Sunday, July 17

TPM Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Pasar Chow Kit ~ Syabas Tan Sri!



MKP rasa belum ada lagi mana mana pembesar negara sanggup turun sendiri meninjau keadaan sebenar di Pasar Basah Chow Kit di kawasan lama kota raya Kuala Lumpur ini?


video menunjukkan keadaan sebenar pasar chow kit


Hanya mereka yang cekal hati sahaja mampu mengharungi keadaan becak dan bau busuk hanyir dipersekitaran pasar Chow Kit yang berusia lebih dari 40 tahun itu! Kesanggupan Muhyiddin Hj Yassin selaku orang kedua paling berkuasa didalam Kerajaan Malaysia menjenguk sendiri keadaan di pasar lama ini harus lah kita hargai. 


Selalunya orang orang besar tak akan jejak kaki ke pasar seperti Chow Kit! Mereka akan harap orang gaji mereka sahaja membeli belah di pasar pasar dan hanya tahu makan minum masakan yang telah siap di masak dan disediakan.

MKP berpendapat Tan Sri Muhyiddin ada ciri ciri seorang pemimpin negara yang tak sombong dan tidak memandang hina akan suasana kehidupan warga kota yang berpendapatan rendah. Mudah2an cara TPM ini akan dicontohi semua pegawai pegawai kerajaan yang lain.

Ikutilah cara Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab! Mesra dengan semua dan senantiasa berdampingan dengan warga kota Madinah al Munawwarah semasa zaman pentadbiran beliau.

Selamat bertugas Tan Sri! Syabas sekali lagi di atas keprihatinan tuan!

PAS Kedah Berkiblatkan DAP.




Kerajaan PAS Kedah telah ‘ubahsuai’ keatas keputusannya yang sebelum ini menetapkan 13 jenis premis hiburan termasuk karaoke, pub dan  disko di negeri itu wajib tutup sepanjang bulan Ramadhan.
Sebaliknya kini ia dibenarkan dibuka dan orang Islam di larang masuk.
Presiden PAS Datuk seri Haji Hadi Awang mengesahkan hal ini semasa ditanya dalam sidang akhbar selepas menpengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS di sebuah hotel di Ampang awal petang Sabtu mengenai isu berkenaan yang telah emncetuskan bantahan termasuk dari Pengeerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau mempertahankan keputusan berkenaan sebagai menegak hak orang bukan Islam dan ‘ membetulkan’ kesilapan BN.
Katanya orang bukan Islam ada hak mereka dan PAS menghormatinya.
Beliau tidak mahu mengaku ‘ ubahsuai’ keputusan itu kerana bantahan dan desakan DAP.
Sabtu, Mohd Sanusi sendiri telah membuat kenyataan yang tegas bahawa Azizan tidak akan ganjak dari keputusan menutup 13 premis berkenaan sekalipun hadapi tentangan.
Ditanya kenapa beliau membuat kenyataan itu,Mohd Sanusi memberi alasan waktu itu perbincangan belum diadakan lagi dengan operator pusat-pusat berkenaan
sikap yang kurang matang ditunjukkan oleh Presiden PAS bukan menyalahkan DAP lahanat tapi semua disalahkan BN apa kurang cerdik punya Presiden.Sesungguhnya azizan memang seorang menteri besaq yang tak tau menguruskan negeri.Pandai pulak tak hadir pada sidang media tersebut.

Guan Eng Berani??????/Lapor Pada Polis.



Guan eng membisu dan terkedu jika dakwaan dibuat laporlah pada polis jika apa yang dikatakan fitnah.
Susulan penerimaan tiga khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan, Ketua Menteri paling banyak membuat onar srta masaalah, Lim Guan Eng dicabar membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dilakukan segera. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jika benar ingin mencari dalang di sebalik penghantaran SMS itu, Guan Eng sepatutnya membuat laporan polis. 

“Kenapa dia tak buat laporan polis? Bukan sekali, dah tiga kali dan ketiga-tiga SMS itu didakwa berbaur hasutan dan fitnah. Saya cabar, jika dia berani, pergi buat laporan polis bagi menyiasat siapa punya angkara.Jangan dok main pakai serkap jarang nescaya dalam fikirannya tak dah kata nak salah orang lain dah mesti UMNO/BN punya keja.

Apa tujuan dia hanya berterusan membuat kenyataan media memberitahu semua orang dia dapat SMS begitu?

Terdahulu, Guan Eng mendakwa ada pihak tertentu menyebarkan SMS dengan mengatakan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM350,000 kepada yang menyertai perhimpunan Bersih tempoh hari. 

Sebelum itu, dia menerima SMS yang ditulis dalam dwi bahasa iaitu bahasa Mandarin dan Melayu itu berbunyi, ‘Lim Guan Eng telah arahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dalam perhimpunan tersebut. Biar orang Melayu bergaduh sesama sendiri’.



Bila lahanat nie dok sebar SMS pandai pulak kelentong dan menafikan apa yang dilakukan.Lama dah dok menipu rakyat Pulau Pinang lama-lama pekung yang busuk akan terdedah jua.Puak Pakatan Rakyat Mellayu masih lagi dok mengagongkan celaka nie?!!!

Festival Cheng Ho.! Pas Tipu Peniaga


Ketika Kerajaan Pas Kelantan berbangga dengan kejayaan menganjurkan Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (Kelcheff) di sini yang didakwa bertaraf  antarabangsa, situasi sebenar yang dialami beberapa peniga di festival tersebut pula menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
Timbul rasa kecewa dan tertipu beberapa peniga kerana keadaan di tapak pameran yang becak dan berlumpur malah mereka mendakwa bekalan elektrik hanya dipasang bermula pagi ini oleh pihak penganjur selepas mengancam untuk menghebohkannya kepada media.
Lebih malang, walaupun baru dua hari festival bermula dan telah membayar RM3,000 untuk setiap khemah pameran, ada peniaga yang datang dari Kuala Lumpur telah ‘angkat kaki’ kerana tidak tahan dengan layanan daripada pihak penganjur.
Kesabaran para peniaga tersebut mungkin hilang terutama selepas mereka mendakwa terpaksa menambak sendiri ruang pameran yang becak dengan mengambil pasir dan batu dari kawasan berhampiran.
Masalah tersebut turut dialami sendiri oleh Pengerusi Gerak Tingkat Ekonomi Kelantan (G10), Wan Adnan Wan Ahmad, apabila dia hanya dapat memulakan pameran produk spa miliknya petang ini ekoran ketiadaan bekalan elektrik.
“Saya kecewa bila festival ini dikatakan antarabangsa tetapi sebaliknya macam di taraf kampung saja dengan keadaan ruang pameran yang kotor, berlumpur dan bekalan elektrik tidak ada.
“Saya baru petang ini dapat membuka ruang pameran kerana masalah ini dan ia sangat berbeza ketika Ekspo Cheng Ho tahun lalu apabila hanya pada hari pertama jualan sebanyak RM1,000 sudah boleh diraih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak festival itu di sini petang ini.
Festival yang berakhir pada 23 Julai itu telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan turut melibatkan penyertaan peniaga-peniaga dari luar negara terutama China.
Seorang peniaga daripada Kuala Lumpur, Norshida Albil Azi, 27, berkata, dia sangat terkejut ketika sampai di tapak pameran itu semalam kerana keadaannya tidak seperti yang dijanjikan.
“Indah khabar dari rupa. Masa mempelawa kami masuk, mereka katapromosi hebat dan akan dikunjungi oleh lebih 100,000 pengunjung tapi dengan jalan masuk yang berlumpur dan ruang pameran pun macam ini, siapa yang akan datang.
“Sudah dua hari kami buka ruang pameran tetapi satu sen jualan pun belum diperolehi. Keadaan ini sangat mengecewakan kerana semua bayaran telah dijelaskan sebelum festival bermula,”
Sementara itu, seorang peniaga makanan, Kamarulzaman Rahim, 40, berkata, aduan telah dibuat terhadap pihak penganjur tetapi sehingga kini tiada langkah diambil.
“Saya sudah upah 13 pekerja untuk membantu saya tapi sudah dua hari masih belum memulakan perniagaan saya kerana tidak ada api ditambah pula kawasan berlumpur.
“Kalau sudah mula pun saya tidak tahu sama ada orang mahu datang sebab jalan untuk masuk ke ruangan letak kenderaan pun teruk sampai perlu guna pacuan empat roda,”

Bulan Posa Pun Nak Bershit Jugak.


Agak-agaklah puak Pemuda PAS nie nak sambung bershit pada bulan posa.Sepatutnya bulan yang mulia tue patut diperbanyakkan ibadat dan segalanya yang baik nie dah terbalik kot pulak dah nak teruskan bershit.Akal depa nie letak kat lutut kot.Yang mendukong Bershit adalah perempuan indian yang menyokong IFC dan segalanya yang tak berapa elok.kalau pemimpin bershit nie jantan atau seseorang dari PAS yang boleh dihormati  yang sememangnya benar-benar bersih dari noda-noda dunia patutlah kita sokong.Bukan MKP tau?

Siap nak buat road tour lagi seluruh negara pasti mempunyai dana yang hebat.almaklum depa nie semua ditaja oleh Agen yahudi yang sememangnya banyak duit.jangan pulak bila ceramah dok tadah tin milo kosong pulak dok pekena orang kampung atas dasar perjuangan lepas tue dok kona kot lain pulak?

dengaq kata nak mai Pulau Pinang ha elok la tue hampa kalau mai pasti guan eng mengamuk dia dah kata jangan dok buat bersih kat Penang pasal dia tak mau kecoh-kecoh.Ketua menteri paling celaka nia pandai yang bodoh hampa puak taksub kepada Ambinga yang bingai dipergunakan oleh Pak sheik dari Permatang Pauh yang memang pandai main drama.

MKP kata sama kita buat benda yang lebih mendekatkan kita pada ramadhan yang kian hampir.

Saturday, July 16

Dewan Pemuda PAS Main Wayang DAP VS PAS 2.0 Kedah.



PAS menerusi Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat cuba mencairkan penentangan DAP terhadap keputusan kerajaan negeri Kedah.
Mungkin takut nak bantai DAP ia sebaliknya mempersoalkan kenapa  tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama.
“Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka,MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.
Mohd Firdaus Jaafar itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah kerana tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan.
Menarik juga Mohd Firdaus kata DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan para pemimpin DAP terang-terang menentang keputusan kerajaan negeri Kedah itu.
Silap mata apa yang hendak dimainkan.Bukankah  Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga turut minta Kedah mengkaji balik peraturan itu untuk memansuhkannya.

Kata Kit Siang,  DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.
“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan Khamis.
Nampaknya dalam keadaan nak lemas ini masing-masing cuba menarik sama BN yang asalnya meluluskan enakmen itu pada tahun 1977 dulu.
Ini jalan mudah untuk  ‘cuci mangkok’ sedangkan apa yang jelas terpancar di sini ialah antara DAP dan PAS banyak yang belum settle lagi.
Usaha untuk memendamnya di bawah permaidani bukan semudah yang disangka – kerana asasnya kedua-duanya adalah parti politik yang akhirnya lebih mengambil kira soal undi.
Makanya drama terbaru di Kedah ini sudha masuk kategori – wajib tonton
Dari sudut politik DAP tahu jika  tidak bising dan memastikan PAS tunduk lagi dalam isu ini ...ia pasti kantoi.
Sekali lagi ada tanda silang antara prinsip DAP dengan PAS yang selama ini tidor sebantal mimpi lain-lain.
PKR pula seperti biasa masih mengambil sikap playsafe dalam isu ini.
Terbaru Singa DAP Karpal Singh  yang pernah ancam langkah mayatnya jika PAS nak tubuh Negara Islam sudah mengaum.
Dalam kenyataannya Jumaat Pengerusi DAP itu mengingatkan  kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.
Amarannya kepada PAS Kedah cukup jelas bila beliau secara terbuka berkata, “DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya.

HUSAM PULAK DAH KANTOI MENIPU.


Inilah yang depa dok rajin buat pembohong kepada pengikutnya yang agak kurang akal,lain kali kalau nak tembak pun selidiklah dulu belah mana kiri atau kanan yang kena kan dah kantoi dibuatnya.Adakah ini sikap pemimpin yang akan menerajui negara yang kita nak tengok dan mengikuti.Pembohongan telah menjadi makanan ruji kepada Puak haram jadah nie,Husam dah banyak ikut rentak anuwar dalam erti kata pembohongan,syabas kepada rakan blogger hebat dari pahang SEMUT HITAM sesunguhnya tiada belas kesian terhadap pengkhianat negara.

Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah

karpal pernah berkata jika mahu laksanakan hukum hudud langkah mayatnya dahulu,nampak sangat karpal memang anti islam kesian PAS kena cucuk hidung.

DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. 

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang. 

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim. 

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya. 

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu. 

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

DAP Cucuk Hidung PAS Kedah.



Dulu PAS Selangor bertelagah dengan DAP pasal isu penjualan arak di tempat terbuka.
Kerana nak jaga nama parti kononnya sepakat, dua anggota Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan Ronnie Liu terpaksa ‘berjabat tangan’.
Kini DAP sekali lagi mahu tunjuk bahawa PAS akan ikut telunjuk mereka di Kedah pula.
Kali ini, parti simbol roket itu mahu Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) tetapi tidak dikuatkuaakan.
Namun selepas pembangkang ambil alih Kedah pada 2008, kerajaan negeri pimpinan PAS menguatkuasa beberapa peraturan hinggakan tauke-tauke pusat hiburan tidak senang hati kerana periuk nasi mereka macam terkambus.

Pasti mereka sudah merayu pada DAP hingga menyebabkan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang minta Kedah mengkaji balik oeraturan itu untuk memansuhkannya.
“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

Katanya, Lee atau DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.

Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.
Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.
Sekali lagi dalam mesyuarat itu, Lim pasti akan meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangannya.
Bagaimanapun, ramai tahu Azizan bukan macam Dr Hasan yang kecut perut dan terpaksa akur dengan DAP di Selangor.
Azizan bukannya pemimpin PAS yang mudah dicucuk hidung kerana sebelum ini pun beliau bertegas dalam beberapa isu yang DAP ada kepentingan termasuk merobohkan tempat menjual babi.   
  
Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru.
Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.
Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

Apapun, memang menarik untuk dilihat perkembangan ini sama ada PAS sekali lagi akan tunduk pada DAP bagi melengkapkan kata-kata serta andaian banyak pihak bahawa parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu kini hanya tinggal nama sahaja.

Friday, July 15

VIDEO TERHEBAT YANG KURANG GULA.INI SAHAJA KEJAYAAN BERSHIT.


Jika tidak diberikan penjelasan yang sebenar pasti rakan-rakan dari seberang laut akan menyatakan video ini ada benarnya akan tetapi ini adalah propaganda yang telah direka cipta supaya dilihat bersih telah mencapai matlamatnya.inilah yang dimahukan oleh anuwar serta konco-konconya memburukkan malaysia dimata dunia.video ini memaparkan bahawa polis amat kejam sekali akan tetapi lihatlah pemimpin PAS sendiri iatu  hadi awang menyatakan Polis telah memberikan layanan terbaik malahan telah menghantarnya hingga kerumahnya.lihatlah video ini anuar tipu untuk mengetahui kebenaranya.kelakar pun ada apabila anuwar mereka cerita yang menyatakan hadi awang dipukul serta diseret padahal yang punya badan sendiri buat kenyataan bercanggah dengan apa yang anuwar dok pembohong.

BACA SETERUSNYA.

DAP Desak Azizan Batal Larangan Tutup Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan


Apa dah jadi dengan menteri besar tak tau nie.Takkan dak kena cucuk hidung kot ini adalah persengketaan yang akan terjadi apabila DAP tunggang PAS secukup rasa.PASti persengketaan ini akan berlarutan hingga DAP mencapai matlamatnya.Elok lah tue perkahwinan antara PAS dan DAP tidak akan bertahan lama dah mula nampak persengketaan antara mereka tiada persafahaman dalam isu yang agak remeh.


DAP - sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat - mendesak Kerajaan Negeri Kedah membatalkan larangan menghentikan operasi semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan ini.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak wajar membatalkan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997 yang digubal ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu juga tidak pernah menguatkuasakan undang-undang tersebut.
“Dalam keadaan ini, Azizan harus mempertimbangkan semula serta memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
“Kerajaan BN juga tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun mereka memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadan.
Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan bukan satu perkara baru kerana ia sudah wujud sejak 1997 namun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Beliau menegaskan bahawa di bawah enakmen tersebut terdapat pengecualian terutamanya bagi pertunjukan berkaitan keagamaan seperti ‘Festival Hantu Lapar’ yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada bulan Ogos.
Jelasnya, setiap perayaan atau pertunjukan adalah dibenarkan namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun bagi pusat snuker dan kafe siber pula, Azizan berkata kerajaan negeri akan menyemaknya semula kerana ia diletakkan di bawah kategori hiburan.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata beliau telah menghubungi Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Darul Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan di negeri itu.
“Lee mendakwa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Kedah.
“Beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Justeru, Lim berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan pusat Pakatan Rakyat minggu depan.
MSTAR ON LINE

Polis Siasat Tindakan Tian Chua,Patut dikenakan tindakan terus.


Polis menyiasat tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang didakwa bertindak kasar terhadap pasukan polis semasa menyertai perhimpunan haram pada Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat pihaknya dan polis membuat siasatan dari semua aspek.
“Difahamkan, beberapa individu bersama pemimpin pembangkang turut melakukan tindakan sama terhadap pihak polis. Tindakan undang-undang bersesuaian akan diambil mengikut kesalahan yang dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian serta mengumpul semua maklumat.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pihak yang terlibat dengan kejadian tersebut termasuk Tian Chua bagi membantu siasatan,” katanya.
Kelmarin, laman blog ruangbicarafaisal mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai sekumpulan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral.
Naib Presiden PKR itu sebelum ini pernah ditangkap kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.
Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000, sekaligus mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Ahli PAS kesal sokong Ambiga



PERHIMPUNAN haram pada 9 Julai lalu memberi banyak pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk kumpulan penyokong dan penentang kerajaan, pembangkang, pihak berkuasa, malah penganjur demonstrasi itu sendiri. Perbezaannya adakah mereka mahu belajar atau mahu terus menunjukkan ego masing-masing. 

Pengajaran paling penting mungkin diterima pengikut PAS, apabila ramai akhirnya sedar betapa kesanggupan dan ‘pengorbanan’ mereka sudah dipergunakan ahli politik pembangkang yang mempamer pelbagai drama – seolah-olah mereka yang berarak, dirempuh dan diburu polis serta terkena gas pemedih mata. 

Statistik menunjukkan, 80 peratus yang menyertai perhimpunan haram itu Melayu, majoritinya pengikut PAS, hanya 12 peratus bangsa Cina dan lapan peratus rakyat keturunan India. 

Menginsafi apa yang berlaku, beberapa ahli PAS yang ditemui selepas perhimpunan itu melahirkan rasa kesal berarak di jalan raya, sedangkan kebanyakan pemimpin parti pembangkang lain berada di hotel lima bintang. 

“Walaupun ditahan mereka tidak berada di jalan raya. Mat (Mohamad) Sabu pula mendakwa dilanggar kenderaan polis yang melanggar motosikal yang dinaikinya, tetapi saya hairan kenapa lututnya saja berbalut. Lepas itu mengadakan sidang media kerana dia dilanggar, sedangkan berpuluh ahli PAS lain mengalami kecederaan lebih teruk. 

“Saya juga tidak sangka Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan berdrama begitu sekali. Mungkin kalau sekali, dua berbalut leher masih boleh dimaafkan. Tapi kali ini begitu juga.... amat keterlaluan,” kata seorang pengikut PAS yang ditemui sehari selepas perhimpunan haram berkenaan. 
Dia juga melahirkan rasa kesal kerana tidak bertanya siapa Datuk S Ambiga dan apa peranannya dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sehingga memberi sokongan begitu padu kepada bekas Presiden Majlis Peguam ini. 

“Saya hanya mendapat tahu siapa Ambiga selepas melihat klip ceramah video YB (Zulkifli Noordin) dan beberapa artikel mengenai tuntutan perempuan ini melalui IFC yang kebanyakannya membabitkan akidah Islam,” katanya. 

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, dalam beberapa ceramahnya sudah melahirkan rasa kesal terhadap tindakan PAS ‘berketuakan’ Ambiga, sedangkan wanita berkenaan yang bertanggungjawab membela kes murtad Lina Joy, pendukung kuat IFC yang menyokong kuat konsep pluralisme dan pernah menawarkan khidmat percuma kepada umat Islam yang murtad sekiranya kes mereka dibawa ke mahkamah. 

“PAS pernah melaungkan takbir menentang wanita ini dan hari ini mereka sanggup berketuakan pembela golongan murtad ini...di mana maruah kita,” katanya ketika berceramah dan video ceramahnya disebarkan di internet. 

Antara perkara yang diperjuangkan IFC ialah bukan Islam yang sudah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang; bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam, manakala penganut Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Justeru, diharap pengikut PAS belajar daripada pengalaman perhimpunan haram itu kerana mereka majoriti yang menyertainya. Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya membawa wakil ala kadar – membiarkan bangsa Melayu berhadapan pelbagai risiko termasuk sebuah kematian. 

“Kita tidak mahu bangsa Melayu menjadi seperti pepatah – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Apa lagi bukti yang mereka mahu, walaupun penganjur perhimpunan haram ini seorang India, namun berapa ramai India dan Cina yang menyertai? 

“Rakyat keturunan Cina dan India tahu mereka tidak perlu turun ke jalan raya, kerana akhirnya apa jua keputusan dan hasil perhimpunan ini limpahannya akan turut membabitkan mereka,” kata seorang pemerhati. 

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang tua duduk di tangga sebuah masjid, meluahkan rasa kesal betapa anak bangsanya sanggup menghuru-harakan bumi sendiri, semata-mata perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang sudah menjadikan Malaysia sebuah negara aman, damai dan makmur sejak 54 tahun lalu. 

“Kita sudah hidup aman dan mewah sejak merdeka, mengapa mereka perlu terpekik terlolong tidak berpuas hati. Mereka perlu tanya diri sendiri apa sumbangan dan bakti kepada negara, jangan tanya apa jasa kerajaan kepada mereka. 

“Tidakkah mereka sedih – majoriti berada di jalan raya bangsa Melayu beragama Islam, melaungkan takbir dan meluahkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan dipimpin bangsa kita sendiri,” kata orang tua ini dengan penuh kesal.

Pulau Pinang akan isytihar Pilihanraya lebih awal!



Satu pengajaran yang diperolehi dari himpunan Bersih 2 baru-baru ini untuk semua yang berakal ialah tentang momentum.

Sebelum Bersih, kedua-dua pihak kelihatan sudah kurang minyak, tetapi BN terutama UMNO dilihat lebih bertenaga. Di Internet terutama di blogosfera kelihatan UMNO menguasai.



Pilihanraya-pilihanraya kecil, BN menang. Pilihanraya negeri Sarawak ialah big blow kepada Pakatan terutama PKR. Walaupun DAP menang banyak kawasan, ini memang sudah dijangka. Bom paling besar ialah video seks Anwar, yang banyak merenggut jiwa penyokong-penyokong PR.

Akibatnya, aktivis-aktivis Pakatan terutama PKR kurang bertenaga. Lemah semangat.

Oleh sebab itu lah diadakan Bersih. Memang objektif-objektif sampingan termasuk memalukan  DS Najib, mendapat perhatian antarabangsa dan sebagainya, tetapi objektif utamanya ialah Internal, iaitu memberikan minyak iaitu semangat dan tenaga kepada penyokong-penyokong PR.

Sebab itu lah Anwar dan Hj Hadi kini menyebut-nyebut nak buat Bersih 3 pula.

Tapi saya tersentak baru-baru ini bila dapat laporan dari sahabat yang bekerja jauh dalam pentadbiran Pulau Pinang menyatakan bahawa ada kemungkinan Pulau Pinang akan mengadakan pilihanraya lebih awal, untuk memberi momentum kepada sokongan Pakatan Rakyat seluruh negara dalam Pilihanraya umum. Ini sebab Pakatan yakin Penang memang DAP boleh menang lagi terutama kerana 55% pengundi Penang ialah etnik Cina (walaupun penduduk Melayu lebih ramai!).

Bila dikaitkan dengan isu momentum ini, logik juga.

Soalannya, sudahkah UMNO Pulau Pinang dan semua kepimpinan telah bersedia?!

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive