Friday, August 5

Khalid Dah Gagap Dengan PAS.


Isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam  ketika berlangsung majlis yang dikatakan makan malam muhibbah yang turut dihadiri oleh 12 orang Islam semakin jelas.
Di satu pihak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim  dari PKR menyuarakan rasa kesal atas kejadian itu sebaliknya Exco Agama Datuk Dr Hasan Ali dari PAS  mempertahankan tindakan JAIS.
Mereka yang mengikuti isu ini dari awal mendapati ada usaha untuk mencetuskan kemarahan kepada Barisan Nasional di mana ada portal pembangkang mendakwa ia mungkin dijalankan atas arahan Putrajaya.
Gelagat ini sudah menjadi kebiasaaan kebelakangan ini apabila ada ada sesuatu yang dirasai boleh mencetuskan rasa marah orang Kristian.
Serbuan oleh pihak JAIS dan polis itu dibuat pada jam 10 malam.
Penganjur berang kerana mendakwa majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bernada  macam orang nak minta maaf saja berkata menerusi satu kenyataan  beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
Katanya beliau telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
Menteri besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.
Dr Hasan pula dalam kenyataannya menegaskan, pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS mendapat bukti adanya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.
Beliau memberitahu ada 12 orang Islam menghadiri majlis berkenaan.
Mereka tidak ditahan tetapi  akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang memperuntukkan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
"Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
"Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan JAIS untuk siasatan lanjut," jelasnya.
Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
Menurut beliau penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.
Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Azie si beret hijau



HATI kecilnya hiba melihat keamanan negara yang kian tergugat akibat ideologi dan fahaman fanatik segelintir manusia yang suka melakukan kacau bilau di negara yang selama ini aman dan harmoni dengan semangat perpaduan. Tambah lagi, mereka yang diangkat sebagai wira kononnya memperjuangkan hak rakyat adalah bangsa Melayu yang beragama Islam tetapi mengetepikan adab sopan dan kesusilaan.
Jiwa mana yang tidak celaru memikirkan apa yang bakal menimpa bangsa dan negara pada masa akan datang terutama generasi anak cucu kita apabila generasi baru sudah didedahkan dengan elemen keganasan, kekerasan dan perhimpunan haram. kononnya demokrasi mengikut fahaman sendiri.


Lebih parah apabila orang Melayu terpedaya dan sanggup diperalatkan melakukan demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram, baru-baru ini, kemudian sengaja menyalahkan pihak berkuasa demi menegakkan benang yang basah. Lebih menakutkan, apabila anasir luar cuba turut campur tangan hingga mula tercetusnya kembali ideologi berunsur komunisme.

Sia-sia pengorbanan pahlawan Melayu dan anggota pasukan keselamatan sejak dulu bergadai nyawa untuk membolehkan rakyat Malaysia menghirup udara aman dan menikmati kesejahteraan di bumi watan tercinta sehingga hari ini. Walaupun negara mencapai kemerdekaan dengan cara aman, tanpa menumpahkan setitik darah, anggota keselamatan negara sudah berjuang dan banyak menumpahkan darah sejak zaman penjajahan kolonial British lagi.

Malah, Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sejak 1960-an seharusnya dikenang rakyat Malaysia bagi menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban. Hari Pahlawan juga dikenali sebagai `Poppy Day' menjadi tradisi untuk memperingati dan menghargai wira negara yang gugur demi kesejahteraan generasi sekarang. 



“Saya percaya penuntut institusi pengajian tinggi turut diperalatkan apabila melihat ramai wajah anak muda yang memegang sepanduk dan melaungkan perkataan yang tidak sepatutnya. Apa yang mereka cari sebenarnya? Berjuang? Seharusnya mereka tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat macam itu, apatah lagi mengancam keamanan negara dan orang luar akan mudah campur tangan seperti mana kita lihat negara lain. Cubalah menjadi manusia yang tahu erti syukur, lihatlah negara lain yang asyik berperang dan selalu buat tunjuk perasaan, kesudahannya walaupun pemimpin kerajaan ditukar ganti tetapi keamanan sudah hilang.

“Seperti perhimpunan haram BERSIH tempoh hari, ramai yang takut nak keluar rumah, kesesakan lalu lintas jadi teruk, selain perhimpunan haram berkenaan menyebabkan peniaga kerugian berjuta-juta ringgit. Ini bukan hanya kerugian untuk seseorang individu, malah pada negara. Nama negara juga tercemar. Ada yang ditangkap dan disumbatkan dalam penjara. Siapa rugi, siapa yang mendapat susah? Saya dengar ada juga kanak-kanak yang turut ditahan. Kasihan anak-anak kecil yang tidak berdosa diperalatkan oleh ibu bapa yang tak bertanggungjawab.

“Segala-galanya sudah terjawab, perhimpunan yang kononnya menyuarakan kepincangan dalam proses pilihan raya sekadar alasan nak merusuh dan melakukan kekacauan. Mereka yang terbabit tidak memperoleh apa-apa, sebaliknya hanya menjadi alat kepada parti pembangkang. Malulah. Siapa yang mendapat susah kalau bukan orang Melayu!”

Thursday, August 4

PAS Memang Juara Fitnah



Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan tidak benar dan membuktikan Pas sudah ketandusan isu, kata Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dibuatnya pada satu sidang akhbar di sini hari ini menunjukkan parti itu sengaja mengadakan isu itu bagi mewujudkan suasana berpecah-belah dalam kalangan anggota UMNO yang kini mantap menyokong Najib.

“Bagaimana seorang presiden parti (Najib) boleh menjadi liabiliti kepada parti yang semakin bagus prestasinya?” kata Badruddin kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Mustafa kononnya UMNO menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman UMNO dan wujudnya gerakan serius dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti. 


Ambiga gagal cabar notis halang beliau masuk ke Sarawak



Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini gagal mencabar notis larangan yang menghalang beliau daripada memasuki Sarawak ketika pilihan raya negeri lalu. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, dalam kamarnya menolak permohonan Ambiga bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman itu.

Pada 23 Mei lalu, Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan ketua pengarah jabatan imigresen Malaysia, pengarah imigresen Sarawak dan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai responden.


Peguam Tommy Thomas dan James Khong mewakili Ambiga, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. 

Azizah memberitahu media bahawa hakim enggan memberi kebenaran kepada permohonan Ambiga dengan alasan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia tidak ada kena mengena dengan notis tersebut yang dikeluarkan Pengarah Imigresen Sarawak yang bertindak atas arahan setiausaha kerajaan negeri. 

Azizah berkata, hakim menetapkan bahawa Ketua Menteri bukanlah pihak yang harus dinamakan dalam permohonan itu dan tindakan seharusnya difail di Sarawak memandangkan Pengarah Imigresen Sarawak menetap di Sarawak. 

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Ambiga memohon untuk membatalkan notis larangan memasuki Sarawak bertarikh 15 April yang dikeluarkan oleh pengarah Imigresen Sarawak. 
Ambiga juga memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan para responden membenarkannya memasuki Sarawak, di samping memohon ganti rugi dan kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 

Ambiga dilarang memasuki negeri itu sepanjang tempoh kempen selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak lalu, sebaik saja beliau tiba di Lapangan Terbang Kuching dari Kuala Lumpur pada 15 April.

Pembangkang Tunjuk Kahaq.


Sejak dua menjak ini riak sungguh di kalangan pemimpin pembangkang nak tunjuk ‘kahaq’ macam kata orang Utara. Lambat siang ada saja isu kecil atau besar terus paksa kerajaan bagi jawapan segera atau “kami akan ambil langkah seterusnya”.

Hebat..hebat.
 
Bagi kita yang tahu politik, “langkah seterusnya” itu dalam konteks pembangkang di Malaysia tak ubahlah macam aksi perhimpunan haram 9 Julai untuk tunjuk kuat.
Kisah terbaru gelagat ini berkaitan kes Mismah, yang pembangkang riuh tak tentu hala kata seorang penduduk tetap yang diberi taraf warganegara selepas empat jam daftar.
 
Isu ini, ‘digoreng’ macam nak rak oleh blog dan portal berita pro pembangkang untuk dedah kononnya kerajaan BN terdesak sangat untuk kekal berkuasa sampai guna  guna warga asing bagi jadi penduduk tetap dan kemudian warganegara untuk tipu senarai pengundi.
 
Sampai ada yang dakwa modus operandi Jabatan Pendaftaran Negara boleh dikesan dengan kod 71 di tengah 14 nombor kad pengenalan.
 
Mana dapat tidak pasti, tapi ditayangkan dengan penuh yakin di blog masing-masing kononnya inilah penipuan kerajaan BN.
Maka pagi Rabu berbarislah Ahli Parlimen pakatan pembangkang dengan diketuai oleh Salahuddin Ayub bagi sidang akhbar dengan nada nak berperang...siap dengan bagi warning minta segara diadakan sidang tergempar parlimen bincang hal itu.
Masa tujuh hari diberikan.
 
Tapi yang peliknya, apabila blog pro BN dedah tiga pemimpin pembangkang, iaitu Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin juga ada angka 71 pada kad pengenalan masing-masing, semua blog pembangkang diam buat bodoh saja, yang lawaknya, pada yang ikut cerita Mismah ini, ada portal berita yang ‘edit’ balik kesilapan yang telah ditulisnya tanpa ralat. Buat kering saja.
 
Balik kepada kes Mismah, usaha mereka nyata kantoi.
Ini apabila Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said keluarkan satu kenyataan rasmi menjelaskan Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.
 
Beliau berkata kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang daripada 12 tahun.
 
Jariah berkata sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.
 
Ada tiga perkara pokok pertama, dakwaan pembangkang bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. 
 
Kedua, rekod menunjukkan bahawa Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. 
 
Dan ketiga Mismah telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia.
 
Bagaimanapun, macam biasa, walau berbuih mulut pegawai-pegawai kerajaan terangkan, puak pembangkang tidak akan percaya.
 
Ada saja, alasan untuk perlekehkan, jawapan-jawapan pegawai kerajaan tersebut.
Macam soal cadangan SPR nak guna sistem biometrik.Semua tak betul...semua tak kena.
 
Sudah ada banyak kes, pembangkang tidak akan terima penjelasan yang dirasakan rugikan mereka.
 
Ambil satu contoh, kes video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila polis kata video seks tersebut disahkan 99.8 peratus tulen oleh dua pakar dari universiti terkemuka bahagian teknologi di Amerika Syarikat.
 
Ada pembangkang melompat sampai ke langit soal Anwar mengenai video seks itu? Tak ada sama sekali, bahkan mereka kata, “Polis jadi alat BN untuk burukkan pembangkang,”
Ada ke Datuk Nik Aziz Nik Mat peduli. Belum apa-apa ulamak besar PAS terus defend dan kata tak betul tu.
 
Lagi lawak apabila, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu terima langsung bukti video tersebut yang katanya ‘besi tak boleh jadi saksi,”.
 
Senang cerita, pembangkang ini jenis pilih apa yang mereka hendak percaya, apa sahaja yang untungkan agenda mereka itu akan diuar-uarkan.
 
Tapi apabila kena atas batang hidung sendiri, samada buat kering, atau cepat-cepat buat ‘pembunuhan karakter’ macam yang jadi pada geng Datuk Trio.
 
Sekarang ini, sejak rasa macam berjaya menerusi macam-macam lakonan tunjuk keburukan kerajaan dengan demo haram Bersih 2.0, maka pantang buat ada isu sikit, pembangkang nak berdemo, nak ugut.
Ramai yang tahu mereka kini sedang galak korek segala macam ‘ lubang’  yang ada untuk cari alasan nak buat Bersih 3.0 
Kata orang kalau nak kahaq sekalipun...contohnya buat jugalah demo tuntut kebenaran pasal video seks.Barulah boleh kasi tabik spring.
Sana Bersih sini mau Bersih...tapi semuanya kecut macam kucing senak apabila ternampak iras watak yang cukup geli geleman tengah lanyak GRO China.
Kebenaran boleh main pilih-pilih ke ? Itu Abang Mat Sabu kena minta pendapat Datuk Ambiga.

MalaysiaKINI Dan Penyokong Meroyan Pasal Kenyataan INI.


kenyataan dibawah telah mengkantoi malaysiakini dan blogger Pro pembangkang tentang isu mismah,MKP dok tunggu apa reaksi depa tentang kenyataan ini adakah depa nie akan spin lagi isu ini dan berdiam seribu bahasa,amboi semalam depa pakat dok spin syok bukan main hari nie depa pakat kona serang balik penipukini.

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA


Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:

  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16:  Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19:  Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.


Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011

Wednesday, August 3

Blogger Pakatan Haram Kantoi.Azmin Ali??????????



Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.


Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.


Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).





Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
1. 530824715008
2. 671219715084
3. 380424715016
4. 650503715054
5. 501124715020
6. 561210715515
7. 600602715505
8. 690510715008
9. 430106715072
10. 470111715030
.
.
169. 610203715099
Buktinya, print screen semakan dilaman Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dibawah:




Kedua-dua blogger pembangkang cuba bermain silap mata dengan menuduh bahawa semua yang mempunyai kod negeri kelahiran 71 sebagai penduduk tetap yang baru mendapatkan MyKad. Sebenarnya orang yang mempunyai kod kelahiran 71 bermaksud pemilik MyKad tersebut lahir di luar negara.

Jika BN menggunakan kod negeri 71 sebagai pengundi hantu, bagaimana dengan  3 ekor hantu ini?







Dah sah-sah Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap (PR). Pembangkang lagi teruk, bukan pakai penduduk tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin!

Satu lagi perkara yang mengantoikan blogger pembangkang adalah mereka menyenaraikan pengundi yang didakwa sebagai orang baru dapat MyKad tetapi mempunyai No Kad Pengenalan Lama. Pelik bin Ajaib!






Lebih bertambah pelik adalah dua mangkuk ayun (poji dan tulang besi) menyenaraikan nama HASIBUAN! Kalau sesiapa yang tak tau, Hasibuan adalah nama keluarga bagi orang Mendailing yang terkenal selain daripada NASUTION dan SIREGAR! Satu kapal dengan Saifuddin la ni. Dan orang Kajang memang tau orang Mendailing ni antara penduduk terawal di Kajang. Jadi takdelah isu orang Mendailing baru dapat PR sebab si mendailing bernama Saifuddin tu tak pulak korang panggil dia penduduk tetap walaupun ICnya 71.

Kesian dua orang blogger mangkok ni. Sebab keceluparan mereka, MyMassa terpaksa mendedahkan 3 orang penduduk tetap (ic 71) yang bercita-cita nak perintah Malaysia. Masing-masing ada jawatan tinggi dalam PKR, Timbalan Presiden, Ketua Wanita dan Setiausaha Agung.


Sumber:mymassa

Identiti Mismah didedahkan!!


Mismah telah memegang status Permaustatin Tetap (PR) pada 17 Julai 1982. Manakala isu yang paling mustahak di sini adalah Mismah telah mendapat taraf kewarganegaraan pada 31 Januari 2011

Maknanya Mismah sudah 29 tahun menetap di Malaysia dan telah mendapat status sebagai warganegara lebih kurang 7 bulan lepas.

Menurut undang-undang antara syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang memohon taraf kewarganegaraan adalah :

  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
  • Pemohon berkelakuan baik.
  • Pemohon mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu yang memadai.
  • Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.

Malaysiakini sudah mula 'spin' kata SPR tukar status Mismah dalam laporan hari ini.

Tapi saya kata Malaysiakini yang tukar laporan bukan SPR. Hahaha...

Apa bukti yang saya ada untuk menyokong kenyataan saya bahawa Mismah telah menetap selama 29 tahun di Malaysia?

baca artikel penuh di

Anwar burukkan lagi Malaysia di Indonesia ...

INI perangai  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'membusukkan' nama negara sendiri bagi mengangkat darjatnya dan untuk mendapat publisiti di dada-dada akhbar Indonesia sepanjang berada di sana baru-baru ini.
Dan untuk rekod ia bukan kali pertama, jika sebelum ini Anwar menghina batik Malaysia, kini, menyanyikan lagu lama mengenai layanan kepada pekerja Indonesia di negara ini.
Dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Sabtu, lalu, Anwar berkata, orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.
Bertepuk soraklah, media Indonesia mendapat kenyataan tersebut dari bos pakatan pembangkang Malaysia itu.
Anwar memang bijak bab tekan suis main sentimen. Di Indonesia, akhbar-akhbarnya laris luar biasa jika tajuk berita utama mengenai 'ganyang Malaysia'.

alt
Maka hampir semua akhbar-akhbar utama negara itu menjadikan dakwaan tersebut sebagai tajuk berita utama.


INI perangai  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'membusukkan' nama negara sendiri bagi mengangkat darjatnya dan untuk mendapat publisiti di dada-dada akhbar Indonesia sepanjang berada di sana baru-baru ini.
Dan untuk rekod ia bukan kali pertama, jika sebelum ini Anwar menghina batik Malaysia, kini, menyanyikan lagu lama mengenai layanan kepada pekerja Indonesia di negara ini.
Dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Sabtu, lalu, Anwar berkata, orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.
Bertepuk soraklah, media Indonesia mendapat kenyataan tersebut dari bos pakatan pembangkang Malaysia itu.
Anwar memang bijak bab tekan suis main sentimen. Di Indonesia, akhbar-akhbarnya laris luar biasa jika tajuk berita utama mengenai 'ganyang Malaysia'.
Menurut Anwar, modus yang dilakukan adalah TKI bekerja dua tahun, namun hanya dibayar setahun setengah. Majikan orang Malaysia itu lalu memanggil polis untuk menangkap TKI tersebut, sehingga sisa gaji tidak dibayarkan.
"Bayangkan kalau ribuan orang diperlakukan begitu. Berapa ringgit hak yang hilang. Itu yang haram," ujar Anwar.
Seperti biasa, Anwar akan menampilkan dirinya sebagai 'dewa penyelamat' dengan mendakwa masa beliau dalam kerajaan dulu dan mengetuai jawatankuasa kabinet mengenai pekarja asing, semuanya okay sahaja.
Namun kini dakwanya "mereka maunya untung besar saja," katanya.
Menampilkan dirinya 'seorang pembaharu' Anwar memberitahu publik Indonesia bahawa pembangkang di Malaysia, yang dipimpin olehnya, menuntut beberapa perbaikan baik dari segi hukum maupun persepsi masyarakat Malaysia. Ia mengusulkan agar pemerintah Malaysia membatalkan hukum cambuk.
"TKI yang masuk secara ilegal itu adalah orang kelas bawah, jadi kasihan harus diperlakukan manusiawi," katanya.
Dalam satu program lain, Anwar dengan bangga bercerita bahawa di penjara beliau mendalami Al-quran dan hadis.
"Because in prison I've got all the times in the world. Kalau mau membaca semua tafsir Qur'an dan Hadis, masuk penjara saja," kata Anwar dilaporkan oleh akhbar Koran Tempo.

Tuesday, August 2

UMNO mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?:Ini temberang Guan Eng saja...


Hanya mereka yang buta sejarah saja boleh percaya pada tuduhan Lim Guan Eng bahawa UMNO mengintai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN berjaya menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana misalnya pada pilihanraya umum 2004 UMNO menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Gerakan 13 namun jawatan Ketua Menteri tetap disandang oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dari Gerakan.
Lebih menguatkan kedudukan UMNO pada ketika itu ia menang empat kerusi Parlimen manakala Gerakan tiga.
Formula kepimpinan negeri yang digunapakai oleh BN sejak dulu lagi ialah jawatan Ketua Menteri disandang oleh Gerakan manakala wakil UMNO menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Atas sebab ini tidak menghairankan jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.
"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi  pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.
"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang  kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.
"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO  tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive