Wednesday, July 20

Perang Siber - Untuk menang PRU13.


"In wartime, truth is so precious that she should always be attended by a bodyguard of lies." - Winston Churchill

Saya tidak suka hidup dalam penafian dan saya ingin menyatakan kebenaran agar Perdana Menteri dan Presiden parti tidak diberikan gambaran yang muluk-muluk sahaja oleh pihak yang berkepentingan dalam pengendalian perang siber. Hanya mereka yang hidup dalam penafian sahaja atau yang sedang menjaga kepentingan periuk nasi mereka sahaja yang mengatakan bahawa BN berjaya mengendalikan perang siber sebelum, semasa dan selepas perhimpunan haram Bersih.

Sebab itu saya suka merujuk tulisan Oon Yeoh bertajuk BN losing the cyberwar again sebagai bacaan yang boleh digunakan untuk muhasabahdiri. Walaupun analisis yang dibuat oleh Oon Yeoh tidak 100 peratus tepat, namun pandangannya boleh digunakan untuk memperbaiki pencapaian jentera siber BN agar menjadi lebih baik lagi.

Nasihat saya kepada kumpulan blogger tertentu yang menyerang saya, jangan terlalu defensif dan cuba memberikan gambaran yang salah dan lunak-lunak kepada pemimpin BN kerana gambaran yang muluk-muluk dan indah-indah ini merupakan antara racun yang menyebabkan BN gagal mempertahan 2/3 kerusi Parlimen dan kalah di 5 buah negeri dalam tahun 2008.

Pada waktu yang sama, pandangan Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber adalah sangat bertepatan pada masanya. Kata Zahid, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak mampu memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Kata Zahid lagi, "Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan."

Zahid menyebut kita ada kumpulan yang lebih besar. Siapakah mereka itu?

Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab'kegagalan' ini jika kumpulan yang besar ini adalah Unit Media Baru (UMB). Hakikatnya UMB hanya diberikan penghak upayaan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak; dan alhamdulillah peranan itu telah kami laksanakan.

Bagaimanapun di luar PRK dan PRN, penghak upayaan ini tidak diberikan kepada UMB. Jadi tidak adil sekiranya individu atau kumpulan yang terbabit tidak mahu memikul tanggung jawab di atas `kegagalan' ini sedangkan mereka telah diberikan penghak upayaan oleh pemimpin-pemimpin di dalam parti untuk melaksanakan peranan ini sehingga PRU13. Mereka yang diberikan penghak upayaan ini perlu tampil memikul tanggung jawab `kegagalan' ini dan memperbaiki kelemahan diri. Jangan bersifat defensif dan jangan arahkan blogger-blogger upahan menyerang pihak lain hanya kerana tidak mahu mengakui kelemahan diri.

Logiknya jika engagement yang dibuat adalah meluasjumlah pejuang siber kita pula semakin ramaidisokong pula dengan perancangan yang teliti dan semua pihak dapat berperanan sebagai satu pasukan, saya yakin Zahid tidak akan menyatakan kritikan ini dan Oon Yeoh tidak mungkin boleh menyimpulkan bahawa BN tewas lagi dalam peperangan siber, lebih-lebih lagi dalam konteks perhimpunan haram Bersih.

Malam terakhir sebelum perhimpunan haram Bersih berlangsung, saya dipanggil hadir untuk terlibat dalam pertemuan dengan 16 orang blogger bagi merancang gerak kerja keesokan harinya. Saya tidak mahu mengulas panjang tetapi cukuplah sekadar menyatakan bahawa pertamanya, dalam pasukan ini tidak ada command dan control kerana operasi ni diketuai oleh seorang yang tidak berpengalaman (bukan salah dia, dia hanya menjalankan tugas); kedua, terlalu ramai yang terlebih bijak sehingga menyukarkan pembentukan jentera yang berdisiplin; ketiga, ia dilaksanakan pada saat akhir, sedang tugas sebegini perlu ada game planyang baik.

Tidak mengapalah. Perkara telah berlalu usah dikesalkan lagi. Saya berharap jentera BN dapat bekerja sebagai satu pasukan dan bukan sebagai kumpulan yang terpisah-pisah. Kritikan Zahid betul dan kena pada masanya dan mungkin Datuk Akmar Hisham Mokles ada jawapannya.

Banyak yang perlu dilakukan. Perhimpunan haram Bersih sepatutnya menjadi satu wake-up call kepada semua, pemimpin BN, pegawai kerajaan dan semua pejuang siber pro-BN, baik blogger mahupuncybertroopers. Kita perlu menilai secara overall strategi dan pendekatan kita. It's not output that counts, it's the outcome.

Jihad menentang pembohongan PR akan diteruskan, dengan penghak upayaan atau tanpa penghak upayaan. Bezanya cuma sama ada ia menjadi lebih tersusun atau seperti yang Zahid sifatkan - TIDAK BERSISTEMATIK. Mudah-mudahan kelemahan ini dapat dikenal pasti dan diperbaiki. Saya tiada kepentingan lain melainkan mahu BN menang dalam perang siber menjelang dan semasa PRU13.TFDC

Bom Meletop Di Pavillion, Bukit Bintang



Satu letupan bom berlaku dikawasan Pavillion Bukit Bintang. Pihak polis dikerahkan untuk berkawal di kawasan tersebut and terpaksa menutup jalan ke Bukit Bintang.

Berlaku kesesakan Jalan raya di Pavillion, jalan Raja Chulan, pihak polis mengesyaki terdapat bom di kawasan terbabit.

Roboh Kedai Melayu,Regim DAP Berkebajikan

Untung menjadi melayu di Pulau Pinang,regim DAP begitu prihatin atas nasib para peniaga melayu.Maka tiada bayaran dikenakan untuk merobohkan kedai kedai mereka.Semuanya dijalankan secara percuma oleh pihak Majlis Perbandaran Regim DAP yang mentadbir cara Islamik yang begitu disanjungi oleh para alim ulamak khawarij PAS.

Melayu diberi keutamaan untuk dirobohkan kedai mahu pun kampung mereka kerana didapati tidak menepati kehendak dasar kerajaan negeri yang mirip kepada kerajaan Singapura.Kita semua sedia maklum regim DAP tidak rasis dan perkauman,kerajaan berkebajikan ini begitu prihatin terhadap peniaga peniaga melayu.Kita semua tahu peniaga melayu tidak akan mendapat layanan sebegini rupa dimana mana negeri diseluruh negara.

Pujian harus diberikan kepada Lim Guan Eng dan gerembolan rasis chauvanis ultrakiasu kerana melaksanakan negeri berkebajikan dan sama rata.Kesamarataan ini diterjemahkan dengan kebebasan peniaga cina di seluruh Pulau Pinang yang tidak dipedulikan oleh penguatkuasa majlis perbandaraan kerana tidak diambil tindakan langsung.
PULAU PINANG 19 Julai - Seorang pengusaha agensi pelancongan di Jalan Batu Feringghi di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila premis perniagaannya diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.

Tindakan itu diambil oleh MPPP atas alasan premis Mohamad Yusoff Ibrahim, 59, dibina secara haram di atas tanah pihak lain.

Kira-kira 20 anggota penguat kuasa MPPP terlibat dalam kerja-kerja merobohkan premis tersebut pada pukul 11 pagi. 

Mohamad Yusoff tiada di premisnya ketika operasi merobohkan gerainya dilakukan kerana dia terlantar sakit di rumah.

Seorang pegawai penguat kuasa MPPP yang mengetuai operasi berkenaan memberitahu, premis tersebut didirikan di atas tanah milik individu.

Beliau yang enggan dikenali berkata, notis telah diberikan kepada Mohamad Yusoff, dua minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, pihaknya kecewa dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah 'lepas tangan' dalam isu berkenaan.

Menurutnya, Mohamad Yusoff mendakwa Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman sebelum ini pernah memberi jaminan akan membantunya dalam isu tersebut.

"Apabila pemimpin kerajaan negeri memberitahu dia boleh beroperasi di sini, bermakna dia telah mendapat mandat untuk meneruskan perniagaan.

VIDEO PANAS:LAYANAN POLIS KEJAM TERHADAP PENYOKONG BERSIH.

Kredit kepada Double Y.

Ini adalah siri ke-2 bagaimana untuk membuktikan bahawa pihak PDRM memberi layanan yang baik kepada semua para demontrasi haram BerSHIT pada 9 Julai 2011 yang lalu.

Selain makanan buffet, pihak PDRM juga menyediakan khidmat bas secara percuma untuk menghantar mereka pulang. Malah pakar-pakar perubatan juga disediakan untuk memastikan para tahanan ini mendapat rawatan yang sewajarnya jika mereka mengalami kecederaan.

Saudara pembaca sekalian, kita sebagai masyarakat sepatutnya tidak menjadikan polis sebagai musuh. Mereka tidak sesekali akan menggunakan kekerasan jika para demontrasi ini memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu proses penahanan.

Walaupun ketika ditahan masih ada laungan "hidup bersih". Pihak polis tidak mengendahkan laungan tersebut. Pendek kata melalak sampai pagi pun tak mengapa.

Adakah polis negara lain mampu memberi layanan sebaik ini?

Para tahanan siap bergelak ketawa di tempat makan...

Fikir-fikirkan..

Arrora Salwa Bukan Seorang Janda


Siapalah dok suka reka cerita yang bukan-bukan nie berikut adalah apa yang saya baca dilaman blog Arrora Salwa menceritakan pengalaman serta  kisah hidupnya.MKP amat meminati lagunya bukan orangnya akan tetapi fitnah yang dilontarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab harus ditangkis.


Assalammualaikum...
Salam kenal dari saya Arrora Salwa Binti Md Razak.
* Arrora atau lebih dikenali dengan pangilan wawa atau ewa(di kalangan rakan-rakan) adalah seorang wanita yang periang, mudah berkawan, mesra,nakal, tetapi mempunyai pendirian yang tegas.

* Arrora seorang Anggota Polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Sebuah Balai Polis Daerah Di Selangor. Walaupun Arrora seorang Anggota polis, yang sememangnya waktu kerjanya tidak menentu, tetapi Arrora tetap akan membahagikan masa diantara kerjaya hakiki dan kerjaya yang menjadi minat dan darah daging sejak azali lagi.

* Bidang Nyanyian merupakan suatu yang Arrora minati sejak dari kecil lagi. Arrora sudah mula menyanyi sejak beliau di sekolah rendah. Bukan sekadar Menyanyi, Arrora juga kerap mengambil bahagian dalam Teater, Tilawah Al-Quran, Sukan, Badan berunifor (Kadet Polis) dan sebagainya.


Tuesday, July 19

Polis tunjuk video insiden demo haram Bersih minggu ini...


Polis meminta orang ramai jangan membuat andaian dan kesimpulan berhubung insiden demonstrasi  Bersih pada 9 Julai lalu terutama dakwaan kononnya polis bertindak kasar ketika menyuraikan perhimpunan haram itu.
Ini  ekoran penyiaran video  di laman You Tube, internet dan blog yang dilihat polis tidak tepat dengan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai tidak membuat andaian sendiri kerana proses siasatan masih berjalan.
Katanya, selepas insiden itu mencetuskan pelbagai dakwaan, polis menubuhkan enam jawatankuasa bagi melihat apa sebenarnya berlaku.
Jawatankuasa itu bertugas 24 jam bagi meneliti semua bukti, gambar, fakta yang diambil pada hari kejadian di beberapa lokasi terutama di dua hospital di Jalan Pudu.
“Jawatankuasa ini telah jalankan tugas sejak minggu lalu dan dijangka dapat kemukakan laporan secepat mungkin. Mereka mengambil keterangan pelbagai pihak termasuk polis yang bertugas dan orang awam,” kata Ismail dalam sidang media di Bukit Aman, petang  Selasa.
Menurut Ismail, gambar-gambar yang dimuatkan dalam internet serta You Tube turut dikaji.
Beliau turut meminta orang ramai yang memiliki gambar sama ada video, kamera dan dirakam melalui telefon bimbit menyerahkan kepada polis supaya dapat diteliti dan dinilai sebelum polis membuat kesimpulan.
Katanya, semua maklumat ini akan memberi gambaran dan bukti apa berlaku termasuk jumlah kehadiran peserta demostrasi.
“Bantulah pihak polis dapatkan gambaran sebenar berlaku, Polis tak mahu menyembunyikan apa yang berlaku dan rakyat ada hak ketahui apa berlaku,” katanya.
 Ismail kata, ini  selaras pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis menyiarkan cepat video-video ini.
“Saya terima pandangan itu dan rakyat mahu tahu apa berlaku. Saya akan tetapkan satu tarikh untuk tunjukkan rakaman-rakaman video ini kepada media,” katanya.
Ismail menjangkakan proses itu dalam minggu ini.

Perang Media Baru Pakatan Rakyat Semakin Tergugat



Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.

Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.

Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.

Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.

Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.

Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara.

Media baharu mula tidak lagi menjadi asing kepada pemerintah yang sebelum ini seolah-olah memusuhi wacana politik di internet.

Di bawah Najib, blog-blog Umno semakin bercambah, dengan pembawaan isu-isu semasa yang selaras dan sistematik antara satu sama lain, menjadi satu senjata berkesan pemerintah.

Blog-blog tersebut dilihat menyokong satu sama lain dalam banyak isu, dan saling membantu dan melengkapkan blog pro-Umno lain, walaupun wujud perbezaan pada masa dan isu tertentu.

Blog-blog yang menjadi penyerang utama terhadap Pakatan Rakyat itu kini muncul menjadi blog politik paling popular di negara ini, mengatasi blog pro-PR.

Sebahagian besar menerbitkan tulisan sendiri melebihi purata satu tulisan setiap hari, dengan beberapa blog menunjukkan hasil kajian yang meyakinkan dan kredibel.

Umno kini tidak lagi perlu menunggu laporan berita Buletin Utama atau akhbar-akhbar harian, tetapi banyak isu ditangani dengan segera oleh blog pro-Umno.

Isu gambar kematian peserta demonstrasi Bersih 2.0, cincin yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri dan banyak isu lain segera dijawab oleh blog Umno, yang sebahagian besarnya mengemukakan hujah yang bukan sembarangan.

Pemerintah bukan tidak terjejas oleh media baharu. Portal-portal berita propembangkang yang semakin banyak dan pelbagai kempen antipemerintah masih berjalan dengan meluas di dunia siber terutama laman sosial.

Terbaharu, Najib menerima tekanan apabila muncul kumpulan Facebook menerima sokongan ramai menuntut beliau meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, dengan keupayaan yang besar, media baharu ialah satu wilayah bebas yang pihak pemerintah masih mampu memanfaatkan, dalam beberapa aspek, dengan lebih berkesan berbanding pembangkang.

Dalam kalangan pemblog pro-PAS, usaha-usaha menyusun gerak kerja, penyelarasan dengan parti dan sebagainya masih belum menampakkan hasil, walaupun beberapa pertemuan termasuk dengan pemimpin telah diadakan.

Banyak laman dan blog propembangkang lebih berperanan sebagai aggregatoratau pengumpul berita berbanding menerbitkan tulisan sendiri.

Beberapa blog pembangkang pula lebih banyak berperanan dalam politik dalaman parti-parti tertentu, dengan sejumlah besar tulisan bertujuan menyampaikan kritikan atau kecaman kepada pihak yang tidak disenangi dalam parti sendiri.

Dari sudut bahasa dan etika banyak blog terbabit, banyak daripada blog terbabit menggunakan bahasa kesat dan mengulas atau mengkritik tanpa maklmat yang tepat, termasuk dalam isu-isu peribadi.

Banyak isu yang dibawa blog pro-PR berbentuk serangan psikologi dan permaina media semata-mata, tanpa menyampaikan sebarang penjelasan atau ulasan yang bertanggungjawab dan berdasarkan pengetahuan yang tepat.

Perkembangan ini mencetuskan satu kebimbangan berhubung peranan media baharu propembangkang dalam menyampaikan maklumat dan menyokong politik PR.

Dalam persaingan dalam media baharu hari ini, dapat diperhatikan pemerintah telah jauh berubah daripada kebekuan yang mereka alami satu masa dulu, pada masa sama pembangkang tersekat dalam satu kemelut yang sukar.

Pilihan Raya umum ke-13 nanti bakal memberi petunjuk, siapa yang paling dapat memanfaatkan media baharu; BN atau PR.

Blogger ahli PKR kantoi fitnah Rais Yatim...kena RM400,000



Kalau takut dipukul badai..usah berumah ditepi pantai – itulah cogankata blogger Amizudin Ahmat @ sharpshooterblogger.blogspot.com. 

Selasa, badai betul-betul melanda blogger ahli PKR ini bila diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar gantirugi RM300,000 dan kos mahkamah RM100,000 kerana fitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengambarkan beliau salah rogol pembantu rumahnya. 

Ini gara-gara tulisannya dibawah tajuk Hei Pak Menteri...mana mau lari...yang disiarkan pada 28 Disember lalu. 

Artikel diblognya itu telah disiarkan semula di laman web milik PAS Harakah Daily. 
. 
Pada 31 Januari lalu Rais fail saman fitnah terhadap Amizudin mendakwa artikel berkenaan berniat jahat memfitnahnya kerana membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia. 

Menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu. 

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof. 

Isu dakwaan hangat dimainkan oleh beberapa blog di negara ini dan juga dilaporkan oleh media Indonesia tidak lama dulu. 

Bagaimanapun pembantu berkenaan sendiri yang pernah bekerja selama lapan tahun dengan di rumah Rais telah mengeluar kenyataan menafikan semua dakwaan itu

Apabila DAP bersuara, merunduklah mereka



SUATU waktu terutama di pentas ceramah, Pas sentiasa mahu menampilkan imejnya sebagai sebuah parti yang berbeza. Pemimpin mereka pun selalu mahu dilihat lebih Islamik berbanding orang lain. 

Perbezaan itu sehingga membenarkan perlakuan ekstrem dalam kalangan ahli-ahlinya, memang jelas pada imej Pas. Lawan mereka walaupun beragama Islam dilabel kafir. Orang Islam yang mengundi calon wakil rakyat bukan Islam dicemuh. 

Hadis, malah ayat al-Quran dipetik dan diulas sesuka hati bagi memberi makna terhadap hujah mereka. Lidah mereka tidak pernah berhenti menyebut penubuhan negara Islam dan undang-undang hudud. 

Tapi itu dulu, sekarang sudah terbalik. Sejak berkawan rapat dengan DAP dan parti itu sendiri dikuasai oleh golongan Anwarinas, dasar dan pendekatan sederhana yang diguna pakai oleh UMNO dan BN ‘diculik’ oleh Pas. 

Pendekatan sederhana dan musyawarah setiap kali timbul masalah terutama berkaitan kepentingan kaum dan agama lain ala UMNO dan BN, telah diciplak oleh Pas. Pendekatan musyawarah dan sederhana BN yang mereka kecam dulu, kini menjadi dambaan. 

Sekarang tiada lagi negara Islam tetapi diganti dasar negara kebajikan. Tidak berani lagi menyebut hudud akan dilaksanakan atas alasan belum waktunya. 

Apa yang dilakukan suatu waktu dulu begitu berbeza dengan amalan sekarang. Maka itu, sukar untuk menolak jika ada yang menyatakan Pas kini sedang mempromosikan imej sebagai sebuah parti yang sentiasa mengalah demi politik kekuasaan. Mereka gunakan pendekatan musyawarah dan kesederhanaan BN tetapi sayang tidak mampu untuk mengawalnya. 

Kerana undi, mereka tunduk kepada tuntutan dan ancaman sekutunya sendiri. Akibat ‘langkah mayat saya dulu’, dasar negara Islam diubah. Kerana mengutamakan kepentingan puak ini, rampasan minuman keras pernah dipulangkan. 

Dan kerana gertakan DAP, ngauman Kerajaan Pas Kedah untuk menguatkuasakan larangan operasi hiburan pada bulan Ramadan ini berubah nada. Sedangkan mereka yang bersungguh-sungguh mahu menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 itu. 

Benar, enakmen itu diluluskan pada zaman kerajaan BN tetapi tentu sekali penguatkuasaannya perlu dilaksanakan secara bijaksana. Yang lucunya strategi sama terus digunakan iaitu menyalahkan UMNO apabila enakmen itu gagal dilaksanakan. 

Begitulah karakter mereka yang mahu kelihatan suci dan tidak pernah bersedia mengakui kesilapan. Sedangkan semua keputusan di bawah ‘kebijaksanaan’ mereka. Akuilah Pas silap. Akuilah DAP itu benar. 

Memang banyak pihak membantah larangan itu termasuk MCA dan peniaga pusat hiburan tetapi tidaklah sekeras DAP yang turut mengancam untuk mengheret larangan itu ke mahkamah. 

Agak lucu cara Pas yang mahu memulihkan imej akibat kontroversi isu ini. Tetapi hakikatnya sukar untuk bermuka-muka bak kata pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ 

Betapa tidak, hanya selang beberapa jam pemimpin Pas Kedah menyatakan pendirian tegas tidak akan berundur tetapi keputusan sebaliknya pula yang diumumkan. Di mana hendak diletakkan muka. 

“Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas,” begitulah kenyataan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md. Nor. 

Malah dalam kenyataannya itu, beliau yang memetik pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai berasa yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu itu. 

Tetapi selepas berhadapan dengan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, nada Muhammad Sanusi yang mewakili Menteri Besar berubah. Katanya, keputusan melonggarkan syarat itu juga demi menjaga hak orang bukan Islam yang mahu berhibur serta kebajikan pengusaha pusat hiburan. 

Kalau benar bagai dikata bahawa keputusan mengubah larangan itu yang diuar-uarkan sebagai langkah bijaksana, jadi tidaklah bijak keputusan awal yang bukan orang lain buat tapi mereka sendiri. 

Berdasarkan beberapa rentetan peristiwa, sukar untuk meyakinkan orang ramai bahawa Pas tidak tunduk kepada tekanan DAP walaupun dinafikan oleh pemimpin kanan parti itu. Saban waktu kita dapat lihat, apabila DAP bersuara terutama yang menyentuh kepentingan menjaga kekuasaan dan undi, pemimpin Pas seperti merunduk layu. 

Mungkin ada benarnya bahawa Pas sebuah parti yang berbeza. Sedang parti politik lain sentiasa mempertahankan prinsip perjuangannya, Pas kebelakangan ini cuma menunjukkan ia tidak konsisten.

Monday, July 18

DAP&Guan Eng Dah Mulakan Kempen PRU 13 Dengan Wang.



Cadangan kerajaan negeri pimpinan DAP memberikan wang tunai RM100 menerusi Program Anak Emas Pulau Pinang disifatkan sebagai tindakan memancing undi untuk pilihan raya umum ke-13. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata BN mengutuk cadangan kerajaan negeri DAP itu kerana ia jelas bermotifkan politik. 

“Cadangan itu jelas bermotifkan politik dengan memberi wang kepada pengundi yang mempunyai kelahiran baru bayi dalam keluarga. 

“Ini bukan cara yang baik untuk mentadbir sebuah kerajaan dan sangat jelas pemberian itu bermotifkan politik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra bersama barisan kepimpinan BN negeri di Pasar Air Itam di sini, hari ini. 



Semalam Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mengumumkan kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk pemberian wang tunai RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini dengan syarat salah seorang ibu bapa bayi berkenaan adalah pengundi dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Program pemberian wang itu dijangka melibatkan perbelanjaan sehingga RM10 juta setiap tahun. 

Zainal Abidin berkata tindakan kerajaan negeri DAP itu boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka yang mendapat cahaya mata baru tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi di negeri ini. 

Katanya sebarang bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan seharusnya melibatkan semua ibu bapa yang mempunyai kelahiran bayi baru dan bukannya kepada ibu bapa yang berdaftar sebagai pengundi sahaja.

Video: Shahrizat Jalil Melawat Jenazah Dr Lo' Lo'

MAT SABU MESTI GILA BILA TENGOK NIE??////


Puak PAS pasti akan meroyan bila tengok kartun nie,Nak tergelak pun ada yang best tue kita sesama melayu islam dok bertelagah sesama sendiri yang cina pendatang nie dok kaji macam mana boleh kelentong puak-puak bangang yang senang dicucuk hidung.PAS mengiyakan saja apa yang dilakukan oleh DAP lahanat nie.eloklah tue sama-sama masuk neraka.Nak jadi kebajikan sangat bagi semua yang ada janji menang pilihanraya.silap-silap jadi macam kat Pulau Pinang Janji nak bagi jawatan sebelum menang tp bila dah menang habuk pun tak ada?.......... 

Hadi Cuba ‘Tegak Benang Basah’


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.
Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.
Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.
“Bukan…Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.
“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.
Menurut Abdul Hadi, perubahan terpaksa dibuat terhadap syarat lapan, Jadual B, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sebelum ini mewajibkan semua pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada Ramadan dan pada malam Jumaat, selepas mengambil kira semua pandangan.
“Perubahan yang kita buat ialah, pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta. Perubahan ini selepas kita mengambil pandangan semua pihak, terutamanya parti komponen dalam pakatan,” katanya.

Anifah Aman Berdepan Dengan Pendemo Kat UK.

MKP tabik spring kat Anifah Aman pemimpin yang berani berdepan dengan pendemo jalanan dan memberi penjelasan yang terbaik.Inilah sikap pemimpin yang harus dipuji dan diberi kredit atas usaha beliau menjelaskan apa yang berlaku dimalaysia.Tergagap pasal puak nie tak tahu apa yang berlaku dimalaysia haaaaaa kan dah kantoi.

Usaha pihak tertentu semai elemen subversif di Malaysia mesti dihalang



Komunisme hari ini cuba direformasikan semula mengikut perubahan zaman. Ia disebut sebagai neokomunisme. ‘Neo’ bermaksud gaya baru atau bentuk baru. Jadi, neo-komunisme itu adalah bentuk baru dari komunisme asal yang dituliskan oleh Karl Marx (1818-1883) dan Frederich Engels (1820-1895). 

Satu perbahasan menarik mengenai neokomunisme ialah wujudnya konsep ‘demokrasi komunis’. Namun, konsep demokrasi komunis lebih menekankan pada elemen substantif. ‘Demokrasi’ menurut komunis bermaksud mewujudkan ‘kepentingan terbaik’ bagi masyarakat. Bagi komunis ‘kepentingan terbaik’ itu adalah komunisme yang dapat mengakhiri penguasaan kapitalisme (William Ebestein, 1998). 

Bagi komunis, mereka yang mengetahui ‘kepentingan terbaik’ untuk rakyat ialah minoriti kecil yang berkuasa dalam parti komunis. Justeru, dalam sistem komunis tidak wujud parti pembangkang kerana komunis adalah parti tunggal yang dianggap paling benar. 

Di Indonesia gerakan neokomunisme dapat dikesan ketika Pilihan Raya Umum (Pemilu) 1999 dan 2004. Mereka cuba mengambil bahagian dalam sistem pilihan raya tetapi cubaannya itu tidak berhasil kerana masyarakat Indonesia tidak dapat menerima fahaman berjalur komunisme walaupun mereka cuba bertopengkan demokrasi. 

Perlu diingat ketika era perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu, pejuang komunis di Indonesia turut memasuki Tanah Melayu secara sulit dan membantu rakan komrad mereka di Tanah Melayu. Mereka digunakan untuk menarik sokongan orang Melayu. Justeru, tidak mustahil sejarah akan berulang kembali, apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan ini. 
Di Eropah, parti berfahaman komunis mendapat sokongan tidak kurang 10 peratus. Oleh itu, tidak mustahil ejen neokomunisme antarabangsa berusaha gigih untuk menyuntik fahaman ini secara halus, terutama di negara di mana fahaman komunis pernah cuba diperjuangkan termasuk di tanah air kita sendiri. Buktinya, dalam kekalutan golongan tertentu untuk menganjurkan himpunan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), pihak keselamatan dapat menghidu penyusupan aktivis komunis luar yang turut memberikan sokongan kepada perhimpunan itu. 

Penahanan ke atas mereka yang disyaki berfahaman komunis dari luar negara dan juga penahanan aktivis sosialis dalam negara membuktikan masih ada usaha pihak tertentu untuk menyemai elemen subversif di negara ini. Justeru, kebimbangan terhadap kembalinya fahaman komunis di tanah air ada asasnya. Ia bukan satu tuduhan melulu kerajaan. 

Pendekatan mereka amat licik sehingga mereka yang terpengaruh dengannya tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya terperangkap dalam jerat anasir subversif itu. Pejuang neokomunisme gemar mewacanakan isu yang kononnya akan mereka perjuangkan untuk masyarakat marhaen yang kononnya diabaikan oleh kerajaan. Di antara dakyah gerak sarafnya ialah cuba menggambarkan bahawa kerajaan mengutamakan kapitalis walaupun pada realitinya kerajaan membawa program pembangunan yang meluas untuk rakyat dan negara. 

Di Indonesia, ia disebarkan secara halus melalui forum dan diskusi tertutup serta program bedah buku dan penayangan filem berunsur perjuangan komunis. Hari ini penyebaran ideologi neokomunisme menjadi lebih mudah melalui jaringan media sosial. Di negara kita sendiri terdapat pelbagai media sosial yang memuatkan kritikan yang berunsur antifederalisme, antiraja berpelembagaan dan menghina Agong dan raja-raja. Mereka juga suka memperkecil-kecilkan pejuang tanah air yang banyak berkorban menentang kezaliman komunis. 

Langkah pertama dalam pendekatan neokomunisme ialah mereka juga akan turut sama memperjuangkan hak kebebasan walaupun komunis sebenarnya antihak kebebasan. Tujuan sebenarnya adalah mereka mahu mengambil kesempatan untuk menyuntik fahaman komunisme secara halus sehinggalah akhirnya rakyat secara tidak sedar akan menyokong perjuangan mereka. 

Satu lagi fahaman yang berkembar dengan komunisme ialah sosialisme. Bagi komunis masyarakat sosialis adalah tahap awal ke arah mewujudkan sebuah negara komunis. Justeru, dalam bukunya Manifesto Komunis, Karl Marx mengarahkan supaya semua komunis di seluruh dunia mengasaskan fahaman sosialisme kerana mewujudkan masyarakat sosialis adalah laluan penting ke arah mencipta masyarakat dan negara komunis. 

Hari ini kita dapati suara sosialisme turut berkumandang di celah-celah suara yang memperjuangkan hak kebebasan. Peliknya, sejak PAS menyuarakan konsep ‘negara kebajikan’, kita dapati beberapa tulisan oleh mereka yang berfikiran sosialis memuji dan menyokong usaha PAS itu sedangkan golongan sosialis berpandangan sistem ekonomi tidak ada kaitannya dengan agama. Pelbagai persoalan timbul di sini. 

Apakah mereka berpendapat bahawa PAS sudah meninggalkan kerangka agama dalam perjuangannya sehingga bersedia untuk menyokong idea ‘negara kebajikan’ PAS itu? Dulu ketika PAS memperjuangkan negara Islam mereka menentang habis-habisan. Mungkinkah mereka berpendapat apa yang diusulkan PAS itu selari dengan perjuangan sosialis? Tulisan mereka itu dimuatkan di beberapa akhbar tabloid dan media sosial yang pro pembangkang. 

Melihat kepada situasi sekarang, gerakan neokomunisme seolah-olah berjaya mencampurbaurkan pelbagai kelompok ideologi politik di bawah BERSIH 2.0 dengan berselindung di sebalik tuntutan pilihan raya bersih dan adil. Saya bukanlah anti kepada perhimpunan aman tetapi pada hemat saya, melalui perhimpunan seperti itulah mereka akan mengambil kesempatan menyemai fahaman radikal dan revolusioner. 

Melalui cara ini juga mereka akan berusaha menyemai bibit pertentangan antara kerajaan dan rakyat. Ini bermakna teori pertentangan kelas cuba diaplikasikan oleh neokomunisme dalam masyarakat kita. Apabila sampai ke satu tahap di mana rakyat dan kerajaan sentiasa bertentangan atau berkonflik maka mudahlah bagi mereka memperoleh kekuatan dari akar umbi (rakyat) untuk menyokong tindakan radikal mereka bagi menggulingkan kerajaan. 



Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'un.. Umum mengetahui bahawa Dr. Lo'lo Haji Ghazali telah disahkan keluarganya.. Beliau telah kembali ke rahmatullah. Apa yang hendak dikata? Allah Maha Berkuasa. Ayat biasa yang digunakan, setiap yang hidup pasti akan mati. Bila meninggal dunia, semuanya baik tentang si mati. Tapi inilah lumrah kehidupan masa. Tanpa mengira pangkat, darjat, waimah ideologi politik, di depan Allah semuanya sama. Manusia yang diberikan anugerah sementara oleh Allah untuk merasakan alam kehidupan di muka bumi ini akhirnya kembali menemuiNya. Dr. Lo'lo meninggal dunia setelah bertarung nyawa akibat Kanser Paru2 yang beliau hadapi. Sama2 berdoa agar Allah mengampuni segala dosa2 beliau dan dimasukkan ke dalam Syurga. Salam Takziah buat keluarga Arwah.

Sunday, July 17

TPM Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin di Pasar Chow Kit ~ Syabas Tan Sri!



MKP rasa belum ada lagi mana mana pembesar negara sanggup turun sendiri meninjau keadaan sebenar di Pasar Basah Chow Kit di kawasan lama kota raya Kuala Lumpur ini?


video menunjukkan keadaan sebenar pasar chow kit


Hanya mereka yang cekal hati sahaja mampu mengharungi keadaan becak dan bau busuk hanyir dipersekitaran pasar Chow Kit yang berusia lebih dari 40 tahun itu! Kesanggupan Muhyiddin Hj Yassin selaku orang kedua paling berkuasa didalam Kerajaan Malaysia menjenguk sendiri keadaan di pasar lama ini harus lah kita hargai. 


Selalunya orang orang besar tak akan jejak kaki ke pasar seperti Chow Kit! Mereka akan harap orang gaji mereka sahaja membeli belah di pasar pasar dan hanya tahu makan minum masakan yang telah siap di masak dan disediakan.

MKP berpendapat Tan Sri Muhyiddin ada ciri ciri seorang pemimpin negara yang tak sombong dan tidak memandang hina akan suasana kehidupan warga kota yang berpendapatan rendah. Mudah2an cara TPM ini akan dicontohi semua pegawai pegawai kerajaan yang lain.

Ikutilah cara Khalifah Sayyidina Umar Al Khattab! Mesra dengan semua dan senantiasa berdampingan dengan warga kota Madinah al Munawwarah semasa zaman pentadbiran beliau.

Selamat bertugas Tan Sri! Syabas sekali lagi di atas keprihatinan tuan!

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive