Friday, September 16

Namewee Buat Video Undilah.



Adakah tiada orang lain yang boleh buat video untuk mengundi bagi pihak kerajaan.Yang aku heran kenapa Pemimpin BN yang ada dalam klip video ini dah lupa apa yang Namewee babi nie dah buat.Depa nie jenis yang mudah lupa atau buat-buat lupa atau telah diberi arahan dari orang kuat supaya berkerjasama.jika inilah sikap yang dok ada hampa pemimpin nie boleh blah.Tak ada akai nak pikiq.dari segi penerbitan video ini mesti telah mendapat dana.Yang pasti kami yang dok selalu mempertahankan BN lepas nie boleh lah berpaling tadah kerana suara kami tidak didengar.ikutlah resmi namewee babi nie maki dan membuat onar lepas tue ditatang macam anak emas 1malaysia.   

Demo Boikot Filem Nasi Lemak 2.0



Tahniah kepada yang memboikot celaka nasi lemak 2.0 nie,yang lain apa lagi tunggu atau hampa dah akur dengan namewee babi nie.

PKR Tasek Gelugur sokong komunis.



Pkr tasik gelugor nie dapat dana dari DAP dan Mat Sabu.almaklum ini adalah tempat kediaman Mat Sabu dan pencacai ni sanggup berbuat apa saja untuk membela mat sabu nie.Seperti yang kita tahu mereka telah dibutakan hati dan segalanya untuk mempertahan apa saja pemimpin mereka demi wang ringgit yang tidak seberapa.

Bila Mat Sabu mengaitkan kejadian berdarah serangan Polis Bukit Kepong sebagai satu sejarah yang salah kononnya Mat Indra orang Melayu yang menjadi Talibarut Komunis adalah sebenarnya wira negara, timbul rasa geram dihati penulis. Siapakah Mat Indra sebenarnya?

Mat Indra seorang pemuda berbangsa Melayu yang sebelum serangan Balai Polis Bukit Kepong beliau dilihat berada disekitar Balai Polis dalam keadaan mencurigakan. Beliau sebenarnya merupakan tali barut komunis yang berpura-pura baik dengan orang Melayu tetapi pada hakikatnya adalah seorang Melayu yang membantu komunis untuk membunuh Polis Melayu dan memusnahkan Balai Polis Bukit Kepong. Mat Indra berasal dari Batu Pahat.

Kejadian paling tragis dan paling dasyhat semasa darurat, iaitu serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Kisah ini sangat menyayat hati, penuh kesedihan, kepiluan dan rasa dukacita yang berkekalan sampai bila-bila.

Air mata dan darah menitis mengiringi pahlawan bangsa yang gugur dalam mempertahankan tanah air dari ancaman sekumpulan manusia yang bergelar pengganas komunis. Tragedi hitam ini tercatat dalam sejarah kepolisan negara yang kekal dalam ingatan sepanjang zaman. Subuh 23 haribulan Febuari 1950( bersamaan 5 Jamadilawal 1369H).

Balai Polis Bukit Kepong terletak di sebuah daerah yang terpencil, kira-kira 59 kilometer ke utara Muar, telah diserang oleh pengganas komunis yang diketuai oleh seorang bangsa Melayu, yang berasal dari Batu Pahat bernama Mat Indra, yang didakwa kebal. Mat Indra lebihkurang Mat Sabu jugalah sanggup menjadi petualang negara demi untuk memerintah negara.

Serangan mengejut waktu tengah malam bertepatan pada Hari Raya Cina itu dilakukan dari arah pinggir bukit berhampiran pekan Bukit Kepong. Dianggarkan kira-kira 183 pengganas komunis melakukan serangan serentak ke atas Balai Polis Bukit Kepong

Mat Sabu berguru dengan Hishamuddin?



Apa yang Mat Sabu merapu dalam ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang kira-kira tiga minggu lalu, kita semua sudah maklum. Kesannya beliau dikritik semua pihak, kecuali beberapa pemimpin Pas yang terpaksa mempertahankan Timbalan Presiden mereka.

Menarik ialah ucapan beliau menghina pemimpin negara dan anggota keselamatan yang memperjuangkan kemerdekaan dibuat pada 21 Ogos, iaitu 12 hari selepas tersiarnya rencana bertajuk ’31 Ogos Hari Malapetaka’ tulisan penyokong PKR dan bekas pelarian Hishamuddin Rais dalam Suara Keadilan (9 Ogos 2011).

Antara lain, rencana ini menyebut: “Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih Umno untuk jadi barua mereka...Parti Komunis Malaya adalah parti yang menentang British...Pada bulan Ogos (akan) penuh dengan kisah melawan komunis...Kita akan muntah tahi setiap tahun apabila melihat ‘Bukit Kepong’ di kaca TV. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu.

Tetapi polis Melayu ini upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu barua dan ada Melayu nasionalis.

“Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera adalah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem ‘Bukit Kepong’ kerana Umno tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British.”

Nampaknya ada persamaan jelas antara apa yang ditulis ini dengan kandungan ceramah Mat Sabu. Untuk mempertahankan dirinya, Mat Sabu mengemukakan buku Pengukir Nama Johor, yang dicetak pada 2004. Ini mengungkit persoalan: Sejak bila Mat Sabu merujuk buku sejarah, apatah lagi terbitan Yayasan Warisan Johor, untuk bahan ceramahnya?

Padahal, dalam kalangan kepimpinan Pas, Mat Sabu tidak dilihat sebagai seorang intelek atau orang banyak membaca. Beliau diterima sebagai penceramah yang suka buat lawak, bagaikan seorang penglipur lara. Justeru, ada kemungkinan bahan yang dirujuk oleh Mat Sabu dalam ceramahnya pada 21 Ogos lalu bukan daripada mana-mana buku sejarah, tapi daripada tulisan Hishamuddin.

Dalam rencana itu, Hishamuddin menghina pemimpin negara seperti Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra dengan panggilan ‘barua yang setia’, ‘budak suruhan’ dan ‘kuda British’.

Mengenai Hari Merdeka, beliau menulis: “Semenjak 31 Ogos 1957, anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesengsaraan. Dasar ‘ketuanan Melayu’ telah membawa malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian malapetaka itu.”

Mungkin juga kerana dendam tebal hati yang hitam. Ramai tahu sejarah Hishamuddin. Tidak mahu bertanggungjawab atas kekecohan ditimbulkannya sebagai pemimpin pelajar pada 1970an, beliau lari meninggalkan negara. Ramai pemimpin pelajar lain ditahan polis anggapnya seorang pengecut.

Berpuluhan tahun beliau di luar negara, menghabiskan masa muda di Sepanyol, Portugal, UK, Jepun, Australia dan India. Beliau akhirnya dapat pulang ke tanah air atas ehsan kerajaan Malaysia. Namun hari ini, beliau bertindak menghina pemimpin negara, memperlekeh bangsa Melayu dan mengutuk kemerdekaan negara sendiri. Bagaikan ‘melepas anjing tersepit’, kata pepatah Melayu.

Pada saya, orang yang tidak tahu bersyukur seperti inilah yang dikategorikan sebagai ‘malapetaka’. Mereka lupa amaran Allah SWT yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur Aku akan memberi tambahan kepadamu; tetapi jika kamu tidak bersyukur sungguh azab-Ku dasyat sekali.” (Surah Ibrahim: 7)
Hari ini semua rakyat negara ini meraikan Hari Malaysia. Tetapi bagi Hishamuddin dan Mat Sabu mungkin tidak berasa apa-apa. Mungkin juga ada sebab mereka mahu lupakan tarikh ini.

Ramai masih ingat 16 September sebagai tarikh Ketua Pembangkang cuba ambil alih negara melalui ‘pintu belakang’ setelah kalah dalam pilihan raya umum 2008 secara demokratik. Bagi majoriti rakyat negara kita, inilah sebenarnya Hari Malapetaka dalam sejarah Malaysia, bukan 31 Ogos.

16 September Anwar nak ke Putrajaya???

anuar memang kaki belit...
rupa emmm macam saya... - tapi itu bukan saya
badan... pun macam saya juga - tapi itu bukan saya
kalau gaya... emmm macam saya juga - tapi itu pun bukan saya...
perut buncit - kah3 itu bukan saya sebab awak tak nampak saya buka baju lagi...
(habistu siapa orang dalam video tu)
owhhh... itu kawan saya, nama dia Al-Juburi... ®

Thursday, September 15

Perutusan khas Hari Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak



Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Proton Malaysia perlu kaji objek ini

Proton Malaysia pengeluar Exora perlu mengkaji objek ini, sekiranya berlaku kemalangan, impaknya ialah objek tersebut boleh mencederakan kaki pemandu.

Superman Pulau Pinang.




Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya dua tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri itu, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.

Hakikatnya hari ini Pulau Pinang sudah tidak lagi dikuasai BN. Usaha DAP melalui Projek Tanjung 1 dan Tanjung 2 dalam beberapa pilihan raya umum lalu akhirnya jadi kenyataan dengan bantuan Pas dan PKR.

Tidak siapa duga jambatan Pulau Pinang yang dibina menghubungkan tanah besar dengan pulau kini sudah tidak lagi menjadi simbol kejayaan BN walaupun ia menjadi laluan utama.

Sewaktu idea pembinaannya mula diuar-uarkan, Tun Dr Mahathir Mohamed ialah Perdana Menteri manakala Ketua Menteri Pulau Pinang pula ialah Tun Lim Chong Eu. Bukan sahaja rakyat negeri itu menerima idea ini dengan baik, malah kepimpinan Gerakan di bawah Chong Eu juga cukup dihormati oleh pengundi Cina, Melayu dan bukan Melayu.

Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang jauh mengatasi majoriti negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Pahang iaitu negeri yang melahirkan dua PM negara.

Pengundi-pengundi Cina dan Melayu tidak nampak DAP atau mana-mana pembangkang sebagai pejuang yang bakal diraikan. Malah ketika itu nama Kit Siang dan Karpal sekadar satu nama yang tidak memberi makna tidak seperti nama Chong Eu dan Koh Tsu Koon serta Tun Rahman Abbas, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika berada dalam Umno).

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan DAP buat pertama kali menggantikan BN sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang dan anak Melaka, Lim Guan Eng (anak Kit Siang) yang bertanding di Dun Air Putih menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri. Tsu Koon bukan saja gagal merebut kerusi Parlimen malah parti Gerakan yang dipimpinnya kecundang. Dalam sekelip mata Umno kehilangan sebuah kerajaan dan terpaksa pula duduk di barisan pembangkang sebagai pembangkang manakala Tsu Koon berada di Putrajaya.

Walaupun umum melihatnya sebagai tidak wajar diberi jawatan menteri, namun Perdana Menteri ada sebab untuk tidak ikut pendapat umum. Saya teringat seorang penulis menganggap dia seperti seorang superman yang tidak boleh terbang. Nampaknya apa pun konotasi superman – sama ada boleh terbang atau sebaliknya - terhadap Tsu Koon dalam konteks Pulau Pinang, ia nampaknya seperti sudah tidak berguna lagi. Masa berlalu hanya memperlihatkan Gerakan semakin hilang pengaruhnya di negeri itu.

Mujurlah beberapa hari lalu, Pulau Pinang dilawati oleh superman baru dalam bentuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Sebagai tokoh yang sudah masak dengan strategi politik, Najib memilih untuk membawa pendekatan ‘sertailah ia apabila anda tidak boleh menawannya’. Najib merasakan tidak ada gunanya cuba mematahkan pengaruh DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan cara konvensional.

Justeru dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh, 11 September lalu yang turut dihadiri Guan Eng dan barisan Exco negeri, Najib berkata, “Kita mungkin ada perbezaan politik tetapi dari segi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kita akan teruskan (pembangunan) tanpa dipengaruhi fahaman politik....” Kini, Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan sebuah lapangan terbang baru ganti lapangan di Bayan Lepas yang sudah uzur, membangunkan Jambatan Kedua dan Empangan Mengkuang. Apakah DAP masih mahu bermain politik dengan mengatakan semua ini membazir?

Kita tunggu sahaja kiranya ada tokoh Melayu berkemampuan menjadi superman baru bagi penduduk pulau mutiara itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Musibat Egonya Guan Eng!!!


Egonya musibat kalihamput nie?Nana nak habaq mai.Umno adalah parti tidak berprinsip,Lawan tetap lawan.fuhh egonya dan lagaknya seperti dah tau akan menang kes ini dan siap ugut pulak UMNO jangan jadi pengecut dan sedia menanti dimahkamah.musibat nie pulak mempertikaikan kredibiliti polis yang tidak mengambil tindakkan terhadap pesalah yang didakwalah entah mana bukti yang diperkatakan.

Beliau silap jika kita memegang jawatan apa pun dalam umno tak semestinya tidak boleh menjadi ahli dalam Persatuan atau NGO.Yang dia nampak hanyalah UMNO.Bodohnya Ketua menteri ini ialah tidak menyiasat apa yang berlaku dan pada hari itu beliau hilang entah kemana?Lari apabila rakyat nak menyerahkan memorandum lepas nie cakap tak mau jatuh hooo.

Tentunya masa yang agak lama untuk menyelesaikan masaalah ini akan tetapi kita tunggu apakah kesudahanya memihak kepada siapa.Menyirap darah bila tengok reaksi musin=bat guan eng nie.Paling cepat untuk mahkamah mendapatkan keputusan selama dua tahun iatu selepas PRU 13.janji telah dibuat jika umno menang wang akan diberikan kepada yang memerlukan,Bagus tindakkan yang dibuat oleh UMNO Pulau Pinang.Harap dengan niat yang begitu suci kita memperolehi kemenangan.

Saya hanyalah blogger picisan dan adakah suara yang dinyatakan akan didengar mungkin belum tentu.Berperang hanya kerana niat membantu dan memenangkan BN pada PRU 13 yang akan muncul tidak lama lagi.Segala yang dibuat diatas pembelanjaan sendiri tiada siapa yang membantu dari segi kewangan dan sebagainya bukan hendak mengadu akan tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Bak kata orang Penang berak tanggung pandai hang lah nak buat apa pun.Kenapa saya berkata begitu??????????????????????? baca DISINI DAN TU BARU DIA
  



Kereta peronda Polis Pun Kena?????


Kereta Peronda Polis pun kena jugak kerana tak ikut peraturan meletak kenderaan tidak mengikut tempat yang disediakan.lucu dan kurang ajar mat bangla yang dok jaga tempat meletak kenderaan ini.ini tempat saya punya bila aku tanya dekat dia kenapa buat macam tue.Kejadian ini berlaku di Plaza Gurney Pulau Pinang mungkin bangla nie dapat lesen besaq dari DAP kot.

Wednesday, September 14

Prihatin Kerajaan BN terhadap Pelajar di Syria.


Ini adalah bukan kali pertama pelajar dibawa balik dari negara arab yang bergolak,akan tetapi adakah berbaloi.Kerajaan BN tidak pernah memilih bulu dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rakyatnya akan tetapi pasti dimanipu;asi oleh pihak pembangkang yang ratanya kebanyakkan pelajar yang belajar disana menyokong mereka.Akan tetapi bukan semua yang terjerumus masih ada yang menyokong kerajaan BN.

 Usaha membawa pulang kesemua 220 penuntut Malaysia di Syria hanya akan dilakukan selepas esok setelah mereka menduduki peperiksaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata penuntut Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Syria kini menumpukan perhatian untuk menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada pertengahan bulan ini.
“Oleh itu, usaha membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Syria hanya akan bermula selepas mereka menduduki peperiksaan.
“Kita mempunyai beberapa pilihan untuk membawa keluar mereka iaitu melalui Doha (Qatar) atau Dubai (Emiriyah Arab Bersatu) ke Malaysia.
“Kita akan mencari jalan terbaik untuk membawa mereka keluar secepat mungkin termasuk menggunakan pesawat komersil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Luar di Wisma Putra malam tadi.
Anifah berkata Kementerian Luar telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyelaraskan proses membawa pulang penuntut di Syria, ekoran rusuhan dan tunjuk perasaan berlarutan di negara itu.
Namun begitu, beliau berkata hampir 40 peratus daripada jumlah penuntut Malaysia mahu terus tinggal di negara itu.
“Saya dimaklumkan bahawa mereka mahu bertahan di Syria kerana mendapati keadaan di negara itu tidak membimbangkan.
“Kita akan memberi mereka untuk membuat pilihan dan sekiranya keadaan memaksa, kita akan mengarahkan mereka pulang ke Malaysia,” katanya.
Anifah berkata Wisma Putra akan membantu penuntut Malaysia di Syria untuk mendapatkan visa keluar bagi membolehkan mereka balik semula ke negara itu apabila keadaan kembali reda.

Kerajaan DAP bina Parking Tak Selamat.



Kerajaan DAP telah membina satu parkir tempat letak kereta tidak selamat dan mengancam penguna iatu tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang sehingga kini hangat diperkatakan perlu dirobohkan segera.satu laporan kerja siasatan tanah untuk satu blok bangunan letak kereta dan bas pelancongan tiga tingkat di atas lot 219 Bandar Air Itam yang sudah dikemukakan sejak 2009. Hasil daripada laporan berkenaan bangunan letak kereta itu hanya akan mengancam pengguna letak kereta berikutan ia boleh roboh bila-bila masa sahaja sekiranya dibuka kelak. 


Dalam laporan kertas siasatan itu, kontraktor yang dilantik sudah membuat cadangan membina bangunan menggunakan sistem cerucuk mikro kerana lebih bersesuaian untuk permukaan berbatu bata bagi tapak tempat letak kereta berkenaan. Namun sehingga kini penggunaan sistem cerucuk hidraulik sudah digunakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengetahui hal ini berikutan laporan sudah siap pada 2009, namun bukan cerucuk mikro yang digunakan.


penggunaan cerucuk sistem mikro lebih selamat namun, kosnya tinggi berbanding cerucuk sistem hidraulik yang jauh lebih rendah. Namun perbezaan penggunaan cerucuk itu juga yang akan menjadi punca akan berlakunya perobohan atau keretakan bangunan.Penggunaan hidraulik tidak sesuai kerana tapak tanah bangunan itu tidak dapat menampung berat kereta yang mungkin mencecah bertan kilogram, sudah cukup ada 200 kereta yang akan masuk dan kemungkinan besar bangunan berkenaan akan mendap dan runtuh. 


Bangunan parkir tiga tingkat yang memuatkan 200 kenderaan dan bas pelancongan itu sudah siap dibina pada suku ketiga 2010 namun, belum dibuka kepada umum kerana tidak diberikan sijil layak menduduki kerana terdapat kelemahan pada reka bentuknya.Bangunan parkir yang bernilai RM5 juta sebelum ini didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Tan Tee Beng yang mendakwa berlaku penyelewengan sehingga menyebabkan parkir itu gagal beroperasi selepas siap dibina selain jalan parkir yang terlalu curam dan hanya kereta bersaiz kecil boleh melakukan pusingan sebaik turun kerana ia terlalu sempit. 


Kelmarin dalam satu sidang media, Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar berkata, pihaknya memerlukan tempoh seminggu lagi bagi menyiapkan satu laporan lengkap untuk dihantar ke Kementerian Pelancongan. Laporan lengkap itu akan mengandungi beberapa perkara yang membabitkan pembinaan parkir, sebab kelewatan pembukaannya dan kaedah penyelesaian masalah serta satu badan penyiasatan bebas iaitu pihak Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dengan kepakaran geoteknikal sudah dilantik untuk menyiasat secara menyeluruh keadaan struktur yang dibina. 

Siapa Bantu ‘Komunikasi’ Kerajaan?



Minta maaf cakaplah, kalau berdasarkan analisa ‘mata kasar’ memang nampak macam Kerajaan sudah menang dan mampu menentang parti pembangkang di media perdana dan juga alternatif. Mata kasar. Kalau tengok mata halus. Belum tentu.
Kerajaan pimpinan DS Najib memang banyak produk yang bagus dan boleh memenangi hati rakyat. Tapi bab menjual benda yang bagus – FAILED. Masih tak ada fokus. PEMANDU memainkan peranan yang terlalu melampau dalam polisi dan juga elemen komunikasi kerajaan yang efektif. Betul, budak-budak PEMANDU semuanya graduate Ivy League. Tapi tak semua benda yang mereka tahu dan faham. Banyak benda media ini memerlukan ‘street smart’. Bukan teori. Kalau dah semua benda PEMANDU nak jual. Sudahnya…jual benda-benda yang tidak mengena dengan minat rakyat. Hancur
Selang dua tiga minggu, kalau ikut stail PEMANDU – mesti ada announcement ‘berbilion’ ringgit. PM buat muka seronok. PEMANDU buat speech. Kepada PEMANDU, mereka sudah berjaya dan dapat meningkatkan sokongan rakyat. Betul ke? Atau PEMANDU memang ada niat nak SABOTAJ PM – dengan mengemukakan segala macam announcement berbilion ringgit – sudahnya; satu pun tak berjalan! Tak ke mampus…
Orang dalam pejabat PM – tolong….TOLONGLAH siasat budak-budak PEMANDU yang feed macam-macam info kepada pembangkang. 




Selidik budak-budak PEMANDU yang mula nak cuba mengaut untung dengan memberikan maklum balas kepada pembangkang. Ini semua mat Ivy League yang tidak setia kepada Negara. Rosak,

PM ANNOUNCES EIGHT NEW INVESTMENT PROJECTS WORTH RM1.4 BLN

ETP in overdrive: progress in 19 projects, RM67 billion invested

ETP: 35000 new jobs; RM67b private investments in 3 sectors

Anwar dan PKR gelak sakan dengan strategi PEMANDU yang terlalu fokus kepada projek berbilion ringgit. Anwar dalam satu pertemuan, mengatakan TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH, PM gunakan projek syarikat swasta sebagai inisiatif kerajaan. Tak pernah.
PEMANDU nampaknya memang sudah memandu KERAJAAN ke arah yang tidak tepat. Elok kalau PM perkuatkan NEAC…berbanding terlalu terbuai dengan strategi tidak bijak PEMANDU. Kalau pembangkang sendiri dah memuji kebodohan PEMANDU…rasanya ada yang tak betul….

Biar Betul???????


Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng

PULAU PINANG 13 Sept. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, pemimpin tersebut bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.
Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi liabiliti besar dalam parti.
''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN.
''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Tee Beng, sejak dua bulan lalu juga berlaku penentangan hebat bukan sahaja daripada rakyat malah parti komponen BN di negeri ini terhadap kepimpinan Tsu Koon terutama tugasnya sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang dilihat tidak berfungsi.
Katanya, mereka sudah muak melihat Tsu Koon yang hanya suka 'mengikut' Perdana Menteri ke sana sini sedangkan tugas hakikinya sebagai menteri dan Pengerusi BN negeri terabai.
''Dia bukan Timbalan Perdana Menteri kedua yang perlu mengikut Perdana Menteri ke sana sini. Tetapi itulah yang dilakukan sejak dulu. Apa guna menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi BN negeri jika tidak menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat.
''Mungkin orang Melayu tidak rasa sangat seperti yang dirasai masyarakat Cina. Mereka sudah terlalu muak dengan Tsu Koon. Justeru, jika mahu mendapat kembali sokongan sepenuhnya daripada mereka, Tsu Koon perlu dipecat," katanya.

MKP kata apakah motifnya utusan malaysia mengeluarkan artikel ini.Adakah apa yang didakwa itu benar dan sahih suara dari akar umbi.Jika benar dakwaanya apakah yang patut dilakukan oleh pucuk pimpinan BN negeri.Saya hanya mempersoalkan kenapa utusan menyiarkan artikel ini.

Namewee SiCelaka Dapat Jumpa PM?



Namewee nama yang pernah mengemparkan satu malaya suatu ketika dahulu dengan sikap kurang ajarnya dan   dan mencerca nama baik Malaysia dengan memburukkan lagu Negaraku dan bermacam macam lagi.Berita yang menguriskan hati dan perasaan para rakan-rakan yang selama ini menyokong dan mempertahankan nama baik kerajaan sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.


Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?


Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang terbakaq dada?

Nampaknya suasana di Malaysia sudah terbalik sekarang, siapa yang nak jumpa PM harus jadi jahat seperti namewee. Siapa yang baik-baik jangan haraplah dapat jumpa PM.

Jika begitu cara PM maka jawabnya semakin hari semakin ramai yang akan naik toncang. Tak mustahil selepas ini akan lahir ribuan lagi manusia kurang ajar seperti si namewee kerana semuanya sudah tidak takut kepada undang-undang serta tidak hormat kepada budaya dan adat resam rakyat Malaysia.




Tuesday, September 13

Prof Dr Zainal Kling terus dikecam oleh pro Pas








Keluarga Tuanku Abdul Rahman gesa Mat Sabu mohon maaf secara terbuka



Anggota keluarga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hari ini menggesa Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu memohon maaf secara terbuka kepada mereka, berhubung kenyataannya mengenai Bapa Kemerdekaan itu.

Anak saudara Tunku, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, tindakan pemimpin Pas itu mempertikaikan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam sejarah kemerdekaan negara mengguris hati seluruh anggota keluarga Almarhum.

"Mat Sabu (Mohamad) tidak perlu mempertikaikan hasil usaha Tunku Abdul Rahman kerana dia sepatutnya bersyukur dapat tinggal di negara yang aman ini dan jangan cuba ubah fakta dan putar belitkan sejarah negara ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu mencetuskan kontroversi apabila dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas menafikan peranan Tunku dalam membebaskan negara daripada penjajahan British.

Berdasarkan rakaman video ceramah itu yang petikannya disebarkan menerusi internet, antara lain Mat Sabu berkata: "...sejarah kemerdekaan kita tak kena tuan-tuan sekalian, sebab itu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat. Siapa pegawai British? Datuk Onn, Tunku
Abdul Rahman...itu pegawai British...hak lawan British hak tu pula jadi pengganas."

Mengulas lanjut, Tengku Zainol Rashid berkata dalam usaha memerdekakan negara, Almarhum Tunku serta beberapa pemimpin lagi mengambil risiko berbincang dengan komunis di Baling, Kedah serta ke London untuk menuntut kemerdekaan negara.

"Kepetahan dan kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman dalam berkata-kata berjaya meyakinkan pihak British untuk menyerahkan negara ini kepada kita serta memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada Tanah Melayu dan nikmat kemerdekaan itu kita kecapi sehingga hari ini.

Beliau juga membidas Mohamad yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik.

"Anggota politik di negara ini tidak perlu memainkan isu seperti ini untuk kepentingan sesebuah parti politik semata-mata sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan terhadap rakyat. Saya berharap isu ini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya.

Beliau juga mahu kerajaan mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab itu bagi dijadikan pengajaran kepada orang lain dan mengelak perkara sama berulang.

Penerangan dan cadangan Ketua Pemuda UMNO mengenai cukai pra bayar


Ramai rakan-rakan Twitter tanya kenapa tidak dimansuh terus service tax untuk perkhidmatan pra-bayar. Kenapa hanya ditangguh? Saya cuba jelaskan. Cukai perkhidmatan lima peratus ini dikenakan sejak tahun 1998 kepada semua syarikat telco. Cuma (selama ini) telco telah tanggung cukai ini tanpa dialihkan kepada penguna.
Cukai ini telah dibayar kepada kerajaan oleh telco tanpa dialihkan tanggungan tersebut kepada pengguna sebagai tambahan kos pembelian produk. Isu terkini timbul bila Kerajaan naikkan service tax ke enam peratus. Maka telco mengambil peluang alihkan semua kos pada pengguna (lima peratus asal + satu peratus baru)
Bagi telco hujah mereka mengapa dikenakan cukai dua kali: cukai korporat DAN kena tanggung cukai perkhidmatan yang patut dibayar pengguna.
Jadi kerajaan melalui Datuk Seri Rais Yatim runding supaya perkara ini ditangguhkan dulu. Kenapa tidak dimansuhkan terus?
Sebab sekiranya dimansuhkan, kerajaan hilang pendapatan. Dan pendapatan ini dibayar oleh telco, bukan pelanggan pun.
Oleh yang demikian, walaupun tidak dimansuhkan ia tidak bebankan rakyat sebab balik pada senario asal iaitu syarikat telco yang bayar dan Kerajaan peroleh cukai. Saya antara yang bantah cukai ini dialih kepada pengguna. Tidak munasabah dalam keadaan ekonomi hari ini juga terlalu mengejut.
Isu cukai senang dimanipulasi dan perkara yang sedikit rumit (untuk) difahami. Sepatutnya penerangan dibuat dulu. Cakap ini tanggungan pengguna sebenarnya. Lepas tu adakan pelan peralihan. Tiga tahun kedudukan sama. Lepas tu satu peratus dulu dialih kepada pengguna.
Setiap tahun mungkin ada tambahan satu peratus. Ada jadual jelas. Dan buat pengecualian total untuk pelajar contohnya. Barulah mudah diterima. Cuma cadangan dari Ketua Pemuda kerdil tapi saya percaya tidak akan mengejutkan dan meletup seperti isu hari ini. Wallahualam.

Monday, September 12

Ira disihir guna gambar dalam FB



NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
Sumber Kosmo
MKP kata Nak kena padam semua gambaq aku dalam FB takut jugak kena santau lepaih nie. 

Pas tiru manifesto UMNO



Manifesto Pas mengenai negara kebajikan yang bertujuan meraih sokongan bukan Islam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah hasil sentuhan UMNO.Pas telah mencipta idea manifesto yang diguna pakai Umno sejak merdeka 54 tahun lalu.Pas telah tertinggal jauh. Barisan Nasional (BN) sudah guna konsep kebajikan ini sejak dulu lagi. 


Pas baru nak guna sekarang semata-mata kerana mahu meraih undi bukan Islam dan meninggalkan perjuangan asal mereka yang berkonsepkan negara Islam.Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan manifesto yang akan dibawakan Pas pada PRU-13 berkonsepkan negara kebajikan.

Abdul Hadi berkata, beliau yakin manifesto itu, mampu menarik undi bukan Melayu dan mampu menghidupkan kembali amalan demokrasi yang gagal dilakukan Kerajaan Pusat.UMNO, langsung tidak tergugat dengan manifesto dibawakan Pas.

Apa yang dibawakan itu, Umno sudah guna lama. BN menggunakan kesatuan dalam kepelbagaian dalam mengurus tadbir pentadbiran yang mana sesuai untuk semua bangsa dan agama.Kerjasama antara Melayu, Cina, India dan kaum Bumiputera sentiasa diamalkan dalam BN, supaya semua perkara berjalan lancar.

Pas tidak usah buang masa untuk membawa negara kebajikan itu kerana BN yang memimpin negara hari ini telah banyak membuat kebajikan kepada rakyat.Pas tidak boleh nafikan perkara ini, setiap tahun ada sahaja peruntukkan yang diberikan bagi meringankan beban rakyat termasuk kemudahan awam.

Jumlah yang diberikan bukan sedikit, berbilion ringgit, malah kerajaan juga tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana negeri di bawah pentadbiran Pas mahupun Pakatan Rakyat seperti di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.

kerajaan telah memperuntukkan RM15.5 bilion tahun ini sahaja bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.Dari segi pembangunan sebanyak RM28.3 bilion diperuntukkan tahun ini untuk sektor ekonomi bagi menampung keperluan infrastruktur, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Tidak pernah terlintas kepada kerajaan hari ini untuk mendiskriminasikan negeri-negeri yang bukan di bawah pentadbiran BN kerana kerajaan tahu semua rakyat berhak mendapat apa yang sepatutnya.hala tuju Pas yang dilihat semakin terumbang-ambing sejak memasuki Pakatan Rakyat.

Pas dilihat lebih mengutamakan undi mereka sehingga sanggup mengubah pendirian memperjuangkan Islam.Jika mereka kata negara kebaji-kan itu juga perjuangan negara Islam, kenapa tidak terus menggunakan negara Islam itu?, kenapa perlu ditukar?.manifesto yang dibawakan Pas itu tidak mampu menawan hati pengundi bukan Melayu.








Mat sabu Pandai kelepiak:isu PhoneSex.


Dengan stail dan gaya bersahaja, Mat Sabu kerap buat lawak bagi tarik penonton.
Kalau depan wartawan pulak, tutur kata beliau macam Datuk Seri Anwar Ibrahim – ada lawak, marah dan kadangkalai penuh sindiran.
Namun, abang Mat kita tutup mulut rapat bila minta komen pasal rakaman perbualan telefon seks di laman Youtube didakwa suaranya dengan seorang wanita dipercayai Normah Abdul Halim yang pernah ditangkap di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada 1994.
Memang pelik cara Mat Sabu layan wartawan Agendadaily dan beberapa media lain yang ‘tangkap’ beliau di jamuan hari raya PAS Pusat di Taman Melewar, petang Ahad.
Awal-awal lagi beliau nampak macam malas nak layan wartawan sebaliknya duduk di kerusi di pintu masuk dewan PAS pusat itu untuk bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri jamuan tersebut.
Mana boleh tunggu, wartawan terpaksa kepung Mat Sabu nak tanya komen beliau isu itu.
Ditanya sama ada beliau sudah dengar rakaman itu, “No Komen” katanya.
Selepas itu ditanya samada, beliau mahu nafi itu suaranya.Jawapanya sama  ”No Komen.”
Bila ditanya, nak saman tak pihak yang siar rakaman itu, “No Komen,” katanya dalam nada suara serius.
Barangkali malu kerana tak dapat jawap soalan yang semua orang ingin jawapanya itu, Mat Sabu tempelak wartawan dan kata, dah tau wartawan nak tanya pasal itu (rakaman telefon seks).
Rupa-rupanya dalam hebat Mat Sabu ada juga lemahnya.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive