Wednesday, August 24

Fitnah KDN: Tiga bentuk tindakan menanti ketua wanita PKR


Jangan ingat boleh 'buat-buat lupa' selepas memburukkan nama baik agensi kerajaan. Itu peringantan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kini sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin (gambar) kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.
Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.
"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, di sini.
Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.
Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.
Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.-

[Video] : DAP Dalang Gerakan Murtad di Malaysia


DAP adalah dalang yang sebenar,apakah reaksi anda terhadap video yang ini.terserlah kepada pembaca membuat penilaian.tak perlu MKP menceritakan semuanya tengok lah sendiri.

DAP kutip derma dari rakyat untuk Dana Pilihanraya..



“Kami minta derma kerana tak mahu curi wang kerajaan..” Itulah kata-kata Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng ketika menjelaskan mengapa DAP mengenakan bayaran bagi Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh DAP Selangor.
Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh Guan Eng dan Mat Sabu tersebut telah menetapkan bayaran sebanyak RM 60 sekepala ataupun RM 600 bagi satu meja itu dilangsungkan di Dewan Sivik MBPJ pada 22 Ogos 2011. Selain itu, bagi meja berdekatan dengan Guan Eng dan Mat Sabu yang dikhaskan untuk VIP, dikenakan harga sebanyak RM 1500 setiap meja.
Persoalannya sekarang, apakah masih tak cukup lagi DAP mengaut keuntungan hasil “rompakan” mereka di P.Pinang dan Selangor sampaikan kini mereka mahu merompak pula poket rakyat?
Selama ini, Guan Eng dan Mat Sabu mendabik dada dan mewar-warkan kononnya Pulau Pinang dan Selangor menjadi kaya dan untung hasil dari pemerintahan Pakatan. Jadi takkanlah mereka masih lagi mahu memeras ugut rakyat diatas nama dana pilihanraya?
Tambah pula, kenyataan Guan Eng amatlah bodoh apabila dia berkata Pakatan minta derma kerana tak mahu curi duit kerajaan. Ini bermakna Guan Eng lebih sanggup curi duit rakyat semata-mata untuk kepentingan parti mereka sendiri.
Sepatutnya, Guan Eng dan Mat Sabu tak membebankan rakyat dengan perbelanjaan pilihanraya mereka. Apa yang rakyat di Pulau Pinang dan Selangor dapat apabila Pakatan memerintah kedua-dua negeri tersebut? Apa jasa Guan Eng dan Mat Sabu kepada rakyat Selangor dan P.Pinang?
Berbeza dengan Barisan Nasional yang membantu serta meringankan tanggungan rakyat, Guan Eng dan Mat Sabu pula kerjanya asyik membebankan rakyat didalam negara khususnya negeri-negeri yang mereka jajah. Inikah contoh kerajaan yang dikatakan berkebajikan?
Dimanakah konsep negara berkebajikan yang Pakatan nak laksanakan kalau untuk bertanding dalam pilihanraya pun sanggup mereka mengutip duit dari rakyat bawahan? Sebelum ini mereka selalu dakwa kerajaan DS Najib menyusahkan rakyat yang hidup dibawah pentadbiran BN.
Tapi sekarang ini Guan Eng dan Mat Sabu sendiri membuktikan bahawa mereka yang sebenarnya teruk apabila meminta-minta duit rakyat demi kepentingan politik mereka. Itu masih belum lagi dapat memerintah negara, cuba kita bayangkan pula perangai mereka-mereka ini jika mereka berkuasa..
Kalau sebelum memerintah pun sudah menyusahkan rakyat dan merompak poket rakyat, kalau ada kuasa nanti mungkin semua cukai dinaikkan dan harga barang naik berlipat kali ganda semata-mata hanya untuk menampung kos kepentingan politik parti-parti didalam Pakatan.
Terbukti bahawa negara berkebajikan yang selalu dicanang oleh Pakatan hanyalah dongeng ciptaan pemimpin-pemimpin mereka sahaja. Bagaimana mahu menjaga kebajikan rakyat jika rakyat yang terpaksa mengeluarkan modal untuk kesenangan pemimpin Pakatan?
Jika pengemis yang meminta derma untuk makan, kita boleh faham kerana situasi yang dihadapinya. Tapi kalau Ketua Menteri dan Timbalan Presiden parti yang meminta-minta duit rakyat, itu dah melampau kerana rakyatlah yang sepatutnya minta kepada mereka.., bukan sebaliknya.
Semua ini jelas menunjukkan sikap sebenar Pakatan yang hanya mahu menipu “harta” rakyat. Guan Eng dan Mat Sabu memang jenis muka yang tak tahu malu apabila sanggup bebankan masalah politik mereka dibahu rakyat!

Khali Dah Gagap,Buat Memandai Pulak Dah



Dah raplah jingga kata orang diutara apabila mendapat tahu bila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.Kantoilah lagi dibuatnya?


Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar Isnin berkata idea penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan oleh Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lepas.

Katanya Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.
Ini menurut Abdul Khalid bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, katanya.
Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tersebar kenyataan Khalid yang boleh dianggap 'pandai-pandai' itu, beliau kantoi.
Mohamad Munir berkata apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.
“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.
“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” kata Munir.
Menurutnya, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi Baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.
Oleh yang demikian, Mohamad Munir berkata isu Baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar.
"Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor".
JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan melakukan pemeriksaan di majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.

Tuesday, August 23

Saiful mengadu sakit di bahagian dubur dan diliwat


Saksi kedua pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Dr Muhd Osman Abdul Hamid yang melakukan periksa terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan di hospital Pusrawi memberitahu, dia memeriksa pengadu pada 28 Jun 2008.
Saiful kata saksi mengadu sakit di bahagian dubur selain mengadu diliwat oleh seorang 'VIP'.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat 'akuan bersumpah' ketika disoal mengapa, katanya "Saya amat takut,".
Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat 'akuan bersumpah' itu.
Kata Dr Osman, seorang pesuruhjaya sumpah, 'Anwar' dan peguam bernama "Yusri'.
Beliau menafikan cadangan pendakwaraya bahawa dirinya menokok tambah laporan pemeriksaan ke atas Saiful tanpa pengetahuan saksi utama itu.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Yusof bahawa maklumat itu tidak direkodkan pada hari pemeriksaan itu.
"Mohd Saiful memaklumkan saya bahawa beliau diliwat selepas saya menjalankan pemeriksaan fizikal. Saya terkejut dan terus mencatatnya sebelum menasihatkannya untuk membuat laporan polis dan diikuti dengan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan," kata graduan Universiti Yangoon itu.
Semsa disoal kenapa beliau tidak bertanya pesakitnya apa sebab beliau sakit dan siapa yang memasukkan satu objek plastik ke dalam duburnya, Dr Osman bersetuju beliau tidak membangkitkan kedua-dua soalan itu walaupun ia amat penting.
Dr Osman juga memberitahu mahkamah bahawa beliau menyediakan laporannya pada 30 Jun selepas diminta oleh seorang warga kerja hospital yang dikenali sebagai "Azlan" dan juga menyediakan akuan berkanun (SD) atas permintaan seorang peguam yang bertindak bagi pihak hospital.
"Saya diminta menyediakan SD untuk fail sulit hospital, berikutan satu kebocoran mengenai laporan perubatan saya berkaitan dengan Mohd Saiful semasa saya berada di Myanmar," kata Dr Osman.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Semasa pemeriksaan utama oleh peguam bela bersama Anwar, S. N. Nair, pegawai perubatan kanan yang kini ditempatkan dengan Institut Jantung (IJN), berkata pada mulanya Mohd Saiful memberitahu bahawa beliau mengalami sembelit selama seminggu dan sakit di dubur.
"Saya sapu sedikit pelincir dan menggunakan protoskop untuk memeriksa kawasan dubur dan semuanya normal tanpa tanda kecederaan," kata Dr Osman. Sementara itu, saksi ketiga pembelaan Profesor Madya Dr David Lawrence Noel Wells dari Australia berkata dalam sejarah pengambilan kes serangan seksual dari seorang pesakit adalah penting bagi membantu doktor membuat pemeriksaan perubatan yang betul.
"Dalam kes ini, borang proforma yang digunakan untuk merekodkan sejarah perubatan dan maklumat lain adalah tidak sesuai dan hanya lima halaman pertama diisi dan baki lima halaman lagi dibiarkan kosong," kata pakar forensik itu.
Merujuk kepada borang itu, Dr Wells berkata doktor yang merekodkan butiran hanya menyatakan pesakit mengalami kesakitan dan pendarahan tetapi tiada butiran lanjut diperolehi.
"Adalah penting untuk mereka mengikuti standard metodologi di mana mereka patut menanyakan pesakit sejak bila mereka menderita sakit itu atau lokasi sebenarnya," kata Dr Wells.
Apabila ditanya Nair untuk memberikan pandangan kepakarannya mengenai keputusan klinikal tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai, 2008, beliau berkata tanpa kehadiran laporan makmal, mereka tidak akan mendapat keputusan yang konklusif.
Ahli patologi forensik Dr Siew Sheue Feng, Pakar Jagaan Kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar bedah Dr Mohd Razali Ibrahim telah menyimpulkan bahawa tiada keputusan klinikal yang konklusif menandakan penetrasi kepada dubur/rektum.
Mereka juga menyimpulkan tiada luka yang ketara para tubuh pesakit. Apabila ditanya Nair mengenai pendapatnya mengenai laporan Pusrawi sama ada Dr Wells boleh membacakan laporan itu sebagai "sakit apabila membuang air besar atau semasa mencuba membuang air besar", Wells menjawab beliau akan membaca laporan itu sebagai apabila membuang air besar.
Bernama melaporkan, Dr Wells berkata laporan itu bermakna bahawa apabila seseorang berbuat demikian, dia akan berasa sakit.
Semasa diminta menjelaskan sampel calitan yang diambil semasa Mohd Saiful mula mengadu mengenai serangan seksual, sama ada prosedur yang betul telah digunakan, Dr Wells berkata beliau tidak ragu-ragu dengan prosedur itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan penstoran calitan adalah penting bagi membuat profil DNA.
Beliau menjelaskan cara yang betul bagi menyimpan calitan selepas ia diambil adalah udara dalam bekas spesimen perlu dikeringkan atau dibekukan segera dan dihantar ke makmal secepat mungkin. Menjawab soalan Nair sama ada dapat diterima, ia tiba di makmal hampir 43 jam selepas calitan diambil, Dr Wells berkata: "Ia sudah tentu tidak berapa elok".
Ini kerana dalam keadaan lembab, bakteria boleh merosakkan elemen protin di dalam sampel DNA, katanya.
Ditanya untuk meringkaskan prosedur forensik yang digunakan dalam kes ini oleh Nair, Dr Wells berkata, beliau tidak akan berkata bahawa mereka tidak cekap tetapi lebih suka menyatakannya sebagai seseorang yang baru kepada tugas itu atau tidak berpengalaman.

Pemuda Pas Penang takut nama jadi buruk bila dikatakan mereka demo sokong Jais



Pemuda PAS baru nak angkat muka dan bersuara,sumber yang sahih menyatakan bahawa masa demo hari tue semua pemuda PAS yang hadir kebanyakkan mereka datang dari markas PAS jelutong ,sungai pinang dan datuk keramat mungkin yang hadir tidak sehebat yang depa rancang.sebab tue kenyataan ini dikeluarkan,malulah puak Pemuda PAs nie.abang besaq dah berdehem kot?,sapa lagi abang taiko DAP yang sekarang suka la!apabila depa nie pakat tarik hand-break.Tadi semasa jumpa geng yang dok sembang ana nie kata abang taiko dah bagi kata dua,hampa tarik balik atau buat kenyataan kalu tidak peruntukkan tak sampai dekat hampa,sungguh bacul puak pemuda pas nie  kena cucuk hidung rupanya,,,,,kesian.....................................  




PULAU PINANG, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang tidak pernah berdemo menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Masjid Simpang Enan sepertimana yang tersiar di Utusan online baru-baru ini.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berharap Utusan online lebih berhati-hati ketika menyiarkan berita seumpama itu kerana ia boleh memburukkan nama baik Dewan Pemuda PAS negeri.

Sebenarnya, jelas beliau perhimpunan selepas solat Jumaat tempoh hari dianjurkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Hafiz Nordin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajuinya.

"Jika Dewan Pemuda PAS Negeri nak anjurkan, bukan 20 yang hadir malahan ratusan. Kami mempunyai displin sebab tidak memandai-mandai buat demo sebab ia belum mendapat rumusan daripada PAS sendiri ekoran pembatalan di saat akhir oleh pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) serta Jais untuk berjumpa pemimpin PAS," jelasnya.

Katanya, kesan berita yang tidak tepat itu menyebabkan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat kencaman hebat daripada blogger yang tidak mengetahui perkara sebenar.

"Sedangkan Dewan Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu soal demo secara aman berkenaan," ujarnya.

PANAS VIDEO ANUAR MAIN:MAHKAMAH



Apa dah jadi nie Pak Sheik dok buat sampai depa nie marah sebegitu rupa,kenapa dok memalukan negara.ayat peliwat tue yang mahal.syukurlah brother nie dah insaf dan bertaubat.Yang menjadi persoalan yang bermain dibenak hati saya kenapa depa nie pakai baju warna kuning.Adakah melambangkan stor kunyit kot,yang MKP tahu kunyit berwarna Kuning.Terbaiklah Brother nie semangat tue lebih,mungkin kena kelentong dengan Pak sheik kot?

MasihKah Zalim Kerajaan Barisan Nasional?



Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.
Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.
“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.
“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.
Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.
MKP kata:Perlu ada penjelasan yang lebih lagi apabila Kerajaan Barisan Nasional mengambil berat kepada rakyat yang berpendapatan kurang dari 3ribu.Langkah yang bagus dan terbaik akan tetapi jika kurang diberi penjelasan akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sering mengambil kesempatan yang kononnya mereka adalah pembela rakyat,BN kena lebih populis demi mencapai apa yang dirancangkan.

Monday, August 22

Isu Rumah Kos Rendah : Guan Eng Tiba-tiba Jadi Orang Bisu



GEORGE TOWN, 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tidak menjadi pelakon bisu sebaliknya segera menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang didakwanya telah dibina di negeri tersebut.
Tegasnya tindakan membisu Guan Eng hanya akan mengesahkan dirinya sebagai pemimpin yang sentiasa berbohong kepada rakyat.
Guan Eng sebelum ini lantang menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.
Sebaliknya Guan Eng mendakwa telah membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.
Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina.
“Kalau dah buat rumah tersebut mesti ada…kalau ada di mana?  Ramai dah cabar Guan Eng tunjuk rumah tersebut tapi sampai sekarang Guan Eng tak tunjuk.
“Mungkin Guan Eng cuba cari rumah itu tapi tersesat tak jumpa sebab itu sampai sekarang dia tutup mulut”, kata Shaik Hussein secara sinis.
Beliau seterusnya berkata tindakan Guan Eng yang terus menyembunyikan kepala itu membuktikan bahawa bukan dirinya saja pemimpin yang tidak bertanggungjawab malah konsep Telus, Akauntabiliti dan Bersih yang kononnya diamalkan pentadbirannya tidak lebih sekadar satu retorik kosong semata-mata”, ujarnya.
Sebelum ini, ekoran daripada desakan UMNO Pulau Pinang mengenai isu pembinaan rumah kos rendah, Guan Eng telah mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan bukti bahawa dia telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah namun tidak memberitahu di manakah projek tersebut dilulus dan dibina.
Sehingga kini, selama tiga tahun memerintah negeri tersebut, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat gagal membela nasib rakyat termasuklah di dalam isu rumah kos rendah ini. -MediaUMNO

MKP kata:Guan eng dok bela orang yang sokong dan dengaq cakap dia saja,banyak lagi benda yang dijanjikan masa PRU 12 belum terlaksana,Inilah janji manismu oleh guan eng dan sekutunya.

Anwar 'Lagukan Irama 1998' Di Kandang Tertuduh


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ‘melagukan’ irama tahun 1998 apabila menuding kepada kerajaan yang kononnya berkonspirasi dalam pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada pembelaannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, dari kandang pesalah, beliau berkata, seluruh proses pendakwaan terhadapnya adalah konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjatuhkan kareer politiknya dengan memasukkannya ke penjara.
Sehubungan itu, Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa keadilan akan terlaksana dalam prosiding perbicaraannya meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh barisan pembelaan.
“Ini bukan satu perbicaraan kes jenayah, ia hanya satu kepura-puraan untuk menghentikan saya bagi membolehkan mereka terus berkuasa,” katanya semasa membacakan keterangan setebal 32 halaman yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Anwar juga berkata, tindakan serupa telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menggunakan tipu muslihat dan berjaya mensabitkan beliau bersalah dan meringkuk di penjara selama 15 tahun untuk jenayah yang tidak pernah dilakukannya.
Tambahnya, kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku pada tiga tahun lalu didakwa kembali berlaku sekarang.
“Perdana Menteri melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mentor beliau dengan menggunakan semua kuasa yang ada melalui media, polis, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman untuk menjatuhkan saya daripada persamaan politik,” katanya.
Selain itu, Anwar yang mula membaca keterangannya pada pukul 9.56 pagi berkata, tindakan yang berterusan untuk menghantarnya ke penjara menjadi perkara mustahak ekoran kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
Tambahnya, bukan satu kebetulan apabila konspirasi itu timbul dalam jangka masa tiga bulan selepas kemenangan PRU 2008 manakala pendakwaan secara rasmi dilakukan hanya sebulan sebelum beliau dijadualkan bertanding bagi kerusi Parlimen untuk kawasan Permatang Pauh.
“Mengada-adakan tuduhan liwat adalah untuk memburukkan perwatakan saya. Ceramah dan perhimpunan tidak memfokuskan isu sosial. ekonomi mahupun politik, tetapi semata-mata mengenai diri dan moral saya.
“Tetapi Allah maha kaya dan saya bukan sahaja tidak kalah, namun berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan kelebihan majoriti yang sangat besar iaitu 15,000 undi,” katanya.
Anwar juga berkata, semangat untuk menjatuhkannya dari persada politik tidak akan berkurangan dan mendakwa, Najib beranggapan dengan memusnahkan kareer politiknya, ia juga boleh memusnahkan peluang PR untuk berkuasa.
Terdahulu, Anwar memulakan pembelaannya dengan mengimbas kembali kejadian pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 yang didakwanya dibuat ekoran keengganannya untuk meletak jawatan.
“Beliau memberitahu saya untuk meletak jawatan atau berhadapan dengan kesannya termasuk pendakwaan kes jenayah iaitu dakwaan seksual dan rasuah,” katanya dan menambah kejadian itu telah menyebabkan berlaku demonstrasi dan era reformasi yang menjadi sebahagian daripada sejarah negara.
Anwar juga berkata, kejadian 'mata lebam' ‘disembunyikan’ oleh Tan Sri Gani Patail (kini Peguam Negara), Tan Sri Musa Hassan (Bekas Ketua Polis Negara) dan ia dalam pengetahuan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.
“Semua personaliti ini saling berkait pada tahun 1998 dalam skandal mata lebam dan percubaan untuk memutar-belit keadilan. Ini juga adalah individu sama yang terlibat dalam pendakwaan kes liwat terhadap saya pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, sebaik sahaja Anwar selesai memberikan pembelaannya pada pukul 11.47 pagi, Mohd Yusof berdiri dan memberitahu bahawa ini adalah kali pertama beliau mendengar pembelaan seumpamanya yang diberikan dari dalam kandang pesalah.
“Saya sangat berminat untuk menyoal balas tertuduh berhubung kenyataannya yang tidak berkaitan dengan kes ini,” tambah Mohd Yusof.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, pembelaan yang diberikan dari kandang pesalah tidak boleh disoal balas oleh barisan pendakwaan.
Beliau seterusnya menetapkan perbicaraan bersambung pada Selasa, dengan keterangan pakar yang akan dibawa oleh Anwar.
Terdapat dua nama pakar yang disebut-sebut sepanjang prosiding berlangsung, iaitu pakar dalam bidang asid deoksiribonukleik (DNA), Dr Brian McDonald dan pakar forensik Dr David Wells yang kedua-duanya dari Australia.
Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, nombor 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan disebat.
Beliau didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 7 Ogos 2008 sebelum perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010 manakala pada 16 Mei lalu, Anwar dipanggil untuk membela diri.
MKP kata:Sudah-sudahlah Pak Sheik nak tuduh orang lain yang konpirasi pulak yang sedap tue hang orang lain pulak kena,mengaku sajalah Pak sheik memang kaki lubang kunyit.

VIDEO Mat Sabun RISE OF THE PLANET




Mat Sabun akan keluarkan Filem terbaru.Pecah panggung video terhebat sepanjang zaman PAS.Terima Kasih BADUTRAKYAT.Video yang hebat.

Angkuh dan biaDAP Mangkok Hayon Sekor nih..!!!





Ni dia sekor lagi Mangkok Hayon pembangkang yang menolak jawatankuasa terpilih. Malah dengan dangkal dan bebalnya si biaDAP Guan Eng ni menyatakan jika benar pilihanraya di Malaysia bersih, sudah lama BN jadi pembangkang.

Kitapun tak tahu apa yang tak bersihnya dengan pilihanraya kita sekarang. Jika tak bersih , sukar bagi puak pakatan pembangkang rasanya nak dapat 1 negeri pun? Sedangkan pada PRU ke 12 yang lepas, mereka berjaya menawan 5 negeri. Malah menafikan 2/3 kerusi parlimen kerajaan persekutuan.

Apakah itu namanya tidak bersih?

Mereka nak menang PRU dulu, baru nak kata SPR tu bersih kah? Atau mereka mahu menang kerusi dalam Malaysia, baru nak kata kerajaan adil?

Bercakap serupa tak ada otak. Otak letak kat kepala lutut. Isu mykad dan myPr pun sebenarnya lebih banyak fitnah dari kebenaran. Mereka banyak merekacipta isu fitnah dah kemudian sebarkan untuk membusukkan nama kerajaan pusat dan SPR.

Hakikatnya.. isu itu tak wujud dan langsung tak timbul. Mungkin hanya sebilangan kecil kes yang menjadi kesilapan, namun ia tidaklah membimbangkan.

Semakin bosan dan muak dengan karenah pakatan pembangkang yang tak habis-habis mencari isu bagi memporak perandakan keadaan. Memang mereka ni semua mangkok hayon...!!!! - Anti biaDAP

Sunday, August 21

Panasss..!!! Malaysian Insider mintak maaf pada PM, mengaku wartawannya bangang..!!!



Patutnya, Malaysian Insider rasa malu dengan apa yang berlaku. Dan sepatutnya Malaysian Insider juga memohon maaf kepada semua pembaca, dan tidak hanya kepada PM sahaja. Dah jelas, Malaysian Insider akhirnya mengaku salah dan mengaku wartawannya memang "bangang"!

Malaysian Insider juga mengaku wartawan-wartawannya tidak faham bahasa Melayu dengan baik. Habis tu, kenapa pulak Malaysian Insider ambil budak-budak bangang tu jadi wartawan? Kalau iya pun, jangan la hantar wartawan-wartawan bangang tu ke press conference berbahasa Melayu.

Aku tengok, dah banyak kali dah wartawan-wartawan depa ni tak faham yang cuba disampaikan. Nama je warganegara Malaysia, tapi bahasa Melayu pun tak faham. Apatah lagi bila bercakap. Lintang pukang je soalan yang diorang kemukakan. Macam tu kualiti wartawan Malaysian Insider? Padan pun beritanya banyak spin dan bodoh-bodoh belaka!

Macam tu pun masih ramai lagi rakyat Malaysia yang baca dan percaya pada portal pro-pembangkang tu? Agak-agak la. Apa standard yang korang letak pada diri sendiri untuk percaya benda karut-marut propaganda pembangkang tu? Lain la kalau daya intelek korang tu tahap sifar...

Tapi, sekurang-kurangnya Malaysian Insider mengaku salah dan menyalahkan diri sendiri. Berbanding "Yahudikini" yang dah banyak kali kantoi menipu, diorang tetap juga buat muka tak malu. Muka tembok! Dari wartawan hinggalah editornya, memang jenis muka tak malu!

Apa tidaknya? Walaupun dihentam, dikantoikan dan diperli secara berdepan, Malaysiakini tetap bermuka tebal pergi cover majlis-majlis BN, UMNO, Perkasa dan NGO-NGO yang menghentam mereka. Sebagai contoh, Tok Him dan Zul Kulim pernah hentam diorang secara berdepan, wartawan malaysiakini tu berada betul-betul depan depa! Tapi biasalah, muka tembok...mana ada rasa malu pun... 

Dulu Ali Setan Dan Sekarang Dah Ikut Perangai Setan..


Hari tu, Bob Lokman, kutuk dunia artis yang pernah diinjaknya lepas dia jumpa ‘jalan insaf’. Pada hal dunia itulah yang buat dia Bob Lokman. Bertahun-tahun dia jadi Bob Lokman dengan hasil seni, buat lirik, buat lawak..rasanya kalau dia duduk kedai kopi jual teh serbat saja, tak ada orang kenal siapa dia. Tapi bila dah jumpa jalan, kutuklah industri bagai nak rak. Yang tak betul dia, tapi yang salah dunia seni. Ada ka?
Dan dalam bulan Ramadan yang syahdu lagi mulia ini, tetiba seorang lagi bekas artis kena angin yang serupa. Dalam menyampaikan taskirah di sebuah masjid, ulang, masjid,  Azmil Mustafa (aka Ali setan) kutuk orang Melayu. Katanya, orang Melayu bodoh, Orang Melayu tak ada telur. Dan paling tak tahan, kutuk pula pembesar negara sampai ke Agong! Dan, Azmil juga mengutuk seorang tua yang menegurnya dengan mengatakan haji dan zakat yang dilakukan orang itu sia-sia saja. Sejak balik Jordan ni, dah lagu tu ka?  Isyy, isyhh…
Perkembangan terbaru ini amat mengejutkan. Kita hormat pendiriannya berubah kerana seingat saya, ceritanya dia dulu memang jahat macam setan masa muda. Maklumlah dia lama duduk Amerika. Jadi, bila dia berubah sebagai Muslim sejati, kita bersyukur. Dan bila dia pilih untuk kongsi pengalaman dalam kerja dakwahnya, kita pun yang pernah kenal dia tumpang bangga.
Cuma saya sedikit keliru, apakah yang dilakukan sekarang sebagai berdakwah atau berpolitik? Kenapa pula nak kait soal kerajaan, PM dan Agong dan lebih menyedihkan kenapa jadi begitu kasar sedangkan penyampaian dakwah itu mengikut Islam dan Rasulullah ada tertib, adab dan sopan yang halus mulus, bukan dengan berkasar dan mengutuk dan memaki hamun orang lain.
Apa tujuan kita berubah? Tentunya untuk jadi insan yang lebih baik, lebih menghormati orang lain dan mengasihi bangsa dan saudara seagama. Cara kita biarlah sederhana, kerana ini pun sememangnya dituntut dalam agama kita, bersederhana, bukan over sampai jadi berlebih-lebih pula. 
Sebagai orang yang mengenali Azmil dari  zaman dia berambut anika warna dulu,  saya hanya terkilan jika dia memilih untuk berpolitik daripada berdakwah. Jika dia benar prihatin terhadap orang Melayu, sepatutnya dalam bulan yang penuh rahmat ini, dia bagi taskirah bagaimana orang Melayu patut berjuang dalam saf yang satu, bukan berpecah belah seperti hari ini. Atau kalau betul mahu berdakwah dan sayangkan anak Melayu, kenapa tidak sentuh soal murtad?
Nak kata dia kena rasuk setan, teringat pulak sekarang ni bulan Ramadhan, mana ada setan berligar…setan semua kena rantai. Jadi setan apakah yang telah masuk dalam badan Azmil sampai boleh keluar cakap macam itu dan paling tak sedap ialah bila kutuk org lain yang cuba menegurnya.. setahu saya, kita ni tak baik hina orang lain, apa lagi saudara seagama. Itu sifir hukum biasa yang tok nenek kita ajar. Jadi, apatah lagi bila jadi penceramah aka, pendakwah, dalam masjid pulak tu.

Berdakwah biarlah berhemah, bukan kutuk mengutuk.
Tapi, sebelum itu, buat Azmil, Bob dan artis lain yang sewaktu dengan mereka ini, yang sebenarnya, sebenarnya korang ni nak berdakwah atau nak main berpolitik?

SMS Palsu Bulan Mengelilingi Kaabah.



Korang percaya ke dengan SMS yang menyatakan Bulan akan mengelilingi Kaabah. Massage yang tersebar secara meluas tu diterima kononya daripada Dato Mazlan dan berbunyi begini;
"Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .."

Fakta yang perlu korang ketahui :

@ Bidang Datuk Mazlan sebenarnya adalah AstroFizik dan bukannya Astrology.

@ Gelaran yang diterima oleh Mazlan Othman adalah Datuk dan bukannya Dato'. Rujuk Wikipedia

@ Yang nie yang paling kelentong sekali. Macam mana pengirim SMS tu boleh tahu, masa tu adalah saat² doa dimakbulkan ? Cuba la korang fikir betul².


Nie pulak email keterangan yang diterima dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur petang tadi.

Tuan/Puan:

Salam sejahtera.

Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:

Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..

Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di Mekkah

Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.


Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara


Saturday, August 20

SAMAN SAJA lIDAH BEWAK NIE.TUNGGU APA!!!!!



Lim Guan Eng berkata Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau, sebaliknya boleh berbuat demikian sekarang jika mahu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim, didakwa cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP, Ahad lalu.

“Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang.kata Lim dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.

Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: “Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng,sebelum saya bawa ke mahkamah.”

Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town.

Dalam pada itu, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pula menulis, “Umno Selangor nak saman Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Umno Pulau Pinang nak saman Lim Guan Eng. Jangan tuduh kami bukan-bukan,” katanya lagi.

Umno mengadakan mesyuarat majlis tertinggi petang ini.

Mesej-mesej Twitter mengenai isu itu muncul selepas berakhir mesyuarat MT.

MKP kata:saman saja tak payah tunggu lagi lidah bewak nie dah besaq kepala.


Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive