Friday, July 8

Gara-gara ghairah sangat...Bersih ' tipu' dakwa polis lulus permit berkumpul di Stadium Merdeka



INILAH contoh taktik biasa dan spin pembangkang nak bikin gempar. Benda tidak pasti, dibesar-besarkan, dan kemudian salahkan pihak lain. 

Alahai...macam tak ada modal lain penganjur perhimpunan haram Bersih membuat pengumuman palsu kononnya polis telah memberikan mereka permit berkumpul di Stadium Merdeka pada Sabtu. 

Lebih mantap lagi lakonan puak-puak Bersih ini adalah bila laman-laman berita pro pembangkang menyiarkan berita tersebut secara besar-besaran. 

Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang pulak menghebahkannya melalui twitter dan facebook. 

Menurut laporan tersebut, Bersih telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka. 

Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon. 

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH. 

Sebuah portal berita menyiarkan pengakuan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat yang mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan. 

Bagaimanapun, difahamkan polis hanya meminta mereka datang untuk ambil salinan penolakan permit yang dipohon, bukan meluluskannya. 

"Polis hubungi untuk berikan salinan penolakan permit," kata sumber. 

Sementara itu laman web sama juga memetik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh menafikan polis ada keluarkan permit benar Bersih berhimpun di Stadium Merdeka. 

Lebih melucukan penganjur Bersih TIDAK LAMA kemudian telah mengakui mereka silap faham semasa perbualan telefon dengan pegawai polis balai Dang Wangi. 

Katanya sebenarnya surat itu adalah penolakan permit

Peristiwa Akhir Zaman: Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi & Nasrani



Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". 

H.R. Muslim 

Keterangan 

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.  

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
 
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka. 



PEPECAHAN BERSHIT KEPADA DUA KUMPULAN.



Bershit telah berpecah kepada dua kumpulan iatu satu kepada Ambiga dan satu lagi kepada Mat sabun yang kuat kuat pembohong malahan lebih kuat tembak dari Al-juburi.


Ambiga and the gang nak teruskan berhimpun diStadium dan tidak mahu kekecohan berlaku takut di ISAkan dan sedaq akan natijah apabila berhadapan dengan undang-undang.Pengikutnya lebih kepada orang yang terpelajar bukan jenis tangkap muat aje.


Mat Sabun and the gang akan meneruskan berarak dari Kg Baru dan lain-lain tempat menuju stadium dan ini akan menghuru-harakan keadaan dan rela berhadapan tindakaan undang-undang serta penguatkuasa.Yang pelik disebalik apa yang berlaku Anuwar lebih sudu dari kuah bukan sebagai pengerusi bersih akan tetapi cakap yang bukan-bukan yang ini tak boleh dan sebagainya.   


Apa pun, yang paling patut malu dengan majlis mengadap Tuanku YDP Agong oleh Ambega ialah PAS. Cuba bayang, Ambega sikit pun tak pandang kepada Timbalan setia dia Matsabu. Sepatutnya Ambega wajib bawa Matsabu bersama semasa mengadap Tuanku, kerana Matsabu tanpa rasa malu beriya-iya menjadi pembantu setia Ambega. Tetiba bila time glamer nak mengadap Tuanku, nama Matsabu pun Ambega tak sebut, jauh sekali nak bawa sekali. Tinggal Matsabu terkonteng-konteng sorang-sorang bersama kaumnya yang tak abis bertakbeer nak ngikut mama Ambega, tapi akhirnya kena kona. 

Takkanlah kaum Anwarinas tak nampak-nampak, masih terhegeh-hegeh nak membontoti si Ambega ni. Ni lah orangnya yang kaum Anwarinas dan kaum Kunyit-2 maki hamun dulu. Siap isytihar jihad. Orang yang mendalangi IFC, menyokong murtadnya Lina Joy, penganjur forum "masuk Islam" yang jelas menghina Islam. Kini dinobatkan oleh kaum Anwarinas dan Kunyit-2 sebagai kalipah , dengan diiringi gema takbeer yang membuatkan iblis pun menangis! Ni kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni. 

Tapi nak kata apa lagi, bila dah gila nak berkuasa, kalkatu pun akhirnya musnah kepada api yang dikejarnya! Nasihat MKP kepada kekawan kaum Kunyit-2 dan Anwarinas, hentikanlah tindakan memperbodohkan diri ini membontoti si Ambega ni. Dia ada agenda tersendiri, buat apa hampa memperlembukan diri kepada agenda dia. Kalau nak sangat, buat himpunan sendiri. Kan hampa semua dah biasa buat solat hajat dan himpunan dalam stadium. Tak perlu bergantung, apatah lagi nak membontoti orang lain, tambah-tambah kapiaq harbi laknatullah. 

Thursday, July 7

DAP.PKR DAN PAS Tipu-Tipu Malaysia.


VIDEO TERBAIK YANG DIBUAT UNTUK MENYEDARKAN RAKYAT BAHAWA PAKATAN RAKYAT MEMANG TIPU KUAT,YANG BESTNYA INI ADALAH SUARA AKAR UMBI DAN LOKASINYA DIKEDAI KOPI ADALAH PEJABAT PALING POPULAR RAKYAT MALAYSIA TAHNIAH KAWASAKI9722.

AKHIRNYA PAS TERKAPAI-KAPAI SENDIRI



Pada peringkat awal kempen dan hasutan BERSIH 2.0, DAP dilihat sangat dominan. Dengan bantuan daripada beberapa buah NGO yang sememangnya sangat pro kepada DAP seperti Majlis Peguam, DAP menggerakkan BERSIH 2.0 untuk menjatuhkan pentadbiran UMNO-BN yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia pada PRU12 lalu meskipun UMNO-BN kehilangan majoriti dua pertiga. 

Lim Kit Siang seringkali melaung-laungkan tentang Tahrir Square yang akan ‘dibawa’ oleh BERSIH 2.0 dan keazamannya untuk menyeret semua pembesar negara ke muka pengadilan dan ‘menyimpan’ mereka di dalam penjara kerana didakwanya telah melakukan rasuah dan penyelewengan terhadap harta rakyat. 

Kehangatan dan semakin hampirnya BERSIH 2.0 memperlihatkan PKR mengambilalih tugas DAP. PKR yang gila berceramah selain PAS mencanangkan di merata-rata tempat bahawa Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya menerusi demonstrasi BERSIH 2.0. Bahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam klip videonya yang sangat popular berkata, demonstrasi BERSIH 2.0 sekiranya gagal menumbangkan kerajaan, PKR akan menjadikan demonstrasi jalanan lain untuk tujuan tersebut. 

PAS hanya mengambilalih tugas DAP dan PKR pada fasa terakhir. Tugas terakhir itu diserahkan kepada PAS kerana PAS mempunyai jumlah ahli yang paling ramai berbanding DAP dan PKR. Malah ahli-ahli PAS sedia bertempur dengan pihak berkuasa apabila diarahkan oleh kepimpinan utama mereka. Dek kerana itu, dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya demonstrasi BERSIH 2.0, kita dapat melihat bagaimana PAS bersungguh-sungguh dalam siri ceramah serta kempen hasutan mereka. 

Kempen serta ceramah yang dibuat sepanjang tahun, dua minggu sebelum 9 Julai, diisi dengan hasutan agar orang ramai turun ke jalan raya di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk melakukan kekacauan. 

Dan dalam tempoh itulah, rakyat Malaysia yang selama ini kurang memberikan perhatian terhadap tindak-tanduk Pakatan Rakyat sehinggakan para pemimpin Pakatan Rakyat naik angau dan perasan yang mereka mendapat sokongan ramai, bangkit serta mulai keluar ke jalan-jalan raya di seluruh Malaysia. Bukan sahaja membuat laporan polis untuk menghalang demonstrasi jahat tersebut daripada dilangsungkan, bahkan mereka menunjukkan penentangan yang sangat luar biasa. 

Kali terakhir rakyat Malaysia keluar ke jalan-jalan raya untuk menyuarakan bantahan kepada anasir-anasir subversif seperti BERSIH 2.0 adalah pada tahun 1969 yang kemudiannya berakhir dengan pertumpahan darah. 

Ternyata PAS sebenarnya menanggung risiko yang bukan kecil ekoran penyengutuan mereka dengan DAP dan PKR. Sememangnya sudah terbukti yang PAS tidak pernah dipandang sebagai rakan oleh DAP mahupun PKR sebaliknya PAS dilihat sebagai pencacai yang boleh disuruh serta dikerah melakukan apa sahaja, hatta menonggeng untuk dibalun oleh Anwar Ibrahim! 

Kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS nyata membuahkan hasil kepada para pelaburnya dari dalam DAP dan PKR. Mat Sabu yang merupakan antara pemimpin PAS yang mempunyai auranya yang tersendiri pada suatu masa dahulu, sekarang tidak ubah seperti pelacur jantan yang akan sanggup menjilat dengan hanya sedikit imbalan. 

PAS sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah yang sangat besar. Ketika pihak polis sedang mengaut pemimpin-pemimpin DAP dan PKR yang menghasut serta menyebarkan dakyah agar orang ramai keluar berdemonstrasi pada 9 Julai nanti, para pemimpin PAS pula dilihat sangat gelisah. Kegelisahan itu dapat dilihat kepada perubahan nama ceramah mereka, daripada BERSIH kepada CUCI. 

Walaupun sekarang ini, para pemimpin PAS masih lagi terselamat, namun masa untuk mereka hidup di Kamunting sudah semakin hampir. Dan mungkin kerana itulah, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS, berkokok dari Arab Saudi. Pada ketika dia menyeru dan menghalalkan demonstrasi yang katanya menurut ajaran Islam, dia sendiri melarikan diri ke Arab Saudi atas alasan untuk melakukan ibadah umrah. Nik Abdul Aziz dan rombongannya yang terdiri daripada beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Kelantan hanya akan pulang pada 10 Julai, sehari selepas demonstrasi besar yang hendak dilancarkan oleh Pakatan Rakyat di tengah-tengah Kuala Lumpur. 

Ternyata sekarang, Abdul Hadi Awang dan PAS dibiarkan terkapai-kapai oleh DAP dan PKR. DAP dan PKR sudah cuci tangan, apatah lagi ramai pemimpin kecil mereka yang ditangkap ketika sedang berkempen. PAS sekarang dituntut untuk membuktikan yang parti yang sudah bertukar prinsip dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan itu benar-benar memperjuangkan Pakatan Rakyat. 

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, PAS sebenarnya sedang diperhatikan oleh DAP dan PKR untuk ditepuk tangan. Apatah lagi PAS yang gatal mulut telah berjanji akan mengerahkan ahli-ahlinya di seluruh negara untuk menyertai BERSIH 2.0, pastinya akan ditunggu-tunggu oleh DAP dan PKR yang hanya menampilkan beberapa orang ahli mereka dalam demonstrasi itu kelak, berbanding PAS. 

Nampak gayanya parti yang suatu masa dahulu memperjuangkan Islam dan sekarang Kebajikan, tidak lebih cerdik daripada dahulu!

Patriot Bantah Bersih Pilih Stadium Merdeka


PATRIOT  membantah sekeras-kerasnya cadangan penganjur himpunan BERSIH untuk mengadakan himpunan mereka di Stadium Merdeka kerana telah bertembung dengan lokasi awal himpunan aman PATRIOT.

Pengerusinya, Datuk Abd Azeez Abd Rahim berkata mereka telah memohon daripada pihak Polis Dang Wangi pada 21 Jun yang lalu menerusi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar untuk mengadakan himpunan aman PATRIOT di stadium berkenaan.

Sambil menunjukkan salinan permohonan berkenaan, beliau seterusnya menambah sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa keputusan daripada pihak berkuasa berhubung permohonan berkenaan.

"Sama ada berhimpun di stadium ini atau sebaliknya kita akan putuskan setelah mendapat keputusan mengenai permohonan tersebut. Kita akan akur dengan segala keputusan yang mengikut lunas undang-undang.



READ MORE

Selamat datang ke ‘Negara Kebajikan’ PAS...syoknya



Ini cuma satu cadangan. Elok sangat jentera PAS turun padang pi buat survey apa orang dok kata pasal kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di penutup Muktamar PAS petang Ahad lalu.

Dari feeback yang Kawan dapat ramai juga ‘macam nak pengsan’dengar Presiden PAS tu kata video tak boleh jadi bukti dalam kes melibatkan zina sebab ia BESI tak ada mata dan telinga. 

Kawan ni dah naik sakit telinga kena melayan kawan-kawan jauh dekat yang nak komen cara Tok Guru nak defend lebih-lebih Pak Sheikh Anwar dalam bab aksi video seks dengan China Doll. 

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini BESI, dia tiada mata dan telinga," kata Presiden PAS . 

Kita semua faham Haji Hadi nak cakap dalam kontek syariat Islam yang hakiki. 

"Lompat raya sakan penjenayah, penzina bahkan pelacur, sebab PAS sebagai parti yang mengaku perjuangkan Islam sudah buat keluar kenyataan begitu,"kata seorang kawan yang awal pagi dah kacau Kawan nak bercakap bab tu. 

"Ini baru betul-betul 'Negara Kebajikan'. Kebajikan untuk penjenayah, penzina, perogol dan peliwat,"katanya dengan nada sinis. 

Steady Bro...jangan marah sangat.Apapun kawan petiklah dia anggap kenyataan Haji Hadi itu menunjukkan pemimpin PAS otak besi, sebab tak dapat fikir guna otak. 

"Itulah kualiti pemimpin PAS yang ada sekarang, menyedihkan, keluar kenyataan macam tidak fikir dulu"katanya yang rasa mungkin kot Presiden PAS tu nak kowteam habis dengan puak Erdogan yang kini dah kuasai PAS. 

Rasanya Pengarah FBI dan Scotland Yard pun boleh pening kepala kalau video sudah diistilahkan sebagai BESI yang tidak boleh jadi bahan bukti. 

Itu kata seorang kawan lain yang peminat setia cerita-cerita CSI. 

Katanya ini bukan zaman batu purbakala dulu tetapi zaman sains dan teknoloji. 

“Tengok saja CSI...bukti dan fakta kes boleh dapat dalam segala macam bentuk...inikan pula video yang nampak sah-sah orang tu bergerak hidup. 

“Fikirlah macam mana nak sepanjang masa suruh empat orang mengendap atau ada serentak nak jadi saksi sesuatu aksi khalwat atau zina. 

“Apakah jam Omega tu ( yang Datuk Eskay dakwa Anwar teringggal di lokasi ) nanti pun dikira BESI juga...apakah manusia hidup Datuk Eskay yang kata dia sendiri ada dalam video tu juga BESI,”kawan tu kata lagi. 

Seorang lagi kawan ni kata dia setuju dengan apa yang dikata TPM Tan Sri Muhyiddin sebagai parti yang perjuang Islam PAS patut cari kebenaran dalam isu video seks ni. 

Depalah yang patut ke depan paling awal tuntut nak korek habis-habisan untuk kepastian. 

“Ada ke patut PAS nak main cuci pukul borong begitu saja kata video tu BESI.Ini bukan bab mamat gian tepi jalan.Ini orang yang depa dok junjung nak jadi Perdana Menteri. 

“Aku sendiri naik termuntah tengok orang yang nak jadi PM dok main dengan pelacur China tu...hilang akal beb,”katanya. 

Dalam ramai-ramai tu ada juga rakan media pun telefon membebel.Katanya dia pelik tengok kenyataan Haji Hadi pasal video besi tu semacam disembunyikan oleh media PAS sendiri.Mungkin depa sendiri malu kot. 

"Tidak ada ulasan dari pemimpin PAS mengenai kaedah pembuktian menggunakan video, DNA, cap jari, yang semuanya tidak bernyawa dan tidak boleh bercakap," katanya hairan. 

Katanya, media-media pro pembangkang pun tidak besar-besarkan kenyataan Haji Hadi tersebut, sedangkan implikasinya amat besar. 

"Seluruh proses perundangan negara akan berubah selepas ini jika PAS memerintah," ujarnya. 

Pening juga Jabatan Peguam Negara nak kena susun atur terma perundangan baru. 

Macam mana pula dengan CCTV yang di pasang di sana sini.Apa kata seorang penjenayah tegar kebetulan ‘ tertangkap’ dok beraksi dalam CCTV.Mau empat saksi juga ke? Tentu penjenyah tu kata hip hip horray...kita undi PAS. 

Sebab itu dia cadangkan, supaya wartawan tanya apakan pendirian PAS mengenai empat saksi ini diguna pakai untuk semua ke zina, liwat dan rogol di negara ini, atau hanya terpakai untuk kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim saja. 

"PAS kata hendak ganti UMNO, jadi kalau dia bentuk kerajaan, apakah selepas ini, semua kes zina, liwat dan rogol mesti ada empat saksi, dan semua pembuktian melalui kaedah saintifik dan teknologi tidak boleh pakai?" tanya beliau. 

Katanya, bukan apa, kalau betul itu pendirian PAS, lenganglah penjara lepas ini, mana hendak cari empat saksi yang adil dalam kes-kes maksiat begini? 

"Zina, liwat dan rogol bukannya orang buat ‘ show’ di tepi pantai, atau tengah padang, untuk orang ramai-ramai tengok. 

Tanyalah siapapun, kes-kes begini, selalunya tiada saksi manusia, jadi kita guna saksi saintifik seperti DNA, atau teknologi seperti kehadiran cap jari di tempat kejadian." 

Bahkan, orang yang dibela Haji Hadi...Anwar sendiri nampak macam berani tidak ulas apa, baik dalam tweet atau dalam blog. 

Senyap sunyi.Mungkin kot dia sendiri tau orang akan gelak kalau dia enter frame. 

Cuma ada yang SMS pada Kawan, suruh baca buku bertajuk "Hukum barat pun Islam" terbitan MEGC-IKD tahun 2006. 

"Muka surat 30, buku yang diterbitkan oleh kumpulan pemikir Anwar ini kata bukti saintifik-teknologi boleh digunakan sebagai bahan bukti kes zina...saya rasa Anwar pun setuju, tapi yang pelik kenapa orang lain pulak lebih sudu dari kuah,"katanya 

Ada seorang kawan lain yang mengandaikan begini.Kalau kita duduk di tempat Anwar sendiri menang syok habis dengar ini semua. 

Kita tak boleh salahkan Pak Sheikh.Katanya dalam keadaan nak tenggelam dimana ramai yang sudah tengok video itu di internet ...jeng...jeng...jeng dah yakin atau dah rasa-rasa tu dia...tentulah BONUS besar kenyataan seperti yang dibuat oleh Haji Hadi tu. 

"Daripada masuk campur, baik diam saja, sekurang-kurangnya ahli PAS yang lurus bendul percaya, maka bertambahlah penyokong dan tukang defend,"kata kawan itu. 

Wednesday, July 6

MESTI TONTON!!!!!!!!AMBIGA GERSANG

VIDEO TERBAIK TERIMA KASIH KEPADA  .

Motif Ambiga tetap dipersoal



BERSIH sepatutnya batal terus perhimpunan Sabtu ini 

SEMUA pihak patut menghormati dan patuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahad lalu mengenai perhimpunan haram yang akan dianjurkan Sabtu ini dan mengambil langkah serta-merta untuk membatalkannya. Namun, keadaan sedemikian tidak berlaku, sebaliknya Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenavasan serta rakan gabungannya menyatakan hasrat mereka untuk menghadap Seri Paduka terlebih dulu sebelum membuat keputusan. Akhirnya mereka memutuskan untuk mengubah tempat perhimpunan itu ke stadium dan bukan lagi di jalan raya seperti dirancang sebelum ini selepas diperkenankan menghadap Seri Paduka semalam. 

Dalam titah khas Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong menyatakan tidak perlu bagi kumpulan haram BERSIH menganjurkan perhimpunan, sebaliknya merujuk kepada perundingan bagi menyelesaikan apa juga kekusutan berhubung proses pilihan raya. 

Sepatutnya dari awal lagi Ambiga memohon kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium dan bukannya menganjurkan demonstrasi jalanan yang boleh mengakibatkan keadaan tidak terkawal sehingga mencetuskan kekacauan. 

Ketika memberi reaksinya kepada perkembangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata kerajaan bersedia menimbang agar perhimpunan itu diadakan di stadium dengan syarat mereka pergi dengan aman dan balik dengan aman serta memenuhi syarat ditetapkan pihak keselamatan. 
Tegasnya jika perhimpunan itu diadakan di stadium dan berlaku sebarang kejadian tidak diingini, pihak penganjur dipertanggungjawabkan atas segala yang boleh dan akan berlaku yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara atau kerosakan harta benda atau pun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera atau lebih buruk daripada itu. 

Namun, berdasarkan pengalaman perhimpunan BERSIH 2007, ia mengakibatkan huru-hara di ibu negara dan menyebabkan rakyat terutama golongan peniaga kerugian besar. Banyak juga harta awam mengalami kerosakan. 

Sekiranya perhimpunan dalam stadium itu dibenarkan, ia menjadi satu perhimpunan yang julung kali dianjurkan kumpulan haram BERSIH dan kita percaya ia akan menjadi pembuka jalan atau satu trend yang akan ada lagi pihak memohon menganjurkan perhimpunan seumpamanya pada masa depan. 

Justeru, penting pihak keselamatan turut mengambil kira kepentingan golongan rakyat yang menentang perhimpunan itu ketika menimbang permohonan kumpulan haram BERSIH untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium. 

Adalah wajar juga Ambiga dan ahli jawatankuasanya dalam kumpulan haram BERSIH dipertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini yang terbit daripada ucapan beremosi yang disampaikan pada perhimpunan itu sehingga boleh menyebabkan kekecohan. 

Sebagai peguam, malah bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga pastinya tahu apa kesan daripada perhimpunan haram terutama apabila adanya penyertaan parti politik dan pembabitan anasir luar seperti yang dikesan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. 

Walaupun perhimpunan itu sudah beralih tempat, rakyat masih boleh mempersoalkan motif Ambiga ketika mula menganjurkan perhimpunan jalanan itu. Sekiranya mereka ingin membantah proses perjalanan pilihan raya, mereka tidak perlu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran kerana boleh berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada bila-bila masa. 

Laporan akhbar semalam menyiarkan kenyataan Ambiga bahawa BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya. 

Beliau juga dipetik sebagai berkata BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia. 

Usaha mereka sepatutnya menjurus kepada mengadakan rundingan seperti yang dinasihati Seri Paduka dan bukannya meneruskan perhimpunan di stadium. 

Kalau pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Pribumi Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sanggup membatalkan perhimpunan yang dirancang itu walaupun UMNO pun boleh menganjurkan perhimpunan lebih besar lagi. 

Tetapi kenapa kumpulan haram BERSIH harus menunggu sehingga mereka menghadap baginda sebelum membatalkan perhimpunan haram itu? Tidak memadaikah Titah Khas Seri Paduka itu sedangkan rakyat seluruhnya menerimanya dan memahami bahawa Seri Paduka sememangnya mahukan sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara seperti itu dihentikan. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun berpendapat Ambiga patut membatalkan dulu perhimpunan haram itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong. 

Kita berharap pihak keselamatan negara akan terus menjaga keamanan dan bertindak sekiranya nampak ada bibit kekacauan, walaupun perhimpunan itu sudah beralih ke stadium atau mana-mana tempat bertutup yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. 

Apapun, akibat kedegilannya, Ambiga sudah mewujudkan perpecahan lebih besar dalam kalangan masyarakat di negara ini dan beliau mesti memohon maaf di atas sikapnya yang angkuh itu.

Konsert MTV di i-City serlah pekung PAS



BAHANG kehangatan MTV World Stage 2011 semakin terasa. Tahun ini konsert hebat itu diadakan di Bandar Cahaya Digital, i-City, Shah Alam pada 24 Julai ini. 'Jom, apa tunggu lagi, beli tiket sebelum habis'. Apatah lagi, MTV, satu kuasa dunia hiburan sudah mengesahkan kehadiran kumpulan rock antarabangsa, 30 Seconds To Mars yang akan beraksi bersama kumpulan rock tempatan, Pop Shuvit. 

Tak usah risau bantahan PAS. Ia cuma sandiwara politik yang tidak ada noktah. Ia lakonan untuk mengaburi mata rakyat Selangor khususnya orang Islam. Perjuangan Islam mereka hanya retorik, kata pemerhati politik. Mereka tidak serius pun membantah konsert itu. Malah, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali ialah EXCO kerajaan negeri menghadiri mesyuarat EXCO dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setiap minggu. Beliau boleh menolak cadangan penganjuran konsert itu. Namun, sejak bila pula Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu hanya tahu mengangguk. 
Penyokong pembangkang tentu yakin beliau ada alasan kukuh jika ada yang menuduh pemimpin PAS dalam barisan EXCO hanya dijadikan boneka' DAP yang dilihat mendominasi pentadbiran Selangor. Bagi sebelah pihak lagi, Abdul Khalid memberi jaminan tiada masalah penganjuran konsert itu kerana kelulusan dibuat awal tahun lalu. 

Katanya, konsert itu diadakan di ruang yang dikhaskan untuk aktiviti antarabangsa dalam usaha mempromosikan Shah Alam di pentas dunia. Berwawasan sungguh matlamat penganjuran. Jadi, atas hasrat murni itu, Mohamed Hasan dan wakil rakyat PAS lain tidak perlu terlalu berani menyuarakan kebenaran, apatah lagi membantah kehendak rakan mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Mereka mungkin kehilangan kuasa nikmati sekarang jika ‘menentang arus’. Menentang keputusan PKR dan DAP, bermakna peluang PAS berkongsi kuasa mentadbir Selangor akan tipis pada masa depan. Mereka tidak perlu mempedulikan rungutan penduduk di Seksyen 7, Shah Alam yang berpendapat i-City sebagai lokasi konsert tidak sesuai kerana kewujudannya adalah sebagai pusat teknologi maklumat, bukan program hiburan. 

Penduduk mendakwa, pada asalnya tidak ada aktiviti hiburan boleh dianjurkan di bandar raya Islam contoh ini dan ia sepatutnya dikekalkan. Kalau isu ini berlaku ketika Selangor ditadbir Barisan Nasional (BN), penyokong PAS pasti berkokok membantah dan melakukan pelbagai kempen serta demonstrasi. Kini, di mana suara lantang pemimpin dan penyokong PAS? Di manakah keikhlasan mereka memperjuangkan kesucian Islam atau pemimpin PAS tidak perlu lagi meraih populariti kerana Muktamar Tahunan PAS Ke-57 sudah berakhir? Sehingga sekarang, kita pasti dihidangkan dengan cemuhan setiap kali ceramah PAS yang mengaitkan bala melanda negara disebabkan penganjuran acara maksiat oleh BN dan kesilapan rakyat memilih BN. Selepas mengambil alih pemerintahan negeri paling maju di Malaysia ini pada 2008, pemimpin pembangkang ketika berceramah di ceruk kampung begitu gemar menyindir cara BN meraikan sesuatu sambutan. 
Mereka yang lebih beriman dengan berjubah dan berkopiah mendakwa sambutan tahun baru anjuran BN mirip tradisi kafir apabila lelaki dan perempuan bebas bergaul. Apakah noda itu terhenti selepas tiga tahun pembangkang memerintah? Saya meramalkan 80 peratus menjawab ‘tidak’, 10 peratus, ‘entah’ dan selebihnya ‘ya’. 

Mereka yang menjawab ‘ya’ pasti golongan totok PAS. Isu arak pun tidak dapat diselesaikan, inikan pula konsert MTV. Dulu mereka berjanji menutup kilang arak terbesar di Shah Alam jika memerintah yang sehingga kini hanya janji kosong. 

PAS hanya semut hitam yang gigitannya tidak mendatangkan kesan buruk kepada kepemimpinan Selangor diterajui PKR dan DAP. Penyokong PAS boleh melihat keikhlasan pemimpin mereka menegakkan syiar Islam. Tanyalah iman, apa hukum jika seseorang mungkir janji? 

AMBIGA NIE SEMUA SAPA PUNYA.


Melihat semua ini memang mengejutkan. Penganjur Bersih Datuk S. Ambiga mungkin tidak tahu menahu tentang ini. Namun macam-macam anasir boleh menyusup di celah-celah kekecohan dan keadaan yang tidak terkawal seperti satu perhimpunan haram di jalanan.
Pesan orang tua-tua ‘jangan bermain api’.
Petang Isnin Polis Selangor telah menemui sejumlah barangan merbahaya yang disyaki ada kaitan dengan perhimpunan haram yang dirancang Bersih 9 Julai.
Ini ekoran serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama, Selangor, malam semalam.
Polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, pada Isnin.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.
"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Selasa.
Beliau berkata barangan berkenaan berkemungkinan ada kaitan dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.
Tun Hisan berkata taktik menyembunyikan senjata seperti itu menyerupai apa yang dibuat oleh gerakan Komunis satu ketika dahulu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat.
"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.
Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.
"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.
Tun Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44 tangkapan.

Patriot akur - Kenyataan Penyelaras Patriot

PATRIOT menjunjung Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dimana apa juga tuntutan demokrasi dalam usaha menyuburkan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada Negara dan tidak terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, PATRIOT akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya.

PATRIOT diwujudkan untuk menzahirkan seramai mungkin majoriti senyap rakyat Malaysia yang menentang sebarang gerakan yang boleh menjerumuskan negara dalam keadaan anarki, menjejaskan nama baik negara, mendatangkan kerugian kepada rakyat dan merosakkan ekonomi negara.

Kita akan akur dengan Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, tetapi kami memberi amaran sekiranya Ambiga ingkar terhadap Titah ini dan meneruskan Perhimpunan Haram ini, kami tidak akan teragak agak untuk mengumpulkan seramai mungkin PATRIOT bagi berhadapan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terang tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan menderhaka Titah Tuanku.

BERSIH DIADAKAN DISTADIUM ADAKAH IANYA SUDAH HALAL.


Apakah membenarkan perhimpunan bersih 2.0 itu bermakna bersih 2.0 itu bukan lagi pertubuhan haram?atau apakah kini ia sudah halal?,akta apa yang menghalalkanya?.Atau apa bersih dibenarkan bergerak atas budi bicara ia sebagai sebuah jawatankuasa sementara dan perlu didaftarkan sebagai sebuah persatuan?

Apakah perhimpunan distadium membolehkan para penyokong datang kestadium dengan baju bersih?Seandainya iya ironinya ialah baju yang diharamkan  kerana ia mengambarkan bersih sudah halal?Bagaimana pun adalah pelik jika perhimpunan dibenarkan pegharaman baju kuning masih kekal.

Adakah perarakan diluar stadium tidak akan terjadi?Bagaimana perarakan konvoi bas dan kereta yang dipenuhi oleh penyokong bersih yang datang dari pelbagai arah?Tidakkah ia akan menjadi satu demontrasi jalanan kerana ia berlaku diluar stadium?adakah  kita membenarkan baju kuning dipakai ketika mereka berada didalam stadium hanya mengelak demontrasi jalanan.?

Bagaimana dengan kedudukan 100 orang yang telah ditahan diatas pelbagai tuduhan berkaitan bersih seperti menghasut dan memilih baju berimej pertubuhan haram?adakah mereka akan terus didakwa atau pendakwaan terhadap mereka digugurkan?

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive