Saturday, July 16

Dewan Pemuda PAS Main Wayang DAP VS PAS 2.0 Kedah.



PAS menerusi Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba mencairkan penentangan DAP terhadap keputusan kerajaan negeri Kedah.
Mungkin takut nak bantai DAP ia sebaliknya mempersoalkan kenapa  tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama.
“Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka,MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.
Mohd Firdaus Jaafar itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah kerana tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan.
Menarik juga Mohd Firdaus kata DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan para pemimpin DAP terang-terang menentang keputusan kerajaan negeri Kedah itu.
Silap mata apa yang hendak dimainkan.Bukankah  Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga turut minta Kedah mengkaji balik peraturan itu untuk memansuhkannya.

Kata Kit Siang,  DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.
“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan Khamis.
Nampaknya dalam keadaan nak lemas ini masing-masing cuba menarik sama BN yang asalnya meluluskan enakmen itu pada tahun 1977 dulu.
Ini jalan mudah untuk  ‘cuci mangkok’ sedangkan apa yang jelas terpancar di sini ialah antara DAP dan PAS banyak yang belum settle lagi.
Usaha untuk memendamnya di bawah permaidani bukan semudah yang disangka – kerana asasnya kedua-duanya adalah parti politik yang akhirnya lebih mengambil kira soal undi.
Makanya drama terbaru di Kedah ini sudha masuk kategori – wajib tonton
Dari sudut politik DAP tahu jika  tidak bising dan memastikan PAS tunduk lagi dalam isu ini ...ia pasti kantoi.
Sekali lagi ada tanda silang antara prinsip DAP dengan PAS yang selama ini tidor sebantal mimpi lain-lain.
PKR pula seperti biasa masih mengambil sikap playsafe dalam isu ini.
Terbaru Singa DAP Karpal Singh  yang pernah ancam langkah mayatnya jika PAS nak tubuh Negara Islam sudah mengaum.
Dalam kenyataannya Jumaat Pengerusi DAP itu mengingatkan  kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
Amarannya kepada PAS Kedah cukup jelas bila beliau secara terbuka berkata, “DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

HUSAM PULAK DAH KANTOI MENIPU.


Inilah yang depa dok rajin buat pembohong kepada pengikutnya yang agak kurang akal,lain kali kalau nak tembak pun selidiklah dulu belah mana kiri atau kanan yang kena kan dah kantoi dibuatnya.Adakah ini sikap pemimpin yang akan menerajui negara yang kita nak tengok dan mengikuti.Pembohongan telah menjadi makanan ruji kepada Puak haram jadah nie,Husam dah banyak ikut rentak anuwar dalam erti kata pembohongan,syabas kepada rakan blogger hebat dari pahang SEMUT HITAM sesunguhnya tiada belas kesian terhadap pengkhianat negara.

Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

karpal pernah berkata jika mahu laksanakan hukum hudud langkah mayatnya dahulu,nampak sangat karpal memang anti islam kesian PAS kena cucuk hidung.

DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. 

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang. 

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. 

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya. 

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu. 

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

DAP Cucuk Hidung PAS Kedah.



Dulu PAS Selangor bertelagah dengan DAP pasal isu penjualan arak di tempat terbuka.
Kerana nak jaga nama parti kononnya sepakat, dua anggota Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Ronnie Liu terpaksa ‘berjabat tangan’.
Kini DAP sekali lagi mahu tunjuk bahawa PAS akan ikut telunjuk mereka di Kedah pula.
Kali ini, parti simbol roket itu mahu Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) tetapi tidak dikuatkuaakan.
Namun selepas pembangkang ambil alih Kedah pada 2008, kerajaan negeri pimpinan PAS menguatkuasa beberapa peraturan hinggakan tauke-tauke pusat hiburan tidak senang hati kerana periuk nasi mereka macam terkambus.

Pasti mereka sudah merayu pada DAP hingga menyebabkan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang minta Kedah mengkaji balik oeraturan itu untuk memansuhkannya.
“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

Katanya, Lee atau DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.

Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.
Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.
Sekali lagi dalam mesyuarat itu, Lim pasti akan meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangannya.
Bagaimanapun, ramai tahu Azizan bukan macam Dr Hasan yang kecut perut dan terpaksa akur dengan DAP di Selangor.
Azizan bukannya pemimpin PAS yang mudah dicucuk hidung kerana sebelum ini pun beliau bertegas dalam beberapa isu yang DAP ada kepentingan termasuk merobohkan tempat menjual babi.   
  
Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru.
Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.
Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

Apapun, memang menarik untuk dilihat perkembangan ini sama ada PAS sekali lagi akan tunduk pada DAP bagi melengkapkan kata-kata serta andaian banyak pihak bahawa parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu kini hanya tinggal nama sahaja.

Friday, July 15

VIDEO TERHEBAT YANG KURANG GULA.INI SAHAJA KEJAYAAN BERSHIT.


Jika tidak diberikan penjelasan yang sebenar pasti rakan-rakan dari seberang laut akan menyatakan video ini ada benarnya akan tetapi ini adalah propaganda yang telah direka cipta supaya dilihat bersih telah mencapai matlamatnya.inilah yang dimahukan oleh anuwar serta konco-konconya memburukkan malaysia dimata dunia.video ini memaparkan bahawa polis amat kejam sekali akan tetapi lihatlah pemimpin PAS sendiri iatu  hadi awang menyatakan Polis telah memberikan layanan terbaik malahan telah menghantarnya hingga kerumahnya.lihatlah video ini anuar tipu untuk mengetahui kebenaranya.kelakar pun ada apabila anuwar mereka cerita yang menyatakan hadi awang dipukul serta diseret padahal yang punya badan sendiri buat kenyataan bercanggah dengan apa yang anuwar dok pembohong.

BACA SETERUSNYA.

DAP Desak Azizan Batal Larangan Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan


Apa dah jadi dengan menteri besar tak tau nie.Takkan dak kena cucuk hidung kot ini adalah persengketaan yang akan terjadi apabila DAP tunggang PAS secukup rasa.PASti persengketaan ini akan berlarutan hingga DAP mencapai matlamatnya.Elok lah tue perkahwinan antara PAS dan DAP tidak akan bertahan lama dah mula nampak persengketaan antara mereka tiada persafahaman dalam isu yang agak remeh.


DAP - sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat - mendesak Kerajaan Negeri Kedah membatalkan larangan menghentikan operasi semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan ini.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak wajar membatalkan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997 yang digubal ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu juga tidak pernah menguatkuasakan undang-undang tersebut.
“Dalam keadaan ini, Azizan harus mempertimbangkan semula serta memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
“Kerajaan BN juga tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun mereka memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan.
Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan bukan satu perkara baru kerana ia sudah wujud sejak 1997 namun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Beliau menegaskan bahawa di bawah enakmen tersebut terdapat pengecualian terutamanya bagi pertunjukan berkaitan keagamaan seperti ‘Festival Hantu Lapar’ yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada bulan Ogos.
Jelasnya, setiap perayaan atau pertunjukan adalah dibenarkan namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun bagi pusat snuker dan kafe siber pula, Azizan berkata kerajaan negeri akan menyemaknya semula kerana ia diletakkan di bawah kategori hiburan.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau telah menghubungi Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan di negeri itu.
“Lee mendakwa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Kedah.
“Beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Justeru, Lim berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan pusat Pakatan Rakyat minggu depan.
MSTAR ON LINE

Polis Siasat Tindakan Tian Chua,Patut dikenakan tindakan terus.


Polis menyiasat tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa bertindak kasar terhadap pasukan polis semasa menyertai perhimpunan haram pada Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat pihaknya dan polis membuat siasatan dari semua aspek.
“Difahamkan, beberapa individu bersama pemimpin pembangkang turut melakukan tindakan sama terhadap pihak polis. Tindakan undang-undang bersesuaian akan diambil mengikut kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta mengumpul semua maklumat.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk Tian Chua bagi membantu siasatan,” katanya.
Kelmarin, laman blog ruangbicarafaisal mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai sekumpulan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral.
Naib Presiden PKR itu sebelum ini pernah ditangkap kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.
Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000, sekaligus mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Ahli PAS kesal sokong Ambiga



PERHIMPUNAN haram pada 9 Julai lalu memberi banyak pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk kumpulan penyokong dan penentang kerajaan, pembangkang, pihak berkuasa, malah penganjur demonstrasi itu sendiri. Perbezaannya adakah mereka mahu belajar atau mahu terus menunjukkan ego masing-masing. 

Pengajaran paling penting mungkin diterima pengikut PAS, apabila ramai akhirnya sedar betapa kesanggupan dan ‘pengorbanan’ mereka sudah dipergunakan ahli politik pembangkang yang mempamer pelbagai drama – seolah-olah mereka yang berarak, dirempuh dan diburu polis serta terkena gas pemedih mata. 

Statistik menunjukkan, 80 peratus yang menyertai perhimpunan haram itu Melayu, majoritinya pengikut PAS, hanya 12 peratus bangsa Cina dan lapan peratus rakyat keturunan India. 

Menginsafi apa yang berlaku, beberapa ahli PAS yang ditemui selepas perhimpunan itu melahirkan rasa kesal berarak di jalan raya, sedangkan kebanyakan pemimpin parti pembangkang lain berada di hotel lima bintang. 

“Walaupun ditahan mereka tidak berada di jalan raya. Mat (Mohamad) Sabu pula mendakwa dilanggar kenderaan polis yang melanggar motosikal yang dinaikinya, tetapi saya hairan kenapa lututnya saja berbalut. Lepas itu mengadakan sidang media kerana dia dilanggar, sedangkan berpuluh ahli PAS lain mengalami kecederaan lebih teruk. 

“Saya juga tidak sangka Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan berdrama begitu sekali. Mungkin kalau sekali, dua berbalut leher masih boleh dimaafkan. Tapi kali ini begitu juga.... amat keterlaluan,” kata seorang pengikut PAS yang ditemui sehari selepas perhimpunan haram berkenaan. 
Dia juga melahirkan rasa kesal kerana tidak bertanya siapa Datuk S Ambiga dan apa peranannya dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sehingga memberi sokongan begitu padu kepada bekas Presiden Majlis Peguam ini. 

“Saya hanya mendapat tahu siapa Ambiga selepas melihat klip ceramah video YB (Zulkifli Noordin) dan beberapa artikel mengenai tuntutan perempuan ini melalui IFC yang kebanyakannya membabitkan akidah Islam,” katanya. 

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, dalam beberapa ceramahnya sudah melahirkan rasa kesal terhadap tindakan PAS ‘berketuakan’ Ambiga, sedangkan wanita berkenaan yang bertanggungjawab membela kes murtad Lina Joy, pendukung kuat IFC yang menyokong kuat konsep pluralisme dan pernah menawarkan khidmat percuma kepada umat Islam yang murtad sekiranya kes mereka dibawa ke mahkamah. 

“PAS pernah melaungkan takbir menentang wanita ini dan hari ini mereka sanggup berketuakan pembela golongan murtad ini...di mana maruah kita,” katanya ketika berceramah dan video ceramahnya disebarkan di internet. 

Antara perkara yang diperjuangkan IFC ialah bukan Islam yang sudah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang; bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam, manakala penganut Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Justeru, diharap pengikut PAS belajar daripada pengalaman perhimpunan haram itu kerana mereka majoriti yang menyertainya. Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya membawa wakil ala kadar – membiarkan bangsa Melayu berhadapan pelbagai risiko termasuk sebuah kematian. 

“Kita tidak mahu bangsa Melayu menjadi seperti pepatah – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Apa lagi bukti yang mereka mahu, walaupun penganjur perhimpunan haram ini seorang India, namun berapa ramai India dan Cina yang menyertai? 

“Rakyat keturunan Cina dan India tahu mereka tidak perlu turun ke jalan raya, kerana akhirnya apa jua keputusan dan hasil perhimpunan ini limpahannya akan turut membabitkan mereka,” kata seorang pemerhati. 

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang tua duduk di tangga sebuah masjid, meluahkan rasa kesal betapa anak bangsanya sanggup menghuru-harakan bumi sendiri, semata-mata perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang sudah menjadikan Malaysia sebuah negara aman, damai dan makmur sejak 54 tahun lalu. 

“Kita sudah hidup aman dan mewah sejak merdeka, mengapa mereka perlu terpekik terlolong tidak berpuas hati. Mereka perlu tanya diri sendiri apa sumbangan dan bakti kepada negara, jangan tanya apa jasa kerajaan kepada mereka. 

“Tidakkah mereka sedih – majoriti berada di jalan raya bangsa Melayu beragama Islam, melaungkan takbir dan meluahkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan dipimpin bangsa kita sendiri,” kata orang tua ini dengan penuh kesal.

Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!



Satu pengajaran yang diperolehi dari himpunan Bersih 2 baru-baru ini untuk semua yang berakal ialah tentang momentum.

Sebelum Bersih, kedua-dua pihak kelihatan sudah kurang minyak, tetapi BN terutama UMNO dilihat lebih bertenaga. Di Internet terutama di blogosfera kelihatan UMNO menguasai.



Pilihanraya-pilihanraya kecil, BN menang. Pilihanraya negeri Sarawak ialah big blow kepada Pakatan terutama PKR. Walaupun DAP menang banyak kawasan, ini memang sudah dijangka. Bom paling besar ialah video seks Anwar, yang banyak merenggut jiwa penyokong-penyokong PR.

Akibatnya, aktivis-aktivis Pakatan terutama PKR kurang bertenaga. Lemah semangat.

Oleh sebab itu lah diadakan Bersih. Memang objektif-objektif sampingan termasuk memalukan  DS Najib, mendapat perhatian antarabangsa dan sebagainya, tetapi objektif utamanya ialah Internal, iaitu memberikan minyak iaitu semangat dan tenaga kepada penyokong-penyokong PR.

Sebab itu lah Anwar dan Hj Hadi kini menyebut-nyebut nak buat Bersih 3 pula.

Tapi saya tersentak baru-baru ini bila dapat laporan dari sahabat yang bekerja jauh dalam pentadbiran Pulau Pinang menyatakan bahawa ada kemungkinan Pulau Pinang akan mengadakan pilihanraya lebih awal, untuk memberi momentum kepada sokongan Pakatan Rakyat seluruh negara dalam Pilihanraya umum. Ini sebab Pakatan yakin Penang memang DAP boleh menang lagi terutama kerana 55% pengundi Penang ialah etnik Cina (walaupun penduduk Melayu lebih ramai!).

Bila dikaitkan dengan isu momentum ini, logik juga.

Soalannya, sudahkah UMNO Pulau Pinang dan semua kepimpinan telah bersedia?!

HOSPITAL ISLAM PULAK DAH! KAT PENANG.



Depa nak kata PAS baguih la sangat kalau nak murah klinik 1malaysia dah ada bayaran cuma satu ringgit belambak hospital kerajaan yang dibina oleh kerajaan pusat BN yang dok ada kat penang nie apa punya kejadah puak Pas nie dok kira nak buat publisiti murahan aja kot?Tak faham apakah agenda menyatakan hospital Islam nie hanya untuk orang islam aja ka?Pusat haemodialisis telah dibuat dan bayaran paling minima yang dikenakan oleh pihak hospital pulau pinang bagi mereka yang tidak mampu.


Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi.

Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi.

Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan.

"Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima.

"Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini.

"Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. - HaprakDaily.

Anwar Reka Cerita Isu Layanan Polis kepada Hadi Awang

Laporan Buletin Utama mengenai percanggahan kenyataan antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Hadi Awang berhubung layanan polis ketika Presiden Pas itu ditahan dalam himpunan haram Bersih 2.0


Kalau anda mahu diiktiraf sebagai 'wira negara' mengikut tafsiran Pas, anda tidak perlu menang pingat emas di Sukan Olimpik, tidak perlu menawan puncak Gunung Everest atau mengharumkan nama di pentas dunia dalam apa juga bidang.

Malahan anda juga tidak perlu menyertai pasukan keselamatan untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.

Sebaliknya, anda akan diiktiraf 'wira negara' jika menyertai perhimpunan haram anjuran pembangkang dan berani 'bertempur' dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila melakukan rusuhan.

Demikianlah dangkal dan jumudnya pemikiran pemimpin-pemimpin Pas sehinggakan puak-puak yang merusuh di jalan raya pada Sabtu, 9 Julai lalu begitu mudah dianggap sebagai pejuang dan wira negara.

Malahan mereka juga mendakwa perhimpunan tersebut sebagai lambang kebangkitan rakyat sedangkan kalau mengikut laporan media termasuk media antarabangsa kehadiran sekitar 10,000 orang sahaja, jauh daripada sasaran 300,000 yang diuar-uarkan oleh pembangkang.

Apa pun cubalah berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi oleh emosi siapakah sebenar wira negara?

Penyokong-penyokong perhimpunan haram berkenaan yang terpekik terlolong dan melakukan rusuhan serta mencabul ketenteraman awam atau anggota polis yang bertugas sejak beberapa bulan lalu membuat persiapan bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara?

Sebagai orang yang waras sudah pasti kita akan mengiktiraf bahawa wira sebenar adalah anggota-anggota PDRM tersebut.

Ketekunan dan kegigihan mereka serta amat sabar dalam menjalankan amanah yang diberikan telah menyelamatkan negara kita daripada huru-hara pada 9 Julai lalu.

Jangan 'beri muka' kempen berpakaian kuning setiap Sabtu



SELEPAS gagal mengajak 300,000 orang turun ke jalan raya dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu, jawatankuasa pemandu Bersih 2 meminta rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada lapan perkara tuntutan mereka bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini. 

Tidak serik-serik pemimpin Bersih ingin menghuru-harakan negara ini. Sikap keras kepala mereka ini tidak boleh dilembutkan dengan tindakan diplomasi dan berhati-hati pihak berkuasa.

Jika cadangan Bersih tidak ditentang, maka satu suasana kurang sihat akan berlaku dalam negara. Setiap Sabtu sahaja ada kumpulan akan berpakaian kuning boleh berkumpul di Kuala Lumpur sebagai simbol kebangkitan kumpulan haram itu. 

Apakah Bersih hanya menyeru rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu sebagai tanda sokongan kepada mereka dan tiada agenda lain selanjutnya? Bolehkah kita percaya dengan kata-kata orang yang telah mengkhianati titah perintah Yang di-Pertuan Agong? 

Mula-mula satu dua kumpulan, tetapi jika berminggu-minggu dibiarkan berlangsung, ia akan membina satu kekuatan yang boleh memudaratkan keselamatan awam. Mereka dengan mudah mengadakan perarakan dan perhimpunan haram. 

Pihak berkuasa sudah tentu arif dengan taktik dan strategi Datuk S.Ambiga dan kumpulan pemimpin bersih yang didokongi parti pembangkang. Oleh kerana tuntutanBersih belum tertunai, maka mereka akan guna segala upaya untuk melaksanakannya. 

Ambiga dan Bersih sengaja memekakkan telinga dan menutup mata sedangkan perkara yang dituntut sudah diperjelaskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya bukan di bawah bidang kuasanya. 

Kalau perkara itu pun Ambiga tidak faham-faham, maka ada muslihat dan agenda yang masih ingin mereka perjuangkan. 

Nampaknya selagi lapan tuntutannya belum selesai, kita percaya Ambiga dengan sokongan parti pembangkang akan membuat kacau. 

Apa kuasa Bersih hendak mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk meneliti sistem pilihan raya kita. 

Memandangkan kedegilan pemimpin Bersih yang tidak habis-habis mencabar bidang kuasa pihak berkuasa, mungkin sesuai masanya diberi satu kejutan untuk memberi peringatan kepada kumpulan haram itu. 

Apatah lagi keingkaran mereka mematuhi arahan mahkamah dan polis pada peristiwa 9 Julai lalu masih belum didakwa di muka pengadilan. 

Pihak berkuasa kena bertindak pantas dan tegas untuk menangani pelbagai kerenah dan agenda Bersih yang dilihat sampai ke tahap yang tidak boleh diberi muka lagi. 

Jadi apakah kempen Bersih mengajak rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu wajar dibiarkan?

SAH DEPA DOK PEMBOHONG RAKYAT.



Puak Pakatan Haram dok pembohong pasal cincin dan sekali lagi telah kantoi dengan Blogger tersohor Pulau Pinang, Blog MIM terus menjadi CSI blogger dalam isu ini apabila berjaya  merungkaikan pembohongan juak-juak Pakatan yang menyebarkan fitnah bahawa Rosmah membeli cincin mahal jutaan ringgit.

mkp salute la kepada blog MIM ini ..ikuti pendedahan panas  beliau !.



Di bawah adalah penjelasan MiM:-

MiM merujuk kepada kolum yang tertulis perkataan :-


c/0 Malca Amit (Jeremy Beh Sim Tee)
Inspection by : H.E Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Untuk pengetahuan anda, Malca Amit merupakan satu syarikat pengangkutan luar negeri yang mempunyai banyak cawangannya di seluruh dunia. Rujuk di bawah :-


Malca-Amit now has a global network of offices as well as dominant market-share of the world's valuables transport business. We have expanded our service offering beyond standard secured and insured door-to-door delivery, to include: bonded warehousing, trade-show deliveries and insurance, private trade-show organization, inspection and authentication service, and jewelry block insurance. 


Malca Amit mempunyai 2 pejabat di Asia Tenggara iaitu di Singapura dan Thailand.



Pada pendapat MiM, oleh kerana Malca Amit tidak mempunyai pejabat di Malaysia, AirOceanic Express Sdn Bhd telah dilantik menjadi agen seperti yang tertera di dalam foto skrin komputer itu.

Kedua-dua syarikat tersebut mempunyai beberapa polisi yang ketat untuk memastikan barangan yang dihantar oleh mereka terjamin sampai ke tangan pemiliknya 'door to door'. Mereka juga mempunyai insurans terhadap setiap barangan.

Jika merujuk kepada foto skrin tersebut, nama syarikat AirOceanic Express Sdn Bhd dan Jacob & Co jugatertera alamat masing-masing iaitu di Petaling Jaya, Selangor dan New York, Amerika Syarikat.





Yang menimbulkan persoalan besar ialah kenapakah Malca Amit tidak tertulis alamat syarikat tersebut yang hanya mempunyai 2 pejabat iaitu di Thailand dan Singapura atau pun alamat Jeremy Beh Sin Tee?

Kenapakah kolum alamatnya tertera Malca Amit (Jeremy Beh Sin Tee) dan Inspection by : H.E Datin Paduka Seri Rosmah Mansor? 



Jika kita perhatikan, kolum di atas telah diubah suai oleh seseorang yang berniat jahat untuk memburuk-burukkan DS Rosmah Mansor!

Dan jika kita baca polisi Syarikat AirOceanic Express Sdn dan Jacob & Co, mereka mempunyai set borang-borang sendiri untuk ditandatangi oleh si penerima.

Dan pengesahan penerima barang dan pemeriksaan TIDAK ditulis di dalam Sistem Maklumat Kastam itu seperti yang tertera!

Oleh kerana diskrepensi yang berbeza di dalam borang Sistem Maklumat Kastam tersebut, MiM percaya bahawa bukti yang di dakwa oleh CheguBard dan pro-pembangkang sudah diubahsuai dan palsu!

Thursday, July 14

Ucapan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Di Majlis Penerangan Perdana


Khalid Samad Lebih Jambukan Anwar Daripada Hadi.


Rabu malam lebih kurang jam 8.15 debat secara terbuka di twitter semakin panas apabila soalan maut ditujukan kepada Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS.
Tujuan aku bertanyakan soalan kepada Khalid ialah untuk menguji sejauh mana kesetiaan beliau terhadap President PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Jangkaan aku sememanganya tepat… dimana jawapan yang diberikan oleh Khalid pasti memihak kepada DS Anwar Ibrahim..
Seperti biasa demi kepentingan politik… Khalid sanggup tikam belakang Hj Hadi dan pada masa yang sama cium tapak kaki Anwar.
Ini soalanya… “Soalan saya mudah YB.. Siapa pembohong Hj Hadi atau Anwar Ibrahim?”

Jawapan yang diberikan oleh Khalid…

“Hang tak faham jawapan, Dua dua cakap benar. Layanan berbeza pasal ada strategi. Slow betul puak UMNO ni.”katanya..



Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive