Tuesday, September 6

Sebak tapi Redha - Al Fatihah buat Noramfaizul.. Pergilah dengan Aman.

Gambit Menyesal Keluarkan Kata-Kata Kesat



Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.
Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.
"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.

Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.
Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.
"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.
Gambit telah pun memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.
Bakal muncul dengan filem “Karipap-Karipap Cinta” pada 15 September ini, Gambit juga telah memohon maaf secara terbuka di Facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakan terbabit.
Ditanya adakah kontroversi tersebut akan menjejaskan promosi dan kutipan filem “Karipap-Karipap Cinta”, Gambit memberitahu dia tidak tahu sama ada ia akan memberi kesan terhadap filem berkenaan atau tidak namun percaya peminat akan memberi sokongan kepada filem tersebut.
"Saya percaya peminat filem Melayu tempatan tidak akan mencampuri kontroversi ini dengan filem tersebut dan saya juga percaya peminat akan terus menyokong filem ini," katanya.

MAT SABU dikecam Oleh Askar Zaman British.



Beberapa orang bekas askar zaman pemerintahan British menyelar sikap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana mempertikai pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga keselamatan rakyat ketika itu.

Mereka berkata kepakaran yang diperolehi telah dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk mempertahankan negara tetapi juga selepas perang dengan kepakaran itu digunakan dalam sektor lain untuk memajukan negara.
“Pengorbanan yang dilakukan anggota pasukan keselamatan pada zaman British bukan untuk membela penjajah tetapi adalah demi kemerdekaan negara, kata Timbalan Presiden Persatuan Bekas Askar British Malaysia (PBAB) Abd Jabar Mukibat.


Abd Jabar, 70, berkata walaupun anggota keselamatan pada masa itu berkhidmat di bawah pentadbiran British, matlamat utama mereka adalah mempertahankan negara dan menjaga keselamatan rakyat.“Saya bukan menyebelahi British tetapi tengok bila Jepun serang Malaya mereka yang pertahankan, bila komunis datang darah siapa yang tumpah ke bumi,” 


Beliau berkata sekiranya pasukan keselamatan itu gagal dalam usaha mereka mempertahankan negara tentunya negara ini tidak akan mengecap nikmat kemerdekaan seperti yang dikecapi hari ini.


Katanya sikap sesetengah pihak mempersoal perjuangan anggota keselamatan di bawah pentadbiran British itu adalah ‘sikap berbahaya’ sekiranya dibiarkan menular kepada generasi muda masa ini.



“Saya bukan orang politik tetapi semua pihak kena buka buku sejarah lihat dan kaji siapa penjajah sebenarnya pada zaman Jepun dan komunis dulu,” katanya yang pernah berkhidmat dengan ‘Royal Corp of Signals’ antara 1957 dan 1970.
Seorang lagi bekas askar British, Abd Rahman Ahmad, 67, berkata walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 1957 anggota keselamatan di bawah pentadbiran British masih berjuang mempertahankan negara.
Beliau berkata antara tahun 1963 dan 1964 pada zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, beliau dan pasukannya bekerjasama dengan komando British mempertahankan sempadan negara di hutan Sabah dan Sarawak.
“Niat pasukan saya pertahankan negara bukan pertahankan British, malah British hantar askar dia tolong kita berjuang pertahankan negara, masa itu negara sudah merdeka dan British tidak untung apapun sekadar tolong kita,” katanya.
Abd Rahman berkata tindakan pihak yang mempersoalkan pengorbanan beliau dan pasukan keselamatan lain di bawah pentadbiran British dalam mempertahankan negara amat ‘memedihkan hati’.
Beliau pernah berkhidmat dengan ‘Corp of Royal Electrical and Mechanical Engineers’ antara 1963 dan 1969 berkata tindakan pihak yang turut mempersoal gelaran pejuang kemerdekaan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar, tidak boleh dimaafkan.
“Tanpa mereka berdua apa akan jadi kepada kita kepada anak cucu kita. Jangan kerana politik kita pusing sejarah kerana sejarah penting untuk anak cucu kita kenal siapa kita, negara kita,” katanya.












Monday, September 5

Last Day Noramfaizul Mohd Nor At Mogadishu Somalia

800 bekas polis buat laporan polis pada Mat Sabu



Seramai 800 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan hari ini membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara.
Laporan dan demonstrasi itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Setiausaha PBPM Kuantan Rafai Abdul Kadir berkata anggota persatuan itu amat kecewa dan terguris dengan kenyataan menghina oleh Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kerana mereka telah berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) berpuluh-puluh tahun lamanya.
Beliau berkata PBPM bermandikan keringat meredah hutan dalam Ops Indera Pahang Barat, Ops Kota Echo di Perak dan Ops Doayai Musnah 2 di Sadao Thailand dalam menjalankan tanggungjawab menentang PKM.
“Kami berjuang meninggalkan anak isteri… tidak meminta apa-apa balasan tetapi mahu jasa kami dihargai dan pengorbanan bergadai nyawa kami dijadikan lipatan sejarah menjaga keamanan negara,” katanya.
Rafai berkata persatuan itu mahu Mat Sabu dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana cuba memporak-perandakan keharmonian negara dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu, menyatakan Kompeni Ke-4 PKM yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada Februari 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah tentera penjajah British.


Guan Eng Buat Parking 5juta.Mahalnya.




Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disiasat berhubung pembinaan parkir bertingkat bernilai RM5 juta di Bukit Bendera.
Pengerusi negeri Kita, Tan Tee Beng berkata, bangunan empat tingkat itu dijadual siap pada suku ketiga 2010, namun sehingga kini ia belum dibuka kepada umum.


"Kami percaya mungkin berlaku beberapa penyelewengan sehingga menyebabkan parkir itu gagal beroperasi selepas siap dibina,” katanya kepada pemberita di depan bangunan SPRM selepas membuat laporan hari ini.


Tee Beng juga berkata, jalan di parkir itu terlalu curam dan hanya kereta bersaiz kecil boleh 
melakukan pusingan sebaik turun kerana ia terlalu sempit.


Matkilau Penang kata:Guan eng dok kumpul dana nak buat pilihanraya negeri sebab tue dok buat projek merapu dan yang boleh untung masuk kantong.

Komunis: Khairy sahut cabaran lawan Mat Sabu di 'sarang singa'



Gayung bersambut... Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak lengah seminit pun untuk terima jemputan debat antara beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di kubu kuat PAS, Balai Islam Lundang Kelantan.
Menurut Khairy, beliau sudah menerima jemputan dari kerajaan PAS Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang.
Read More
"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu," katanya dalam satu mesej di laman sosial twitter pada Ahad.
Khairy sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang yang ramai orang kata 'Husam kena' walaupun menang sorak.
Debat itu dijangka akan diadakan hujung bulan ini. Bagaimana pun, penganjur Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sedang berusaha untuk mendapat jawapan dari Mat Sabu.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan UMNO berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.
Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.
Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu

Guan Eng Hang Tunggu apa lagi?



Kira-kira 30 penduduk menuntut jawapan dari Kerajaan Negeri mengapa mereka masih tidak diberikan kelulusan ke atas permohonan mereka terhadap pembelian rumah kos rendah dekat sini.

Difahamkan, mereka berang berikutan tindakan membiarkan 348 unit rumah kos sederhana di pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum daripada diduduki oleh pemohon yang ingin membeli rumah berkenaan.

Penyelaras Dewan Undangan Pengkalan Kota, Loke Poh Chye berkata, tindakan itu menyebabkan rumah kosong berkenaan dijadikan sarang maksiat serta tempat penagih dadah menjalankan aktiviti haram sehingga menyebabkan penduduk di situ berasa kurang selesa.

“Ini kerana kita mendapati pelbagai jarum, kondom dan sampah-sarap berselerak di merata-rata tempat. Walaupun pangsapuri ini siap sepenuhnya tiga tahun lalu, namun masih ada rumah yang dibiarkan kosong tanpa pembeli sehingga kini. Ia bukan sahaja berkeadaan teruk tetapi juga berbau busuk kerana terdapat kesan-kesan air kencing di merata-rata tempat,” katanya kepada media semalam.

Poh Chye berkata, beliau dan penolongnya mengambil inisiatif meninjau setiap tingkat di pangsapuri itu bagi mengenal pasti jumlah unit kosong yang sebenarnya dan mengenal pasti ada 348 unit yang masih belum berpenghuni.

“Oleh itu saya mendesak Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera supaya impian golongan yang masih tidak memiliki rumah dapat dicapai dan tempat berkenaan juga akan menjadi lebih selamat, berikutan tiada lagi kegiatan haram berlaku di situ,” katanya.



MKP kata DAP tunggu nak bagi dekat kroni depa dulu kot.

Kemerdekaan Malaysia: Tunku Abdul Rahman dan “jalan perlembagaan”



Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bukan alat British. Beliau adalah pencinta damai. Oleh sebab itulah Perikatan pimpinan beliau memilih “jalan perlembagaan” dalam usahanya memerdekakan negara.

Hakikat ini terkandung dalam ucapan Tunku Abdul Rahman di Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac 1957 yang menghuraikan mengapakah Perikatan memilih dalam damai bagi mencapai kemerdekaan tanah air.

Perikatan memilih “jalan perlembagaan” oleh kerana tiga sebab utama seperti berikut:
Satu, kerana bangsa Melayu “telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi.”

Dua, kerana bangsa Melayu tidak mahu “menganaiyakan dan menzalimi” lain-lain bangsa.
Tiga, sebab Perikatan mahu menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyatupadukan antara sesama Melayu dan antara Melayu dengan bukan Melayu.

Berasaskan kenyataan di atas, adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa menilai perjuangan berdarah untuk memerdekakan negara sebagai tindakan yang terpuji.

Adalah juga satu pemikiran yang amat songsang jika sesiapa yang terlibat dalam perjuangan berdarah, khususnya menerusi Parti Komunis Malaya (PKM), disifatkan sebagai wira atau hero kemerdekaan.
Dengan ini, Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah melakukan satu kesilapan besar. Jika beliau terus berdegil dan enggan meminta maaf kepada warganegara Malaysia, Pas perlu mendesak beliau untuk berbuat demikian.

Jika tidak, Pas juga perlu diadili oleh warganegara Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum PRU13 kelak kerana parti ini mempunyai individu songsang sebagai Timbalan Presidennya.

Sunday, September 4

Wira sebenar




Malang tidak berbau. Walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuhi oleh sebahagian petugas media dalam misi bantuan di Somalia sebelum diserang hendap semalam hanya tiga minit, namun tempoh itu tetap merupakan antara yang paling panjang yang pernah dilalui oleh jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.


Ini kerana dalam perjalanan tiga minit itulah mereka ditembak sekurang-kurangnya dua kali dan salah satu daripadanya mengorbankan rakannya, jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.


Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.


“Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan.


“Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.


Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.


Utusan Malaysia.


mat sabu komunis


Mohamad Sabu tetap berpegang kepada tafsirannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong berkerja untuk British dalam usahanya untuk menangkis kecaman pelbagai pihak yang memuncak terhadap keceluparannya.
Timbalan Presiden PAS itu juga cuba berlindung dengan mendakwa isu ini digembar gembur untuk menutup kelemahan UMNO tentang isu daftar pemilih dan kesan demo haram Bersih 9 Julai.
Bercakap dalam sidang akhbar di Kota Bharu Jumaat beliau tetap mendakwa Mat Indera yang turut terlibat dalam serangan keatas balai polis Bukit Kepong seorang pejuang kemerdekaan.
Namun ketika ditanya apakah anggota polis yang terbunuh dalam serangan keatas Bukit Kepong pada tahun 1950han itu tidak berjasa kepada Negara,beliau enggan beri jawapan.

Tafsiran saya, mereka bekerja dengan pihak British. Polis bila-bila pun terkorban, dikorban dan berkorban kerana mereka ikut dasar pemerintah yang menguasai mereka dan di antara mereka mungkin adalah saudara-saudara kita yang kita simpati.
“Saya tidak buat apa-apa tafsiran.Bagi saya Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan tafsiran seseorang macam Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong yang menyerang balai polis di Kuala Berang, begitu juga Mat Kilau semua mereka tentang pemerintah British,” katanya.
 “Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan pihak polis jangan panik sebelum 31 Ogos waktu itu kerajaan memerintah adalah British selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka.
“Ini fakta, perkara biasa, jangan kita anggap bahawa selepas 31 Ogos ada kerajaan yang sama, bendera lain, lagu pun lain, Negaraku sebelum itu lagu God Save The Queen jadi kita kena bezakan sebelum dan selepas merdeka,” katanya.
Ditanya mengenai desakan Pengerusi DAP Karpal Singh beliau tarik balik kenyataannya dan minta maaf ,Mat Sabu, beliau akan bertemu dengan Karpal untuk menjelaskan isu tersebut.
“Itu kebebasan seseorang memberi pandangan dan saya sendiri akan bertemu dengan beliau (Karpal) untuk bertukar-tukar fikiran, tidak ada masalah dalam pakatan, sudah banyak kali ada perbezaan pandangan tetapi selalunya ada jalan pertemuan,” katanya

Saturday, September 3

terbaru berita dari somalia:BBM dari PAPAGOMO.



Untuk makluman misi kami hari ini selesai dengan jayanya.wartawan pulang kelokasi masing-masing diiringi tentera somalia.Arwah dan wartawan elektronik pulang kehotel mereka jugak diiringi dengan tentera somalia.

african union yang merupakan pengaman disini melepaskan tembakkan ketika kenderaan arwah dan yang lain hendak masuk ke perkarangan hotel Di Airport.

African Union adalah tentera dari uganda dan brundi dan apa yang brlaku hari ini menyebabkan kematian wartawan yang bertugas adalah tidak sepatutnya terjadi.

6hari kami disini dan setiap hari berulang -alik kenderaan yang dinaiki kami berselisih dengan  kenderaan african union.kenderaan kami turut diiringi oleh tentera somalia.apa yang gomo dapat rumuskan dalam kejadian ini adalah kerana faktor agenda tersembunyi pihak yang berkepentingan.

apa pun arwah meninggalkan kita sebagai pejuang.kami disini semua sayang dan kasih kepada beliau.Jangan tanya jeket kalis peluru kerana kami didalam kenderaan yang diiringi tentera somalia.6hari disini dan segalanya berjalan lancar.Patut kita tanya kenapa african union dari uganda dan brundi yang bukan islam melepaskan tembakkan kepada sukalewan kita yang membantu 100% rakyat somalia yang islam agamanya.Pecayalah kes ini akan menjadi topik yang hangat dalam dunia.

Alfatihah kepada arwah Noramfaizul Mohd Nor.


Breaking News - Al Fatihah Wartawan Bernama Meninggal Dunia



wartawan Bernama dan TV3 ditembak sebentar tadi waktu Mogadishu jam 5.30 petang lebih kurang.

Seorang mangsa tembakan wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor yang merupakan ketua Media dalam misi ke Somalia ini Meninggal dunia akibat terkena tembakan di dada.
Mengikut laporan tembakan dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada didalam kenderaan ketika hendak masuk kedalam perkarangan Hotel.
Seorang lagi mangsa aji seregar terkena tembakan ditangan dan kini dilaporkan Stabil.
Gomo masih menunggu laporan lanjut dari Dato Azeez yang berada dilokasi kejadian.

Al Fatihah......... 





Sumber Papagomo.


Friday, September 2

MB Kedah ‘dihujung tanduk’…




Sejak berita Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu digugurkan dari jawatannya kononnya kerana masalah kesihatan tersebar, Agendadaily menerima berbagai reaksi dari orang ramai yang terkejut dengan hu ha terbaru parti PAS ini.
Antara pertanyaan utama mereka adalah, kalau nak ganti pemimpin sebab masalah kesihatan, kenapa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang selalu juga keluar masuk hospital tak kena tindakan sama.
Lebih terkejut lagi bila dilaporkan yang ketuai usaha tersebut adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang akan mengadap Sultan Kedah berhubung peralihan kuasa tersebut.
Azizan sebelum ini bercuti panjang selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung.
Walaupun timbul tekanan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menafikannya malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.
Azizan sebelum ini memang dikenali sebagai ‘orang yang buat hal sendiri’ dan katanya beliau tidak sealiran sangat dengan pucuk kepimpinan PAS pasca muktamar parti itu baru-baru ini.
Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.
Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan. Ini termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun ada laporan yang menyatakan bahawa ketiga-tiga exco tersebut menafikan ‘tahu menahu’ mengenai usaha ‘mengulingkan’ Azizan tersebut.
Ketiga-tiga mereka sepakat mengatakan bahawa Azizan akan sembuh dan meneruskan tugas seperti biasa.
Matkilau Penang kata lepas nie pasti depa nak tendang azizan dari Pejabat MB,Ini adalah cah keting dalam politik PAS kedah.

Karpal!!!!Mat Sabu kata I'm SORRY




Isu kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara terus mencuri perhatian ramai sekalipun sudah berlarutan beberapa hari.Ini lebih-lebih lagi bila rakan politiknya Karpal Singh yang Isnin lalu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar,Khamis  mendesak pula Timbalan Presiden PAS itu menarik baik kenyataannya.

Pengerusi DAP itu bimbang  tindak tanduk itu memberi kesan negative terhadap pakatan pembangkang.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Namun Mat Sabu tetap tidak mahu berganjak apa lagi meminta maaf kerana membuat kenyataan yang menyakitkan hati ramai pihak .
Beliau sebaliknya terus dengan dakwaannya perkara itu hanya putar belit akhbar Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Haprakahdaily memetik beliau sebaga berkata pasal apa  nak minta maaf.
Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.
Karpal Singh yang mahu mat Sabu  menarik balik kenyataannya berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mat Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Timbaan Presiden PAS itu  sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan pembangkang.

Ideologi materialistik



Ucapan Mat Sabu yg meletakkan Mat Indera dari PKM sebagai hero Bukit Kepong adalah satu tindakan tidak bijak. Di Malaysia ada lebih 300,000 pesara tentera dan 150,000 pesara polis belum termasuk anak beranak mereka. Kami tetap berpandangan PKM adalah pengganas walaupun Rejimen PKM 10 dianggotai oleh Melayu Islam. Perjuangan komunis bukannya untuk memerdekakan negara tetapi menegakkan ideologi. Buktinya PKM tetap menentang kerajaan melalui keganasan walaupun negara mencapai kemerdekaan. Ideologi komunis berpaksikan materialistik iaitu tidak mempercayai tuhan dan menganggap agama sebagai candu. Diasaskan oleh Karl Marx merupakan pemuja Charles Darwin dan kedua-duanya adalah berbangsa Yahudi bertujuan memporak-perandakan dunia.

Karpal DAP VS Mat Sabu



Desakan oleh Karpal Singh agar Mat Sabu menarik semula kenyataannya yang menyinggung pelbagai pihak terutama anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong sebenarnya mempunyai makna yang sangat signifikan terhadap perjuangan DAP.

Biarpun kelihatan berlapik dan kelihatan sangat wajar, namun helah seperti yang dilakukan oleh Karpal Singh seharusnya diperhatikan dan diperhalusi dengan sebaik-baiknya.

Perlu diingat, kehadiran Karpal Singh di bumi yang sekarang ini bernama Malaysia, bermula daripada kumpulan anggota polis Punjab yang menjadi kerahan di Tanah Melayu pada era penjajah Komunis. Sebahagian besar anggota polis pada zaman penjajah Inggeris adalah terdiri daripada warga India berketurunan Punjab.

Melabelkan anggota polis pada era itu sebagai anjing penjajah bererti memperakui bahawa leluhur Karpal Singh di negara ini sebagai golongan upahan Inggeris. Dan walaupun Mat Sabu merujuk kepada anggota polis Melayu di Bukit Kepong, namun tekanan kepada keseluruhan anggota keselamatan pada waktu itu, tidak dapat tidak, sangat memalukan Karpal Singh dan keturunan Punjabi yang lain!

Namun, dalam satu hal yang lain, walaupun mungkin ada 'cubaan menyelamatkan keturunannya', kata-kata Karpal Singh ada benarnya. Sejarah 61 tahun dahulu yang cuba dicungkil oleh Mat Sabu sebenarnya tidak adil untuk diperkatakan dan diperdebatkan mengikut perspektif masa kini.

Sama ada anggota polis pada waktu itu upahan atau sebaliknya, yang pasti mereka telah berjaya menyelamatkan penduduk negara ini daripada dijajah oleh komunis. Mudarat yang diakibatkan oleh komunis jauh lebih besar berbanding mudarat yang disebabkan oleh British.

Itu adalah sesuatu yang sangat pasti!

Jadi, apabila Karpal Singh mendesak agar Mat Sabu menarik kembali kenyataannya, tidak nampak sebarang jalan untuk Mat Sabu untuk tidak melakukannya, biarpun pada masa yang sama, para pencacai cuba melarikan topik tersebut dengan terus mencungkil tentang tiadanya pengiktirafan kepada tokoh-tokoh tertentu.

Satu kesilapan besar yang mereka telah lakukan kerana mereka sebenarnya mendedahkan tentang kejahilan mereka tentang mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah yang mendidik generasi muda agar lebih memahami sejarah negara, termasuklah sumbangan yang diberikan oleh golongan-golongan nasionalis kiri yang diharamkan oleh British!!!

'KEBEBALAN' MAT SABU DLM KES BUKIT KEPONG



Kami 1 Belia 1 Tanjong dengan ini mengutuk sekeras kerasnya diatas KEBEBALAN Mat Sabu dlm perbuatannya yang mengelirukan masyarakat dgn penyebaran fakta songsang berkenaan serangan komunis di Bukit Kepong pada 1950 yang mana telah menyebabkan anggota2 polis, anak2 isteri anggota serta org awam terkorban dlm mempertahankannya dari jatuh ke tangan komunis. Perbuatan Mat Sabu sebenarnya memperlekehkan perjuangan bangsa Melayu. 

Perbuatan ini tak lebih hanya ingin mendapatkan sokongan puak NGO ekstrimist cina bertujuan mendapat sokongan melalui undi tambahan ketika negara sedang dlm persiapan menuju PRU-13. Pas sedang mempersiapkan partinya dgn menukar dasar serta hala tuju dr EKSTRIMIST ISLAM ke ISLAMIC PLURALISME. Ini dpt di saksikan dgn pengguguran konsep Negara Islam ke konsep Negara Berkebajikan sprt mana di umumkan oleh Presiden Pas dlm muktamar Pas 2011. Konsep Negara Kebajikan ini menyamai konsep Sosialis yg di ketahui umum merupakan ideologi komunis. Konsep ini di dokong kuat oleh DAP. Bukanlah rahsia lagi tentang pemujaan Tugu Komunis(AMPAJA) di Nilai Negeri Sembilan oleh parti DAP dari menghormati Tugu Negara di Makam Pahlawan. Perbuatan ini hanya akan menyebabkan luka lama 1945, 1948, 1950 dan 1969 berulang semula. Parut lama atas apa perbuatan komunis pada masa yang sudah2 hanya akan menyebabkan luka lama yang payah sembuh, berdarah semula. 
kpd system Presiden tetapi malangnya tidak mendapat sokongan melayu kerana org melayu adalah satu bangsa yg amat SETIA dan TAAT pd Rajanya. Perlu di ingat perjuangan Syiah di Iran di dokong oleh negara Russia yg mana di ketahui umum memegang fahaman komunis. Ini lebih terserlah bila perang Iran-Iraq berlaku. Iran secara jelas meminta pertolongan Komunis Russia. Iraq pula di sokong oleh US. Di sinilah kekhianatan Pas pd bangsa melayu dan Raja2 Melayu serta DYMM YDPA. Dari berkehendakkan sokongan melayu yg amat susah berpaling dari Raja2 mereka, lebih baik dapat sokongan dari puak NGO ekstrimist cina yang memperjuangkan ideology komunis. Kita juga sedia maklum Perlembagaan Rakyat yg di dokong komunis telah ada semenjak 1947. Apa yang hanya perlu mereka lakukan sekarang ialah KELIRUKAN PEMIKIRAN RAKYAT, dgn harapan supaya rakyat hilang keyakinan dan kepercayaan pd pasukan keselamatan dan kerajaan. Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan pd kerajaan maka langkah seterusnya ialah gulingkan kerajaan sprt mana yg mereka buat pd 9 July 2011(BERSIH). Apabila langkah penggulingan kerajaan berjaya dan bertukar tangan maka pemberontakkan bersenjata terhadap perlembagaan dan YANG DIPERTUAN AGONG akan berlaku. Semua telah arif utk mengubah dasar negara, perlembagaan harus di ubah. 


Perlembagaan di dokong oleh 2 sistem iaitu ‘DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN’. Apabila suara majority parlimen telah berpihak pd juak2 serta anasir yg menyokong komunis, hanya tinggal 1 halangan saja lagi iaitu 9 Raja2 Melayu dan RAMD. Di sinilah pemberontakan senjata terhadap Istana bakal berlaku. Perbuatan Timbalan Presiden Pas ini telah menunjukkan Pas telah secara sulit terlibat dgn gerakan bawah tanah dlm mengREPUBLIKkan negara ini. Perbuatan ini amat2 merbahaya kerana bakal mengundang pertumpahan darah yang amat2 dasyat. Kami bertanggungjawab atas kenyataan akbar yg kami edarkan. Demi keamanan dan keselamatan rakyat pada masa depan, rakyat perlu di informasikan niat serta tujuan Pas dan DAP ini. Tentang Pkr tak perlulah kita ulas kerana kita sedia maklum kemana hala tuju Pkr. Kami juga amat2 berharap agar KDN dapat menggunakan kuasanya bagi menahan Mat Sabu dan sesiapa saja yang terlibat kerana berniat jahat dgn menyebarkan kekeliruan dan fakta songsang ini.Dan kami juga sedia di saman oleh Pas dan DAP di atas pengedaran kenyataan akbar ini dlm

Memang komunis meletak senjata pada December 1989 tetapi tidak pada ideologinya. Gerakan ini menjadi semakin aktif selepas PRU-12, 2008. Perjuangan komunis dlm mengREPUBLIKkan negara ini tak pernah padam. Begitu juga dgn usaha jahat dlm niat untuk membuang sistem Raja Berpelembagaan utk mewujudkan system PRESIDEN. Pada DAP, system Raja Berpelembagaan mengarut kerana DAP mengamalkan dasar ‘HAK ASASI MANUSIA MUTLAK’ iaitu tidak tertakluk pd mana2 adat serta monarki tetapi berpegang pd pendapat suara majority. Pas pula di ketahui umum telah menjadikan perjuangan Syiah di Iran sbg model utk meREVOLUSIkan system negara dr monarki
media arus perdana dan media maya. SEKIAN.
NGO 1 BELIA 1 TANJONG.

Wednesday, August 31

Mari mengisytiharkan “Merdeka!” Dalam Setiap Situasi



Lima puluh empat tahun lalu, kita menerima kemerdekaan daripada British. Ia adalah satu saat yang membanggakan apabila Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan: “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” di hadapan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya.
waktu itu sudah tentu imbasan masa depan yang cerah memancar di mata nenek moyang kita.
Pasti mereka merasakan bahawa impian untuk hidup dalam kemerdekaan sepenuhnya akhirnya telah tercapai dan mungkin satu impian baru untuk hidup dalam keharmonian dan pembangunan progresif ke arah kejayaan telah ‘mengandung’ dalam fikiran mereka pada saat yang berharga itu.
Bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain pada ketika itu mula bekerjasama sebagai sebuah gabungan untuk memastikan negara kita terus menikmati kebebasan, perpaduan, ketahanan dan meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
Kini sudah tentulah renungan masa lampau ini akan memberikan harapan baru bagi kita untuk manghadapi masa depan yang lebih cerah, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang membuat persediaan untuk memperingati ulang tahun Hari Kemerdekaan negara kita sekarang.
Beberapa soalan lazim yang masih berlarutan dalam fikiran beribu-ribu rakyat negara kita ialah: "Adakah kita benar-benar bebas –masih adakah kebebasan bersuara, akhbar dan agama? Masih adakah hak asasi manusia di tanah air ini? Adakah kita masih percaya kepada perpaduan atau ini hanya satu propaganda? Adakah terdapat kesamaan? Apa yang sedang berlaku kepada sistem pendidikan kita? Mengapa terdapat penghijrahan cendekiawan? Mengapa terdapat keunggulan sesuatu kaum dan polarisasi? Berapa lama atau sejauh mana isu-isu perkauman dan agama akan berterusan?”
Rakan-rakan yang disayangi, senarai boleh berterusan tetapi kita mesti membuat satu pendirian dan berganding tangan untuk membawa transformasi yang lebih besar dalam negara kita.
Kita pasti memerlukan campur tangan Tuhan untuk perpaduan nasional dan keamanan.
Lihatlah Great Britain – sebuah negara yang teratur, maju, bertamadun, berbilang kaum dan demokrasi - yang merupakan empayar global pada satu masa dahulu dan pernah memerintah sebahagian besar dunia termasuk negara kita, kini telah menjadi mangsa rusuhan baru-baru ini.
Kegagahan sesebuah negara tidak bermakna jika tiada persefahaman dan perpaduan dalam sesebuah masyarakat majmuk. Ia benar-benar satu pengajaran yang baik untuk dipelajari.
Oleh yang demikian, jangan ambil isu perpaduan dan keamanan dengan sewenang-wenangnya! Ia amat berharga. Apabila Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali mengingatkan rakyat untuk bergerak dari bersikap toleransi semata-mata ke tahap penerimaan bagi mencapai perpaduan yang lebih besar di kalangan masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya, kita harus mengambil ikhtibar untuk membawa perubahan.
Berhenti menuding jari, melemparkan tuduhan, menodai kesucian tempat ibadat, menerbitkan artikel, gambar atau iklan-iklan yang kontroversi melalui media massa atau saling mengutuk kepercayaan orang lain dan mempolitikkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Sebagai warganegara yang setia, kita mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan semangat patriotik terhadap negara kita yang disayangi juga terhadap rakyat jelata walaupun kita berbeza bangsa, agama, budaya dan bahasa.
Sikap menghormati antara satu sama lain adalah amat diperlukan oleh sebuah negara seperti Malaysia.
Kerajaan perlu memberi perhatian yang lebih serius dan sentiasa mengingati rakyat dengan pelbagai cara tanpa mengenepikan lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.
Semua pihak - kerajaan, pembangkang mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) - perlu terus memerangi pelbagai gejala sosial dan berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada yang menganggur dan jawatan yang lebih baik bagi mereka yang berkebolehan dan berhak tanpa melihat kepercayaan atau warna kulit seseorang.
Selain itu, kita juga mesti menggalakkan anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengambil kursus-kursus pembangunan diri sementara kerajaan terus mencipta peluang pendidikan yang lebih baik untuk membendung kadar pengangguran, gangsterisme, penagihan dadah dan penyeludupan, peningkatan masalah anak luar nikah dan keluarga pincang.
Untuk memastikan kejayaan projek-projek pembinaan bangsa, kita tidak harus lupa pendekatan baik untuk membantu semua bangsa terutama orang miskin dan yang kurang kemampuan dalam apa jua cara yang munasabah.
Jika kita bersatu hati untuk membawa perubahan yang drastik, kita boleh jadi satu rahmat kepada tanahair tercinta ini.
Bayangkan betapa indahnya untuk terus melihat semua bangsa dijemput makan bersama di majlis berbuka puasa, menghadiri majlis keramaian dan perkahwinan pelbagai kaum, duduk bersama menonton acara sukan pada skrin besar, mengambil bahagian dalam program-program melibatkan masyarakat majmuk, pergi berkhemah atau makan angin, duduk dan bersembang di kedai kopi serta warung makan atau makan durian bersama seperti apa yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat dan juga sepertimana kita sering melihat dalam iklan TV.
Jangan salah faham, saya tidak menuduh bahawa kerajaan atau ahli politik, NGO dan warganegara yang lain tidak melakukan apa-apa tetapi saya hanya mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita semua belajar dari masa lalu serta daripada situasi yang berlaku di sekeliling kita dan segera melakukan sesuatu yang drastik dan lebih munasabah untuk memperbaiki kehidupan kita.
Saya pernah berkhidmat di sebuah syarikat Melayu selama bertahun-tahun dan kebanyakan kawan-kawan saya adalah beragama Islam.
Kami menikmati masa kami bersama-sama, saya sering menyertai mereka dalam acara berbuka puasa di pejabat atau di rumah mereka dan juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak masjid. Kami juga membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dengan rasa hormat yang sewajarnya.
Saya percaya, semua akan baik jika kita mengamalkan pendekatan yang sederhana, penerimaan dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jadi mari kita mengisytiharkan “Merdeka!” atas situasi-situasi yang kita hadapi setiap hari dalam hidup dan masyarakat kita sehingga ia tercapai.
Terus doakan untuk perpaduan dan keamanan. Bersama kita boleh menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih baik untuk hidup.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive