Monday, September 19

Anuwar Dah Ketaq Lutut.



Pak sheik berdiam diri dalam isu skandal seks beliau apa bila bukti terbaru didedahkan oleh PAPAGOMO.Seperti orang bersalah apabila menuduh itu semua fitnah dan tomahan terhadap dirinya.ANUgerah tuhan yang dicanangkan oleh KaK wan tidak mahu melayan pendedahan klip video berwarna dalam sebuah blog yang didakwa membabitkan dirinya.tuduh pulak  blog tersebut menjadi alat parti politik kerajaan untuk menenggelamkan isu penting yang dibangkitkan Pakatan Rakyat (PR).


Malah katanya, tindakan terbaru itu adalah usaha blogger terbabit untuk mengaitkannya dengan tuduhan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti yang pernah didakwa sebelum ini. “Saya tak mahu layan lagi, buat apa kita layan blog yang diperalatkan Umno. Perkara ini sengaja dibangkitkan untuk tutup perkara penting yang kita suarakan seperti ekonomi, kezaliman dan rasuah,” katanya. 


Beliau berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Keadilan Kedah, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, semalam.

Sebuah akhbar semalam menyiarkan pendedahan sebuah blog :Papa Gomo: yang mamaparkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, sekiranya blogger berkenaan mahu mempersoalkan aspek moral terhadap dirinya, pengendali blog itu perlu terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan moral.

“Apa Papa Gomo kata soal moral ke? Moral ialah yang berkaitan dengan budi pekerti, minum arak, rasuah, zalim, aibkan atau fitnah orang. Itu barulah moral,” katanya.



MKP kata jangan dok kelepiak la pak sheik kami berhujah dan mengeluarkan bukti yang nyata dan sahih patut hang samanlah atau membuat laporan polis dan bertindak mengikut undang-undang.atau angkatlah sumpah lahanat bagi membersihkan diri dari fitnah.Nie dok bercakap pasal maruah,sebagai Pemimpin patut berhujah la lebih matang.



Namewee Celaka:Mana Lagi Pejuang?


Hanya satu NGO membuat laporan terhadap Namewee anak haram babi nie.Celaka sungguh siap tunjuk surat lagi bagi pelepasan bagi filem yang beliau hasilkkan.aku tak tau lah apa yang depa nie dok buat dekat atas sana.WOIIIIII?Hampa tido kot celaka anak Babi emas nie diberi segala-galanya dari A-Z.Hampa dok lupa atau melayu dah layu haprak lupa apa yang babi nie dah buat.

Terbakaq gila aku tengok dah la cakap melayu pun tak fasih lepas tue mengaku dan dok tayang surat dan menyampaikan penjelasan dalam baca cina.Aku tak peduli dia nak cakap cina tp pikiqla sensitiviti masyarakat sekeliling.Isu yang disampaikan dalam penjelasannya 2.0 umum tahu ia berkaitan dengan BERSIH 2.0.Rasanya tak guna kita cakap dengan orang yang dunngu dan buta perut nie?Sebab tue masa PM turun selangor tekankan kepada pemimpin jangan bagi laporan palsu kepada beliau dan pekara sbegini harus diberikkan perhatian yang serius.Kami tahu NAMEWEE babi nie dah ketaq lutut dengan komen dan demo dekat perak hari tue.syabas diucapkan oleh mereka dulu PERKASA dan lain heboh dok teriak satu malaya isu nie depa dah bisu atau mulut kena zip dah kot!!!!!!!!!!!!!

Kepada Pemimpin janganlah dok rasa bila dah ambil namewee babi nie menjadikan Populis dan SEMPOI.Jika beginilah sikap yang dok ada nak habaq mai boleh blah laaa.



LUAHAN RASA DARI ANAK MUDA PENANG SEMPOI.
zam MAT REMPIT SIPULIAU

email dari pembaca Blog MatKilau Penang yang diterima pagi tadi.



Karpal Singh suruh Anuwar Bertaubat Dulu Baru Komen.


Jaguh Peguam DAP patut suruh Anuwar bertaubat dahulu baru mempertikaikan kenapa dimansuhkan ISA dan melepaskan tahanan ISA.Untuk makluman Peguam yang bertindak mengikut nafsu nie.Mereka ditahan kerana mengedar dadah dan kesalahan yang boleh mengugat negara.Rupanya Mat Karpal nie lupa pada PM DS Najib   telah membebaskan tahanan ISA yang dirasakan boleh mendapatkan keampunan selepas beliau menjadi Perdana Menteri KE 6.Jangan dok buat lupa dengan apa yang PM dah lakukan.Lain lah jika DAP dah mendapat putrajaya buat lah apa hang punya suka.

Ingin mencari publisiti murahan serta populis demi kepentingan Politik,Jangan dok nak ambil tahu tepi kain orang suruh anuwar bertaubat dari dok mengentot depan dan belakang.Karpal patut menunggu sehingga undang-undang baru berkaitan keselamatan negara siap digubal sebelum membuat kritikan.Orang ramai tidak sepatutnya membuat tuduhan ke atas sesuatu rang undang-undang yang belum lagi dibentang dalam Parlimen. Ini satu tindakan yang tidak adil.

MKP menyangkal dakwaan bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggubalan dua undang-undang baru tersebut adalah gimik politik bagi meraih sokongan.Keputusan memansuhkan ISA dilakukan atas dasar apa yang betul demi rakyat dan bukannya untuk mendapat momentum pilihan raya umum ke-13.

Boria Padang Kota Lama.


Petang tadi acara seperti biasa aktiviti didataran Pengucapan umum dekat padang kota lama,Pemuda BN Parlimen Tanjong terdiri dari UMNO,GERAKAN DAN MCA telah memberi ceramah yang menghentam pentadbiran Guan Eng akan tetapi dibalas hujah oleh penyokong tegar DAP dan berlaku sedikit salah faham itu adalah pekara biasa apabila penjilat DAP kalah berhujah.aktiviti ini berterusan hingga ke PRU 13 dataran ini telah diujudkan oleh DAP untuk memberi penjelasan isu semasa dan sesiapa saja boleh memberi ucapan bermula dari Pukul 6petang hingga 8malam.Pemuda BN Parlimen Tanjong tidak memberi ruang kepada Mereka iatu DAP untuk menaburkan fitnah dan bertindak dengan mengeluarkan Hujah berdasarkan Fakta-fakta dan ini membuatkan Penjilat DAP nie marah dan geram kepada Pemuda BN Tanjong.


walaupun hujan renyai-renyai pada petang tadi akan tetapi ramai yang berada disana tidak berganjak dan terus mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah.Untuk makluman Penceramah pada petang td ialah     
H'ng Khoon Leng  Pemuda Gerakan.



Oh Tong Keong  Pemuda MCA

Apa nie sampai tempat parking pun tak habis lagi buat hal.

Sunday, September 18

Guan Eng Terbakaq Dekat Anwar.


Guan eng dah meracau pasal video seks yang terbaru didedahkan oleh blogger elit malaya PAPAGOMO.Dalam jamuan hari raya yang dianjurkan oleh kerajaan negeri DAP tidak menjemput Anuar hadir dalam majlis berkenaan,Malahan Anuwar sendiri telah menghilangkan diri ke KEDAH.Nampak ada yang tak kena diantara mereka berdua.malahan semalam ceramah Guan eng lari malam kesingapura kononnya atas urusan rasmi kesana.Padahal mengelak bertemu dengan Anuar menyampaikan ceramah perdana yang dikunjungi tidak lebih dari 500 orang.

Sudah terang lagi bersuluh menyatakan DAP dan Keadilan sudah tidak sebulu dalam rencana politik.Guan eng tahu aura pak sheik telah hilang dek kerana vido lucah yang disebarkan dalam laman youtube.Tekanan demi tekanan yang diterima oleh Ketua menteri RM100 ini apabila PM kerap turun ke Pulau Pinang terutama kawasan kubu kuat Pak sheik.Mana lagi kalau tidak Permatang Pauh selang beberapa hari TPM pula turun kesini Bagai nak gila dibuatnya Guan eng Sambutan lebih dari 15ribu yang hadir.

MKP kata Guan eng tido tak lena dok pikiq apa pulak nak kena lepas nie macam gambaq 3 abdul lakonan p ramli dengan ahmad nispu.Jalan cerita kita dah tau macam mana,Pengajaran dah ada kita tunggu masa dan ketika tengok siapa pemenangnya.


LALAT BUAH DAN I.S.A.



Roh I.S.A kekal cuma ia akan kembali lebih baik lagi.isu ISA macam lalat buah.setiap tahun racun baru akan dibuat kerana racun lama kurang efektif sebab lalat hasilkan enzim imune kan racun tue.samalah dengan ISA dulu depa tak ada hak asasi manusia kini ada.ISA kurang kuat macam racun lapuk tak boleh bunuh lalat buah.


Sebenarnya , kajian utk permansuhan ISA ini bermula di sejak pentadbiran Tun abdullah ahmad Badawi  lagi dimana ketika itu , mantan PM Pak Lah telah mengarahkan 1 kajian undang 2 yang komprehensif utuk mengemaskini akta ISA tersebut.secara realistiknya sebelum pengumuman permansuhan tersebut dibuat sempena hari malaysia pada 16 hb september 2011 , pihak pentadbiran PM DS Najib dan pihak berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN)dan para pakar undang-undang telah merumuskan dan membuat 1 cadangan keatas hasil kajian mereka.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan pertemuan dengan pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat bagi memperkemaskan semua aspek mengenai pindaan dan cadangan Rang Undang-Undang Baru (RUU) membabitkan lima akta.



Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata perbincangan itu membabitkan cadangan pemansuhan dan penggantian RUU Pencegahan di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan serta RUU Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) selain cadangan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959.


Mereka juga akan akan membincangkan mengenai cadangan mekanisme penambahbaikan membabitkan aktiviti perhimpunan di tempat awam berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Katanya pertemuan itu turut akan membincangkan peranan pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang diasaskan pada 11 Januari 1972 di atas penguatkuasaan Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964.


Selain itu, katanya KDN akan mengusulkan kepada Peguam Negara senarai semakan untuk penelitian membabitkan perincian peruntukan undang-undang di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peranan Rela terus kekal relevan dan digubal semula sebagai Akta Parlimen dan diletakkan sebagai undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.


READ MORE

Video ALjuburi Pada 12/13 Januari 2011


APakah muslihat aljuburi kali nie,jam omega ada kat umah jijah simpan/muka mungkin sama tp perut buncit dan macam-macam alasan akan diberikkan oleh pemain drama dan wayang oleh kedua mempelai demi menutup malu.Kalau bangkai tikus bolehlah tutup nie bangkai gajah nak sorok macam mana kena korek lubang dalam-dalam.susah pak sheik ooi.Tak sabaq rasanya dok tunggu video terbaru nie.apakah reaksinya mengalahkan orang muda.saya sendiri pun tak sehebat pak sheik.

Senario bilik berkenaan berbeza sekali dengan bilik klip video pertama yang menunjukkan aksi seks dengan seorang GRO China didakwa disebuah apartmen di Ampang.
Persoalan yang ditimbulkan oleh klip terbaru ini ialah di manakah Anwar pada 12-13 Januari 2011’.

Video seks pertama dulu didakwa dirakam pada pada 21 Februari 2011.
Apakah ada sesuatu ‘ menarik’ berlaku pada tarikh berkenaan?
Kalau singkap balik semasa sidang akhbar trio Datuk T waktu mula isu video seks ini meletop dulu,Datuk Sharzly Eskay Abdullah mendakwa beliau adalah orang yang kerap sambut dan melayan  Anwar setiap kali beliau ke Thailand.
Eskay juga mendakwa ‘ ada hal’ lain sewaktu mereka di sana.
Waktu itu beliau enggan menjelaskan lebih lanjut ‘ aktiviti’ di Thailand.
Katanya hal berkenaan akan didedahkan kemudian.
Persoalannya apakah klip video AKAN DATANG  itu melibatkan adegan di Thailand ?
Siapa tahu mungkin ada video yang kedua,ketiga atau keempat.
Yang pertama Anwar nafi...soalnya  bagaimana kalau ada babak-babak lain dan di tempat-tempat lain pula?
Seorang lagi anggota Datuk Trio,Datuk Shuib Lazim memberitahu isu video Anwar ‘ belum tutup buku’.
Sekalipun enggan memberikan butirannya beliau membayangkan ada yang bakal meletup nanti berkata,” tungguuuu...”




Saturday, September 17

Video Seks:Penjilat Anuar Dah Gabra


Komen yang diterima oleh pejilat Al-juburi tentang pendedahan yang dibuat telah membuat penjilat Pak sheik GABRA dan memaki hamun.Apa nie sabaq la kenapa nak marah marah dengan video nie.Cuma bukti yang menyatakan anuar memang benar berana di aparment itu.

Blog 1 Malaysia said...
Pantat mak ko!!
'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa.. 
Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.Pantat KO!!
http://blog1Malaysia.blogspot.com/



Bapak Anwar Di Ampang Apartment




Lawatan TPM Warga Emas Teruja.



Seorang warga emas Razali Ismail tidak menyangka dapat bersarapan bersebelahan Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin di Pasar Awam Tasek Gelugor, di sini hari ini. 

Razali,75, dari Padang Menora di sini berkata ini kali pertama beliau berpeluang bertemu pemimpin kerajaan secara begitu dekat.

"Beberapa hari lalu pakcik dapat tau (tahu) Timbalan Perdana Menteri nak mai (datang) Tasek Gelugor, walaupun kurang sihat pakcik gagah (kuatkan diri) mai juga kerana sejak dulu lagi teringin sangat nak jumpa dia (Muhyiddin).
"Lebih membanggakan dan mengembirakan bila beliau (Muhyiddin) yang sedang melawat kedai makan di pasar ajak pakcik duduk bersarapan dengannya, pakcik akan ingat pengalaman ini sampai bila-bila," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Pesara guru itu berkata Timbalan Perdana Menteri turut berbual dengannya. 

"Beliau (Muhyiddin) tanya tentang kesihatan dan keluarga saya, walaupun perbualan itu singkat tetapi ia sangat bermakna dan jelas sekali Timbalan Perdana Menteri kita seorang pemimpin yang berjiwa rakyat," katanya. 

Muhyiddin yang mengadakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang memulakannya dengan lawatan mesra di Pasar Awam Tasek Gelugor dan bersarapan di gerai milik Sharifah Ibrahim, 42. 
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit menikmati kopi 'O' panas, bihun goreng dan puding. 

Sementara itu, Sharifah ketika ditemui, berkata beliau membuat persediaan awal apabila mendapat tahu Muhyiddin akan melawat kawasan tempat beliau berniaga sejak 15 tahun lalu. 

"Bila dapat tahu tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri nak datang melawat gerai-gerai di pasar saya buat beberapa persediaan, yalah 'orang besar' nak mai (datang)," katanya. 

Sharifah berkata juga sangat gembira kerana Timbalan Perdana Menteri memilih untuk bersarapan di gerainya. 

Selesai menjamu selera Muhyiddin kemudian mengadakan dialog dengan peniaga di situ sebelum berjalan kaki kira-kira 200 meter untuk melawat projek landasan kereta api berkembar. 

Sepanjang perjalanan ke tapak projek berkenaan Timbalan Perdana Menteri sempat singgah dan beramah mesra dengan pemilik-pemilik kedai di kawasan terbabit. 

Turut menyertai beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga Menteri di JPM serta pemimpin komponen BN negeri. 

PANAS:Video Anuar Mana Mau Lari.



Video ini bagi memperkukuhkan lagi penipuan Anwar mengenai Video SEKS yang didedahkan sebelum ini. Rakaman ini dilihat Anwar sedang dalam perjalanan bersama Datuk Eskay memasuki lif menuju ke bilik beliau melakukan maksiat tersebut bersama China Doll. Dan di dalam Video ini, ianya terang2 menampilkan wajah dan fizikal Anwar pada ketika itu. Ramai yang mengatakan penayangan Video Seks Anwar itu mengaibkan masyarakat.Anwar tidak kemukakan bukti jelas? Beliau pernah berkata ada gambar Najib bersama Altantuya. Mana gambar dia? Sehingga hari ini tiada gambar disertakan kepada umum. Yang ada itupun telah diedit dengan lebih mengaibkan. Video ini buat renungan kita bersama bagaimana PAS dan DAP yang tiap2 hari mencaci Pemimpin2 Negara, sehingga Dato' Onn Jaafar sendiri dihina, akan tetapi boleh mengangkat dan menjulang Anwar yang rendah moralnya. Bukan itu sahaja. Mampu melakonkan watak seolah2 berjiwa dan berakhlak mulia serta warak. Inilah sifat yang didakwa Mat Sabu menjadi hobi Anwar bagi mendapatkan pengaruh. Semoga video ini dapat menyedarkan masyarakat yang telah ditipu oleh Pemimpin ini.

Anuar suka Kencing bila Kantoi Lari Keluar Negara.


Sembang Rakyat - Mimpi Pakatan umpama Mimpi Mat Jenin. PERBUALAN RAKYAT TENTANG mimpi pakatan merajui PUTRAJAYA SAMBIL MEMANCING DI HUTAN LIPUR.

Friday, September 16

Namewee Buat Video Undilah.



Adakah tiada orang lain yang boleh buat video untuk mengundi bagi pihak kerajaan.Yang aku heran kenapa Pemimpin BN yang ada dalam klip video ini dah lupa apa yang Namewee babi nie dah buat.Depa nie jenis yang mudah lupa atau buat-buat lupa atau telah diberi arahan dari orang kuat supaya berkerjasama.jika inilah sikap yang dok ada hampa pemimpin nie boleh blah.Tak ada akai nak pikiq.dari segi penerbitan video ini mesti telah mendapat dana.Yang pasti kami yang dok selalu mempertahankan BN lepas nie boleh lah berpaling tadah kerana suara kami tidak didengar.ikutlah resmi namewee babi nie maki dan membuat onar lepas tue ditatang macam anak emas 1malaysia.   

Demo Boikot Filem Nasi Lemak 2.0



Tahniah kepada yang memboikot celaka nasi lemak 2.0 nie,yang lain apa lagi tunggu atau hampa dah akur dengan namewee babi nie.

PKR Tasek Gelugur sokong komunis.



Pkr tasik gelugor nie dapat dana dari DAP dan Mat Sabu.almaklum ini adalah tempat kediaman Mat Sabu dan pencacai ni sanggup berbuat apa saja untuk membela mat sabu nie.Seperti yang kita tahu mereka telah dibutakan hati dan segalanya untuk mempertahan apa saja pemimpin mereka demi wang ringgit yang tidak seberapa.

Bila Mat Sabu mengaitkan kejadian berdarah serangan Polis Bukit Kepong sebagai satu sejarah yang salah kononnya Mat Indra orang Melayu yang menjadi Talibarut Komunis adalah sebenarnya wira negara, timbul rasa geram dihati penulis. Siapakah Mat Indra sebenarnya?

Mat Indra seorang pemuda berbangsa Melayu yang sebelum serangan Balai Polis Bukit Kepong beliau dilihat berada disekitar Balai Polis dalam keadaan mencurigakan. Beliau sebenarnya merupakan tali barut komunis yang berpura-pura baik dengan orang Melayu tetapi pada hakikatnya adalah seorang Melayu yang membantu komunis untuk membunuh Polis Melayu dan memusnahkan Balai Polis Bukit Kepong. Mat Indra berasal dari Batu Pahat.

Kejadian paling tragis dan paling dasyhat semasa darurat, iaitu serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Kisah ini sangat menyayat hati, penuh kesedihan, kepiluan dan rasa dukacita yang berkekalan sampai bila-bila.

Air mata dan darah menitis mengiringi pahlawan bangsa yang gugur dalam mempertahankan tanah air dari ancaman sekumpulan manusia yang bergelar pengganas komunis. Tragedi hitam ini tercatat dalam sejarah kepolisan negara yang kekal dalam ingatan sepanjang zaman. Subuh 23 haribulan Febuari 1950( bersamaan 5 Jamadilawal 1369H).

Balai Polis Bukit Kepong terletak di sebuah daerah yang terpencil, kira-kira 59 kilometer ke utara Muar, telah diserang oleh pengganas komunis yang diketuai oleh seorang bangsa Melayu, yang berasal dari Batu Pahat bernama Mat Indra, yang didakwa kebal. Mat Indra lebihkurang Mat Sabu jugalah sanggup menjadi petualang negara demi untuk memerintah negara.

Serangan mengejut waktu tengah malam bertepatan pada Hari Raya Cina itu dilakukan dari arah pinggir bukit berhampiran pekan Bukit Kepong. Dianggarkan kira-kira 183 pengganas komunis melakukan serangan serentak ke atas Balai Polis Bukit Kepong

Mat Sabu berguru dengan Hishamuddin?



Apa yang Mat Sabu merapu dalam ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang kira-kira tiga minggu lalu, kita semua sudah maklum. Kesannya beliau dikritik semua pihak, kecuali beberapa pemimpin Pas yang terpaksa mempertahankan Timbalan Presiden mereka.

Menarik ialah ucapan beliau menghina pemimpin negara dan anggota keselamatan yang memperjuangkan kemerdekaan dibuat pada 21 Ogos, iaitu 12 hari selepas tersiarnya rencana bertajuk ’31 Ogos Hari Malapetaka’ tulisan penyokong PKR dan bekas pelarian Hishamuddin Rais dalam Suara Keadilan (9 Ogos 2011).

Antara lain, rencana ini menyebut: “Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih Umno untuk jadi barua mereka...Parti Komunis Malaya adalah parti yang menentang British...Pada bulan Ogos (akan) penuh dengan kisah melawan komunis...Kita akan muntah tahi setiap tahun apabila melihat ‘Bukit Kepong’ di kaca TV. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu.

Tetapi polis Melayu ini upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu barua dan ada Melayu nasionalis.

“Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera adalah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem ‘Bukit Kepong’ kerana Umno tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British.”

Nampaknya ada persamaan jelas antara apa yang ditulis ini dengan kandungan ceramah Mat Sabu. Untuk mempertahankan dirinya, Mat Sabu mengemukakan buku Pengukir Nama Johor, yang dicetak pada 2004. Ini mengungkit persoalan: Sejak bila Mat Sabu merujuk buku sejarah, apatah lagi terbitan Yayasan Warisan Johor, untuk bahan ceramahnya?

Padahal, dalam kalangan kepimpinan Pas, Mat Sabu tidak dilihat sebagai seorang intelek atau orang banyak membaca. Beliau diterima sebagai penceramah yang suka buat lawak, bagaikan seorang penglipur lara. Justeru, ada kemungkinan bahan yang dirujuk oleh Mat Sabu dalam ceramahnya pada 21 Ogos lalu bukan daripada mana-mana buku sejarah, tapi daripada tulisan Hishamuddin.

Dalam rencana itu, Hishamuddin menghina pemimpin negara seperti Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra dengan panggilan ‘barua yang setia’, ‘budak suruhan’ dan ‘kuda British’.

Mengenai Hari Merdeka, beliau menulis: “Semenjak 31 Ogos 1957, anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesengsaraan. Dasar ‘ketuanan Melayu’ telah membawa malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian malapetaka itu.”

Mungkin juga kerana dendam tebal hati yang hitam. Ramai tahu sejarah Hishamuddin. Tidak mahu bertanggungjawab atas kekecohan ditimbulkannya sebagai pemimpin pelajar pada 1970an, beliau lari meninggalkan negara. Ramai pemimpin pelajar lain ditahan polis anggapnya seorang pengecut.

Berpuluhan tahun beliau di luar negara, menghabiskan masa muda di Sepanyol, Portugal, UK, Jepun, Australia dan India. Beliau akhirnya dapat pulang ke tanah air atas ehsan kerajaan Malaysia. Namun hari ini, beliau bertindak menghina pemimpin negara, memperlekeh bangsa Melayu dan mengutuk kemerdekaan negara sendiri. Bagaikan ‘melepas anjing tersepit’, kata pepatah Melayu.

Pada saya, orang yang tidak tahu bersyukur seperti inilah yang dikategorikan sebagai ‘malapetaka’. Mereka lupa amaran Allah SWT yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur Aku akan memberi tambahan kepadamu; tetapi jika kamu tidak bersyukur sungguh azab-Ku dasyat sekali.” (Surah Ibrahim: 7)
Hari ini semua rakyat negara ini meraikan Hari Malaysia. Tetapi bagi Hishamuddin dan Mat Sabu mungkin tidak berasa apa-apa. Mungkin juga ada sebab mereka mahu lupakan tarikh ini.

Ramai masih ingat 16 September sebagai tarikh Ketua Pembangkang cuba ambil alih negara melalui ‘pintu belakang’ setelah kalah dalam pilihan raya umum 2008 secara demokratik. Bagi majoriti rakyat negara kita, inilah sebenarnya Hari Malapetaka dalam sejarah Malaysia, bukan 31 Ogos.

16 September Anwar nak ke Putrajaya???

anuar memang kaki belit...
rupa emmm macam saya... - tapi itu bukan saya
badan... pun macam saya juga - tapi itu bukan saya
kalau gaya... emmm macam saya juga - tapi itu pun bukan saya...
perut buncit - kah3 itu bukan saya sebab awak tak nampak saya buka baju lagi...
(habistu siapa orang dalam video tu)
owhhh... itu kawan saya, nama dia Al-Juburi... ®

Thursday, September 15

Perutusan khas Hari Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak



Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Proton Malaysia perlu kaji objek ini

Proton Malaysia pengeluar Exora perlu mengkaji objek ini, sekiranya berlaku kemalangan, impaknya ialah objek tersebut boleh mencederakan kaki pemandu.

Superman Pulau Pinang.




Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya dua tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri itu, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.

Hakikatnya hari ini Pulau Pinang sudah tidak lagi dikuasai BN. Usaha DAP melalui Projek Tanjung 1 dan Tanjung 2 dalam beberapa pilihan raya umum lalu akhirnya jadi kenyataan dengan bantuan Pas dan PKR.

Tidak siapa duga jambatan Pulau Pinang yang dibina menghubungkan tanah besar dengan pulau kini sudah tidak lagi menjadi simbol kejayaan BN walaupun ia menjadi laluan utama.

Sewaktu idea pembinaannya mula diuar-uarkan, Tun Dr Mahathir Mohamed ialah Perdana Menteri manakala Ketua Menteri Pulau Pinang pula ialah Tun Lim Chong Eu. Bukan sahaja rakyat negeri itu menerima idea ini dengan baik, malah kepimpinan Gerakan di bawah Chong Eu juga cukup dihormati oleh pengundi Cina, Melayu dan bukan Melayu.

Pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang jauh mengatasi majoriti negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Pahang iaitu negeri yang melahirkan dua PM negara.

Pengundi-pengundi Cina dan Melayu tidak nampak DAP atau mana-mana pembangkang sebagai pejuang yang bakal diraikan. Malah ketika itu nama Kit Siang dan Karpal sekadar satu nama yang tidak memberi makna tidak seperti nama Chong Eu dan Koh Tsu Koon serta Tun Rahman Abbas, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika berada dalam Umno).

Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan DAP buat pertama kali menggantikan BN sebagai parti pemerintah di Pulau Pinang dan anak Melaka, Lim Guan Eng (anak Kit Siang) yang bertanding di Dun Air Putih menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri. Tsu Koon bukan saja gagal merebut kerusi Parlimen malah parti Gerakan yang dipimpinnya kecundang. Dalam sekelip mata Umno kehilangan sebuah kerajaan dan terpaksa pula duduk di barisan pembangkang sebagai pembangkang manakala Tsu Koon berada di Putrajaya.

Walaupun umum melihatnya sebagai tidak wajar diberi jawatan menteri, namun Perdana Menteri ada sebab untuk tidak ikut pendapat umum. Saya teringat seorang penulis menganggap dia seperti seorang superman yang tidak boleh terbang. Nampaknya apa pun konotasi superman – sama ada boleh terbang atau sebaliknya - terhadap Tsu Koon dalam konteks Pulau Pinang, ia nampaknya seperti sudah tidak berguna lagi. Masa berlalu hanya memperlihatkan Gerakan semakin hilang pengaruhnya di negeri itu.

Mujurlah beberapa hari lalu, Pulau Pinang dilawati oleh superman baru dalam bentuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri. Sebagai tokoh yang sudah masak dengan strategi politik, Najib memilih untuk membawa pendekatan ‘sertailah ia apabila anda tidak boleh menawannya’. Najib merasakan tidak ada gunanya cuba mematahkan pengaruh DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan cara konvensional.

Justeru dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di SMK Guar Perahu, Permatang Pauh, 11 September lalu yang turut dihadiri Guan Eng dan barisan Exco negeri, Najib berkata, “Kita mungkin ada perbezaan politik tetapi dari segi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kita akan teruskan (pembangunan) tanpa dipengaruhi fahaman politik....” Kini, Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan sebuah lapangan terbang baru ganti lapangan di Bayan Lepas yang sudah uzur, membangunkan Jambatan Kedua dan Empangan Mengkuang. Apakah DAP masih mahu bermain politik dengan mengatakan semua ini membazir?

Kita tunggu sahaja kiranya ada tokoh Melayu berkemampuan menjadi superman baru bagi penduduk pulau mutiara itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Musibat Egonya Guan Eng!!!


Egonya musibat kalihamput nie?Nana nak habaq mai.Umno adalah parti tidak berprinsip,Lawan tetap lawan.fuhh egonya dan lagaknya seperti dah tau akan menang kes ini dan siap ugut pulak UMNO jangan jadi pengecut dan sedia menanti dimahkamah.musibat nie pulak mempertikaikan kredibiliti polis yang tidak mengambil tindakkan terhadap pesalah yang didakwalah entah mana bukti yang diperkatakan.

Beliau silap jika kita memegang jawatan apa pun dalam umno tak semestinya tidak boleh menjadi ahli dalam Persatuan atau NGO.Yang dia nampak hanyalah UMNO.Bodohnya Ketua menteri ini ialah tidak menyiasat apa yang berlaku dan pada hari itu beliau hilang entah kemana?Lari apabila rakyat nak menyerahkan memorandum lepas nie cakap tak mau jatuh hooo.

Tentunya masa yang agak lama untuk menyelesaikan masaalah ini akan tetapi kita tunggu apakah kesudahanya memihak kepada siapa.Menyirap darah bila tengok reaksi musin=bat guan eng nie.Paling cepat untuk mahkamah mendapatkan keputusan selama dua tahun iatu selepas PRU 13.janji telah dibuat jika umno menang wang akan diberikan kepada yang memerlukan,Bagus tindakkan yang dibuat oleh UMNO Pulau Pinang.Harap dengan niat yang begitu suci kita memperolehi kemenangan.

Saya hanyalah blogger picisan dan adakah suara yang dinyatakan akan didengar mungkin belum tentu.Berperang hanya kerana niat membantu dan memenangkan BN pada PRU 13 yang akan muncul tidak lama lagi.Segala yang dibuat diatas pembelanjaan sendiri tiada siapa yang membantu dari segi kewangan dan sebagainya bukan hendak mengadu akan tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Bak kata orang Penang berak tanggung pandai hang lah nak buat apa pun.Kenapa saya berkata begitu??????????????????????? baca DISINI DAN TU BARU DIA
  



Kereta peronda Polis Pun Kena?????


Kereta Peronda Polis pun kena jugak kerana tak ikut peraturan meletak kenderaan tidak mengikut tempat yang disediakan.lucu dan kurang ajar mat bangla yang dok jaga tempat meletak kenderaan ini.ini tempat saya punya bila aku tanya dekat dia kenapa buat macam tue.Kejadian ini berlaku di Plaza Gurney Pulau Pinang mungkin bangla nie dapat lesen besaq dari DAP kot.

Wednesday, September 14

Prihatin Kerajaan BN terhadap Pelajar di Syria.


Ini adalah bukan kali pertama pelajar dibawa balik dari negara arab yang bergolak,akan tetapi adakah berbaloi.Kerajaan BN tidak pernah memilih bulu dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rakyatnya akan tetapi pasti dimanipu;asi oleh pihak pembangkang yang ratanya kebanyakkan pelajar yang belajar disana menyokong mereka.Akan tetapi bukan semua yang terjerumus masih ada yang menyokong kerajaan BN.

 Usaha membawa pulang kesemua 220 penuntut Malaysia di Syria hanya akan dilakukan selepas esok setelah mereka menduduki peperiksaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata penuntut Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Syria kini menumpukan perhatian untuk menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada pertengahan bulan ini.
“Oleh itu, usaha membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Syria hanya akan bermula selepas mereka menduduki peperiksaan.
“Kita mempunyai beberapa pilihan untuk membawa keluar mereka iaitu melalui Doha (Qatar) atau Dubai (Emiriyah Arab Bersatu) ke Malaysia.
“Kita akan mencari jalan terbaik untuk membawa mereka keluar secepat mungkin termasuk menggunakan pesawat komersil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Luar di Wisma Putra malam tadi.
Anifah berkata Kementerian Luar telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyelaraskan proses membawa pulang penuntut di Syria, ekoran rusuhan dan tunjuk perasaan berlarutan di negara itu.
Namun begitu, beliau berkata hampir 40 peratus daripada jumlah penuntut Malaysia mahu terus tinggal di negara itu.
“Saya dimaklumkan bahawa mereka mahu bertahan di Syria kerana mendapati keadaan di negara itu tidak membimbangkan.
“Kita akan memberi mereka untuk membuat pilihan dan sekiranya keadaan memaksa, kita akan mengarahkan mereka pulang ke Malaysia,” katanya.
Anifah berkata Wisma Putra akan membantu penuntut Malaysia di Syria untuk mendapatkan visa keluar bagi membolehkan mereka balik semula ke negara itu apabila keadaan kembali reda.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive