Friday, August 12

Malik ITIK Dah KELEPIAQ,



Malik Itik dah buat penafian tentang isu Pengunaan pembesar suara yang dok hangat sekarang ini.Ternyata beliau sebagai exco yang diberi amanah dan membuat penafian awal mengenai isu ini.hampa tengok sendiri apa yang dinyatakan oleh beliau pada sidang media tersebut. 






Kenyataan Media

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.
Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid
sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh
mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.

TAHNIAH DAP:AL-Quran Waktu Subuh,



Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin amat terkejut, kecewa dan marah dengan tindakan samberono Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Katanya, beliau berasa musykil dengan keputusan tersebut kerana tidak yakin bahawa JHEAIPP akan mengeluarkan arahan sedemikian kecuali ada tangan-tangan ghaib yang melakukannya tanpa kerelaan dari jabatan tersebut.

“Saya percaya bahawa wujudnya tekanan daripada pihak lain sehinggakan JHEAIPP terpaksa akur dan mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan dalil yang diberikan boleh diperbincangkan,” katanya

Beliau yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam di negeri tersebut melihat alasan yang diberikan untuk membolehkan larangan tersebut bukanlah sesuatu yang munasabah kerana ada dalil lain yang boleh digunapakai.

Larangan tersebut dibuat atas alasan bahawa amalan bacaan al-Quran bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

“Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam dan ia bukan hanya tertakluk di Pulau Pinang saja tetapi di seluruh Malaysia. Tambahan pula amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-maan pihak kerana ia telah dianggap sebagai adat setempat yang membawa kebaikan.

“Dengan adanya bacaan al-Quran sebelum subuh, ia dapat memberi makluman bahawa waktu Subuh semakin hampir apatah lagi dalam bulan Ramadan ini, ia mengingatkan bahawa waktu imsyak juga akan berakhir,” katanya lagi.

Tegas beliau, sekiranya benar bahawa amalan tersebut adalah bertentangan dengan hukum syarak maka tentulah akan ada teguran oleh para ulama-ulama terdahulu yang tentunya lebih arif berkaitan hal tersebut.

“Jika bacaan al-Quran ini ditolak dalam Islam kenapa tidak ada apa-apa tindakan oleh para ulama malah mustahil mereka yang berpendidikan lebih tingga dan tahu hukum-hakam dalam Islam akan membiarkan kepincangan sedemikian atas agama tersebut.”

Jelasnya lagi, kekecewaannya berhubung perkara tersebut semakin tebal apabila Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim yang memberikan jawapan mengelak seakan tidak bersedia bagi memberikan ulasan berkaitan isu tersebut.

“Itulah padahnya meletakkan orang yang jahil seperti Abdul Malik dalam bidang yang seharusnya disandang oleh orang bertauliah dan berkredibiliti kerana saya tahu bahawa Abdul Malik tidak mempunyai latar belakang yang boleh melayakkannya menjawat Exco ini,” katanya.

Tegasnya, ini adalah antara usaha terancang pihak tertentu yang berselindung dalam politik bagi menghina Islam dan meletakkan bangsa Melayu dalam kedudukan yang amat rendah.

“Kita lihat bagaimana isu pembaptisan yang berlaku di gereja Selangor yang dengan mudah membuat Menteri Besarnya memohon maaf kepada paderinya sedangkan JAIS belum pun memberikan sebarang laporan.

“Agenda terancang mereka ini kemudian disambung dengan keputusan oleh JHEAIPP kerana mahu memberikan tekanan dan penghinaan kepada bangsa Melayu dan pastinya inilah kejayaan Dap,” tegasnya.

Terang beliau, secara jelas telah terbukti bahawa Dap adalah parti politik yang anti Islam dan anti Melayu sejak tahun 1969 lagi dan ia berlarutan sehingga hari ini.

“Dap ini masih sama dari dahulu hingga sekarang cuma formula politiknya hari ini dijelmakan dalam hubungan diplomatik yang akrab dengan kononnya berbaik-baik dalam pakatan Pas dan PKR tetapi agenda mereka tetap sama.”

Sehubungan itu, beliau menuntut Majlis Fatwa Kebangsaan dan menyeru semua ulama-ulama seluruh negara untuk bersatu dan bersama-sama memberikan keputusan yang sewajarnya berlandaskan kepada dalil yang kukuh demi kepentingan ummah. 

Thursday, August 11

Umno Taja Tiket Penerbangan Keluarga Muhd Asyraf



KUALA LUMPUR: Umno akan menaja tiga tiket penerbangan untuk membolehkan keluarga pelajar Malaysia tajaan Mara, Muhammad Asyraf Haziq yang cedera dalam rusuhan di United Kindgom, Selasa lepas ke London.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno akan turut menaja kos penginapan serta makan minum ahli keluarga Muhammad Asyraf ketika berada di London yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Kelab Umno di sana.
"Umno berasa sedih dengan apa yang berlaku di London, sebab itu kita merasa terpanggil untuk membantu, keluarga Muhammad Asyraf untuk membolehkan mereka melawat anak mereka di sana.
"Mereka pun bukan daripada keluarga berada jadi kita tampil untuk bantu, insya-Allah paling cepat esok pagi mereka akan terbang ke London," katanya kepada pemberita pada sidang media di Menara Dato' Onn di sini, Khamis.
Menurutnya, Umno akan menaja tiga tiket penerbangan untuk ibu Muhammad Asyraf, Maznah Abu Mansor, ayahnya, Mohd Rosli Atan dan adik bongsu Muhammad Asyraf, Muhammad Fitri dengan kos sekitar RM20, 000.

“Kita juga akan memberikan sedikit wang saku kepada keluarga Muhammad Asyraf sebagai persediaan sebelum mereka berlepas ke sana.
Sementara itu, ibu Muhammad Asyraf, Maznah, 45 yang juga seorang guru turut melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Umno kerana sudi membantu mereka dari segi kewangan untuk membolehkan dia, suami serta anaknya terbang ke London untuk melihat keadaan Muhammad Asyraf.
“Kami sangat berterima kasih kepada pihak Umno kerana sudi membantu menaja tiket penerbangan kami sekeluarga ke London. Sebelum ini kami telah cuba beberapa saluran lain untuk dapatkan bantuan kewangan tetapi tidak berjaya.
“Alhamdulillah kami bersyukur sebab pihak Umno sudi membantu,” katanya.
Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, mengalami patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang dalam rusuhan Isnin lepas di London.
Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Bristol dan Manchester.
MKP kata:UMNO jugak membantu pelajar yang ditimpa malang disana.Lepas nie nak tengok apa kata puak Pakatan Haram.

Sinchew Daily News dah Melampau.



Berikut adalah apa yang ditulis Sinchew Daily News mengenai Hassan Ali dan JAIS... Adakah kerana kebanyakan Melayu tidak membaca akhbar cina, maka sesuka hati mereka menulis tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Melayu lain?

Tertanya-tanya apakah PAS masih ingin bersama DAP dalam Pakatan mereka... Di depan manis tetapi di belakang pisau dihulurkan!!!! 

JAIS-Gereja-Hassan Ali: Bermain Api?


Oleh Lim Swee Guan Timbalan Pengarang Sinchew Daily News Tarikh: 8 Ogos 2011 (Isnin)

JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor. Jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama ini, (JAIS) akan berterusan menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja. 
Rekod lepas-lepas JAIS dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini JAIS pernah mengharamkanpenjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, dan menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. 
Hassan Ali adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara PAS dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, Hassan Ali mahu JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi. 
Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila Kementerian Sumber Manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, Kementerian Dalam Negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.
Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak JAIS menggeledah dan memecah masuk Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu dan meminta JAIS ajukan laporan; dan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua JAIS berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. 
Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS itu.
Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.
Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai JAIS. Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.
Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak. 
Jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.
Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. 
Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.
Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik. Suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama”. Ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.
Tentang isu Naib Censelor UNiSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.
Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

Laman Web Diwujudkan Sebagai Sokongan Moral Mohd Asyraf Raziq Rosli



Pelajar tajaan MARA, Mohd Asyraf Raziq Rosli yang cedera diserang oleh sekumpulan perusuh di London pada Selasa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Perkembangan terbaru ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang kebetulan berada di London dan berpeluang melawat Mohd Asyraf.
Pelajar itu kini sedang dirawat di Royal London Hospital kerana patah rahang. “Mohd Asyraf berada dalam semangat yang sangat tinggi walaupun cedera dan memerlukan pembedahan untuk membetulkan semula rahangnya. Dia kini sudah boleh bercakap semula.
“Bagaimanapun dia masih tidak dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai kejadian itu kerana ia berlaku terlalu pantas," kata Mukhriz.
Ibu kepada Mohd Asyraf, Maznah Abu Mansor, 47, berkata, yang dia telah dimaklumkan bahawa pembedahan yang sepatutnya dilakukan ke atas anaknya pada Rabu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Katanya lagi, kawan anaknya, Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar adalah di antara pelajar Universiti Kaplan yang telah dibawa keluar dengan selamat ke Rumah Mara yang terletak di tengah bandar London.
Dalam pada itu, sebuah laman web yang dinamakan “Let’s Do Something Nice For Ashraf” somethingniceforashraf.tumblr.com telah diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada pelajar tersebut.
Laman web itu menyeru para pelawat agar melontarkan idea apa yang perlu mereka berikan kepada Mohd Ashraf sebagai tanda sokongan moral.
Dalam perkembangan berkaitan, stesen televisyen Sky News telah melaporkan, pihak berkuasa telah mengenalpasti salah seorang penyerang Mohd Ashraf apabila imejnya dirakamkan oleh CCTV ketika kejadian itu.

Wednesday, August 10

Guan Eng &MalaysiaKini Kantoi Lagi.


Guan Eng Dan malaysiankini dah kantoi dengan angka yang diberikan,Apa dah jadi depa nie dok pembohong tapi tak kena gaya dan telah dibongkar,,,,Malaysiakini menyatakan Guan eng akan membayar 600ringgit bonus raya kepada 7800 kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Manakala 300  akan diberikan kepada guru KAFA yang mengajar dinegeri ini.Guan eng memang lidah bercabag dan hendak populis dengan memberikan lebih 100ringgit dan Bewak nie suka dengan 100ringgit nie,semua kebajikan yang dia bagi mesti RM100 tak tau pasal paa mungkin angka tue luck bagi dia kot.Bewak nie mesti nak lebih dari PM kita mungkin dengan cara ini membuatkan DAP akan memerintah lagi Penang kot.Tapi apalah sangat dengan Rm100 nie tak banyak pun.

Persoalanya disini dalam malaysiakini Guan Eng akan membelanjakan 3juta bagi bonus duit raya akan tetapi apabila dihitung jumlahnya melebihi dari apa yang dinyatakan. kalau Guan Eng bayar sorang minimum RM 600.., bermakna dia kena habiskan RM 4.68 juta untuk bayar semua 7800 kakitangan awam di Penang..Jadi mana datangnya jumlah RM 3 juta macam yang MalaysiaKini tulis tu..? Lagipun.., pembayaran kepada guru-guru KAFA saja dah mencecah RM 435 ribu untuk 1450 guru di seluruh negeri..Dan kalau dicampur kedua-duanya.., dah berjumlah RM 5.1 juta lebih dimanakah logiknya laporan malaysiakini.



KHALID GAGAP DAPAT HADIAH PENYAPU TANDAS.


Sejumlah 20 orang mewakili dua pertubuhan bukan kerajaan menunjuk perasaan secara aman di hadapan pagar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu. Tindakan itu bertujuan menyokong pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di situ. -foto BERNAMA

LAWAKKING:DAP bagi WIFI FREE di Pasar AWAM.

Dey karawale punya Guan Eng lepas janji PRU 12 kata nak bagi semua rakyat Pulau Pinang FREE WIFI tetapi semua tue macam musibat ada bukan tak ada tetapi hanya melepaskan batuk ditangga buat saja lebih kurang.Lihat apa yang telah disenaraikan diatas bukan semua tempat boleh guna,inilah ketua menteri yang tak boleh pakai dalam sejarah Pulau Pinang.

Tadi kisah yang lama nie ada pulak cerita baru pasal FREE WIFi jugak,depa DAP celaka nak bagi FREE WIFI Dekat Pasar la pulak,Yang pertama telah dibuat di Pasar Awam Bayan BAru,Bestla orang bayan baru pasal pi market lepas nie boleh dapat wifi free.Apa punya bangang DAP nie PASAR bagi wifi.awat makcik dan serta mami-mami Penang pi Pasar bawak Blackberry kot Tengok apa boleh beli hari nie dan tengok apa yang murah kat Pasar tue guna internet melalui Blackberry.

Seterusnya akan di perluaskan kesemua pasar basah di negeri Pulau Pinang sebanyak 32 tempat semuanya.Lokasi seterusnya adalah Pasar Awam Balik Pulau.Ada pulak syaratnya,kalau nak pakai hanya boleh guna selama 30minit sahaja.lepas tue kena log-in balik.apa punya kejadah semua nie,lebih baguih pi kedai mamak Free jugak tempat selesa tak payah ada macam-macam sekatan serta kerenah cuma order makanan dan minuman dan enjoy sepuasnya.sekarang dimana sahaja restoran ada WIFi Percuma,Guan Eng tak payah lah dok nak jadi populis dan nak cari glamour yang bagi orang meluat. 

Keadaan Dipasar awam diPulau Pinang bukanlah selesa dibandingkan dengan tempat lain.bukan nak memperlekehkan negeri sendiri tetapi inilah hakikat yang patut kita terima.Jika diberi peluang untuk melayari internet dipasar MKP akan berfikir sepuluh kali kerana tidak selesa dengan suasana serta wangian yang paling busuk menusuk hidung.Pasar Umumnya menjual ikan serta bahan mentah mana ada yang wangi kecualilah dipasaraya besar.Pasar selalunya adalah tempat yang paling sibuk dengan bermacam bunyi dan bising tak tau lah ada pasar yang semua orang tidak memekik untuk melariskan jualan mereka.Apalah gunanya memberikan Wifi percuma dipasar dan tentunya kerajaan Negeri mengeluarkan Banyak peruntukkan bagi tujuan tersebut.Atau Depa dok Ada AGENDA lain yang orang lain tak boleh tahu dan Protes walaupun EXCO DAP. 

Puak Progresif (Erdogan) PAS.



Serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara (DUMC) menimbulkan pelbagai persoalan penting berkenaan visi Pas dan komitmen mereka terhadap pluralisme serta Pakatan Rakyat.

Pendekatan berbeza dua pemimpin parti itu di Selangor dengan Hassan Ali di belakang Jais, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menentang keras serbuan Jais itu jelas menunjukkan, langkah untuk membawa mesej moderat parti Islam itu, tidak selicin yang disangka ramai.

Serbuan tersebut sememangnya meresahkan pengundi moderat seluruh negara, kerana beberapa minggu sebelumnya, kerajaan Kedah yang dipimpin Pas telah mengarahkan pusat-pusat hiburan ditutup sepanjang Ramadan, tanpa berunding dengan teman-teman Pakatan Rakyat.

Dua insiden ini memberi gambaran jelas bahawa kini terdapat pertembungan untuk menguasai roh perjuangan parti, sama ada untuk bergerak kepada pendekatan yang menyeluruh untuk seluruh rakyat Malaysia atau berlindung dengan laungan ketuanan Melayu dan Islam. Namun demikian, kita seharusnya melihat ini secara objektif.

Pertama, sebagai parti yang sebahagian besarnya Melayu, Pas tidak terkecuali daripada politik kekeluargaan dan berpuak-puak. Oleh itu, apabila penganalisis politik berbicara tentang pertikaian dalaman kita mesti berhati-hati untuk menentukan, sama ada ia pertembungan ideologi atau semata-mata bersifat dinastik dan juga mungkin serangan peribadi.

Sebagaimana kita sedia maklum, puak progresif di dalam Pas menang besar ke atas puak konservatif dalam pemilihan jawatankuasa pusat. Khalid (progresif) dan Hassan (konservatif) turut terpilih dalam jawatankuasa pusat itu. Namun, Hassan digugurkan dari jawatan Komisioner Pas Negeri Selangor ekoran beberapa tindakan beliau sebelum ini yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan Pas seperti isu penjualan arak di Selangor.

Adakah insiden ini merupakan platform yang digunakan puak ulama untuk meraih perhatian nasional? Atau adakah ini perjuangan peribadi Hassan untuk kekal berpengaruh di Selangor? Hassan menegaskan, beliau rela hilang kedudukannya dalam politik sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mungkin juga jawatan dalam parti demi mempertahankan kesucian Islam secara tidak langsung menyerang rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat yang dahagakan pangkat dan pengaruh politik tanpa mengendahkan kepentingan agama.

Kedua, jika kita teliti, badan seperti Jais dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia sering bertindak secara bebas daripada kawalan politik. Badan-badan ini seolah-olah menuntut imuniti daripada undang-undang hanya kerana mereka menegakkan syiar Islam. Hakikatnya, mereka ini badan awam dan bukannya dipilih secara langsung oleh rakyat. Ada benarnya pandangan, birokrat lebih bermasalah berbanding ahli politik.

Namun, ini tidak seharusnya mengalihkan perhatian kita daripada isu sebenar yang dihadapi Pas. Hasan dan Khalid adalah antara pemimpin yang bakal mewarisi pucuk pimpinan parti daripada Hadi Awang dan Nik Aziz. Justeru, Pas perlu memutuskan dengan segera, tentang visi politik masa depan yang dimahukan parti itu jika ia benar-benar serius untuk menjadi sebuah parti arus perdana.

Jika Pas mahukan lebih pengaruh politik, ia harus mempromosikan konsep-konsep politik yang dibawanya seperti negara kebajikan dan mengurangi retorik agama dan tindakan melulu seperti serbuan ke atas DUMC.

Sesungguhnya, Pas sedang cuba bertindak untuk mengimbangkan asas sokongan parti itu- mengekalkan pengaruh mereka di kawasan luar bandar, dan pada masa sama cuba menarik pengundi bandar yang berbilang kaum dan kontemporari.

Ini sememangnya dijangka: wacana politik Melayu sememangnya berpecah antara mengekalkan tradisi atau memodenkan pemikiran bangsa.

Sementara itu, kita juga perlu bertanya mengapa PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, kekal senyap dalam isu ini, adakah mereka dibelenggu kes mahkamah Anwar Ibrahim? Atau adakah mereka yakin untuk bergantung sepenuhnya pada sokongan bukan Melayu bagi mengekalkan Selangor pada pilihan raya depan? Kita juga perlu bertanya, adakah DAP masih lagi penggerak agenda utama Pakatan Rakyat?

Ternyata dalam lapangan politik hari ini, rakyat tidak begitu mudah memaafkan, dan akan menghukum sesiapa sahaja, baik Pas mahupun UMNO jika mereka tidak memenuhi kehendak rakyat dan tuntutan pluralisme. Seperti telah saya katakan sebelum ini, kita tidak lagi mungkin menjauhkan diri daripada konsep politik berbilang kaum.

Sama ada kita memilih untuk meneraju politik ini dan berhadapan dengan implikasi berkaitan, atau kita akan terus terasing daripada perkembangan global.

[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak,




Salah seorang yang cedera adalah pelajar Malaysia yang menuntut di sana seperti di laporkan berita di TV3 malam tadi dimana pelajar Malaysia ini cedera di mulut ketika rusuhan yang mungkin disebabkan ditumbuk dan terduduk di kaki lima jalan. Malang menimpa lagi pelajar itu. Di sangkakan orang ramai ingin membantu tetapi rupanya dia dirompak dan tidak mampu melakukan apa2, saksikan video diatas

Rusuhan di London semakin teruk dan sudah masuk hari ketiga. Ia bermula di kota London dan mula merebak ke Birmigham, Bristol dan Liverpool. Keadaan semakin lama seolah-olah semakin tidak terkawal. Perhimpunan AMAN asalnya semakin menjadi HURU-HARA.




Tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia kerana ini tidak berlaku diMalaysia.PDRM adalah terbaik dalam menjaga keamanan Malaysia inisebagai ingatan kepada pendemo perhimpunan BERSIH! Agenda pembangkang di negara ini dalam mengadakan perhimpunan adalah untuk melakukan provokasi terhadap polis dengan niat untuk menunjukkan keburukan pihak berkuasa jika polis bertindak balas. Sudah jelas bahawa mereka mempunyai motif politik yang buruk! 

Tuesday, August 9

Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC

Apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?



Kisahnya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988.

Jadi apa yang berlaku?

Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya.

Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.

Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.


“Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya.

Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.

Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.

Krew Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.

Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam yang menurut Dr Dzulkhaini “Pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa?”


Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.

“Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?”

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.

Dalam kertas kuiz yang diperolehi Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Sambil mempertahankan tindakan JAISs yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

"Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.

Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia".

"Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," katanya beliau.

Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap laporan dua portal berita yang katanya memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

“Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

“Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus. 

“Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.

Hangpa Tau Tak Ni Binatang Apa???

Nilah cara nak tangkap dhob.meligan dengan sepenuh hati sehingga dhob tu letih.kalau dhob tak letih hangpa yang ligan tu yang letih.
dhob ni perangai macam katak gak.bila marah dia buat badan kembung.


hasil yang ditangkap




ni punya ekor lebih tajam dari durian daaa









perhhh..beriani dhob.sedap weihhh!!.teliur la bulan-bulan posa ni tgk nasi beriani dhob





Monday, August 8

Duit Sekupang Dah Jadi Israel.


Cuba perati betul-betul ada lambang israel atau tidak dalam duit syiling yang terbaru dan bakal dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.Rasanya semua lambang yang ada mencerminkan bunga raya iatu bunga kebangsaan malaysia.Gerombolan puak pembangkang yang jenis suka main belakang depa kata ada lambang israel.



memang celaka puak celaka nie suka menegakkan benang yang basah dan sekarang dalam perang maya ini mereka nampak terdesak kerana kekurangan isu yang menyebelahi mereka dan apabila isu dibangkitkan blogger Pro BN dengan segera menagkis segala tomahan dengan bernas.Juak PR ini jua sedaya upaya untuk menaikan isu yang bukan-bukan seperti wang syiling ini.tiada persamaan langsung dengan logo israel yang ditunjukkan.Kerajaan Malaysia tetap konsisten dengan agama rasmi ialah islam dan tetap menghormati agama lain serta bebas mengamalkan ajaran yang lain.Buat blogger pakatan nie elok-elok pakat insaf dengan apa yang dispin dengan bermodalkan duit sekupang nie.nak kata bodoh pun tak elok nak kata cerdik pun kurang akal.Buatlah apa saja yang elok dimata depa nie semua tetap ada yang nak perlekehkan kerajaan.

Kredit kepada rakan blogger penang MPP  

Terima kasih PM , bonus dengan minima RM 500 kepada kakitangan awam & pesara



Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gajidengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

" Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.



MKP kata PM dah buat terbaik baik penjawat awam dan pesara bagi menyambut aidilfitri yang bakal menjelang depa yang dapat bonus nie patut sedaq dan berterima kasih dengan menterjemahkan dalam bentuk undi kepada BN bila tiba PRU 13.  

MURTAD:PAS Selangor Layu Depan Sekutu DAP


Shah Alam, 8 Ogos- Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) terkejut dengan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang tidak faham prosedur dan undang-undang di Selangor.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan beliau yang terus mencela dan mendesak serta mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS adalah satu perbuatan yang menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.
“Ahli Parlimen Pas itu wajar mengerti yang Dr Hassan Ali adalah Exco Hal Ehwal Islam Selangor yang bertanggungjawab penuh sebagai wakil PAS paling Kanan yang sah dalam kerajaan Dap, Pkr dan Pas di Selangor.
Amat malang Pas Selangor yang kini dipimpin Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjayanya tidak faham prosedur dan undang-undang dengan terus mencela, mendesak dan mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS. Khalid lebih berminat meraih sokongan politik murahan dari menyelesaikan persoalan yang rumit dan sensitif ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Ujarnya, kenyataan Khalid Samad yang mencemuh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali menjadikan isu membaptis orang Melayu di Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh JAIS menjadi polemik yang sangat hangat dipasaran.
“Lebih hebat dari itu, rakyat Selangor kini sedang ditontonkan dengan tendang terajang politik Pas yang bergaduh sesama sendiri dalam menangani isu Murtad yang membelenggu umat Islam khususnya di Selangor.
Juga bertambah malang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinannya yang selama ini sangat lantang mempertahan kepentingan Islam kini menikus. Mereka seolah-olah menyokong usaha memurtadkan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.
Tambahnya, tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini dipercayai berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Islam Selangor yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor. Rakyat yakin pasukan JAIS telah membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan sebelum ini bagi memastikan kes ini sahih.
Menurut sumber, gerakan Katolik membaptis orang Melayu & muaalaf di Selangor kini berjalan dengan sangat aktif. Peristiwa yang berlaku digereja methodist itu merupakan 'Tips of Iceberg' yang sangat menyentuh hati dan perasaan umat Islam.

Adalah amat dikesali Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan EXCO Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
GAPS mengesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang di negara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha mubaligh katolik yang beria-ia mahu memurtadkan umat Islam,” tambahnya.
Kes membaptis umat Islam ini amat malang dan menyedihkan kerana ianya berlaku dan ini bertentangan dengan undang-undang di negara ini. Sudah jelas lagi bersuluh kerajaan Dap, Pkr dan Pas Selangor telah menguris hati dan perasaan umat Islam di Selangor dalam bulan Ramadhan ini.
GAPS berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit ini.
MKP kata APa dah jadi adakah kita berada diakhir zaman.Khalid Bukan setakat gagap akan tetapi buta undang-undang.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive