Friday, September 9

Video seks : polis siasat selepas kes liwat Anwar selesai -KPN



Jangan ingat isu video seks disahkan 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ‘ tutup fail’.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang ditanya mengenai desakan orangramai agar polis bertindak terhadap kemungkinan Ketua Umum PKR itu buat laporan palsu nafi beliau aktornya menjelaskan siasatan akan dibuat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman 
Kebelakangan ini banyaki pihak yang menunggu hendak tahu apa jadi pada kes berkenaan yang didedahkan oleh trio Datuk T.
Bagi kebanyakan orang jika pakar sendiri sudah sahkan video seks dengan China Doll itu 99.9 peratus tuiln ,bagaimana dengan laporan polis Anwar menafikannya.

Terima Kasih PM,Rakyat Diutamakan.



Ribuan serta jutaan terima kasih kepada DS Najib Razak kerana mendengar keluhan serta pandangan dari akar umbi dan suara blogger.Bertambah sayang rakyat kepada PM kita.Nescaya selepas ini ramai pengundi terdiri dari belia akan berterima kasih kepada PM.


Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai prkhidmatan terhadap tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. 

Berkuat kuasa 15 September ini, pengguna telefon mudah prabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus apabila mereka membeli pek permulaan atau tambah nilai.

Mengulas langkah berkenaan, Rais berkata, keputusan itu termasuk di dalam tanggungjawab korporat di bawah perundangan, peranan perbendaharaan serta mekanisme percukaian yang diluluskan Parlimen.
"(Ini) perlu diselesaikan oleh pelbagai syarikat (telekomunikasi) itu sendiri. Kita tidak mempunyai peranan secara langsung terhadapnya.

Bagaimanapun, Rais enggan mengulas sama ada kerajaan akan meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mereka. 

Sejak pelancaran perkhidmatan prabayar pada 1998, syarikat telekomunikasi menyerap cukai itu, yang mereka dakwa sebagai cukai penggunaan dan boleh dikenakan terhadap pelanggan. 

Dalam kenyataan bersama pada Khamis, syarikat itu berkata, terdapat peruntukan bagi cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975, pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
 
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu.




 KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula tindakan mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kerana ia membebankan pengguna. - Utusan

Beranikah Pas Tendang Mat Sabu Keluar??



Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris tidak pelik dan tidak hairan dengan tindak tanduk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilihat mengangkat komunis sebagai hero dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong.
Ini kerana menurut beliau Timbalan Presiden Pas yang terkenal dengan jolokan Mat Sabu adalah pembawa fahaman syiah berpuluh tahun yang lalu dan perkara itu terbongkar kali ini dengan izin Allah s.w.t.
“Syiah itu adalah komunis (shuyuiyyun) yang mana menentang kerajaan Khulafa Al-Rasyidin. Justeru apa pun cerita dan skrip yang hendak dipusing dalam kontroversi itu, amat jelas beliau seolah-olah cuba mengangkat komunis yang telah membunuh pasukan keselamatan di Bukit Kepong sebagai hero ayng sebenar.
“Walaupu  berselindung di sebalik Mat Indera, Mat Sabu sudah terperangkap dengan gaya mainan politiknya sendiri dan topeng yang dipakai di wajah beliau terserlah hari ini dan beliau tidak boleh melarikan diri lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pas khususnya Mat Sabu yang dilihat cuba mengalih tumpuan sebenar terhadap kontroversi tragedi berdarah Bukit Kepong dengan menjadikan topik utama hari ini adalah kepada individu yang bernama Mat Indera.
Dalam pada itu beliau mencabar Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan segera termasuk melucutkan jawatan serta keahlian Mat Sabu di dalam Pas.
Menurut beliau cabaran berkenaan adalah berasaskan kepada kenyataan Harun Taib sebelum ini yang menyebut setiap ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam termasuk apa yang diperjuangkan oleh komunis tetap menjadi musuh Islam sampai bila-bila.
Soal beliau apakah Harun Taib atau Hadi takut serta gusar untuk mengambil tindakan terhadap Mat Sabu yang jelas merupakan pembawa fahaman Syiah yang merupakan komunis kepada kerajaan Khulafa Al-Rasyidn.
“Saya cabar kepimpinan Pas dalam soal ini. Jangan hanya sekadar bercakap dan dengan niat untuk menutup apa yang berlaku. Katakanlah benar walaupun ianya pahit. Jadi saya berdoa dan berharap kepimpinan Pas khususnya Hadi dan Harun Taib diberikan petunjuk dalam soal berkenaan.
“Saya bercakap berdasarkan apa yang diutarakan oleh Dewan Ulama Pas sendiri dan saya nak tengok sejauh mana keberanian pucuk pimpinan Pas untuk memastikan Islam terpelihara daripada sebarang anasir komunis

cukai 6%,Belia Adalah Undi Penentu Pru 13.



Kerajaan harus peka dengan peningkatan cukai 6% terhadap kad tambah nilai dan  kad sim.Adakah ini dibuat dengan tergesa-gesa.Penguna kebanyakkan remaja sekarang ini telah banyak cenderung kepada pembangkang kerana isu remeh macam nie,adakah pemimpin sedar dengan tindakkan ini akan memalapkan peluang kita mendekati pengundi baru yang nyata pertambahan sebanyak 10ribu disetiap parlimen dan dun,jika dahulu kita menang tak semua majoriti lebih dari 10 ribu.kepada pemimpin fikirkan lah keluhan anak muda yang menjadi tunjang belakang negara.Berubah atau diubah.


KUALA LUMPUR 8 Sept. – Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini.Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.
Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.
Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.
Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mat Sabu Naik Minyak ?Tan Sri Muhyiddin…Utusan…Reezal AWAS



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sekarang ini dalam mood nak saman menyaman.Dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur Khamis beliau memberi kata dua kepada Timbalan Perdana Menteri agar berdebat dengannya isu Bukit Kepong.

Jika tidak mungkin akan saman.Namun jika setuju debat ia akan dikaji semula.

PAS lebih berminat nak selesai isu dengan Timbalan Perdana Menteri ‘menerusi debat’.

Muhyiddin telah menolak hajat Mat Sabu.

Pada akhbar Utusan,Mat Sabu beri tempoh 24 jam (hari ini peguam PAS hantar surat tuntutan kepada Utusan) agar tarik balik dan minta maaf atas artikel yang mendakwa beliau sokong komunis.

Jika laporan di muka depan Utusan Malaysia 27 Ogos tidak ditarik balik dalam tempoh itu saman akan difailkan minggu depan.

Mat Sabu mendakwa setelah mendengar rakaman ceramah di Tasek Gelugor berkali-kali ia tidak sama seperti apa dilaporkan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia,Datuk Seri Reezal Merican juga perlu ambil ingatan ini.

Mat Sabu bercadang hendak saman beliau kerana mendakwa fitnahnya berhubung dengan bil perubatan yang dibiayai oleh Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang.

Reezal baru-baru ini mendakwa ada unsur penyelewengan kerana JBAPP tangggong kos rawatan kecederaan Mat Sabu kerana ia berlaku semasa beliau menyertai perhimpunan haram Bersih 9 Julai lalu.

Pada sidang akhbar berkenaan Mat Sabu mendakwa ada terima ugutan termasuk menerusi SMS ada orang hendak simbah asid keatas isteri dan anaknya kerana isu Bukit Kepong.

Katanya beliau belum lagi buat laporan polis mengenai ugutan SMS itu yang diterima berulang-ulang dari nombor yang sama

Thursday, September 8

Panas:Video Seks:#marxsabu


Mat sabu kantoi lagi dengan pendedahan yang terbaru ini.Nak tengok jugak apa reaksi beliau tentang video ini .blogger terus mendedahkan sikap buruk pemimpin PAS yang suka membuat fitnah ini ternyata beliau akan pasti terus melompat katak lepas nie.

#Marksabu Buat Hal PAS Rugi.



#marksabu buat hal dengan menyatakan Komunis tue hero Pas menerima padahnya apabila lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini.

Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, beliau juga tidak teragak-agak menyertai UMNO kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.

Ismail berkata, beliau juga terkilan dengan perjuangan Pas hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin Pas telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, keputusan kumpulan ahli Pas terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.

Kenapa Nak Sabotaj Majlis Rakyat?





PKR dan PAS telah keluarkan arahan kepada seluruh askarnya agar memasang bendera parti masing2 bagi menyambut kehadiran PM ke Permatang Pauh ahad ini untuk Majlis Jamuan RayaMerdeka 1Malaysia yang bakal berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu,Penanti.
Malah hasil maklumat,mereka juga akan mengadakan jamuan raya buat kali kedua bagi menghalang lalulintas.
PM datang untuk Jamuan Rakyat,bukan program UMNO...kenapa sibuk sangat Pakatan Rakyat niiii?


Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.

Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. "Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini. Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini 
"Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui 'buang yang keruh ambil yang jernih' dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu," katanya.
"Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan. "Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua," katanya lagi. 
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin. Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang. - Bernama
MKP kata depa nie dah tersepit kot tue yang dok menyalak.Pakatan Haram nie sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat jahat mereka. 




KENYATAAN MEDIA: 1AGENDA SELAR PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAR FITNAH




1AGENDA terpanggil untuk menyatakan pendirian berkaitan dengan isu semasa yang melibatkan Timbalan Presiden Pas, Sdr Mohamad Sabu dan Kenyataan beliau semasa berceramah di Pulau Pinang, mengenai isu Sejarah Bukit Kepong.

Selepas menonton paparan video ceramah Pemimpin Pas ini  yang dimuatnaik ke laman youtube, 1AGENDA merasakan wajar siasatan menyeluruh, telus dilakukan bukan sahaja kepada Mohamad Sabu tetapi juga kepada mereka yang bertanggungjawab memuatnaik video tersebut.

Mereka yang terlibat merakam dan memuatnaik video ini, pasti dapat membantu siasatan di dalam memastikan agar fakta serta pernyataan Mohamad Sabu adalah sah dan tidak disunting.

Pernyataan Mohamad Sabu semasa ceramah tersebut, sekiranya benar, mesti dikenakan tindakan kerana ianya jelas bersifat HASUTAN dengan tujuan untuk menukar fakta sejarah negara demi memuaskan kehendak politik parti yang diwakilinya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memainkan peranan kerana isu ini tidak sekadar seperti yang dipertontonkan melalui video tersebut malah ianya terus dibanjiri dengan pernyataan beberapa individu tidak bertanggungjawab melalui laman media sosial lain termasuk twitter dan facebook.

Sebagai sebuah NGO Media Sosial berdaftar, 1AGENDA merasakan kejadian (mengangkat Mat Indera sebagai pejuang), adalah sesuatu yang dirancang bagi memperlekehkan Perjuangan Pemimpin Kemerdekaan terdahulu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu ini bukan sahaja menjelekkan malah ianya merupakan cerminan sikap rakus seorang Timbalan Presiden Parti yang hanya mementingkan populariti dan perjuangan sempit politiknya sehingga mengenepikan sensitivi Pewaris kepada Pejuang (Polis dan Keluarga) Bukit Kepong yang masih hidup. Tindakan ini memang tidak Islamic kerana mempertikaikan yakni memburukkan mereka yang telah meninggal dunia.

1AGENDA memandang serius isu penyalahgunaan media sosial sebagai medan untuk menfitnah dan menghasut rakyat sekaligus menyokong cadangan Tindakan Mahkamah oleh Waris Pejuang Bukit Kepong terhadap Mohamad Sabu bagi memastikan budaya fitnah melalui media sosial ini tidak berleluasa serta menjadi iktibar kepada yang lain.

Jelaslah bahawa  skop siasatan haruslah lebih luas dengan kadar segera bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan. SKMM perlu memainkan peranan terutama yang melibatkan beberapa akaun twitter dan facebook milik individu yang menjadi alat memanjangkan 'fakta sejarah palsu' Mohamad Sabu ini.

Di akhirnya, 1AGENDA ini memohon agar semua pihak terlibat agar lebih prihatin dan peka kepada sensitivi pihak lain sebelum membuat sebarang pernyataan kerana ianya boleh menggugat keharmonian negara.


Sekian. Wassalam


Hormat Dari,




ZUL AZHAR BIN CHA
Yang DiPertua

Wednesday, September 7

Mencari Melayu dizaman moden



HEBAHKAN!!! Bekas perajurit akan serang Markas Komunis di Chow Kit besok!



ESOK 8 SEP 2011 LEBIH KURANG JAM 11 PAGI ELOKLAH KITA BERAMAI-RAMAI KE IBU PEJABAT PAS JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM OLEH PERSATUAN BEKAS-BEKAS POLIS DAN PERSATUAN BEKAS-BEKAS PERAJURIT YANG JELAS TERLUKA DENGAN KENYATAAN MOHD SABU DAN PEMIMPIN PAS YANG JAHIL MURAKKAB TENTANG SEJARAH!

PERHIMPUNAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM INI BAGI MENDESAK PAS BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KENYATAAN MOHD SABU DAN PERMAINAN POLITIK KOTOR MEMPERTAHANKAN KENYATAAN TERSEBUT!!!!

AYUH KITA "SERANG" PEJABAT PAS DENGAN MEMORANDUM.DAN SEPERTI BIASA PAS MENGATAKAN PERHIMPUNAN INI ADALAH PERMAINAN UMNO. HARUS DIINGAT BAHAWA UMNO TERLALU LEMBIK UNTUK BERLAWAN DENGAN PAS, BIAR RAKYAT YANG MENGAJAR PAS.

Cina Tidak Lagi Komunis Malah DAP:Kapitalis Gagah.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekarang nampaknya ada ‘kenalan’ baru VVIP bergelar Tan Sri dan yang kaya-raya.Salah seorang daripada mereka ialah Tan Kok Ping, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang sudah beralih angin kepada DAP.



Berjaya Land Bhd, iaitu syarikat Vincent Tan, membeli 57.3 ekar tanah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk harga RM459 juta atas persetujuan jual-dan-beli bersyarat (conditional S&P).
Nilai pembangunan kasar (GDV) untuk tapak Kelab Lumba Kuda itu dianggarkan RM1.5 bilion dan akan dibina ‘gated housing’ (tempat kediaman berpagar dengan pengawal keselamatan swasta), rumah semi-D dan kondo-kondo.
Corak pembangunan ini bukannya akan memanfaatkan golongan berpendapatan rendah dan kelas pertengahan-rendah.
Kerajaan negeri Pulau Pinang amat tergesa-gesa untuk membolehkan paradeveloper membina lebih banyak rumah, lebih banyak apartmen, lebih banyak kompleks membeli-belah dan lebih banyak pejabat komersial dengan secepat mungkin tanpa banyak sekatan.
Ivory Property Group Bhd juga mengumumkan ia berjaya membida sebidang tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara. (Sumber: NST, 27 Julai 2011). Jika dibuat kiraan, transaksi tersebut bernilai lebih kurang satu bilion ringgit.
Projek-projek lain yang melibatkan para kapitalis besar di Pulau Pinang ialah belian tanah di Queensbay, Bayan Lepas untuk RM160 juta oleh CP Land Sdn Bhd.(Sumber: NST, 27 Julai 2011)
Ivory juga bersetuju (dengan syarat) untuk membeli setengah hektar tanah milik mutlak (freehold) di Batu Ferringhi pada harga RM25 juta. (Sumber: NST, 16 Jun 2011)
Batu Ferringhi sebagaimana yang diketahui umum adalah kawasan pelancongan pantai dengan hotel lima bintang.
Selain itu, Ivory Properties Bhd akan mengusahakan ‘reclaimed land’ (tanah tebusguna) seluas 35 ekar dengan anggaran GDV RM10 bilion, menurut sebuah laporan AmBank baru-baru ini.
Manakala di pusat bandar George Town, Mah Sing Group Bhd memperolehi 3.38 ekar tanah milik mutlak untuk RM38.6 juta. (Sumber: The Edge Financial Daily, 19 Okt 2010).
Secara keseluruhannya, Mah Sing akan membangunkan 95 ekar tanah belah pulau di beberapa lokasi utama dengan anggaran GDV RM1.6 bilion.
IJM Land pula akan membangunkan 103 ekar pembinaan hotel, pejabat korporat, rumah kedai dll dengan nilai RM5 bilion.
Suiwah Corp Bhd, lebih dikenali dengan nama ‘Sunshine’ di Pulau Pinang, dikhabarkan bergandingan dengan Qingjan Group Co Ltd (sebuah syarikat pembinaan China) untuk membangunkan sebuah projek bernilai berbilion ringgit.
Suiwah juga terlibat dalam satu projek di tapak 3.6 hektar di Farlim yang mana GDVnya dianggarkan satu billion ringgit. Projek ini akan merangkumi tiga blok bangunan 38-tingkat, 270 buah pangsapuri servis (service apartments), 140 ‘pejabat rumah’ (home office) dll.
Lebih 40,000 buah rumah sedang dibina di Pulau Pinang masa kini. Namun rakyat marhaen tidak akan mampu membeli rumah kerana pendapatan mereka tidak mencukupi. 

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali Tembak Mat Syahbu DAP.



Akhirnya pendirian rasmi PAS diisytiharkan oleh Setiausaha Agung PAS iaitu Mustafa Ali apabila menerima UMNO sebagai pejuang kemerdekaan, manakala Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman diiktiraf sebagai pejuang yang merealisasikan kemerdekaan.
PAS pada masa yang sama, masih lagi berharap, isu yang dicetuskan oleh Mat Sabu mampu menaikkan nama mereka. Saranan daripada salah seorang penulis dan pencacai tua PAS iaitu Subky Latif agar kerajaan menimbangkan pengiktirafan kepada Ibrahim Yaacob yang meninggal dunia di Indonesia selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua.
Ibrahim Yaacob dan KMM memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia dan membentuk sebuah negarayang dikenali sebagai Melayu Raya.
Agak malang kerana pencacai tua itu dari muda lagi memang seorang yang biol dan tidak pernah mengangkat biolnya itu menjadi lebih pandai. Nama Ibrahim Yaacob tidak pernah disisihkan daripada sejarah negara. Bahkan Ibrahim Yaacob meskipun beraliran lain daripada UMNO, seperti juga Pak Sako, Burhanuddin Helmi dan lain-lain, merupakan antara nama-nama pejuang kemerdekaan yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah.
Yang tidak diperkatakan oleh Mat Sabu serta penyokong-penyokong komunis yang lain ialah, salah satu sebabnya Ibrahim Yaacob terpaksa lari ke Indonesia adalah untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh Komunis yang membalas dendam. Sebabnya, semasa kependudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, Ibrahim Yaacob merupakan sekutu tentera Jepun yang telah menjanjikan kemerdekaan buat Tanah Melayu dan Indonesia.
Dalam tempoh dua minggu selepas berundurnya tentera Jepun, komunis atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan melakukan kezaliman, membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai tali barut Jepun. Ramai orang Melayu yang telah dibunuh oleh Komunis. Bahkan bilangan orang Cina dan India yang dibunuh oleh komunis juga agak ramai.
Itu adalah sejarah yang diketahui dan dipelajari. Bagaimana PAS begitu bodoh mengatakan nama Ibrahim Yaacob tidak terdapat dalam buku-buku sejarah di negara ini? Adakah mereka sebenarnya memang tidak pernah membaca buku sejarah yang ditulis oleh rakyat Malaysia dan menjadi teks wajib untuk para pelajar, atau mereka sememangnya sengaja menunjukkan kebodohan yang tiada bandingannya, semata-mata untuk menang berdebat?

Mat Syahbu ANJING BELAAN DAP.



Itulah gelaran yang diberikan oleh rakan yang kontra idea dari segi pemahaman politik.Perjumpaan kenalan diwaktu zaman remaja dahulu bukanlah dirancang akan tetapi secara kebetulan.Lama jugak kami berborak akan tetapi topik yang hangat ialah berkenaan Mat Sabu inilah.Komen terhadap Mat Sabu juga berlambak-lambak. Kebanyakannya mengecam Mat Sabu yang begitu mendewakan Mat Indera dan gerombolan komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 orang anggota pasukan keselamatan itu.

Pentas perdebatan juga telah dibuka oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan menjemput Khairy Jamaluddin (KJ) Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia beradu kehebatan pidato dengan Ayam Sabung PAS iaitu Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu kononnya menolak dan melepaskan tanggungjawab untuk berdebat itu kepada Pemuda PAS Johor. Saya agak lucu melihat isu ini kerana kita seolah-olah sedang menonton 'opera Cina' ataupun 'wayang tongkol' . Kadang-kadang terfikir oleh saya betapa bodohnya kita sebahagian orang Melayu ini. Kita berkelahi sesama sendiri rupanya…


isu Mat Sabu dan komunismenya ini. Isu ini perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya dengan emosi yang nanti akan memakan diri. Isu komunisme ini adalah isu yang agak 'akademik' dan memerlukan pemikiran yang berbentuk sedikit 'ilmiah'. Jadi jangan terperangkap dengan strategi yang telah dipasang oleh Mat Sabu dan DAP yang ditunjangi Guan Eng. Jangan nanti terlihat kita yang jadi 'bodoh' dan Mat Sabu yang mendapat untungnya walaupun Mat Sabu bukanlah cerdik sangat dalam isu komunisme ini. Kalau Mat Sabu cerdik, maka dia tidak akan berkata sedemikian rupa.Mat Sabu hanyalah pelengkap bagi perancangan yang dibuat oleh DAP.Buktinya jelas Guan Eng menjerat lehernya sendiri dengan membenarkan Mat Sabu membuat pembedahan kosnya ditanggung oleh PBA yang diPengerusinya.


 Mat Sabu dengan mudahnya telah membodoh serta memperlekehkan YB Saudara Khairi Jamaluddin dengan cara 'menolak' untuk berdebat dengan beliau dalam isu ini. Beliau menyerahkan kepada Pemuda PAS Johor untuk mengambil alih tempatnya. Signifikannya ialah YB Saudara Khairi Jamaluddin tidak ada 'standard' untuk berdebat dengan beliau kerana beliau adalah seorang Timbalan Presiden PAS Pusat. Saudara KJ hanya layak untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS negeri sahaja walaupun KJ adalah seorang Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat. Pusat dan negeri ada banyak jurangnya. Lihatlah politik Mat Sabu..Orang seperti Mat Sabu akan mempunyai 1001 alasan di atas penolakan ini.


Semakin banyak komen yang dibuat maka akan semakin banyak fakta bodoh yang sengaja diada-adakan bagi menyokong perjuangan komunis. Maka kita akan membuka ruang yang semakin banyak untuk memperlihatkan segala kelemahan dan kekucar-kaciran bangsa kita. Bangsa lain tersenyum melihat kebodohan kita.



Ikutlah prinsip yang diamalkan oleh seseorang doktor, jika sesuatu penyakit itu perlu dibedah maka kita perlu bedah..Jika penyakit itu perlu diberikan suntikan maka kita berikan suntikan dan jika sesuatu penyakit itu ringan, maka kita berikan panadol sudahlah..Soalnya mahu mengambil tindakan atau tidak. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mahukan negara tercinta ini aman dan  mahu pihak Kerajaan bertindak tegas dalam isu ini!! Carilah punca penyakit ini dan ambil tindakan sahaja terhadap punca itu.

Lidah Bewak Guan Eng Bela Mat Sabu.



Mat Sabu yang digelar sebagai ayam tambatan khawarij PAS sekarang ini sudah bertukar profesionnya apabila telah menjadi anjing kepada DAP.


Beliau begitu kuat berkempen agar lebih ramai melayu menyertai DAP sejak akhir akhir ini. Paling menghairankan Mat Sabu sendiri menyarankan agar anak anak melayu menyertai DAP pada waktu ketika beliau berkempen sebelum muktamar PAS baru baru ini.

Pelbagai macam pujian diberikan kepada DAP,Mat Sabu dikhabarkan punyai perjanjian diantara Guan Eng yang beliau sendiri anggap seperti saudaranya.

Tuesday, September 6

Sebak tapi Redha - Al Fatihah buat Noramfaizul.. Pergilah dengan Aman.

Gambit Menyesal Keluarkan Kata-Kata Kesat



Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.
Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.
"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.

Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.
Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.
"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.
Gambit telah pun memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.
Bakal muncul dengan filem “Karipap-Karipap Cinta” pada 15 September ini, Gambit juga telah memohon maaf secara terbuka di Facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakan terbabit.
Ditanya adakah kontroversi tersebut akan menjejaskan promosi dan kutipan filem “Karipap-Karipap Cinta”, Gambit memberitahu dia tidak tahu sama ada ia akan memberi kesan terhadap filem berkenaan atau tidak namun percaya peminat akan memberi sokongan kepada filem tersebut.
"Saya percaya peminat filem Melayu tempatan tidak akan mencampuri kontroversi ini dengan filem tersebut dan saya juga percaya peminat akan terus menyokong filem ini," katanya.

MAT SABU dikecam Oleh Askar Zaman British.



Beberapa orang bekas askar zaman pemerintahan British menyelar sikap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana mempertikai pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga keselamatan rakyat ketika itu.

Mereka berkata kepakaran yang diperolehi telah dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk mempertahankan negara tetapi juga selepas perang dengan kepakaran itu digunakan dalam sektor lain untuk memajukan negara.
“Pengorbanan yang dilakukan anggota pasukan keselamatan pada zaman British bukan untuk membela penjajah tetapi adalah demi kemerdekaan negara, kata Timbalan Presiden Persatuan Bekas Askar British Malaysia (PBAB) Abd Jabar Mukibat.


Abd Jabar, 70, berkata walaupun anggota keselamatan pada masa itu berkhidmat di bawah pentadbiran British, matlamat utama mereka adalah mempertahankan negara dan menjaga keselamatan rakyat.“Saya bukan menyebelahi British tetapi tengok bila Jepun serang Malaya mereka yang pertahankan, bila komunis datang darah siapa yang tumpah ke bumi,” 


Beliau berkata sekiranya pasukan keselamatan itu gagal dalam usaha mereka mempertahankan negara tentunya negara ini tidak akan mengecap nikmat kemerdekaan seperti yang dikecapi hari ini.


Katanya sikap sesetengah pihak mempersoal perjuangan anggota keselamatan di bawah pentadbiran British itu adalah ‘sikap berbahaya’ sekiranya dibiarkan menular kepada generasi muda masa ini.



“Saya bukan orang politik tetapi semua pihak kena buka buku sejarah lihat dan kaji siapa penjajah sebenarnya pada zaman Jepun dan komunis dulu,” katanya yang pernah berkhidmat dengan ‘Royal Corp of Signals’ antara 1957 dan 1970.
Seorang lagi bekas askar British, Abd Rahman Ahmad, 67, berkata walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 1957 anggota keselamatan di bawah pentadbiran British masih berjuang mempertahankan negara.
Beliau berkata antara tahun 1963 dan 1964 pada zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, beliau dan pasukannya bekerjasama dengan komando British mempertahankan sempadan negara di hutan Sabah dan Sarawak.
“Niat pasukan saya pertahankan negara bukan pertahankan British, malah British hantar askar dia tolong kita berjuang pertahankan negara, masa itu negara sudah merdeka dan British tidak untung apapun sekadar tolong kita,” katanya.
Abd Rahman berkata tindakan pihak yang mempersoalkan pengorbanan beliau dan pasukan keselamatan lain di bawah pentadbiran British dalam mempertahankan negara amat ‘memedihkan hati’.
Beliau pernah berkhidmat dengan ‘Corp of Royal Electrical and Mechanical Engineers’ antara 1963 dan 1969 berkata tindakan pihak yang turut mempersoal gelaran pejuang kemerdekaan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar, tidak boleh dimaafkan.
“Tanpa mereka berdua apa akan jadi kepada kita kepada anak cucu kita. Jangan kerana politik kita pusing sejarah kerana sejarah penting untuk anak cucu kita kenal siapa kita, negara kita,” katanya.












Monday, September 5

Last Day Noramfaizul Mohd Nor At Mogadishu Somalia

800 bekas polis buat laporan polis pada Mat Sabu



Seramai 800 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Kuantan hari ini membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara.
Laporan dan demonstrasi itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Setiausaha PBPM Kuantan Rafai Abdul Kadir berkata anggota persatuan itu amat kecewa dan terguris dengan kenyataan menghina oleh Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, kerana mereka telah berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) berpuluh-puluh tahun lamanya.
Beliau berkata PBPM bermandikan keringat meredah hutan dalam Ops Indera Pahang Barat, Ops Kota Echo di Perak dan Ops Doayai Musnah 2 di Sadao Thailand dalam menjalankan tanggungjawab menentang PKM.
“Kami berjuang meninggalkan anak isteri… tidak meminta apa-apa balasan tetapi mahu jasa kami dihargai dan pengorbanan bergadai nyawa kami dijadikan lipatan sejarah menjaga keamanan negara,” katanya.
Rafai berkata persatuan itu mahu Mat Sabu dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana cuba memporak-perandakan keharmonian negara dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu, menyatakan Kompeni Ke-4 PKM yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada Februari 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah tentera penjajah British.


Guan Eng Buat Parking 5juta.Mahalnya.




Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disiasat berhubung pembinaan parkir bertingkat bernilai RM5 juta di Bukit Bendera.
Pengerusi negeri Kita, Tan Tee Beng berkata, bangunan empat tingkat itu dijadual siap pada suku ketiga 2010, namun sehingga kini ia belum dibuka kepada umum.


"Kami percaya mungkin berlaku beberapa penyelewengan sehingga menyebabkan parkir itu gagal beroperasi selepas siap dibina,” katanya kepada pemberita di depan bangunan SPRM selepas membuat laporan hari ini.


Tee Beng juga berkata, jalan di parkir itu terlalu curam dan hanya kereta bersaiz kecil boleh 
melakukan pusingan sebaik turun kerana ia terlalu sempit.


Matkilau Penang kata:Guan eng dok kumpul dana nak buat pilihanraya negeri sebab tue dok buat projek merapu dan yang boleh untung masuk kantong.

Komunis: Khairy sahut cabaran lawan Mat Sabu di 'sarang singa'



Gayung bersambut... Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak lengah seminit pun untuk terima jemputan debat antara beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di kubu kuat PAS, Balai Islam Lundang Kelantan.
Menurut Khairy, beliau sudah menerima jemputan dari kerajaan PAS Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang.
Read More
"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu," katanya dalam satu mesej di laman sosial twitter pada Ahad.
Khairy sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang yang ramai orang kata 'Husam kena' walaupun menang sorak.
Debat itu dijangka akan diadakan hujung bulan ini. Bagaimana pun, penganjur Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sedang berusaha untuk mendapat jawapan dari Mat Sabu.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan UMNO berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.
Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.
Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu

Guan Eng Hang Tunggu apa lagi?



Kira-kira 30 penduduk menuntut jawapan dari Kerajaan Negeri mengapa mereka masih tidak diberikan kelulusan ke atas permohonan mereka terhadap pembelian rumah kos rendah dekat sini.

Difahamkan, mereka berang berikutan tindakan membiarkan 348 unit rumah kos sederhana di pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum daripada diduduki oleh pemohon yang ingin membeli rumah berkenaan.

Penyelaras Dewan Undangan Pengkalan Kota, Loke Poh Chye berkata, tindakan itu menyebabkan rumah kosong berkenaan dijadikan sarang maksiat serta tempat penagih dadah menjalankan aktiviti haram sehingga menyebabkan penduduk di situ berasa kurang selesa.

“Ini kerana kita mendapati pelbagai jarum, kondom dan sampah-sarap berselerak di merata-rata tempat. Walaupun pangsapuri ini siap sepenuhnya tiga tahun lalu, namun masih ada rumah yang dibiarkan kosong tanpa pembeli sehingga kini. Ia bukan sahaja berkeadaan teruk tetapi juga berbau busuk kerana terdapat kesan-kesan air kencing di merata-rata tempat,” katanya kepada media semalam.

Poh Chye berkata, beliau dan penolongnya mengambil inisiatif meninjau setiap tingkat di pangsapuri itu bagi mengenal pasti jumlah unit kosong yang sebenarnya dan mengenal pasti ada 348 unit yang masih belum berpenghuni.

“Oleh itu saya mendesak Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera supaya impian golongan yang masih tidak memiliki rumah dapat dicapai dan tempat berkenaan juga akan menjadi lebih selamat, berikutan tiada lagi kegiatan haram berlaku di situ,” katanya.



MKP kata DAP tunggu nak bagi dekat kroni depa dulu kot.

Kemerdekaan Malaysia: Tunku Abdul Rahman dan “jalan perlembagaan”



Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bukan alat British. Beliau adalah pencinta damai. Oleh sebab itulah Perikatan pimpinan beliau memilih “jalan perlembagaan” dalam usahanya memerdekakan negara.

Hakikat ini terkandung dalam ucapan Tunku Abdul Rahman di Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac 1957 yang menghuraikan mengapakah Perikatan memilih dalam damai bagi mencapai kemerdekaan tanah air.

Perikatan memilih “jalan perlembagaan” oleh kerana tiga sebab utama seperti berikut:
Satu, kerana bangsa Melayu “telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi.”

Dua, kerana bangsa Melayu tidak mahu “menganaiyakan dan menzalimi” lain-lain bangsa.
Tiga, sebab Perikatan mahu menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyatupadukan antara sesama Melayu dan antara Melayu dengan bukan Melayu.

Berasaskan kenyataan di atas, adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa menilai perjuangan berdarah untuk memerdekakan negara sebagai tindakan yang terpuji.

Adalah juga satu pemikiran yang amat songsang jika sesiapa yang terlibat dalam perjuangan berdarah, khususnya menerusi Parti Komunis Malaya (PKM), disifatkan sebagai wira atau hero kemerdekaan.
Dengan ini, Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah melakukan satu kesilapan besar. Jika beliau terus berdegil dan enggan meminta maaf kepada warganegara Malaysia, Pas perlu mendesak beliau untuk berbuat demikian.

Jika tidak, Pas juga perlu diadili oleh warganegara Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum PRU13 kelak kerana parti ini mempunyai individu songsang sebagai Timbalan Presidennya.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive