Monday, July 4

Saya Diugut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Apa punya permainan macam budak sekolah tadika,SMS yang diterima adalah dari numbor 012-4364042.Jika sebegini perangai nampak sangatlah berfikiran seperti budak yang kurang matang.Kita sebagai rakyat malaysia patut patuh kepada undang-undang bukanlah buat kerja jahat dan meninggalkan bukti.Bodohnya pihak yang menghantar SMS ini.Jika merasa diri terlalu hebat jumpalah bersemuka.

Pemimpin PKR bersalah memfitnah Rais Yatim melalui blog


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.
Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.
"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.
Hakim Zabariah menetapkan Selasa untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.
Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. beserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.
Bernama melaporkan, Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.
Rais, yang juga anggota Parlimen kawasan Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.
Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.
Selepas keputusan itu, Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.
Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.
Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.
Selepas Amizudin selesai memberikan keterangannya di mahkamah tengah hari tadi, Masnah dilihat memberikan ciuman di pipi Rais.
Pada prosiding Isnin, hanya Amizudin yang dipanggil sebagai saksi defendan manakala Rais tidak dipanggil memberi keterangan kerana pada prosiding yang lepas semasa pengurusan kes kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mempertikaikan bahawa artikel itu telah diterbitkan, bahawa perkataan itu adalah menfitnah Rais dan perkataan itu merujuk kepada Rais.
Oleh itu mahkamah meneruskan perbicaraan dengan mendengar pembelaan justifikasi oleh Amizudin.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.
Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?
Amizudin: Betul.
Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Rais.
Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?
Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.
Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.
Amizudin :Ya.
Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.
Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya.
Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.
Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan.
Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah "copy and paste" daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.
Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.
Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan.

Patriot batal hasrat berhimpun; junjung titah Agong


KUALA LUMPUR 4 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO yang melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Patriot akan dibubar sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara. - Utusan

Baru 2,000 Lim Guan Eng Sudah Macam “Kera Kena Belacan”

Baru tak sampai 2000 orang berdemonstrasi di Komtar, Pulau Pinang baru-baru ini Ketua Menteri paling rasis, Lim Guan Eng sudah terlompat-lompat macam “kera kena belacan”.
Lagaknya Lim Guan Eng sebelum ini bukan main…. Lim Guan Eng macam ayam jantan mengatakan demonstrasi Bersih mesti dibenarkan, ia selaras dengan kebebasan bersuara, ia melambangkan demokrasi maka Lim Guan Eng pun menyokong penuh demonstrasi Bersih pada 9 Julai ini.
Mungkin bagi menyahut lagak Lim Guan Eng ini maka rakyat Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di pejabatnya yang dihadiri lebih kurang 2000 orang dan ada sekumpulan lebih kurang 30 anak muda berdemonstrasi di Jambatan Pulau Pinang.
Memang pelik bin ajaib, Lim Guan Eng melompat tak tentu pasal kononnya kata beliau demonstrasi ini bertujuan untuk mensabotaj ekonomi  dan pentadbirannya.
Telatah Lim Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau bukan saja Ketua Menteri paling rasis tetapi lidah bercabang dan paling bahalol sekali.
Kalau dia mendakwa 2000 orang yang berdemonstrasi di Komtar baru-baru ini sebagai usaha mensabotaj ekonomi negeri bagaimana pula niat Bersih nak kumpulkan 300,000 orang berdemonstrasi di Kuala Lumpur.  Itu bukan sabotaj ke?
Nampaknya Lim Guan Eng selepas ini bolehlah mencari beberapa lagi rakannya untuk menubuhkan kumpulan lawak dan menyertai program Raja Lawak.
Untuk menutup malu atas ketakutannya terhadap demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini, Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu mendakwa ia didalangi oleh UMNO.
Bak kata Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman… kalau UMNO yang buat bukan takat 2000 tapi puluhan ribu akan hadir untuk berdemonstrasi… kalaulah puluhan ribu digerakkan UMNO untuk berdemonstrasi mungkin Lim Guan Eng akan pakai lampin pakai buang kerana terkencing-kencing ketakutan.
Yang nyatanya apa yang diperlihatkan Lim Guan Eng ini tidak lebih sekadar mengesahkan lagi bahawa lidahnya bercabang dua….

Ahli UMNO Kena Berubah Demi Nasib Melayu Dan UMNO


Ahli UMNO harus berubah demi Parti Keramat UMNO.Tranfomasi yang telah dicadangkan oleh pucuk pimpinan akan tetapi politik dalaman haruslah dipandang serius oleh oleh setiap ahli dari peringkat cawangan hinggalah keperingkat Bahagian,sebagai ahli akar umbi MKP merasa tempiasnya apabila POLITIK DALAMAN yang dimainkan oleh rakan-rakan seperjuangan dengan Agenda mereka tersendiri, Pebalahan ini tidak memberikan manafaat kepada sesiapa pun musuh kita bukanlah orang UMNO itu sendiri akan tetapi pihak lawan seperti yang berlaku di Pulau-Pinang Musuh utama kita adalah DAP bukanlah sesama kita.Tujuan kita hanyalah satu mengembalikan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP kepada BARISAN NASIONAL.Jika masaalah yang kecil diperbesarkan akan merebaklah menjadi luka yang tidak dapat disembuhkan.Apakah salahnya bersemuka dan berbincang.bukanlah mengeruhkan lagi keadaan dan menceritakan Pekung masing-masing.Sifat iri hati serta berdendam ini tidak menguntungkan sesiapa.Jika Jawatan yang dikejar tanpa usaha yang gigih tidak akan bertahan lama.Apalah maknanya jika bahagian kita tidak menang pilihanraya.Ayuh kita bermuzakarah demi alif,ba dan ta.


PEKAN: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli Umno agar berpegang kepada tiga prinsip transformasi politik iaitu calon yang boleh menang, sifar masalah dalaman dan bersikap inklusif dalam usaha mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata setiap ahli Umno perlu menyokong pemilihan calon yang boleh menang kerana ia dibuat secara objektif dan berlandaskan pilihanrakyat.
"Saya tidak ada orang nak dikatakan anak emas, anak perak atau gangsa. Saya cuma ada keluarga dan rakan seperjuangan dan saya tetap hargai rakan... apakan daya kalau gagal dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditentukan dan katalah kalau nak dipilih, KPI mestilah dipenuhi dan ia di tangan pengundi," katanya dalam ucapan penangguhan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan di sini, Ahad.
Beliau berkata Umno juga perlu menjurus kepada sifar masalah dalaman yang boleh menjadi duri dalam daging kepada parti itu.
Katanya mereka yang tidak terpilih sebagai calon atau tidak mendapat sesuatu yang diidamkan sepatutnya tidak berasa kecil hati sebaliknyamenterjemahkan sokongan kepada calon pilihan parti.
"Janganlah disebabkan tidak dapat sesuatu, kita rasa tawar hati dan buat sesuatu yang boleh merugikan parti," katanya.
Selain itu, Najib berkata anggota Umno perlu bersikap inklusif denganmemberikan perhatian kepada semua rakyat dan bukannya terhadap ahli Umno sahaja. "Sebagai contoh di Pekan, 42 peratus pengundi merupakan ahli Umno dan kalausetiap ahli keluar mengundi sekalipun, ia masih tidak cukup untuk menang... kita perlukan setiap pengundi," katanya.
Katanya anggota Umno perlu bersikap adil, berbudi, berhemah dan bersikap rendah diri demi memenangi hati rakyat. - BERNAMA
MKP kata kalau depa tepuk gendang bagilah depa menari sendiri,buat perangai macam budak tadika pun tiada maknanya. 

Tahniah Ustaz Azizan,Tahniah PAS Kedah.



tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah yang telah jayanya mentadbir negeri dengan terbaik sekali.Rakyat negeri kedah patut berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh PAS yang mendakwa mereka berjaya membawa pelaburan yang paling banyak dalam sejarah dan memang berkebajikan.Tamat sudah pujian MKP kepada Azizan dan PAS.


Umum tahu orang melayu berniaga ditepi jalan bagi menyara keluarga,Jika Kerajaan Negeri Kedah Prihatin dan mengambil berat tentang nasib orang kedah depa takkan nak buat naya kat orang melayu.Sebaliknya memberi sokongan dan nasihat yang terbaik bagi memajukan lagi ekonomi orang melayu nie pasal apa yang kerajaan negeri nak roboh kedai pulak,Kepada pemimpin Azizan harus ingat jangan lupa setiap rakyat kedah ada undi yang boleh dan menjatuhkan kerajaan negeri dengan undi tersebut.


Masalahnya PAS kedah depa nie dok ingat depa tue baguih sangat dan tindakan lahanat PAS nie semua betul.Puak anak haram jadah PAS nie dok tiru DAP lahanat pulak dah roboh kedai orang melayu.Sebelum nie PAS Barua nie dah robohkan kedai orang melayu dekat depan Cinta sayang Golf Club.MKP memang terbakaq gila dengaq berita tue sebab MKP mempunyai Sejarah yang takkan dapat dilupakan apabila berkunjung dikedai tersebut.Almaklum "Dalam hati ada taman".Kini hanya tinggal kenangan dah habis la pulak nie kat Aloq Setaq Pulak.Azian Kartun Hang jang dok kata tak tau Pulak lepas nie.




Para peniaga kecil di sekitar bandaraya Alor Setar merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan gerai peniaga tanpa notis sepanjang Pas menerajui kerajaan negeri Kedah.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata pihaknya memberi tempoh tiga minggu kepada MBAS untuk menyelesaikan masalah peniaga terbabit dengan menyediakan tapak perniagaan baru kepada mereka serta memberi pampasan sewajarnya ke atas kerosakan barangan ketika pihak MBAS merobohkan gerai mereka.

"Sekiranya MBAS gagal menyelesaikan masalah itu, Ikhlas bersama peniaga di sini akan mengadakan bantahan beramai-ramai menuntut hak peniaga yang teraniaya,” katanya pada sidang media selepas meninjau gerai milik MBAS berhampiran Stadium Darul Aman di sini hari ini. — Bernama

Sunday, July 3

Pakai Baju, Tie Kuning - YB Pembangkang Perangai Macam Budak-Budak




Kita tentu tergelak melihat aksi Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa DAP yang mengambil jalan memperbodoh dan menghina diri beliau sendiri dengan memakai baju T-shirt tanpa kolar Beersih dan memakai tali leher di dalam Parlimen !


Tapi akhirnya, back fired dan menonjolkan kebangangan diri beliau sendiri! Dan orang seperti Er Teck Hwa ini yang menjadi wakil rakyat kita?Kalau ya pun mahu menunjukkan protes, sekurang-kurangnya gunakan otak dan fikiran itu. Hanya orang tidak akal sahaja yang memakai T-shirt tanpa kolar dengan tali leher! Dan pakaian itu di pakai di dalam parlimen! Stupid!

Ini adalah contoh pemimpin-pemimpin DAP yang melakukan perkara sesuka hati mereka. 

Ronnie Liu Ditahan.BerShit.



Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew ditahan tengah malam kelmarin kerana disyaki cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. 

dari maklumat yang diterima  Ronnie ditahan dalam perjalanan pulang memakai baju bershit selepas berceramah di Serendah, Hulu Selangor. 


Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis membawa Ronnie ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk dirakam percakapan berhubung ceramahnya yang disyaki berunsur hasutan. 

“Beliau (Ronnie) bagi kerjasama sepanjang proses itu dilaksanakan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana menghasut. 

Beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis awal pagi tadi (semalam) selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,sepatunya patut direman baru puak bershit ada akal sikit.

Dalam perkembangan berkaitan, Tun Hisan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan ajakan menyertai perhimpunan haram kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. 

Menurutnya, siasatan menunjukkan banyak risalah diedar kepada orang ramai bertujuan mengajak hadir ke perhimpunan berkenaan. 

Pihak Polis menyatakan, motif mereka bershit sangat jelas dan orang awam perlu maklum, sesiapa sahaja boleh ditahan jika menyertai perhimpunan haram. 

Ketika ditanya berhubung penahanan individu yang memakai baju kuning, Tun Hisan berkata, polis melakukan tangkapan bukan berdasarkan warna baju dipakai tetapi berdasarkan logo yang tertera pada baju yang dipakai. 

“Mereka boleh pakai baju warna apa sekalipun, asalkan tidak mengandungi logo pertubuhan yang tidak berdaftar. Jika logo tidak berdaftar, pertubuhan itu tidak sah dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan,



MKP kata pakai baju kuning boleh tapi jangan ada lambang bershit,takkan itu pun nak kena bagitau.

Saturday, July 2

Penang demo 2ribu.Pasir Putih 20ribu Berdemo Depan PM.



Semalam demontrasi dekat Pulau Pinang cuma 2ribu tapi hari nie dekat Pasir Putih lebih 20ribu hadir dihadapan PM menyatakan bahawa akan bersedia jika BERSHIT meneruskan agenda jahat mereka.Ambiga harus dipersalahkan serta pihak yang menjadi dalang bershit tersebut.



Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh Pas begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri lain pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya enguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.


Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.


Katanya jika kacau-bilau berlaku, maka keadaan itu juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu yang telah berusaha keras membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini.


"Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya.
Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah Pas kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.


"Ambo pelik macam mana perhimpunan begitu ramai datang di bumi yang diperintah Pas di negeri Kelantan. Angin perubahan sedang bertiup kencang di bumi kelantan,”

Padan Muka Malaysiakini Takut Padam artikel



Semalam MKP cabar wartawan malaysia kini Susan Loone supaya memberikan bukti bahawa pendemontrasi semalam telah memecahkan CERMIN KERETA yang diletakkan disepanjang jalan.ternyata semuanya tipu belaka.Yang terbaiknya artikel tersebut telah dipadam oleh pihak malaysia kini.


 PULAU PINANG 1 Julai - Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perarakan dan perhimpunan membantah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini membuat laporan polis mendakwa portal berita Malaysiakini menyiarkan laporan berbaur fitnah terhadap mereka.

Wakil mereka, Aziaan Ariffin membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 6 petang sebagai menafikan laporan portal itu yang menyatakan berlakunya kejadian memecah cermin kereta ketika demonstrasi berlangsung hari ini.

"Apa yang dilaporkan dalam portal tersebut adalah fitnah semata-mata yang saya lihat cubaan untuk mencetuskan rusuhan kaum.

"Mana ada kejadian seperti itu kerana perhimpunan yang kami lakukan itu terkawal. Justeru, kami meminta Malaysiakini menarik balik laporan tersebut dan jika mereka enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

MalaysiaKini Celaka Menipu.10 Pemuda tido LOKAP malam nie.

Laporan malaysia kini.kredit kepada pejuangbangsa

MKP cabar wartawan malaysiakini menyiarkan bukti yang menyatakan penyokong yang berdemo pada petang tadi memecahkan cermin kereta yang diletakkan disepanjang jalan dari masjid kapitan keling hingga ke komtar.Nak kencing pun pada-padalah susan loone jangan dok buat cerita bukan-bukan yang dok ikut cakap ketua raja kona ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.


Dah paling penting dok tembak tapi tak kena hang dok pembohong kata 300 orang yang mai.Padahal bukti dah jelas dan sengaja tutup mata tak mau tengok.memang sah hang nie mangkuk bin hanyun.seramai  2000 lebih yang hadir perarakan lebih satu kilometer.


Sehingga kini seramai 10 pemuda telah ditahan mereka terdiri daripada saudara Ezam Mohd Nor.Ketua Pemuda UMNO Penang Saudara Sheik,Ketua Pemuda UMNO Tanjong saudara Jeffri Salim dan rakan-rakan yang lain,ini menunjukkan bahawa Polis tidak berat sebelah dalam perlaksaan undang-undang.Dari berita yang diberitahu kepada MKP mereka akan ditahan reman selama 2minggu.MKP masih berada dibalai Polis Petani Road untuk memberi liputan.

Friday, July 1

Guan Eng Lari Tak Cukup Tanah,Melayu Penang Mengamuk.


Guan Eng ketua menteri paling malang dalam sejarah pulau pinang tak senang duduk apabila demo yang menghimpunkan lebih 2 ribu orang melayu terdiri dari Pemuda Umno serta NGO bagi membantah penularan pemahaman komunis.Bemula dari Masjid kapitan Keling perarakan menuju kearah komtar pejabat ketua menteri.Apabila sampai di hadapan pintu masuk komtar Pemuda serta NGO duduk ditengah jalan menunjukkkan bantahan Pada DAP haram jadah yang mengembalikan fahaman komunis di pulau pinang.

ELOK CABUT SAJA ANUGERAH PADA PADDYKUTTY.


Patut dan dah lama kena buat dan apa lagi nak tunggu,MKP menyokong anugerah Datuk Seri yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka ditarik atau direntap dari ANUwar yang banyak menyusahkan dan membuat kacau dalam negara.Berikutan pembabitan pandikutty dalam mempromosikan Bershit yang sememangnya haram lagi jadah ini.

Bukan sahaja ANUwar malah semua  yang terlibat dalam dan Bershit ini jua patut dikenakan tindakan yang sama.Amaran yang jelas kepada pengikut serta penjilat tegar Pandikutty.secara tidak langsung ini akan difikirkan dua kali oleh pihak pengajur kerana ia melibatkan Anugrah kebesaran dari Pihak Kerajaan Negeri Melaka.

Tahniah MKP ucapkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam kerana mencadangkan idea yang bernas dan terbaik untuk menjaga keamanan Malaysia tercinta.

MKP jua ingin meminta maaf kepada pembaca kerana blog MKP mempunyai masaalah teknikal dari pagi hingga 8malam tadi baru dapat di update.Alhamdulilah semua telah dapat diselesaikan. 

Thursday, June 30

Video Patriot akan Gempur Bila-Bila Masa.

Patriot akan bersedia pada bila-bila masa untuk gempur AMK yang bacul dan lari tak cukup tanah nanti.Depa kata Patriot hanya akan muncul pada waktu malam sahaja,nie dia kami mai waktu siang ada berani.

PM dah Marah,UMNO Ada 3juta Ahli Sedia Gempur.




JANGAN fikir PAS dan PKR saja boleh arah ahli sertai perhimpunan haram 9 Julai ini. Bayangkan apa jadi pada negara ini, jika UMNO, parti terbesar orang Melayu dengan ahli lebih tiga juta berbuat demikian.
UMNO bukan saja parti utama yang membentuk kerajaan, tetapi parti paling besar dan kaya, senang cerita kalau UMNO hendak buat mobilisasi besar-besaran, bukan satu perkara yang susah.
Sebab itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, parti tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian.
"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu pada Khamis.
Bernama melaporkan, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, "itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini".
Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen.
"Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah," kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah.
"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib.
Perdana Menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya.
"Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi Perdana Menteri atas penipuan. Saya nak jadi Perdana Menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN," katanya.
Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat.
Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya.
"Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan Perdana Menteri, hendak menguasai Putrajaya?" katanya.
Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai ini oleh kumpulan pengacau boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai.
Katanya jika ada pihak yang menjadi "tukang kipas, tukang bakar" emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga "rakan kita, keluarga kita".
Beliau berkata apabila berlaku "psikologi samseng", orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam.
Perdana Menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia.
Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang.
Hadir sama ialah ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN

Wednesday, June 29

Semua salah Bersih… Konsert Sweet Charity, Blues Gang ditunda


PENUNDAAN Konsert 2 Raksasa, Sweet Charity dan Blues Gang dari 9 Julai ke 1 Oktober adalah keputusan yang terbaik kata Papa Rock, Ramli Sarip.
“Keputusan menunda konsert itu ke tarikh yang lain adalah sangat wajar kerana saya sendiri tidak mahu konsert kami itu terjejas dengan perkara-perkara yang tidak diiingini jika diteruskan juga pada 9 Julai,” kata Ramli ketika dihubungi di kediamannya di Singapura.
Semalam, penganjur Konsert 2 Raksasa mengumumkan dalam sidang akhbar penangguhan konsert itu dari 9 Julai ke 1 Oktober bagi mengelak bertembung dengan perhimpunan haram Bersih.
Kata Ramli, keputusan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah dinasihati pihak polisi memandangkan lokasi Stadium Merdeka terletak betul-betul di tengah tengah Kuala Lumpur.
“Sememangnya kami juga bimbang bila ada perhimpunan bakal dibuat pada tarikh yang sama kami adakan konsert. Dan, kami telah meminati pandangan polis dan mereka telah menasihati kami agar menangguhkan.
“Dari segi keselamatan, memang ada baiknya ditangguh kerana kita juga tidak mahu penonton yang datang merasa tidak selesa dan kita juga tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan ke atas penonton yang mahu datang menyaksikan konsert,”ujar Ramli.
“Kerana kebanyakan peminat Sweet Charity misalnya adalah dari kalangan keluarga. Lagi pula, mereka yang membeli tiket untuk konsert kami bukan hanya orang Kuala Lumpur bahkan juga peminat dari Sabah. Sarawak dan rombongan dari Singapura,” katanya.
Bagi Ramli, sekalipun dia dan rakan-rakannya dalam Sweet Charity dan Blues Gang sudah tidak sabar untuk beraksi, namun mereka tidak patah semangat, ekoran penangguhan itu.
“Kami harap peminat-peminat bersabar, kita ambil yang terbaik kerana saya percaya semua ini ada hikmahnya,” kata Ramli.

Joe Bedul Cabar PAPAGOMO,YUSMADI Mahu POlis Tangkap PAPA.


Barangkali sudah gabra dengan penyiaran video klip pertemuan beliau dengan Trio Datuk T serta menonton video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim,  ahli Parlimen PKR Sungai Petani sengaja buat sidang media cabar Papagomo siarkan semua rakaman pertemuan itu.
Ini kerana Papagomo yang siarkan pertemuan Johari itu dalam blognya sejak pagi semalam.
Johari menganggap klip video hampir dua minit itu tidak menggambarkan apa sebenarnya berlaku ketika pertemuan tersebut.

Walaupun mengakui memang beliau bersama Trio T dan menyaksikan video seks 22 minit  itu, Johari sebaliknya menafikan beliau berkata lelaki bersama pelacur China itu adalah Anwar serta meminta wang pelincir.
“Saya cabar Papagomo tunjuk semua rakaman, bukan dua minit (klip sekarang 1.59 (minit). Saya nak minta siarkan (Tan Sri) Rahim Thamby Chik offer duit, keselamatan dan mahu bawa jumpa Perdana Menteri,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi PKR itu adakan sidang media di lobi Parlimen pada Rabu bersama beberapa rakan beliau termasuk ahli parlimen Teluk Kemang Dtuk Kamarul Bahrain dan  ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf.
“Jangan sorok apa-apa. Saya percaya kalau rakaman video seks itu 22 minit pasti video saya jumpa Trio T lebih dari itu. Elok siarkan semua. Malah saya tidak pernah mengaku orang itu adalah Anwar,”  ujar Johari.
Beliau mempersoal kenapa klip video 2 minit itu berulang-ulang kata”  'It's Not About Anwar, It's About The Scene'.”
Menurut Johari, ada akhbar pula mengaitkan Scene dengan dosa, sedangkan maksud beliau adalah pengambaran video itu.
“Tak kan saya jumpa Trio Datuk T cakap itu sahaja,” sindirnya.
Johari menjelaskan, beliau bertemu Anwar terlebih dahulu mengenai pertemuan tersebut sebaik dijemput bapa saudaranya Datuk Shuib Lazim, seorang daripada trio itu selain Rahim dan Datuk Eskay Abdullah.
“Saya pergi tanpa tahu tujuan itu, masa duduk pun tak tahu apa sebabnya,” katanya.
Johari menjelaskan memang beliau ketawa dan nampak gembira dalam pertemuan itu kerana amat mengenali Rahim dan Shuib.
“Saya kenal Rahim sejak UMNO lagi. Hubungan tak terputus tambahan pula Shuib (bapa saudara) ada di situ,” katanya.
Beliau berkata, selepas menonton video seks itu, beliau menafikan lelaki itui adalah anwar.
“Saya adakan sidang media pada 23 Mac di ibu pejabat PKR dan di parlimen menjelaskan perkara itu,” katanya.
Sementara itu Yusmadi mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan terhadap Papagomo kerana mendakwa penulis blog itu terbabit jenayah terancang dengan Trio T.
Beliau mendakwa mengenali Papagomo dan mendapat maklumat dalaman UMNO mengaitkan penulis blog itu dengan parti tersebut.
“Trio Datuk T boleh didakwa, Papagomo pun patut didakwa juga. Polis perlu siasat dan ambil tindakan terhadap beliau kerana kesalahan sama menyiarkan rakaman video seks itu,” katanya.
Yusmadi menambah,” Saya tak mahu kalau kami sendiri di pihak Keadilan (PKR) cakap, kalau jumpa Papagomo, kita pukul Papagomo. Kita tak mahu macam tu. Kita yakin system undang-undang.  Kita mahu polis tangkap Papagomo hari ini. Papagomo ada kat Malaysia,”.
Katanya, ini bukan kali pertama Papagomo berbuat demikian lagipun penulis blog itu bukan jenis hit and run.
SUMBER:AGENDADAILY>

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive