Tuesday, July 12

Anwar & Karpal Memang Lidah Bercabang


MAT SABU PANDAI HANG BERLAKON.


Sungguh kebal…Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dilanggar oleh Land rover polis Sabtu lalu hanya cedera ringan dan masih dapat menyampaikan ceramahnya di Seberang Jaya Pulau Pinang bersama  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya Pulau Pinang malam tadi.
Amat menggerunkan bunyinya….dilanggar Land Rover ketika membonceng motosikal ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan haram BERSIH Sabtu lalu. Secara logik akalnya apabila sebuah kenderaan melanggar penunggang motosikal, risikonya sudah pasti cukup tinggi bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang matang.
Mungkin Anwar mentor beliau manakala Mat Sabu adalah protegenya. Mat Sabu cukup cemerlang apabila berjaya mengadaptasi apa yang telah dilakukan oleh Anwar sejak sekian lama untuk dirinya sendiri.
Mungkin pemimpin Pas lain belum cukup latihan amali untuk meniru gaya lakonan Anwar dan setakat ini Mat Sabu adalah protege yang paling cemerlang. Lulus A.
KENYATAAN DOKTOR NOVANDRI DALAM BLOGNYA M.I.M. TELAH MEMBUATKAN MAT SABU KANTOI.
1. Yang pasti, 3 tulang besar kaki, tulang femur (tulang peha), tulang tibia dan tulang fibula tidak patah kerana Xray di HKL tidak menunjukkan patah. (rujuk kenyataan Mat Sabu)

2. Jika ada, Mat Sabu sudah pasti terlantar di hospital dan tidak mungkin akan dapat duduk dengan agak selesa di atas kerusi roda!

3. Tetapi beliau sempat lagi ke Pulau Pinang semalam, berceramah dan menginap di Hotel Traders!

4. Lutut dan kepala lutut? Jika benar kepala lutut (patella) dan lutut patah, Mat Sabu akan meraung kesakitan yang amat jika dapat duduk! Dan lutut tidak akan di balut begitu ringkas seperti dalam foto tersebut!

MAT SABU BERKERUSI RODA PASAL TV3.


Lawak tahap pecah panggung apabila mat sabu sendiri menyatakan dia sepak tv kerana marahkan tv3 sebab mengagalkan apa yang dirancang dengan laporan menyatakan polis memberi makan yang sedap dan layanan yang terbaik serta tiada rungutan dari mereka  anjing perserta bersih yang ditahan dipulapol.

Patutlah berkerusi roda pasal kaki dengan tv mestilah cedera kaki mat sabun nie.tak habis habis buat lawak patut mat sabun nie masuk maharaja lawak.Nie dok pusing cerita menyatakan polis rempuh dengan land rover.lain kali kalau nak tembak biarlah berpada-pada kan dah kantoi.

tapak ekspo seberang jaya di gegarkan dengan paluan gong pakatan rakyat yang bernafsu binatang untuk memakan mangsanya iaitu barisan nasional dan umno. Atas nama Majlis Penerangan Perdana Kerajaan negeri, maka pimpinan perang pakatan gampang menempiaskan nafsu syahwat politik mereka di dalam setiap ucapan. Untuk menghalalkan cara, maka kerajaan dap menggunakan istilah majlis penerangan kerajaan negeri. Sebelum ini mereka menggunakan nama forum bersih . Kerajaan negeri meletakkan sasaran yang hadir seramai 5000 ke 10 000 orang. Namun, kali ini sasaran mereka amat amat meleset kerana yang hadir hanyalah sekitar 3000 orang sahaja. Kali ini mungkin tiada alasan sekatan jalan raya. Yang pasti teman yakin, sokongan rakyat terhadap mereka semakin merosot.Antara yang hadir ialah ketua menteri yang paling pembohong di abad ini,anwar ibrahim al juburi, mat sabu al khalwati, malik itik, mansor gagap, dan beberapa orang exco kerajaan dap.

Monday, July 11

JAMBATAN PULAU PINANG SESAK TERUK GARA-GARA DAP BUAT CERAMAH MALAM NIE.



Mungkin sebab malam nie diadakan ceramah penerangan kerajaan DAP diseberang jaya kebetulan jambatan pulau pinang sesak teruk,mungkin ini adalah petunjuk bahawasanya tidak releven diadakan ceramah penerangan tersebut kerana pasti akan ada fitnah dilontarkan kepada kerajaan pusat.Depa pasti dok dalam bakul angkat sendiri dalam ceramah tersebut.


Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di laluan masuk dan keluar di Jambatan Pulau Pinang dan sekitar bandar itu apabila kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah jambatan itu terbakar petang tadi.

Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata, kesesakan itu menjadi serius berikutan kebakaran kabel itu berlaku pada waktu puncak iaitu pada 5.30 petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, keadaan lalu lintas beransur pulih pada 7 malam tadi selepas kerja pembaikan kabel dan memadam kebakaran selesai dijalankan.


Sementara itu, Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Abdul Aziz Jaafar, ketika dihubungi, mengesahkan kebakaran kabel simpanan di bawah jambatan itu pada 5.25 petang tadi.

Katanya, kebakaran kabel itu bagaimanapun tidak menjejaskan bekalan elektrik di negeri itu kerana ia hanyalah kabel simpanan.

"Kebakaran kabel 132kv itu dapat dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang tadi dan ia hanya membabitkan kabel simpanan dan TNB sedang menjalankan siasatan mengenai punca kejadian," katanya.

Pelajar UMT Hina Lagu Negaraku, Raja dan PM di Facebook

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.
“Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
“Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.
Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

VIDEO:ANUWAR PATUT TENGOK NIE.

MARUAH DIRI LEBIH MULIA DARI WANG RINGGIT,WALAUPUN KADANG-KALA MASYARAKAT MEMANDANG SEBELAH MATA GOLONGAN SEPERTI INI AKAN TETAPI APA YANG DIUCAPKAN ADA BENARNYA.

DAP,PKR PAS +AMBINGAI rosakkan program ekonomi



Guan eng meroyan pasal layanan polis terhadap peserta bersih dalam kenyataanya.Apa punya banggang punya ketua menteri dalam sejarah pulau pinang.hanya tahu membangkang dan menutup apa yang layanan terbaik diberikan oleh polis siap diberi makan buffet lagi dan dengan 4lauk yang sedap lagi,mungkin marah sebab apa yang diinginkan tidak tercapai kot?biarlah lidah bewak nie meroyan rakyat tahu apa yang polis lakukan.


Pasukan keselamatan negara, khususnya polis telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berjaya mematahkan cubaan rusuhan melalui demonstrasi jalanan oleh Bersih. 

Penglibatan ramai pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kotor amat mengecewakan rakyat. Saya yakin kebanyakan rakyat di kawasan mereka pasti kecewa dengan tindakan mereka itu. Mereka cuba mensabotaj ekonomi negara. 

Bayangkan jika polis gagal menyekat kegilaan mereka merusuh, ibu negara pasti akan lumpuh. Kegiatan ekonomi akan kerugian berbilion ringgit. Wang tersebut yang sepatutnya boleh disalurkan kepada kawasan parlimen dan negeri akhirnya menjadi mangsa kegilaan rusuhan jalanan. 

Kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi. Pembangkang pula cuba merosakkannya. Rakyat di kawasan mereka tidak pun menyuruh berbuat demikian. Apa yang disuruh ialah membantu rakyat daripada aspek ekonomi, pendidikan, agama seterusnya menunjukkan integriti tinggi dalam politik! 

Adalah amat malang sekali harapan rakyat tidak mampu mereka tunaikan. Sebab itulah mereka melakukan hasutan kepada ahli mereka supaya melakukan rusuhan jalanan untuk mengelakkan rakyat mempersoal kegagalan mereka membantu rakyat mereka. 

Bagi mengelak wakil rakyat menghasut ahli mereka merusuh atau berdemonstrasi haram, MKP menggesa pihak kerajaan mewujudkan akta khusus. Mana-mana pemimpin dan ahli atau sesiapa sahaja yang terlibat menganjurkan, menghasut dan merusuh di jalanan secara haram, hendaklah dikenakan denda yang tinggi mengikut kategori kesalahan. 

Bagi kesalahan menganjur dan menghasut denda maksimum RM10 juta atau lebih mengikut tahap dakwaan berat atau ringan. Rasionalnya supaya kerajaan boleh menampung semula kos kawalan keselamatan dan kerosakan semasa rusuhan. Jika gagal bayar, hak mereka untuk jadi wakil rakyat hendaklah dilucutkan. 

Satu lagi cadangan MKP ialah pihak yang hendak menganjurkan perhimpunan, terutama melibatkan jumlah ahli, hendaklah dikenakan deposit seperti RM1 juta atau RM20 juta mengikut jumlah ahli. Wang tersebut boleh dikembalikan semula kepada penganjur apabila memenuhi syarat. 

Hari ini, kesan daripada demonstrasi Bersih 9 Julai ialah negara menanggung kerugian yang amat besar. Sebaliknya, penaja rusuhan dan demonstrasi berasa seronok kerana berjaya membawa kerugian kepada hasil cukai dan ekonomi negara. SPR hanya dijadikan kambing hitam. 

Inilah sikap tidak berintergriti pihak pembangkang yang wajar dibendung.

Sunday, July 10

AL-FATIHAH,SAPA YG HARUS DIPERSALAHKAN?


adakah wajar Polis dan UMNO dipersalahkan menyebabkan peserta Bershit meninggal semalam,tidakkah ini ibarat marahkan nyamuk kelabu dibakaqnya.esok lusa bila longkang tersumbat salahkan UMNO jugak padahal itu harus dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.Propaganda murahan seperti ini yang dimainkan oleh pihak malaysiakini dan portal kepada pakatan haram bukannya membantu memakmurkan malaysia malahan memburukkan imej serta menutup periuk nasik pengusaha pelancongan,Dari apa yang diberitahu MKP industri pelancongan terjejas dengan penyebaran yang menyatakan politik malaysia tidak stabil,Pengunjung merasa kurang senang dengan situasi ini.Anggaran kerugian dijanggka melebihi 1bilion ringgit dan masa yang diperlukan untuk memulihkan persepsi pengunjung selama 6 bulan.Siapa yang rugi?????????/

untuk menjelaskan kematian peserta Bershit sila klik disini blog M.I.M 

Mudahnya PAS diPerlembukan.



TAHNIAH kepada Pas! Mungkin itulah perkataan paling sesuai untuk mengiktiraf ‘jasa’ parti itu dalam penyertaan pada himpunan haram Bersih semalam. 

Pas kini sudah berjaya membuktikan kepada rakan-rakan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta badan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang bahawa Pas kini benar-benar sebuah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan. 

Parti itu bersedia melakukan ‘kebajikan’ dengan menjadikan ibu pejabatnya sebagai satu lokasi untuk berkumpul dan bermesyuarat, mengarahkan Unit Amalnya menjadi benteng utama perhimpunan dan menggesa ahli-ahlinya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur. 

Kononnya atas nama perjuangan, menegakkan keadilan dan taat kepada arahan pemimpin, kesemua mereka sanggup meninggalkan anak isteri, ibu bapa dan abang adik semata-mata untuk terlibat dalam perhimpunan haram berkenaan. Berbanding tidak sampai berapa kerat penyokong PKR dan DAP, penyokong Pas paling ramai memenuhi jalan raya di Kuala Lumpur. 

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana ada penyokong Pas di tanah suci Mekah memakai kemeja T Bersih sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan tersebut, begitu juga dengan sekumpulan pelajar Malaysia di Mesir. 

Mereka sengaja melupakan bahawa perhimpunan haram berkenaan adalah cetusan idea S.Ambiga, seorang peguam wanita yang telah banyak melakukan tindakan gugat umat Islam termasuklah dalam isu murtad - satu isu yang sering dijaja oleh Pas kononnya menunjukkan kegagalan UMNO menjadi pentadbir Islam yang baik. 

Ternyata sekali penglibatan Pas dalam menjayakan perhimpunan haram itu sudah membuktikan bahawa Pas bukanlah sebuah parti Islam. Sebaliknya memang layak untuk mereka berada dalam golongan parti-parti sekular lain melalui perjuangan negara berkebajikan. 

Jika benar mereka mengaku masih berpegang kepada perjuangan Islam sudah pasti Pas akan memikirkan semasak-masaknya penglibatan dalam perhimpunan haram itu. 

Tetapi malangnya Pas begitu mudah diperkotak-katikkan oleh Ambiga, PKR dan DAP. Kelebihan sebagai sebuah organisasi yang tersusun dan mempunyai ahli yang kesemuanya orang Melayu telah dipergunakan oleh ketiga-tiga pihak berkenaan untuk menyeret Pas yang pada masa ini cukup dahagakan kuasa. 

Justeru Pas berusaha habis-habisan untuk memastikan himpunan Bersih hasil cetusan idea Ambiga berjaya walaupun ia akan menyusahkan jutaan warga Kuala Lumpur. 

Pas ingin membuktikan merekalah jaguh dalam berhadapan dengan pihak berkuasa melalui demonstrasi bagi mengemukakan tuntutan yang sengaja direka bagi membantu menutupi segala kelemahan dan masalah moral yang melumuri pemerintahan pembangkang serta pemimpin-pemimpinnya. 

Pas menjadi penyumbang terbesar kepada segala kesusahan yang dialami oleh warga Kuala Lumpur berikutan penutupan sebahagian besar jalan, penutupan perniagaan dan terbantutnya aktiviti masyarakat. 

Ini belum lagi termasuk ‘sumbangan besar’ Pas yang membantu pihak-pihak tertentu untuk memecah-belahkan lagi umat Islam dan orang Melayu serta bertanggungjawab melihat negara yang dipimpin oleh orang Islam tercemar di mata dunia. Malahan Pas juga layak menerima ucapan ‘tahniah’ kerana terus setia sebagai ‘kuda tunggangan’ kepada Ambiga, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin DAP. 

Sebab itulah Ambiga begitu berdegil mahu mengadakan perhimpunan berkenaan kerana beliau amat memahami ‘kesetiaan’ Pas kepada pakatan pembangkang. 

Yang akan menghantar ‘rombongan’ terbesar bukannya Bersih (Ambiga), PKR atau DAP tetapi Pas, akibat dikaburi dengan ketaksuban untuk berkongsi kuasa jika pembangkang ke Putrajaya. 

Parti itu gagal membaca agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram berkenaan dan walaupun di hati kecil mereka, Pas pun mungkin terfikir bahawa tuntutan Bersih tidak munasabah namun demi politik segala-galanya dihalalkan. 

Ia kerana kalau pilihan raya tidak bersih dan adil Pas tidak akan sepopular sekarang. Populariti itu dicapai berikutan kejayaan Pas menguasai Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang, Terengganu pada 1999, Kedah pada pilihan raya umum lalu dan mempunyai lebih 20 kerusi di Parlimen. 

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Pas boleh menubuhkan kerajaan negeri bersama PKR dan DAP di Selangor serta ‘tumpang semangkuk’ di bawah kepimpinan DAP di Pulau Pinang. 

Namun Pas mengenepikan fakta-fakta itu kerana merasakan sekarang adalah detik terbaik untuk menumbangkan kerajaan dan berharap fenomena 2007 yang menyaksikan perhimpunan haram Bersih berjaya menggugat keutuhan BN pada 2008 berulang.

Saturday, July 9

RAJA DRAMA:ANWAR RAJA KELENTONG.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya boleh cakap apa saja pasal perhimpunan haram Bersih yang menyebabkan huru hara dan segala aktiviti harian di beberapa lokasi di ibu negara terhenti bermula jam 11 pagi hingga 5 petang, Sabtu. 

Ketua Pembangkang itu boleh dakwa polis bertindak ganas, boleh dakwa demokrasi sudah mati, boleh dakwa 50,000 hadir menyokong perhimpunan itu dan segala macam lagi. 

Namun, hakikatnya mungkin Anwar merasa amat malu kerana perhimpunan Bersih kali ini hanya menarik tak sampai 15,000 orang sahaja menyertainya berbanding lebih 30,000 ketika perhimpunan Bersih pada 2007. 

Ibarat skip drama ulangtayang, Ketua Pembangkang itu bising dakwa beliau cedera ringan dan dilihat meninggalkan KL Hilton dengan ambulan sebuah hospital swasta. 

Itupun sendiri bikin ketika beliau bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain berdegil cuba merempuh hadangan polis di perkarangan KL Sentral. 

Sebelum itu beliau menyusup masuk menginap Hotel Hilton di situ sebelum turun menyertai peserta himpunan Bersih lain. 


Anwar dalam mesej twitternya kata hanya cedera ringan tetapi peliknya tengok gambar beliau yang disiarkan beberapa blog, nampak macam ‘nazak’ sangat. 

Apakah itu semua lakonan semata-mata kerana nak ‘coverline’ perhimpunan Bersih yang gagal capat matlamatnya? 

Allah selamatkan negara sekali lagi dari agenda jahat Anwar Ibrahim. Dia gagal untuk himpunkan puluhan ribu atau ratusan ribu orang. Semasa arsenik atau Bersih, matlamatnya sama saja untuk kumpul ratusan ribu untuk lumpuhkan sistem negara agar lepas dakwaan liwat. 

skrip sebenar Anwar sebab saya panglima nombor satu dalam susun agenda ini dulu. Kasihan lihat ada lagi terus diperalatkan lagi. Sekarang Anwar cedera pula dan di hospital. Skrip lapuk untuk selamatkan diri dari kes liwat. Dia akan guna alasan ini untuk simpati dan kemudian cabut lari. 

Sebenarnya, sesiapa yang turun di jalanan melihat perhimpunan hari ini jelas melihat tindakan itu bukan bertujuan mahukan proses pilihanraya yang bersih dan adil. 

Kalau menuntut perkara itu, kenapa jerit Reformasi, Hidup Rakyat dan tolak kerajaan?. 

Barangkali benarlah kata Ezam bahawa Anwar hanya mahu melepaskan tengkuknya sahaja dan mereka yang tidak berdosa jadi galang ganti. 

Tolak ketepi mereka yang sanggup kena siram dengan water canon atau peluru asap oleh FRU kerana mereka semua sudah terlalu taksub dengan perjuangan pembangkang. 

Tetapi apa jadi dengan pesakit di hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu apabila ratusan penunjuk perasaan meluru lari ke hospital itu mengelak ditahan pihak berkuasa. 

Ini semua kerja tidak masuk akal dan hanya menyusahkan orang lain. 

Begitu juga dengan nasib pemilik premis perniagaan di sepanjang Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Silang dan kawasan lain tempat perhimpunan diadakan. 

Mereka terpaksa tanggung kerugian kerana menutup perniagaan sejak awal pagi lagi. 

Sebab itu, memang wajar lebih seribu tangkapan oleh pihak berkuasa terharap pemimpin pembangkang dan mereka yang terbabit demonstrasi jalanan sama ada di Jalan Pudu, Central Market, KL Central, KLCC, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di Kampung Bharu. 

Jika berani buat, mereka kena berani tanggung. 

Malangnya ada juga kanak-kanak dan warga emas turut diperalat dalam perhimpunan haram yang sebelum ini sudah dicadangkan oleh kerajaan diadakan di stadium. 

Namun, mereka nyata lebih berani berbanding Anwar yang awal-awal lagi ‘baling batu sembunyi tangan’ dalam isu perhimpunan Bersih dengan Datuk S.Ambiga hanya jadi boneka beliau. 

Mereka juga tidak lari masuk hotel macam Anwar dan kemudian pergi menaiki ambulan dengan alasan cedera. 

Akhirnya, titah Yang diPertuan Agong tidak dipedulikan Anwar dan penyokong-penyokongnya. 

Nampaknya kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh lagi bagi muka kepada mereka yang dianggap menderhaka kerana engkar titah Yang diPertuan Agong. 

Cukuplah apa yang berlaku pada 2007 dan hari ini...Rakyat sudah muak dengan politik jalanan yang tujuannya hanya mahu mempertahankan pemimpin yang didakwa oleh isteri sendiri ...kononnya anugerah Tuhan. 

Ada yang secara sinis kata kes liwat dan video seks yang patut ‘dibersihkan’ dulu.Tak gitu Pak Sheikh.

SETAKAT INI SAHAJA LIVE DARI MATKILAU PENANG.







MatKilau Penang hanya sempat membuat liputan setakat ini sahaja kerana telah diarahkan untuk berhenti setakat ini dan akan bersambung pada malam nanti.segala ulasan akan dicatatkan apabila sampai di Pulau Pinang.Terima kasih kepada pengunjung Blog Matkilau Penang.Terima kasih daun keladi.Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila,jika ada sebarang cadangan atau apa saja sila email kepada matkilaupenang@gmail.com

LIVE:THIAN CHUA KENA TANGKAP&PATRIOT BERJUANG WALAUPUN HUJAN







MKP MENYANJUNG TINGGI SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH PATRIOT SANGGUP BERHUJAN DEMI PERJUANGAN DAN SEMANGAT YANG CEKAL.

Berikut adalah kronologi suasana menjelang perhimpunan patriot yang disertai Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia di Jalan Bukit Bintang menuju ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi, Sabtu.
2.45 petang: Abdul Azeez ditahan oleh polis. Sebelum itu, Khairy ditahan polis.
2.30 petang: FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong gabungan itu.
2.15 petang: Perarakan tetap diteruskan dalam keadaan hujan.
2.10 petang: Pasukan FRU berkumpul di hadapan Am Bank, Jalan Pudu. Mereka dalam keadaan siap sedia untuk mengambil tindakan jika gabungan itu meneruskan perarakan menuju ke Stadium Merdeka.

KJ TELAH DITAHAN DIBUKIT BINTANG.






SAJA GEMPAQ NAK TENGOK APA KATA DEPA.KJ BELUM LAGI DITAHAN DAN PERARAKAN MASIH LAGI BERJALAN DENGAN LANCAR BARU NAMPAK DEPA PAKAI BAJU BERSHIT.GAS PEMEDIH MATA TELAH DILEPASKAN BAGI MENYURAIKAN DEMONTRASI HARAM.

PATRIOT TELAH MEMULAKAN LANGKAH,AYUH KITA GEMPUR BERSHIT.


PATRIOT TELAH MEMULAKAN LANGKAH DIHADAPAN KFC BUKIT BINTANG,AKAN BERARAK MENUJU KEARAH STADIUM MERDEKA,AYUH PEMUDA PATROIT BANGKIT MENENTANG BERSHIT YANG BERANI MENGHURU-HARAKAN KEADAAN TENTANG BERSHIT HABIS-HABISAN. 

LIVE:SEKITAR PETALING STREET DAN DATARAN MERDEKA.






SEKITAR PETALING STREET DAN DATARAN MERDEKA

BERIKUT merupakan perkembangan terkini di Kuala Lumpur:
1.15 petang: Lebih 1,000 penyokong Bersih mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.
1.07 petang: FRU setakat ini telah berjaya menyuraikan para penunjuk di hadapan Bank Agro dan Pasar Seni. Di kedua-dua tempat gas pemedih mata telah ditembak untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi".
12.55 tengah hari: Polis berkata, sebanyak 441 ditahan sehingga 12 tengah hari. 421 lelaki dan 20 wanita.

LIVE:BERSHIT DAH MULA BERARAK DARI KLCC MENUJU STADIUM MERDEKA




DEPA DAH MULA BERARAK DARI KLCC MENUJU KE STADIUM MERDEKA ,SETAKAT INI MAKLUMAT YANG DITERIMA LOLIS SEDANG MENYEKAT MEREKA HANYA 200 ORANG SAHAJA YANG NAMPAK TETAPI TIDAK SEORANG PUN MEMAKAI BAJU BERSIH KEBANYAKKANNYA ADALAH PEREMPUAN.TENGOK DEPA PAKAI KEPIAH PUTIH AGAKNYA DARI MANA GOLONGAN DEPA NIE MESTI PUAK PAS DIPERKUDAKAN OLEH DAP LAHANAT.

LIVE:SEKITAR KLCC DAN STADIUM MERDEKA........TANGKAP BERSHIT.






KEBANYAKKAN YANG DITAHAN IALAH PEREMPUAN INI ADALAH TAKTIK BACUL DIGUNAKAN OLEH PENYOKONG BERSHIT.APA PUNYA TAK ADA AKAI DEPA NIE ADA YANG DISIASAT ADALAH PELAJAR UNIVERSITI TEMPATAN.

 Setakat jam 12.00 tengah hari ini sebanyak 338 tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis iaitu 321 lelaki dan 17 perempuan di beberapa lokasi termasuk Masjid Jamek , Dataran Merdeka, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Central Market dan Istana Negara.

LIVE:ANTARA GAMBAQ MENARIK DI SOGO.....BERSHIT....





LIVE:DAH KENA CEKUP DAH.......bERSHIT.KERAMBIT DAN BUKU LIMA




BERIKUT ADALAH PENYOKONG BERSIH YANG DITAHAN DAN POLIS MENJUMPAI KERAMBIT DAN BUKU LIMA DIDALAM POKET MEREKA.ADAKAH PUAK LAHANAT NI SENGAJA MAHU MENCETUSKAN KEKECOHAN DIHADAPAN SOGO.

LIVE:bERSHIT GUNA KANAK-KANAK DAN BUDAK SEKOLAH.

BERIKUT ADALAH MEREKA YANG DITAHAN SEBENTAR TADI HASIL SIASATAN POLIS MEREKA ADALAH KANAK-KANAK MASIH BERSEKOLAH DAN DIDALAM BEG TERDAPAT BAJU BERSIH 2.0 CELAKA PUNYA BERSHIT MENGGUNAKAN BUDAK-BUDAK UNTUK MENCAPAI AGENDA JAHAT MEREKA.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive