikatur di dalam Utusan Malaysia turut diputarbelitkan oleh mereka.MKP
 pasti semua orang termasuk ahli-ahli PAS dan pembangkang tahu individu yang dikiaskan oleh kartun tersebut.
Dan content kartun itu adalah reflection dan echo daripada kenyataan Hadi Awang, Presiden PAS itu sendiri.Satu lagi, kenapakah Persatuan Ulama tidak menegur Mat Sabu, Timbalan PAS yang menyetujui bahawa agama merupakan candu bagi rakyat?







Wednesday, June 22

Ketua AMK Kelantan sertai Umno


AL-Juburi Dah Ketaq,Lepas ni Hang Nak Pi Mana.




AL-Juburi dah ketaq pasal Polis dah panggil trio T untuk memberi keterangan bagi kes Video tak senonoh yang didakwa muka sepertinya tapi perut buncit.Pasti ada perancangan untuk lari jika didakwa kelak.jika trio T didakwa adakah pelaku dalam video itu akan terlepas pasti tidak.


Kenyataan al-juburi menyatakan trio T akan dikenakan hukuman paling minimun adalah bersifat meminta belas kesian dan menagih simpati.Masa baguih hang dok mengentot tak kata pun kita main ringan-ringan aje.tengok boleh pegang jangan.



KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin trio 'Datuk T' yang akan didakwa Jumaat ini hanya akan menerima hukuman paling minimum.
"Saya jangka dakwaan dan hukuman yang bakal dikenakan begitu minimum kerana dakwaan ini bersifat politik saja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa lain ceritanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.
Menurutnya, pendakwaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa peguam negara tidak boleh dipandang serius.
Trio 'Datuk T' terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, dan juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ketiga-tiga individu itu mengaku menayangkan video seks yang didakwa mirip Anwar kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Salah seorang trio 'Datuk T' mengirim khidmat pesanan ringkas kepada wakil-wakil media meminta mereka hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, Jumaat ini kerana mereka (trio berkenaan) akan didakwa.

Datuk T Bakal Masuk Penjara.




YANG ditunggu-tunggu sudah makin jadi kenyataan. Sejak pagi Rabu heboh cerita bahawa kumpulan Datuk Trio akan di dakwa di mahkamah pada pagi Jumaat ini. 

Khabar angin yang disebarkan melalui SMS, Twitter dan Facebook itu mengatakan mereka bakal di dakwa kerana menayangkan video seks pada 21 Mac lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kisah Datuk T yang merujuk kepada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Datuk Shuib Lazim akan di dakwa sebelum ini sudah beberapa kali kedengaran tapi tidak benar.
Cuma kali ini, Eskay sendiri berani comfirm bahawa beliau akan di dakwa.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, kata Eskay dalam SMSnya “Comfirm,”.

"Apa-apa perkembangan lanjut akan diketahui petang ini," katanya.

Ramai yang tidak sabar hendak tunggu, apa yang akan diceritakan Datuk T di mahkamah nanti. 

Sebelum ini, ada banyak khabar angin mengenai video yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur. Anwar sendiri menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan hasilnya kini Datuk Trio bakal di dakwa.

Drama ini bermula pada 21 Mac lalu, bila sekumpulan wartawan dipelawa menonton rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di ibu kota oleh sekumpulan lelaki  yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Malah Eskay pada 29 April lalu melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bahawa beliau bersama Anwar  berada dalam paparan video seks itu.

Dalam lafaznya, Eskay berkata, “pada hari ini 29 April, saya Shazyrl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, bersumpah bahawa aku dengan Anwar berada dalam paparan video pada 21 Februari 2011 dan Anwar adalah pelaku dalam video. Sekiranya aku berlaku fitnah maka Allah akan melaknat aku.”  

UMNO Sik kesal program disabotaj



UMNO Bahagian Sik kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba mensabotaj penganjuran Program Ceramah Bongkar, Pentas Pemuda UMNO Bahagian Sik, dengan menanggalkan kain rentang program berkenaan yang dipasang di satu kawasan di Jeneri. 

Ketua UMNO Bahagian Sik, Tajuddin Abdullah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, berkata, UMNO Bahagian Sik tidak menganjurkan program seperti itu secara kerap namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak membuang kain rentang yang dipasang UMNO. 

“Mereka selalu mengadakan ceramah tetapi kita (UMNO) tidak buat kacau, kita buat ceramah bukan selalu tapi mereka buang banner (kain rentang), potong,” katanya sewaktu memberikan ucapan pada Program Ceramah Bongkar, malam kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Mahadzir Abd Hamid berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Jeniang kira-kira jam 6 petang, kelmarin, agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu. 

Menurutnya, isu kain rentang disabotaj bukan perkara baru sebaliknya sudah beberapa kali berlaku namun perkara itu dimaafkan kerana beliau beranggapan ia dilakukan sekumpulan ‘budak nakal’. 

“Bagaimanapun, apabila sudah sampai tahap meminta diubah lokasi dan meminta dirobohkan khemah, saya rasa tindakan itu tidak wajar apatah lagi apabila ada banner yang dipasang di Jeneri, ditanggalkan. 

“Kita terpaksa membuat laporan polis kerana tidak mahu insiden seperti ini berulang lagi pada masa akan datang, apatah lagi UMNO Sik tidak pernah mengganggu mana-mana program anjuran parti politik lain,” katanya. 

Mahadzir berkata, program yang dianjurkan Pemuda UMNO Sik mendapat permit daripada polis malah kain rentang yang dipasang juga diluluskan oleh Majlis Daerah Sik. 

“Apa hak mereka untuk menanggalkan banner milik UMNO, justeru, kita minta polis menyiasat siapa yang bertanggungjawab. 

“Saya harap pemimpin parti politik menasihatkan penyokong masing-masing supaya tidak bersikap provokatif” katanya.

Tuesday, June 21

Apa macam Haji Hadi….Dr Masitah beritahu Dewan Rakyat video boleh jadi bukti kes zina


Ingat balik…Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah kerana ia BESI. Kenyataanya di penutup Muktamar PAS baru ini merujuk kepada isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya bagi PAS mereka berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.
Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.
Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.
Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu member penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.
Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Masitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.
Katanya,” seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.
“Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti...bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.
“Namun begitu samaada ia boleh diterima  tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang  kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.
‘Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu.”
Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah ‘diselidiki’ itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar  didapati tulen.
Dr Masitah berkata,” apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab  kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah  untuk menentukan kesahihan video tersebut.
Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.
Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah.

Ber-SHIT 2.0 1JUTA RAKYAT .DENGAQ BOLEH PECAYA JANGAN.



Geli bulu pungkoq dengan propaganda pakatan anak haram kata ber-shit 2.0 akan mencapai 1juta akan menyertai perhimpunan tersebut.Bagaikan monyet kena belacan puak haram nie dok gempaq lebih tunjuk tengok.Masa demo bantah utusan ketua Pemuda PKR haram tak mai alasanya sakit pungkoq.takut lari terketaq-ketaq tak cukup tanah.kencing saja lebih.Awat takut klu pemuda umno nak turun bantah bershit nie. 


SPR pun satu apa la punya nak berunding dengan puak haram nie tak payah tunjuk kata kita takut dekat depa.lantak pi la apa depa nak cakap telus atau tidak empat negeri dah depa dapat apa lagi tak telus,kita macam terhegeh-hegeh dok minta berunding nak cari penyelesaian depa dok tunjuk jual mahal pirahaaa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.MKP menyarankan tak payah berunding lawan saja puak haram nie depa bukan berani pun gempak saja lebih.Tangkap dulu pengerusi Bershit nie,tengok apa depa nak kata,jawapan standart ialah kerajaan malaysia zalim.Peduli apa depa nak kata janji malaysia aman tanpa perhimpunan haram jalanan nie.


Lepas nie Pemuda tok sah pulak dok tarik hand-break pulak last minit,lawan tetap lawan tak kisah klu kena tangkap la apa saja terima.ini baru gempaq.

SAMBUTAN TERHADAP AL-JUBURI DAH MALAP;



Sambutan terhadap al-juburi pada konvensyen yang diadakan baru-baru ini amat mengecewakan beliau.Apa dah jadi mungkin pasal video yang dicanang oleh blogger pro BN dan media massa ternama malaysia.Pendapatan rakan saya menyatakan bahawa sokongan terhadap al-juburi akan bertambah kuat pasal fitnah video itu ternyata indah khabar dari rupa.


Info yang saya dapat bukan dari orang luar malah dari ahli atau orang kuat dari Pkr sendiri untuk makluman beliau adalah naib ketua wirawati negeri yang dikuasai oleh PKR.Kami telah kenal lama akan tetapi selalu jugak berjumpa walaupun berlainan pendapat mengenai parti dan bertukar pendapat.Selalu yang hadir lebih ramai akan tetapi kali ini nampak sokongan agak berkurangan.Hanya ketua cabang dan ranting saja yang hadir lebih kurang 1000 sahaja yang hadir pada kali ini.


Dalam ucapan al-juburi banyak berkisar kepada untuk menakluki putrajaya dan dengaq kata depa dah ada calon yang pasti menang piliharaya akan datang,betul ka nie atau hanya umpan untuk menaikan semangat yang dah akan malap bila tiba masanya.



Ternyata PKR kebanyakkan ahli dari kaum india dahulu akan sekarang ramai yang telah berpatah arang berkerat rotan dan kembali menyokong PPP.tinggallah apa yang dinamakan sekarang depa yang menyokong ada berkepentingan.Al-juburi masih lagi dok kona baring pasal video dan masih lagi berteka-teki dalam soal sumpahnya. 





Video Panas:Beruk Edisi Gempaq Tamil.


Anuwar hang tak boleh buat keputusan kata bersih akan dibatalkan kata pengerusi Bersih Ambiga.Apa punya haprak anuwar nie benda macam nie pun nak ambil kesempatan kata dia boleh buat keputusan padahal yang menentukan bukan dia. 

DAH LAMA DAH!KISAH DULU-DULU.



Umum mengetahui dan tidak perlu rasanya dinyatakan secara panjang lebar apa kesannya terhadap masyarakat Islam jika kaedah itu dilaksanakan.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff, beliau tidak mahu perpecahan di kalangan orang Melayu berikutan perebutan jawatan dalam pentadbiran masjid pada 1980-an berulang.

Lantas beliau menceritakan kepada penulis mengenai corak pentadbiran institusi masjid di negeri ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang supaya masyarakat faham kenapa pelaksanaan kaedah tersebut perlu dielakkan.

Menurutnya, semasa zaman penjajahan, hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dikendalikan oleh Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang.

Bagaimanapun, badan itu tidak mempunyai kuasa terhadap wakaf-wakaf termasuk masjid dan surau yang banyak terdapat di negeri ini.

Segala wakaf ditadbir oleh Lembaga Wakaf Orang Islam dan Hindu yang dipengerusikan oleh Pemungut Hasil Tanah yang merupakan ‘orang putih’ dengan orang Islam serta Hindu menjadi anggota lembaga itu.

“Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, Perikatan Pemuda Pulau Pinang mencadangkan supaya pentadbiran bagi orang Islam dan Hindu dalam lembaga tersebut diasingkan.

“Ketika itu saya merupakan Setiausaha Perikatan Pemuda Pulau Pinang dan kami berpendapat sudah tiba masa ditubuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP),” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dua tokoh Melayu, iaitu bekas majistret, G.M. Yusoff dan Pesuruhjaya Haji, Ali Rouse ditugaskan untuk merangka perlembagaan MAIPP. Usul berkenaan kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu diluluskan penubuhan MAIPP pada 1959.

G.M. Yusoff telah dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP pertama manakala Ali Rouse sebagai Setiausaha Kehormat majlis tersebut.

Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Mufti Pulau Pinang yang pertama. Sejak itu, segala urusan pentadbiran masjid diselia oleh MAIPP.

Mohd. Yussof memberitahu, pada awal 1960-an, MAIPP merancang untuk melantik ahli jawatankuasa kariah bagi mengurus masjid secara lebih sistematik.

“Sebelum itu, segala urusan pentadbiran masjid dikendalikan oleh orang kampung sendiri seperti imam dan penghulu. Jawatan-jawatan tersebut pula biasanya diperturunkan dari generasi ke generasi,” ujarnya.

Bagaimanapun, bukan mudah bagi MAIPP pada peringkat permulaan untuk membuka minda penduduk kampung supaya menerima kaedah baru itu.

Sesi penerangan ke seluruh masjid dilakukan bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenainya. Namun, usaha tersebut akhirnya berjaya dan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ala pilihan raya pun diperkenalkan.

Sehinggalah pada sekitar 1980-an, unsur berpuak-puak mula menjalar di kalangan kariah. Ketika itu masjid dilihat sebagai institusi yang kukuh dari segi kewangan dan mempunyai pengaruh kepada masyarakat.

Bagi calon, jika terpilih maka ada ‘habuan’ yang menanti mereka seperti elaun dan kemudahan-kemudahan lain termasuk kuasa. Maka berlakulah perebutan kerusi jawatankuasa kariah masjid sehinggakan pernah berlaku calon membawa ‘pengundi-pengundi hantu’ dengan bas untuk mengundinya.

Akibatnya, bibit-bibit perpecahan menular di kalangan penduduk kampung seperti boikot-memboikot kenduri berikutan perbezaan ‘parti’.

Bagi mengelak institusi masjid tercemar dan demi menjaga perpaduan masyarakat Islam, Exco Agama ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar diberikan tanggungjawab merangka kaedah baru supaya proses pemilihan diadakan secara lebih demokrasi dan terkawal.

“Maka dicadangkan bagi setiap penggal baru, jawatankuasa sedia ada mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan senarai 15 calon termasuk dua wanita kepada MAIPP untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa kariah masjid.

“Kaedah inilah yang diguna pakai sehingga sekarang tanpa sebarang pertelingkahan di kalangan ahli kariah,” jelasnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila perkataan ‘syukur’ keluar daripada Mohd. Yussof sebaik-baik menerima berita menerusi panggilan telefon bahawa proses pilihan raya masjid ditangguhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.Pastinya beliau tidak mahu ‘parah’ yang berlaku ke atas masyarakat Islam di Pulau Pinang sekitar 1980-an berulang

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA.


Monday, June 20

PEMUDA PAS PIS PUS DAH KECUT TELOQ.



Apa punya haram jadah puak Pemuda PAS nie penakut rupanya dah kecut teloq takut dekat Perkasa rupanya.MKP ingat garang rupanya dalam hati ada taman.Kenyataan bacul telah dikeluarkan oleh Pemudanya menampakkan betapa pondannya depa cakap macam rimau rupanya kucing berbulu hari-hari mau.


Kenapa takut Perkasa akan ajak bukan islam menyertai perhimpunan bersih.Yang hampa dok dengaq cakap hindu tua kira ok la.Pirah mampus nie nak habaq mai kat hampa yang bodoh dan tak boleh ajaq.


Ambiga bangga berjaya mengetuai melayu yang bodoh bagi menumbangkan sebuah kerajaan yang ditunjangi oleh orang Melayu ISLAM!!!!...Tetapi siapakah AMBIGA yang SEBENAR-BENARnya dan apakah kehebatannya sehingga mampu memukau beribu-ribu PAK JANGGOAT untuk berkhidmat kepadanya!!!!

Daripada Jkuasa Penganjur Bersih 2.0, didapati 4 daripada 15 adalah Melayu. Yang lain nya adalah China India. Jelas bahawa China India mempergunakan orang-orang Melayu untuk mencapai matlamat menakluki dan mengulingkan Kerajaan BN secara kekerasan ala-ala Mesir. Yang akan pecah kepala berdarah ialah sesama Melayu Pas, Melayu Pkr, Melayu Umno dan Melayu Pemerhati. China dan India sunyi sepi dan Hindraf telah menarik diri. 
Betapa bodoh nya orang Melayu sehingga sanggup berketuakan seorang wanita HINDU yang jelas selama ini bukan setakat anti Islam tetapi amat benci sekali akan ISLAM? Namun akhirnya disanjung pula oleh pejuang-pejuang yang mendakwa mereka adalah pejuang ISLAM!!!!


Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat).

UMNO ZALIM,SPNB BEBANKAN RAKYAT MISKIN.





Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan melaksanakan projek pembinaan 80 unit rumah kelompok di Kampung Manggis dan Kampung Tok Suboh kawasan Parlimen Bukit Mertajam bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pada tahun ini. 

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 60 rumah akan dibangunkan di Kampung Manggis, manakala 20 rumah di Kampung Tok Suboh dengan harga RM75,000 seunit. 

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan akan memberi subsidi kepada golongan sasar itu dengan harga antara RM40,000 hingga RM45,000 seunit tanpa perlu menjelaskan bayaran deposit dan peguam sebelum menduduki rumah berkenaan. 

“Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) meluluskan peruntukan RM2 juta bagi kerja infrastruktur iaitu pembinaan parit serta jalan di Kampung Manggis dijangka bermula Ogos ini. 

“Manakala kerja infrastruktur di Kampung Tok Suboh sudah dilaksanakan dan SPNB akan melaksanakan projek rumah kelompok di kampung itu sebelum akhir tahun ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Mertajam kali ke-33, di Dewan Kompleks Perniagaan Peladang PPK Bukit Mertajam, di sini. 

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Bukit Mertajam, Abdul Wahab Ibrahim. 

Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bukit Mertajam, setiap unit mengandungi tiga bilik hanya layak untuk peserta e-kasih, penempatan semula termasuk mereka yang berpendapatan kurang RM1,000. 

Katanya, mereka yang layak memiliki rumah itu hanya perlu menjelaskan RM150 sebulan selepas menduduki rumah itu. 

Sementara itu, dalam perkembangan sama, PPK Bukit Mertajam bakal mewujudkan Pusat Pengumpulan Ladang di pekarangan Pejabat PPK Bukit Mertajam, Jalan Rozhan, di sini, tidak lama lagi bagi membolehkan lebih 300 penternak, peladang dan nelayan sekitar Parlimen Bukit Mertajam memasarkan hasil mereka. 

Musa berkata, perbincangan akan diadakan antara PPK Bukit dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pulau Pinang, Kementerian Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Ini cukup menakutkan Anwar..



Perhimpuan gerak aman di padang Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru semalam membuktikan apa yang digambarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya yang kononnya Perkasa sebuah pertubuhan perkauman dan membenci orang Cina adalah salah kerana orang Cina turut hadir himpunan aman tersebut.

Orang Cina terpanggil untuk bersama Perkasa menentang perhimpunan haram yang akan dibuat oleh Anwar dan pakatan rakyat kerana mereka merasakan Anwar dan pengikutnya telah melampau.

"Mereka merupakan wakil peniaga dan penjaja kecil di sekitar Kuala Lumpur, sekiranya berlaku perhimpunan haram "bersih" bermakna perniagaan mereka akan terjejas teruk pada hari itu. Siapa yang hendak bertanggungjawab atas kerugian mereka pada hari itu? adakah Anwar hendak bertanggungjawab? adakah Mat Sabu hendak bertanggung jawab? siapa nak bertanggung jawab soal mereka lagi.

"Peniaga Cina yang hadir semalam bukanlah bodoh seperti yang Anwar sangkakan, mereka tahu perhimpunan haram itu tidak ada kena mengena dengan SPR, sebaliknya perhimpunan itu dibuat untuk menukarkan isu liwat Anwar, jadi kata mereka, yang bermasalah Anwar seorang, kenapa hendak di heret rakyat bersama dalam masaalah dia.

Sunday, June 19

MALIK KASIM@ITIK LeTAK JAWATAN.



betulkah Malik Kasim akan meletak jawatan berikutan isu panas yang digembar-gemburkan sebelum ini.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa Malik Kasim Exco Agama,Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal pengguna meletakkan jawatan beliau selepas didapati melakukan kesilapan besar dengan membelakangkan Yang diPertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam isu pilihanraya masjid baru-baru ini.


Presidennya,Rahmad Isahak kata malik bukan sahaja membelakangkan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai ketua agama islam negeri malah beliau juga gagal menilai situasi undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan rasmi bagi Kerajaan Negri sehinggakan melukakan perasaan umat islam.


KMPP menwakili 6500 umat islam pulau pinang menggutuk sekeras-kerasnya tindakan malik itik ini.Malik Itik seharusnya bertangjawab sepenuhnya dalam isu ini serta meminta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam akibat ketelanjurannya yang telah menyusahkan pelbagai pihak.“Orang Melayu Pulau Pinang tidak memerlukan pemimpin seperti beliau untuk menegakkan syiar Islam,” 


 Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri kerana perbuatannya itu memalukan.


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) juga tidak boleh sewenang-wenangnya membuat dasar atau polisi secara tergesa-gesa atas tekanan pihak lain terutamanya perkara berkaitan undang-undang sehingga boleh menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan.

Rahmad berkata, selain memohon maaf kepada orang Islam, Malik juga wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon maaf kerana membelakangi Tuanku dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.




KARTUN PUN NIK AJIS TAKUT......SAPA HINA ISLAM SEBENARNYA.



Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat semalam mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia.

Strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur. Rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian. Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan Pas dalam manifesto PRU, hanya gimik.

Tindakan Mursyidul Am Pas itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya.
Cuma Awang hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan pada Rabu, 15 Jun dianggap menghina Islam. Sedangkan ia hanya menyindir pemimpin Pas kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

MKP  juga tertanya-tanya mengapa karya kartunis aktivis pembangkang, Zunar yang terang-terang menghina Islam tidak pula berani disentuh oleh Nik Aziz. Persoalan lebih besar ialah siapakah sebenarnya yang menghina Islam? Seperti kata Zulkifli, sesungguhnya banyak tindak-tanduk Pas yang menghina dan menggugat umat Islam.

Pada Awang dan ramai lagi umat Islam di negara ini, kenyataan Nik Aziz sendiri banyak menghina dan memalukan Islam. Buatlah kajian ilmiah, pasti mudah membuat rumusan. Jika disenaraikan cukup banyak. Antaranya menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, mendakwa tuhan boleh mencarut, menjanjikan syurga kepada sesiapa yang undi Pas, pernah menuduh orang UMNO kafir, wanita cantik tidak boleh keluar bekerja dan banyak lagi yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Itu belum menyentuh tentang pendirian beliau yang menolak permuafakatan sesama parti Islam tetapi menjulang DAP yang menentang penubuhan negara Islam.

Lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa. Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?

VIDEO PENDEDAHAN;kALPAL SINGH TAHU ANUWAR KAKI LIWAT.




Pendedahan Zulkifli Nordin mengenai Karpal singh yang tahu bahawasanya Anuar Al-Juburi kaki liwat.Karpal pernah menyuruh Anuwar bertaubat serta insaf.DAP dan Karpal telah mempergunakan Anuwar hanya untuk mencapai matlamat untuk berkuasa di Malaysia.

Saturday, June 18

‘Pokok senyum’ rezeki si penoreh





Bagaikan tidak percaya, tetapi itulah kenyataannya apabila wartawan Sinar Harian sendiri berkesempatan melihat sendiri pohon getah yang mempunyai wajah seakan manusia di kawasan tanaman getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus. 

Biarpun kawasan itu terletak lebih 200 meter dari kaki bukit dengan ketinggian yang agak curam, namun bagi melihat kebenaran yang digambarkan si penoreh yang mengusahakan tanaman getah itu, wartawan Sinar Harian tekad mendaki bersama penduduk kampung itu. 

Mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke kawasan yang dimaksudkan, akhirnya berjaya melihat sendiri sebatang pokok getah yang mempunyai wajah seakan manusia itu. 

Ternyata pokok getah yang digelar ‘pokok senyum’ oleh penoreh, Zulkefly Baharom, 50, dan isterinya, Ruziah Mohd Salleh, 49, memang benar. 

Baru menoreh sebulan lalu 

Zulkefly yang juga pesara tentera berkata, sebelum ini kawasan tanaman getah yang mempunyai lebih 100 pokok itu ditinggalkan tanpa ditoreh sejak dua bulan lalu. 

Bagaimanapun, sejak sebulan lalu dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengusahakan kebun getah milik bapa saudara mereka itu daripada terus terbiar sebelum ia ditebang dalam masa terdekat bagi tujuan tanaman semula. 

Menurutnya, biarpun sudah masuk sebulan menoreh, namun ia hanya disedari selepas seminggu mereka mengusahakan tanaman itu dan suatu yang tidak dijangka apabila kebetulan pula hasil susu getah yang keluar dari pokok itu juga lebih banyak dari yang lain. 

Malah satu daripada 100 pokok yang diusahakan oleh pasangan suami isteri itu sebagai kerja sampingan sejak pertengahan Mei lalu membawa rezeki kepada mereka sekeluarga apabila ia mengeluarkan hasil susu getah yang banyak. 

Menceritakan kembali bagaimana mereka boleh menyedari wajah seakan manusia di pokok itu, Ruziah berkata, selepas seminggu mula menoreh di situ, dia tersedar dengan kewujudan pokok senyum itu apabila terpandang ke arah pokok itu dengan lebih teliti. 

Menurutnya, jika sebelum ini dia dan suami hanya menoreh tanpa sempat membelek-belek pokok itu, namun kebetulan pada masa itu terdetik untuk mendongak sehingga ke atas pokok itu. 

“Terkejut saya apabila tiba-tiba ternampak ada satu wajah seakan manusia pada batang pokok getah yang sedang ditoreh lalu saya menjerit memanggil suami untuk melihatnya,” katanya. 

Ada bentuk mata,hidung, mulut 

Zulkefly berkata, sebelum ini dia tidak pernah melihat pokok yang menyerupai wajah manusia seperti itu malah lengkap dengan bentuk mata, hidung dan mulut. 

Menurutnya, setiap hari pokok getah itu mampu mengeluarkan hampir sekilogram susu getah berbanding hasil pokok yang lain. 

“Kami tidak menyangka hasrat menoreh sebagai kerja sampingan ini benar-benar memberi rezeki lebih kepada kami tambahan pula harga getah kini mencecah RM6.10 sekilogram,” katanya. 

Sementara itu, Ruziah berkata, kemungkinan bentuk itu wujud kerana dahan pokok yang patah sehingga menjadi mata kayu. 

Namun bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur diberi peluang melihat ciptaan Tuhan yang begitu unik dan memberi rezeki lebih untuk keluarga.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive