Thursday, October 6

JPN perjelas isu pengeluaran kad pengenalan



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu yang kononnya terdapat dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia turut berkata tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan kerana JPN hanya mengeluarkan kad berkenaan kepada mereka yag benar-benar layak berdasarkan peruntukan perundangan negara.

"Adalah ditegaskan bahawa JPN tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu dan sebaliknya hanya membekalkan rekod sahih sahaja kepada SPR untuk tujuan semakan identiti daftar pemilih," kata JPN dalam satu kenyataan hari ini.

Dewan Pemuda PAS baru-baru ini dilapor telah menghantar memorandum kepada JPN mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan membabitkan dua perkara utama iaitu penggunaan kod negara "71" dan kad pengenalan palsu dalam DPI.

JPN berkata dakwaan yang dibuat pihak berkenaan melalui memorandum itu adalah tidak benar.

Menjelaskan isu individu yang didakwa mempunyai nama yang sama dan memiliki nombor kad pengenalan hampir sama, JPN berkata rekod jabatan menunjukkan sembilan daripada 10 nama disahkan merupakan individu berlainan berdasarkan gambar dan cap jari yang berbeza.

"Mereka mempunyai persamaan hanya pada nama dan tarikh lahir sahaja. Individu ke-10, Azinah binti Mohd Fazin (800820-02-5150) tiada rekod di jabatan ini," kata kenyataan itu.

JPN menjelaskan kod negara “71” yang terdapat dalam nombor pengenalan diri digunakan mulai 1990, dan pada masa itu kod khusus bagi setiap negara luar masih belum diwujudkan dengan hanya kod negara 71 diguna pakai bagi semua kelahiran warga Malaysia dan pemastautin tetap Malaysia di luar negara.

"Mulai 2001, kod negara secara khusus bagi pengenalpastian negara kelahiran individu diwujudkan bertujuan membezakan kod kelahiran individu di luar negara," kata JPN, sambil menambah nombor pengenalan diri yang dikeluarkan menggunakan kod negara 71 sebelum ini, adalah sah dan terpakai bagi pemilik sedia ada.

Nombor pengenalan diri 12 digit pada kad pengenalan mula digunakan pada 1990 dan merupakan kombinasi antara tarikh lahir, kod negeri/negara tempat lahir serta nombor siri janaan komputer bagi menjadikan nombor tersebut unik dan tiada pertindihan.

Senarai kod-kod negara luar yang dimaksudkan boleh dilayari melalui portal rasmi JPN, www.jpn.gov.my

DAP Lacurkan Perempuan Cantik Untuk Menang



DAP memang sangat terkenal dengan helah dan perancangan politik yang sangat licik. Sebelum PRU 2008, cerita tentang DAP agak kurang dititikberatkan, memandangkan pengaruh DAP tidaklah begitu hebat. Setiausaha Agungnya pula adalah seorang lelaki yang sangat terkenal dengan penciptaan cerita-cerita karut dan serba membohongkan seperti kisah dia kononnya masuk penjara kerana membela seorang budak perempuan Melayu walaupun hakikatnya dia masuk penjara kerana menghasut dan menyebarkan kertas bercetak yang mengandungi fitnah.
Namun ada beberapa perkara yang menarik tentang DAP yang sebenarnya menuntut perhatian sewajarnya oleh barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sekiranya mereka ingin menang. DAP nyata terkehadapan dalam penggunaan media dan pengiklanan. Iklan-iklan, promosi dan propaganda DAP dibuat dengan kaedah terbaik dari segi perang saraf. Sedangkan UMNO-BN ternyata masih lagi bergantung kepada kaedah konvensional yang sudah ketinggalan jauh dan tidak lagi efektif.
Perhatikan sahaja poster-poster DAP yang jauh lebih menarik dan lebih ceria, berbanding poster-poster Barisan Nasional yang serba melemaskan, kaku, tidak ceria dan menggunakan template yang sama seperti pada tahun-tahun 50-an. Perhatikan juga bagaimana DAP mendekati generasi muda menerusi media Internet dan tidak lagi terlalu bergantung kepada media massa dan elektronik seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
Namun yang lebih penting, perhatikan bagaimana DAP menggunakan calon-calon daripada generasi muda bagi menambahkan keyakinan serta lebih dekat dengan pengundi-pengundi yang sekarang ini majoritinya adalah golongan muda. Sedangkan Barisan Nasional pula, masih lagi mengekalkan calon-calon warga tua yang berperut boroi, berbadan besar, tidak cergas dan lembab, tua serta kelihatan tidak mesra dengan golongan muda.

BN boleh kalah



Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

“Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.

Antara sebab itu, kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR) ialah kerana pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Mereka terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya itu,” katanya.

Chandra berkata, pemimpin BN bagaimanapun kini dilihatnya sudah tersedar bahawa mereka perlu sentiasa mendekati rakyat untuk memastikan apa yang berlaku pada PRU-12 tidak lagi berulang.

“Kita dapat lihat keadaan semakin baik bagi BN yang dibuktikan menerusi kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini,” katanya.

Menurut Chandra, undi orang Melayu yang kembali semula kepada BN semakin meningkat, begitu juga orang India.

“Ini menunjukkan BN berada di landasan yang betul,” katanya.

Berbanding kerusi Parlimen yang menurutnya BN berpeluang untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga, Chandra bagaimanapun mengakui sukar untuk meramal keupayaan BN merampas semula pemerintahan negeri yang kini di bawah PR.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.

Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama BN, Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal.



MKP kata patut pemimpin BN terutama di Pulau pinang lebih peka dengan senario yang berlaku sekarang ini untuk memastikan kemenangan pada PRU 13 akan tetapi sampai sekarang masih lagi kedengaran tidak kepuasan hati antara pemimpin.saya melihat dari sudut suara akar umbi.

Wednesday, October 5

Lagi-lagi UMB?



Whizzekid ada terbaca pasal UMB Sarawak dipertikaikan kewujadnnya di alam politik zaman sekarang.
Kenapa nak pertikaikan perkara yang baik?Daripada membuat cerita yang bukan-bukan pasal UMB,baik kita perbaiki segala kekurangan.
Apalah yang mereka ni nak buktikan?Nak buktikan orang luar lebih bijak dan boleh “take over” UMB?

Rayuan Anwar, cubaan ketiga melarang hakim ditolak



Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan penolakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwat ke atas ketua pembangkang itu sekarang.

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, mengetuai panel tiga hakim berkata, mahkamah tertinggi itu mempersetujui keputusan mahkamah rayuan bahawa rayuan Anwar itu tidak boleh dirayu kerana ia perkara dibuat di awal sesuatu perbicaraan yang tidak melupuskan hak perayu.

Zulkefli berkata, keputusan dibuat Zabidin itu tidak tertakluk kepada istilah 'keputusan' mengikut definisi dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah dan Kehakiman 1964, dengan demikian ia tidak boleh dirayu.

Panel yang dianggotai juga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng dan Tan Sri Abdull Hamid Embong menolak permohonan Anwar untuk merujuk satu penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai tafsiran perkataan 'keputusan' mengikut definisi Seksyen 3.

Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah peguam bagi pihak Anwar, Peguam Karpal Singh bahawa hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak tidak memiliki bidang kuasa untuk memasukkan merit rayuan dalam penghakiman bertulis beliau mengenai perkara tersebut.

Karpal berhujah bahawa Abdul Malik sepatutnya tidak memasukkan hal merit rayuan dalam penghakiman bertulis beliau kerana beliau (Abdul Malik) bersama dua hakim rayuan lain menolak rayuan Anwar berdasarkan bantahan awal pendakwa mengatakan mahkamah tidak ada bidang kuasa kerana kes itu tidak boleh dirayu.

Karpal menambah bahawa peguam Anwar dan pihak pendakwa tidak berhujah berdasarkan merit kepada rayuan. 

Dalam keputusan yang sebulat suara ,Zulkefli bersetuju dengan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan bahawa merit kepada kes itu telah dibincangkan dalam penghakiman semata-mata untuk tujuan melengkapkannya.

Panel Mahkamah Persekutuan bagaimanapun memutuskan bahawa empat paragraf dalam penghakiman Abdul Malik adalah bersifat menyerang dan kenyataan menghina terhadap Anwar dan peguamnya dengan demikian membenarkan permohonan Anwar supaya membuang paragraf berkenaan.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Zabidin pada 6 Julai tahun ini untuk menolak kali ketiga cubaannya menyekat hakim itu daripada mendengar perbicaraan ke atasnya (Anwar).

Dalam permohonannya, Anwar meminta supaya seorang hakim lain mengadili perbicaraan dengan mendakwa bahawa Mohd Zabidin telah menghakimkan lebih awal kes tersebut di penghujung keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari, sebagai keterangan yang benar.

Anwar, 64, sedang dibicarakan kerana dikatakan melakukan perbuatan liwat ke atas Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu dalam perbicaraan, Karpal berhujah bahawa Abdul Malik tidak sepatutnya menimbangkan merit kepada rayuan itu kerana apabila rayuan telah ditolak, biasanya perkara tersebut berakhir.

Katanya, dengan menyebut tentang merit, ini dapat dianggap penghakiman membunuh yang paling dahsyat dan bertambah buruk lagi bila Anwar dan peguamnya tidak diberi peluang membela diri mereka.

Nordin pula berhujah merit bagi rayuan itu terkandung dalam hujah bertulis kedua-dua pihak pendakwa dan pembela dan tidaklah salah untuk mahkamah rayuan melihat kepada perkara merit semasa penghakiman.

DAP Jaguh Gila Publisiti.


Bergema lagi Guan Eng dan Kroni mengenai jaguh pelaburan yang merekalah juara padahal itu umpama lembu punya susu sapi dapat nama.Apa punya haprak pemimpin macam nie dan disokong oleh penjilat tegar mereka.Dengan bangganya meletakkan banner tersebut disekitar kawasan perindustrian sekitar bayan baru dan bayan lepas sebelum ini MKP telah menyebarkan pembohongan mereka klik disini

Apa motif yang mahu disampaikan oleh rejim DAP ini atau hanya mengaburi pekerja kilang yang sekarang telah beralih arah.

kumpulan Edorgan atau Anwarinas



Negara Berkebajikan adalah suatu muslihat melunakkan perjuangan negara Islam oleh ulama Pas dan menampilkan pengaruh kumpulan Edorgan atau Anwarinas dan Anwar Ibrahim tentang perlunya Pas terikat kepada dasar Buku Jingga. Dasar Buku Jingga tidak menyebut mengenai negara Islam apa lagi pelaksanaan hudud.


Oleh itu Pas mempunyai hujah sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukanlah Pas tidak mahu hudud tetapi dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak disokong oleh UMNO/BN. Pas akan menyatakan dengan lantang nanti bahawa UMNO menolak hudud. Tapi kalau dibawa ke Parlimen pun mahukah DAP menyokongnya?


Mana mungkin hudud menjadi agenda Pas kerana dalam muafakat yang lebih besar di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang, Dasar Buku Jingga tidak memasukkan perjuangan hudud baik di Kelantan dan negeri-negeri yang dikatakan bakal dikuasai oleh Pas dan pakatan pembangkang nanti. Intipati perjuangan Buku Jingga secara jelas tidak memperjuangkan Negara Islam apalagi hudud.


Isu ini secara jelas dipolitikkan oleh Pas untuk memenangi pengaruh paling tidak di Kelantan. Biasanya isu syurga-neraka, jahiliah-kafir dan hudud adalah senjata yang ampuh dalam politik akar umbi di Kelantan. Ternyata sekian lama ia amat berkesan untuk menambat hati orang Kelantan. UMNO yang dilihat sebagai kafir, taghut, jahiliah menjadi isu yang tidak pernah hilang dalam politik Kelantan.


Dengan Negara Kebajikan dan dasar Buku Jingga orang boleh persoalkan tentang Negara Islam dan hukuman hudud. Ia tidak tercatat langsung dalam dasar itu. Dengan menimbulkan isu hudud cara Pas di Kelantan sekarang dan ditolak oleh Parlimen dan UMNO/BN ia diharap menjadi modal utama kempen nantinya.


Mengapa dikatakan isu hudud ala Pas itu dipolitikkan. Umum mengetahui bahawa ulama dalam Pas mahukan hudud. Kenyataan Nik Aziz, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib, Ketua Pemuda Nasrudin Hasan, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah menyokong hudud sepenuhnya.



Dalam masa sama, Naib Presiden Pas Salehuddin Ayub, mengambil pendekatan lunak. Apakah ini suara daripada kumpulan Anwarinas yang tidak sekata dengan suara ulama. Ini membolehkan Anwar Ibrahim dalam kemelut yang berbangkit meyakinkan Karpal Singh dan DAP bahawa jika isu hudud dibawa ke Parlimen sekalipun, ia tidak akan diterima dan hasrat Karpal Singh untuk melihat hudud tidak dilaksanakan akan terjadi. Ini yang menyebabkan Karpal Singh tidak membantah dalam mesyuarat tersebut.


Abdul Hadi Awang suatu ketika dulu juara Negara Islam dan hudud nampaknya semacam tidak lagi menjadi jurucakap ulama yang mahukan negara Islam dan menerima Dasar Buku Jingga yang tidak memasukkan perjuangan negara Islam sebaliknya dalam Muktamar yang lalu mengemukakan konsep Negara Berkebajikan dan membuat hujah bahawa konsep Negara Islam tidak ada dalam al-Quran.


MKP kata depa mengunakan Agama untuk berpolitik rakyat patut melihat pembohongan pemimpin haprak ini.

Tuesday, October 4

Nie DAP Punya Angkara.



Seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kren tumbang dan menghempap tiga buah rumah di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Sri Bahari tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata Leong Yee Khoon, 64, yang dipercayai tidur di sebuah bilik di tingkat dua rumahnya maut dalam kejadian yang berlaku pada pada 12.15 tengah malam.

"Tiga lagi anggota keluarga Leong iaitu Luaran Chooi Guan, 77, isteri Luaran, Chew Hong Choo, 76, dan anak mereka, Seong Ean, 55, yang tinggal di rumah yang sama mengalami kecederaan parah," katanya mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Azmi berkata kejadian dipercayai berlaku selepas kren yang digunakan untuk membina sebuah hotel 20 tingkat di tapak pembinaan bertentangan dengan rumah mangsa terjatuh lalu menghempap tiga buah rumah di situ.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kemungkinan kren itu terjatuh ekoran angin kencang," katanya anggota bomba menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat
Leong yang tertimbus dalam runtuhan.

Kejadian itu turut menyebabkan bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang terletak di belakang rumah-rumah yang terlibat itu, turut rosak.

Pakatan Rakyat Poket Kosong


Tun Mahadir menyelarkan pakatan rakyat sebagai poket kosong dengan pembentangan awal pakatan rakyat pada sidang dewan rakyat pada hari ini.


"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim menyebarkan ajaran pluralisma



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa cuba menyebarkan ajaran pluralisma di negara ini.
Beliau berkata, tindakan Anwar itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam.
"Fahaman pluralisma dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan.
"Terdapat dua perbezaan besar di antara plurality dan pluralisma. Plurality adalah perbezaan agama yang mana kita hormati agama lain tapi dalam soal menyamakan agama itu pluralisma," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Anwar di London School of Economics di London pada 18 Mac tahun lalu yang disahkan oleh JAKIM mengandungi ciri-ciri fahaman pluralisma.
Sehubungan itu, Zulkifli berkata, Anwar patut diambil tindakan sama seperti yang dilakukan JAKIM terhadap Ayah Pin dan kumpulan Al-Arqam.
Zulkifli turut menggesa pemimpin PAS supaya memperbetulkan fahaman Anwar yang dianggap menyeleweng dari segi akidah.
"Sebelum PAS cakap pasal isu hudud, mereka perlu cakap pasal isu sendiri dulu. Kalau sendiri tak betul macam mana nak laksanakan hudud. Ini serupa macam peribahasa ketam mengajar anak berjalan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim menasihati bekas sekutunya itu supaya bertaubat dan berhenti menggadai agama Islam.
"Jangan lagi guna agama Islam untuk agenda politik bagi mempengaruhi umat Islam. Apa yang dilakukan Anwar menyimpang dari landasan Islam," katanya.

PANAS WALI SELIPAR MENANGIS TENGOK ANUAR MENIPU.






TAHNIAH KEPADA PENCIPTA VIDEO INI TERBONGKARLAH LAGI PEMBOHONGAN ANUWAR.

Bajet 2012



Umum sedia maklum, Bajet 2012 meliputi tiga perkara terpenting dalam kos kehidupan seharian, iaitu bekalan makanan, perumahan dan pengangkutan awam.

Bermula 2007, rakyat terbeban dengan kos makanan semakin tinggi disebabkan harga makanan meningkat di peringkat global dan sikap tamak segelintir peniaga yang menguasai pasaran makanan.

Antara strategi terbaik kerajaan menangani isu ini yang mula menampakkan hasilnya ialah menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Hasrat rakyat agar kerajaan memperbanyakkan lagi kedai ini. Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia sepatutnya diperluaskan untuk semua jenis barangan keperluan.

Malahan, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan konsep sama untuk pasar malam dan pasar tani selain memperkenalkan kupon makanan untuk rakyat yang memerlukan.Diyakini ia dapat membantu meringankan beban, selain memikirkan mekanisme jangka panjang menambahkan bekalan bahan makanan tempatan tanpa perlu diimport dari luar negara.

Kedua, dari segi perumahan.MKP  tertarik apabila terdapat persatuan pemaju perumahan beria-ria menjangkakan harga rumah baru meningkat 20 peratus pada separuh kedua 2011. Bayangkan perkara ini diumumkan kepada media seminggu sebelum Bajet 2012 dibentangkan.

Apakah makna di sebalik pengumuman ini? Bagi MKP, kerajaan tidak boleh terlalu mengikut mereka. Alasan peningkatan bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja merupakan alasan lapuk. Kenapa tidak dinyatakan harga meningkat disebabkan spekulasi pemaju yang tamak demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda?

Rakyat menyedari faktor sebenar kenaikan harga rumah. Rakyat tidak boleh menerima alasan sama pemaju dan persatuan pemaju perumahan. Justeru diharapkan, sekali lagi, kerajaan mengumumkan mekanisme untuk mengawal harga bahan binaan dan spekulasi harga hartanah, di samping memperbanyakkan projek perumahan kos rendah dan sederhana serta insentif potongan cukai perumahan untuk para pembeli.

Ketiga, pengangkutan awam. Setakat ini kerajaan terlalu fokus kepada pengangkutan awam di bandar besar. Kualiti pengangkutan awam di luar bandar wajar dipertingkatkan. Kerajaan juga perlu menimbang kos-kos lain berkaitan dengan pengangkutan persendirian.

Antaranya, minyak dan tol. Di bandar-bandar besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur terlalu banyak wang dibayar untuk tol. Tidak berbaloi membayar tol begitu banyak tetapi kesesakan tetap berlaku.

Selain ketiga-tiga faktor kos sara hidup di atas, Bajet 2012 juga perlu mengutamakan gaji pekerja. Selepas beberapa tahun tidak mendapat kenaikan gaji, ramai yang menjangkakan gaji kakitangan sektor awam akan dibuat penyelarasan. Berapakah jumlahnya bergantung kepada kemampuan kerajaan. Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Greece dan Eropah berjangkit kepada negara kita jika kerajaan terlalu bermurah hati meningkatkan gaji sektor awam di luar kemampuan kerajaan.

Namun demikian, dengan kos sara hidup semakin tinggi, terdapat ramai kakitangan sektor awam yang menjalani kehidupan dengan berhutang. Justeru kenaikan gaji sektor awam adalah satu lagi 'kejutan' yang diharapkan oleh kakitangan sektor itu.

Nasib kakitangan sektor swasta juga perlu dibela terutamanya dari segi gaji minimum, pelan persaraan yang lebih baik dan had umur persaraan dipertingkatkan. Bukti yang menunjukkan ramai pekerja sektor swasta tidak mampu menjalani kehidupan selesa selepas bersara dek kerana dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi, menggambarkan nasib mereka wajib dibela.

Selain memberi kejutan, dasar yang lebih menyeluruh untuk mendidik rakyat agar mengurus kewangan peribadi dengan lebih berhemah perlu diperkenalkan. Tiada guna kerajaan membentangkan Bajet 2012 yang memberi pelbagai bantuan tetapi rakyat sendiri tidak mengamalkan budaya mengurus kewangan peribadi secara berhemah.
Kerajaan sendiri sewajarnya bersedia menerima 'kejutan' krisis ekonomi global yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Antaranya, menyediakan suasana kondusif untuk merancakkan pelaburan domestik seperti mengurangkan rejim kadar faedah. Dengan cara ini, defisit bajet kerajaan tetap rendah tetapi pada masa sama pertumbuhan ekonomi enam peratus dapat dicapai pada tahun hadapan.

Ramai peniaga terdiri kaum cina dan sekarang mereka lebih cenderong kepada parti pembangkang.apabila video yang dibuat oleh kawasaki1077 telah mendapat respon dari Lim Guan eng nampak jelas apa yang diperkatakan.

Monday, October 3

VIDEO ADUN SKANDAL KEMBALI.


Penafian yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakop Sapari berhubung dengan video skandal di pejabat perkhidmatannya bukan dapat mematikan isu tersebut, malah telah menimbulkan tandatanya.

Pertama, mengapa Yaakop Sapari cuma membuat penafian terhadap pelakon wanita dan tidak menafikan pelakon lelaki?

Kedua, mengapa perlu ditunjukkan sijil cuti sakit pembantu tadbir, Norlela Idris?

WARKAH BUAT DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK



Assalamualaikum warahmatullah.

Kehadapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya.

Dato' Sri,

UMNO dilihat berjaya menarik kembali sedikit demi sedikit undi kaum Melayu jika dilihat dari prestasinya di seluruh pilihanraya kecil (PRK) pasca Pilihanraya Umum 12 (PRU12). Undi kaum Melayu terhadap UMNO boleh dikatakan agak kuat jika dianalisa dari semua peti-peti undi di beberapa pilihanraya kecil. Begitu juga dengan undi kaum India yang semakin meningkat dari satu piliharaya kecil ke satu pilihanraya kecil. Kaum India boleh dikatakan sudah kembali ke pangkuan BN.

Dato' Sri,

Berdasarkan trend pengundi kaum Melayu dan India yang sudah kembali kepada BN, penulis begitu yakin bahawa BN berupaya menang dengan agak selesa sekiranya PRU13 diadakan sekitar 2012 sekiranya tidak ada sebarang isu besar. Walau bagaimanapun, penulis sangat yakin sekiranya PRU13 diadakan sekarang (malahan jika tahun 2012 pun), peluang BN kembali sukar diramal. Pengundi Melayu atas pagar secara terus terangnya meluat dengan tindakan Dato' Sri mengangkat seorang yang mempunyai rekod bersikap biadap terhadap orang Melayu, Islam dan seluruh rakyat Malaysia sebagai ikon 1Malaysia. Manusia biadap itu tidak lain tidak bukan ialah Namewee!

Bukan itu sahaja Dato' Sri, melalui pengamatan penulis berdasarkan reaksi akar umbi UMNO, mereka sangat tidak senang dengan tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini. Rata-rata mereka kecewa dan marah. Malahan sudah ada bayang-bayang bahawa mereka ini tidak akan memberikan sokongan kepada BN pada PRU13 kelak. Dato' Sri rasanya sudah sedia maklum bahawa setiap kemenangan BN di dalam PRK yang diharungi pasca PRU12 adalah datangnya dari undi kaum Melayu dan India yang dahulunya mengundi PR tetapi telah kembali menyokong BN.

Adalah sangat tidak kena tindakan Dato' Sri memberi komen yang positif ke atas seorang biadap seperti Namewee ini. Tidak salah sekiranya Dato' Sri sekadar memberi komen bahawa Dato' Sri memberi sokongan ke atas sebarang individu yang menyokong Gagasan 1Malaysia, tetapi Dato' Sri sama sekali menolak individu yang bersikap biadap seperti mencarut, menghina Lagu Kebangsaan, dan lebih-lebih lagi menghina azan dan bersikap perkauman yang tentunya berlawanan benar dengan hasrat Gagasan 1Malaysia itu sendiri.

Dato' Sri,

Secara jujurnya, penulis berpendapat bahawa tindak tanduk Dato' Sri berhubung isu Namewee ini hanya akan menyebabkan seperti pepatah Melayu iaitu "yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Percayalah, sekiranya Dato' Sri membiarkan isu ini berpanjangan tanpa mahu meredakan kemarahan ramai pihak, maka ianya akan memberikan kesan yang tidak elok untuk PRU13 kelak.

Apa pun penulis tetap memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Dato' Sri. Penulis masih lagi berkeyakinan penuh bahawa Dato' Sri adalah individu terbaik untuk memimpin negara. Apalah yang boleh diharap sangat dengan puak di sebelah sana yang terdiri dari peliwat, penzina, komunis, ultra kiasu, penjual kalimah Allah, yang langsung tidak sehaluan dalam semua hal. Hanya satu sahaja yang mereka sehaluan - jatuhkan BN, kemudian tidak tahu hendak buat apa! Punah negara kalau jatuh ke tangan mereka ini.

Dato' Sri,

Warkah yang ditulis ini bertujuan semata-mata untuk menyampaikan apa yang akar umbi dan rakyat suarakan. Penulis memohon ampun maaf sekiranya warkah ini tidak menyenangkan Dato' Sri. Apa yang disampaikan adalah kerana penulis mahu melihat BN disenangi di mulut dan di hati rakyat. Apa yang ditulis juga adalah kerana penulis sayangkan agama, bangsa dan negara.

Dato Sri, bertindaklah sewajarnya!

Tegur menegur untuk kebaikan bersama!



Daripada rakan FB yang meluahkan pendapat.

Guan Eng Ada Berani?????



Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  untuk menghadap Sultan Johor untuk memohon maaf secara berdepan berhubung dakwaan buruk terhadap negeri Johor yang dibuatnya baru-baru ini.


Jika Lim Guan Eng tidak sanggup membuatnya, ini membuktikan bahawa permohonan maafnya tidak ikhlas, masih membuat kenyataan penafian di sebalik kenyataan permohonan maafnya sedangkan secara bertulis, secara rakaman terutama di Singapura itu jelas menunjukkan bahawa beliau telah menyatakan bahawa orang Singapura tidak selamat di Johor, kemungkinan diculik dan sebagainya


Justeru, beliau selaku anak Johor mencabar Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara bersemuka dengan Sultan Johor atas kenyataan biadapnya yang melukakan hati Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhannya.Sebagai Ketua Menteri, beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian untuk menaikkan pelaburan di negeri Pulau Pinang.


Pulau Pinang tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Maida, MITI, MATRADE yang jauh lebih besar jasanya membawa pelaburan ke sini berbanding usaha beliau sendiri.


MKP kata Guan Eng nie jenis putaq belit,Minta maafnya bersebab dan ada udang disebalik batu.

Koh Tsu Koon mahu dibuang atau disimpan?



Akhbar: China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C13
Tarikh: 24 Ogos 2011 (Rabu)
Tajuk: (Koh Tsu) Koon mahu dibuang atau disimpan?
Ditulis oleh: Jun Kok Boon

BN selepas PRU 2008 telah dilanda Tsunami - menjadi haru-biru tidak tentu arah, di Semenanjung yang memegang tampuk kepimpinan seperti UMNO, MCA dan MIC telah berubah para pemimpinnya (ada yang telah ditukar ganti sebanyak 2 kali), hanya 'bos' parti Gerakan Koh Tsu Koon sahaja walaupun kalah paling teruk yang sangat mengaibkan tidak mahu turun (takhta).

Kuasa di Pulau Pinang telah diserah kepada orang lain, keputusan PRU di seluruh negara (menyaksikan) Gerakan tewas teruk, tetapi Dr. Koh bukan sahaja tidak turun dari jawatan malah semakin naik setingkat menikmati jawatan lebih tinggi dalam kebinet di kerajaan Pusat, beliau telah naik setingkat paling gemilang secara peribadi. Apa agaknya Abdullah (Badawi), Ong Kah Ting dan Samy Vellu melihat Koh Tsu Koon - apa dalam fikiran mereka?

3 tahun lepas setiap kali Gerakan adakan AGM, Koh Tsu Koon akan menyeru supaya semua ahli Gerakan bersatu padu, setiap kali perhimpunan beliau berjanji mahu membuat perubahan, masalahnya, setiap hari mahu bersatu padu, “hapuskan Koon” “jatuhkan Ting” tidak pernah sepi juga; setiap tahun beliau laungkan perubahan, tetapi tidak nampak ada sebarang perubahan, ia sama sahaja seperti sebelum PRU 2008, yang bezanya kerusi semakin berkurangan.

Saling Mempercayai Bukan Bertambah Sebaliknya Berkurangan
Ikut pintu belakang mengharapkan belas ihsan dari Najib, Koh Tsu Koon dilantik (dan) dipertanggungjawabkan (dengan) tugas-tugas berat seperti “menjaga perpaduan dan prestasi menteri-menteri”.

3 tahun lepas, adakah semua kaum di Malaysia saling berinteraksi dengan baik? Sebelum ini pengkaji dan penyelidik bebas telah membuat kaji selidik dalam laporan itu menyatakan, antara kaum di negara kita saling mempercayai antara satu sama lain tidak meningkat sebaliknya menurun. Kita jangan lihat tentang “prestasi” menteri-menteri yang lain, cuba kita lihat Koh Tsu Koon sendiri sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri, markah dan prestasi beliau teruk dan tidak lulus.

Sebelum Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, Gerakan mahu pihak kerajaan hapuskan akta ISA, selepas Koh Tsu Koon masuk ke dalam kabinet, isu itu telah dilenyapkan dan hilang begitu sahaja.

Koh Tsu Koon selain daripada mengadakan perhimpunan mesyuarat setiap minggu dengan menteri-menteri di Putrajaya, beliau akan mendampingi Najib, apa pandangan anda selepas Koh Tsu Koon memegang jawatan menteri, apakah sumbangan beliau?

Baru-baru ini di arena politik timbul lagi isu, Koh Tsu Koon tertekan apabila pihak tertentu minta serahkan pengerusi BN di Pulau Pinang, di pihak dalaman parti pula beliau tidak dapat kumpulkan semangat juang dalam kalangan ahli-ahli parti.

Adakah Gerakan mahu kekalkan “Koon” ataupun cantas terus habiskan “Koon” (Koon dalam bahasa mandarin bermaksud akar)?

Jika Gerakan buat pilihan mahu kekalkan Koon, terpaksa terus ikut gerak geri lemah lembut Koh Tsu Koon itu, dan Gerakan pasti terhenti tidak boleh maju ke hadapan. Jika mahu cabut terus akar (Koon), kita juga terpaksa fikirkan bahawa PRU sudah semakin dekat, kerana jika membuat perubahan pertukaran - risiko dalam pilihan raya agak tinggi.

Aduh! kekalkan akar (Koon) susah, cabut akar (Koon) pun lagi susah!

 SUMBER KRITIS ONLINE

Video Skandal Wakil Rakyat.

Kantoi Video Seks Wakil Rakyat apa dah jadi nie semuanya trend terkini.Perlu dingat kebanyakkan empayar yang hebat jatuh kerana skandal dengan kaum hawa siapa yang harus dipersalahkan.jadikanlah ini satu iktibar dan tidak menjadi ikutan,

Sunday, October 2

Balik Kepada Asal Tun M.



 Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.

"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini. 

Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah. 

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus. 

Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat." 


"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya. 

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah." 

"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara. 

"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil. 

"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama. 

"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir. 

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata rakyat masih marah pada komunis. 

"Dia pilih untuk mengkhianati negara.... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng," katanya. 

Dr Mahathir menegaskan Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.



MKP kata ahli tidak marah kepada Parti /keramat iatu UMNO akan tetapi disesetengah bahagian tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka,terbaru PM DS Najib telah menyatakan sokongan terhadap Namewee  ini suatu tindakkan yang menguris hati dan perasaan sesetengah pihak yang tidak pernah menghina negara (lagu negaraku)dan lain-lain lagi.Akan tetapi sekarang Namewee babi nie dah diangkat menjadi hero satu malaya.

Utusan buat laporan polis ke atas Namewee



Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan, didakwa lucah terhadap syarikat milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof, yang dikeluarkan oleh penyanyi rap berkontroversial Wee Meng Chee atau dikenali Namewee menerusi satu klip video Internet baru-baru ini.
Mingguan Malaysiadalam laporannya hari ini berkata, laporan itu dibuat berikutan atas alasan Namewee(gambar) menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.
Akhbar edisi Ahad memetik Penasihat Undang-undang Kumpulan Utusan Mohd. Jefri Daman berkata, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.
“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya.
Ia tidak menyebut bila laporan itu dibuat tetapi laporan ini diterbitkan dua hari selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Wee, penulis lirik dan pembikin filem yang berkontroversi, sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia.
Beliau menyatakan demikian meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.
Najib berkata Wee seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.
Dalam artikel itu penulis akhbar itu berkata tidak akan memberi sokongan kepada filemnya walau ia menerima pujian sebanyak mana sekalipun.
Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep 1 Malaysia.
Kata akhbar itu ia bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu tetapi kerana ia hasil karya Wee yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara ini dan menghina lagu Negaraku.
Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam artikel tu.
Wee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Kata Najib, Wee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1 Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.
“Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia,” kata Najib yang juga Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin.
Kata Najib, beliau menggalakkan Wee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai pemblog atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.
MKP kata bermula dengan utusan lepas tue kita start dengan NGO pulak.Apa kata.

Rakyat Kelantan/PAS kena Tipu Oleh Wali Selipar.


Sudah lima kali apabila hendak sampai pilihanraya pasti isu hukum hudud dimainkan oleh wali selipar Nik Aziz apa motifnya?adakah hendak meraih undi simpati atau kesian dari ahli kononya wali ini seorang sahaja memperjuangkan Islam dan mengamalkan sebenar-benarnya hukum Islam ini.Bukan sekali ditipu dah banyak kali bermula pada pilihanraya 1990 telah dilaungkan isu hudud ini akan tetapi perlaksanaan entak sampai bila hendak dilaksanakan dikelantan.Pada mulanya disalahkan Tun Mahadir kerana tidak memberikan kelulusan kali ini salahkan pemerintahan DS najib pulak.Persamaan yang hendak disampaikan disini ialah jika 3 orang  pencuri  melakukkan kesalahandan ditangkap.tiga pencuri itu 1melayu islam,1cina dan 1india nescaya cina dan india dijatuhkan hukuman mengikut undang mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5tahun dan dilepaskan selepas itu dan menjalani kehidupan seperti biasa akan tetapi berbalik kepada 1 orang lagi melayu beragama islam dijatuhkan hukuman mengikut hukum hudud.Hukumannya potong tangan dan beliau menjalani hukuman tersebut.tangannya telah dipotong.Kelangsungan hidupnya selepas itu apa beluai boleh berkerja selepas itu untuk mencari makan.dimanakah keadilan yang dilaungkan sedangkan cina dan india menjalani kehidupan seperti biasa selepas lima tahun.

Kesimpulanya negara kita iatu Malaysia mempunyai 30 kaum etnik dan berbilang bangsa dapatkah kita melaksanakan apa yang dimerapukan oleh wali selipar dan jika ingin sangat melaksanakan buatlah dinegeri yang deperintahkan oleh pakatan terlebih dahulu.Pastinya DAP berdehem semuanya pakat tarik hand-break.

Ucapan nik aziz semasa Kongres Sambutan 60 Tahun Pas


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

“Saya berdoa begitulah sebab hudud bukannya ideologi... hudud, sembahyang, puasa dan zakat sebagaimana yang lain wajib, ia (hudud) juga wajib.

“Malaysia ada hukum gantung, bawa dadah mandatori, bawa senjata api hukum gantung mati... hudud tak mati, kenapa hukum gantung boleh terima... orang boleh jadi perdana menteri walau tangan kudung, bukan senang nak jatuhkan hukuman, ada syarat, ada prosedur, pelik sungguh Malaysia ini, gantung boleh terima,” katanya pada sidang media sempena Kongres Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih berharap hukum hudud yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenangi dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU13.

Minggu lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Nik Aziz berkata, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Pas bersedia berdamai dengan Umno pada masa depan, Nik Aziz berkata, pintu rundingan akan terbuka sekiranya pemimpin Umno berubah dan berpegang kepada ajaran Islam.

“Kami sudah berdamai dengan Umno, kami masuk Barisan Nasional (BN) pada 1973, saya antara orang yang menyokong di Kelantan sampai Pas di Kelantan berpecah empat... hancur Pas Kelantan.

“Saya antara orang yang sokong, tapi bila masuk dia tentang kami bila rasa gagah, inilah perangai Umno yang tiada asas kepada agama, agama ajar kita mesti bersyukur nikmat Allah... bukan senang gerakan Islam nak masuk gerakan nasionalis tapi Umno tak tahu jasa, sekarang dia ajak kami,” katanya.

Saturday, October 1

Ajar Namewee Erti Kurang Ajar



Heboh tayangan filem baru Nasi Lemak 2.0 Wee Meng Chee atau Namewee di panggung wayang. Kononnya Namewee sudah berubah. Sejauh manakah kebenarannya apabila saya melihat satu lagi video rakamannya mengkutuk penulis Utusan kerana filem tersebut.
Rakaman “Namawee F*** Utusan” yang disiar selama 4.21 minit itu benar-benar menunjukkan beliau bukanlah pelajar yang professional dan berpendidikan tinggi. Menghina bukanlah cara terbaik untuk menutup aibnya suatu ketika dahulu.
Nasi Lemak 2.0 merupakan filem pertamanya yang mendukung gagasan 1 Malaysia sebagai tanda menyokong Perdana Menteri Negara. Biarpun filem tersebut dibarisi pelakon ternama seperti Afdlin Shauki dan Adibah Nor dan ramai lagi, Fauziah Arof (Penulis Utusan ) enggan menonton filem tersebut kerana kemunculan Namawee di dunia hiburan semuanya mempunyai agenda memperlekeh rakyat, bangsa dan negara sendiri menerusi lagu-lagu yang diciptanya sebelum ini.
JIka dilihat dari rakaman youtube Namawee begitu marah dengan pendapat Fauziah Arof ini kerana tidak menyokong filem Nasi Lemak 2.0.
Namawee perlu terima kritikan tersebut kerana beliau muncul dan popular atas tiket kontorversi menghina negara suatu ketika dahulu. Walaupun ianya sudah tidak dipanjangkan oleh pihak tertentu, beliau perlu berterima kasih kerana masih diberi peluang dan terselamat dari tindakan undang-undang.
Lantaran itu, pendapat Fauziah Arof itu perlu dijadikan teladan supaya beliau tidak mengulangi perbuatannya di masa hadapan.
Kritikannya suatu ketika dahulu begitu menghiris hati rakyat. Beliau perlu akur perbuatannya itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya sendiri.
Fauziah Rauof melontar pendapat dengan cara yang betul. Manakala Namawee menggunakan platform yang salah untuk mewujudkan jurang di antara rakyat. Sekaligus menimbulkan reaksi negative antara kaum dalam Negara.
Namawee perlu terima pendapat tersebut jika beliau benar menyokong gagasan 1 Malaysia. Bukankah sudah menjadi adat, orang seni terbuka dengan pendapat orang lain untuk memantapkan mutu perfilemannya di masa akan datang.

Drama Fukatan dlm Hudud.




MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdolak dalik lagi berhubung perjuangan parti itu khasnya pelaksanaan hukum hudud di bawah pentadbiran PAS, apabila kenyataan terbarunya membelakangkan keputusan muktamar PAS yang kononnya mahu menegakkan sebuah negara berkebajikan.
Selepas kejutan Jun lalu, rakyat disemaikan dengan fikiran kononnya perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sudah berkubur. Bagaimanapun, edisi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu tidak semena-mena membangkitkan semula isu lama mahu terus menunaikan niat dan janji melaksanakan hukum hudud yang terpendam sejak 20 tahun lalu.
Seperti biasa, kenyataan Nik Aziz mendapat tentangan DAP. Hanya beberapa jam selepas Nik Aziz membuat kenyataan mengenai hasratnya itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting.
Walaupun nampak tidak sekeras ugutan supaya melangkah mayatnya dulu Karpal memberi hujah politik dan undang-undang mengenai mengapa penubuhan kerajaan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam suasana rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Agak menarik apabila melihat Nik Aziz amat tegas dengan pendiriannya dan seolah-olah tidak kisah sekiranya Karpal meleraikan ikatan pakatan yang tidak pernah dimeterai secara rasmi. Menteri Besar itu seolah-olah mahu menghalau DAP jika parti bertunjangkan bangsa Cina itu terus membantah niat PAS menubuhkan kerajaan Islam dan hukum hudud.
Perhatian rakyat selepas ini sudah pasti bertumpu kepada reaksi DAP. Apakah ia mahu terus diheret dalam kancah konflik identiti PAS yang masih kabur antara agenda menubuhkan negara Islam atau negara kebajikan... atau membuat keputusan tegas membabitkan kerjasama dengan PAS. 
Bagi PAS pula, ahlinya tersepit antara perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di kalangan golongan ulama dan agenda untuk menawan Putrajaya di kalangan pemimpin muda yang lebih liberal.
Bagi pengkaji politik, ramai melihat Nik Aziz yang disanjung sebagai ulama PAS, terus berdolak dalik berikutan kegagalan parti itu melaksanakan undang-undang Islam terutama di Kelantan. Pendirian tidak tetapnya itu menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin serta ulama dan menganggap ia sebagai permainan atau drama politik.
Jika Nik Aziz ghairah melaksanakan hukum hudud, rakyat juga sebenarnya tidak sabar melihat sejauh mana keberanian parti itu berbuat demikian, khasnya dalam menghadapi kecaman daripada DAP.
Secara terbuka DAP sudah pun menjelaskan pendirian bahawa langkah mayat mereka dulu sebelum PAS melaksanakan sebarang undang-undang Islam, apa lagi impian mereka untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
Daripada senario semasa, Nik Aziz tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkenaan, kerana orang yang disebutnya sebagai penghalang utama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan lagi Perdana Menteri.
Baru-baru ini, Dr Mahathir secara sinis membuat kenyataan terbuka bahawa Nik Aziz tidak perlu lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan.
Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hukum hudud). Pi la tanya Najib, kot dia nak bagi ini. Ini dia dok salahkan saya, kononnya pasal saya (PAS) tak dapat laksanakan hukum hudud, tegas Mahathir
Mungkin dalam hal ini, Najib yang telah bertolak ansur dan memberi pertimbangan serius dalam banyak isu sensitif termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), boleh mengkaji semula surat terbabit dan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk cuba membuat pindaan perlembagaan peringkat negeri.
Nik Aziz perlu diberi peluang untuk melaksanakan undang-undang, kerana kerajaan PAS Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abu Bakar tidak berani mendahului Nik Aziz dan pernah membuat kenyataan untuk melihat dahulu hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Ariffin, pernah berkata dia pernah mendengar sendiri Nik Aziz ketika ditanya mengenai hudud dan menjawab: Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya.
Justeru, sekiranya ditakdirkan Najib akhirnya membenarkan kerajaan PAS meneruskan usaha dalam cubaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan rakyat sudah pasti mahu melihat sama ada Nik Aziz dan PAS boleh meyakinkan parti sekutu dan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang berkenaan.
Ia tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam tanpa persetujuan semua pihak atau mendapat sokongan yang cukup dari semua parti politik.
Nik Aziz tidak boleh berkata dia mahu undang-undang hudud dilaksanakan, dia perlu menggerakkan usaha ke arah merealisasikan impian terbabit.
Tapi apa yang pasti ketika ini, pemimpin dan ahli PAS lain sudah pasti pening kerana tidak tahu sama ada mereka sebenarnya masih dalam agenda meneruskan impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam, atau sebuah negara kebajikan... hanya Nik Aziz yang boleh memberi jawapannya.
Bagi DAP, PAS ibarat duri dalam daging kerana risiko meneruskan kerjasama dengan parti itu amat tinggi dan sekiranya tidak ditangani dari sekarang sejarah kekalahan terburuk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999 mungkin berulang.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive