gaza

Tuesday, August 30

Merdeka yang hilang?



Setiap kali tiba bulan kemerdekaan, akan kedengaran di corong-corong udara, persoalan yang sering dikemukakan: apa erti kemerdekaan? Persoalan ini banyak bersangkut-paut dengan perspektif ortodoks kita tentang apa itu patriotisme, yang telah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kita diuli untuk melihat patriotisme melalui kaca mata hitam putih yang sempit.

Patriotisme adalah bendera. Patriotisme adalah nyanyian lagu-lagu kenegaraan. Patriotisme adalah perarakan warna-warni. Patriotisme adalah anak Melayu, anak Cina dan anak India tersenyum lebar dan berterima kasih kerana kemakmuran negara.

Patriotisme maknanya kesyukuran. Patriotisme itu ikrar mempertahankan agama, bangsa dan negara. Patriotisme maksudnya menerima seadanya.

Erti kemerdekaan dibentuk mengikut acuan yang disediakan melalui sistem pendidikan kita. Mengikut acuan ini, merdeka itu mengingati pejuang-pejuang kemerdekaan silam, seperti Tok Janggut, Rentap, Datuk Maharajalela serta tokoh-tokoh Perikatan yang membawa kemerdekaan. Kita kemudian disajikan dengan filem-filem bertemakan perjuangan seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong. Merdeka akan menyaksikan pemimpin memegang bendera kecil dan mengibarkannya bersama-sama dengan rakyat marhaen.

Maka, apabila bulan kemerdekaan tiba dan kurangnya kibaran bendera, kita mula panik, kita mula gempar. Kita lakukan perkara-perkara drastik seperti memaksa pemilik bangunan untuk menggantung bendera. Kita banjirkan lagu dan program yang dikatakan ‘patriotik’. Seperti biasa, patriotisme dan merdeka itu dikerah dan disumbat ke dalam diri kita. Semuanya untuk memastikan konsep kemerdekaan yang telah diiktiraf itu dipelihara dan patriotisme itu tampak di mata.

Anak muda kemudiannya dituduh tidak kenal erti kemerdekaan. Dikatakan, generasi masa kini tidak patriotik. Kurangnya bendera bermakna rakyat tidak lagi mencintai negara. Oleh kerana kita tidak lihat simbol dan ikon ortodoks kemerdekaan, kita terus membuat kesimpulan bahawa merdeka itu telah hilang di hati. Terburu-buru kita mencari merdeka yang entah ke mana.

Tetapi, ‘erti’ kemerdekaan itu harus dilihat semula. Ia tidak boleh dikongkong oleh satu interpretasi sahaja dan ia tidak boleh hanya berlabuh di lautan silam. Merdeka harus kontemporari dan harus sentiasa relevan.

Bagi saya, kemerdekaan itu diluahkan melalui Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak untuk hidup dan kebebasan diri. Ia bukan hanya terhad kepada hak untuk wujud dan bernyawa, tetapi juga merangkumi kebebasan untuk menikmati kehidupan berkualiti. Oleh itu, seorang anak Malaysia bebas untuk menjalani kehidupan bermakna kerana kemerdekaan yang dikecapi.

Kita lupa sebenarnya. Dalam ketaksuban kita mencari petanda-petanda patriotisme yang kita kenal, kita tidak menyedari bahawa semangat cinta akan negara tidak mempunyai hanya satu manifestasi. 

Patriotisme itu bukan sahaja merah, putih, kuning dan biru, ia boleh terbit melalui jalur-jalur warna yang lain. Oleh kerana sudah sekian lama kita disuap dengan satu interpretasi kemerdekaan, kita sukar untuk melihat interpretasi lain yang mungkin ada.

Terdapat begitu banyak cara seseorang rakyat Malaysia meluahkan perasaan cinta akan negaranya. Dia tidak perlu menuturkan kata-kata tersebut, cinta itu boleh terlihat melalui perilakunya.

Seseorang berpolitik demi melihat Malaysia yang lebih baik sama patriotiknya dengan anak muda yang berkumpul di Dataran Merdeka setiap malam minggu atas dasar demokrasi. Seorang pemain gitar dalam kugiran yang menyanyikan lagu-lagu rakyat sama patriotiknya degan aktivis yang ingin memar­tabatkan Perlembagaan. Kasih mereka sama, cara mereka berbeza.

Semangat patriotisme tidak akan lahir dengan paksaan. Ia harus dipupuk dan digalakkan, walaupun apa rupa bentuknya. Kerana seperti cinta-cinta yang lain, cinta kepada negara itu adalah sesuatu yang bersifat semula jadi yang akan hadir bila tiba waktunya, tidak diundang dan tidak dipinta.

Populariti Najib tercalar: MKP kurang setuju



kaji selidik yang menunjukkan bahawa tahap kepopularan atau puas hati rakyat terjadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merosot enam mata kepada 59 peratus, bukan perangkaan yang berwibawa.


Merdeka Center adalah pusat banci dan kaji selidik pendapat. Ia telah menjalankan kajian dan penyelidikan. MKP  akui ia sebuah badan bebas, tetapi ia tidak boleh mewakili apa yang kita namakan sebagai autoriti.


Dalam sektor kewangan, kita ada Standard and Poors dan Morgan Stanley. Bagi Merdeka Center kita boleh melihat dan membuat pertimbangan.


Merdeka Center boleh digunakan sebagai rujukan, tetapi cepat untuk berkata bahawa data berkenaan mungkin sangat subjektif.


Menurut badan itu, tahap puas hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan oleh presiden Umno itu pada Jun tahun lalu.



Antara lain, kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.
Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib menangani dan memngendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Bukit Kepong

Filem ini diterbitkan pada tahun 1981 dan diarahkan oleh Datuk Jins Shamsuddin. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsudin,A. Rahim,Hussein Abu Hassan,Yusof Haslam,Dali Abdullah,Samsudin Baslah

Peristiwa Bukit Kepong



Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Isi kandungan [sorokkan]
1 Permulaan
2 Serangan Komunis
3 Bantuan dari perkampungan berdekatan
4 Selanjutnya
5 Mereka yang terselamat
6 Mereka yang gugur dalam pertempuran
7 Lihat juga
8 Pautan luar


[sunting] PermulaanKejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1.Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2.Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

[sunting] Serangan KomunisMenurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis [[Melayu] di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


Peta Serangan Balai Polis Bukit KepongDalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

[sunting] Bantuan dari perkampungan berdekatanSemasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan. [2]

[sunting] Selanjutnya
Keadaan balai yang hangus terbakarApabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

[sunting] Mereka yang terselamatAnggota Polis
1.Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
2.Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
3.Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
4.Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
1.Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
2.Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3.Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4.Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
5.Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6.Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7.Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8.Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9.Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
10.Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
[sunting] Mereka yang gugur dalam pertempuranAnggota Polis
1.Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2.Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3.Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4.Konstabel 9136 Hassan Osman
5.Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
6.Konstabel 8600 Jaafar Hassan
7.Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
8.Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
9.Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10.Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11.Konstabel Marin 68 Awang Ali
12.Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13.Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14.Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
1.Ins. Kudarina Naknok
2.AP 2130 Samad Yatim
3.AP Mahmood Saat
4.AP 1925 Ali Akop
5.AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
1.Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
2.Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
3.Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4.Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
1.AP Redzuan Alias
2.Embong Lazim
3.Mendiang Koh Ah Cheng 

Kronologi Mat Sabun Hero Pembohong.




Mohamad Sabu@Mat Sabu memang seorang sempoi.Karektor pak lawaknya membuatkannya berada antara di rangking teratas kalangan penceramah PAS.

Kekuatannya di pentas ceramah memberikannya markah yang lebih ketika PAS sedang mencari seorang hero untuk mengantikan Nasarudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada muktamar baru-baru ini.

Disaat berdepan dengan senario politik menjelang PRU 13,PAS mahu seorang watak yang kaki balon rapat untuk belasah Barisan Nasional berbanding Nasarudin yang lebih low profile dan tertib.

Mat Sabu mungkin tahu sangat pengharapan perwakilan PAS yang telah meletaknya di kedudukan nombor dua dalam parti itu untuk bergandingan dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Bukan senang untuk memenuhi pengharapan yang besar itu.Siapa yang tidak resah dan bimbang kalau tidak dapat memuaskan selera mereka yang mengundinya.

Tempohnya belum lama setelah terpilih pada awal Jun lalu – kini ramai yang bertanya apa istimewanya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS ?

Dari segi pembaharuan,tidak ada satu benda baru yang dibawanya dalam PAS.Beliau terus dengan karektor asalnya yang ‘ gitu-gitu’ saja.

Dan...dalam usaha untuk menjelmakan dirinya sebagai seorang hero itu,Mat Sabu terperangkap dalam silap langkahnya bila cuba menconteng sejarah kemerdekaan negara dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu– sehingga membuatkan ramai yang bangkit menghalakan senapang kearahnya.

Isunya bukan kecil.Siapa yang tidak marah bila beliau cuba mendewakan gerombolan komnunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong di Johor,yang dikira satu sejarah luka bagi pasukan keselamatan.

Beliau juga cuba menidakan peranan Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar sebagai pejuang kemerdekaan.

Motifnya sebagai orang PAS semata-mata untuk gembar gembur kemerdekaan negara bukan hasil perjuangan UMNO.

Sebaliknya rentetan perjuangan kemerdekaan negara sejak dari penentangan Malayan U nion hingga ke pemergian Tunku Abdul Rahman ke London jelas terpahat.

Kini semua orang sedang memerhati bagaimana PAS hendak ‘bersilat’ dengan dakwaan celupar Mat Sabu ini.

Apakah Datuk Nik Aziz Nik Mat hendak berdiri dibelakangnya...begitu juga Haji Hadi?

‘Lawak’ Mat Sabu nampaknya kurang menjadi kali ini.

Gabranya jelas terpancar dalam menghadapi kecamanan yang meluap dari pelbagai pihak beliau cuba bersandiwara hendak melihat balik rakaman ceramahnya sebelum memberi sebarang ulasan mengenainya.

Satu dunia sudah melihat rakaman di You Tube rakaman ucapannya di Tasek Gelugor.Itulah yang diucapkannya.Lucu bila beliau kata tak ingat.

Ini belum masuk bab bayaran bil rawatan kecederaan yang didakwa semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai yang ditanggong oleh Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang dimana beliau menjadi seorang ahli lembaga pengarahnya.

Jika mengikut peraturan yang ada beliau dikatakan tidak layak mendapat kemudahan itu.

Dari segi prinsip ia boleh mencalar imej PAS.

Juga kes video polis yang mendakwa beliau berbohong dilanggar kereta polis semasa perhimpunan haram Bersih belum selesai.

Jika terbukti berbohong....satu lagi beban ciptaan Mat Sabu yang PAS kena tanggong.

Kes dewakan komunis dan pertikai sejarah kemerdekaan pastikan sukar dimaafkan oleh ramai pihak.

Ini bukan bab politik lagi.ia melibatkan sentimen dan perasaan rakyat keseluruhannya.

Apapun PAS terpaksa terima inilah ‘ heronya’ Mat Sabu.

Mat Sabu Lepaih Nie Lari Tak Cukup Tanah.

Ketua Pegawai Gerak Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu diRaja, Mejer Idham Md Rusli (tengah) melihat anggota petugasnya mengacau dodol bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh para anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika tinjauan Platun Media terhadap pasukan Operasi Padanan dan Sipadan Island Resort (OPS PASIR) di Pulau Berhala kira-kira 2 Batu Nautika dari Sandakan baru-baru ini. Beliau berkata bahan-bahan membuat juadah pada Hari Raya kebanyakannya didapati di sekitar daerah tetapi buluh untuk membuat lemang di bawa dari Semenanjung kerana agak sukar diperolehi. Seramai 20 pegawai dan 258 anggota lain-lain pangkat bertugas di kawasan Ops Pasir daerah Kudat dan Sandakan bersama-sama menyediakan juadah untuk dimakan pada hari Raya seperti ketupat, lemang, rendang dan lain-lain persiapan sambil bertugas ketika Aidilfitri demi menjaga keamanan negara.

kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Polis telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh.
Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong.
Mat sabu kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri.

Monday, August 29

MAT SABUN/Guan Eng Patut Terjun Laut Dengan Labunya.


Ternyata dan terbukti Lim Guan Eng sememangnya pakar penipu dan putar belit..Lim Guan Eng langsung tidak menjawab soalan yang diutarakan berkenaan isu menyalahgunakan duit rakyat iaitu duit PBAPP tetapi memilih menjadikan mat sabu dan dirinya sebagai mangsa fitnah.Haaaa dah agak dah memang dia akan kona baring punya 
tak apa la nie pekerja PBA dah buka mata dengan pendedahan ini.silap hari bulan nanti undi tidak pecaya boleh dibuat oleh ahli lembaga pengarah yang lain.Tahniah kepada rakan blogger penang dah londeh mat sabun ni cukup-cukup dengan dua kes yang mengemparkan satu malaysia.Ternyata blogger penang banyak buat kerja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari MatKilauPenang


Selamat Hari Raya Mat Kilau Penang ucapkan kepada pembaca blog ini dan rakan-rakan seperjuangan dan seteru sekelian semoga tahun ini membawa lebih makna kepada semua,MatKilau Penang memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan apa yang ditulis didalam blog ini. Apa yang MKP lakukan ialah Demi memperjuangan dan mempertahankan Bangsa Agama dan Negara yang tercinta ini.Maaf jugak dipinta jika sejak sepanjang bulan ramadhan ini MKP kurang menulis,Tahun ini kita bertuah menyambut hari raya dan Hari kemerdekaan.Walaupun baru 10 bulan MKP berkecimpung dalam Blogging pengunjung telah mencapai   277ribu pengunjung terima kasih daun keladi.

Sunday, August 28

SRS Batu feringghi,Apa nie hampa Gangster kot.



“Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi.
Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.

Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar.
Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang,” katanya.

Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.
MKP kata:SRS ditubuhkan untuk membantu polis mencegah kegiatan jenayah dikomuniti masyarakat setempat akan tetapi mereka yang kebanyakkan direkrut dari kaum muda berbangsa cina lebih cenderung mengunakan status dan kuasa yang ada memukul budak melayu nie apa dah jadi?Ketua Polis Pulau Pinang patut melihat dengan lebih serius kes ini.Jangan nanti apa kerana segolongan SRS bertindak demikian akan rosak semua reputasi SRS di Pulau Pinang.Dari maklumat yang MKP dapat SRS Batu feringghi ini diketua oleh samseng di sana.

Pemuda UMNO Bagan buat laporan polis terhadap Mat Sabu haprak !



Pergerakan Pemuda UMNO Bagan  hari ini telah  membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Bagan yang juga Ketua Pemuda UMNO P.Pinang  Ir Shaik Hussein Mydin  desak polis menyiasat kenyataan Mat Sabu itu dengan segera  dan ditahan di bawah ISA.

"Kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abd Rahman tidak layak sebagai pejuang kemerdekaan  dan melabelkan pengganas komunis adalah hero dalam tragedi berdarah Bukit Kepong menunjukkan beliau sebagai buta sejarah , biadap serta kurang ajar .

" Kenyataan dari seorang Timbalan Presiden PAS  ini juga menunjukkan dirinya  seorang pemimpin  yang haprak serta  murtad dari segi perjuangan agama , bangsa dan negara. Saya minta Mat Sabu segera bertaubat  dari terus bercakap benda yang tak betul , tak logik dan tiada fakta "  katanya kepada My Penang Online di Balai Polis Pagoh di sini, hari ini.

Selain itu , Shaik Hussein juga menyelar sikap Mat Sabu  yang menyatakan semua sejarah kemerdekaan  negara satu penipuan .

" Kita beranggapan ini adalah satu hasutan yang mana PAS kini menyokong perjuangan komunis dan   mahu mengubah fakta sejarah  . Sikit hari  dan tak mustahil selepas ini beliau akan mengatakan Lim Kit Siang adalah pejuang yang mendapat kemerdekaan "

Mat Sabu ‘pembesar suara’ DAP – Razali Ibrahim


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu menyifatkan anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu sebagai pegawai British dan bukannya hero sebenar adalah satu penghinaan kepada keluarga mangsa tragedi itu.
Beliau melihat kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan Mohamad Sabu kini mengikut telunjuk DAP dan menjadi ‘pembesar suara’ kepada parti itu yang selama ini cenderung menunjukkan simpati kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
“Dalam erti kata lain, DAP kini sudah berjaya berada di dalam barisan kepimpinan Pas dan saya tidak terkejut jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng banyak membantu Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu juga, Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.
Justeru Razali berkata, Mohamad Sabu juga patut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sanggup memesongkan fakta sejarah semata-mata kerana kepentingan politik.

Saturday, August 27

Mat Sabu hina pejuang negara



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

"Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya.-Utusan / Pisau.net

Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan itu wahai Ghani?


Menurut Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman pemimpin UMNO mengambil masa lebih dari 50 tahun berkuasa untuk membolehkan mereka memiliki rumah yang mewah.

Tetapi ada Pemimpin Pakatan Rakyat mampu memiliki rumah yang mewah hanya setelah tiga tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang.


“Pemimpin UMNO memerlukan lebih 50 tahun untuk memiliki rumah sebegitu tetapi ada pemimpin sekarang yang hanya memerlukan satu penggal sahaja untuk menjadi jutawan, Saya ada bukti untuk menyokong tuduhan ini” kata Ghani..

Jika benar bagai dikata kemukakan saja bukti dan nyatakan saja siapakah pemimpin tersebut.. kerana dalam Pakatan Rakyat baik PKR, PAS mahupun DAP tidak diperlukan pemimpin begini.

Tidak diperlukan pemimpin yang kelihatan lebih rakus dari pemimpin UMNO sendiri dalam mencari harta untuk kepentingan peribadi.

Kami pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan pemimpin yang tamak begitu, kerana kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berkata mereka akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

Mereka tidak berjuang untuk kepentingan peribadi tetapi demi rakyat… jadi jika benar ada yang membina kekayaan dengan menipu rakyat, Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mereka tapi UMNO!


Ghani slams Pakatan’s ‘one-term millionaires’

GEORGE TOWN: Umno leaders, according to Suara Anak-Anak Malaysia chairman Mohamed Ghani Abdul Jiman, took more than 50 years in power to purchase lavish homes.

However, he said Pakatan Rakyat representatives were dwelling in luxury within three years of seizing control of Penang.

These representatives, he added, lived in double and triple-storey bungalows as well as posh townhouses.

“Umno politicians needed 50 over years to buy such houses but current elected representatives only needed one term to become millionaires. I have evidence to prove my allegations,” he said.

After a long hiatus, the firebrand Ghani led several pro-Umno NGOs to stage their outine post-Friday prayers anti-Chief Minister Lim Guan Eng protest outside Masjid Jamek some 50m from Komtar this afternoon.

Unlike the last riot-like street demonstration against the state government on July 1, this time the protest was a tame affair with about 10 people taking part.

Media representatives and police personnel at the scene outnumbered the protesters.

Despite the poor turnout, the protesters however did not lose their sting when attacking Lim and his administration.

‘Jump off the Penang bridge or Komtar’
 

The demolition of Malay and Mamak-owned eatery outlets on the island was the main issue of their protest.

“We wish Selamat Hari Raya to all victims of Lim’s brutal rule. The current state government only demolishes Malay and Indian shops, not Chinese shops.

“I am not a racist. I only want a government which is fair to all,” said Ghani, who is also the vice-chairman of the Coalition of Islamic NGOs Penang.

He urged Lim to step down if he could not return the items seized from the demolished outlets, including from his shop.

“If he can’t return my belongings, I will present him with a special gift soon,” warned Ghani, who also heads another unregistered NGO, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang.

The protesters displayed three anti-state government banners and chanted anti-Lim slogans, where the chief minister was condemned as a “communist, coward and ‘pondan’ (transvestite)”.

Shouting at the top of his voice, Ghani called on curious onlookers to reject Lim because “the Malaccan was not a Chinese but a communist.”

He called on Lim to quit and go back to Malacca immediately and repeated similar calls on the chief minister’s political secretary Ng Wei Aik, who is also the Komtar assemblyman.

Ghani also suggested that Lim jump down from either the Penang Bridge or the Komtar building to save Penang. 



Friday, August 26

Tahun Nie MerdekaRaya di Permatang Pauh.



Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim



Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.
Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.


“Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini.
Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini.
“Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu,” katanya.
“Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan.
“Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua,” katanya lagi.
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin.
Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang.

Matkilau Penang kata:Tahun nie kita tengok apa Reaksi Al-Juburi apabila  dibuat DiPematang pauh.ayuh warga Permatang pauh kita ramai-ramai berkunjung kerumah terbuka tersebut.

Guan Eng perlu kemukakan bukti,



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tampil mengemukakan bukti mengenai kejadian membakar pejabat DAP negeri minggu lalu bagi membolehkan kes itu diselesaikan segera.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis memandang serius kejadian itu kerana ia mengundang keresahan dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Katanya, buat masa ini belum ada mana-mana pihak tampil memberikan maklumat kecuali keterangan daripada jiran premis berkenaan.

“Jangan buat spekulasi. Kalau dia ada bukti bagi keterangan dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan.

“Kita tidak peduli sama ada yang terlibat dari Umno, DAP atau Pas kerana yang perlu ada pada kita adalah bukti dan keterangan,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pulau Pinang di sini semalam.

Ayub berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa Umno menjadi punca kepada kejadian membakar pejabat DAP negeri ini di Jalan Talipon pada 18 Ogos lalu.

Guan Eng sebelum ini berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku terhadap ibu pejabat DAP itu ada kaitan dengan isu keputusan Majlis Fatwa yang melarang masjid dan surau di negeri ini menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh.

Menurutnya, isu itu sengaja dimainkan Umno untuk membangkitkan kemarahan sehingga membawa kepada kejadian membakar pejabat DAP negeri. 




Thursday, August 25

UPdate Video:MKP tidak pernah dibayar oleh JASA.


setahu MKP kami tidak dibayar gaji dari pihak UMNO atau JASA dan lain-lain agensi kerajaan.tak tau pulak depa blogger lain dapat dan tidak diberitahu dan senyap-senyap songlap duit yang patut diberikkan,selama MKP berblogging semuanya diatas tangungan sendiri dan tidak pernah dibayar oleh JASA.Kalau dapat alhamdulilah boleh jugaklah bayar bill yang melambak nie yang terpaksa ditanggung sendiri.




Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.



sumber:http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan



Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.
Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.
Ikuti laporan ini.
Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.
Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.
Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.
Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.
Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: “Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.
Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.
Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.
Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
Dr Che Rosli Che Mat: “Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.
“Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam.”
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: “Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa.”
Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.
“Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.”
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.
“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.”
Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.
“Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment.”
Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.
“Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung.”
Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.
Karam Singh Walia, TV3.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive