Friday, August 19

DR Mahathir:Ada pihak Ketiga Cuba Rosakkan Umat Islam.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.
Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya “berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.
"Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.
"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union.
Bernama melaporkan, Dr. Mahathir berkata, banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.
"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.
Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.
Dr. Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.
"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita.
Sementara itu, mengulas isu murtad kata Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.
"Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar," katanya.
Dr Mahathir berkata masyarakat Islam sendiri perlu mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan bantuan bagi mengelak kemungkinan akidah mereka terpesong.
"Kalau tak ambil berat dan mereka menderita, mungkin mereka akan tertarik dengan orang yang menawarkan bantuan kepada mereka," 

PRU-13 Boleh Diadakan Tanpa Keputusan Jawatankuasa Khas Parlimen



Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat kepada laporan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak semestinya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas berkenaan siap sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak ada kaitan dengan Jawatankuasa Khas Parlimen.
"Tak terikat...tak terikat, boleh bila-bila masa," katanya pada sidangb media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Jumaat.
Berhubung sama ada kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan reformasi terhadap sistem pilihan umum sebelum penggal Parlimen berakhir pada 2013, Najib berkata ia terpulang kepada bentuk cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa khas tersebut.
"Sudah pasti kita akan ambil masa (laksanakan). Kalau ada sesuatu yang kita boleh buat secara segera..kita buat segera," katanya.
MKP kata:Dengan pengumuman ini pasti ada pihak dah cuak dan merasakan pilihanraya akan dibuat dalam masa terdekat.

Dakwaan Guan Eng Gila!Kenapa Tuduh Sebarangan?


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman terkenal sebagai seorang yang cukup cool. Namun beliau tidak dapat menahan rasa marah sebaik saja tersebar berita petang Khamis melaporkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tuduh UMNO dalangi kejadian kebakaran pejabat DAP di Pulau Pinang.untuk meluahkan rasa geramnya pada tuduhan yang disifatkannya dibuat ikut sedap mulut dan tanpa usul periksa.
Ini tuduhan gila...dan sangat tidak bertanggung jawab,”tegasnya 
Beliau tuntut  Guan Eng menarik balik dakwaannya secepat mungkin.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat tuduhan itu berikutan kejadian sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi Khamis.
Sebelum itu pada Ahad lepas, pejabat berkenaan dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.
Sebuah portal pro pembangkang melaporkan, Guan Eng berkata "Kami merasakan ini adalah sebahagian serangan oleh UMNO berhubung isu larangan Al-Quran".
Di Pulau Pinang baru-baru ini timbul kontroversi  selepas Majlis Fatwa negeri itu membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.
Zainal berkata sebagai seorang pemimpin Ketua Menteri itu harus lebih bertanggongjawab dalam membuat tuduhan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman dan jangan main tuduh ikut suka hati.
Baginya mana-mana anasir boleh melakukan perbuatan itu.
“Lainlah kalau ada orang UMNO kena tahan didakwa melakukannya.Itupun dia kena sebut ahli UMNO bukan UMNO sebagai sebuah pertubuhan.Kita tidak izinkan mana-mana ahli melakukan perbuatan khianat seperti itu.
"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Guan Eng memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata saksi seorang lelaki mencurigakan dilihat berhenti di hadapan pejabat parti itu sekitar pukul 2.50 pagi, sebelum menyalakan satu kertas suratkhabar.
"Katanya suspek kemudian mencampakkan kertas suratkhabar yang terbakar itu ke premis berkenaan sebelum melarikan diri," katanya.

Beberapa makalah penerbitan parti yang ditempatkan di hadapan bangunan dua tingkat itu didapati turut terbakar.
Manakala, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Beach Street Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 2.50 pagi.
Menurutnya empat jentera bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira enam minit kemudian dan mengambil masa sekitar 10 minit untuk memadamkan kebakaran.AgendaDaily.

VIDEO SEMPOI:MPPP Dibawah Pentadbiran DAP.




Hampa tengoklah sendiri apa yang MPPP buat dekat peniaga Di
Seagate semua penjelasan ada didalam video ini.

Thursday, August 18

Wira Perkasa Pulau Pinang: Isu babi di juadah Ramadan: Star



Wira Perkasa Pulau Pinang telah membakar suratkhabar The Star dihadapan Pejabat pengurusan The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan. terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa.Tindakkan Kurang ajar pihak the star telah menyakiti hati umat islam dinegara ini.Bagi Wira Perkasa ini tidakkan yang perlu diambil bagi pengajaran bagi pihak yang telah mempermainkan sentiviti umat islam.Ketua Pengarang Akhbar The Star telah dipanggil oleh KDN mengenai isu ini kerana isu ini cukup sensitif kepada umat Islam terutamanya di Malaysia. Beliau pun telah meminta maaf dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak akhbar The Star. Tak kan pihak akhbar tak tahu yang restoran tu tidak halal? Atau pengarang artikel nie memang jenis hentam jer buat cerita? Atau ada motif di sebaliknya?



DAP DAN PROPAGANDA.




depa pasti menyalahkan UMNO/BN.apa punya wakil rakyat macam nie cakap melayu pun tungang-langgang bagaimana beliau berkomunikasi dengan rakyat takkan dengan hanya satu bahasa atau DWI bahasa,Jelas disini beliau pun tergagap apabila memberi kenyataan.Biarlah Polis menjalankan tugas mereka tak payah nak ajar pulak cara penguatkuasa undang-undang menegakkan keadilan.pOLIS telah datang kePremis Tersebut dan akan mendakwa berdasarkan bukti dan fakta.Kurang ilmu sungguh YB DAP nie.Aduan yang bakal dibuat bagi pihak yang tidak berpuas hati tidak akan diberi ruang oleh DAP ini terbukti dan banyak kali dihalang untuk bertemu dengan Ketua Menteri LGE.ADA cerita baru yang akan dihebohkan LGE dengaq kata kena maki apabila hendak memberi bantuan didalam surau Dekat Kampung Melayu Air hitam.tunggu pendedahan selepas ini.

Pas jangan marah Perkasa



PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mungkin benar apabila mahu mengambil alih tugas mempertahankan kesucian agama Islam selepas Pas dilihat gagal berbuat demikian.

Tetapi Perkasa agak lewat kerana seharusnya ia dilakukan lebih awal lagi kerana Pas sememangnya sudah lama tidak menjadi pejuang Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Namun begitu tahniah kepada Perkasa kerana mempunyai keberanian luar biasa untuk berbuat demikian, satu tindakan yang sudah pasti tidak akan dilakukan oleh Pas.

Pas kini perlu mengakui bahawa parti itu bukanlah pejuang Islam malahan mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa untuk mengambil alih tugas berkenaan.

Apatah lagi Pas pun sudah mengisytiharkan bahawa mereka kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukanlah penubuhan sebuah negara Islam - satu perjuangan yang menyaksikan ada nyawa yang terkorban kerananya suatu ketika dulu.

Oleh itu mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa, sebaliknya Pas perlu berasa senang hati kerana kini bolehlah mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan bagi merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

Pas tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari ayat-ayat al-Quran atau potongan hadis bagi 'menghalalkan' apa juga tindakan mereka dengan kedua-dua parti berkenaan kerana mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Impian dan misi Pas sekarang ialah berbincang dengan PKR dan DAP berapakah jumlah kerusi yang harus mereka tandingi, kalau DAP dan PKR mahu dominan, Pas tidak boleh kata apa-apa kerana jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, ia bukannya untuk menubuhkan negara Islam.

Kalau Pas dibiarkan dominan sekali pun, Pas tidak ada apa-apa kekuatan untuk mempertahankan Islam kerana kekuatan sebenar terletak di tangan DAP dan PKR. Ia sudah pun berlaku di Kedah dan Selangor pada masa ini.

Tambahan pula ketika ini sudah tidak terdengar lagi suara-suara Pas untuk menegakkan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya lebih kepada corak pemerintahan yang diinginkan oleh DAP dan PKR.

Mungkin Pas akan mendakwa bahawa Perkasa tidak layak untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam kerana mereka bukan parti politik Islam tetapi hanya NGO Melayu.

Soalnya, apakah Pas sebuah parti Islam? Apakah Pas selama ini bertindak sebagai kelompok yang mempertahankan Islam apabila ada tindakan DAP dan PKR yang mengguris perasaan orang Islam?

Islam benarkah Pas yang menolak perpaduan sesama orang Melayu dan umat Islam berbanding dengan Perkasa yang berusaha menyatukan orang Melayu?

Bolehkah Pas mendabik dada sebagai mempertahankan Islam, apabila ada pemimpinnya tidak sehaluan dalam isu-isu berkaitan Islam sejak kebelakangan ini?

Apa yang lebih kita dengar ketika ini ialah keghairahan Pas untuk menuntut sebuah pilihan raya bebas dan adil.

'Perjuangan' ini pada mulanya dicetuskan oleh S.Ambiga - seorang peguam yang menyokong murtad dan pernah mengganggu gugat umat Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama.

Tetapi sekarang Pas lebih ke depan menyahut seruan Ambiga, jadi bolehkah Pas mengatakan mereka masih memperjuangkan Islam? Sebagai orang Islam tidakkah Pas sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga sebelum ini, sedangkan Perkasa menentang Ambiga habis-habisan?

Semua itu terjadi kerana Pas secara dasarnya sahaja adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan berasingan tetapi tindak-tanduknya tidak bebas kerana segala-galanya ditentukan oleh DAP dan PKR.

Justeru lebih baik menjadi NGO Melayu yang bebas seperti Perkasa berbanding menjadi parti politik yang hanya menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

Jika Pas mendakwa di dalam Perkasa tidak ada ulama yang boleh memberikan nasihat berbanding Pas yang mempunyai ramai alim ulama termasuklah adanya Dewan Ulama, kita juga perlu bertanya berfungsikah golongan berkenaan dalam parti itu.

Apakah benar Dewan Ulama Pas mampu mempertahankan kesucian umat Islam sedangkan tindakan mereka lebih banyak 'dirantai' oleh perhitungan politik yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain terutamanya daripada golongan bukan ulama.

Berfungsi sangatkah Dewan Ulama dalam menjadi pembimbing kepada Pas supaya tidak meninggalkan landasan perjuangan Islamnya semata-mata kerana mahu merebut kuasa politik?

Kalau betul Dewan Ulama Pas berfungsi, kenapa Pas boleh mengubah dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan?

Kenapakah keupayaan ulama-ulama Pas ini seolah-olah tidak diiktiraf apabila pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan golongan berkenaan ditolak habis-habisan bagi jawatan-jawatan utama?

Pas harus ingat untuk memperjuang dan mempertahankan Islam ia bukan soal perlu ada ulama atau tidak dalam sesuatu kelompok itu sebaliknya keazaman dan keikhlasan serta demi mencari keredaan Allah SWT.

Kalau ada berpuluh ribu pun ulama dan cerdik pandai agama dalam sesebuah organisasi tetapi mereka hanya menjadi pemerhati sahaja tiada gunanya juga!

Pas perlu mengakui akibat kerana sikap berpolitik merekalah yang menyebabkan pelbagai pihak terutamanya dalam pembangkang 'naik tocang' dengan melakukan tindakan yang mengganggu-gugat umat Islam dan orang Melayu.

Apa juga tindakan puak berkenaan ia akan dibela oleh 'tok-tok guru' dalam Pas sehingga kesudahannya bukan sahaja umat Islam rugi malahan mereka berpecah belah.

Begitu juga dalam isu terbaru melibatkan sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, sekali lagi Pas dilihat tidak berupaya melakukan apa-apa biarpun ia berkaitan dengan akidah Islam.

Jika suatu ketika dulu, Pas menuding jari menyalahkan UMNO apabila gejala murtad berlaku tetapi kali ini pemimpin-pemimpin kanan cukup berlapik dalam menyatakan pendirian, biarpun Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan menunjukkan ketegasan 'luar biasa'.

Semua ini membuktikan Pas tidak lagi berupaya menjadi pejuang Islam apatah lagi mempertahankan kesucian agama Allah itu.

Oleh itu keikhlasan Perkasa untuk menjadi benteng utama mempertahankan umat Islam harus disokong oleh semua pihak, tidak usahlah orang Melayu merasa khuatir atau dituduh rasis apatah lagi ekstremis kerana ada pihak lain yang lebih rasis daripada kita.

Selama ini, bukannya Perkasa tidak pernah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , oleh itu kalaulah kali ini ada pula tuduhan baru anggap sahaja 'ia deruan angin yang berlalu' tanpa apa-apa kesan.

Apa yang lebih utama ialah perjuangan mempertahankan kesucian Islam perlu dilaksanakan kerana ia bukan tuntutan manusia semata-mata tetapi Allah SWT.

Wednesday, August 17

Pakatan Haram Dah Meroyan,Isu Murtad Membunuh PR.



Pakatan Rakyat sememangnya dalam keadaan kelam-kabut dan tidak terurus. Isu murtad di Selangor adalah senjata paling membunuh yang sangat tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat cuba menggunakan isu pendatang asing dan daftar pemilih. Isu itu cuba mengelabui isu sebenar yang lebih penting.
Hari ini para pemimpin Pakatan Rakyat buat lawak dengan isu kerakyatan dan sumpah sarap dengan kepingan kertas yang kononnya merupakan sumpah yang perlu diperakui oleh PATI (gambar di atas). Sudah ternampak jelas, betapa terdesaknya para pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari kalangan PKR untuk mematikan isu murtad.
Para pencacai Pakatan Rakyat seperti biasa, menjadi anjing yang melolong dan melalak. Isu ini dilihat seperti isu yang sangat penting dan sangat benar walaupun ia sebenarnya tidak jauh tarafnya berbanding iklan yang ditempekkan ke dinding jamban.
Apa yang dikatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tentang ‘operasi menyamar’ untuk mendapatkan pengesahan bahawa berlaku penyelewengan dalam pemberian kerakyatan, adalah sesuatu yang sangat menghiburkan.
Program 6P yang sedang dijalankan sekarang ialah program pemutihan pekerja-pekerja asing. Ia tidak ada kena-mengena dengan program memberi kerakyatan. Proses memberikan kerakyatan bukannya proses daftar dan kemudian terus diberikan kad pengenalan biru. Zuraidah Kamaruddin sendiri telah pernah melalui proses tersebut. Seharusnya dia lebih faham, sebelum dia memperolehi kerakyatan Malaysia menerusi perkahwinan, berapa lamakah masa yang diambil untuk dia mendapat kad pengenalan biru.
Cerita yang dijaja oleh Zuraidah Mak Lampir sememangnya penuh dengan kisah dongeng untuk menggambarkan betapa terdesaknya UMNO untuk menang di Selangor. Dengan berbekalkan surat yang kelihatannya dicetak sendiri, Mak Lampir mengulangi drama pendaftaran PATI Hulu Selangor sebagai pengundi UMNO-BN.
Tanpa melalui tempoh waktu sebagai Penduduk Tetap, PATI yang diputihkan pada program 6P dikatakan mudah diterima sebagai rakyat Malaysia dengan hanya berjanji untuk memangkah UMNO-BN pada PRU akan datang.
Nampaknya tohmahan yang dilakukan oleh Mak Lampir dan pemimpin PKR terhadap Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, sangat berat. Walaupun ianya kelihatan sangat kebudak-budakan, terutama dengan cerita ‘menyelinap’ masuk dan menyamar sebagai PATI, namun sesuatu yang perlu diterima kenyataannya ialah para pembaca dan peminat Pakatan Rakyat tidak cerdik dan bukannya jenis akan berfikir banyak kali. Apa-apa sahaja yang disumbatkan ke telinga mereka, akan diterima sebagai kanun mutlak.
Perlu diakui, dalam hal memanipulasi sebarang isu, Pakatan Rakyat memang hebat. Apa yang dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin yang sedang hangit di kawasannya sendiri, sebenarnya tidak lebih daripada cubaan untuk lari daripada topik yang lebih hangat dan lebih membunuh PKR di Selangor.
Itulah sebabnya mengapa Zuraidah beria-ia buat dan reka cerita tentang kerakyatan mudah dengan bantuan Nik Nazmi. Dalam hal kerakyatan mudah, yang kelihatan beria-ia dan bersungguh-sungguh adalah PKR. Sebabnya sangat mudah, Selangor kelihatan sangat goyang untuk PKR memegang kuasa. Apatah lagi, terlalu banyak pendedahan yang dibuat terutama sekali kisah penamatan kontrak Alam Flora Sdn. Bhd. yang mempunyai kaitan rapat dengan wakil-wakil rakyat PKR sendiri.
PKR dan para pemimpinnya akan terus melolong dan menyalak dengan isu kerakyatan dan program 6P. Mereka akan terus mengeluarkan ‘bukti-bukti’ yang sangat kelakar sifatnya. Selagi isu murtad diperkatakan, semakin hebat dan lebatlah bukti-bukti seperti yang ditunjukkan oleh Zuraidah Kamaruddin akan dikeluarkan. Soal tulen atau tidak, itu lain cerita. Yang penting, isu sebenar ditutup dan dikambus!
Selagi tak dikambus, hayat PKR semakin hampir…

Tarhim Subuh yang dilarang oleh DAP Pulau Pinang






TARHIM SUBUH
 
Sebelum masuk waktu Subuh, bilal bertahrim...


يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِكَ يَا اللهُ

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat dan keagunganMu Ya Allah.



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا محمد صلى الله عليه وســلم

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Junjungan kami Nabi Muhammad SAW



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا ابى بكرٍ الصديق رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا  (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُمَرَ ابْنِ الخطاب رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Umar Al-Khatab RA



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Uthman bin Affan RA



يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ إِرْحَمْنَا (3x)
وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلىَ طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
يَا حَىُّ يَا قَيُّومْ بِجَاهِ سَـــــيْدِنَا عَلِىَّ ابْنِ اَبِى طَالِبِ رضى الله عنه

Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihi... kasihanilah kami, Selamatkanlah kami, ampunkan Kami.
Bantulah kami utk mentaati dan bersyukur kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Hidup, Tuhan yang Maha Menjaga, demi berkat Saidina Ali bin Abi Talib RA



وَعَنْ كُلِّ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ اَجْمَعِينَ
Maksudnya :Dan dengan keberkatan para Sahabat dan kaum keluarga Rasulullah SAW


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33)
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata : Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Ayat 33 Surah Fusshilat


إِنَّ اللَّهَ فَالِقُ الْحَبِّ وَالنَّوَى يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَمُخْرِجُ الْمَيِّتِ مِنَ الْحَيِّ ذَلِكُمُ اللَّهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ (95) فَالِقُ الْإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (96) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ قَدْ فَصَّلْنَا الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (97) وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ قَدْ فَصَّلْنَا الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ (98)


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?Allah jualah Yang membelah cahaya Subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam). Ayat 95 - 98 Surah al-An'am


أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا (79)
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Ayat 78 - 79 Surah al-Isra'


قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا (110) وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا (111)
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! Ayat 110 - 111 Surah al-Isra'
 

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدَنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ  وَسَلِّمَ يَا  كَرِيمٌ
Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan Tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar. Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan limpah  pertolongan Allah, Tuhan Yang Maha Besar. Ya Allah, wahai Tuhan kami, cucurkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya, 
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mulia.


Azan Subuh
Solat Sunat Sebelum Subuh
Solat Subuh


Tuesday, August 16

Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC Di Dedahkan... EXCO Selangor DAP Terlibat



Menurut sumber ScrewKuat perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka. Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?


Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS. Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini.

Tsu Koon berani bertanding di P.Pinang pada PRU 13



PULAU PINANG 15 Ogos - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dicabar bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membuktikan beliau masih relevan serta diterima rakyat Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, ini kerana meskipun dikritik pelbagai pihak, Tsu Koon seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada negeri ini sepanjang 18 tahun menjadi Ketua Menteri.

Sedangkan kata Tee Beng, Tsu Koon kalah dengan majoriti hampir 10,000 undi pada pilihan raya umum lalu yang secara jelas menunjukkan kebenaran kritikan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

"Tapi dia (Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tsu Koon baru-baru ini membidas tindakan beberapa individu termasuk bekas pemimpin Gerakan yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tee Beng memberitahu, Tsu Koon juga sepatutnya berundur dari arena politik selepas tewas dalam pilihan raya seperti yang dilakukan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu sanggup berundur kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan partinya. Presiden SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pun bertindak sama bila kalah.

"Tapi dia (Tsu Koon), bukan saja enggan berundur, malah dengan muka tebal masih ada di Parlimen. Bukan buat apa, cuma jalan sana, jalan sini ikut Perdana Menteri.

"Dia kata tidak mahu terima jawatan Senator, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dia sanggup menjadi menteri atas tiket Senator. Orang ini memang tidak tahu malu," ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga diminta berhenti memberi kredit kepada dirinya atas kemajuan Pulau Pinang sedangkan pembangunan itu sebenarnya dirancang bekas Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Eu.

"Projek itu hanya dilaksanakan semasa dia mentadbir, sedangkan perancangannya itu dibuat pemimpin sebelum itu. Agaknya memang sudah jadi trend, siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sikapnya sama hanya pandai mengambil kredit (atas jasa) orang, sama seperti Ketua Menteri sekarang (Lim Guan Eng)," katanya lagi.

Pesara akan menerima pencen dan bayaran khas mulai jumaat ini [19/8/2011]



Para pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), para pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat mulai Jumaat ini.
Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Tun Razak pada minggu lepas iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.
Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank, menurut kenyataan itu.
Para pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479. – Bernama

Mufti Pulau Pinang,Kenapa Arahan Dibuat Bulan Ramadhan Tidak Sebelum ini.



Kenyataan akhbar Datuk Hassan Ahmad dalam sidang medianya  BACA DISINI menyatakan dengan panjang lebar berkenaan isu bacaan al-quran pada waktu subuh akan tetapi yanf menjadi persoalanya ialah:

Antara persoalan awal yang timbul ialah, mengapakah baru kini Datuk Seri Hassan Ahmad mengutarakan “nasihat hukum” tersebut? Sedangkan amalan membaca Al-Quran di corong pembesar suara di masjid-masjid di seluruh negara sudah bermula sejak puluhan tahun dahulu. Berapa lama Datuk Mufti Pulau Pinang memegang jawatan Mufti Negeri itu? Baru sebulan dua, kah? Apakah keputusan ini ada hubungkaitnya dengan penganugerahan “Datuk Seri” kepada beliau pada 9 Julai lalu?


Di mana beliau bertugas sebelum ini hingga menyebabkan “arahan Rasulullah SAW” ini tidak sampai ke telinga umat Islam di Malaysia? Saya tidak menolak hujah, nas-nas aqli mahupun naqli yang diutarakan oleh Mufti Pulau Pinang. Namun saya pasti ada individu lain yang setaraf ilmu atau lebih tinggi ilmunya berbanding beliau. Mengapa beliau membuat keputusan “unilateral” sebegini?


Saya agak hairan mengapa secara tiba-tiba saja Pejabat Mufti Pulau Pinang mengeluarkan “nasihat hukum” sebegini. Apakah Mufti-Mufti negeri lain terlepas pandang dengan arahan Rasulullah SAW ini? Sekiranya benarlah bagai dikata Datu Seri Mufti, selama ini, para Tok Imam, Bilal, Ahli Jawatankuasa Masjid termasuk siak-siaknya sekali menanggung dosa kerana membenarkan bacaan Al-Quran diperdengarkan melalui corong pembesar suara di masjid masing-masing!


Kenapa saya kata begitu? Ini memandangkan mereka telah melanggar arahan yang jelas diberikan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, tidakkan mereka berdosa melanggar araha tersebut? Sehingga kini, masjid-masjid di seluruh negara masih lagi mengalunkan bacaan Al-Quran dan tarhim menggunakan pembesar suara di masjid mereka, terutamanya di waktu subuh, sebelum masuknya waktu solat subuh. Mereka juga berdosa?


Bagaimana pula pandangan Mufti Besar Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria mengenai isu ini? Selalunya beliau vokal dalam memberikan pandangannya sebagai seorang yang tinggi ilmu agamanya. Namun, saya percaya, Tan Sri Mufti sangat bijak dan berpengalaman untuk tidak menyatakan pandangannya buat masa ini sehingga ijtihad mengenai isu ini diadakan dan disimpulkan. Beliau tidak gemar melakukan tindakan “unilateral” seperti Mufti Pulau Pinang, mungkin.


Kesempatan ini turut diambil oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat. Sebagaimana kita sedari, Dr. Asri sememangnya seorang yang sukakan publisiti dan mengeluarkan fatwa “separuh masak”. Namun, Nik Aziz lebih hebat, beliau selalu menggunakan isu sebegini untuk meraih keuntungan politiknya. Kononnya, dia sajalah yang betul.


Saya secara jujur tidak membantah langsung mengenai perkara ini memandangkan saya tidak mampu melakukan ijtihad memandangkan ilmu agama saya tidaklah sehebat mana. Namun, saya kesal memandangkan perkara yang layak dikategorikan sebagai “bidaah hasanah” ini dilarang dan tidak pula dihukum sebagai “harus”. Seperkara lagi, saya kesal kerana Mufti Pulau Pinang tidak melaksanakan ijtihad secukupnya sebelum membuat keputusan dan mengeluarkan pekeliling kepada seluruh masjid di Pulau Pinang.


Apa yang saya kesalkan sangat ialah apabila perkara bacaan Al-Quran di corong pembesar suara itu dikatakan Mufti Pulau Pinang sebagai “mengganggu”! Benarkah mengganggu? Menggangu tidur orang Islam atau bukan Islam? Saya fikir, tentunya mengganggu orang bukan Islam, bukan? Saya yakin, isu ini tidak tergamak dibangkitkan oleh umat Islam. Secara jujur, saya mahu Mufti Pulau Pinang menjawab persoalan-persoalan berikut…


Nyatakan kepada umat Islam, siapakah yang mengkomplen mengenai bacaan ayat Al-Quran di corong pembesar suara di masjid-masjid Pulau Pinang?

Golongan manakah yang memprotes bacaan tersebut sebagai “mengganggu”, umat Islam atau bukan Islam?

Mengapakah baru kini Pejabat Mufti Pulau Pinang melarang bacaan sebegitu dan tidak dilaksanakan lama sebelum ini?

Mengapakah tidak diijtihadkan dulu bersama para mufti di negeri lain atau berbincang dengan Jakim mengenai perkara ini, dan melaksanakan tindakan unilateral?

Memandangkan Mufti Pulau Pinang mendakwa perkara ini adalah “arahan Rasulullah SAW”, apakah para Mufti di negeri lain yang tidak melaksanakan “nasihat hukum” itu boleh dianggap “melanggar arahan Rasulullah”?

Cuba nyatakan secara jujur dan ikhlas, adakah Datuk Seri Mufti menerima tekanan dari mana-mana pihak yang mungkin mendesak Pejabat Mufti untuk mengeluarkan arahan sebegini?


Saya minta Tuam Sahibus Samahah menjawab persoalan saya yang jahil dan keliru ini. Saya enggan menyentuh mengenai Nik Aziz yang menyatakan “bacaan Al-Quran itu bising”. Dia bukan ulama, dia ahli politik yang mempergunakan agama. Sedangkan ini soal agama Islam yang suci. Mohon pencerahan untuk membetulkan keadaan ini. Dan tolong jangan katakan bahawa Mufti terpelihara dari melakukan kesilapan dalam melakukan kewajipannya. 

Serbuk Perangsang Nafsu Wanita -Taktik Baru Perogol




Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.
Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Monday, August 15

HALAU MELAYU BALIK KAMPUNG.Evangelist



Secara jelas, gelagat yang ditunjukkan oleh Evangelist yang berjaya didedahkan oleh JAIS dan kemudian mencetuskan riak baru, sebenarnya adalah mencabar umat Islam dan Perlembagaan Malaysia. Gereja-gereja arus perdana awal-awal lagi telah menafikan pembabitan mereka, bahkan menyatakan bahawa sikap ekstremis golongan Evangelist dan gereja-gereja persendirian amat dikesali kerana perbuatan mereka boleh menimbulkan masalah yang lebih besar kepada negara ini, khususnya yang berkaitan dengan persengketaan kaum dan agama.
Namun, ada satu pihak yang sangat teruja dengan perkembangan terbaru dalam episod pemurtadan ini. Pihak tersebut adalah DAP. Sesuatu yang tidak mengejutkan apabila melihat barisan baru kepimpinan DAP cuba menjadi Evangelist lebih-lebih lagi dalam usaha mereka untuk menawan Sabah dan Sarawak bagi merealisasikan keinginan mereka untuk menguasai Putrajaya.
Cuma yang menjadi persoalan, mengapa PAS yang selama ini sangat berhati-hati dan seringkali menaruh syak wasangka terhadap agama lain, tiba-tiba turut terseret dan menjadi pak angguk yang paling tegar? Apakah kerana PAS berasa megah kerana mereka dapat membantu DAP untuk mengaut sebanyak mungkin undi kaum Kristian atau sebenarnya PAS begitu jahil?
Bab PKR tidak perlulah diperkatakan. PKR adalah lalang yang ditiup angin. Puak ini sememangnya tiada pendirian. Perkara terpenting bagi mereka adalah Anwar Ibrahim. Apa-apa sahaja yang dilihat boleh membantu Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyokong walaupun sokongan dan pembabitan mereka akan menyebabkan umat Islam serta orang Melayu khususnya mengalami kerugian besar.
Apatah lagi kebanyakan manusia dalam PKR adalah manusia hipokrit yang kecewa kerana gagal mendapat sesuatu ketika berada di dalam UMNO atau golongan anak muda yang berasakan rebellious merupakan aksi yang terbaik untuk mereka, sekaligus cuba membuktikan mereka lebih bijak dan lebih idealis berbanding UMNO yang dianggap sudah lapuk.
Permainan yang melibatkan Evangelist dan DAP sebenarnya adalah permainan yang sangat merbahaya. Tidak mungkin para pemimpin DAP tidak tahu bahawa isu agama dan isu akidah merupakan isu yang paling sensitif, bahkan mampu mencetuskan peperangan seandainya tidak dicegah dari awal.
Perlembagaan Malaysia, terutama Artikel 11 yang memperkatakan tentang kebebasan beragama, mempunyai had dan sempadan pada Fasal 4 Artikel yang sama, apabila turut menegaskan umat Islam di negara ini tidak boleh didakwahkan dengan sebarang cara untuk memeluk agama lain.
Kalau kita perhatikan, setiap kali memperkatakan tentang kebebasan beragama, atau ketika DAP dengan bantuan Majlis Peguam untuk menghalalkan pemurtadan, mereka akan merujuk Artikel 11 tetapi mereka tidak akan sesekali menyentuh tentang Fasal 4. Dan menariknya, walaupun mereka cuba menegakkan pendapat mereka berdasarkan Artikel 11, mereka menentang keras Fasal 4.
Sentimen yang sedang dimainkan oleh DAP sebenarnya sangat merbahaya. Pada 10 Mei 1969, sejurus selepas berjaya menawan kerusi-kerusi bandaran, DAP dan GERAKAN dengan ‘kerjasama’ beberapa parti lain, termasuklah NGO serta entiti yang mengawalselia perjalanan sekolah-sekolah vernakular membangkitkan kempen HALAU MELAYU BALIK KAMPUNG.
Pada ketika itu, gerakan menentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan begitu berleluasa. Malaysian Malaysia yang merupakan propaganda PAP meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Dan apabila PAP disingkirkan dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia, saki-baki manusia yang sebangsa dan sefikiran dengan Lee Kuan Yew melihat ruang yang ditinggalkan. Mereka perlu mengambil kesempatan yang ditinggalkan itu dan mengisinya.
Puncanya mudah… kalau Lee Kuan Yew berjaya, mengapa pula mereka mesti gagal?
Dan tindakan-tindakan tegas yang diambil oleh Tun Abdul Razak selepas itu, bukan sahaja menggagalkan cita-cita DAP yang merupakan peninggalan PAP, ditambah pula dengan pengukuhan Bahasa Melayu, kedudukan Islam selain penguatkuasaan terhadap anasir-anasir subversif yang cuba menimbulkan kekacauan menerusi kebencian kaum dan agama, menutup mulut mereka untuk beberapa ketika.
Lim Kit Siang sendiri terperosok dalam kandang ISA selama beberapa tahun dan selepas keluar, dia kelihatan ‘baik’ sedikit sehinggalah pada zaman Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri!
Apa yang berlaku sekarang, sebenarnya adalah pengulangan peristiwa pada tahun 1969. Bezanya kali ini ialah, subversif kali ini lebih berani dan lebih terbuka, memandangkan mereka mendapat sokongan Melayu dan puak-puak yang mengaku beragama Islam.
Sehingga kini, umat Islam masih tidak melihat sebarang tindakan konkrit yang diambil oleh kerajaan Najib Abdul Razak, sebaliknya Najib Abdul Razak cuba mengatasi masalah-masalah ini dengan cara bertolak ansur dan berlembut hati selain ‘merasuah’ dengan pelbagai kemudahan serta peruntukan untuk mengambil hati puak-puak yang terbabit.
Namun berjayakah kaedah yang diambil oleh kerajaan sekarang? Pada ketika Pakatan Rakyat sedang bermain sentimen kebencian agama, apakah kerajaan yang ada, lebih gemar menjadi pendiam kerana bimbang dicop menggunakan segala kemudahan dan media untuk bersikap RASIS dan anti agama lain?… tuduhan yang sebenarnya sudah pun dimulakan semenjak PRU12 walaupun hakikatnya DAP dan puak Pakatan Rakyat yang sangat memanipulasi agama untuk kepentingan politik mereka?

Orang Emas Ditangkap



“Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.
Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
“Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa,” katanya.
Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.
“Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja,” katanya.
Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.
Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive