



KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula tindakan mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kerana ia membebankan pengguna. - Utusan
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini.Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.
Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.
Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.
Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
Majlis anjuran kementerian itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri 10,000 tetamu, katanya.
Beliau berkata masyarakat setempat termasuk mereka yang tinggal berdekatan seperti dari kawasan utara Perak dan selatan Kedah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. "Di situ kita akan lihat senario berhari raya dalam suasana kampung yang meriah dengan harapan majlis itu akan mencerminkan sesungguhnya gagasan 1Malaysia itu terbukti dapat mengukuhkan perpaduan sesama rakyat," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya di Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, hari ini. Rais turut menyarankan agar masyarakat membuang segala bentuk perbalahan, persengketaan dan sifat saling melagakan antara satu sama lain sebagai menghargai kedatangan perayaan berkembar, 1 Syawal dan Hari Kemerdekaan hujung bulan ini
"Pemahaman dan keinsafan menerusi perayaan itu perlu diterjemahkan melalui 'buang yang keruh ambil yang jernih' dengan meletakkan maknanya di suatu tempat di sudut hati walau apa sekalipun tugas dan latar belakang seseorang itu," katanya.MKP kata depa nie dah tersepit kot tue yang dok menyalak.Pakatan Haram nie sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat jahat mereka.
"Lantaran sambutan kemerdekaaan 31 Ogos dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada hari yang sama maka azam kita untuk meninggalkan sifat-sifat runcing, sifat-sifat tajam, sifat-sifat antagonistik atau sifat-sifat yang melaga-lagakan atau dalam peribahasanya yang berada dalam keadaan keruh itu perlu diketepikan. "Hal-hal yang berkaitan dengan persengketaan atau pertembungan pendapat pada hari itu harus diketepikan sebab Hari Kemerdekaan itu penting bagi setiap warga bukan hanya bagi mereka yang berada dalam kerajaan ataupun yang berada dalam perkhidmatan tetapi ia adalah untuk semua," katanya lagi.
Rais berkata jika perayaan itu jatuh pada hari yang sama maka kesucian dari kedua-duanya mesti diterjemahkan menerusi kerelaan untuk memberi panduan hidup yang baik lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar pemimpin. Beliau berkata menghargai Aidilfitri dan kemerdekaan bukan hanya dari segi sebutan sebaliknya mesti dibuktikan melalui perbuatan, pengajaran kisah lama serta menerusi kibaran Jalur Gemilang. - Bernama